Monday, June 22, 2020

Di Manakah 'Jantan' Pemimpin Politik Melayu

Demi masa depan bangsanya, MCA, DAP, Gerakan saling bekerjasama
Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menegaskan, beliau konsisten berpendirian bahawa parti politik MCA, DAP dan Gerakan sebenarnya saling bekerjasama serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain.

Beliau berkata, parti-parti itu pada hakikatnya saling bekerjasama untuk memperjuangkan ekonomi, bahasa, budaya dan masa depan politik bangsa Cina di Malaysia.

Usaha parti-parti politik ini, katanya, digiatkan melalui pelbagai forum dan persatuan yang kuat lagi serta menyatukan mereka.

“Contohnya seperti Dewan Perniagaan Cina, persatuan Dong Zhong, Hua Zhong dan lain-lain lagi,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Bahkan, kata beliau lagi, hakikat itu jelas dilihat dalam sikap MCA dan DAP terhadap pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi di sekolah.

“Pemimpin MCA sendiri membantai tulisan Jawi di kalangan bangsa Tiong Hua dengan menggunakan medium bahasa Mandarin berkali-kali dan ini bukanlah secara kebetulan.

“Ini hanyalah satu daripada contoh hipokrasi mereka,” dakwanya.

Terdahulu, aktivis Adrian Lim Chee En dalam satu portal berita dilaporkan mendedahkan parti komponen BN, MCA bersikap licik dalam menghasut komuniti Cina berhubung cadangan pengajaran tulisan Jawi melalui penggunaan bahasa Mandarin.

“MCA ini licik. Apabila dia nak hasut orang Cina, dia siar kenyataan dalam Mandarin agar orang Melayu tidak faham.

“Jadi, saya bantu terjemahkan kenyataan-kenyataan anti-Jawi dari MCA untuk bantu sahabat-sahabat Melayu saya faham apa hasutan mereka,” katanya.

Adrian berkata, antara pemimpin MCA yang kelihatan memegang kain rentang anti tulisan Jawi itu ialah Datuk Seri Wee Ka Siong yang kini Menteri Pengangkutan dan Datuk Dr Mah Hang Soon yang sekarang Timbalan Menteri Pendidikan.

Turut berbuat demikian Tan Teik Chang yang kini Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang dan Chong Sin Woon yang sekarang dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang.

Kesal dengan perkara itu, Prof Zainur mempersoalkan, prinsip pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan hari ini terhadap Ahli Parlimen MCA yang sangat licik ini.

“Di manakah ‘jantannya’ pemimpin politik hari ini dalam mendepani MP MCA yang hanya dua orang ini?

“Kenapa pemimpin politik Melayu hari ini masih lagi sibuk bergaduh sesama sendiri bertahun-tahun?,” soalnya. - ismaweb.net

No comments:

Post a Comment