Tuesday, November 26, 2019

Bendera Pun Tak Tahu, Sekolah Di Mana?

Persatuan bola keranjang minta maaf bendera 5 bintang cetus kemarahan
PETALING JAYA: Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) hari ini memohon maaf atas paparan bendera Malaysia 5 bintang pada majlis perasmian sebuah kejohanan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maba dalam catatan di Facebook berkata, pasukan siaran langsungnya tersilap memaparkan bendera salah pada skrin digital.

“Kami minta maaf atas kesilapan ini dan kami mengambil tanggungjawab penuh terhadap tindakan ini.

“Tolong maafkan kami, kami sentiasa berusaha mengembang dan membangunkan sukan bola keranjang di Malaysia.”

Gambar dan klip video paparan bendera silap itu dalam majlis perasmian Piala Maba Milo Lum Mun Chak ke-28 tersebar di media sosial dengan sesetengah pengguna internet mendakwa persatuan terbabit rasis dan mempromosikan komunisme.

Dalam satu mesej kepada media, Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim berkata, Maba membuat satu laporan mengenai perkara itu yang sedang disiasat polis.

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, kejadian itu menunjukkan sesetengah rakyat tidak menghargai identiti negara dan makna di sebalik lambang serta warna Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, katanya, kes ini mungkin berpunca daripada kejahilan berbanding perkauman dan komunisme.

“Kejahilan ini kerana kita tidak peduli atau benar-benar sayangkan negara ini. Kita tidak menghargai kemakmuran yang kita capai berdekad lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada tindakan segera Maba memohon maaf, tetapi berkata, persatuan itu perlu sedar kenapa ramai yang mencurigai kejadian itu.

“Maba dilihat dimonopoli kaum tertentu dan tidak menghormati identiti negara. Facebook Maba hanya memuatkan catatan dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Poster kejohanan itu hanya menekankan bahasa Inggeris dan Mandarin.”

Malah, Katanya, permohonan maaf Maba di Facebooknya hanya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Jadi, katanya, jika Maba mahu dimaafkan rakyat, ia perlu menunjukkan contoh baik dengan menghormati bahasa kebangsaan dan Jalur Gemilang. - www.freemalaysiatoday.com

3 comments:

  1. Ni lah yg ada dlm hati, perasaan & hotak mereka ! Sedar lah wahai Melayu2 semua...Sebusuk2...seburuk2...bangsa kita...Tak akan buat begini...Ya...Allah...Engkau buka kan lah mata hati bangsa ku yg tlh mengagungkan bangsa lain kerana dunia...Dan mmbenci bangsa seagamanya kerana dengki dan khianat yg x sudah2...!

    ReplyDelete
  2. kemakmuran, kedamaian dan kemanisan kehidupan orang Melayu/Islam di Malaysia semakin lama semakin terhakis....

    ReplyDelete
  3. Pastikan mereka yang menghina Bendera Malaysia ni, dibuang negeri,(NYAHKAN) dari MAlaysia.

    ReplyDelete