TUNGKARAN HATI

Wadah kecil pengumpulan ilmu, maklumat dan sebagainya untuk dikongsi bersama...

Tuesday, November 13, 2018

ICERD: Jangan Terburu-Buru

International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, (ICERD) ialah perjanjian antarabangsa yang bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum. Ia telah dibuka untuk ditanda tangani dan seterusnya disahkan oleh negara-negara sejak 21 Disember 1965.

Sehingga kini, 15 buah negara masih belum menandatangani dan membuat ratifikasinya, antaranya ialah Malaysia. Ratifikasi (ratification) dalam undang-undang antarabangsa bermaksud suatu negara menyatakan persetujuannya untuk terikat kepada suatu perjanjian jika pihak-pihak tersebut berhasrat untuk menunjukkan persetujuan mereka untuk terikat walaupun tidak dipaksa untuk mengikat.

Perbincangan tentang ICERD memerlukan kefahaman pemakaian undang-undang antarabangsa dalam sistem perundangan Malaysia. Terdapat dua teori penerimaan dan pemakaian undang-undang antarabangsa dalam suatu negara; (1) Doktrin Diperbadankan (Doctrine of Incorporation) dan (2) Doktrin Transformasi (Doctrine of Transformation).

Menurut ‘Doktrin Diperbadankan’, undang-undang antarabangsa secara automatik dimasukkan dalam undang-undang domestik setelah ia diratifikasi sehingga undang-undang tempatan dan undang-undang antarabangsa menjadi satu, sama dan serupa (monism).

“Doktrin Transformasi” pula bermaksud undang-undang antarabangsa tidak secara automatik menjadi undang-undang tempatan. Dalam teori transformasi ini, undang-undang antarabangsa dan undang-undang tempatan adalah dua entiti berbeza dan berasingan (dualism). Penerimaan undang-undang antarabangsa dalam sistem perundangan negara hanya boleh dibuat melalui proses perundangan negara.

Malaysia menerima doktrin transformasi kerana tiada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan penerimaan undang-undang antarabangsa secara automatik. Oleh itu, semua instrumen yang menjadi sumber undang-undang antarabangsa, seperti Triti, Perjanjian dan Konvensyen tidak akan menjadi undang-undang negara kita sehinggalah kita meminda atau membuat undang-undang tempatan berkaitannya.

Perkara 74 dan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan memberikan kesan bahawa kuasa untuk membuat atau menandatangi dan meratifikasi triti atau perjanjian di peringkat antarabangsa adalah terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan. Ia juga menunjukkan bahawa Badan Eksekutif mempunyai kuasa untuk membuat perjanjian antarabangsa atau menandatangani apa-apa perjanjian antarabangsa, manakala kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang antarabangsa tersebut adalah terletak hak kepada Parlimen.

Oleh itu, bagi membolehkan suatu perjanjian antarabangsa itu berkuat kuasa Parlimen hendaklah meluluskan undang-undang bagi menjelmakan atau membuat pernyataan khusus tentang perkara-perkara yang dipersetujui dalam Perjanjian tersebut bagi tujuan pelaksanaanya. Sekiranya tiada, maka instrumen antarabangsa yang telah dipersetujui oleh Badan Eksekutif tidak akan mengikat atau tidak boleh diamalkan atau tidak boleh diterima di mahkamah (prinsip berbeza dalam kes melibatkan Undang-Undang Adat Antarabangsa).

Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, antara lain bermaksud, sesuatu undang-undang yang bertujuan melaksanakan perjanjian antarabangsa yang dipersetujui Malaysia di peringkat antarabangsa tidak boleh dibuat sekiranya undang-undang tersebut melibatkan hal-hal berkaitan hukum Syarak, adat orang Melayu atau undang-undang atau adat anak negeri Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, sesuatu rang undang-undang yang berkaitan dengan triti, perjanjian dan konvensyen yang ditandatangani oleh Persekutuan tidak boleh diperkenalkan dalam Parlimen tanpa rundingan dengan kerajaan mana-mana Negeri dalam Persekutuan. Peruntukan ini walau bagaimanapun masih belum ditafsirkan oleh mana-mana mahkamah di negara ini.

Bercanggah
Kesimpulannya ialah, amalan Malaysia dalam penerimaan triti atau perjanjian antarabangsa adalah berdasarkan kepada ‘doktrin transformasi’. Walaupun Kerajaan (Eksekutif) telah mengesahkan perjanjian antarabangsa, tetapi ia tidak mempunyai kesan undang-undang dalam negara kecuali Parlimen telah meluluskan undang-undang untuk menguatkuasakan undang-undang bagi tujuan untuk perjanjian antarabangsa tersebut. Inilah hujah yang sering digunakan oleh pihak yang menyokong cadangan meratifikasi ICERD.

Hujah lain yang kelihatan dalam bicara berkaitan ICERD ialah, sekiranya kerajaan membuat keputusan untuk menandatangani dan meratifikasi sesebuah Perjanjian Antarabangsa, Kerajaan boleh meletakkan reservation atau pengecualian; atau kerajaan boleh membuat interpretative declaration.

Maksudnya kerajaan tidak perlu menerima keseluruhan perjanjian tersebut, tetapi boleh meletakkan pengecualian-pengecualian tentang perkara-perkara yang didapati bercanggah dengan undang-undang atau dasar negara, termasuk Perlembagaan Persekutuan, Akta atau Enakmen.

Atau, kerajaan boleh menyatakan definisi tersendiri kepada mana-mana peruntukan dalam perjanjian antarabangsa. (Lihat Guide to Practice on Reservations to Treaties 2011).

Namun, menurut Guide to Practice on Reservations to Treaties 2011 pengecualian kepada suatu ratifikasi perjanjian antarabangsa akan hanya diterima sekiranya ia tidak ditolak oleh negara-negara lain dan antara alasan yang boleh diberikan oleh negara-negara lain ialah, pengecualian tersebut menyebabkan objektif suatu perjanjian tersebut tidak tercapai. Pengecualian tersebut juga hendakalh diterima oleh 2/3 daripada negara-negara lain (Perkara 20 ICERD).

Dalam kes ICERD, sekiranya kerajaan mahu menandatangani dan meratifikasi perjanjian ini, perincian-perincian tentang pengecualian tersebut perlu didedahkan dan dibahaskan dengan matang supaya ia dapat difahami dan diterima oleh rakyat terbanyak.

Selain daripada itu, PBB mempunyai mekanisme tertentu untuk pelaksanaan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Mekanisme ini diwujudkan bagi memastikan setiap perjanjian yang diratifikasi oleh negara-negara mencapai objektifnya. Dalam kes ICERD, ia menyatakan dengan jelas bahawa suatu Jawatankuasa, yang dikenali sebagai Committee on the Elimination of Racial Discrimination (Perkara 8 ICERD).

Walaupun mekanisme PBB ini umumnya tidak begitu cekap dalam amalannya, tetapi, ia mempunyai sisten dan kekuatan tersendiri.Perkara pokok yang perlu dibincangkan dalam kes cadangan kerajaan untuk menandatangani dan meratifikasi ICERD ini ialah, adakah keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada Melayu dan Anak Negeri serta kepentingan sah komuniti-komuniti lain seperti yang ada dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk diskriminasi?

Sekiranya ia adalah diskriminasi maka kesannya nanti ialah, PBB boleh menggunakan mekanismenya untuk meletakkan tekanan ke atas negara kita untuk mengubah apa jua undang-undang serta polisi-polisi berkaitan.

Namun sekiranya Perkara 153 yang menjamin keistimewaan dan kepentingan sah tersebut adalah suatu special measures yang satu-satunya bertujuan “securing adequate advancement of certain racial or ethnic group or individuals…in order to ensure …(their) enjoyment or exercise of human rights and fundamental freedom”, ia bukanlah suatu diskriminasi perkauman.

Sekiranya begitu, ia masih boleh terus diamalkan negara sehingga tujuan tersebut telah dicapai. Sekiranya special measures tersebut telah mencapai objektifnya, ia hendaklah dimansuhkan untuk mencapai objektif ICERD (Perkara 1(4) ICERD). Ini adalah asas kepada mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan meratifikasi ICERD.

Pandangan ini mempunyai asas yang kukuh untuk menangani kesan negatif ICERD ke atas sensitiviti bangsa Melayu untuk jangkamasa panjang kepada ratifikasi ICERD. Oleh kerana ICERD ini masih diragui tentang kesan jangka panjang ke atas nilai dan identiti bangsa, perbincangan dan wacana intelektual perlu diteruskan dalam khalayak warga Malaysia sebelum ia dibawakan ke Parlimen untuk dibincangkan oleh para elit politik.

Malaysia tidak perlu terburu-buru menandatangani ICERD dan kita tidak perlu beremosi, menuding jari dan mengambil kepentigan kepartian, bincanglah dengan waras dan penuh wibawa. Ini soal nilai dan identiti bangsa dan negara kita yang berdaulat.

Oleh : Shamrahayu A. Aziz
Posted by tungkaran hati.blogspot at 9:51 PM
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)



Mengenai Saya

My photo
tungkaran hati.blogspot
Blog ini memaparkan artikel-artikel menarik untuk dikongsikan bersama...... If you own the rights to any of the articles & images please contact us and they will be promptly removed
View my complete profile

TOTAL PAGEVIEWS

My Ping in TotalPing.com PageRank tungkaranhati.blogspot.com  

Sukarnya untuk merobohkan Tambak Johor bila ada....

Sukarnya untuk merobohkan Tambak Johor bila ada....

Pemimpin Melayu Yang Dayus....

Pemimpin Melayu Yang Dayus....

CERIAKAN WAJAH MU DENGAN SENYUMAN...

Perkongsian Pintar Bersama Tungkaran Hati...!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Archive

  • ►  2024 (3)
    • ►  March (3)
  • ►  2023 (17)
    • ►  December (1)
    • ►  August (2)
    • ►  May (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (8)
    • ►  January (1)
  • ►  2022 (209)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (13)
    • ►  May (11)
    • ►  April (26)
    • ►  March (18)
    • ►  February (51)
    • ►  January (76)
  • ►  2021 (961)
    • ►  December (102)
    • ►  November (44)
    • ►  October (72)
    • ►  September (33)
    • ►  August (14)
    • ►  July (99)
    • ►  June (142)
    • ►  May (98)
    • ►  April (94)
    • ►  March (111)
    • ►  February (90)
    • ►  January (62)
  • ►  2020 (107)
    • ►  December (20)
    • ►  November (3)
    • ►  July (10)
    • ►  June (21)
    • ►  May (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (2)
    • ►  February (18)
    • ►  January (20)
  • ►  2019 (303)
    • ►  December (46)
    • ►  November (20)
    • ►  October (44)
    • ►  September (53)
    • ►  August (35)
    • ►  July (12)
    • ►  June (10)
    • ►  May (7)
    • ►  April (16)
    • ►  March (23)
    • ►  February (18)
    • ►  January (19)
  • ▼  2018 (80)
    • ►  December (8)
    • ▼  November (12)
      • Pak Menteri Jadilah Orang Yang Bijak....
      • Isu Papan Tanda Tulisan Cina Di Selangor
      • Basah Kena Kencing.....!
      • Dimana Kejujuran Pakatan Harapan....
      • Suara Hati DAP
      • Peminjam PTPTN Paling Teruk Tertipu
      • ICERD: Jangan Terburu-Buru
      • Antara ketuanan Melayu, Bumiputera, Cina dan India
      • Tidak Ada Keperluan Ratifikasi ICERD
      • Awas Agenda Tersembunyi ICERD
      • Merungkai Isu Ketuanan Melayu
      • ICERD Hapus Hak Istimewa Melayu, Bumiputera
    • ►  October (9)
    • ►  September (5)
    • ►  August (12)
    • ►  July (16)
    • ►  June (4)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (8)
  • ►  2017 (62)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (11)
    • ►  February (8)
    • ►  January (9)
  • ►  2016 (131)
    • ►  December (9)
    • ►  November (14)
    • ►  October (18)
    • ►  September (12)
    • ►  August (13)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (16)
    • ►  January (14)
  • ►  2015 (118)
    • ►  December (13)
    • ►  November (11)
    • ►  October (11)
    • ►  September (5)
    • ►  August (16)
    • ►  July (9)
    • ►  June (6)
    • ►  May (16)
    • ►  April (11)
    • ►  March (4)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (128)
    • ►  December (10)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (22)
    • ►  August (17)
    • ►  July (6)
    • ►  June (9)
    • ►  May (15)
    • ►  April (10)
    • ►  March (12)
    • ►  February (4)
  • ►  2013 (202)
    • ►  December (3)
    • ►  November (13)
    • ►  October (10)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  July (16)
    • ►  June (25)
    • ►  May (23)
    • ►  April (26)
    • ►  March (15)
    • ►  February (29)
    • ►  January (35)
  • ►  2012 (319)
    • ►  December (37)
    • ►  November (22)
    • ►  October (24)
    • ►  September (28)
    • ►  August (23)
    • ►  July (28)
    • ►  June (25)
    • ►  May (19)
    • ►  April (27)
    • ►  March (28)
    • ►  February (30)
    • ►  January (28)
  • ►  2011 (327)
    • ►  December (32)
    • ►  November (25)
    • ►  October (42)
    • ►  September (31)
    • ►  August (26)
    • ►  July (27)
    • ►  June (20)
    • ►  May (22)
    • ►  April (25)
    • ►  March (26)
    • ►  February (27)
    • ►  January (24)
  • ►  2010 (152)
    • ►  December (20)
    • ►  November (22)
    • ►  October (15)
    • ►  September (10)
    • ►  August (14)
    • ►  July (28)
    • ►  June (25)
    • ►  May (18)

Pelawat


web stats

My Blog List

  • Sentiasa Panas
    Bukti Sejarah Pembersihan Etnik Di Palestin Dari Tahun 1947 - Zionisme yang muncul pada akhir abad ke-19 di Eropah, sebagai gerakan nasionalis Yahudi, bertujuan untuk membina sebuah negara Yahudi di wilayah Palestin ...
    1 week ago
  • AKU ANAK PAHANG
    SULTAN AHMAD AL-MU’AZZAM SHAH DI TANDU HINGGA KE AKHIR HAYAT - [image: Sultan Ahmad 1] Di ceritakan sehinggalah sampai ke penghujung hayatnya, Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah terpaksa di tandu apabila hendak bergerak ke m...
    2 months ago
  • Iluminasi | Semua Artikel
    Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu (Slot Tiara Astro Prima) - Kredit foto: Instagram Astro Malaysia Drama bersiri 'Dendam Seorang Madu', hasil terbitan MIG Production, mengisi slot Tiara Astro Prima bersempena ...
    9 months ago
  • Ibnu Hasyim
    - Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan pindah mi...
    10 months ago
  • JAWA BER 6
    BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP! - MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana dikhabarka...
    1 year ago
  • TUNGKARAN HATI
    Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...
    1 year ago
  • Genta Rasa
    Nigerian workers strike over cost of living crisis - [ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
    2 years ago
  • roketkini.com
    DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …
    3 years ago
  • AZLI SHUKRI TODAY
    Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan - MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua...
    4 years ago
  • Ida Syuhada
    Air Mesin Layan Diri Merbahaya Mengandungi Bakteria, Perlu Lesen - Inilah Bahayanya Minum Air Mesin Layan Diri Yang Masih Ramai Tidak Tahu Air ýang anda beli dari mesin laýan diri mungkin tidak sebersih ýang anda fik...
    5 years ago
  • Panglima Perang Cyber
    PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU - SECANGKIR KOPI 37 PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan tirainya. Se...
    5 years ago
  • Rakyat Malaysia
    DR MAHATHIR, MALAYSIA ISTIQAMAH MENENTANG KEZALIMAN TERHADAP PALESTIN - Dalam menentang keganasan dan kekejaman terhadap dasar dan tindakan Zionis kerajaan Yahudi Israel, Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad...
    7 years ago
  • Lawi Ayam
    Apa Boleh Diharapkan Kepada Pegawai Kerajaan Negeri Untuk Sokongan Politik? - *Bahagian 4 – (*Sambungan* - **(MPKK - Gara-Gara Keputusan & Tindakan 'Bodoh-Sombong' Menteri...)* Pada sidang media mesyuarat pertama Kabinet Pak...
    7 years ago
  • Teganuku..segalanya di sini..
    Ke Mana MPKK? Menteri, KPLB DiMinta Cari Formula Baharu - *"Kita kena fikir kaedah lain yang bersesuaian sebab perkara ini melibatkan urusan pentadbiran di peringkat kampung agar tiada salah guna kuasa mahupun p...
    7 years ago
  • MHS
    BAHANG PRK PORT DICKSON DISIMBAH HUJAN RAHMAT ALLAH S.W.T - Pada mulanya, ramai penganalisis meramalkan bahawa PRK Port Dickson ini mungkin menarik minat rakyat kerana figura-figura yang mencalonkan diri masing-mas...
    7 years ago
  • p a a p a a d a
    Hukum gemar hisap buah dada - *Suami gemar menghisap buah dada isteri? Adakah suami menjadi mahram kerana menjadi anak susuan isteri jika terminum susunya?* Ikuti soalan dan jawapannya....
    7 years ago
  • KongsiBersamaNora | Kongsi Lebih Sihat
    Kulit lebih glowing sihat cerah bersih dan selamat dengan Meeracle -
    7 years ago
  • Kulaan Niring
    Kedudukan Calon Presiden Dan MT Sudah Berubah!!! Senarai Popular Keseluruhan Jawatan Bagi Pencalonan Kepimpinan UMNO Malaysia 2018 - 2021 - Kedudukan Calon Presiden Dan MT Sudah Berubah!!! Senarai Popular Keseluruhan Jawatan Bagi Pencalonan Kepimpinan UMNO Malaysia 2018 - 2021 PENGERUSI TETAP...
    7 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal - Geraldine Tong & Norman Goh *Diterbitkan 4 Jun 2018,* Isteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata esok mun...
    7 years ago
  • IBNU RUSYDI
    Kesan Pengiktirafan Terhadap Peperiksaan Persendirian Sekolah Vernakular - 1. Penulisan ini dibuat memandangkan masih ada yang berpandangan isu pengiktirafan Peperiksaan Persendirian yang dijalankan oleh Sekolah Vernakular tida...
    7 years ago
  • Pandangan Orang Kampung
    FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA" - Kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 sedang berjalan ketika ini. Ia bermula pada 28 April lalu dan akan berakhir pada jam 12.00 malam 8 Mei nanti. Pada 9 M...
    7 years ago
  • APA
    TESTING - Assalam semua sahabat FB dan pembaca blog APA... Ini adalah mukadimah untuk aku kembali aktif dalam penulisan blog. Nantikan.....
    7 years ago
  • Cenangau Daun Kari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...
    7 years ago
  • Wak Jengkol
    Azmin Tak Perlu Gelabah Kalau Tak Buat Salah - [image: azmin-azwan-umi] Bila terkena batang hidung sendiri pandai pula Azmin marah dan kecam pihak yang cuba membuat serangan berbaur politik terhadap d...
    7 years ago
  • Faits du Monde
    Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik - Contoh Resume Mohon Kerja Kerajaan & Swasta Terbaik | Setiap pekerjaan memerlukan resume sebagai kayu pengukur untuk mengambil calon yang benar-benar layak...
    8 years ago
  • Gegernya!!
    Di Manakah Berakhirnya Kes Penyelewengan Dana Program Latihan Kemahiran??? - Apakah keputusan hasil penahanan reman Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Peter Runin kerana tuduhan penyelewengan? Kes ini disiasa...
    8 years ago
  • BADUT RAKYAT
    TU DIAAA !!! #DAP GUNAKAN #PKR DI #SELANGOR DAN #KELANTAN UNTUK HANCURKAN #PAS ??? - Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS.Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS.Tidak cukup dengan itu,PKR pula dipecahkan sesama...
    8 years ago
  • bERANIKAN hATI
    ARIF SABRI DAN FUZIAH SALEH ANTARA 'TIKUS MAKMAL' DAP - [image: Image result for fuziah salleh] DAP adalah parti rasis dan chauvinist. Parti berteraskan kaum cina ini mula bertapak sejak Malaysia merdeka. Bah...
    8 years ago
  • dinturtle - Blogger PARTI MELAYU
    TAHNIAH Rakyat Bersih5 - Anda Memberi Semangat Kepada Seluruh Rakyat Malaysia ! - Tonton ucapan Muhyiddin semalam di 'pentas' Bersih5 *.... Hebat dan penuh bersemangat !* Di bawah adalah status *FB saya* - Pasca Bersih5 yang pal...
    9 years ago
  • lamiafamilia (MY FAMILY)
    F1 : Hamilton juarai perlumbaan dramatik Monaco - 30 Mei 2016 1:07 AM *LEWIS HAMILTON meraikan kejayaan menjuarai Grand Prix Monaco, semalam. REUTERS* MONACO 29 Mei – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton me...
    9 years ago
  • ULAMA PEWARIS NABI
    ADMIN PAS CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2 MELETAKKAN PENANYA - ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATUH, YG BERBAHAGIA KETUA CAWANGAN BUKIT SENTOSA 2, AJK PAS CAWANGAN DAN AHLI-AHLI PAS SERTA PENYOKONG TEGAR PAS DA...
    9 years ago
  • SANTAU BERAPI
    Contohi Akhlak Mulia Tidak Balas Dendam TG Hadi - Akhlak TGHH Presiden PAS bakal PM wajar diikuti. Akhlak Islam yg wajib diikuti sedaya nya oleh kita semua. 1998 Anwar dipecat.Dituduh liwat. Tghh dtg mem...
    9 years ago
  • ALaHai Si LunCAi
    WAYANG MAT SABU! - PULAU PINANG 12 Feb. – Presiden PAN, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan dengan tuntutan muflis selepas gagal melunaskan ganti rugi berjumlah RM200,000 kep...
    9 years ago
  • LuahFikiran.. Mari Kita ....
    RAKAMAN VIDEO ... USTAZ DR ABDULLAH YASIN, "MASALAH TALAK DAN HUKUMNYA" , TAFSIR 2 : 228-229 - Dikongsikan rakaman video berkenaan dengan sahabat2 pembaca semua ... Sahabat2 muslimin-muslimat dialu2kan mengikuti kelas2 pengajian yang dijalankan di Mu...
    9 years ago
  • Gelombang Rakyat
    PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA - Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam pilihan raya umum negara itu pada tahun ini. Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
    9 years ago
  • TROLAK SELATAN
    PERKHEMAHAN KOKURIKULUM DI PUSAT KOKURIKULUM CAWANGAN BATANG PADANG, SUNGAI KLAH - Pada 2 hingga 4 Oktober 2015 seramai 55 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Trolak Selatan dan 59 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Trolak Utara tela...
    10 years ago
  • Suara Hati...
    Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...
    10 years ago
  • Penggempur Mutiara
    (VIDEO) Berlaku Letupan Semasa Pembukaan #LIMA15 ? - Milikan terbaru pesawat pengangkut A400M 'Charlie' oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) meningkatkan keupayaan ketenteraan negara selari dengan per...
    10 years ago
  • Teknik Buat Blog|Tutorial danTips Blog|Tutorial Blog Bahasa Melayu|
    Mengapa blog saya tiada pada carian Google? - “Saya telah buat blog sendiri,tapi bila saya search google masih tak jumpa.dimana silapnya”.Demikian lah antara soalan yang selalu timbul bagi anda yang...
    10 years ago
  • Senarai Blog-Blog Malaysia
    Antara Rekaan Manusia Yang Menakjubkan - -
    11 years ago
  • KISAH PENYEJUK HATI
    ISLAM ITU INDAH CERAMAH USTADZ ZAINUDDIN MZ - "SELAMAT MENDENGARKAN" [image: VIDEO]
    11 years ago
  • Suara Anak Jawa
    MAT SABU WARNING HADI, KASI TUTUP MULUT ! - Salam Bulan Kemerdekaan, Pergghhh ! Semalam merupakan hari mencabar sangat ! Yelah, dah elok-elok 'jalan straight, tetiba, terpaksa U-turn pulak dah'....
    11 years ago
  • ZABIDIN SALLEH
    Nassini El Donia / نسيني الدنيا -
    11 years ago
  • OURBLOGGERLISTS - Submit Your Blog Here!
    Monolog Dalam - - Blog/Website Name : Monolog Dalam - Author : Cik Suzlin - URL : http://suzlinazreena.blogspot.com/ - View Website - Category : Persona...
    11 years ago
  • Anak Muallaf
    Polemik Kalimah ALLAH - *Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan mereka.....
    12 years ago
  • Rajahmas
    Madonna Belajar Al-Quran & Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam - I*kon pop AS, Madonna semalam mendedahkan dia sedang mempelajari Al-Quran.* “Adalah penting mempelajari semua kitab suci penganut agama lain,” kata pen...
    12 years ago
  • Sri Tri Buana
    Sebaik PRU Usai. - Ya, saya cuba untuk tidak memberati posting ini dengan terlalu banyak data dan statistik. BN membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi, 88 darinya dar...
    12 years ago
  • macam-macam cerita ada
    Come Back - Setelah hampir setahun menyepikan diri, akhirnya saya buat keputusan untuk buat come back. Terima kasih kepada pengunjung blog saya walau tiada entry ba...
    13 years ago
  • Sungai Rapat Online
    Kalau dah jadi penyokong Pakatan Luar Tabie inilah hasilnya - Kalau sebut sahaja penyokong pakatan luar tabie ini memanglah begini. Bukan sahaja perangai kelaku luar tabie hingga Ibadah pun nak dipolitikkan. Apa pu...
    13 years ago
  • gudang hati
    HIKMAH BULAN SUCI RAMADHAN - Assalamu'alaikum Warohmatullohi Wawarokatu kawan apa yg hikmah yg kalian dapat di bulan suci ramadhan ini apakah di bulan ramadhan ini akhlak kalian berubah...
    13 years ago
  • Jiwa Sepi
    Mendaki Bukit - Salam....sudah lama saya tidak menghidupkan blog ini dan sudah sampai masanya n3 ini bermula semula. Kali ini saya cuba mencari modal yang sesuai........ ...
    13 years ago
  • PANTAU
    Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman - Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pelbagai etnik dan budaya yang mana kelainan etnik dan budaya ini memberi kelebihan kepada malaysia untuk belajar hi...
    16 years ago
  • MistisFiles
    -
  • BLOG BAIHAQI
    -
  • Kulaan Kayuh Baimbai
    -
  • Astro Awani
    -
  • Blog Keibubapaan
    -
  • PISAU.NET
    -
  • JIHAD
    -
  • My Media Lab
    -
  • EROTISMO DE MI ALMA
    -
Show 4 Show All
Lilypie Angel and Memorial tickers busuk.org

Designed by Tungkaran Hati. Theme images by RBFried. Powered by Blogger.