Monday, November 5, 2012

Nurul Izzah Pertikai Halangan Kebebasan Beragama Di Kalangan Orang Islam ?


Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar menegaskan adalah tidak adil mengenakan sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam,sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut.Katanya,seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini. 

“Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’,ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya seperti dilaporkan Antarapos ketika menjadi panel forum ‘Islamic State: Which version;Who’s responsibility?’ dalam satu forum di Subang Jaya.Nurul Izzah berkata demikian ketika menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti mana golongan bukan Islam.“Bagaimana sesiapa pun boleh berkata (kebebasan beragama) hanya terpakai untuk bukan Islam,ia sepatutnya dilaksanakan secara sama rata (tanpa mengira agama)Dalam Al Quran,tiada istilah khusus untuk Melayu sebagaimana ia harus dilakukan,”kata Nurul Izzah yang turut dilaporkan FMT. Kata-kata Nurul Izzah senada dengan pendapat peguam pemerhati kes murtad Lina Joy, Malik Imtiaz yang juga salah seorang ahli panel forum tersebut.Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukan satu undang-undang khusus iaituFasal (4) Perkara 11 yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam. Permohonan penganut beragama Islam untuk menukar agama lain tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri. “Jika anda mempunyai imam yang kukuh,kemudian anda disekolahkan di SK Assunta dengan dengan salib besar di dalam dewan dan nyanyian lagu-lagu Katolik sepanjang masa,ia masih lagi tidak mempengaruhi anda,”katanya lagi. 

Sementara itu, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat pribadi.Nurul Izzah berkata jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang. “Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini.Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini. “Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini. “Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu,tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau.


Forum ‘Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ yang dihadiri Nurul Izzah adalah anjuran bersama NGO Kristian dan Islam iaitu,OHMSI (Oriental Hearts and Mind Study Institute) dan IRF (Islamic Renaissance Front) bertempat di Gereja Full Gospel Tabernacle,Wisma Eagles No 5 Jalan TP4 Taman Perindustrian UEP Subang Jaya. IRF sebelum ini pernah disahkan oleh portal Mkini dotcom sebagaisebuah gerakan Islam Liberal di Malaysia yang juga merupakan salah satu NGO tulang belakang BERSIH. 

Selain Nurul Izzah,panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia,Malik Imtiaz;Ahli Parlimen PAS Parit Buntar,Mujahid Yusof Rawa; Pengerusi PKR Sarawak,Baru Bian; Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura,Dr. Syed Farid Alatas; Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian,Datuk Kenny Ng. Forum itu dipengerusikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Dr Cyrus Das.- AIDC News 

No comments:

Post a Comment