31 ditahan pecah masuk kedai serbaneka di Taman Sri Muda
Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata seramai 31 orang ditahan susulan insiden pecah dan ceroboh kedai serbaneka di kawasan Taman Sri Muda, semalam.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 10 rakyat Indonesia, tujuh Bangladesh, sembilan Nepal dan lima Myanmar dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“IPD Shah Alam juga meletakkan elemen pencegahan jenayah di semua kawasan yang terjejas banjir dan polis menyeru serta menasihati orang ramai di kawasan yang terjejas banjir agar tidak mengambil tindakan yang menyalahi undang-undang,” katanya.
Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33.
Semalam, Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin mengesahkan pecah masuk sebuah rangkaian premis Mydin Mart di Taman Sri Muda.
Bagaimanapun, beliau memaafkan perbuatan tersebut walaupun menegaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri yang dilakukan pemecah masuk premis perniagaannya.
“Mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.
Sri Muda dilanda banjir besar yang melanda beberapa negeri di semenanjung susulan hujan lebat pada hujung minggu lalu.
Selangor menjadi negeri paling teruk dilanda banjir dengan puluhan ribu mangsa kini ditempatkan di lebih 200 pusat pemindahan sementara. - www.malaysianow.com
Wednesday, December 22, 2021
Antara Sifat Kemanusiaan Dan Perlaksanaan Undang-Undang....
Beginikah Perangai Kita....
Pengorbanan kami dibalas dengan cercaan – Luahan anggota bomba
PETALING JAYA: “Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir, dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,”.
Itu luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi terhadap segelintir dakwaan orang ramai yang mempersoalkan bantuan lambat tiba semasa banjir melanda kawasan itu.
Mohamad Akmal menerusi laman Facebook miliknya berkata, anggota bomba bertugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan KPI yang ditetapkan iaitu mementingkan keselamatan dahulu selain tiak boleh melakukan sebarangan tugas menyelamat tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan.
Ujarnya, bencana yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa hingga membataskan anggota melakukan kerja menyelamat mangsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.
“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.
“Cukup sedih bila ada yang sewenangnya melemparkan tohmahan dan cacian kepada kami hanya kerana geram kami lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat anda. Satu pasukan penyelamat terpaksa respon berpuluh malahan beratus panggilan. Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi.
“Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa tidak bersiap untuk berpindah? Mengapa tidak turut bersama memberi amaran kepada yang lain untuk berpindah?,” katanya.
Malah, menurut Mohamad Akmal, pihaknya sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya malah ada kala nyawa mereka ibarat di hujung tanduk.
Ujar beliau, risiko lemas, hanyut, dijangkiti kuman merbahaya dan ditimpa atau dilanggar objek dalam banjir sanggup dihadapi untuk menyelamatkan mangsa banjir.
“Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan. Kami bukan petugas penghantar makanan malah bukan pemandu peribadi anda untuk menghantar anda sesuka hati anda. Bahkan, kami sendiri kelaparan, kesejukan dan keletihan mental serta emosi. Tapi demi anda, kami tolak tepi untuk tetap membantu.
“Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami tidak tamatkan syif dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda.
“Ada kala, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan lambat, lembab, makan gaji buta dan macam-macam lagi,” katanya.
Mohamad Akmal meminta orang ramai agar memahami batas dan kemampuan anggota bomba malah mereka juga ada hati dan perasaan.
“Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata,” pintanya.- UTUSAN ONLINE
‘Ini bukan tempat buang baju-baju lama’
PETALING JAYA: “Basuhlah dulu, jangan bagi baju buruk”.
Demikian mesej yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari, Young Syefura Othman kepada mereka yang mahu mendermakan pakaian terpakai kepada mangsa banjir.
Menurut beliau, seelok-eloknya pakaian yang hendak didermakan itu dibasuh terlebih dahulu.
“Kalau nak derma pakaian terpakai, basuh dulu dan asing siap-siap.
“Paling penting jangan bagi baju buruk atau kain buruk. Ini bukan tempat pembuangan baju-baju lama. Kasihan orang yang menerimanya,” katanya. - Media Mulia

Tuesday, December 21, 2021
Rakusnya Sang Chauvinis....
Rakyat Sarawak tolak agenda sempit
PARTI Bumi Kenyalang (PBK) menjadikan isu kemerdekaan Sarawak dari Persekutuan Malaysia sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang baru berlalu.
Isu kemerdekaan Sarawak sebenarnya telah lama timbul sejak sedekad lalu. Tetapi sehingga kini, kumpulan yang ingin melihat pemisahan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia semakin berani dan mendesak agar rakyat Sarawak menjadikan PRN kali ini sebagai isyarat lampu hijau untuk langkah seterusnya jika kemenangan diberi kepada PBK.
Sebenarnya, rakyat Sarawak telah menolak PBK yang ditubuhkan pada 2013 atas beberapa faktor dan ini menghalang parti itu daripada meneruskan hajat untuk memisahkan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.
Boleh dikatakan Kerajaan Persekutuan telah pun meluluskan Perjanjian Malaysia 1963 dengan meminda beberapa klausa dalam Akta Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Melalui pindaan ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan sememangnya menghormati hak Sarawak sebagai equal party atau setara dengan hak kerajaan-kerajaan negeri lain.
Sejak 2010, peruntukan bajet Kerajaan Persekutuan ke atas Sarawak telah mendapat perhatian dan fokus kepada pembangunan negeri itu tidak pernah dilupakan. Rakyat Sarawak menolak PBK kerana menganggap hajat kemerdekaan Sarawak akan meletakkan negeri itu dalam kategori negara lebih miskin.
Berkemungkinan jika PBK berjaya pun akan meletakkan Sarawak dalam kancah krisis politik yang lebih teruk lagi disebabkan hanya segolongan elitis politik yang menguasai ekonomi dan juga segalanya, bukan rakyat Sarawak sebenarnya.
Sebahagian besar rakyat sedar mereka masih hidup jauh daripada pembangunan sebenar, masih memerlukan Persekutuan Malaysia. Ini disebabkan pengisian kemerdekaan yang dijanjikan oleh PBK akhirnya ditentukan oleh ahli politik PBK yang sama dan jauh tidak berubah.
Ini bermakna demokrasi kemerdekaan yang diimpikan oleh rakyat seperti yang dijanjikan hanya tinggal fantasi. Manusia mungkin berubah selepas kuasa berada di tangan.
Rakyat Sarawak menolak PBK kerana menganggap parti itu kurang mampu memikirkan isu pertahanan dan keselamatan negeri yang sebahagiannya luas dan berhutan. Tambahan pula tuntutan Indonesia ke atas Sarawak tidak pernah luput walaupun Operasi Ganyang Malaysia tamat pada 1965.
Ribuan tentera Persekutuan Malaysia yang datang dan terkorban semasa mempertahankan Sarawak daripada serangan Indonesia dan juga gerila komunis masih dalam ingatan. Adakah soal pertahanan dan keselamatan sesebuah negeri perlu dipandang ringan begitu sahaja oleh PBK?
Berkemungkinan kemerdekaan Sarawak meletakkan negeri itu berada dalam situasi lebih membahayakan daripada sebelum kemerdekaan. Bayangkan Sarawak berada dalam geopolitik yang sangat genting disebabkan terbentang di hadapannya Laut China Selatan.
Pakatan melibatkan Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) atau AUKUS dan negara-negara Barat kini sedang bersaing dengan China untuk menguasai Laut China Selatan.
Jika kemerdekaan Sarawak berlaku, berkemungkinan percaturan pihak luar dalam politik Sarawak bakal merumitkan dan memecahkan lagi negeri itu walaupun sudah diberi kemerdekaan.
Bukan mudah untuk bersendirian dalam menghadapi situasi ini jika dibandingkan bersama dengan Persekutuan Malaysia.
PROPAGANDA
Rakyat Sarawak turut menolak PBK kerana melihat keperluan sara diri dari segi keselamatan makanan dan keperluan hidup yang lain jika bersendirian dalam kemerdekaan nanti lebih rumit.
Pada masa kini sebahagian besar bantuan subsidi dan Bantuan Keluarga Malaysia diberikan kepada semua rakyat termasuk rakyat Sarawak dalam menangani pandemik Covid-19.
Jika kemerdekaan yang diinginkan maka adakah PBK mampu menyelesaikan bagaimana untuk memperoleh keselamatan makanan dan bantuan kewangan bagi keperluan sara diri nanti?
Kebiasaannya sesebuah negara yang baru merdeka bakal menghadapi isu fiskal kewangan kerana wang yang berada dalam negara itu akan menjadi terhad lebih-lebih lagi ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan.
Bukan mudah jika bersendirian dalam kemerdekaan yang mana-mana semuanya memerlukan wang dalam aspek penyediaan kendiri tanpa adanya bantuan. Propaganda kemerdekaan bukan jawapannya.
PBK turut ditolak kerana rakyat Sarawak sedar akan kepentingan sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan. Ini disebabkan penyediaan sektor pendidikan dalam mengharungi dunia Revolusi Industri 4.0 dan teknologi generasi kelima (5G) kini memerlukan kepakaran dan pembangunan yang terangkum dan bersifat inklusif.
Sektor kesihatan juga perlu memikirkan penyediaan aspek menghadapi pandemik Covid-19 dan pelbagai penyakit komuniti yang mampu berjangkit dan merebak. Situasi ini turut melibatkan sejumlah besar peruntukan diperlukan.
Walaupun Sarawak mempunyai hasil minyak tetapi galian itu tidak mungkin boleh digunakan selama-lamanya. Kini majoriti industri lebih kepada mesra alam dan penggunaan suria, bateri dan sebagainya tanpa melibatkan petrol dan diesel sedang mengubah perspektif teknologi masa depan.
Ini bermakna minyak dalam masa sedekad akan datang tidak lagi digunakan dan dikurangkan fungsinya kerana dikatakan mencemari alam dan memanaskan iklim dunia. Tanpa adanya hasil minyak petrol dan diesel, bagaimanakah Sarawak yang bersendirian mampu menjana pendapatannya sendiri?
Jika bersama dengan Persekutuan Malaysia sebenarnya memberikan lebih banyak peluang kepada rakyat Sarawak. Selama ini Perdana Menteri Malaysia adalah dari Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Tidak salah jika rakyat Sarawak menjadi Perdana Menteri Malaysia pada satu hari nanti.
Jangan bersikap kenegerian tetapi perlu melihat dalam konteks dunia yang lebih luas iaitu manfaat kepada Sarawak jika bersama dan bukan jawapannya kemerdekaan. Rakyat Sarawak menolak sentimen kenegerian terutamanya agenda PBK yang dilihat mengancam budaya sebenar negeri itu.
Sebenarnya, banyak lagi isu perlu difikirkan daripada menuntut kemerdekaan Sarawak. Rakyat Sarawak sedar mereka yang ingin menyertai Malaysia kerana menganggap Persekutuan Malaysia telah memberikan ruang pekerjaan dan peluang untuk membangunkan negeri tanpa adanya campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan.
Disebabkan itu, rakyat Sarawak menghormati Persekutuan Malaysia dan menolak agenda yang sempit dan sesat untuk kepentingan pihak tertentu sahaja.
Oleh: DR. Iskandar Hasan Tan Abdullah

Subscribe to:
Posts (Atom)