CLP: Kenapa terlalu gopoh iktiraf UEC?
Pengiktirafan diberikan kepada lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan sebagai tindakan gopoh yang tidak menghormati sensitiviti rakyat terutama orang Melayu.
Felo Penyelidik Utama Bersama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong malah menegaskan kenyataan Pengerusi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia (LPQB), Tommy Thomas yang juga Peguam Negara sebagai mengejutkan dan boleh mengelirukan masyarakat.
Tegas Kok Seong, Tommy seharusnya lebih sensitif kerana UEC masih lagi berada dalam kajian dan pertimbangan kerajaan untuk diiktiraf.
“Sebelum ini hanya ada satu aspek dalam UEC sahaja yang diterima iaitu berhubung kemasukan ke institut pendidikan guru (IPG), itu pun untuk opsyen bahasa Cina dan melalui beberapa syarat lain yang ketat.
“Jadi, mengiktiraf UEC dalam CLP ini saya lihat tindakan yang gopoh. Kerajaan dan Tommy seharusnya lebih berhati-hati dengan menjaga sensitiviti umum kerana perkara ini ada kaitan dengan keharmonian sosial,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Tommy dalam kenyataan berkata CLP akan menerima pakai kelayakan UEC pada tahap ‘Senior Middle 3’ untuk tujuan tersebut mulai 1 Januari 2021.
Sumber : http://www.utusan.com.my
Sunday, March 31, 2019
Dasar Bumi Hangus
Terma bagi strategi ketenteraan iaitu “Dasar Bumi Hangus” yang digunakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong untuk menggambarkan kerjasama antara PAS dan UMNO ini sebenarnya adalah satu dasar yang parti DAP tidak pernah hentikan walaupun mereka telah membentuk kerajaan.
Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional – yang ternyata akhirnya berjaya dilaksanakan, hanya digunakan sebagai strategi sebelum PRU-114.
Tetapi sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang, dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama, menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.
Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka ‘berkahwin’ dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Tun Mahathir dan partinya Bersatu sebagai pelengkap kepada dasar ini.
Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14 kira-kira 10 bulan lepas, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaatpun dalam mengamalkan dasar tersebut.
Melalui cara dasar ini dipraktikkan, mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.
Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara sekalipun meski mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera.
Maka mereka melipatganda usaha ‘membumi-hanguskan’ negara dengan pelbagai cara, sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.
Oleh kerana itu setelah mengambilalih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar ‘hangus’ dan kekeringan sumbernya sehingga PRU-15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar, antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset ke Singapura.
Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi, negara sudah kontang hasil dan bertimbun hutangnya, manfaat maksima hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa dan sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.
Kumpulan yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas pulas dengan sumber dan baki rizab kontang yang ada, di mana sebahagian besarnya telah dialih keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara sistematik.
Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan, akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan apabila mereka mengambil alih kelak.
Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan, sebelum matlamat mereka tercapai untuk ‘membumi-hanguskan’ negara.
https://www.editormalaysia.com/8559/
https://inforakyatkini.blogspot.com/2019/03/
Ramai beranggapan strategi yang digunakan DAP selama ini bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional – yang ternyata akhirnya berjaya dilaksanakan, hanya digunakan sebagai strategi sebelum PRU-114.
Tetapi sangat jelas DAP mengamalkan dasar ini sebagai strategi jangka panjang, dengan memainkan sentimen perkauman melampau sejak sekian lama, menyuburkan fitnah dan mencipta persepsi serta pembunuhan karakter demi menjatuhkan musuh politiknya.
Ini termasuk memanipulasi dan membangkitkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat Cina terhadap kaum Melayu dan dibantu oleh kejayaan mereka ‘berkahwin’ dengan musuh tradisi mereka sendiri iaitu Tun Mahathir dan partinya Bersatu sebagai pelengkap kepada dasar ini.
Hakikatnya, setelah UMNO dan Barisan Nasional dikalahkan pada PRU-14 kira-kira 10 bulan lepas, DAP berterusan melaksanakan Dasar Bumi Hangus ke atas negara ini dan mereka tidak pernah berhenti sesaatpun dalam mengamalkan dasar tersebut.
Melalui cara dasar ini dipraktikkan, mereka menjarah harta-harta dan aset negara yang berkesempatan mereka temui sepanjang memerintah dengan menumpukan terhadap aset dan harta Melayu Islam termasuk Tabung Haji.
Dasar ini sedang dan bakal menguntungkan DAP dalam apa jua cara sekalipun meski mereka berkemungkinan akan kalah pada PRU-15 kerana semakin ditolak rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera.
Maka mereka melipatganda usaha ‘membumi-hanguskan’ negara dengan pelbagai cara, sama seperti teori asas kepada dasar itu sendiri, bezanya kini ia berlaku dalam senario peperangan politik dan kuasa.
Oleh kerana itu setelah mengambilalih kerajaan dan mengetahui hakikat kekayaan negara, sehingga kini DAP berteruskan mengamalkan Dasar Bumi Hangus ini sehingga bumi Malaysia ini akan benar-benar ‘hangus’ dan kekeringan sumbernya sehingga PRU-15.

Ketika itu yang akan mendapat keuntungan besar ialah DAP apabila pelbagai kekayaan negara sebelum ini telah berjaya dialih keluar, antaranya melalui REIT, PSV, bantuan dana ke pendidikan swasta dan juga menjual pelbagai aset ke Singapura.
Ketika itu kalah menang sudah tiada ertinya lagi, negara sudah kontang hasil dan bertimbun hutangnya, manfaat maksima hanya dinikmati oleh mereka yang berkuasa dan sebaliknya rakyat tidak menikmati manfaat yang sama malah berterusan ditekan dan ditindas.
Kumpulan yang menang mengatasi DAP dan sekutunya kemudian akan berhempas pulas dengan sumber dan baki rizab kontang yang ada, di mana sebahagian besarnya telah dialih keluar, dijual atau disalurkan ke pihak lain secara sistematik.Seperti pengamalan Dasar Bumi Hangus itu sendiri apabila sebuah pasukan tentera sebelum berundur dari medan peperangan, sebarang bangunan, penempatan, peralatan ataupun sumber yang boleh dimanfaatkan oleh pihak lawan, akan dimusnahkan lebih awal dengan apa cara sekalipun agar tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan apabila mereka mengambil alih kelak.
Justeru rakyat seluruhnya tanpa mengira agama dan warna kulit, perlu bangkit menolak DAP dan Pakatan Harapan, sebelum matlamat mereka tercapai untuk ‘membumi-hanguskan’ negara.
https://www.editormalaysia.com/8559/
https://inforakyatkini.blogspot.com/2019/03/
Thursday, March 28, 2019
Bila Dinda Patah Hati
SEBENARNYA kalau Datuk Seri Ronald Kiandee bermaruah dia akan meletak jawatan sebagai Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) kerana sudah melompat ke parti Bunga.Kenapa dia mahu kekal sebagai Pengerusi PAC? Mesti ada deal baharu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Begitu juga Dr. Mahathir. Kenapa kekalkan Ronald Kiandee walaupun bercanggah dengan janji pilihan raya.
Jawapan Tun M membuktikan isu morally wrong tidak berbangkit. Dia memang mahu memungkiri janji. Pada beliau janji pilihan raya tidak terikat dengan undang-undang.
Sebab itu janji boleh dimungkiri. Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kempunan untuk jadi Perdana Menteri. Ia cuma janji untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan tidak terikat dengan undang-undang. Dr. Mahathir tidak gusar apabila Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai anggota PAC. Ahli Parlimen pembangkang juga telah meletak jawatan. Elok pembangkang tidak sertai PAC sebagai protes. Tetapi apakah muslihat Dr. Mahathir mengekalkan Ronald Kiandee? Apakah beliau mahu PAC-IMDB 2.0 yang sedang berlangsung sekarang mengikut telunjuknya. Terutamanya dalam kes kononnya laporan akhir Ketua Audit Negara kepada PAC telah dipinda. Tan Sri Ambrin Buang dengan berani mendedahkan bahawa dakwaan Tan Sri Dr. Madinah Mohamad kononnya laporan akhir 1MDB telah dipinda adalah tidak benar kerana yang dipinda itu hanya merupakan ‘draf awal’.
Beliau menegaskan tidak ada sesiapa yang mempengaruhinya dan tidak ada pindaan dibuat kepada laporan terakhir yang dihantar kepada PAC pada 4 April 2016.

Tegas beliau, tidak ada laporan akhir versi lain. Semua di dalam kawalan beliau. Apakah kerana penjelasan Ambrin itu menyebabkan Peguam Negara terpaksa meminda pertuduhan ke atas Najib daripada meminda laporan terakhir Audit Negara untuk PAC kepada meminda draf awal laporan. Bekas Ahli Parlimen Kepong yang juga bekas Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw telah mencabar Yang Berhormat Wong Kah Woh (DAP) supaya membuktikan tuduhan itu.
Kononnya laporan Audit Negara dalam isu 1MDB (PAC-1MDB 1.0) telah dipinda/diubah atas arahan orang tertentu. Kesimpulannya, penubuhan PAC 2.0 untuk menyiasat kes 1MDB bermotif politik.
Mengekalkan Ronald Kiandee yang sudah menyertai PPBM juga bermotif politik. Konsep morally wrong tidak ada dalam kamus Dr. Mahathir.
Tindakan Nurul Izzah meletak jawatan adalah penyesalan terbuka. Mesej Izzah ialah jangan percaya kepada diktator.
Kelak ia boleh jadi rosak dan huru hara. Maka Dinda pun akhirnya patah hati.
MOHD. PUAD ZARKASHI
Johor Bahru
Kononnya laporan Audit Negara dalam isu 1MDB (PAC-1MDB 1.0) telah dipinda/diubah atas arahan orang tertentu. Kesimpulannya, penubuhan PAC 2.0 untuk menyiasat kes 1MDB bermotif politik.Mengekalkan Ronald Kiandee yang sudah menyertai PPBM juga bermotif politik. Konsep morally wrong tidak ada dalam kamus Dr. Mahathir.
Tindakan Nurul Izzah meletak jawatan adalah penyesalan terbuka. Mesej Izzah ialah jangan percaya kepada diktator.
Kelak ia boleh jadi rosak dan huru hara. Maka Dinda pun akhirnya patah hati.
MOHD. PUAD ZARKASHI
Johor Bahru
Subscribe to:
Posts (Atom)