Thursday, May 23, 2013

Ikhwanul Muslimin Mengkagumi Dr Mahathir

Ikhwanul Muslimin `guna' Dr Mahathir sebagai model kebangkitan Islam...
Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir. klik disini

Persidangan tersebut mendapat liputan luar biasa oleh media bukan sahaja dari Mesir bahkan dari seluruh dunia Arab.

Dalam ucapannya Dr Mahathir mengajak kerajaan baharu Mesir mencontohi pengalaman Malaysia sebagai model dalam memacu kemajuan ekonomi di negara ini.

Objektif permulaan adalah untuk menjana kekayaan, katanya dalam persidangan bertajuk Kebangkitan di Seluruh Dunia: Malaysia sebagai Model.

‘‘Saya percaya rakyat Mesir menyedari kesukaran yang sedang mereka hadapi dan tidak malu untuk belajar daripada pengalaman negara lain yang telah berjaya,’’ katanya, sambil menambah kata, rakyat Mesir boleh menjadikan Malaysia sebagai model untuk memulakan usaha bagi memacu kemajuan ekonomi di negara mereka.

Sambil menceritakan pengalamannya mentadbir Malaysia, Dr. Mahathir berkata, kepelbagaian agama dan etnik di Malaysia tidak menjadi halangan untuk mengejar kemajuan, sebaliknya semua pihak mengetepikan perbezaaan ideologi untuk mengambil bahagian dalam proses evolusi negara.

Mahathir turut mencadangkan agar kerajaan baharu Mesir memberi tumpuan kepada membangunkan keadilan sosial dan infrastruktur di bawah fasa pasca revolusi.

“Oleh itu, kerajaan Mesir perlu memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan dan melaksanakan dasar ekonomi yang boleh membuka peluang pekerjaan baharu," katanya.

Beliau turut menarik perhatian pihak pembangkang di Mesir dengan berkata bahawa mereka perlu mengambil bahagian dalam pilihan raya akan datang di negara ini dengan mendekati rakyat.

Ketika bercakap pada sidang akhbar bersama Timbalan Penasihat Tertinggi Pergerakan Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater, selepas itu, Dr. Mahathir berkata rakyat Mesir perlu sedar tentang garisan yang terlalu nipis antara kebebasan dan huru-hara, kerana situasi huru-hara di dalam negara boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mencetuskan halangan baharu untuk mencapai kemajuan.

Sementara itu, Khairat memuji pencapaian Malaysia di bawah era Dr. Mahathir.

Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur.

“Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut," jelasnya.

2 comments:

  1. Having read this I believed it was really informative.
    I appreciate you finding the time and effort to put this informative article together.
    I once again find myself personally spending a lot of time both reading and commenting.
    But so what, it was still worthwhile!

    My web page; stop grow

    ReplyDelete
  2. This website was... how do I say it? Relevant!! Finally I've found something which helped me. Thanks!

    Here is my site Generateur De Code PSN

    ReplyDelete