Wednesday, February 8, 2012

PAS Pecacai DAP-PKR

`Biarlah berpada-pada'

PEMECATAN bekas Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.

Pada pandangan saya, oleh kerana kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular.

Saya tidak menghalang jika Pas ingin bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi biarlah berpada-pada. Jika untuk kebaikan umat Islam tentulah baik tetapi jika sebaliknya tentulah langkah Pas itu akan kelihatan seperti orang Islam tidak cerdik.

Bagi saya, Pas tidak akan rugi walau satu sen pun jika mereka keluar dari bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana mereka masih boleh bekerjasama dengan UMNO yang tentu akan membawa keuntungan besar kepada umat Islam. Dasar UMNO terhadap Islam amat jelas. Saya sendiri membuat tesis tentang usaha UMNO memartabatkan Islam.

UMNO sudah membuka jalan untuk bekerjasama dengan Pas tetapi Pas nampaknya seperti bodoh sombong angkara sikap pemimpin Pas yang kononnya berdendam dengan UMNO.

Namun dalam keadaan Dr. Hasan mengisytiharkan perang jihadnya terhadap golongan dalam Pas yang dianggapnya sebagai parasit, yang kini menguasai 74 peratus tampuk kuasa Pas, maka saya berpendapat Pas sukar berubah menjadi Islam sepenuhnya. Kumpulan 74 peratus parasit seperti didakwa Dr. Hasan lebih berkiblatkan kepada perjuangan PKR iaitu memartabatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Maka tidak keterlaluan saya katakan bahawa Pas kini adalah separuh dari PKR.

Sepertimana rakyat maklum, Anwar adalah amat jelas pro-Israel dan pro-LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, rakyat negara ini pasti akan ‘berdosa besar’.

Hanya UMNO sahaja yang amat tegas menolak kepimpinan Anwar walaupun UMNO pernah memberi ruang kepada beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu. UMNO sebenarnya lebih tahu kerosakan yang akan dibawa olehnya.

Kesimpulannya, saya sarankan Pas wajib memohon maaf kepada Dr. Hasan, pakar motivasi Islam yang sangat berani itu!

Oleh : Cheredza
          Sik, Kedah

No comments:

Post a Comment