Sunday, February 2, 2020

Dong Zong Antinasional, Barah Perpaduan Kaum

Menteri bela pun belum boleh 'sucikan' sikap rasis pertubuhan radikal
Kenapa kumpulan radikal Cina, Dong Jiao Zong masih ‘kebal’ untuk diharamkan, sedangkan pertubuhan rasis itu jelas bersikap antinasional dan sombong untuk menggunakan bahasa kebangsaan pada sidang media, minggu lalu.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin7 Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, meskipun ada menteri tertentu yang berusaha membela dan ‘membersihkan’ Dong Zong sebagai rasis, ia masih belum boleh ‘mensucikan’ kumpulan berkenaan daripada sikap sebenar mereka..

Beliau berkata, kegagalan Dong Zong menggunakan bahasa Melayu ketika sidang medianya bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa Rabu lalu, jelas menonjolkan sikap rasis yang menebal.

“Dong Zong sebenarnya barah kepada perpaduan kaum di Malaysia. Mana-mana individu atau pertubuhan mestilah mendukung Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Sikap yang ditunjukkan oleh Dong Zong dilihat sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, Dong Zong bersama 11 NGO lain mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya bagi membincangkan isu tulisan jawi dalam pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Dalam sidang media pada 16 Januari itu, Tai Kim tidak menggunakan bahasa Melayu untuk berucap sebaliknya beliau bertutur dalam bahasa Mandarin sebelum diterjemahkan oleh jurucakap ke dalam bahasa kebangsaan.

Mengkritik tindakan Tai Kim itu, Shuhaib berkata, pihak berkuasa perlu segera bertindak menggunakan peruntukan undang-undang mengharamkan Dong Zong kerana mengancam keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jika Dong Zong rakyat Malaysia, kenapa perlu sombong untuk menggunakan bahasa Melayu?

“Apakah mereka langsung tidak boleh bertutur bahasa Melayu, atau ego kerana sikap antinasional sudah menebal dalam diri,” katanya. - www.ismaweb.net

No comments:

Post a Comment