nuffnang

Tuesday, November 29, 2016

Kita Berdiri Di Pihak Yang Mana?


APABILA berbicara mengenai kemiskinan, terutamanya kedaifan ekonomi orang Melayu, kita lebih tertumpu terhadap kemiskinan fizikal, iaitu dari segi wang ringgit dan harta.

Justeru bajet negara, mahupun pelbagai rancangan pembangunan, lebih tertumpu kepada menghapuskan kadar kemiskinan, baik di desa mahupun di bandar. Data menunjukkan kita telah berjaya dalam usaha murni ini, malah pencapaian kita adalah antara yang terbaik di dunia.

Namun, kemiskinan tidak boleh dilihat hanya dari satu dimensi. Kemiskinan bukan sahaja merujuk kepada kekurangan harta, tetapi lebih penting lagi, adalah kemiskinan jiwa dan cita-cita. Hal ini telah digariskan oleh Pendeta Zaaba dalam rencana ‘The Poverty of the Malays’ yang ditulis hampir sembilan dekad lalu. Jika ini dijadikan kayu ukur, kita telah gagal. Kemiskinan sebegini masih lagi tebal membelenggu kaum Melayu, ataupun lebih tepat lagi, terutamanya, golongan yang kaya dan terpelajar.

Adakah kaum Melayu telah atau berupaya memerdekakan diri dari penjajahan minda dan jiwa? Jawapannya jelas, tidak.

Malah, tidak keterlaluan jika diusulkan bahawa kemiskinan dari segi akhlak dan moral kini berada di tahap kronik. Berdasarkan tindak balas kaum Melayu terhadap isu urus tadbir semasa, ia merudum jatuh ke tahap yang terburuk dalam sejarah.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah tanah air, baik sebelum mahupun selepas kemerdekaan, di mana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit. Pemimpin sebegini, seperti diungkapkan oleh tokoh falsafah agung negara, Almarhum Profesor Syed Husin Alatas, adalah pemimpin yang ‘jadong’, iaitu pemimpin yang jahat, bodoh dan sombong dan dipandu cita bencana. Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah.

Yang lebih menghairankan lagi, rata-rata rakyat marhaen masih lagi berpeluk tubuh diam membisu. Mengapa miskin sekali jiwa dan minda mereka?

Mengapa orang Melayu zaman moden yang hebat-hebat dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai-nilai luhur dan mulia? Apakah orang Melayu juga miskin keberanian?

Adakah mereka tidak pernah memberontak terhadap pemimpin yang zalim? Adakah hanya rakyat negara lain atau bangsa lain sahaja yang berani?

Lihatlah sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin yang mengaut kekayaan untuk diri sendiri akhirnya tumbang dengan tragik seperti mana yang berlaku kepada Hosni Mubarak di Mesir, Shah Reza di Iran, Ferdinand Marcos di

Filipina, Ben Ali di Tunisia. Banyak lagi kisah sebegini, banyak juga pemimpin yang dibunuh mahupun terpaksa hidup dalam buangan.

Adakah pemberontakan terhadap kezaliman bukannya budaya Melayu? Tidak sama sekali. Pemimpin Melayu zaman dahulu seperti Datuk Maharajela di Perak, Tok Janggut dan Mat Kilau, dan ramai lagi, tidak dicengkam kemiskinan keberanian.

Tapi mengapa sekarang ini, walaupun ramai berpendidikan tinggi, mereka masih miskin dari segi nilai dan tindak-tanduk yang mulia? Mengapa ramai yang diam membisu tanpa suara apabila pemerintah dengan rakus menggadai harta khazanah negara dan menghukum mereka yang tidak bersalah?

Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yang telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang, yang bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yang kuat menjerit ‘Hidup Melayu’ pada perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan tua berumur 90 tahun anak kelahiran Alor Setar, dan srikandi muda dari Langkawi.

Di manakah yang lain? Mana para cendekiawan dan golongan elit Melayu yang terkemuka? Mana perginya golongan profesional bertali leher segak dengan baju kemeja Brook Brothers? Mana doktor mahupun peguam yang hebat-hebat belaka dengan kereta BMW dan Mercedes mereka? Mana teguran alim ulama berjubah Arab yang lantang bersyarah siang dan malam di kaca televisyen mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar? Di mana kebijaksanaan para pensyarah dari menara gading tersohor negara?

Bak kata pujangga Indonesia WS Rendra, kita ini berilmu untuk memihak kepada pihak yang mana?

Saya tidak ada jawapannya. Mungkin ramai yang takut. Tetapi persoalannya, apa yang hendak ditakuti? Ingatlah kata novelis agung Indonesia Pramoedya Ananta Toer; dalam hidup kita, cuma satu yang kita punya, iaitu keberanian. Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang; “Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu”.

* Ini adalah pendapat Dr. Awang Mat Puteh

Runtuhkan Pemisah

JARANG berlaku. Terpegun seketika penulis pada petang Selasa lalu apabila menyaksikan detik bersejarah ahli-ahli parlimen Islam daripada kerajaan dan pembangkang duduk semeja membincangkan soal kepentingan Islam. Semua ini kerana Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Bahkan, di pekarangan Parlimen pada hari berkenaan difahamkan kedengaran luahan seorang wakil rakyat bukan Islam yang mungkin telah dimaklumkan oleh rakan-rakan Islamnya berhubung inti pati taklimat: “Oh! kalau begini tak apalah, ingatkan sampai potong tangan.”

Namun yang amat menghairankan apabila geng dalam media sosial menghentam teruk majlis perjumpaan dan taklimat yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu. Mengapa pula mesti marah? Kalau duduk de­ngan orang bukan Islam boleh pula. Tetapi dengan sesama Islam boleh naik angin. Pelik sungguh?

Tambah menjengkelkan lagi apabila Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad memberi gambaran bahawa taklimat khas rang undang-undang kepada semua ahli parlimen beragama Islam itu seolah-olah orang Melayu sedang berkomplot terhadap wakil rakyat bukan Islam.

Wakil rakyat bukan Islam dilihat tidaklah syak wasangka sehingga sedemikian rupa tetapi malangnya Khalid pula yang berlebih-lebih sehingga mahu meletakkan ‘skru prasangka’ itu ke dalam fikiran mereka. Andaian negatif Khalid sangat prejudis. Janganlah semua perkara hendak dipolitikkan.

Hal ini urusan agama Islam. Islam melarang setiap umatnya berprasangka buruk sesama Islam. Mengapa apabila dengan pemimpin DAP, sentiasa sahaja Khalid dan orang partinya boleh bersangka baik? Apa hendak jadi dengan ahli-ahli PAN ini? Di manakah integriti mereka?

Rang undang-undang ber­kait­an pemerkasaan mahkamah syariah bukanlah isu yang mencetuskan salah faham dan syak wasangka berterusan sebaliknya berpunca daripada kerenah Khalid sendiri yang cuba mengandaikan macam-macam.

Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat ke 12:”Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada berprasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain.”

Hakikatnya, semua pihak harus menghormati dan menyanjung tinggi perkongsian dan kesepakatan untuk duduk berbincang sesama ahli Parlimen Islam itu. Walaupun berbeza ideologi politik, namun semua ini petanda kepada kesatuan umat Melayu yang teguh.

Tidak harus berasa malu untuk menghulurkan salam persahabatan atau ukhuwah antara orang UMNO dan Pas. Tidak juga dinafikan sentimen dendam dan marah Pas terhadap Barisan Nasional (BN) semasa era 70-an masih ada. Namun keterbukaan Pas yang tidak terlalu taksub telah merintis ruang untuk memperkukuh ke­satuan umat Melayu Islam di negara ini.

Malah Pas kebelakangan ini dilihat begitu progresif dalam setiap tindakannya. Ini sesuai dengan Islam yang sentiasa menggerakkan umatnya ke hadapan. Bukan mun­­dur ke belakang. Sebab itu Pas ba­nyak melakukan ijtihad politik yang berdasarkan kepada nas syarak.

Dalam pada itu pendirian tegas Pas yang disuarakan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak himpunan jalanan haram Bersih 5.0 disifatkan sebagai usaha menyediakan jambatan untuk UMNO-Pas duduk semeja demi Islam.

Mengambil kesepakatan dalam taklimat rang undang-undang 355 pada Selasa lalu itu, seharusnya usaha itu terus digerakkan. Perubahan perlu dimulakan. Inisiatif memperbanyakkan program bersama UMNO-Pas yang bukan berlandaskan politik wajar diadakan.

Misalnya, pada peringkat Pe­­muda kedua-dua parti itu, mereka boleh disatukan dalam program berbentuk santai seperti sukan atau minum bersantai. Bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa yang kini Pengerusi Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) pula dilihat mampu menganjurkan program-program bersesuaian berkaitan wasatiyyah.

Seminar pemikiran pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Mursyidul Am Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din turut boleh dimuatkan dalam program. Jangan jadikan masalah komunikasi dan prejudis sebagai jurangnya.

Diharapkan juga parti-parti komponen BN yang lain seperti MCA, Gerakan dan MIC tidak pandang serong. Apa salahnya UMNO-Pas berbincang soal Islam. Pedulikan juga apa yang DAP dan PKR atau PAN akan lontarkan.

Bukankah UMNO dan Pas dianggotai oleh orang Islam. Sama-sama bersaksikan tiada Tuhan selain Allah dan bersaksikan bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Runtuhkan tembok pemisah ini. Takkanlah setelah 59 tahun kita merdeka, perlu didodoikan lagi dasar pecah perintah penjajah ini.

Tidak bolehkah UMNO-Pas munasabah diri, duduk bersama tanpa prejudis dan politik? Apa yang penting akhlak perlu dipelihara, supaya tidak ditempelak berprinsip tetapi tidak berakhlak.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Siapa yang mencari reda Allah, manusia akan marah, sedangkan Allah reda. Akhirnya manusia juga akan reda. Siapa yang mencari reda manusia, Allah akan murka dan akhirnya manusia juga akan marah.”

Monday, November 28, 2016

Tegas Membela Melayu, Islam


PERHIMPUNAN Agung UMNO minggu depan bu­­kan sahaja harus menjadi medan untuk parti itu memperkasakan keduduk­annya dalam kalangan orang Me­layu malah lebih penting daripada itu perlu menampilkan kembali UMNO sebagai pejuang Islam.

Berdasarkan situasi ketika perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu, UMNO tidak perlu lagi berasa malu atau bimbang untuk kembali kepada jati diri asalnya sebagai pejuang Melayu dan Islam.

Selama ini mungkin UMNO tidak mahu menonjol dalam bab itu kerana mahu menjaga hati pengundi bukan Melayu khusus­nya penyokong komponen Barisan Nasional (BN), tetapi keputusan pilihan raya sejak kebelakangan ini termasuk pilihan raya kecil telah menunjukkan kelompok tersebut tidak lagi bersama kerajaan.

Dan ini semakin jelas dengan paparan wajah-wajah yang menyer­tai perhimpunan haram Bersih. Penulis tidak perlu menyebut siapa mereka atau kelompok mana kerana semua orang tahu, tetapi apa yang mahu diperkatakan cukup-cukuplah UMNO menjaga hati pihak-pihak berkenaan.

Selama ini UMNO dilihat terlalu berhati-hati untuk memperkatakan soal orang Melayu dan umat Islam, kalau adapun setakat berdegar-degar di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Perhimpunan Agung UMNO sahaja, dari segi tindakan entah ke mana.

Keadaan itu berlaku kerana UMNO masih lagi mengharapkan kaum lain untuk menyokong BN sedangkan sudah jelas dan nyata, yang betul-betul setia de­ngan UMNO ialah orang Melayu. UMNO sepatutnya memperkukuh­kan so­kongannya da­­lam kaum itu bukan­nya dilihat mahu ‘menyem­bah’ untuk mendapat undi daripada kaum lain.

Janganlah kerana terlalu mahu menjaga hati kaum lain, UMNO teragak-agak dalam memperjuangkan nasib orang Melayu dan mempertahankan hak mereka serta mem­bela agama Islam. Perlu diingatkan UMNO berkuasa sehingga kini ke­rana sokongan orang Melayu, oleh itu balaslah jasa mereka dengan sewajarnya.

Tetapi masalahnya ada ketika UMNO terlalu bimbang dengan reaksi rakan-rakan dalam komponen berkaitan perjuangan Islam sehingga akhirnya isu itu diabaikan begitu sahaja.

Sedangkan kalau dikaji, ada sesetengah parti dalam komponen BN benar-benar memperjuangkan hak kaum mereka seolah-olah tidak mempedulikan perasaan UMNO. Mereka membuat tuntut­an dan desakan kepada kerajaan dalam isu tertentu khususnya pendidikan tanpa mempedulikan apa kata UMNO atau orang Melayu.

Bagaimanapun UMNO tidak ber­­sikap demikian. UMNO terlalu mahu menjaga hati sehingga akhir­nya menyebabkan orang Me­­layu merasa bosan kerana me­ra­sakan UMNO tidak boleh lagi di­­harap untuk membela dan mem­­perjuang­kan nasib mereka. Walaupun dakwaan ini mungkin tidak benar tetapi itulah hakikat yang berlaku sehingga sokongan orang Melayu kepada UMNO semakin menipis. Kelompok berkenaan mencari parti alternatif sehingga mengakibatkan orang Melayu terus berpecah manakala pihak lain mengumpul kekuatan seperti mana dapat dilihat ketika perhimpunan haram Bersih.

Oleh itu Perhimpunan Agung UMNO kali ini amat penting. Ia bukanlah pentas bersandiwara apatah lagi beretorik, tetapi medan untuk menjelmakan semula UMNO sebagai pejuang orang Melayu dan umat Islam. UMNO bukanlah se­perti PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau PAN yang ditubuhkan atas perasaan kecewa, tetapi UMNO ditubuhkan atas ke­ringat dan airmata orang Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu dan agama Islam berdaulat di bumi Malaysia.

Namun UMNO perlu mengakui kekuatan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut semakin longgar dan bila-bila masa sahaja boleh terlerai jika parti itu tidak bangkit untuk melakukan perubahan khususnya dalam memantapkan perjuangan bagi orang Melayu dan umat Islam.

Dalam memperjuangkan Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak dalam menyatakan pendirian. Ramai penganalisis politik berpendapat, UMNO perlu menyokong Rang Undang-undang 355 (RUU355) bagi memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan dibentangkan oleh Pas.

Pembentangan tersebut bukan­lah bertujuan politik tetapi se­ma­ta-mata bagi memperkasakan mah­kamah berkenaan. Kalaulah parti-parti lain khususnya yang me­­wakili kaum bukan Melayu boleh bersatu menentangnya kenapa UMNO tidak boleh bersama Pas dalam soal ini?

Perlu difahami pindaan undang-undang tersebut hanya melibatkan orang Islam dan ini sama sekali tiada kaitan dengan bukan Islam, oleh itu mereka tidak perlu menyi­buk atau ‘tidur tidak lena’. Sebenarnya puak-puak tersebut khususnya DAP bimbang, jika UMNO menyokong RUU 355, akan memberi isyarat awal penyatuan orang Melayu dan umat Islam.

Penyatuan itu bukanlah bermakna bergabung atau bermaksud Pas masuk UMNO atau UMNO masuk Pas, sebaliknya hanyalah kerjasama dalam memperjuangkan sesuatu isu demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam. Inilah yang ditakuti DAP.

Selama ini parti itu boleh menjadi ‘taiko’ dalam pembangkang dengan menghalang Pas memperjuangkan agenda Islamnya, tetapi sekarang Pas tidak lagi bersama mereka, oleh itu kalaulah Pas membuat keputusan untuk bergabung dengan UMNO demi mene­gakkan syariat Islam, maka ini akan dianggap ‘petaka’ politik kepada pembangkang.

Atas sebab itulah dalam isu-isu berkaitan kepentingan orang Me­layu dan umat Islam, UMNO tidak boleh teragak-agak menyatakan pendirian waima kalau isu itu diperjuangkan oleh Pas sekalipun.

Soal bertarung dalam pilihan raya, itu soal kedua, apa yang pen­ting janganlah orang Melayu melemahkan satu sama lain sedangkan ada pihak mengumpul kekuatan melalui perpecahan orang Melayu.

Oleh itu jadikanlah perhimpu­nan agung kali ini sebagai pentas un­tuk menampilkan semula keberanian UMNO dalam memperjuangkan orang Melayu dan agama Islam. Ingatlah nyawa politik UMNO ditentukan oleh orang Melayu bukannya kaum lain, biar sebesar mana pun jasa UMNO kepada mereka. - Zulkiflee Bakar

Sunday, November 27, 2016

Najib Jangan Buat 'Gila' Terima Desakan Cina MCA Iktiraf UEC

Gabungan Pelajar Melayu Sememnanjung (GPMS) menggesa Datuk Seri Najib Razak tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersatu (UEC) bagi permohonan kemasukan universiti awam.

Di depan perdana menteri Presiden GPMS Zambri Mohd Isa berkata kurikulum UCE diciplak dari Taiwan dan jelas tidak selaras dengan dasar pendidikan kebangsaan.

"GPMS mahu menyatakan dengan jelas kami menggesa kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri (Najib) untuk menolak sebarang pengiktirafan untuk UEC bagi kemasukan ke universiti awam.

"GPMS faham Datuk Seri ialah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama, tetapi GPMS berharap Datuk Seri boleh mempertimbangkan semula sebarang pengiktirafan sebab isu ini bukan sekadar isu bangsa, tetapi soal menghormati sistem pendidikan kebangsaan dan UEC jelas tidak menghormati sistem pendidikan di negara ini.

"Justeru GPMS berpendapat tidak perlu ada dua sistem peperiksaan untuk kemasukan universiti yang akan memberi kesan kepada peluang untuk lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.

Zambri menyatakan demikian ketika membuat ucapan alu-aluan pada mesyuarat agung tahunan ke-62 GPMS di Kuala Lumpur hari ini.

Najib sebagai penaung GPMS kemudian merasmikan persidangan berkenaan.

Ucapan itu dibuat kira-kira dua minggu selepas Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai meminta Najib membenarkan kemasukan pelajar ke universiti awam jika mereka memiliki UEC.

Najib turut hadir ketika Liow menyatakan hasratnya semasa mesyuarat agung tahunan MCA pada 13 November itu.

UEC adalah ujian ditadbir sekolah persendirian Cina di Malaysia dan diiktiraf universiti terkemuka di luar negara serta universiti swasta di Malaysia.

Bagaimanapun ia tidak diiktiraf universiti awam negara ini. - celahgelegar.blogspot

Saturday, November 26, 2016

Usia Puncak Kenikmatan Keintiman Lelaki & Wanita

GHAIRAH anda mulai padam? Ada baiknya mencari tahu di usia berapakah puncak kenikmatan seksual anda.

Menikmati hubungan intim dengan pasangan tentu sangat mengghairahkan. Semasa bercinta, anda dapat saling menumpahkan hasrat dan ghairah di ranjang. Namun, tahukah anda berapa usia puncak seseorang dalam menikmati seks?

Sebuah kajian, wanita menikmati puncak ghairah seksual pada usia 28, sementara lelaki di usia 33, demikian yang dikutip  dari Dailymail,

Menurut sebuah pungutan suara, lelaki harus menanti hingga berusia 33 sebelum mencapai puncak kenikmatan seksnya. Penemuan ini justeru berbeza dengan kajian sebelumnya yang mengatakan bahawa puncak ghairah lelaki pada usia 18 dan wanita 30 tahun.

Pungutan suara tersebut diikuti oleh 1.281 orang juga mendapati bahawa rata-rata lelaki kehilangan keterunaan di usia 18, sementara wanita lebih muda satu tahun, yakni 17.

"Seks akan lebih baik apabila anda sering berlatih dan sering merasakannya," kata pakar seks Tracey Cox.

"Sangat masuk akal bila seorang lelaki mengalami seks yang lebih baik pada usia 33 berbanding 18 tahun. Perlu waktu mempelajari cara mengendalikan orgasme dan memahami sistem seksual wanita yang kompleks, "jelas Cox.

Dia menambah, bahawa segala sesuatu pada akhirnya ditentukan oleh kualiti seks, bukan sekadar kuantiti. "Kita cenderung merasakan seks terhebat di awal hubungan, saat ghairah masih segar dan semasa tubuh badan kita dan pasangan berhubung," kata Cox.

"Meski sistem seksual wanita lebih kompleks dari lelaki, namun wanita lebih cepat mencari apa yang berguna baginya dan tidak daripada lelaki," jelasnya lagi.

Anonymous

Thursday, November 24, 2016

Kemerdekaan Dan Martabat Islam

Fakta sejarah menunjukkan sejak kejatuhan Empayar Melayu Melaka kepada Portugis pada 1511, orang Melayu mula menggerakkan tenaga membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah. Armada dari Acheh, Johor dan Riau saban tahun menyerang Melaka namun gagal. Kemudian British terpaksa berhadapan kebangkitan perjuangan anak tempatan seperti Dato Dol Said, Rentap, Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Mat Salleh, Tok Janggut, Tokku Paloh dan Hj Abdul Rahman Limbong yang ­berani bangun menentang British.

Seterusnya beberapa golongan yang sering dikaitkan dengan perjuangan kemerdekaan ialah golongan nasionalis yang mana perjuangan mereka berbentuk patriotik. Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim, Perak, yang ditubuhkan pada 1922, sering disebut penjajah sebagai tapak melahirkan nasionalis Melayu kerana di sana terkumpul pensyarah yang tinggi se­mangatnya seperti Za’ba, Abdul Hadi Hassan, Ahmad Bakhtiar, Harun Aminurrashid, Buyung Adil.

Golongan penulis dan wartawan juga berjuang menentang penjajah melalui penulisan dalam akhbar, majalah dan buku. Mereka termasuklah Rahim Kajai, Samad Ismail, Said Zahari, Ishak Hj Muhammad (Pak Sako), Kamaludin Muhammad (Keris Mas) dan Usman Awang (Tongkat Waran).

Golongan lain adalah golongan agama yang condong ke Asia Barat, mereka mendakwa perjuangan menuntut kemerdekaan dipelopori oleh pemimpin mereka ulama reformis yang berpendidikan agama dari Mekah dan Mesir. Dakwaan ini disokong dengan menonjolkan madrasah dan pondok sebagai medan me­nyemai fahaman menentang penjajah. Selepas Perang Dunia kedua golongan kanan yang mula menentang British ialah kelompok cendekiawan Melayu yang dike­tuai Za’ba yang menyeru pemimpin Melayu supaya bersatu menentang rancangan Malayan Union yang memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian menyerah kuasa kepada British. Malayan Union bertujuan menjadikan Malaya sebuah koloni Inggeris.

Orang Melayu menjadi berani setelah usai perang kerana tentera Jepun berjaya memecahkan mitos kekebalan tentera Inggeris. Orang Melayu melihat bagaimana tentera Inggeris yang sepatutnya menjamin perlindungan raja dan rakyat Melayu, gagal melaksanakan tanggungjawab itu. Orang Melayu tidak mahu lagi bertuankan orang putih.

UMNO ditubuhkan pada 1946 untuk menentang Malayan Union. Sebanyak 41 pertubuhan Melayu bersatu di bawah ke­pimpinan Dato’ Onn Jaafar untuk menubuhkan UMNO dan dengan kesatuan ini rancangan Malayan Union dapat digagalkan pada 1948. Namun Onn terpaksa meninggalkan UMN setelah cadangannya untuk menggantikan Malay kepada Malayan dalam UMNO dan menerima orang bukan Melayu menyertai UMNO ditolak oleh ahli-ahli parti itu.

Dalam pemilihan Yang Dipertua UMNO yang baru menyaksikan Tunku Abdul Rahman mendapat undi tertinggi 57 undi dan Haji Ahmad Fuad seorang tokoh ulama mendapat hanya 7 undi. Setelah kalah merebut jawatan itu, Ahmad Fuad menubuhkan Pas. Tunku pula telah menerima usul untuk mengguna slogan “Merdeka” bagi mengganti slogan “Hidup Melayu” dan bermulalah perjuangan Tunku dan UMNO bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah Inggeris. Dan hasilnya pihak kolonial Inggeris menawarkan kemerdekaan secara berunding kepada rombongan kemerdekaan Malaya yang terdiri daripada wakil perikatan dan juga raja-raja Melayu pada 31 Ogos 1957.

Ketika merangka Perlembagaan negara yang bakal merdeka itu, Tunku walaupun bukanlah lulusan agama namun dalam perjuangan politiknya memberi tumpuan dalam memartabatkan agama dalam Perlembagaan Negara di mana Orang Melayu ditakrifkan menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan sebagai orang yang beragama Islam, lazim berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Malangnya sekarang orang Melayu sendiri yang menolak takrif itu kononnya Melayu perlu diberi kebebasan memilih apa jua agama. Akhir-akhir ini pula terdapat cendekiawan Melayu ­liberal muncul menolak Islam dalam Perlembagaan dan meminta kebebasan untuk kumpulan songsang. Mereka juga mendakwa Malaysia negara sekular dan Islam hanyalah agama individu. Perjuangan mereka adalah selari dengan perjuangan parti pembangkang sekular yang menolak Islam dalam dasar negara kita.

Ketuanan Melayu dan Islam ditolak oleh parti politik Melayu sendiri yang kononnya memperjuangkan keadilan yang mana semua rakyat adalah sama dan tidak wajar wujud diskriminasi. Mereka tidak faham bahawa agenda perjuangan ketuanan Melayu bukanlah berbentuk rasis atau asabiyah yang menindas bangsa lain tetapi sebenarnya selari dengan anjuran Islam yang mana terdapat hadis suruhan Nabi Muhammad SAW supaya melantik orang Quraisy sebagai pemimpin - “Para imam (mesti) dari golongan Quraisy.” (Hadis Riwayat Ahmad dan al Baihaqi). Hadis yang dimaksudkan walaupun menyebut kaum Quraish secara spesifik tetapi dalam konteks dunia sekarang maksud hadis ini mengkehendaki bangsa, kaum, kumpulan yang terkuat dari sudut politik untuk mentadbir negara dengan tujuan mengelakkan negara daripada krisis politik dan kacau-bilau.

Sejak penubuhannya 70 tahun dulu, UMNO menawarkan pelbagai program sosioekonomi yang memberi manfaat kepada orang Melayu dan program berbentuk Islamik yang memartabatkan agama Islam. Namun perjalanan memartabatkan Islam penuh berliku. Sejak akhir-akhir ini agama telah dijadikan modal politik.

Agama Islam dihina di mahkamah sivil apabila peguam bukan Islam sering mengguna saluran mahkamah sivil dalam kes murtad dan menuntut hak pasangan bukan Islam walaupun cukup jelas isu agama Islam adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah. Di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang mereka mahu dana zakat disalurkan kepada bukan Islam.

Orang Melayu perlu bertindak bijaksana dalam menangani isu ini. Tindakan pencegahan api perkauman perlu disulam dengan kempen-kempen penerangan bertujuan memupuk persefahaman dan muhibah antara kaum. Dakwah kepada bukan Islam amat penting jika kita impikan keharmonian antara penganut agama terus wujud di masa depan.- 
Oleh:  Mohd. Zuber Zain

Tuesday, November 22, 2016

10 Tanda-Tanda Ghairah Wanita


#1.Mampu mengobarkan Ghairah Seks Sendiri
Wanita jenis ini mampu menyemarakkan api asmaranya sendiri tanpa lama-lama menunggu dirangsang lelaki. Kajian menunjukkan wanita jenis ini mampu berfantasi yang mengundang ghairah. Contohnya, mengandaikan diri telanjang atau setengah telanjang di tempat awam atau di mana saja, sehingga mata lelaki menjadi jelalatan atau penasaran.

# 2. Tubuh saya Istana kenikmatanku
Ini merupakan keyakinan diri wanita jenis ini. ia memandang dirinya sebagai tambang kenikmatan. Bilamana lelaki tidak atau kurang mampu memuaskan, ia akan membimbing menunjukkan tempat-tempat yang perlu dirangsang dan dioptimumkan. Misalnya menunjukkan tempat G-spot. Bahkan ia suka mengambil inisiatif.

# 3. Akulah Dewi Seks (Boom Seks)
Dengan pengakuan sebagai Dewi Seks, ia suka bogel atau tarian erotis di depan lelaki sebelum hubungan intim. ia mau melakukan apa saja demi kepuasan bersama. kadang-kadang ia mengelirukan sesuatu yang pada akhirnya ingin hubungan intim dengan lelaki. ia suka pura-pura meminta sesuatu tetapi tersirat ajakan hubungan intim.

# 4. Memberikan Desahan Erotik
Biasanya suka menjerit atau teriak ketika dirangsang. ia pun tidak segan-segan mendesah sambil minta dicium organnya. Contohnya, payudara, kaki, leher, telinga, dll. Ungkapan erotik banyak diungkapkan oleh jenis wanita ini.

# 5. Berorientasi pada Proses Menuju orgasme
Biasanya wanita jenis ini tidak berorientasi pada orgasme, tetapi pada proses menuju orgasme.wanita yang berusaha sedaya mungkin mencapai titik klimaks, tidak menganggap orgasme sebagai bonus. Ia beranggapan rangkaian menuju orgasme penuh dengan kenikmatan dan keasyikan. orgasme atau tidak sebenarnya bergantung pada keyakinan wanita sendiri. dengan beranggapan dan yakin akan orgasme, maka apa pun rangkaian hubungan intim akan membuahkan orgasme.

# 6. Ada Resipi khas Merangsang lelaki
Sebahagian besar wanita tahu bahawa cara menyenangkan dan memuaskan lelaki adalah langsung memberikan rangsangan ke kawasan bawah pusar. Namun sebahagian wanita punya resipi khusus selain itu. Misalnya, menciumi tengkuk lelaki atau cara lain yang boleh membakar rasa ghairah lelaki.

# 7. Tahu apa yang lelaki Mahu
Selain memberikan servis yang memuaskan, wanita jenis ini tahu apa yang diinginkan lelaki pasangannya. kadang-kadang sebahagian lelaki tidak mendambakan yang aneh-aneh, tetapi cukup di- karaoke sahaja. dengan penguasaan teknik oral sex, wanita jenis ini mampu memberikan sensasi kenikmatan hubungan intim yang luar biasa. Ia tak segan-segan memenuhi segala keinginan lelaki.

# 8. Suka bereksperimen posisi dan jenis Foreplay
Meluangkan masa untuk bereksperimen dengan posisi baru dan pemanasan baru merupakan kesukaan wanita jenis ini. Selain mencari kenikmatan baru, jiwa petualang boleh terakomodasi.

# 9. Selalu Membuat hubungan intim Penuh dengan Gairah
Perempuan atau gadis jenis ini selalu memberikan semangat baru dan nuansa baru dalam hubungan intim. Adakalanya ia mencari inspirasi dengan menyewa video blue agar ghairah seks bertambah. Bilamana ghairah menurun, ada saja siasat yang dimiliki wanita ini. Contohnya, hubungan intim di tempat baru, foreplay dengan aneka variasi baru, membaca majalah porno, dll.

# 10. Mengghairahkan Setiap Saat
Wanita yang jenis ini rela bangun lebih pagi guna mempersiapkan diri agar lebih menggairahkan untuk pasangannya. Contohnya, pagi-pagi sudah mandi sehingga badan sudah bersih, wangi, dan mengghairahkan. Hubungan intim pagi hari pun siap dilakukan jika memang dikehendaki. Lelaki pun tidak enggan atau ragu-ragu . wanita sensual ini sepanjang siang dan malam selalu kelihatan mengghairahkan. Ia pun suka merayu pasangan seakan baru pertama kalinya berkaitan.

Nah, itu dia 10 ciri dan tanda wanita dengan nafsu seks yang tinggi. Beruntunglah buat suami yang mempunyai pasangan wanita dengan ciri-ciri seperti yang telah kami sebutkan di atas......Anonymous

Sunday, November 20, 2016

Kekejaman Keatas Rohingya

Wanita, kanak-kanak Rohingya dikurung, dibakar hidup-hidup
 RAKHINE - Dikurung dan dibakar hi­dup-hidup, demikian nasib sekumpulan 30 wanita dan kanak-kanak Rohingya semalam yang men­jadi mangsa kekejaman baharu tentera Myanmar di negeri Rakhine.

Perbuatan tidak berperikema­nusiaan pihak berkuasa yang se­patutnya melindungi orang awam itu berlaku di Kampung Yay Khae Chaung Khwa Sone, di utara Maungdaw, memperlihatkan etnik Rohingya Islam dilayan tidak ubah seperti haiwan.

Blog RB News yang memetik kenyataan penduduk tempatan melaporkan, mangsa yang dikurung cuba melarikan diri namun gagal berbuat demikian.

Menurut Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan, itu hanya­lah sebahagian daripada penderi­taan yang ditanggung oleh etnik minoriti tersebut sejak kembali menjadi sasaran tentera serta penduduk Buddha bulan lalu.

Pertubuhan itu mengutuk se­keras-kerasnya cubaan penghapusan bangsa Rohingya yang dilakukan kerajaan dalam pelbagai bentuk termasuk pembunuhan beramai-ramai, rogol dan merampas harta penduduk.

Jelas badan tersebut, tentera Myanmar turut menggunakan he­li­kopter, meriam dan kereta kebal ketika menggempur kampung-kampung etnik Rohingya.

“Mereka yang cuba melarikan diri akan dihalang dan ditembak menggunakan mesingan di sawah-sawah padi dan anak sungai.

“Antara kampung yang menjadi sasaran tentera adalah Myaw Taung, Dargyizar, Yekhechaung Kwasone, Pwinpyu Chaung, Thu Oo La, Longdun, Kyin Chaung dan Wabaek di utara Maungdaw,” jelas kenyataan badan itu.

Pertubuhan Arakan Rohingya Kebangsaan memaklumkan, sejak ketegangan meletus di Rak­hine pada 9 Oktober lalu, angka korban penduduk Rohingya kini mencecah 350 orang manakala 300 yang lain cedera.

“Banyak gadis dan wanita dirogol sementara lelaki pula ditahan tanpa sebab kukuh,” menurut badan tersebut.

Selain itu, sebanyak 3,500 bu­ah rumah dibakar atau dimus­nahkan, mengakibatkan sekurang-kurang­nya 30,000 penduduk hilang tem­pat tinggal.

Mengukuhkan dakwaan itu, ka­kitangan badan kebajikan dan pihak berkuasa Bangladesh meng­anggarkan, sebanyak 500 penduduk Rohingya dari Rakhine telah menyeberang ke negara tersebut sejak bulan lalu.

Mereka kini ditempatkan di empat buah kem berhampiran sempadan Bangladesh-Myanmar.

Bagaimanapun, pengawal sem­­padan Bangladesh semalam terpaksa menolak kemasukan sekumpulan besar pelarian Rohingya ke negara itu.

“Sebanyak 86 penduduk Ro­hingya cuba memasuki Bangladesh di Teknaf awal pagi semalam dengan menaiki bot. Mereka terpaksa diusir,” kata pegawai peme­rintah tentera di Cox’s Bazar di timur Bangladesh, Leftenan Kolonel Anwarul Azim.

Reuters melaporkan, kumpulan pelarian itu tidak mungkin berpatah balik ke kampung mereka yang masih dipenuhi tentera Myanmar. – REUTERS

Thursday, November 17, 2016

Signifikan Cuti Hari Jumaat

TAHUN ini, Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan jatuh pada hari Jumaat. Dan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak juga pada Jumaat minggu lepas. Secara kebetulan, sambutan ulang tahun hari keputeraan kedua-dua sultan disambut pada ‘penghulu’ segala hari.

Bagi rakyat Kelantan, cuti pada Jumaat sudah menjadi lumrah kerana hari tersebut adalah hari cuti di negeri itu selain Sabtu. Di Perak, sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak bermula tahun ini dan seterusnya diadakan pada Jumaat minggu pertama pada November. Ini bermakna tarikh hari sambutan itu akan berubah setiap tahun.

Pemilihan cuti hari keputeraan pada Jumaat memberi ruang kepada rakyat beragama Islam melalui hari itu dengan pengisian penuh keberkatan apatah 
lagi pada hari tersebut, majlis kesyukuran, bacaan Yassin dan tahlil diadakan secara serentak di masjid-masjid negeri. Umum tahu, pengisian program dan aktiviti agama sedemikian menggalakkan rakyat turut serta dalam mendoakan kesejahteraan kepada ‘payung negeri’, selain memupuk sahsiah Muslim.

Kita boleh nampak kebaikan cuti pada ‘penghulu’ segala hari itu dan mungkin boleh dicadangkan agar penetapan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ditukar kepada Jumaat minggu pertama Jun berbanding Sabtu, minggu sama setiap tahun agar rakyat keseluruhannya dapat merasai cuti yang diberikan.

Oleh : Ahmad
Hulu Bernam, Selangor

Tuesday, November 15, 2016

Apa Yang Anda Boleh Buat.....

Kalau Pemaju Lambat Serah Kunci Rumah?
Bayangkan. Sikit hari je lagi, korang bakal dapat kunci rumah untuk rumah undercon.

Rupa-rupanya, korang disajikan dengan harapan palsu. Sakit hati tak terkata.

Pemaju janji nak bagi rumah pada tarikh sekian-sekian. Tapi, hampa.

Pasti ramai yang nak tahu apa yang korang boleh buat kalau berhadapan dengan masalah ni, kan?

Tok nak kongsikan nukilan Tuan Salkukhairi Abd Sukor pasal topik ni. Jom kita hadamkan ilmu ohsem ni sama-sama.

“Aduh. Koyak poket kena bayar pinjaman dan sewa serentak”

Saya percaya ramai pembeli yang menghadapi masalah kelewatan pemaju menyiapkan rumah yang mereka beli.

Pinjaman dengan bank dah mula kena bayar, tetapi rumah yang dibeli masih belum siap-siap lagi. Masih terpaksa duduk menyewa lagi.

Pastinya perkara ni akan membebankan korang, kan?

Maklum sahajalah. korang terpaksa bayar pinjaman bank dan sewa rumah secara serentak.

Korang tahu tak?
Mengikut Perjanjian Jual Beli yang menggunapakai Jadual G dan H di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, pemaju hendaklah menyiapkan pembinaan sesuatu rumah dan menyerahkan milikan kosong (dalam bahasa mudahnya, serahkan kunci rumah) kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan (untuk rumah landed) dan 36 bulan (untuk rumah strata) daripada tarikh Perjanjian Jual Beli.

Sekiranya pemaju gagal menyiapkan pembinaan rumah dan gagal menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, apa yang boleh pembeli buat?

Bolehkah pembeli tamatkan atau batalkan Perjanjian Jual Beli (SPA)? Bolehkah pembeli saman pemaju?

Di sini saya senaraikan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh pembeli sekiranya pemaju lewat menyerahkan milikan kosong rumah:

#1: Boleh ke pembeli batalkan SPA?
Sebenarnya, pembeli tak boleh tamatkan atau batalkan SPA semata-mata disebabkan pemaju lewat serah milikan kosong rumah, walaupun tempoh 24 bulan daripada tarikh SPA dah tamat.

Ini kerana takde sebarang peruntukan di dalam SPA di bawah Jadual G yang membenarkan pembeli mengambil tindakan ini.

Bermakna, selama mana sekalipun pemaju lewat, pembeli tak boleh batalkan SPA.

#2: Buat surat rasmi kepada pemaju
Tapi, sekiranya berlaku kelewatan, pembeli boleh tulis surat rasmi kepada pemaju memaklumkan yang penyerahan milikan kosong sepatutnya dibuat kepada pembeli pada sekian-sekian haribulan.

Dan sehingga kini, pemaju telah lewat menyerahkan milikan kosong rumah yang korang beli tu.

Maklumkan juga kepada pemaju yang mereka bertanggungjawab menjelaskan bayaran gantirugi kelewatan serahan milikan kosong kepada pembeli, sebaik sahaja milikan kosong rumah tersebut dibuat kelak.

#3: Hantar salinan surat rasmi kepada 
Serahkan juga salinan surat rasmi tersebut kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ingat ya. Surat tersebut hanya boleh diserahkan kepada Pemaju dan KPKT menggunakan pos berdaftar atau serahkan secara serahan tangan sahaja.

Cara lain tak dibenarkan di dalam SPA.

#4: Apa tujuan hantar salinan surat rasmi ni kepada KPKT?
Tujuan salinan surat tersebut di serahkan kepada KPKT juga adalah untuk memaklumkan kepada KPKT, yang projek tersebut telah berlaku kelewatan dan KPKT akan memantau dengan lebih dekat lagi projek tersebut.

Secara tak langsung ia akan beri tekanan kepada pemaju untuk mempercepatkan proses projek tu, dan seterusnya menyerahkan milikan kosong rumah tersebut dengan segera.

#5: Buat follow up dari masa ke semasa
Seterusnya, tunggulah sehingga milikan kosong diserahkan kepada korang secara rasmi.

Selama tempoh ni, tak banyak yang pembeli boleh lakukan. Melainkan sekadar follow updengan pemaju dari masa ke semasa.

#6: Tunggu serahan kunci rumah oleh pemaju
Selepas rumah siap dibina sepenuhnya oleh pemaju dan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan oleh arkitek (untuk memperakukan bahawa rumah tersebut adalah selamat dan layak diduduki), pemaju hendaklah menyerahkan milikan kosong rumah tersebut sekali dengan kunci rumah dan salinan CCC kepada pembeli.

#7: Boleh ke pemaju didenda sebab lewat serah kunci?
Sebenarnya, dalam SPA mensyaratkan sekiranya berlaku kelewatan serahan milikan kosong, pemaju hendaklah membayar sekali denda lewat kepada pembeli pada masa penyerahan milikan kosong tersebut, walaupun tanpa dituntut oleh pembeli.

Tapi, saya percaya tak banyak pemaju yang praktiskan perkara ini. Kebanyakan mereka, hanya buat tak tahu saja, atau buat-buat lupa.

Apabila pembeli tanya, mereka akan minta pembeli yang membuat tuntutan terhadap mereka, atau mereka akan memberi pelbagai alasan supaya pembeli tak menuntut daripada mereka.

Sebenarnya, perkara ini amat bertentangan dengan Akta Pemajuan Perumahan.

#8: Berapa jumlah denda yang pemaju kena bayar?
Berapakah jumlah denda lewat yang pemaju kena bayar kepada pembeli?

Jumlah bayaran denda lewat serahan milikan kosong yang perlu dijelaskan oleh pemaju kepada pembeli adalah pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun, daripada harga jual beli.

Ini dikira dari hari ke hari, mulai dari tarikh luput penyerahan pemilikan kosong sehingga tarikh sebenar Pembeli mengambil pemilikan kosong rumah tersebut.

Contohnya:
Katakan harga korang beli RM200,000.00.

Jumlah hari lewat dikira mulai daripada tarikh sepatutnya pemaju serah milikan kosong, sehingga tarikh sebenar pembeli ambil milikan kosong.

Katakan, pemaju lewat serah kunci selama 100 hari.

Maka perkiraan untuk bayaran denda lewat serahan milikan kosong adalah seperti berikut:
RM200,000.00 x 100 hari lewat x 10% (kadar % denda lewat) / 365 hari (setahun) = RM5,479.45.
#9: Kalau pemaju tak bayar denda, apa pembeli boleh buat?

Kalau pemaju tak bayar denda pada masa serahan milikan kosong dibuat, korang boleh tulis surat rasmi kepada pemaju untuk menuntut bayaran denda dibuat, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.

Hantar juga salinan surat tersebut kepada KPKT.

#10: Gunakan kuasa Tribunal Pembeli Rumah
Sekiranya pemaju masih gagal menjelaskan bayaran denda lewat tersebut, korang boleh failkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah dan kes akan didengar dan diputuskan dalam tempoh 40 hari daripada tarikh pemfailan.

Sebenarnya, semua yang saya tulis ni ada dinyatakan dengan jelas dalam SPA.

Tapi sebab majoriti pembeli tak baca SPA semasa atau selepas tandatangan, mereka tak tahu hak mereka.

Gilahartanah : Jom sama-sama kongsikan maklumat ini supaya lebih ramai pembeli rumah baru tahu dan faham akan hak-hak mereka.

Friday, November 11, 2016

Tolak RUU 355....

Tolak RUU 355 kerana tak mampu banteras rasuah, bukan prioriti. Begitu?
ADA seorang hamba Allah mengatakan bahawa masalah terbesar di negara kita hari ini ialah masalah rasuah dan penyelewengan dana kerajaan.

Inilah yang punca segala permasalahan rakyat sehingga ada yang terpaksa membunuh diri, tak tahan dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

Katanya lagi, apakah keperluan mencadangkan pindaan Akta 355 yang menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah, sedangkan pengamal rasuah masih berleluasa bebas tidak ditangkap?

Ini semua mainan politik!

Wah, sampai begitu sekali dia mendatangkan hujah menolak cadangan pindaan RUU 355.

Sekali dengar memang logik. Tapi logik berdasarkan kaca mata puak ultra kiasu dan media liberal yang tak habis-habis menolak apa-apa agenda memartabatkan kedudukan Islam di Malaysia tercinta.

Mengapa tidak?

Antara modus operandi mereka dalam menentang usaha Islamisasi ialah dengan membina persepsi bahawa rasuah adalah musuh nombor satu yang paling utama.

Ini kerana mereka mahu menggulingkan kerajaan UMNO-BN yang sememangnya kini tidak dapat diasingkan dengan gejala rasuah. Skandal penyelewengan dana 1MDB sebagai contoh pertama. Kes duit dalam kabinet pejabat anggota Jabatan Air Sabah sebagai contoh kedua.

Bahkan sebelum ini pun, banyak pemimpin UMNO-BN yang telah didakwa di mahkamah dan ada yang telah disabitkan kesalahan, umpamanya Datuk Seri Khir Toyo.

Jadi, persepsi UMNO-BN kaki rasuah memang sudah sukar dihakis.

Oleh itu, mengikut logik puak ultra kiasu dan media liberal, kerajaan UMNO-BN telah menjadi prioriti semua pihak termasuk rakyat untuk ditumbangkan.

Serentak dengan itu, rasuah digambarkan sebagai kesalahan paling utama yang paling teruk dan yang paling prioriti untuk dihapuskan.

Hakikatnya, semua sudah maklum termasuk mereka sendiri, bukan UMNO-BN sahaja yang mengamalkan rasuah, bahkan ada juga pemimpin DAP yang main rasuah.
Bila tiada iman, tiada amanah. Bila tiada amanah, rasuah pun diambil tanpa rasa bersalah.

Berbalik kepada isu rasuah sebagai musuh nombor satu yang wajib diperangi, tiada siapa menafikan perkara ini. Rasuah adalah perkara haram, pelakunya wajar dihukum di dunia dan sudah tentu dalam Islam, pemberi dan penerima rasuah sudah dijanjikan neraka! Nauzubillah min zalik!

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah, apabila kita memakai kaca mata sebagai seorang muslim, neraca pertimbangan kita sudah tentu berbeza dengan puak ultra kiasu dan media liberal.

Jika mereka memandang rasuah sebagai ancaman negara, kita juga memandang perkara yang sama terhadap rasuah. Bahkan, kita melihat masyarakat Islam di Malaysia hari ini bukan hanya bermasalah pada isu rasuah. Zina, buang anak, keruntuhan institusi keluarga, penyebaran ideologi berkiblatkan Barat, liberalisme, feminisme, ajaran sesat Syiah, budaya hedonisme, hiburan melampau-lampau, pergaulan bebas lelaki perempuan dan sebagainya.

Pandangan kita lebih luas, tidak terhad kepada isu rasuah yang matlamat akhirnya bermotifkan politik iaitu menjatuhkan kerajaan.

Pandangan kita adalah untuk membina umat Islam yang hebat dan kuat iman. Terhindar daripada maksiat. Membina lebih ramai manusia beriman dan profesional.

Semuanya demi menegakkan syiar Islam, tak kira siapa yang memerintah Malaysia sama ada parti biru, hijau atau kuning. Yang pasti, syiar dan hukum Allah diangkat selari dengan kehendak Al-Quran.

Di sinilah kepentingan memartabatkan Mahkamah Syariah seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui RUU 355.

Jika hukuman lebih berat sedia menanti pesalah jenayah syariah, kita percaya ia dapat mengurangkan kadar jenayah syariah. Berbeza dengan hukuman yang ringan yang tidak digeruni oleh pesalah yang berulang kali ditangkap melakukan kesalahan sama.

Bukan kita menafikan rasuah dan menjatuhkan kerajaan yang korup itu tidak penting, bahkan sebenarnya kita mahukan lebih daripada sekadar menjatuhkan kerajaan korup.

Tiada siapa yang mahu kerajaan korup memimpin negara. Kita mahu kerajaan yang menggantikan adalah lebih baik daripada kerajaan yang dijatuhkan. Memartabatkan Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada sekalian alam! Ini matlamat akhir kita dalam politik Islam, siyasah syar’iyyah.

Masalah pokok yang sebenarnya dihadapi oleh hamba Allah di awal tulisan saya ini ialah masalah neraca atau mizan. Apakah neraca kita dalam menilai isu-isu negara?

Neraca yang ditentukan oleh puak ultra kiasu dan media liberal atau neraca yang berpandukan ajaran Al-Quran.

Tepuk dada tanya iman!

Oleh : Mohd Firdaus Salleh Hudin

Saturday, November 5, 2016

Asal Orang Melayu dari Atlantis!

TIADA perkataan yang lebih tepat untuk kita memahami siapa dan apa itu Melayu selain memahami bait-bait puisi bertajuk "Melayu" yang dikarang oleh Sasterawan Negara tersohor, Usman Awang.

Sememangnya apa yang diungkap oleh Usman dalam puisinya itu sangat bertepatan dan sinonim dengan ciri-ciri dan sifat orang Melayu itu sendiri.

Apatah lagi apa yang cuba disampaikan beliau melalui puisinya itu begitu menggamit kebenaran selain membuktikan kehebatan bangsa ini berdiri di atas kakinya dalam menyelusuri dan mencipta sejarah bangsanya.

Antara bait puisinya yang begitu terkesan bagi mereka yang bernama Melayu;

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah 
zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara


Namun kini agak malang bagi orang Melayu itu sendiri yang sehingga kini masih terdapat mereka yang alpa malah lebih menyedihkan ada juga yang malu tentang asal usul bangsanya.

Apatah lagi terdapat beberapa teori menyatakan bahawa bangsa Melayu itu bukan bangsa teras dan berasal dari China khususnya Yunnan atau New Guinea. Dengan itu ada antara orang Melayu itu sendiri berasa malu dan terasing dengan dirinya sebagai Melayu.

Namun hakikatnya, asal usul orang Melayu memang seringkali menimbulkan polemik serta perdebatan dalam kalangan ahli akademik dunia. Ada pelbagai teori mengenai asal usul orang Melayu. Sehingga kini dikatakan ada tiga teori utama yang telah diketahui umum mengenai asal usul orang Melayu.

Teori pertama mengenai asal usul orang Melayu adalah berdasarkan teori penghijrahan beramai-ramai orang Melayu yang menggunakan sampan dari daerah Yunnan di selatan China dan keluar melalui Sungai Mekong ke Laut Cina Selatan. Ia dikenali sebagai "Teori Keluar Dari Yunnan" dan dikemukakan pada tahun 1890.

Teori kedua, yang dikemukakan pada tahun 1965, mengatakan orang Melayu seorang pelayar yang unggul, yang bekerja sebagai kelasi kapal dan buruh untuk para pedagang antarabangsa yang terdiri daripada orang Arab, China dan India selama lebih 2,000 tahun yang lalu. Teori ini yang digelar "Keluar Dari New Guinea", dikemukakan pada tahun 1965.

Akibat interaksi dan perkahwinan campur dengan bangsa India, China dan Arab, mereka selepas itu menjadi maju lalu menubuhkan sebuah bangsa baharu yang dikenali sebagai bangsa Melayu. Teori ini dilihat paling menghina orang Melayu kerana kekurangan bukti dan kajian saintifik mengenainya selain hanya sekadar mampu menjadi hamba dan buruh bagi bangsa lain.

Teori ketiga dan paling popular dalam kalangan orang ramai, ialah "Teori Keluar dari Taiwan" yang berdasarkan teori lingustik dan bukti arkeologi. Teori ini mengatakan bahawa orang Melayu-Polynesian atau Astronesian atau rumpun Melayu berasal daripada Taiwan. Teori ini yang turut dikenali "Teori Kereta Api Ekpress ke Polynesia", mengatakan orang Melayu, telah keluar daripada Taiwan sejak 6,000 tahun dahulu, dan kemudiannya mereka bertebaran ke serata dunia.

Mereka dikatakan merantau dari Pulau Madagascar di Timur sehinggakan ke Pulau Easter di Barat, dan dari Jepun di utara sehinggakan ke New Zealand di selatan. Teori ini dipelopori oleh Peter Bellwood, seorang pakar lingustik dan disokong bukti arkeologi oleh Eusibio Dizon. Teori ini dikemukakan kepada dunia pada tahun 1997, dengan terbitnya buku The Austronesian oleh Peter Bellwood dan Eusibio Dizon.

Namun terdapat satu lagi teori yang telah dikemukakan 20 tahun lalu oleh pakar antropologi Profesor Wan Hashim Wan Teh dan pakar arkeologi Profesor Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman.

Bangsa teras
Menjadikan kajian ini lebih kukuh dan diterima sebagai paling tepat tentang asal usul Melayu ialah apabila beberapa sarjana Barat turut menyokong dapatan tersebut.

Dr. Steven Oppenheimer, pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos telah mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik bersetuju untuk mengatakan, orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda. Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan kajian mereka.

Lebih membanggakan orang Melayu itu bukan sahaja bangsa teras malah dikatakan Benua Sunda Melayu itu juga adalah benua tamadun Atlantis yang hilang.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Oppenheimer dalam bukunya bertajuk, Eden in the East, The Drowned Continent of Southeast Asia keluaran tahun 1999. Beliau yang juga tenaga pengajar di Universiti Oxford turut mengemukakan teori bahawa migrasi moyang kepada rumpun Melayu dari kabilah Negrito, Asli Semang dan Senoi adalah secara terus menerus dari benua Afrika melalui Timur Tengah ke benua Melayu Sunda.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Prof. Wan Hashim, Prof. Nik Hassan dan Zaharah Sulaiman dalam bukunya; Sejarah Tamadun Melayu, Asal Usul Melayu, Induknya di Benua Sunda, kedudukan Asia Tenggara kuno ketika Zaman Ais bukan seperti yang ada sekarang.

Malah Asia Tenggara kuno disatukan oleh Pentas Sunda yang menghubungkan Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Jawa, Borneo dan Filipina. Asia Tenggara ketika itu bercantum sebagai satu benua dengan tanah besar Asia dan Pentas Sahul yang menghubungkan Australia.

Dengan perairannya yang cetek dan mudah dilalui telah mewujudkan beberapa laluan penghijrahan bebas untuk manusia dan haiwan di tanah besar Asia atau apa yang dikenali pada hari ini sebagai Gugusan Kepulauan Melayu Nusantara.

Keluasan gugusan ini atau Benua Sunda dihitung dua kali lebih besar daripada Benua India. Laut Champa, Teluk Siam dan Laut Jawa ketika itu kering kontang menjadi dataran pelantar bagi menghubungkan beberapa bahagian benua tersebut.

Menurut Oppenheimer, di Benua Sunda inilah bermulanya tamadun manusia yang menyuburkan budaya-budaya hebat di China, India, Mesopotamia, Mesir dan Kepulauan Crete (Greek) kira-kira lebih 6,000 tahun lampau. Malah menurut Prof. Wan Hashim yang dipetik daripada kajian Da Silva, bangsa Melayu itu sudah wujud dan terbentuk pada 15,000 tahun Sebelum Masihi.

Maka di sini jelaslah bahawa bangsa Melayu itu bukan baharu tertubuh setelah penjajahan Barat. Atau bangsa Melayu itu hanya berpusat di Selat Melaka seperti yang didakwa oleh Anthony Reid yang sekali gus menolak "Teori Keluar Dari Taiwan" dan "Teori Dari New Guinea" yang menolak sama sekali kewujudan bangsa Melayu sebagai bangsa teras dan hanya sekadar bangsa 'menempel'.

Kajian ini turut menyimpulkan bahawa Benua Sunda Melayu ini terpisah akibat fenomena kejadian banjir magnitud besar. Akibat kejadian ini maka wujudlah kedudukan yang terdapat kini di Asia Tenggara. Malah menurut kajian Oppenheimer lagi kejadian banjir besar ini mencadangkan bahawa legenda purba Bandar Atlantis yang tenggelam itu adalah tinggalan Benua Melayu Sunda.

Apatah lagi tamadun awal di benua Sunda ini diibaratkan Eden in the East. Hal ini telah pertama kali dinyatakan oleh ahli falsafah terkenal Yunani, Plato dalam bukunya Timaeus and Critias. Beliau menyebut para penduduknya dianggap sebagai dewa atau superior tetapi telah lenyap dalam masa satu hari yang malang.

Beliau menyatakan bahawa telah berlaku berbagai kejadian letupan gunung berapi, gempa, banjir besar, pencairan ais yang menyebabkan permukaan bumi tenggelam. Dan bahagian bumi yang hilang ini disebut sebagai Atlantis. Antara lokasi yang dinyatakan sebagai Atlantis adalah di Laut Champa, utara Indonesia dan Laut Jawa.

Yang menjadi permasalahan utama adalah banyak penulisan tentang sejarah dan asal usul Melayu diterbitkan oleh bangsa asing. Mereka ini hanya menjalankan kajian berdasarkan pemahaman dari jauh dan rambang. Kemudian diberi kesimpulan dan spekulasi mengkategorikan Melayu yang berbilang suku kaum ini sebagai etnik berasingan tanpa fakta kukuh dan tiada kewajaran hipotesis dalam banyak hal.

Hakikatnya, sama ada mahu menerima realiti atau tidak kesemua mereka ini adalah sebangsa dari latar belakang rumpun yang tidak jauh beza. Dalam erti kata lain, Jawa itu Melayu, Siam itu Melayu, Moro itu Melayu, Minang itu Melayu, Dusun itu Melayu, Iban itu Melayu, Filipina itu Melayu dan Dayak itu Melayu.

Suku kaum kepada etnik bangsa Melayu adalah sebaka dan serumpun. Maka kita boleh simpulkan kesemua Melayu Asli (orang asal) ini sebenarnya tidak berasal dari Yunnan atau Taiwan. Sebaliknya orang Taiwan dan Yunnan itu sebahagian besarnya adalah berasal dari Asia Tenggara.

Akhir kata orang Melayu tidak perlu lagi malu dan berasa terasing dengan sejarahnya kerana telah terbukti kita adalah teras dan serumpun. Hanya orang luar yang memutarbelitkan sejarah.

 Oleh : Hafizahril Hamid

Thursday, November 3, 2016

Rahsia Rezeki

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

Allah S.W.T yang beri rezeki bukan makhluk...

Wednesday, November 2, 2016

Lelaki Malaysia Tak Gentleman?

“TAK tahu baca ya saudara? Ini koc wanita. Hendak sangat jadi wanita ke saudara?” Itu status seorang pemilik akaun Facebook yang saya baca baru-baru ini. Seorang wanita yang cukup bengang apabila koc wanita bagi perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ‘diceroboh’ lelaki.

Bagi kebanyakan wanita yang menggunakan tren itu untuk berulang-alik ke tempat kerja, pemandangan tersebut sudah jadi biasa. Biarpun dijeling-jeling, membeliakkan biji mata dan buat-buat batuk berdehem-dehem sampai hendak keluar anak tekak pun, lelaki yang masuk dan duduk dalam koc ini, selalunya buat muka selamba sahaja. Paling tidak pun, dia fikir wanita yang buat begitu, hendak mengurat dia.

Bila tren tiba, merekalah dulu yang berpusu-pusu ­masuk dalam koc itu, duduk sila panggung dengan rasa tidak bersalah. Pakai baju kemas, sihat, segak bergaya tetapi duduk dalam koc wanita yang sudah terang-terang tertera di luar koc berwarna merah jambu dan putih itu.

Dan diceritakan oleh seorang wanita kepada saya, semasa dia sedang menunggu bas ketika hujan sa­ngat lebat beberapa hari lalu, lelakilah yang kesemuanya duduk di ruang yang dalam. Takut sangat terkena tempias hujan sambil leka membelek-belek telefon pintar. Wanita-­wanita pula habis basah lencun kerana tiada lagi ruang untuk berteduh terpaksa berdiri di tepi-tepi tempat ­menunggu bas berkenaan.

Seringkali juga kita dapat lihat, ketika hendak membayar wang untuk mengisi petrol, ada ramai lelaki yang buat-buat tidak perasan atau sedar, terpotong barisan, sebab yang dipotong barisan itu giliran seorang wanita, kalau sesama lelaki, sudah tentu dia tidak berani. Takut pula kena sound.

Saya juga pernah berhadapan dengan beberapa kejadian seperti ini, semasa hendak mengambil troli barang di sebuah pasar raya, tidak semena-mena sahaja datang seorang lelaki terus menyorong troli yang saya hendak pegang itu, sedangkan troli lain ada banyak di hadapan. Dan ini membuatkan saya tertanya-tanya, adakah saya ini seorang halimunan yang tidak kelihatan di pandang­annya?

Dan hendak dijadikan cerita pula, troli yang direbutkan daripada saya itu, rupa-rupanya rosak, tidak dapat bergerak dengan betul. Akhirnya, dengan muka buat-buat garang, dia menukar troli berkenaan dan saya pun mengambil peluang tersebut saja-saja bertanya - “Rosak ya bang?” Dia hanya balas dengan senyum kelat tanpa memandang wajah saya.

Dalam bab-bab kerja di pejabat atau di mana-mana tempat kerja pun, ada juga lelaki yang membiarkan ­wanita membuat kerja lebih. Ada segelintir yang mengambil ­kesempatan dengan kerajinan dan kecekapan wanita berkenaan. Mereka mengakui kekuatan wanita yang telah merasai kesakitan melahirkan anak, menjaga anak siang malam, menjaga hal-hal rumahtangga, boleh berdikari dengan membuat pelbagai urusan harian, maka hal-hal kerja di pejabat ini, apalah sangat bagi wanita.

Itu saya belum sentuh lagi, bab-bab bagaimana wanita didera dari segi fizikal dan mental oleh suami atau pasang­an, dipukul, ditengking dan dimaki di khalayak ramai, wanita yang sudah bercerai pula dibiarkan menanggung segala keperluan menjaga anak-anak sendirian manakala bekas suami berkahwin lain dan tidak mahu ambil tahu apa-apa. Ada pula yang mengambil kesempatan menipu wanita untuk menanggung kehidupan mereka. Gentleman sangatkah perangai seperti itu?

Tulisan saya di sini bukan mahu mencungkil segala kelemahan lelaki. Bukan semua lelaki berperangai buruk begitu. Ramai lagi yang bertanggungjawab, rajin membantu, membimbing dan menunjukkan sikap seorang lelaki sejati. Tetapi itulah, ini adalah berdasarkan kejadian yang hari-hari kita boleh dilihat dan dengar ­ceritanya.

Jika tidak dapat melayan wanita, sama seperti me­layan seorang ibu, isteri atau kakak dan adik perem­puan, layanlah wanita sama seperti manusia lain yang ada hati, perasaan, kelemahan dan kekurangan.

Oleh : Fauziah Arof