Wednesday, December 14, 2011

Jurus-Jurus Bercinta Pembakar Ghairah

MELAKUKAN jurus-jurus bercinta yang berbeza dari biasanya boleh menjadi kejutan bagi pasangan dan membuat ghairah cintanya menyala.

Memberikan kejutan yang tidak disangka-sangka bagi pasangan ketika bercinta boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Selain mempersembahkan kedudukan terkini, mengejutkannya dengan gerakan-gerakan baru pasti akan membuat hasratnya menyala. Ini tentu idea menarik untuk dicuba.

Maklumkan keinginan anda
Langkah pertama yang boleh dilakukan adalah memberitahu keinginan anda kepada pasangan. Bimbinglah ketika dia melakukan gerakan di tubuh anda.

Ketika dia melakukan perkara yang anda sukai, segera katakan padanya untuk mempertahankan sejenak gerakan tersebut kemudian menjelajah lebih dalam bahagian tubuh tersebut.

Fokus pada orgasme
Seks adalah persoalan fikiran, bukan semata kemahiran serta teknik. Jadi, keluarlah dari persepsi lama kemudian tinggalkan keraguan seksual anda untuk bersama-sama pasangan fokus pada orgasme.

Caranya, rasailah di mana anda sedang disentuh dengan tekanan dan kelajuan yang diberikan pasangan, kemudian suarakanlah kenikmatannya. Berusaha memahami apa yang dilakukan pasangan untuk anda membuat sesi bercinta berjalan lebih baik. Ingat, setiap langkah bercinta menjadi bahagian yang sama penting, apapun itu gerakannya.
Eksplorasi semua bahagian tubuh
Untuk mencipta kenikmatan bercinta, anda perlu mengingati bahawa seluruh tubuh kita merupakan zon erotis yang boleh dieksplorasi. Anda boleh menyentuh,mengusap, menjilat, atau mengurut di bahagian mana saja untuk meningkatkan ghairah seksual anda berdua.

Mengawali diri anda untuk bersikap rileks dan menikmati sentuhan yang diberikan pasangan. Ingat, ini bukanlah mengenai apa yang anda lakukan, tapi lebih kepada bagaimana anda melakukannya.

Anonymous

No comments:

Post a Comment