Monday, June 6, 2011

Buku Jingga Kini 'Kitab' Perjuangan Pas

NEGARA Kebajikan ada tercatat dalam al-Quran. Negara Islam tidak disebut. Oleh yang demikian Presiden Pas, (Abdul Hadi Awang) yang selama lebih 20 tahun mengkafir orang Islam kerana tidak menyokong Pas bagi menegakkan negara Islam, telah mengkafirkan diri sendiri, ahli dan penyokongnya, ikut Fatwa Hadi Awang versi lama.

Pas tidak lagi mahu menegakkan negara Islam kerana al-Quran tidak menyebut pun negara Islam. Fatwa Hadi Awang bagaimanapun boleh berubah mengikut keperluan dan kepentingan kerana bagi Pas, ayat al-Quran boleh ditafsir secara pelbagai.

Oleh kerana PKR dan DAP lebih dahulu mempelopori negara kebajikan, maka PKR dan DAP lebih dahulu memahami al-Quran dari Pas yang lebih setengah abad mempelopori politik yang tidak terkandung dalam Islam.

Setelah lebih dua dekad menjadi teraju parti, baru sekarang Tuan Guru Hadi sedar bahawa parti yang dia pimpin tersalah perjuangan. Baru dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin Pas masa lalu adalah bodoh kerana mahu menegakkan sesuatu yang tidak langsung dituntut oleh Islam, menubuhkan sebuah negara Islam.

Ulama dalam Pas sering memperlekehkan ulamak Melayu yang di luar parti kerana tidak menyokong politik parti itu.

Dengan perkembangan semasa, adakah ulama dalam Pas masih mampu mengaku bahawa mereka adalah tersohor.

PAS masih terus dikendong oleh ahli-ahli politik yang tiada beza dengan pemimpin dari mana-mana parti politik.

Nah! Akhirnya Karpal Singh juga yang mampu mendabik dada. Pas lebih rela tunduk kepada DAP daripada melangkah mayat beliau demi mahu mendapat jawatan menteri sekiranya BN tumbang.

Kini al-Quran dan Undang-undang Tubuh Pas bukan lagi panduan politiknya.
Sebaliknya, Buku Jingga adalah kitab perjuangannya.

Kamaruzaman
Shah Alam

No comments:

Post a Comment