Monday, December 30, 2019

Semoga Mati Hati Kamu Terbuka....

Haramkan DJZ: Surat terbuka kepada TS Muhyiddin
DONG Zong tetap tidak mahu membatalkan Kongres Pertubuhan China pada 28 Disember ini yang bertujuan membantah penggunaan tulisan Jawi dalam pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina walaupun perkara tersebut telah diputuskan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bertarikh 28 November 2019.

Di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 Menteri Dalam Negeri berkuasa untuk “mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak”.

Yang mendesak Dong Zong dan Jiao Zong diharamkan pun adalah pemimpin BERSATU, termasuk:
(1) Tan Sri Dr Rais Yatim, Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan, yang berkata: “NGO khianat seperti ini tak perlu dibiarkan wujud di bawah Akta Pertubuhan 1966”.
(2) Pengerusi Biro Pendidikan BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, yang berkata:
‘Biro Pendidikan BERSATU Malaysia berpendapat, sudah tiba masanya untuk persatuan seperti Dong Zong dan Jiao Zong diharamkan.”
(3) EXCO ARMADA BERSATU, Muzzammil Ismail, yang berkata: “Kami mendesak supaya kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan Jiao Zong wajib diharamkan”.

Yang berkata bahawa Kongres Pertubuhan China anjuran Dong Zong dan Jiao Zong pada 28 Disember ini akan mendatangkan huru hara dan ketidakstabilan pun adalah Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga adalah Perdana Menteri.

Malah, yang mahukan Dong Zong dan Jiao Zong diharamkan adalah sebahagian besar orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia, seperti terbukti dalam laporan polis yang dibuat oleh 40 NGO Melayu di Balai Polis Kajang semalam.

Jadi mengapa Presiden BERSATU yang juga Menteri Dalam Negeri masih belum mengambil apa-apa tindakan ke atas Dong Zong dan Jiao Zong sedangkan yang mahu tindakan diambil ke atas Dong Zong dan Jiao Zong adalah pemimpin BERSATU sendiri? Dan dimana suara Menteri Dalam Negeri dalam menangani keadaan ketidaktenteraman awam dan rusuhan yang bakal berlaku?

Oleh: KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Sunday, December 29, 2019

Dong Jiao Zong Rasis Dan Membenci Islam?

Menurut Tun Mahathir, Dong Zong tidak pernah berkata apa-apa yang baik tentang kaum lain di Malaysia meskipun negara ini berbilang kaum dan hanya membangkitkan isu berkaitan masyarakat Cina sahaja.
Dong Zong hanya bercakap tentang pendidikan masyarakat Cina. Bahkan semasa usul untuk mewujudkan Sekolah Wawasan untuk menyatukan rakyat, mereka menolak.

Dong Zong juga membantah apabila cadangan penubuhan Sekolah Wawasan yang bertujuan menyatukan rakyat.

Dong Zong membantah kerana ia mungkin membuat kanak-kanak Melayu bercampur dengan kanak-kanak Cina. Itu pemikiran yang sangat rasis.

Apa salahnya kalau orang Melayu dan Cina dan kaum lain pergi ke sekolah bersama-sama?

Begitupun, menurut Dong Zong, kaum yang berlainan tidak boleh berada berdekatan antara satu sama lain.

Disebabkan pemikiran sebegitu, Dong Zong secara jelas adalah sebuah pertubuhan yang rasis kerana menumpukan kepada mempertahankan komunitinya sahaja.

Dong Zong juga salah apabila mendakwa tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk gerakan Islamisasi.

Dong Zong juga tidak betul apabila mendakwa pembelajaran tulisan khat bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 di Sekolah Cina dan Tamil bermula 2020 sebagai permulaan Islamisasi.

Setuju Bersyarat
Kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong akhirnya menyokong rancangan memperkenalkan pengenalan seni tulisan Jawi atau khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan.

Keputusan itu dicapai secara konsensus dalam pertemuan melibatkan Dong Zong, Jiao Zong dan 10 NGO lain termasuk kumpulan pendidikan Tamil, bersama kementerian pendidikan.

Mereka bersetuju pengenalan kepada seni warisan bahasa Melayu itu diperkenalkan di sekolah aliran tetapi tidak bersetuju jika murid-murid diwajibkan belajar Jawi.

Kedua, pertubuhan rasis ini juga bersetuju apabila khat diperkenalkan kepada murid-murid pada tahun depan, mereka tidak akan diuji.

Mengapa Dong Zong, Jiao Zong Belum Diharamkan?
Dua pemuka Cina sudah bersuara mendesak kerajaan mengharamkan Dong Zong dan Jiao Zong.

Seorang daripadanya, Firdaus Wong Wai Hung, menulis: "Mungkin sudah tiba masanya kerajaan mengharamkan Dong Jiao Zong yang rasis ini sebelum keadaan menjadi lebih parah."

Seorang lagi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pula menulis: "Saya merayu kepada PM supaya segera mengharamkan Dong Zong, Jiao Zong dan Dong Jiao Zong yang sangat rasis sebelum sesuatu bencana kaum berlaku kepada negara tercinta ini."

Seorang pemuka Cina lain, Dr Ang Ming Chee, malah pernah menanyakan soalan dalam tesis PhD beliau dari National University of Singapore mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong.

Saya juga ingin mengulangi soalan Dr Ang Ming Chee: "Mengapa Kerajaan Malaysia hingga kini belum mengambil apa-apa langkah untuk mengharamkan Jiao Zong dan Dong Zong tatkala Perdana Menterinya sendiri sudah bersuara?"

Dua hari berturut-turut, iaitu pada 12 dan 13 Ogos 2019, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar keras Dong Zong dengan menyifatkannya sebagai rasis.

Bila ditanya apakah apa yang dilakukan oleh Dong Zong melanggar undang-undang, Tun Dr Mahathir berkata, “jika ia terus menghasut rakyat untuk bergaduh sesama sendiri sudah tentu ia melanggar undang-undang."

Bila ditanya apakah beliau berpendapat Dong Zong perlu diharamkan, Tun Dr Mahathir berkata ia bergantung kepada keputusan pihak berkuasa seperti pihak polis.

Tun Mahathir pernah memberi amaran bahawa Kongres Pertubuhan China anjuran Dong Jiao Zong akan mendatangkan huru-hara dan ketidakstabilan (chaos and instability).

Peliknya, mengapa pihak berkuasa seperti pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan belum kedengaran melakukan siasatan dan bertindak ke atas Dong Zong dan Jiao Zong.

Paling jelas adalah kuasa Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan di bawah Seksyen 13 (1) (b) dan (c) Akta Pertubuhan 1966, iaitu:

Seksyen 13 (1) (b): Atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 5.

Seksyen 13 (1) (c) (ii): Bahawa pertubuhan itu mungkin digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di dalam Persekutuan.

Seksyen 13 (1) (c) (ii): Bahawa pertubuhan itu adalah berusaha hendak mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan.

Paling mudah adalah perintah Menteri di bawah Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966: “Maka adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri, menurut budi bicaranya yang mutlak, mengisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang mana-mana pertubuhan yang pada pendapatnya adalah atau sedang digunakan bagi maksud yang memudaratkan atau yang bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan, ketenteraman awam atau akhlak.”

Sangat terang dan nyata, seperti disebut oleh Tun Mahathir sendiri, bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah memudaratkan dan bertentangan dengan kepentingan keselamatan Persekutuan dan ketenteraman awam.

Sangat terang dan nyata juga bahawa apa yang dibuat oleh Dong Zong dan Jiao Zong adalah bercanggah dengan tujuan-tujuan yang ia didaftarkan, termasuk kononnya ia bertujuan untuk "memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum."

Apa lagi yang mahu ditunggu? Takkanlah mahu ditunggu Melayu mengamuk lagi?

Sumber artikel: www.sentiasapanas.com

Reinkarnasi Komunisme Di Negara Ini...

Meratap Petaka Daripada Langit Sejarah!
Seperti babi hutan yang terlepas didalam perkebunan sayur yang segar dan malar, mereka akan terus melanggar batas-batas kesabaran ummat. Seperti " kaduk naik junjung" mereka tak peduli, merasa membusung dada dan tersanjung dengan mandraguna kuasa maka cucu cicit Min Yuen ini akan terus mendobrak kesantunan dan kesabaran ummat. Sebelum ini cuba mewajahkan MPAJA sebagai pejuang kemerdekaan, bendera berbintang lima, keinginan mengubah sejarah komunisme dan perang Pasifik dan yang terkini keizinan membawa balik abu mayat Ong Boon Hwa alias Chin Peng ke negara ini.

Siapa tokoh kontroversi ini ?perlukan berdebat panjang akan jasa tokoh Marxist ini kepada negara kita. Bangsa yang tak mempedulikan sejarah ialah bangsa yang hilang kemuliaan dan akan terus ditimpa kehinaaan, sebab itulah bangsa Tamadun tua akan terus memelihara sejarah mereka dalam bingkai kemuliaan. Chin Peng mendapat reputasi yang baik sebagai wira komunis apabila berjaya mengorganisasikan Malayan People Anti Japanese Army didalam hutan Malaya dalam era penjajahan Jepun.

Pembantaian Sook Ching diawal penjajahan Jepun telah mengorbankan 70 699 orang komuniti Cina di Malaya dan Singapura. Kesakitan etnik Cina ini berjaya dimanfaatkan oleh PKM untuk menubuhkan proksi mereka,  MPAJA. British membekalkan senjata kepada Chin Peng dan MPAJA melalui Force 136 sehinggalah selesai perletakan senjata Jepun akibat tragedi Nagasaki dan Hiroshima. Saya ulang!, perletakan senjata Jepun di Malaya bukan kerana kalah bertempur dengan MPAJA dan Bintang Tiga tetapi akibat pengeboman Nagasaki dan Hiroshima.

Chin Peng dan komrade MPAJA keluar daripada hutan seolah mereka pejuang yang berjaya mengalahkan Jepun di Malaya, penguasaan MPAJA selama 14 hari keatas Malaya memberikan kesan mendalam kepada hubungan etnik Melayu dan China. Beliau juga mendapat anugerah daripada kerajaan British akibat penglibatan Bintang Tiga ini didalam hutan Malaya.

Chin Peng meraih kedudukan paling tinggi dalam organisasi Parti Komunis Malaya apabila terbongkarnya siapa Lai Teck, Setiausaha Agong PKM pasca pendudukan Jepun. Lai Teck adalah agent British yang "ditanam" didalam PKM, manakala ada pandangan kedua mengatakan beliau juga adalah agen Jepun.

Suasana ketidaktentuan dalam PKM, ditambah karisma dan kegeniusan Chin Peng maka beliau menduduki hirarki paling tinggi PKM. Parti Komunis Malaya dengan majoriti etnik Cina ini melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948 sehingga British memperkenalkan Ordinan Darurat 1948. Chin Peng mendapat arahan khusus daripada Comintern ( communist International) untuk mmelancarkan peperangan di Malaya bagi menubuhkan Republik Komunis Malaya.

Bermulalah saat getir tanahair ini, dengan pembantaian, pembunuhan terhadap rakyat dan anggota keselamatan. Belasan ribu menggeletak  hilang nyawa, serta usaha PKM merosakkan ekonomi negara ini dengan gerakan sabotaj. Kerajaan British berusaha menawarkan tangan perdamaian kepada PKM pada tahun 1955 melalui Rundingan Baling namun gagal kerana keegoan Chin Peng dan delegasi PKM. Mereka mahu bergerak secara sah dinegara ini,namun ditolak oleh kerajaan maka mereka terus mengangkat senjata memerangi pasukan keselamatan.

Berakhir darurat pada tahun 1960, Chin Peng dan komrade bintang tiga terus berada dihutan tebal Malaya, serangan gerila tetap mereka lancarkan untuk merosakkan  negara ini. Pembunuhan kepada pegawai-pegawai kanan polis, merosakkan tugu negara, infiltrasi dalam organisasi umum seperti PBCUM dan lain-lain. 1989 adalah tahun mereka sepenuhnya meletakkan senjata namun ideologi komunis tidak pernah padam. Taktikalnya berubah namun racunnya tetap berbisa, bukan kepalang kesakitan yang dialami oleh para anggota keselamatan negara ini dalam tempoh lebih separuh abad ( 1948-1989).

Maestro komunisme ini telah meninggal dunia pada jam 6.20 pagi 16 September 2013 di sebuah hospital di Bangkok. Thailand adalah negara beliau bermukim akibat tak dibenarkan pulang ke Malaysia. Kematian Chin Peng diratapi oleh penyokongnya di negara ini. Malah ramai yang menuntut abu mayat Chin Peng alias Ong Boon Hwa dibawa balik ke Malaysia sebagai penghormatan, namun kerajaan BN akur dengan sensitiviti majoriti rakyat negara ini.

DAP antara yang bersungguh mahukan abu mayat petualang ini dibawa pulang ke Malaysia, mungkin kerana untuk merengkuh undi kaum Tiong Hua. Antara sosok penting DAP yang lantang menuntut abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia ialah  Lim Kit Siang, Karpal Singh, Teresa Kok dan Dr P Ramasamy. Buku tulisan Chin Peng yang terkenal juga dalam diam tersebar dikalangan rakyat negara ini, " My side Of History",  lagi menambah kekaguman kepada perjuangan  Chin Peng dan komrad PKM.

Hari ini adalah sangat  mengejutkan malah mendukacitakan ramai rakyat negara ini  apabila  muncul laporan bahawa abu mayat Chin Peng telah dibawa pulang ke Malaysia serta ditabur di laut berdekatan Lumut dan Sitiawan Perak dan di hutan sekitar Banjaran Titiwangsa disertai upacara peringatan Chin Peng pada 16 September yang lalu.

Kerajaan PH yang didominasi oleh DAP  diminta bertangungjawab dalam isu ini, kalian sangat angkuh dan bebal sekali. Isu ini bagi penulis terkait juga dengan isu serahan gran tanah di Perak  untuk kampong baru atau MinYuen yang diusahakan oleh Sir Harold Bridg pada tahun 1950, usaha memisahkan PKM dan tentera rakyat atau Min Yuen. Jika saya bekas anggota keselamatan negara, pastilah saya akan menggalang demonstrasi skala besar membantah kebebalan kerajaan PH terkait isu-isu reinkarnasi komunisme dinegara ini.  Jangan kita menjadi insan yang buta akan sejarah kezaliman komunis!

Oleh: Ustaz Riduan Mohd Nor