Thursday, June 4, 2020

KP Imigresen, Sila Jawab Mana 100,000 Pelancong India, China?

PEMBELA sambut baik kejayaan PDRM Johor tumpas sindiket PATI
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyambut baik kejayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor mengesan dan menumpaskan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI), baru- baru ini.

Bagaimanapun, Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, sindiket berkenaan kebanyakannya bermula daripada negara jiran sahaja.

“Tetapi, isu sindiket pemalsuan kad pengenalan atau MyKad dengan kehilangan 100,000 pelancong China dan India sangat berkait rapat dengan sindiket penyeludup PATI.


“Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia di mana? 100,000 pelancong China dan India di mana…Tolong jawab,” soalnya sinis dalam satu kenyataan hari ini.

Gesaan itu dibuat susulan bimbang dengan ‘kehilangan’ lambakan warga asing yang dikhuatiri memberi ancaman kepada keselamatan rakyat dan kedaulatan negara.

Terdahulu, laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga 2018.

Menurut laporan itu sepanjang 2016 hingga 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

Negara pernah dikejutkan dengan penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya.

Kemudian, 87 lagi ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.

Semalam, 10 lelaki China pula ditahan kerana terbabit dalam sindiket perjudian atas talian di sebuah apartmen di Batu 9 Cheras, Kajang, - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment