Hari raya hari berantisosial
SYAWAL mungkin sudah hampir ke penghujung. Bagaimanapun kerancakan majlis-majlis rumah terbuka Aidilfitri bagaikan baru bermula lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di bandar-bandar besar.
Ini bukannya bermakna sambutan hari raya di kampung tidak semeriah di kota. Meriah tetap meriah, cuma keseronokan itu hanya dapat dirasai beberapa hari sahaja. Selepas itu perantau terpaksa kembali ke kota bagi menyambung rutin kehidupan seharian masing-masing.
Walaupun begitu, kemeriahan beraya sebulan tidak mati begitu sahaja dan bersambung setelah kembali ke tempat kerja. Di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, hampir setiap hari atau setiap minggu ada sahaja jemputan rumah terbuka. Syarikat-syarikat korporat , agensi kerajaan dan orang perseorangan seperti saling berlumba menganjurkannya.
Malah surat dan kad jemputan sudah dihantar kepada tetamu pada minggu kedua Ramadan lagi. Orang perseorangan pula kebanyakannya mengadakan majlis yang sama setiap Sabtu dan Ahad. Khemah-khemah kenduri kahwin yang cantik-cantik tidak ubah seperti di majlis-majlis kenduri perkahwinan didirikan di laman rumah. Ada juga yang memilih mengadakan rumah terbuka pada hari bekerja. Biasanya majlis diadakan di waktu malam.
Majlis rumah terbuka hari raya menjadi acara terbaik untuk bertemu mata dan saling bermaaf-maafan dengan saudara-mara, rakan-rakan dan teman sepejabat dalam suasana penuh harmoni dan menggembirakan. Tuan rumah biasanya menyediakan juadah-juadah terbaik untuk para tetamu.
Meskipun budaya ini terus kukuh bertahan, peredaran zaman memperlihatkan sambutan hari raya mengalami `proses transformasi’ yang begitu besar. Berubah dalam banyak segi. Perhatikan kemewahan dalam hidangan yang disajikan setiap kali ada rumah terbuka.
Hidangan utama bukan satu atau dua jenis juadah sahaja malah ada bermacam-macam jenis. Kambing golek sebagai contoh, hampir kebanyakan majlis rumah terbuka menjadikan hidangan ini sebagai salah satu daya tarikan. Itu dari aspek makanan.
Sesetengah tuan rumah pula sangat bermurah hati. Selain menyediakan makanan dan kuih raya yang enak-enak mereka turut mengagihkan door gift kepada para tetamu. Kalau kanak-kanak dapat duit raya, orang tua pun dapat door gift. Biasanya perkara ini hanya berlaku pada majlis kenduri-kendara kahwin.
Bagaimana pula dengan `semangat berhari raya?’ Sudah tentu keadaannya tidak seperti 10 atau 15 tahun dahulu lagi. Tidak perlu pergi jauh. Perhatikan dalam kalangan ahli keluarga sendiri. Balik kampung sekadar menjadi satu kemestian kerana mahu `beraya’ dengan ibu dan ayah atau atuk dan nenek. Selepas itu atau selebihnya adalah program `menyendiri.’
Adakah mereka benar-benar `beraya’ atau beraya dengan `benda’ lain. Mereka balik ke kampung tidak `berkeseorangan.’ Selain ditemani ibu, ayah dan adik beradik, mereka ada teman istimewa bernama gajet. Mereka ketawa dan bergaduh dengan `teman setia’ ini.
Kalau dahulu setiap kali tiba musim hari raya, rancangan televisyen yang `sendu-sendu’ amat dinanti-nantikan seisi keluarga, tetapi kini tidak lagi. Drama-drama air mata yang selalu mengisi slot televisyen pada musim hari raya tidak berupaya mengalih seketika pun keasyikan generasi ini `menelaah’ segala bentuk gajet telekomunikasi.
Definisi beraya juga sudah berubah. Memang ada sesi bertandang seperti satu rombongan besar ke rumah saudara mara tetapi yang bertanya khabar, beramah mesra dan bertepuk tampar hanyalah golongan tua atau hampir tua. Kumpulan generasi muda dan kanak-kanak pula kurang berminat bertanyakan ranting salasilah persaudaraan sesama mereka.
Mereka bersalam-salaman kemudian terus hanyut dalam dunia maya masing-masing. Malah ada sebahagian mereka langsung tidak menjamah apa-apa jenis makanan. Mereka kenyang dengan pelbagai jenis permainan dan aplikasi dalam telefon bimbit.
Kira-kira seminggu sebelum ketibaan Syawal, tersebar beberapa keping gambar melucukan. Antaranya, sampul duit raya yang isinya bukan wang ringgit tetapi satu keping kertas tertera perkataan username dan password Wifi dan gambar sebuah bakul kecil diletakkan di hadapan pintu masuk rumah dengan dengan notis, Tinggalkan telefon bimbit anda di sini, ini hari raya!
Walaupun kelihatan melucukan, sebenarnya gambar-gambar tersebut menceritakan kebenaran yang berlaku pada hari ini. Semua orang mahu tidak mahu perlu mengakui perkara ini. Hari raya sudah bertukar menjadi `hari berantisosial.’
Oleh : Kopi Panas
Sunday, August 2, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Cerita Kambing Hitam-iii
Budak Melayu sudah didakwa, yang lain bagaimana?
Berikutan tragedi rusuhan di Plaza Low Yat pada 13 Julai lalu, seorang remaja Melayu telah ditahan dan seterusnya didakwa di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu. Remaja yang dituduh mencuri telefon itu mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikan jamin RM3,000. Pihak polis mengkelaskan rusuhan itu sebagai ‘kes curi telefon’ tetapi beberapa pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak siasatan dibuat dari pelbagai sudut termasuk kegiatan peniaga penipu pelanggan dan gengsterisme.
Tanpa mempertikaikan tindakan pantas polis mendakwa tertuduh, tetapi banyak pihak juga bertanya apakah tindakan polis kepada ‘berbelas-belas’ yang lain yang khabarnya telah ditahan ekoran rusuhan itu? Mereka bertanyakan tindakan ke atas kumpulan yang memukul tertuduh. Adakah mereka dilepaskan atau apa?
Ketangkasan polis mengambil tindakan wajar diberi pujian. Tetapi isunya sehingga kini hanya seorang remaja Melayu sahaja yang dilihat sebagai punca. Macam ada yang tidak kena. Sebenarnya inilah yang memberikan gambaran tidak tepat seolah-olah wujud tindakan pilih bulu. Persepsinya banyak yang ditahan tetapi hanya seorang remaja Melayu sahaja yang didakwa. Yang lain macam mana?
Adalah diharapkan tidak ada pihak dijadikan dikambinghitamkan semata-mata untuk menunjukkan ketegasan pihak berkuasa menangani rusuhan yang boleh membawa kepada sentimen kaum. Tetapi membiarkan rakyat tertanya-tanya akan membuka ruang kepada pelbagai persepsi liar bukan satu pendekatan bijak mengekang menularnya sentimen perkauman.
Oleh kerana itu adalah sukar untuk mengekang pertanyaan nakal, sampai bila orang Melayu harus dipergunakan untuk menyedapkan hati pihak tertentu? Kalau tidak, kata mereka, segeralah tunjukkan tindakan ke atas ‘berbelas-belas’ lagi. Kalau remaja Melayu itu seorang sahaja, itu bukan rusuhan namanya. Kerana faktanya berlaku rusuhan dan melibatkan jumlah yang besar. Tidak ada salahnya pihak berkuasa mahu meredakan ketegangan tetapi janganlah ada yang jadi kambing putih dan ada yang jadi kambing hitam. Satu lagi berpada-padalah mengugut dengan Akta Hasutan, nanti kurang bisanya.
Sumber : Anekdot Ahad
Friday, July 24, 2015
Hamba Handphone Atau Hamba Allah
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami yang mempunyai HP kerana :
Kami lebih banyak mengisi kredit dairpada bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon daripada silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut utk sujud.
Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini
Semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepadaMu Ya ALLAH .
Amin....
Kata guru :
Jika handphone kamu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu......
Hingga menjadi permainan saat berada di majlis ilmu, di hadapan gurumu.....
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya.....
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya.....
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya.....
Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu.....
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu LALAI dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan SYAITAN untuk menghancurkan penghambaanmu.....
Maka apa lagi KEJAHATAN yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya.....
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk MENYESATkanmu..
KAMU "HAMBA HANDPHONE" ATAU HAMBA ALLAH?
Kami lebih banyak mengisi kredit dairpada bersedekah.
Kami lebih banyak pegang HP daripada pegang tasbih.
Kami lebih banyak baca sms daripada baca Al Quran
Kami lebih sering menelefon daripada silaturahim.
Kami lebih sering buka bluetooth daripada berlutut utk sujud.
Ya Allah ampunilah kami yang serba kekurangan dan yang selalu lalai ini
Semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepadaMu Ya ALLAH .
Amin....
Kata guru :
Jika handphone kamu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu......
Hingga menjadi permainan saat berada di majlis ilmu, di hadapan gurumu.....
Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya.....
Hingga zikirmu berkurang dengan adanya.....
Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya.....Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu.....
Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu..
Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu LALAI dari Tuhan mu..
Kerana ia adalah alat yang digunakan SYAITAN untuk menghancurkan penghambaanmu.....
Maka apa lagi KEJAHATAN yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya.....
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk MENYESATkanmu..
KAMU "HAMBA HANDPHONE" ATAU HAMBA ALLAH?
Subscribe to:
Posts (Atom)


