Tuesday, January 7, 2020

Dong Zong Benci Apa Jua Perkara Berkait Islam

Orang Melayu ada hak pertahankan tulisan jawi
BANGI – Sekiranya orang Cina boleh berusaha bermati-matian mempertahankan hak bercakap bahasa Mandarin dan menulis dalam tulisan Hanji, orang Melayu juga mampu berbuat perkara sama.

Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, orang Melayu juga boleh mempertahankan hak istimewa bangsanya iaitu bertutur dalam bahasa Melayu dan menulis menggunakan tulisan jawi.

“Sama seperti orang Cina mempertahankan bahasa Mandarin dan tulisan Hanji, orang Melayu pun ada hak sama pertahankan bahasa Melayu dan tulisan jawi,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Terdahulu, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebelum ini, Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng berkata, wujud rasa takut dalam kalangan ahli pertubuhan berkenaan bahawa pengajaran jawi di sekolah vernakular akan ‘mengislamkan’ murid-murid.

Beliau berkata demikian meskipun mengakui pengalaman belajar jawi ketika di sekolah dahulu tidak pun menukar agamanya kepada Islam.

Kesal dengan perkara itu, Haji Rashidi mendakwa, pertubuhan rasis seperti Dong Zong sememangnya membenci apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam.

“Katakanlah orang Melayu hari ini semuanya Kristian dan tulisan jawi itu adalah tulisan tradisi orang Melayu, Dong Zong tidak akan bantah, kerana di Timur Tengah orang Kristian juga menggunakan tulisan Arab padahal mereka beragama Kristian.

“Tetapi, disebabkan tulisan jawi ini diguna pakai oleh orang Melayu, maka Dong Zong sengaja memberi pelbagai alasan untuk menghapuskannya. Kalau Melayu beragama Kristian sudah pasti mereka akan senyap,” dakwanya.

Justeru, Haji Rashidi menggesa, orang Melayu supaya bersungguh-sungguh mempertahankan tulisan jawi yang bukan sahaja kerana menjadi tradisi bangsa itu, tetapi juga hak keistimewaan orang Melayu.

“Tulisan jawi merupakan jati diri bangsa Melayu yakni bangsa nusantara,” katanya. - www.ismaweb.net

Monday, January 6, 2020

Bagaimana Munafik Mencari Kemuliaan?

Orang munafik menimbulkan keraguan mengenai Islam
1. Benar kiriman Tuanku Permaisuri Agong ini. Sang munafik turut mencari kemuliaan mereka. Allah mencela mereka kerana mereka lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang beriman itu sendiri. Si munafik mencari kemuliaan di sisi orang kafir. Firman Allah:

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
(Mereka) orang-orang (Munafik) mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (al-Nisa: 139)

2. Orang-orang munafik juga adalah mereka yang menimbulkan keraguan mengenai Islam. Mereka memberikan maklumat yang tidak benar mengenai Islam. Allah menegur sikap mereka di dalam Perang Khandaq. Mereka memburukkan perjuangan Islam dengan berkata:

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا
“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”. (al-Ahzab: 12)

3. Orang-orang munafik turut bersikap memburukkan Rasululllah ﷺ. Mereka melemparkan fitnah terhadap Rasulullah ﷺ dalam peristiwa Hadith al-Ifk dengan memberikan anggapan bahawa isteri Rasulullah ﷺ (Aisyah) telah berlaku curang.

4. Orang munafik berusaha memecah-belahkan umat Islam. Dalam Perang Bani Mustaliq, berlakunya perselisihan antara Jahjah ibn Masu’d (dari Muhajirin) dan Sinan ibn Wabr al-Juhani (dari kaum Ansar). Perselisihan yang berlaku di telaga al-Muraysi’ itu hampir mencetuskan peperangan di antara kaum muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini.

Ketika perkara ini berlaku, Abdullah ibn Ubai (ketua munafik) geram apabila melihat pergaduhan ini tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin. Lihatlah sikap si munafik yang suka melihat perpecahan berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum muslimin. Bahkan munafik ini juga dilihat tidak suka kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap Muhajirin.

5. Perhatikan sikap-sikap ini. Apakah ada di kalangan kita yang lebih mengutamakan orang kafir dari orang beriman? Adakah ada di kalangan kita yang memburukkan Rasulullah ﷺ atau membela orang yang menghina Rasulullah ﷺ? Adakah di kalangan kita orang yang suka melihat perpecahan sesama muslim? Apakah mereka membenci perpaduan muslim?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Saturday, January 4, 2020

Apabila Chauvinist Memelihara Melayu

Benteng Terakhir Melayu
Melayu adalah satu satunya bangsa yang apabila berkuasa mereka tidak akan menzalimi bangsa lain tapi yang peliknya mereka akan menindas bangsa sendiri.

Nampaknya benteng terakhir orang melayu adalah Tun. Sekiranya Tun tumbang maka hilanglah kuasa orang Melayu secara tak langsung.

Kit Siang dilihat benar benar sukar untuk menjinakkan Tun. Tidak seperti pemimpin Melayu lain yang kadangkala kelihatan berpelukan dengan pemimpin DAP walaupun macam bermusuh.

Tetapi Tun di lihat agak stabil mentalnya. Beliau tidak berpelukan dengan sesiapa walaupun dalam keadaan tergugat mahupun dalam keadaan gembira.

Sebaliknya seorang taikun pernah tabik spring kepada beliau selepas memenangi pilihanraya.

Tugas terakhir Tun sebagai Perdana Menteri adalah perlu memastikan kuasa tidak jatuh kepada pemimpin yang mudah tunduk kepada DAP.

Tugas ini agak mencabar kerana Tun duduk dikalangan mereka yang mesra dap dan hampir kesemua mereka pernah termakan budi dengan dap di zaman mereka susah dahulu.

DAP agak merbahaya kepada orang Melayu kerana mereka bijak dalam memelihara orang Melayu yang begitu bencikan bangsa Melayu itu sendiri.

Sebenarnya orang Melayu masih belum sedar... Mereka diulit dengan terlalu banyak hiburan.

Orang melayu sukakan nyanyian maka lahirlah perbagai rancangan yang berbentuk nyanyian seperti Gegar Vaganza.

Orang melayu suka memperlecehkan orang sambil ketawa maka keluarlah rancangan yang dinamakan Maharaja Lawak.

Drama drama Melayu juga sengaja disiarkan diwaktu maghrib bagi melalaikan orang Melayu.

Namun orang Melayu masih belum sedar.

Orang Melayu di lalikan dengan banyak perkara iaitu hiburan dan juga politik.

Orang Melayu berpolitik bukan untuk menambah kebaikan tetapi memecahbelahkan.

Ini tidak berlaku kepada DAP... DAP berpolitik untuk menguatkan cengkaman kaum mereka.

Tapi orang Melayu masih belum sedar...

Bukanlah nak mengata tetapi memang nampak jelas dan nyata apabila berkait rapat dengan Melayu semua pemimpin didalam PH agak berhati hati dalam mengeluarkan statement.

Tetapi apabila berkaitan dengan bangsa lain mereka akan cepat dan pantas mempertahankan walaupun ia membabitkan kes jenayah.

Ini benar benar mendatangkan syak wasangka di mana kita boleh membuat andaian bahawa orang Melayu tidak selamat dibawah Pakatan Harapan.

Orang melayu ramai yang menjadi pelakon dan penyanyi... Lebih ramai artis maka lebih ramailah yang menjadi ejen perosak kepada masyarakat Melayu.

Malah anak anak kecil juga lebih cepat belajar menyanyi dari mengaji.
Mungkin ada yang bertanya apakah jalan penyelesaian kepada masalah umat Melayu ini?

Jawapannya ialah... Tiada penyelesaian.

Umat Melayu hanya menunggu mati sahaja. Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Kita telah diracun tanpa kita sedari dan tak sempat lagi untuk mengambil ubat penawar.

Cuma sebelum mati eloklah kita mengucap terlebih dahulu.

Kalau nak buat postmortem akan kehancuran umat melayu sebenarnya adalah disebabkan hanya satu sebab sahaja.

Walaupun puncanya adalah satu namun sifat kesyaitanannya terlalu banyak hingga tak mampu untuk diruqyah secara serentak.

Untuk mengubat penyakit umat Melayu memerlukan masa dan kesabaran.

Orang Melayu perlu mula berjinak jinak ke masjid untuk solat berjemaah dan belajar dengan lebih mendalam lagi akan agama mereka.

Ramai yang memberi alasan tidak mahu ke masjid kerana orang orang masjid agak sombong dan tidak mahu melayan mereka. Agak hairan dengan alasan sebegini.

Niat mereka nak ke masjid untuk dilayan atau untuk mendirikan solat?

Jangan pula marah sekiranya nanti masjid masjid kita dipenuhi oleh bangla dan kutbah jumaat dibaca dalam bahasa asing. - pariajalanan.blogspot.com