Tuesday, June 1, 2021

Penduduk Bangkok Paling Kuat Bekerja

BANGKOK: Bangkok menjadi satu daripada lima bandar raya di dunia yang penduduknya paling kuat bekerja.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh firma teknologi Kisi, penduduk di Hong Kong, Buenos Aires, Singapura dan Seoul turut tergolong dalam kategori tersebut.

Syarikat itu menilai rangking setiap negara berdasarkan data intensiti kerja, sokongan institusi, perundangan dan tahap kehidupan penduduk.

“Kaji selidik itu juga menilai rangking setiap negara berdasarkan kejayaan mempromosi keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, sama ada sebelum, semasa dan selepas pandemik Covid-19.

“Sebanyak 50 bandar di seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik berkenaan,” jelas firma tersebut.

Sementara itu, Helsinki, Oslo, Zurich, Stockholm dan Copenhagen menjadi lima bandar terbaik dalam mempromosi keseimbangan kerjaya dan kehidupan. – AGENSI

1 comment: