Thursday, June 28, 2012

Seimbangkan Kerjaya Dan Kehidupan Asmara

ORANG sering kali terjebak dalam kesibukan kerja dan kehidupan asmara. Keseimbangan dalam membahagi masa di antara keduanya adalah cabaran terberat.

Kerap kali juga, pasangan kekasih menghadapi masalah kerana sukar membahagikan waktu kemudian putus. Jadi, bagaimana menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan asmara dengan cara yang tepat.

Bingung? Cuba semak panduan dibawah ini....

Tinggalkan pekerjaan di pejabat
Sebaiknya, anda meninggalkan pekerjaan di pejabat dan melupakan bebannya sejenak. Lalu, anda cuba berikan perhatian pada pasangan.

Bezakan urusan pejabat dan peribadi
Untuk menyeimbangkan kerjaya dan kehidupan peribadi, anda perlu terlebih dahulu membezakan kedua-dua urusan tersebut. Anda harus memahami bila kehidupan asmara didahulukan dan bila-bila pekerjaan menjadi keutamaan.
Mencari bantuan pasangan
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, menyeimbangkan pekerjaan dengan kehidupan asmara boleh dilakukan bersama-sama. Semasa di rumah, anda boleh meminta bantuan pasangan untuk menyelesaikan masalah anda, begitu juga sebaliknya.

Jelaskan kepada pasangan
Kerana tugas dari pejabat terkumpul, anda terpaksa membawanya pulang dan menyelesaikan di rumah. Untuk mengurangkan konflik, anda harus menjelaskan kepada pasangan untuk mendapat sokongan dari mereka.

Anonymous

No comments:

Post a Comment