Wednesday, October 19, 2011

Mitos Perceraian

TERLALU banyak kes perceraian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rumah tangga yang sememangnya sedang dalam masalah.

Bila pasangan suami isteri bergaduh, pasti akan ada salah seorang daripada mereka akan mengaitkannya dengan kisah perceraian yang dilaporkan di dada akhbar.

Ini memang tidak patut terjadi kerana perkahwinan bukanlah sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Stigma yang kurang tepat ini akhirnya mencetuskan mitos yang sering dikaitkan dengan perceraian.

* Jalan Keluar
Antara mitos yang sudah sebati dengan kehidupan kita ialah apabila perceraian dikatakan sebagai jalan keluar.

Padahal jika difikir secara mendalam bercerai itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh seorang penulis buku yang juga pakar tentang hal ehwal selepas bercerai, Lee Block, yang menyatakan: “Aku tidak menyokong perceraian, tapi jika anda tidak bahagia dalam perkahwinan tersebut dan mengambil keputusan untuk bercerai, percayalah bahawa perceraian itu akan menjadi satu pilihan yang paling menyusahkan anda.”

* Cerai perkara biasa
Mitos kedua tentang perceraian ialah apabila anda menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Kalau sudah tak sayang bercerai sajalah!” Senang saja bibir mengungkap kalimah ‘cerai’.

Memang lumrah rumah tangga ada pasang surutnya. Bak pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bercerai sepatutnya menjadi agenda paling akhir bagi pasangan suami isteri yang tidak lagi mampu mempertahankan keutuhan rumah tangga mereka daripada terus menanggung sakit fizikal (akibat didera) atau mental (tekanan perasaan).

* Berpunca daripada satu pihak
Mitos ketiga tentang perceraian ialah ia berpunca dari salah satu pihak iaitu suami atau isteri. Jangan kata begini: “Awaklah yang bersalah! Semua ini disebabkan awak.” Padahal penyebab perceraian sebenarnya banyak punca.

Jadi tindakan tuduh menuduh dan mempersalahkan antara satu sama lain adalah satu tindakan yang tidak begitu bijak. Sebaiknya berlapang dada dan menerima dengan baik ketentuan yang telah berlaku.

* Jadi semakin baik lepas cerai
Satu lagi mitos tentang perceraian ialah anggapan bahawa setelah bercerai keadaan akan menjadi semakin baik.

Tidak ada maknanya ia akan menjadi semakin baik. Benarkah anda akan lebih bahagia selepas bercerai.
Lee Block menjelaskan jika satu pasangan itu bercerai, suami isteri masing-masing akan menghadapi dimensi kehidupan yang berbeza. Yang mana mereka harus mula membiasakan diri dengan kehidupan baru pasca perceraian.

* Anak-anak jadi lebih baik lepas bercerai
Mitos terakhir tentang perceraian ialah dengan mengatakan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik selepas ibu bapa bercerai.

Anak-anak terutamanya yang di bawah umur sebenarnya yang paling tidak bertuah apabila ibu bapa mengambil keputusan untuk bercerai. Kemungkinan besar anak-anak akan mengalami kesan psikologi akibat perceraian tersebut.

Bukan itu sahaja, tumbesaran mereka juga akan terganggu.

Kesimpulannya jangan menganggap perceraian itu satu tindakan yang baik, kerana Allah menjadikan perkahwinan itu satu ikatan suci untuk ketenangan lelaki dan wanita, bukan untuk bercerai.

Susunan Noor Fazrina Kamal

Ciuman, Menu Nikmat Pembuka Seks

CIUMAN boleh jadi hanya makanan ringan dalam menu bercinta. Namun kehadirannya memberi kesan besar bagi kenikmatan dan kepuasan meraih orgasme.

Secara psikologi, berciuman dengan orang yang dicintai mampu membangkitkan rasa cinta. Berkaitan dengan seks, banyak orang bilang, seks bermula dari bibir. Di saat tak ghairah pun, sentuhan di kawasan ini mencetuskan berahi dan mendorong saraf untuk meminta tindakan lebih "jauh".

Jangan mengecilkan erti ciuman. Saat dilakukan penuh ghairah, ciuman tak menghalang membawa anda dan pasangan melalui pergumulan penuh kepuasan. Sebaliknya, ciuman ala kadarnya boleh menurunkan minat bercinta.

Ingin membuat ciuman anda lebih panas atau sekadar ingin tahu beberapa fakta tentang ciuman? Lihat ulasan-ulasan ini….

- Ciuman penuh ghairah menaikkan tekanan darah hingga menyebabkan jantung berpacu lebih cepat. Ini yang membuat anda semakin ghairah dan akhirnya mudah mencapai orgasme.

- Lelaki mencium dengan mulut terbuka agak lebar dengan maksud mengalirkan dorongan libidonya kepada pasangan. Jadi, saat dia mula sedikit agresif, hal tersebut bukan semata tentang ghairahnya, tapi juga ghairah anda. Dia ingin anda juga ikut merasakan aliran itu dan jadi ghairah kerananya.

- Cara terbaik untuk mencium telinga lelaki adalah mencium daun telinga sebentar saja kemudian teruskan ciuman anda ke dalam telinganya menggunakan hujung lidah. Untuk membuatnya makin ghairah, bisikkan kata-kata nakal dan erotis.
- Perhatikan sikap pasangan yang seringkali hanya memberi anda ciuman singkat di pipi sambil mengatakan "selamat tinggal". Ini boleh jadi isyarat bahawa dia menjaga jarak dan tidak mudah baginya untuk mengekspresikan cinta. Jika tak akan mengalami kemajuan, ini boleh jadi tanda bahawa dia sedang merasa khuwatir dengan hubungan anda berdua.

- Sebanyak 40 peratus lelaki mengatakanm, ciuman yang sangat lama dan penuh ghairah akan cepat mempersiapkannya untuk acara pergumulan. Sementara 30 peratus lelaki mengatakan, ghairah tersebut akan memuncak jika anda juga meraba-raba tubuhnya.

- Ada banyak urat saraf di bibir (100 kali lebih banyak berbanding hujung jari) hingga mampu merangsang keinginan seks. Itu mengapa berciuman sebelum, semasa, dan selepas bercinta boleh sangat merangsang dan memuaskan berahi anda berdua.

Anonymous

Tuesday, October 18, 2011

Hubungkan Kembali Hati-Hati Umat Islam....


PERHIMPUNAN Sejuta Umat yang bakal berlangsung pada 22 Oktober ini di Stadium Shah Alam, Selangor adalah sesuatu yang amat penting untuk disertai.

Ia penting kerana untuk kali pertamanya hampir 1,000 badan-badan Islam berhimpun bagi menyatakan pendirian secara aman mengenai isu pemurtadan yang telah sekian lama menjadi polemik di Malaysia.

Isu akidah bagi orang Islam adalah isu utama. Ia mengatasi isu politik yang sekian lama mencengkam perpaduan ummah. Isu akidah ini diletakkan sebagai isu paling atas mengatasi kepentingan politik kepartian, kelompok dakwah dan kemasyarakatan supaya rasa kepekaan terhadap pemurtadan menjadikan umat Islam bersatu.
Dengan perhimpunan ramai itu nanti, pihak-pihak lain harus dapat membaca sensitiviti umat Islam mengenai usaha sesetengah pihak yang ingin memurtadkan umat Islam seperti yang berlaku di Damansara pada 3 Ogos lalu.

Perhimpunan aman ini diharapkan dapat menghantar mesej yang jelas supaya pihak yang berkaitan memahami bahawa adalah suatu perbuatan yang salah memurtadkan orang Islam kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga negeri.

Keluhuran Undang-undang seperti yang tercatat dalam Rukun Negara harus dihormati. Kalau tidak sensitiviti ini boleh terjadi dalam bentuk luar kawalan dan ia merbahaya bagi keselamatan Malaysia.

Mengelakkan dari perkara ini terjadi Perhimpunan Sejuta Umat secara aman dan terkawal diharap menimbulkan keinsafan bahawa perpecahan di kalangan anggota umat yang semakin parah ini memerlukan isu bersama yang membawa balik anggota umat berfikir bahawa tanpa wehdah dan meletakkan perkara akidah sebagai sesuatu yang paling tinggi prioritinya menyebabkan apa yang berlaku di negara lain bakal berlaku di Malaysia.

Umat Islam di Malaysia amat sedar bahawa pihak yang ingin memurtadkan umat Islam ini telah bergerak sekian lama dengan sumber dana yang banyak dan mengambil strategi yang licik supaya umat Islam yang lemah dan memerlukan bantuan terperangkap.

Perbuatan seperti ini adalah di luar etika beragama kerana pelbagai usaha dibuat secara halus dan sistematik untuk mempengaruhi mereka.

Perhimpunan Sejuta Umat ini juga diharapkan menjadi Titik Wehdah atau Kesatuan Umat supaya krisis dan perbalahan yang berlaku sesama umat dapat diatasi dengan bijaksana.

Sebahagian orang kita terperangkap dengan jerat musuh disebabkan sesama kita pecah. Pada hal akidah tauhid yang sama-sama kita dukung harus mampu membimbing umat Islam di Malaysia supaya sering mengadakan muzakarah mencari jalan terbaik bagaimana wehdah dapat berlaku dan masalah yang berbangkit sesama umat dapat diatasi.

Umat Islam yang bijaksana harus faham bahawa kedudukan agama Islam hanya boleh dipertahankan sekiranya kekuatan politik itu berada di tangan umat Islam. Ia tidak bermakna umat Islam harus menzalimi orang bukan Islam apabila berkuasa. Kepimpinan Islam dituntut melakukan keadilan terhadap yang bukan Islam.

Di Malaysia orang bukan Islam menguasai sumber ekonomi dengan hebat sekali. Dengan kuasa beli yang tinggi telah menyebabkan harta tanah dan pembelian rumah-rumah mewah memihak kepada orang bukan Islam.

Ekuiti umat Islam di Malaysia masih rendah. Kesan kuasa beli yang tinggi di kalangan mereka boleh memberikan kesan demografik (kependudukan) dan akhirnya kesan terhadap taburan pengundi dan politik negara.

Menentukan kuasa politik umat di tangan umat Melayu tidaklah salah. Tetapi membiarkan kuasa politik umat Melayu hilang adalah suatu kesilapan besar. Generasi muda Melayu harus sedar bahawa dengan idealisme saja tidak cukup.

Menghadapi realiti masa kini dan masa depan adalah amat utama. Jangan akibat rasa mewah dan selesa masa kini menyebabkan kita ikut resam pepatah "Pelanduk selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk".

Pepatah Melayu juga menyebutkan "Jangan biarkan nasi menjadi bubur", "Dah terhantuk baru nak tengadah", "Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Salah satu sifat orang Melayu ialah "Orang Melayu Mudah Lupa".

Akibat kelupaan ini menyebabkan mereka terjebak dalam bayang-bayang impian ibarat berada di lebuh raya perjalanan melihat fatamorgana (lambaian air) atau miraj yang amat memikat tetapi di hujung perjalanan ia tidak memberi makna apa-apa.

Amat penting Perhimpunan Sejuta Umat ini dijadikan titik pertemuan menghubungkan kembali hati-hati umat Islam yang sudah hilang silaturrahimnya meletakkan prioriti akidah dan Islam sebagai sesuatu yang amat utama.

Sekiranya amanah ini dialpakan, bayangkan apa yang bakal terjadi kepada Islam sekiranya institusi Raja sudah menjadi persoalan dan kuasa politik umat Melayu bakal ditentukan oleh pihak lain.

Islam bakal terpinggir dan umat Islam semakin tidak berdaya walaupun mereka majoriti kerana mereka saling bermusuhan dan tidak terbuka hati ke arah muzakarah dan wehdah.

Yang ada ialah nafsu amarah yang tinggi untuk saling "berbunuhan" supaya cita-cita politik masing-masing tercapai. Kiranya ini berlaku malang sekali nasib masa depan umat Islam di sini.

Oleh : Tok Ki