Thursday, June 14, 2012

Pancing Ghairah Dengan Sentuhan

Ketika berbicara berkaitan seksual, organ tubuh yang mendapat perhatian paling besar adalah daerah kemaluan. Namun sebenarnya ada organ seks lain yang berada dari hujung rambut ke hujung kaki, yakni kulit. Setiap inci persegi kulit mempunyai berjuta-juta sel dan hujung-hujung saraf untuk merasakan rangsangan sehingga menimbulkan ghairah seksual.

Selain manfaat seksual, sentuhan kulit ke kulit (skin to skin contact) akan merangsang pengeluaran hormon oksitosin dan endorfin yang boleh meningkatkan ikatan emosional dengan pasangan.

"Merangsang kulit satu sama lain akan meningkatkan pengeluaran peluh sehingga tubuh akan mengeluarkan bau semulajadi yang boleh merangsang hasrat seks," kata Debby Herbenick, pensyarah dari Kinsey Institute.

Kerana itu selain fokus pada rangsangan di daerah kemaluan, kini saatnya memaksimumkan stimulasi pada kulit. Di mana yang harus diperhatikan?

Daerah wajah
Apabila anda pernah melakukan rawatan facial spa, tentu anda merasakan bahawa urutan di wajah boleh membuatkan tenang seperti urutan di seluruh tubuh. Hidung, kelopak mata, dan bibir, merupakan titik sensitif di bahagian tubuh kerana kulitnya lebih nipis sehingga stimulasi di kawasan ini akan meningkatkan konsenstrasi saraf.

Kulit terbuka
Selain bahagian daripada sesi pemanasan, saling membuka pakaian pasangan boleh menjadi cara untuk memanjakannya dengan sentuhan-sentuhan ringan. Rasakan sensasi udara di kulit anda yang terbuka dan nikmati sentuhannya apabila anda dan pasangan berdiri berhadapan dalam keadaan telanjang. Tidak perlu terburu-buru masuk ke "menu utama", nikmati dulu keindahan tubuh pasangan di hadapan anda.

Memanjakan tubuhnya
Rasa penat menjadi alasan banyak pasangan untuk menunda hubungan seksual. Daripada memaksanya, yang justeru boleh memancing pertengkaran, lebih baik manjakan pasangan dengan sesi urutan. Gunakan sedikit minyak urut lalu berikan picitan mulai dari bahu, leher hingga ke punggung. Meski begitu tak perlu memaksakan diri bila pasangan benar-benar sedang penat.
Organ sensitif
Ada daerah-daerah tertentu di tubuh yang mempunyai penerima khusus untuk menyampaikan pesanan ke pusat seksual di otak. Kerana itu begitu kita menyentuh daerah ini tubuh akan menyiapkan diri untuk penetrasi seksual.

Apa saja organ yang paling sensitif? Pada setiap orang tentu berbeza, namun sentuhlah daerah kemaluan, puting, paha bahagian dalam, bahagian bawah perut, serta punggung bawah....anda akan menemui sesuatu yang amat mengghairahkan!

Anonymous

No comments:

Post a Comment