Tuesday, September 17, 2019

Adakah Islam Dan Melayu Itu Untuk Dibenci

PH jangan cuba jadi lebih Melayu daripada Umno, lebih Islam daripada PAS, kata Kit Siang
PETALING JAYA: Lim Kit Siang hari ini mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi “lebih Melayu daripada Umno dan lebih Islam daripada PAS” bagi menghadapi kerjasama rasmi 2 parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani semalam.

Pemimpin veteran DAP itu berkata, Pakatan Harapan (PH) akan “gagal dan gagal” sekiranya ia cuba berbuat demikian kerana taktik itu akan meminggirkan 5.5 juta penyokong daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mengundinya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata, PH sebaliknya harus melaksanakan agenda Malaysia Baru dan memenangi 2.5 juta pengundi yang menyokong Umno dan 2 juta pengundi PAS dalam pilihan raya 9 Mei itu.

“Jika kerajaan PH tidak mengambil langkah itu, sebaliknya terus dipandu oleh 5 janji teras manifestonya dalam pilihan raya umum ke-14, kerjasama Umno-PAS akan ambruk dari dalam, hatta sebelum pilihan raya umum ke-15 akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang memberi amaran bahawa kerjasama PAS-Umno akan memburukkan lagi “politik toksik kaum dan agama” ke paras yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Beliau juga membidas komponen Barisan Nasional (BN), iaitu MCA dan MIC, kerana merestui kerjasama itu.

“Ini berlaku walaupun MCA sebelum ini mengugut untuk “menendang” Umno keluar daripada BN jika ia “mesra dengan PAS”.

Menjelang acara bersejarah itu, MCA berkata, ia “bersetuju dan menghormati” apa-apa kerjasama antara parti pembangkang di Malaysia selagi ia selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjunjung kesederhanaan.

MCA juga menghantar wakil ke majlis menandatangani piagam kerjasama antara PAS dan Umno itu atas semangat BN dan “bagi memastikan perhimpunan tersebut akur kepada nilai kepelbagaian budaya dan kesederhanaan”. - www.freemalaysiatoday.com

2 comments:

  1. AGEN TERPERCAYA
    MIX PARLAY
    BERITA BOLA
    Promo Yang berlaku Di www.LigaPelangi.org :
    HOT PROMO :

    - Bonus Deposit 10% Setiap hari (max 200 Rb) Minimal TO 2x
    - Bonus Cashback Mingguan Di Sportbook 5% - 15%
    - Bonus Refrensi 2,5% Seumur Hidup Di Permainan Sportbook
    - Bonus Rollingan Casino 0.8%

    Diskon Togel :
    Discount 4D : 66.00% , 3D : 59.5.00% , 2D : 29.5.00%
    Kombinasi = 5%
    Shio = 12%
    Colok Angka (1A) = 5%
    Colok Macau (2A) = 15%
    Colok Naga (3A) = 15%
    Colok Jitu = 8%

    Silakan Bossku^^"

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete