GRAZ, Austria: Kemaluan seorang lelaki telah digigit oleh ular sawa peliharaan jirannya ketika duduk untuk membuang air di tandas apartmennya.
Mangsa yang berusia 65 tahun, dalam keterangan kepada polis berkata, dia baharu saja mahu duduk di tandas ketika merasakan “cubitan” di sekitar alat kelaminnya.
Akibatnya dia terus bingkas bangun dari tandas dan terlihat seekor ular sawa albino sedang merenung ke arahnya.
Lelaki itu terus menelefon polis yang datang bersama pakar reptilia dan mengeluarkan haiwan sepanjang 1.5 meter itu.
Memetik laporan Daily Mail, Mangsa telah dikejarkan ke hospital dan doktor mengesahkan dia hanya mengalami luka kecil.
Doktor itu berkata, lelaki itu bernasib baik kerana gigitan ular sawa tidak mempunyai bisa.
Bagaimanapun doktor tetap berwaspada kemungkinan gigitan di alat kelamin boleh terkena jangkitan bakteria dari tandas tersebut.
Ular itu pula setelah dibersihkan dikembalikan kepada tuannya.
Si pemilik tidak menyedari bahawa reptilia peliharaannya itu hilang sehingga polis datang mengembalikannya.
Katanya, dia tidak faham bagaimana haiwan itu boleh menyelinap dan menggigit jirannya.
Pakar reptilia itu, berkata, dalam tempoh 40 tahun dia mengendalikan haiwan berkenaan belum pernah melihat kejadian seumpama itu.
Pemilik ular itu bagaimanapun dihadapkan ke muka pengadilan kerana cuai hingga menyebabkan jiran tercedera. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment