nuffnang

Monday, October 28, 2019

Keadilan Yang Berpilih-Pilih....

Orang Islam kena SOSMA diam, kena pada mereka ‘heboh’
BANGI – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak sikap ultra kiasu apabila mendesak kerajaan membebaskan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) berbangsa India sempena Deepavali.

Beliau hairan apabila ultra kiasu hanya diam seribu bahasa apabila orang Islam dikenakan tindakan SOSMA, tetapi mereka akan bersuara jika tindakan sama dikenakan ke atas kaum mereka.

“Sedarkah ultra kiasu ini bahawa orang Islam yang ditahan di bawah akta yang sama, sudah berapa lama tidak dapat bersama ahli keluarga ketika hari raya. Kenapa tidak perjuangkan sama?

“Kata parti untuk semua kaum dan perjuangkan kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kenapa rasis sangat ni? Sama juga bila Melayu berhimpun, rasis. Tapi bila mereka berhimpun, itu hak,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy menggesa 12 individu yang ditahan di bawah Sosma sama ada dibebaskan atau didakwa.

“Dengan semangat Deepavali, saya dan keluarga menyampaikan simpati kepada mereka yang ditangkap dan ditahan di bawah undang-undang yang tidak adil di negara ini,” dakwanya.

Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago juga mendesak kerajaan membebaskan tahanan, selain mempersoal tindakan menahan di bawah undang-undang Sosma yang dianggap kuno, sedangkan PH berjanji untuk memansuhkan sebaik sahaja berkuasa.

Beliau mendakwa, penahanan itu adalah membazir masa, kononnnya LTTE tiada cawangan di Malaysia.

Manakala, Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pula merayu kerajaan supaya mendakwa tahanan di mahkamah atau melepaskan mereka dengan menyatakan mengunakan SOSMA adalah pendekatan yang menindas.

Perkara sama turut disuarakan oleh ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempersoalkan tindakan polis menahan dua ahli Dewan Undangan Rakyat (Adun) DAP, kerana disyaki mempunyai hubungan dengan LTTE sedangkan katanya, ia sudah terkubur dan tiada cubaan mengaktifkan kumpulan pemisah di Sri Lanka itu.

Sementara itu, Anggota Parlimen Batu Gajah, D V Sivakumar berkata, sambutan Deepavali tahun ini suram bagi masyarakat India, terutama bagi keluarga tahanan Sosma. Beliau juga meminta kerajaan segera melepaskan semua tahanan terbabit.

Menyifatkan desakan pemimpin parti cauvinis sebagai tidak adil, Ridhuan Tee mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan sandiwara ultra kiasu dianggapnya seperti lidah bercabang.

“Jika mereka yang menyokong ‘pengganas’ seperti ISS, ISIS, DAESH dan lain-lain itu salah dan masuk ke dalam, apakah penyokong tegar LTTE tidak salah?

“Apakah kita mahu pejam mata dengan keganasan LTTE ke atas umat Islam di Sri Lanka?” soalnya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment