Tuesday, December 7, 2010

Doa, Kesabaran Senjata Ampuh Muslim Ketika Berdepan Musibah

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali. Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” – (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Kehidupan di dunia tidak sunyi daripada kemelut, krisis, musibah dan malapetaka di mana tidak seorang pun akan terlepas daripadanya. Ia adalah untuk membuktikan siapakah dalam kalangan hamba-Nya yang bersabar dan tetap memohon perlindungan kepada Allah dalam apa juga keadaan.

Ibnu Kathir menjelaskan, melafazkan ayat sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui dirinya hamba milik Allah. Allah berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-Nya.

Berhadapan dengan keadaan yang sukar, setiap Muslim sewajarnya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, lebih bersimpati terhadap nasib mangsa yang ditimpa musibah dengan meringankan segala kesulitan dihadapinya di samping menyelami hikmah di sebalik musibah yang menimpa.

Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya sentiasa berdoa kepada Allah supaya dijauhkan daripada segala malapetaka dan musibah. Sabda Rasulullah yang maksudnya: “Bersihkanlah hartamu dengan zakat, ubatilah sakitmu dengan sedekah dan tolaklah olehmu bala bencana dengan doa.” (Hadis riwayat Tabrani)

Bukankah doa itu sebenarnya senjata ampuh seorang mukmin apabila berada pada saat genting, lebih-lebih lagi ketika ditimpa musibah yang berlaku di luar jangkaan. Siapakah lagi pelindung dan penyelamat yang berupaya menyelamatkan manusia daripada bencana selain Allah Maha Berkuasa.

Menjadi kewajipan setiap Muslim yang beriman supaya bersabar mendepani segala musibah dan malapetaka yang melanda. Janganlah pula merasa lemah semangat, berdukacita, berputus asa, bersedih secara berlebihan, apatah lagi menyalahkan takdir terhadap apa yang berlaku.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Hendaklah kamu bersungguh-sungguh dalam perkara yang memberi manfaat kepadamu, mintalah pertolongan dari Allah dan jangan kamu merasa lemah. Jika kamu ditimpa sesuatu, janganlah pula kamu mengatakan, “kalau aku berbuat itu dan ini, nescaya jadi begini…”. Sebaliknya katakanlah, “itu adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti akan terjadi”. Sebenarnya perkataan ‘kalau’ itu membuka pintu kepada perbuatan syaitan.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitulah sifat Muslim yang sebenarnya apabila berhadapan sebarang musibah atau bencana dalam kehidupannya dengan kesabarannya, ketenangannya dan penerimaannya terhadap segala ketentuan Ilahi.

Sumber: bharian

Sunday, December 5, 2010

Kenapa Isteri Bersikap Dingin?

Naluri manusia, baik lelaki mahupun perempuan, sentiasa tertarik dengan keseronokan, keindahan, ketenangan dan bermacam lagi keadaan yang menyelesakan. Seorang lelaki sama juga seperti perempuan ingin mengasihi dan dikasihi. Tiada perantara yang lebih baik untuk menterjemah keinginan itu selain alam rumah tangga.

Setelah berumah tangga, akan terus suburkah perasaan kasih mengasihi? Ataupun impian akan hanya tinggal harapan! Adakah kehangatan malam pertama akan terus terasa bahangnya atau menjadi dingin sedingin embun diwaktu pagi? Kalau berpanjangan, syukurlah tapi kalau sebaliknya, kenalah dicari punca.

Kenapa isteri bersikap dingin? Apakah punca isteri keberatan melayan keinginan batin suami!

Umumnya, kaum lelaki dianggap sebagai species yang dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu tapi sebaliknya pula pada kaum perempuan. Dengan nisbah sembilan akal dan satu nafsu, kenapa tidak meraba kedalam mencari kelemahan diri sebagai suami. Kalau hubungan batin itu menyeronok dan memuaskan, kenapa isteri mengelak untuk menjalin hubungan???

Kajian ilmiah menunjukkan semakin ramai isteri yang menderita dalam diam, ditinggal terkapai oleh suami yang gagal membawa isteri kekemuncak. Lebih 80 peratus kaum perempuan tidak tahu apa itu ‘climax’ ataupun tidak pernah dapat menikmati kenikmatan kemuncak dari hubungan seksual dan cuma segelintir yang hanya sekali sekala dapat merasa kenikmatan sebenar. Dan kurang dari satu peratus yang pernah mengalami kemuncak berganda. Kalau setiap kali ‘bersama’ hanya suami yang mendapat kepuasan, sedangkan isteri terkapar dan terabai dalam harapan, lama kelamaan akan berputik perasaan ‘tidak dikasihi’ dijiwa isteri. Dari putik menjadi buah, meranum dan akhirnya gugur kebumi kekeringan. Ketika mana harapan untuk sama-sama menikmati ‘detik syurga duniawi’ hasil keampuhan belaian suami berkecai seribu, menyusuplah bibit-bibit kebosanan yang akan bertunas bercambah tanpa kawalan. Dari kebosanan yang tak berpenghujung itulah muncul mekanisma yang mengubah isteri menjadi sekujur ‘batang pisang’ yang dingin sebagai alat melempias kehendak batin suami. Dan suami pun mengeluh, menyalahkan isteri kerana bersikap demikian.

Kalaulah para suami dapat mendengar luahan kehampaan isteri-isteri mereka, mendengar komen-komen mereka tentang seks, tentu ramai suami yang merasa terhina. “…tak sedap pun…” “…belum sempat geli dia dah habis…” “tak sempat nak tembam dia dah tersembam…” “…sorry ayang, nanti kita buat sekali lagi…heh, dia bedengkur sampai kepagi kita yang tinggal terkebil-kebil…” Itu cuma sedikit dari cemuhan isteri-isteri yang dapat dipaparkan disini. Dan yang anehnya ada diantara suami tersebut sudahpun berpoligami.
Kenapa isteri bersikap dingin? Kepada para suami, cuba jawab seikhlasnya soalan berikut:

1. Sebelum masuk kebilik tidur, adakah anda membersihkan diri supaya badan dan mulut tidak berbau?

2. Adakah anda menjauhkan rokok sebelum menghampiri isteri kerana bau asap rokok yang melekat dikerongkong amat sukar dinyahkan walaupun anda sudah memberus gigi?

3. Adakah anda pasti bahawa air perigi sudah cukup dalam sebelum anda mula mendayung?

4. Pernahkah anda memberi pujian, membisikan kata-kata rangsangan ditelinga isteri sebelum, semasa dan setelah selesai dayungan kerana interaksi percakapan boleh membantu anda melengahkan noktah dayungan?

Setelah membuat persiapan rapi menyediakan kelengkapan yang boleh menimbulkan keghairahan isteri, barulah suami membuat perhitungan. Percayalah. Seorang lelaki hebat akan membuatkan si isteri sentiasa bersedia menerima. Seorang lelaki hebat tidak akan lemas sebelum sampai ketepian malah akan sentiasa dapat mendengar ‘rengekkan’ manja pasangan menanyakan ” abaaaang, bila nak sudah, dah tak larat.”
Sumber: http://utuhpaloi.com

Adakah anda lelaki hebat?

Friday, December 3, 2010

Suami Nusyuz

KITA sering mendengar alasan nusyuz atau derhaka oleh suami dalam memberikan justifikasi bagi menafikan tuntutan isteri terhadap segala hak mereka dalam rumah tangga. Ia seperti nafkah bulanan, tunggakan saraan hidup mahupun tuntutan yang lebih besar seperti mutaah, tempat tinggal dan harta sepencarian.

Jarang sekali kita mendengar persoalan suami ‘nusyuz’, suami ingkar atau durhaka terhadap isteri mereka. Malahan ada yang terkejut apabila saya mengutarakan isu ini semasa mengendalikan beberapa program celik undang-undang bagi wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita.

Ada juga yang mengatakan ia tidak pernah dibicarakan dalam mana-mana kitab.

Tidak dinafikan dalam Akta dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia, tiada sebarang peruntukan bagi menjelaskan kedudukan suami ‘nusyuz’ terhadap isteri mereka.

Namun isu ini adalah isu yang hangat diperbincangkan oleh golongan ulama mahupun mereka yang terlibat dalam bidang undang-undang syarie hingga kekeliruan terjadi. Akibatnya sebahagian besar berpandangan nusyuz hanyalah kesan tindakan yang dilakukan oleh isteri dalam kehidupan berumah tangga.

Hakikatnya Allah SWT melalui Surah An-Nisa’ (4) ayat 128 dengan jelas menzahirkan persoalan ini melalui mafhum firmannya: “Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir . Dan jika kamu bergaul dengan isterimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tidak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Melalui ayat ini adalah sangat jelas bahawa golongan suami juga boleh menjadi nusyuz melalui tindak-tanduknya dalam menerajui rumah tangga.

Justeru, menurut perundangan Islam yang sebenar, nusyuz boleh membabitkan kelakuan pihak suami serta isteri dan bukan hanya kelakuan isteri sahaja. Al-Quran menyebut tentang nusyuz oleh pihak suami (melalui Surah 4:128 yang dinyatakan di atas) dan nusyuz oleh pihak isteri (melalui Surah 4:34).

Almarhum Prof. Hamka dalam kitabnya Tafsir Al-Azhar Juzuk 5 muka surat 1,452 telah mengupas persoalan ‘suami nusyuz’ ini. Antara lain beliau menyatakan: “Nusyuz yang sebaliknya iaitu si suami yang tidak senang atau telah benci atau telah bosan kepada isterinya. Hal ini biasa terjadi pada orang yang beristeri lebih dari satu atau telah jatuh hati kepada perempuan lain.”

Sesetengah ulama berpendapat, nusyuz dari pihak suami terjadi apabila suami bersikap keras terhadap isterinya, tidak mahu menggaulinya dan tidak memberikan hak isterinya mengikut lunas syarak.

Adalah jelas, persoalan nusyuz dalam rumah tangga bukan hanya boleh terjadi akibat daripada perlakuan dan tindakan isteri semata-mata.

Suami juga boleh menjadi ‘nusyuz’ melalui tindakan, pengabaian dan perlakuan mereka dalam mentadbir rumah tangga.

Lebih menarik, menurut Muhammad Thalib dalam bukunya 30 Perilaku Durhaka Suami Terhadap Isteri, suami boleh dianggap ‘nusyuz’ terhadap isterinya dalam hal-hal antara lain seperti berikut:

*Gagal atau enggan memberikan nafkah (zahir atau batin).
*Gagal menyediakan tempat tinggal yang selamat.
*Tidak membayar mahar.
*Menyebabkan kemudaratan (memukul) tubuh badan isteri.
*Membebankan isteri.
*Memperlakukan isteri dengan kasar.
*Merosakkan martabat isteri.
*Menghalau isteri tanpa alasan dan
*Menuduh isteri berzina tanpa saksi.

Keharmonian rumah tangga perlu dijadikan asas pembinaan sebuah keluarga bahagia.

Janganlah mana-mana pasangan sama ada suami atau isteri melakukan tindakan mahupun perbuatan yang boleh dianggap nusyuz antara satu sama lain.

Justeru, marilah kita menyedari (terutamanya golongan lelaki) bahawa kadang kala ketika menuding jari kepada isteri dalam hal-hal penolakan mereka terhadap arahan dan suruhan suami, sebenarnya suamilah pada peringkat permulaannya yang telah gagal, ingkar atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Ini berkemungkinan besar menjurus kepada suami menjadi nusyuz kepada isteri tersebut. Ingat! suami juga boleh nusyuz terhadap isteri.

Oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor