nuffnang

Thursday, September 29, 2016

Tiada Istilah Perubatan Islam

Apa yang dimaksudkan dengan perubatan Islam dan adakah perubatan berdasarkan doa itu diiktiraf sebagai perubatan Islam?

Islam tidak menetapkan cara tertentu untuk diiktiraf sebagai perubatan Islam, sebaliknya apa sahaja sistem perubatan tidak bertentangan dengan syariat diterima dalam Islam.

Perubatan berdasarkan doa dan jampi (rukyah) adalah baik selagi jampi itu tidak syirik kepada Allah, maka ia boleh diamalkan. Ini berdasarkan kisah sahabat nabi yang membaca surah al-Fatihah kepada seorang dipatuk haiwan berbisa. Begitu juga terdapat pelbagai riwayat doa rukyah dalam riwayat hadis.

Manakala, perubatan moden berdasarkan kajian klinikal dan ilmu sains seperti di hospital dan klinik juga tidak bertentangan dengan Islam. Begitu juga perubatan herba dan sebagainya.

Secara ringkas, Islam menerima semua bentuk perubatan yang tidak bercanggah dengan Islam. Maka tidak sewajarnya nama perubatan Islam diletakkan pada satu jenis perubatan sahaja seolah-olah perubatan lain menyalahi syarak.

Justeru, tidak menjadi kesalahan dalam Islam untuk mencuba pelbagai jenis perubatan. Sebagai contoh, seorang doktor pakar dalam perubatan moden tidak salah baginya mencuba perubatan tradisional seperti urutan dan minuman herba.

Begitu juga tidak salah bagi seorang ustaz yang mengamalkan perubatan berasaskan rukyah menggunakan perubatan moden. Islam tidak menyempitkan kehidupan dengan satu sistem perubatan sahaja. Apa yang penting ialah kesihatan yang baik dan amalan perubatan tidak bertentangan dengan syariah. - utusan

Tuesday, September 27, 2016

Enam Hal yang Disukai Lelaki Selain Ungkapan Cinta

TIDAK seperti wanita, lelaki menganggap kata cinta tidak terlalu penting. Bagi mereka, tindakan lebih diperlukan daripada ucapan. Apabila anda meleleh saat dia mengucap kata cinta, sebaliknya lelaki tidak bertindak balas sama.

Mengutip dari Redbookmag, berikut beberapa perkara penting yang disukai lelaki selain ucapan cinta.

Perhatian yang tidak terbahagi
Terapi perkahwinan Mike Dow, PsyD berkata, ketika anda lebih sibuk dengan telefon bimbit daripada memerhatikannya, dia akan menganggap dirinya tidak penting bagi anda. Memberi perhatian seutuhnya lebih bermakna daripada ungkapan cinta.

Memasak menu kegemaran
"Pepatah yang menyatakan, cara terbaik menakluk hati lelaki adalah melalui perutnya 'memang ada benarnya," kata Dr Dow. Mengetahui makanan kegemarannya menunjukkan seberapa baik anda mengenalinya.

Merawat tubuh
Pola makan yang sihat, bersenam, dan mengelakkan stres menunjukkan anda ingin tampil prima di depannya. Ini seperti kalimat, "Aku ingin hidup lebih lama denganmu," ujar Dr Dow.

Memuji
"Pujian tulus pada penampilan dan kekuatannya mengesahkan bahawa anda mengagumi beliau dan ini setara dengan kata cinta," kata ahli psikologi klinikal Andra Brosh, PhD.

Memberinya waktu sendirian
Ketika wanita tidak ragu meminta masa untuk sendirian, lelaki kesulitan mendedahkannya secara verbal. Ia juga perlu bersenang-senang dengan teman, melakukan hobinya, atau hanya tidur tanpa diganggu. Memberinya waktu sendirian menandakan anda menyokong kebebasannya.

Berterima kasih pada hal kecil
Ucapan terima kasih apabila pasangan anda memandu kereta untuk menghantar atau ketika dia membantu mengelap meja selepas makan malam akan membuatnya merasa bahagia. "Sering kali kita lupa menghargai hal-hal kecil kerana terlalu sibuk," ungkap ahli terapi keluarga Carin Goldstein. Ucapan terima kasih yang tulus dapat memberi tenaga baik pada hubungan anda.

Sunday, September 25, 2016

Kisah Malam Pertama: Aduh Sakitnya Bang...!

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam pertama itu, tiba-tiba isterinya mengerang, “Adui.. Sakitnya bang… ! Suaminya lantas menenangkan isterinya, “Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu..” Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin. Isterinya teresak esak mengerang “… Sakitnya Bang”

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: “Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut.”

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: “Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! Cabut sekarang juga!” …

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: “Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?

Saturday, September 24, 2016

DAP Masih Gagal Tawan Jiwa Melayu

AKHBAR Oriental Daily News bertarikh 18 September 2016 memaparkan tulisan Chew Kwang Yew dalam ruangan Dalam Negeri mengenai kegagalan DAP ­menawan jiwa orang Melayu.

DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sosial sebagai teras kepada nilai-nilai seperti kebebasan, sama rata, liberalisasi, menjaga hak wanita dan lain-lain.

Namun, masih wujud banyak perbezaan ketara, bukan kerana DAP terlalu agresif mahupun terlalu mengamalkan politik progresif yang pada dasarnya menentang orang Melayu sebaliknya keseluruhan masyarakat Melayu begitu konservatif (tertutup) sementara UMNO dan Pas sering memburuk-burukkan DAP.

Cubaan DAP menaikkan nama mereka memang sudah dijangka menakutkan orang Melayu kerana selama ini minda masyarakat Melayu telah dicuci oleh UMNO se­hingga mereka menganggap sayap kiri itu pastinya komunis. Ini bermakna komunis tidak ada agama, parti Cina berhaluan kiri mengikut telunjuk komunis tanah besar China, menentang raja-raja Melayu, menentang hak istimewa orang Melayu dan sebuah parti fanatik.

DAP amat gerun apabila dilabelkan seperti itu se­hinggakan mesyuarat majlis parti sosialis rantau Asia di Kuala Lumpur pada 1999 diadakan secara senyap tanpa pengetahuan pihak media tetapi berjaya dihebahkan ­akhbar Utusan Malaysia ketika itu.

Selama ini mereka tidak mengharapkan sokongan daripada golongan atasan tetapi DAP kini berdepan dengan emosi yang kuat dalam tuntutan sama rata antara kaum.

Emosi ini dalam masyarakat Cina telah merentasi sempadan golongan atasan bermula dari kampung-kampung baharu Cina sehingga ke kota metropolitan tanpa ­mengira apa dialek pertuturan mereka, tidak kira dari pelosok mana, semuanya membawa semangat mahu menentang UMNO yang dikatakan diktator dan cuba mengasimilasikan kaum lain.

Orang Melayu amat takut kepada DAP kerana budaya, agama, kaum dan sejarah telah diselewengkan oleh UMNO. Sebenarnya DAP tidak condong ke kiri dan juga amat jarang timbul isu sosialis, langsung tidak agresif.

Perjuangan DAP sebenarnya sangat liberal, mereka ­kemukakan hak asasi manusia, sama rata, kebebasan ­media, sistem masyarakat bebas, pendidikan bebas, ­pilihan raya secara adil dan lain-lain.

DAP sebenarnya langsung tidak mampu mencapai apa yang disebut ‘liberalisme sosial’ tetapi orang Melayu masih tetap takut kepada DAP.

Sumber : utusan

Sunday, September 18, 2016

Kajian Buktikan Cina Memang Rasis Di Dunia?

World Value Survey baru-baru ini memaparkan hasil tinjauan mengenai sikap sosial penduduk di 80 buah negara berdasarkan penilaian yang dibuat selama lebih tiga dekad. Utusan Malaysia memetik tinjauan tersebut yang antara lain menunjukkan bahawa kaum Cina, terutamanya di Hong Kong merupakan kaum paling rasis di mana 71.8% dari mereka enggan tinggal bersebelahan dengan bangsa lain.

Dalam pada itu, Malaysia pula mencatatkan 20% – 39.9% penduduk dengan sikap yang sama iaitu kurang toleransi dalam perkauman. Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa kedudukan Malaysia ini diperolehi kerana 23% dari penduduk negara ini adalah kaum Cina.

Hasil tinjauan World Value Survey sebenarnya menepati pemerhatian secara rambang dan rawak berkenaan sikap kaum Cina di mana-mana sahaja.

Di Malaysia adalah yang paling jelas kerana jangankan berjiran dengan kaum lain, kaum Cina di sini juga berkeras dan berdegil untuk terus mengasingkan anak-anak mereka dari kaum lain melalui Sekolah Vernakular. Ini adalah bukti paling kukuh bahawa kaum Cina tidak punya toleransi, enggan berinteraksi serta menolak sebarang bentuk perpaduan dengan kaum lain.

Bukti lain pula boleh dilihat dari aktiviti ekonomi negara ini yang mana dikuasai kaum Cina.

Bukan rahsia bahawa syarikat-syarikat swasta yang diterajui Cina menjadikan ‘kaum’ sebagai faktor utama dalam mencari pekerja. Ini dilakukan dengan meletakkan bahasa ibunda mereka sebagai kelayakan penting untuk bekerja di tempat mereka dan di masa yang sama mengenepikan terus bahasa kebangsaan. Dengan cara ini, mereka akan dapat menghadkan pekerja kepada kaum mereka sahaja.

Alasan kononnya bahasa Mandarin adalah penting di dalam dunia hari ini adalah alasan paling dangkal kerana terbukti Singapura yang menjadi kiblat orang Cina Malaysia juga langsung tidak mengiktiraf Mandarin. Malah negara itu meletakkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan ekonomi Singapura tetap berkembang maju. Singapura juga tidak ada sekolah Cina untuk tujuan ‘memelihara’ budaya Cina.

Namun, itu tidak bermakna Cina Singapura tidak turut berkongsi sikap perkauman saudara mereka di seberang sini. Satu-satunya sebab kenapa Singapura tidak mendirikan sekolah Cina atau menjulang Mandarin sebagai bahasa utama ialah kerana di Singapura, kaum Cina sudah punya kuasa mutlak.

Ini menjelaskan sikap sebenar kaum Cina secara keseluruhan iaitu mereka bukannya begitu berminat untuk memelihara budaya atau bahasa mereka, tetapi yang menjadi tonggak hidup mereka hanyalah soal ‘kaum’ iaitu dari segi kedudukan atau kuasa kaum mereka.

Alasan memelihara budaya hanyalah untuk menutup agenda dan sikap rasis mereka.

Oleh itu, kita lihat di dalam perniagaan juga sama di mana kaum Cina tidak akan sekali-kali membenarkan kaum lain menyaingi mereka secara sihat. Beberapa kali mereka dikesan mengsabotaj usahawan Melayu secara halus walaupun pada hakikatnya, kaum Melayu tidak pernah menyoal monopoli mereka selama ini. Malah, mereka juga akan menuduh kerajaan sebagai rasis jika sesuatu projek dianugerahkan kepada syarikat Melayu, walaupun terdapat lebih ramai dari kaum mereka yang telah mendapat peluang yang sama.

Buruknya sikap kaum ini ialah mereka menjerit-jeritkan inginkan saingan sihat tetapi mereka juga akan pantas mengecam dan menghalang segala usaha ke arah mewujudkan saingan yang sihat itu.

Ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja rasis, tetapi hipokrit dan penindas.

Secara ringkasnya, kaum Cina sebenarnya tidak akan berpuas hati selagi tidak berada di tempat teratas. Apabila mereka berhijrah ke mana-mana negara, termasuk negara barat, perkara pertama yang mereka lakukan ialah mewujudkan ‘kawasan’ mereka sendiri yang dipanggil China Town. Kedai-kedai di China Town tidak akan memberi peluang pekerjaan kepada kaum lain kerana ingin benar-benar hidup dalam kelompok mereka sendiri, berasingan dari kaum asal dan kaum-kaum pendatang lain. Dari situ mereka membentuk ‘kuasa’ sendiri melalui kongsi-kongsi gelap serta bersikap samseng dan tidak menghormati ‘orang luar’ walaupun hakikatnya merekalah ‘orang luar’ itu.

Bagi mereka yang pernah bekerja atau berurusan dengan syarikat dari negara China, pasti tahu bahawa kaum Cina amat sukar melafazkan ‘maaf’ atau ‘terima kasih’ walaupun kepada pelanggan sendiri.

Dan inilah sikap semulajadi Cina iaitu ‘keras’ – tiada toleransi, tidak hormat dan tidak prihatin pada orang lain. Sikap ini masih berakar umbi jauh ke dalam jiwa dan minda kaum Cina walaupun mereka telah lama meninggalkan tanah asal mereka. Cuma kadangkala sikap itu sukar dilihat kerana telah sedikit terpengaruh dengan budaya kaum lain. Namun, hari ini, sikap ‘keras’ kaum Cina ini kembali menyerlah di dalam generasi Cina Malaysia hari ini akibat pergaulan mereka yang terhad di SJKC.

Kesimpulannya, kaum Cina adalah punca ketegangan kaum di Malaysia dan di mana-mana jua. Mereka mungkin kelihatan ‘normal’ dalam kumpulan kecil, tetapi apabila mereka ramai, mereka akan menimbulkan ketidakselesaan dan keresahan dalam masyarakat akibat sikap mereka yang ‘keras’ dan sukar serta enggan bergaul dengan kaum lain.

Oleh : Daengselili

Friday, September 16, 2016

Handphone dan Rumah Allah

SYEIKH Nuruddin Albanjari dalam sebuah ceramahnya pernah memberi soalan kepada para jamaahnya.

"Kenapa tidak ada seorang pun pemain bola sepak yang membawa handphone mereka masuk padang ketika bertanding?" Jamaah terdiam, tidak ada satu pun yang menjawab. Kemudian Syeikh melanjutkan.

"Sebab tidak ada kepentingan. Mereka hanya perlu fokus pada permainan mereka. "

Jadi kenapa kita perlu membawa handphone ketika masuk ke rumah Allah atau Masjid? Adakah padang bola itu lebih mulia daripada masjid? Adakah bermain bola itu perlu lebih fokus atau khusyuk daripada solat?

Mulai sekarang, belajarlah. Belajarlah untuk tidak menyibukkan diri dengan handphone, netbook, dan laptop dalam rumah Allah, kerana tiada urusan yang lebih penting daripada urusan kita dengan Allah.

"Jaga adab kita dengan Allah."

Syeikh Abdurrahman Assudais, Imam Mesjidil Haram, di suatu masa ketika mengimamkan solat di depan Kaabah, beliau mendengar suara alunan muzik dari salah satu handphone milik seorang jemaah yang turut bersolat dibelakangnya.

Setelah selesai solat beliau bangkit sambil menangis, ia berkata kepada jamaah solat,

"Saya belum pernah mendengar muzik di rumah saya, tetapi hari ini saya mendengar muzik di rumah Allah".

Sumber : www.islampos.com

Thursday, September 15, 2016

Tiga Kesalahan Popular Wanita Saat Berhubungan Intim

ATAS pelbagai alasan, banyak pasangan sering kali melakukan kesalahan saat bercinta. Inilah beberapa kesalahan yang umumnya dilakukan wanita.
Semasa bercinta, wanita kerap bersikap malu-malu di hadapan pasangannya. Tak hanya itu, pelbagai kesalahan pun seringkali mereka lakukan. Hal itu tidak saja membuat hubungan intim berkurang kenikmatannya, tetapi juga menciptakan ketidakselesaan.

Untuk mengurangkan gangguan tersebut, kenali beberapa kesalahan berikut ini sehingga sesi bercinta berjalan lancar.

Kebimbangan ketidaksempurnaan diri
Wanita seringkali memikirkan ketidaksempurnaan yang dimilikinya. Padahal, permasalahan tersebut tak menjadi fikiran lelaki. Realitinya ketika seks terjadi, kewujudan selulit yang menyeramkan pun tak akan mengganggu ghairah lelaki. Sayangnya, wanita terlalu merisaukan hal tersebut sehingga membuat ketidakselesaan bercinta. Untuk itu, belajarlah untuk melepaskan kekurangan tersebut. Jauhkan rasa malu dan suntikkan percaya diri anda di hadapan pasangan.

Kurangnya kepelbagaian
Wanita seringkali selesa dengan apa yang menjadi kebiasaannya, begitu pun dengan aksi di ranjang. Padahal, membuat kepelbagaian boleh menjadi rencah kehidupan seksual anda dan pasangan. Sayangnya, wanita cenderung enggan cuba hal-hal baru yang sesungguhnya dapat menciptakan kenikmatan besar. Jadi, kenapa tak cuba aksi baru agar keintiman anda lebih panas.

Bersikap pasif
Selain tenggelam dalam keselesaan, wanita seringkali malas mengambil peranan ketika sesi bercinta berlangsung. Seringkalinya, wanita menganggap jika seks hanyalah kerja-kerja rumah yang biasa-biasa dilakukan sehingga tidak ada sesuatu yang istimewa untuk dilakukan dan membuat mereka enggan berlaku aktif memberi tindakbalas gerakan seksual pasangan.

Anonymous

Tuesday, September 6, 2016

Keris Jiwa Melayu Dan Nusantara

MATI dihunus keris adalah mati yang menyeksakan.

Hang Jebat mati setelah beberapa hari menahan sakit kerana tusukan keris milik Hang Tuah. Tubuh badannya menjadi semakin lemah dan tidak bermaya, sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir kerana luka tersebut.

Ini kerana tikaman daripada sebilah keris tidak akan membunuh secara terus, sebaliknya akan mengambil masa berjam-jam, hari malah sehingga berbulan lamanya sebelum mangsa mengakhiri nyawanya.

Apa yang menjadikan senjata yang lahir dari alam Melayu Nusantara, keris sebagai sebilah besi yang cukup hebat?

Jawapannya, keris bukan sekadar besi. Ia memiliki jiwa dan karakter serta falsafah tersendiri. Daripada proses pembuatannya, sehinggalah kepada pemilikannya, keris lahir dari alam Melayu Nusantara yang memiliki keunikan dan misteri.

Pada mata masyarakat barat, senjata seperti keris memiliki nilai hanya apabila memiliki rupa bentuk dan fizikal yang cantik sahaja.

Namun, bagi dunia Melayu dan Nusantara, keris memiliki harga yang lebih tinggi. Makna sebilah keris bagi dunia Melayu terletak pada pemikiran, falsafah dan nilai kepercayaan yang ada pada ‘karya’ itu.

Justeru, memiliki keris bagi masyarakat di Nusantara bukan hanya memiliki sesuatu yang berfizikal cantik semata-mata. Ia adalah lambang dan simbol ketinggian masyarakat Melayu.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Drs. Izani Mat Il, pembuatan keris di Nusantara sering dikaitkan dengan kepercayaan, perasaan dan pancaindera masyarakat penggunanya.

“Masyarakat Nusantara zaman dahulu menggunakan perasaan dalam menilai keris. Mereka membezakan berbagai-bagai jenis besi dengan cara mengamati, mendengar bunyinya bila dijentik, dengan merabanya dan menggunakan perasaan hati. Oleh kerana itulah, ilmu besi tradisional ini sukar dipelajari dan sukar juga dibuat catatannya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Izani berkata, jika dikaji pembuatan keris di Jawa, terdapat 17 bahan logam yang mempunyai ‘khasiat’ tersendiri terhadap pemakainya digunakan dalam proses pembuatan sebilah keris.

Sebagai contoh, Pulasani adalah besi yang mempunyai urat-urat seperti batu, berwarna hijau pekat dan mempunyai bunyi bergema apabila dijentik. Pemakai besi jenis ini dikatakan membawa rezeki dan darjat serta amat baik untuk dijadikan bahan pusaka.

Namun, perkara yang paling penting perlu ada pada sebilah keris adalah sejenis campuran besi yang dipanggil ‘pamor’. Pamor pada keris terhasil semasa proses pembuatan senjata itu. Ia terbentuk daripada perbezaan jenis besi yang digunakan dalam teknik pembuatan mata keris.

Beliau berkata, keris pada zaman dahulu kebiasaannya akan disalut dengan bahan arsenik atau digelar ‘warangan’ dalam bahasa Jawa. Bahan itulah yang akan menyebabkan lawan menderita bagi tempoh lama setelah terkena tusukan atau tikaman keris. Mengikut logik, itu apa yang berlaku pada Hang Jebat. - utusan

Monday, September 5, 2016

Adat Tradisi Yang Masih Diamalkan

KUNJUNGAN penulis ke Kampung Sungai Manik, Teluk Intan, Perak memberi pandangan berbeza terhadap penduduk kampung itu.

Rata-rata penduduknya berasal dari suku Banjar yang datang dari wilayah Kalimantan Selatan pada abad ke-19. Namun sesuatu yang mengujakan penulis adalah kebanyakan penduduk kampung itu dan sekitarnya yang didiami suku Banjar masih mengamalkan adat dan budaya sejak turun temurun itu sehingga ke hari ini.

Menurut isteri kepada Ketua Kampung Permatang, Parit 7 Sungai Manik, Noor Zaharah Zainuddin, 53, antara adat yang masih dapat dilihat diamalkan oleh suku Banjar di Kampung Sungai Manik adalah tradisi ‘bapukong’.

Sekilas pandang, ramai yang akan menganggap tradisi bapukong itu kelihatan seperti suatu perbuatan mendera bayi tetapi sebenarnya, ia bukan seperti disangka.

Katanya, adat bapukong dilakukan oleh ibu bapa untuk menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Ia biasanya dilakukan ketika ibu bapa mereka mahu melakukan aktiviti atau kerja di bendang sambil menjaga bayi yang masih kecil.

“Bayi tersebut diletakkan di dalam buai dalam keadaan seolah-olah duduk dan satu kain akan digunakan untuk melilit di bahagian leher bayi itu agar dia dapat duduk dengan tegak. Dengan cara itu, bayi akan tidur nyenyak dan ibu atau bapa boleh melakukan kerja dengan tenang.

“Biasanya ibu bapa yang mengerjakan sawah padi perlu menidurkan bayi agar mereka boleh melakukan kerja. Jadi, inilah antara cara yang digunakan untuk mengasuh bayi itu agar dia tidak mengganggu tugas mereka,” katanya.

Lebih menarik, rata-rata penduduk suku Banjar di situ masih bertutur menggunakan bahasa Banjar. Bukan sahaja orang-orang tua, generasi muda juga bertutur menggunakan bahasa Banjar.

Menurut Noor Zaharah, generasi muda yang menetap bersama keluarga mereka di kampung itu fasih berbahasa Banjar, selain berasa bangga kerana masih mampu mengekalkan bahasa itu.

Begitu juga dengan Saniah Md. Yusof, 65, yang berasal dari Sekinchan, Selangor namun menetap bersama anak-anaknya di Sungai Buloh, Selangor. Katanya, dia masih lagi bertutur bahasa suku itu dengan anaknya di rumah.

“Anak-anak juga tidak kekok bertutur dengan saya. Mereka masih boleh memahaminya,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak kekok malah mahu terus mengekalkan penggunaan bahasa itu, selain tradisi-tradisi lain yang menjadi kebanggaan suku Banjar.

Adat dan tradisi masyarakat Banjar terlalu banyak untuk disenaraikan, namun kesemuanya mempunyai ciri-ciri menarik dan ada keistimewaan tersendiri. Antara adat yang masih dapat dilihat sehingga hari ini termasuklah adat perkahwinan, adat membuai bayi, adat wanita mengandung dan adat upacara kematian.

Malah, ada adat-adat itu hampir serupa dengan adat masyarakat suku lain seperti Jawa dan sebagainya.

Adat tradisi yang masih diamalkan -  utusan

Saturday, September 3, 2016

Tujuh Fakta Dan Mitos Tentang Mr. P

Dua orang pengkaji seks dari laman The Daily Dot, EJ Dickson dan Nico Lang merampaikan tujuh fakta dan mitos tentang saiz alat sulit lelaki.

Saiz besar? Tak sanggup..
Lang berpendapat, alat sulit lelaki yang sebesar sembilan inci adalah ibarat kereta berperisai.
Namun beliau sendiri tidak sanggup membuat hubungan seks dengan individu seperti itu, katanya.

"Ia cantik untuk dilihat, tetapi jika ada lelaki memikirkan yang mereka boleh memarkirnya di garaj saya, dia gila," katanya dengan berkias.

Katanya, lelaki yang memiliki "kereta perisai besar" tidak semestinya mampu mengendalikan alat tersebut dengan baik.

Wanita suka saiz sesuai..
Menurut Lang, kajian Australian National University menunjukkan wanita lebih menyukai saiz alat sulit lelaki yang sesuai mengikut ketinggian badan.

Lelaki rendah dengan alat sulit yang besar dan panjang dianggap tidak menarik oleh sekumpulan wanita yang menjadi subjek kajian itu, katanya.

Tidak perlu saiz besar
Pengkaji itu menyebut, fantasi ke atas saiz yang besar berpunca daripada pengaruh pornografi.

Menurut mereka, fantasi tidak perlu menjadi realiti kerana ia ibarat mengharapkan semua wanita adalah seksi.

Harapan terlalu tinggi..
Wanita akan kecewa jika berharap agar lelaki yang mempunyai alat sulit besar mempunyai prestasi luar biasa di ranjang.

Seks bukan hanya untuk penetrasi..
Menurut mereka, hanya 25 peratus wanita mampu mencapai orgasme menerusi rangsangan faraj.
Justeru, wanita kebiasaannya memerlukan rangsangan lain untuk memperolehi rangsangan di luar faraj.

Saiz besar akan menyakitkan
Bukan semua perempuan mahu mengadakan hubungan badan dengan lelaki yang beralat sulit besar.
Mereka memberi amaran, ia akan menyebabkan golongan wanita akan berasa sakit.

Pilihan berkurangan
Kajian menunjukkan saiz purata alat sulit apabila tegang adalah di antara 8.0 dan 11.0 cm

Golongan wanita akan hilang peluang untuk bertemu lebih ramai lelaki jika mengkhususkan untuk mengadakan hubungan badan dengan pasangan yang mempunyai alat sulit bersaiz 15cm ke atas sahaja.

Friday, September 2, 2016

Identiti Malaysia Semakin Pupus

Malaysia berhadapan krisis identiti yang serius jika negara terus menerus membenarkan pemikiran dan mentaliti rakyat dijajah dengan mengagungkan budaya luar berbanding peradaban tempatan dalam kehidupan harian.

Dekan Fakulti Ekologi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Zaid Ahmad berkata, keadaan sekarang jelas mencerminkan masyarakat di Malaysia lebih memilih untuk mengangkat ideologi Barat yang kononnya lebih komersial dan menolak imej Malaysia sedikit demi sedikit.

“Kita sudah merdeka lebih setengah abad, tapi sayangnya pemikiran kita masih dijajah. Lihat sahaja nama tempat, jalan, bangunan atau projek perumahan yang baru membangun, kebanyakannya menggunakan nama dan istilah Inggeris, Perancis atau negara Eropah lain.


“Apa sebenarnya yang kita cuba buktikan. Kemajuan hari ini bukan satu alasan untuk kita mengenepikan identiti ketimuran kerana untuk membina peradaban kita, maka identiti itu tidak seharusnya dihapuskan tetapi didaulatkan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Menurut beliau, isu penamaan tempat yang menjurus ke arah kebaratan bukan suatu perkara baharu tetapi masalah itu masih berlaku kerana sikap kurang mementingkan nilai-nilai keMalaysiaan serta komitmen dan kesungguhan politik yang tidak berterusan.

Jelasnya, ada sesetengah pihak yang menganggap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu tiada nilai glamor dan perlu digantikan dengan bahasa lain bagi memberi nilai tambah kepada harga pasaran.

“Kita tidak menolak arus pembangunan, seperti di Jepun mereka tidak pula memilih nama-nama Barat untuk melambangkan kemajuan mereka. Namun di sini, ada sahaja nama-nama pelik digunakan untuk projek perumahan atau tempat baharu.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya amat sedih jika tiada tindakan sewajarnya diambil bagi menangani isu ini. Perlu ada penguatkuasaan yang lebih ketat daripada pihak berwajib sebelum meluluskan sebarang penggunaan istilah atau nama yang tidak melambangkan jati diri kita,” jelasnya. - utusan

Thursday, September 1, 2016

7 Cara Merayu Wanita

Siapa yang tidak ingin mempunyai pasangan. Kebanyakan para lelaki melakukan rayuan hanya sebatas itu-itu saja. Rayuan yang sudah lama pun selalu digunakan, sehingga para wanita cepat bosan mendengarnya. Berikut 7 cara merayu wanita, apabila ini dilaksanakan, mudah-mudahan matlamat anda akan tercapai.

1. Tatapan Mata
Ketahui tatapan dan berjalan matanya ketika berbicara, Apabila dia memandang ke kanan atas bererti sedang berfikir tentang masa depan begitupun sebaliknya apabila memandang ke kiri bawah, masa lalulah yang sedang menjadi fikirannya.

2. Santai
Jangan terlalu memaksa buat mengajaknya bicara, apabila tiba-tiba dia harus pergi, kamu tidak perlu terlalu terkejut dan melompat sambil berkata "Ok..Okay .. sehingga bertemu lagi ya .." namun santai saja dan katakan "Senang sekali berbicara bersama kamu, bila kita boleh berbual lagi ya? Ok .. byee ..

3. Bercanda
Lemparkan humor atau jenaka ringan, lelucon dapat menghangatkan suasana, atau jika kamu melihat lelaki itu agak pintar .. kamu sebaiknya pura-pura bodoh dan selalu perhatikan ucapannya sambil mengangguk-angguk, si lelaki akan berfikir anda adalah pendengar yang penuh pengertian.

4. Jangan Berbohong
Perlihatkan dan pastikan bahawa kamu menguasai apa yang kamu ucapkan, jangan cuba-cuba bercerita yang bukan dirimu atau terlalu kamu lebih-lebihkan. Elakkan kata "aku" yang terlalu sering. Perbanyaklah kata "ooohh gitu ya .." atau "hmmm .. kamu betul .." Kalau kamu tergelincir dengan kata-kata yang memerangkap, alihkan itu dengan jenaka dan jadikan satu jenaka baru dari keadaan tersebut. Tak perlu stress namun smart and fun.

5. Percaya Diri
Cuba mula melakukan perbincangan dengannya, bicara dengan penuh percaya diri, tetapi jangan cuba berlagak pintar, serba tahu....biasa aja dulu. Mungkin awal percaya diri kamu palsu namun dia akan bertindak balas terhadap kamu secara semulajadi

6. Tumpuan
Duduk dekat dengannya dan jaga jarak kira-kira 2 kerusi, jangan menatap dari leher ke bawah, tapi cuba tatap mulutnya yang sedang bercakap.

7. Serius
Jangan terlalu sering bergurau perhatikan apabila lelucon kamu di balas dengan senyuman palsu. apabila dia tersenyum tanpa menggerakkan otot-otot pada matanya dengan jelas bermakna itu palsu - Anonymous