Monday, December 11, 2023

Jangan Tinggal Di Malaysia Kalau Jahil Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi bahasa negara
SENATOR ultra kiasu MCA dan ultra kiasu lain, menyalahkan Imigresen apabila tidak melayan wanita Cina dan anaknya untuk baharui pasport kerana tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Kata mereka, ia bercanggah dengan undang-undang kerana tidak menyebut, syarat baharui pasport mesti menguasai bahasa Melayu.

Tahniah! Imigresen atas tindakan tersebut. Tahniah juga kepada Menteri Dalam Negeri kerana mempertahankan tindakan Imigresen.

Sudah sampai masanya, undang-undang digubal bagi memastikan setiap warganegara fasih menggunakan bahasa kebangsaan. Jika tidak, apa ertinya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Bandingkan dengan Cina-cina di Kelantan dan Terengganu. Kenapa Cina-cina di pantai barat, sebahagian tidak boleh berbahasa Melayu? Inilah produk sekolah vernakular.

Lebih elok kalau ditarik sahaja pasport, jangan dibaharui langsung, sehingga dia fasih menggunakan bahasa kebangsaan.

Inilah hasil produk sekolah vernakular (SJKC). Bukan seorang, terlalu ramai lagi. Saya harap jabatan kerajaan yang lain akan turut bertindak sama seperti Imigresen, meskipun tidak ada syarat tersebut dalam Perlembagaan. Namun, rohnya tetap ada, bahasa Melayu, bahasa kebangsaan.

Ini belum lagi, balai polis, mereka yang datang membuat report polis, seperti yang pernah berlaku. Sudahlah datang dengan pakaian seksi, bahasa Melayu, satu habuk pun tak reti.

Nak buat macam mana dengan ‘mangkok hayun’ sebegini. Agenda hidup bernegara langsung tidak dikuasai, tapi mahukan semua kemudahan sebagai warganegara tinggal di negara ini.

Lebih baik lagi pekerja Bangladesh, yang datang ke negara bertuah ini, beberapa bulan, selepas itu boleh menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Ini tidak, bergenerasi tinggal ini, sebelum dan selepas merdeka, sudah lebih 65 tahun, bahasa negara tidak dikuasai. Nak buat macam mana dengan ‘mangkok hayun’ ultra kiasu ini.

Pemimpin ultra kiasu mereka yang berucap di Parlimen, sudah jelas membuktikan. Cuba dengar Speaker, ahli Parlimen, menteri, timbalan menteri mereka bercakap. Macam taik.

Memandangkan ini bukan satu, tetapi banyak kes telah berlaku, sudah sampai masanya, undang-undang bahasa Melayu digubal, sebagai syarat menjadi warganegara. Begitu juga sebagai syarat untuk menjadi pemimpin peringkat mukim, daerah, negeri dan kebangsaan, terutama ADUN dan Parlimen.

Tidak pernah berlaku dalam dunia (negara) lain, kecuali Malaysia, rakyatnya sendiri tidak menguasai agenda hidup bernegara, seperti menguasai bahasa negara.

Bahasa kaum sendiri, bukan main fasih, malangnya bahasa kebangsaan langsung tidak dikuasai. Saya tidak hanya merujuk kepada orang Cina, orang Melayu yang terlebih inggerisnya sehingga tidak menguasai bahasa negara.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Friday, August 18, 2023

Jangan Jadi Macam Orang Tu....

Pemuda UMNO tak perlu acah-acah berani lawan Zahid, nanti jadi macam Asyraf 
Semalam, Pemuda UMNO membuat pendirian berdegar-degar kononnya akan membawa suara akar umbi untuk didengar pemimpin atasan yang didakwa menjadi punca krisis kepercayaan orang Melayu terhadap parti tersebut.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh seakan memberi kata dua kepada pemimpin atasan UMNO yang dilihat menjadi liabiliti sehingga rakyat sudah tidak mempercayai parti tersebut, tetapi sejauh manakah keberanian sayap tersebut untuk mengasak Presiden?

Akmal terlupa, sebelum ini bekas ketua pemuda, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki juga agak vokal dalam menyuarakan pandangan tetapi pengakhirannya menjadi penjilat tegar kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, Asyraf yang kalah hatrik bertanding tiga pilihan raya sebelum ini dinaikkan pangkat pula menjadi Setiausaha Agung UMNO selepas kekalahan UMNO semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Terdahulu, Akmal semasa mengadakan program post-mortem selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam memberi kata dua kepada pemimpin kanan parti itu, ia dipercayai merujuk kepada Presiden parti.

“Dia minta Pemuda hormati saluran, maka kita hormat saluran.

“Dia minta Pemuda UMNO jangan kurang ajar, kita hormat, kita tak kurang ajar. Kita berbincang secara betul, baik-baik.

“Tapi kalau suara Pemuda tidak didengar? Maka berhadapan lah dengan suara Pemuda UMNO seluruh Malaysia,” katanya dipetik laporan media.

Akmal juga berkata sedia melepaskan jawatannya jika dirinya menjadi punca kekalahan UMNO semasa PRN lalu.

“Saya berani letak jawatan sebagai ketua Pemuda UMNO (jika majoriti kata saya punca kekalahan Umno).

“Sebab yang lebih penting adalah survival UMNO itu sendiri,” katanya lagi.

Pada PRN lalu UMNO hanya menang 19 kerusi daripada 108 kerusi yang ditandingi.

Susulan itu, terdapat spekulasi mengatakan akar umbi parti mendesak supaya Zahid berundur atau berehat buat sementara waktu daripada mengemudi UMNO.

Untuk rekod, Zahid kekal menjadi Presiden UMNO tanpa jawatan tersebut dipertandingkan semasa pemilihan parti sebelum ini selepas usul tergempar dibawa semasa Perhimpunan Agung tahun lalu. - www.agendadaily.com

Thursday, August 17, 2023

Keputusan PRN Petanda Jelas Rakyat Tolak Pimpinan Kerajaan

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri, PN menang 50 peratus undi popular dan 60 kerusi yang ditandingi, adalah satu referendum atau penolakan kepada pimpinan kerajaan hari ini.

Dalam kata lain, walaupun kerajaan hari ini mempunyai dua pertiga kerusi Parlimen, dikira kuat, hakikatnya ia masih rapuh. Tidak mencerminkan hakikat dua pertiga sebenar. Lebih-lebih tiga negeri, Terengganu (O), Kelantan dan Kedah hampir kosong.

Logiknya, apa-apa jua pilihan raya, PRU, PRN dan PRK, parti memerintah mempunyai kredit atau kelebihan untuk menang lebih kerana mereka boleh menggunakan seluruh jentera kerajaan, termasuk menyekat media pembangkang yang tidak disukainya.

Dalam isu ini, sudah tentu PRN dan PRK bukanlah medan terbaik untuk pembangkang, kerana parti memerintah akan menumpu seluruh jenteranya di kawasan tersebut.

Itulah yang berlaku, terutama penggunaan jentera Kerajaan seperti helikopter, bagi tujuan kempen. Dalam satu hari kempen, dengan menggunakan helikopter, boleh sepuluh tempat.

Apabila ditanya kenapa menggunakan jentera kerajaan seperti helikopter bagi tujuan kempen, maka jawapan yang sangat kekampungan, ‘kamu sakit hati pasal apa?’. Ini bukan standard pemimpin negara menjawab. Jawapan ini makan tuan, rakyat menilai. Cakap tidak serupa bikin.

Saya melihat keputusan PRN kali ini menunjukkan isu 3R, agama, bangsa dan raja, satu lagi rasuah, sangat relevan dan sudah terbukti. Tidak usahlah menafikannya.

Cina solid mengundi DAP. PH amat bergantung kepada Cina, manakala Melayu mengundi PN, walaupun tidaklah sepenuhnya. Kalau bukan 3R, apa lagi?

Sudah tentu, paling beruntung adalah DAP, bertanding kawasan majoriti Cina. Sekali lagi DAP mendapat kerusi terbanyak dalam gabungan PH. Sebahagian UMNO, tertipu mengundi DAP. Malangnya DAP belum tentu mengundi UMNO. Sebab itu UMNO kalah teruk.

Walaupun UMNO banyak menang di Negeri Sembilan, majoriti sangat tipis. Sudah jelas penolakan tersebut. Kalau bukan 3R (termasuk rasuah), apa lagi?

Jelas di sini, bahawa isu 3R (agama, bangsa dan raja), akan terus kekal relevan. Itulah hakikat politik Malaysia, tidak dapat lari daripada tiga isu utama tersebut, walaupun ia dianggap sensitif dan sentiasa. Itulah juga hakikat politik perkauman di Malaysia. DAP, jangan nafilah.

Tiga negeri, Kelantan, Terengganu dan Kedah, kawasan majoriti Melayu, jangkaan awal sifar pembangkang. Ternyata, benar. Terengganu membuktikannya. Kedah dan Kelantan masing-masing mendapat antara 2-3 kerusi.

Manakala di Selangor, 22 kerusi daripada 56, adalah angka yang sangat jelas menunjukkan PN menang di kawasan majoriti Melayu. Tidak keterlaluan saya katakan, tsunami Melayu telah berlaku dengan jelas.

Ikut logik, jika benar-benar kerajaan perpaduan hari ini mempunyai mandat dua pertiga, sudah tentu sokongan rakyat amat kuat. Hakikatnya ia tidak berlaku. Penolakan rakyat begitu jelas.

Buatlah menusabah, jangan terus bongkak dengan menyatakan, kerajaan hari ini masih kuat. Inilah cerminan kerajaan perpaduan sebenar.

Pada saya, ia bukan kerajaan perpaduan tetapi kerajaan keraguan, saling curiga mencurigai. UMNO curiga dengan DAP, DAP curiga sama UMNO.

PKR bergantung kepada undi Cina (DAP) untuk terus memerintah. Terpaksa bergantung dan tunduk kepada kehendak DAP. Walaupun lakonan mereka tidaklah saling menunjukkan. Tetapi itulah realiti.

Hasil daripada keputusan PRN ini, jika pimpinan kerajaan hari ini masih menganggap dirinya kuat, teruskanlah dengan pembohongan dan beri lah jawapan ‘kamu sakit pasal apa’. Empat atau lima akan datang, saban hari adalah ‘mimpi ngeri’ buat kamu.

Kamu tidak akan senang duduk, tidak lena tidur kerana terus bermimpi dengan mimpi kekalahan.

Apapun, saya lihat dalam PRU dan PRN ini, paling untung dan dapat tidur lena adalah DAP atau Cina yang bersatu hati (solid) mengundi DAP. DAP tidak perlu berbuat apa-apa, seronok dan biarkan kita umat Islam saling bercakaran.

Jika masih tidak percaya, PRK tidak lama lagi melibatkan satu parlimen (Kulai) dan satu DUN (Simpang Jeram), adalah satu lagi bukti akan menunjukkan, sama ada tiga (4)R relevan atau tidak.

Saya harap pimpinan PN jangan tertipu dengan Gerakan yang sudah menyatakan hasratnya untuk bertanding di kawasan tersebut. Gerakan ini tanpa PN, akan mereput dengan sendiri. Jangan terlalu tunduk kepada tekanannya.

Pada hemat saya, DUN Bayan Lepas jika diberikan kepada calon Melayu PN, harapan PN untuk menang itu cerah. Tetapi, oleh kerana pimpinan PN, tunduk kepada Gerakan, akhirnya tersungkur.

Janganlah kerana terlalu obses mahu menjaga Gerakan, bagi menunjukkan PN adalah komponen berbilang kaum, sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan maruah. Gerakan ini parti dominasi Cina, biarlah dia berentap dengan DAP. Jangan kawasan majoriti Melayu.

Ingat, jika ada lagi PRK yang akan berlaku pada masa akan datang, berstrategilah untuk menang, bukan menjaga hati Gerakan.

Jika Gerakan kuat dan berpengaruh, sudah tentu ia akan menang menentang DAP kawasan majoriti. Janganlah letak lagi kawasan majoriti Melayu.

Buktinya, jika bukan pengundi Melayu PN yang mengundi Gerakan dalam PRN baru ini, sudah tentu Gerakan hilang wang deposit.

Oleh: Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah