Sunday, May 16, 2021

Perkataan ‘koyak’ Masuk Urban Dictionary

PETALING JAYA- Perkataan ‘koyak’ yang digunakan rakyat Malaysia untuk mengutuk tentera Israel kini disenaraikan di dalam kamus online, Urban Dictionary.

Merurut laman sesawang Urban Dictionary, perkataan koyak itu didefinisikan sebagai slanga bagi menggambarkan perasaan seseorang yang berasa terkesan atau sedih selepas dikutuk atu ditertawakan.

Perkataan koyak menjadi tular di laman media sosial selepas ia digunakan oleh rakyat Malaysia bagi mengutuk Israel yang terkesan dengan ciapan dan komen yang dilontarkan netizen terhadap mereka.

Urban Dictionary ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan kamus online yang menyenaraikan perkataan slanga daripada seluruh dunia. -K! ONLINE

No comments:

Post a Comment