Saturday, June 5, 2021

Hanya sekadar Berpolitik Sahaja....?

Parti Melayu kini tiada agenda, hala tuju perkukuh kuasa politik bangsa
Orang Melayu sudah semakin sukar untuk bergantung harap kepada kepimpinan parti-parti Melayu sedia ada, terutama dalam mengukuhkan kuasa dan kestabilan politik bangsa.

Ini boleh dilihat apabila pimpinan parti-parti Melayu hari ini tiada agenda dalam mengukuhkan kuasa politik bangsa melalui permuafakatan sesama parti.

Maka, keadaan itu menonjolkan sebahagian besar kepimpinan parti Melayu tidak mempunyai hala tuju atau agenda yang jelas untuk agama, bangsa dan negara, kata Ketua Perhubungan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir.

Beliau berkata, baik di pihak pembangkang atau kerajaan, kedua-duanya kekal dilihat ‘lemah’ dalam menonjolkan agenda serta hala tuju bangsa.

“Satu kelompok yang agak kuat kerana bilangan Ahli Parlimen masih ramai tetapi dipimpin oleh barisan kepimpinan yang buruk akhlak.

“Satu kelompok lagi berada dalam kerajaan tetapi tidak mempunyai kekuatan kerana Ahli Parlimen sedikit dan tidak dominan dalam menentukan dasar-dasar kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai diminta mengulas kedudukan kuasa politik Melayu hari ini, selepas lebih setahun Perikatan Nasional (PN) – yang didominasi pemimpin Melayu, Islam – mengemudi pentadbiran negara. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment