Sunday, February 21, 2021

Reka Bentuk Futuristik Stesen Bukit Chagar RTS Link Johor Bahru-Singapura

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini (20 Feb) mengumumkan pemenang reka bentuk bagi stesen Bukit Chagar Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura pada satu sidang media yang berlangsung secara maya.
Rekaan berbentuk futuristik itu merupakan pemenang hadiah utama bagi pertandingan anjuran Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) dan MRT Corp yang diilhamkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Rekaan bertajuk ‘The Integration of Two’ yang menjadikan hubungan sejarah serta perkaitan antara Johor Bahru dan Singapura telah dikemukakan Chin Yee Chong daripada SM Architects Sdn Bhd, yang membawa pulang wang hadiah sebanyak RM250,000 (S$82,000).

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Encik Mohd Zarif Hashim berkata rekaan itu telah dipilih sebagai pemenang oleh Sultan Iskandar, yang merupakan penaung pertandingan tersebut serta pengerusi panel juri pertandingan berdasarkan kekuatan simbolismenya.

“Rekaan futuristik ini mampu menggambarkan hubungan yang terjalin antara Johor Bahru dengan Singapura dan stesen ini bukan sahaja menjadi mercu tanda ikonik di Johor Bahru malah merupakan antara stesen kereta api yang terunggul di dunia,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kemenangan yang diraih SM Architect juga amat bermakna kerana ia merupakan sebuah firma yang berpangkalan di Johor Bahru dan pasukan itu turut membabitkan arkitek lulusan universiti tempatan.

Presiden PAM Encik Ezumi Harzani Ismail pula berkata pertandingan itu memberi peluang kepada arkitek di Malaysia menonjolkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam menghasilkan reka bentuk bagi bangunan yang mencabar serta kompleks.

Menurut kenyataan itu, RTS Link bakal menghubungkan Stesen Bukit Chagar di Johor Bahru dan Stesen Woodlands Utara di Woodlands, Singapura serta dijadualkan memulakan operasi pada akhir 2026.

Sejumlah 91 penyertaan diterima sebelum pertandingan itu berakhir pada 25 Jan dan 10 rekaan telah disenarai pendek untuk penilaian akhir pada 8 Feb lepas yang turut menyaksikan kehadiran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Encik Haji Hasni Mohammad.
- BERNAMA/NA/na

Penuaan Bermula Dari Kaki Ke Atas

Kekalkan Kaki Anda Kuat!!
▪️ Semasa kita sudah tua, kaki kita mesti sentiasa kuat.

▪️ Semasa kita bertambah tua, kita tidak perlu takut rambut kita menjadi putih, (atau) kulit kendur (atau) keriput.

▪️ Di antara tanda-tanda umur panjang, seperti yang diringkaskan oleh Majalah AS "Pencegahan", otot kaki yang kuat disenaraikan di bahagian atas, sebagai anggota yang paling penting.

▪️ Jika anda tidak menggerakkan kaki anda selama dua minggu, kekuatan kaki anda akan menurun 10 tahun.

▪️ Sebuah kajian dari University of Copenhagen di Denmark mendapati bahawa tua dan muda, kalau tidak aktif, selama 2 minggu kekuatan otot kaki dapat melemah sepertiga yang bersamaan dengan penuaan 20-30 tahun.

▪️ Saat otot kaki kita lemah, akan memerlukan masa yang lama untuk pulih, walaupun kita melakukan pemulihan dan senaman, kemudiannya.

▪️ Oleh itu, senaman berkala seperti berjalan kaki, sangat penting.

▪️ Berat / beban seluruh badan kekal dan bersandar pada kaki.

▪️ Kaki adalah sejenis tiang, menanggung berat badan manusia.

▪️ Menariknya, 50% tulang seseorang dan 50% otot, berada di kedua kaki.

▪️ Sendi dan tulang badan manusia yang terbesar dan terkuat juga terdapat di kaki.

▪️ "Tulang yang kuat, otot yang kuat, dan sendi yang lentur membentuk" Segitiga Besi "yang membawa beban yang paling penting pada tubuh manusia."

▪️ 70% aktiviti manusia dan pembakaran tenaga dalam kehidupan seseorang dilakukan oleh kedua kaki.

▪️ Hanya ketika kaki sihat maka arus darah mengalir dengan lancar, sehingga orang yang mempunyai otot kaki yang kuat pasti akan mempunyai hati yang kuat.

▪️ Selain itu, kalsium Bone Fertilizer yang disebut akan cepat atau lambat hilang dengan berlalunya masa, menjadikan orang tua lebih mudahnpatah tulang.

▪️ Tahukah anda bahawa 15% pesakit tua akan mati dalam setahun patah tulang paha.

▪️ Menjaga kaki, tidak pernah terlambat, walaupun setelah usia lebih 60 tahun.

▪️ Walaupun kita / kaki kita akan beransur-ansur tua dengan usia, senaman kaki adalah tugas sepanjang hayat.

▪️ Hanya dengan menguatkan kaki, seseorang dapat melambatkan proses penuaan lebih lanjut.

▪️ Silakan berjalan kaki sekurang-kurangnya 30-40 minit setiap hari untuk memastikan kaki anda cukup bersenam dan memastikan otot kaki anda tetap sihat.

Anda mungkin ingin berkongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudah tua.

Sumber : Paria Jalanan

Contohi Flat HDB Di Singapura

BEBERAPA hari lalu, Sinar Harian mengangkat isu flat kotor di Pulau Pinang sebagai tajuk utama laporannya.

Dalam laporan itu, penduduk seolah-olah imun dengan persekitaran menjijikkan kerana isu yang membelenggu penghuni di flat tersebut sudah sekian lama berlarutan.

Kononnya, ia berpunca daripada mentaliti segelintir penduduk yang tidak dapat diubah walaupun pelbagai kempen kebersihan dan gotong-royong dilakukan.

Sebenarnya perkara itu boleh dielakkan jika penghuni mempunyai kesedaran tinggi tentang isu kebersihan, hidup bermasyarakat dan mematuhi garis panduan ditetapkan pihak pengurusan atau persatuan penduduk setempat.

Jika dibandingkan dengan Singapura yang memiliki banyak flat atau pangsapuri, jarang sekali timbul isu kebersihan seperti di Flat Teluk Indah di Perai. Kenapa rakyat Singapura boleh mematuhi peraturan yang ditetapkan?

80 peratus rakyat Singapura tinggal di kawasan perumahan awam yang dibina oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Housing Development Board (HDB), manakala 20 peratus lagi tinggal di kawasan perumahan swasta yang lebih mahal harganya.

Penghuni flat HDB perlu mematuhi garis panduan atau peraturan yang telah ditetapkan oleh HDB, antaranya peraturan untuk pindah masuk, peraturan memiliki binatang peliharaan seperti kucing dan anjing.

Pihak HDB juga menetapkan garis panduan hidup kejiranan kepada semua penghuni perumahan awam seperti adanya peraturan agar tidak membuat bising antara jam 10.30 malam hingga 7 pagi.

Setiap rumah juga disediakan pelongsor sampah, penghuni tidak perlu membawa keluar sampah ke tempat pembuangan sebaliknya sampah dibuang menerusi kemudahan tersebut.

Banyak lagi garis panduan dan peraturan yang ditetapkan kepada semua penghuni flat HDB tidak mengira agama atau bangsa.

Jika ada yang tidak mematuhinya, denda dikenakan dan pihak berwajib tidak bertolak ansur untuk mengambil tindakan.

Jadi, rasanya tidak salah pihak berwajib di Malaysia meniru sikap lantang pengurusan HDB yang tegas bagi memastikan garis panduan atau peraturan yang ditetapkan dipatuhi. - sinarharian.com