Friday, October 11, 2019

Chauvinist-Terrorist....Barah Yang Makin Terserlah

Jika sokong IS didakwa, sokong LTTE pun patut kena, kata Asri
PETALING JAYA: Sesiapa sahaja yang secara terbuka menyokong kumpulan pengganas harus ditahan dan didakwa, termasuk pemimpin DAP, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata sesiapa yang membuat ucapan menyokong Al-Qaeda atau IS akan ditangkap dan didakwa, maka pemimpin DAP yang dengan terbuka menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) hendaklah dikenakan tindakan sama.

“Betapa bahayanya negara jika ada pemimpin politik yang berjawatan terlibat dengan sokongan kepada kumpulan pengganas dan usaha pertumpahan darah,” katanya di Facebook hari ini.

Kenyataan Asri ini menyusuli penangkapan dua wakil rakyat DAP iaitu Adun Gadek G Saminathan dan Adun Seremban Jaya P Gunasekaran hari ini atas dakwaan penglibatan LTTE.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata seramai tujuh orang ditangkap, dan berkata polis memantau pergerakan mereka sejak November tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata tersebar khabar angin beliau mungkin ditahan kerana didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah itu,yang sudah terkubur.

Tahun lalu, Asri menggesa pihak berkuasa siasat Ramasamy dan berkongsi gambar menunjukkan beliau memberi penghormatan kepada gambar simbol LTTE, kumpulan yang dikelaskan sebagai pertubuhan pengganas oleh lebih 30 negara.

Ramasamy menjelaskan beliau dilantik ke Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE, yang katanya bukan sebahagian daripada kumpulan militan disebalik perang saudara di Sri Lanka.

Asri hari ini berkata, beliau percaya sekiranya perkara itu berterusan maka majoriti rakyat akan melihat DAP sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

“Barah yang makin hari makin terserlah,” katanya. - www.freemalaysiatoday.com

No comments:

Post a Comment