Tuesday, February 14, 2023

Kenapa PH Tidak Berani Ambil Tindakan

Suara Ramasamy sebenarnya suara ultra kiasu DAP?
PEMIMPIN parti ultra kiasu cukup takut insiden hanya dapat memerintah 22 bulan kembali berulang apabila pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang kurang ajar dan menyentuh sensitiviti Melayu Islam.

DAP tidak mahu mengaku di khalayak, ada yang pakat-pakat kecam Ramasamy, kerana takut kehilangan kuasa lagi. Walhal itulah warna kulit sebenar parti ultra kiasu ini.

Bila orang Melayu kononnya mengeluarkan kenyataan rasis, terus diambil tindakan tanpa fikir panjang. Malangnya, bila ultra kiasu buat kenyataan rasis, tidak siapapun berani ambil tindakan.

Inilah nasib Melayu di bumi Melayu.

Saya cukup kasihan dengan nasib yang menimpa pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn, digantung dan tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke tugasan antarabangsa termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman baru-baru ini.

Jawatankuasa yang dilantik terus mengambil tindakan, atas ‘kesalahan’ hanya memuat naik ciapan komen pendek, kononnya berbau perkauman, iaitu “bau best la kat dalam tu” berserta emoji tertawa sehingga mengeluarkan air mata kepada gambar dan video keadaan konsert berkenaan.

Bandingkan ciapan pendek Hanis dengan artikel panjang Ramasamy, mana lebih menyakitkan.

Bila hati Melayu selalu disakiti, dibiarkan, bila ultra kiasu disakiti, terus diambil tindakan tanpa menoleh lagi.

Sedangkan Hanis menegaskan dia tidak mempunyai sebarang sentimen perkauman, sebaliknya hanya berjenaka tentang keadaan stadium dipenuhi puluhan ribu penonton.

Saya ulang lagi, cuba bandingkan kenyataan Hanis dengan kenyataan Ramasamy mengenai perkhidmatan awam yang dikatakan tidak maju kerana dibolot oleh orang Melayu, mana lebih bahaya.

Kenapa tidak pecat sahaja dia daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ramasamy kata dalam artikelnya bertajuk “Ossified public service badly in need of reform”, perkhidmatan awam Malaysia telah lapuk atau tepu dan amat-amat perlu direformasikan.

Tulisan P Ramasamy juga mengaitkan bahawa jumlah kakitangan awam yang terlalu ramai dan didominasi oleh orang Melayu adalah punca yang menyebabkan perkhidmatan awam menjadi lapuk atau tepu. Beliau seterusnya mendesak supaya “dominasi Melayu” dalam perkhidmatan awam dihentikan.

Ramasamy beranggapan perkhidmatan awam telah lapuk atau tepu, puncanya kerana perkhidmatan awam didominasi oleh orang Melayu. Maka, penyelesaiannya ialah untuk kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mesti pecahkan dominasi tersebut.

Artikel ini merupakan satu penghinaan kepada perkhidmatan awam dan orang Melayu.

Kenapa tidak diambil tindakan, berbanding dengan kenyataan Hanis yang amat hanya beberapa perkataan sahaja, terus diambil tindakan dan digantung daripada mewakili negara?

Kita tidak pernah berlaku adil. Dengan orang sendiri bukan main garang, dengan orang lain, lembut gigi daripada lidah.

Alahai Melayu. Kamu nak tunjukkan kamu hebat, tetapi sebenarnya tidak. Kamu sedang meruntuhkan bangsa kamu sendiri.

Kesalahan ultra kiasu lagi besar, tetapi mereka saling sokong menyokong di belakang. Dihadapan mereka berlakun bagi agar tidak mengulangi kesilapan masa lalu.

Ultra kiasu hari ini sangat berstrategi dan cukup berhati-hati mengambil kira pengalaman 22 bulan ketika memerintah selepas PRU14. Sebab itu semua pendamkan, walaupun perkataan menu rahmah dan madani Malaysia menyakitkan hati mereka.

Tersangat naif jika kita masih lagi tidak sedar lakonan hebat ini atau sengaja buat-buat tidak tahu untuk kekal berkuasa.

Sebenarnya, saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan P Ramasamy. Itulah suara hati DAP yang kita tahu amat alergik kepada sesuatu yang didominasi oleh orang Melayu?

Ultra kiasu sedang berstrategi untuk memecahkan dominasi Melayu ini.

Saya boleh berikan seribu satu alasan kenapa bukan Melayu tidak minat menyertai perkhidmatan, terutama perkhidmatan awam sektor keselamatan seperti polis dan tentera. Jawapan mudah, kiasi takut mati. Mereka kiasu tetapi kiasi.

Kajian-kajian telah banyak dibuat mengenai kenapa bukan Melayu tidak minat sertai perkhidmatan awam.

Lagi pun Ramasamy takkan tak faham, bagaimana bukan Melayu boleh masuk perkhidmatan jika komunikasi dalam bahasa Melayu ketika temuduga menggunakan bahasa “lu tatak lu tatak atau bulung bulung telebang di angkase”.

Kenapa ultra kiasu ini tidak pernah serik mencabar maruah Melayu Islam. Tidak pernah faham cara hidup pribumi Melayu Islam dan tidak pernah kenal diri, siapa pribumi dan siapa yang mendatangi.

Memang wajarlah pribumi lebih ramai dalam perkhidmatan awam, sebab mereka adalah majoriti besar.

Melayu dan Bumiputera sudah menghampiri 70 peratus populasi, jadi wajarlah mereka ramai.

Macam di India dan di China, semua sektor di monopoli oleh India dan China, kenapa tidak pertikaikan monopoli tersebut.

Sekitar tahun 70an dan 80an, ketika itu tidak ramai profesional Melayu, siapakah yang mendominasi perkhidmatan negara ini?

Cuba baca laporan rancangan Malaysia ke 4 dan 5, dalam tahun 1970an penglibatan kaum Cina dalam bidang profesional adalah seramai 2,793 orang berbanding 1,066 orang daripada kaum India dan 225 orang daripada kaum Bumiputera. Manakala pada tahun 1980an, penyertaan semua kaum dalam bidang profesional adalah semakin meningkat iaitu seramai 10,812 orang daripada kaum Cina, 2,963 kaum India dan 2,534 kaum Bumiputera.

Pada tahun 1990 pula, penyertaan kaum Cina dalam bidang ini turut melebihi kaum India dan Bumiputera iaitu seramai 22,641 orang berbanding seramai 5,363 kaum India dan 11,717 orang daripada kaum Bumiputera.

Dalam kata lain, penglibatan kaum Cina dalam sektor awam telah bermula semenjak bermulanya pemerintahan British sehingga kini. Selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), penglibatan mereka dalam sektor awam semakin meningkat khususnya dalam bidang profesional dan jawatan-jawatan tinggi dalam perkhidamatan awam.

Bagaimanapun, dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti angkatan tentera, polis dan bomba, penglibatan mereka masih kurang walaupun pihak kerajaan menawarkan jumlah gaji yang lumayan dan pelbagai bonus dalam perkhidmatan tersebut. (Muhamad Ali bin Embi dan Abdul Hadi bin Rasimin 2006).

Ingin saya bertanya kepada Ramasamy, maju sangatkah Malaysia ketika didominasi bukan Melayu?

Sayang sekali ISA sudah tiada, jika tidak kita humbankan ultra kiasu ini ke Kemunting.

Saya hairan, sekian lama ultra kiasu ini mendatangi Alam Melayu, tinggal di sini sehingga negara mencapai kemerdekaan ke 65, isu-isu sensitif terus menerus dibangkitkan, mencabar maruah orang Melayu. Ini bukan pertama kali, malah berkali-kali.

Ultra kiasu tidak belajar sejarahkah atau belajar sejarah daripada sekolah persendirian Cina?

Patutkah kita biarkan? Ia memang sengaja dilakukan untuk menguji tahap kesabaran kita? Tidakkah kesabaran kita ada had?

Sudah sampai masanya pihak berkuasa kerajaan bertindak tegas, Madani Malaysia tidak berdiam diri sahaja.

Oleh:  Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

No comments:

Post a Comment