Sunday, August 17, 2014

Jangan Biarkan Taraf Mahkamah Seperti Tandas Awam

Bertindaklah
Apa yang mahu dinantikan oleh rakyat selepas ini ialah tindakan ke atas N. Surendran iaitu salah seorang peguam Anwar Ibrahim kerana mencela institusi mahkamah, baru-baru ini. Awang berharap notis aduan oleh 32 wakil NGO yang diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Ariffin Zakaria dan laporan polis yang dibuat, dapat disiasat segera. Kalau tidak silap, ini bukan kali pertama Surendran mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pada April lalu, berpuluh aduan polis dibuat ekoran kenyataannya yang dilihat cuba menghasut rakyat untuk mempersoalkan kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi beliau terlepas daripada sebarang tindakan. Apa sudah jadi dengan pejabat Peguam Negara, yang kini dikritik hebat sehingga diminta berundur.


Pada Awang, ia memberi isyarat yang salah bahawa jenayah kehakiman yang dilakukan sesuka hati adalah perbuatan yang diterima di negara ini. Jangan biarkan taraf mahkamah seperti tandas awam. Awang tidak pasti sama ada Surendran dangkal tentang undang-undang atau memang sengaja mahu mengambil kesempatan daripada sikap lembut dan liberal Peguam Negara, Gani Patail.

Oleh : Awang Selamat

No comments:

Post a Comment