Thursday, June 21, 2012

Bila Aksi Keintiman Pasangan Tak Memuaskan

Setelah jenuh dengan teknik bercinta pasangan yang biasa-biasa saja sehingga sukar mencapai orgasme, kebanyakan wanita memilih untuk diam daripada menyampaikan kejujuran. Padahal, jajaran kekecewaan boleh membuat ghairah menguncup.

Kali ini jangan ragu untuk mengutarakan keinginan terpendam anda. Bila tahu teknik penyampaian yang tepat, tentu si dia tak akan marah dengan "kritik" anda. Perhatikan beberapa nasihat berikut ini.

Ungkapkan yang dikehendaki
Ingatlah bahawa yang ingin anda sampaikan adalah apa yang diinginkan, bukan apa yang anda tidak inginkan. Bila belum apa-apa anda sudah melontarkan kritik, si dia pasti akan bersifat defensif. Sebaliknya, jika anda cuba membuka diri untuk memimpin ia mencari apa yang anda sukai, ia pasti akan senang melakukannya. Jangan lupa berikan feedback yang positif saat ia berjaya melakukannya.

Pilih waktu
Selain menyiapkan apa yang ingin disampaikan, pertimbangkan pula waktu untuk menyampaikannya. Sebaiknya anda tidak membicarakan topik ini selepas sesi bercinta kerana akan terkesan anda sedang memberi penilaian atas aksinya tadi. Saat sedang santai berdua sebelum tidur boleh menjadi waktu yang tepat.

Bertanya
Cara untuk membuat komunikasi anda berjalan lancar adalah dengan mulai bertanya apa yang membuat berghairahnya meluap. Si dia pasti akan bertanya pada anda sehingga anda boleh mendedahkan keinginan. Dengan demikian anda dan pasangan boleh saling bereksplorasi.

Beri maklum
Kreatif menguruskan hal-hal keintiman merupakan salah satu syarat kehidupan yang harmoni. Ajak si dia melakukan variasi posisi hubungan intim. Anda boleh mendapatkan idea bersama dari filem atau gambar erotis. Tak perlu malu jika ternyata kedudukan itu tidak selesa atau sukar. Tertawakan saja berdua jika mengalami situasi "aneh" saat bercinta.
Menukar masa
Selain variasi posisi, menukar masa bercinta juga boleh menimbulkan sensasi tersendiri. Jika biasanya anda dan pasangan selalu melakukannya di malam hari di tempat tidur, sesekali rayu si dia selepas makan malam atau semasa asyik menonton TV di sofa. Tentu saja idea tersebut boleh wujud jika tidak ada orang lain di rumah anda.

Anonymous

No comments:

Post a Comment