nuffnang

Tuesday, August 30, 2016

Merdeka....Inikah Yang Kita Mahukan

Kuala Lumpur Bakal Kota Pelacuran Nombor 1 Dunia?
APA yang pasti, Kuala Lumpur makin hampir menjadi kota pelacuran nombor satu dunia tidak lama lagi.

Fakta menceritakannya.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.

Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya Kuala Lumpur tidak menjadi bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim melahirkan kekesalan dengan menyifatkan, cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara.

Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam melahirkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka ruang menambah lesen rumah urut sedia ada.

Bukan rahsia, lesen rumah urut disalah guna dengan berfunsgi sebagai tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi rahsia terbuka mengenai operasi kumpulan jenayah terancang di sebalik kegiatan rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

“Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiarkan bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan. Selain pusat urut haram, rumah urut berlesen sedia ada turut cenderung menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Mapim juga melahirkan rasa khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini kerana ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Selain mendesak DBKL tidak menambah lesen rumah urut serta melahirkan kekesalan berikutan kegagalan menangani pusat pelacuran haram, Mapim menyindir agar lesen rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia olehpihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Tuesday, August 23, 2016

Kenapa Susah Sangat Nak Faham?

BANYAK perkara sebenarnya boleh jadi mudah jika kita memahami kesusahan orang lain atau sekurang-kurangnya mencuba. Kalau kita mahu orang lain faham akan kesusahan atau masalah kita, begitu juga dengan orang lain.

Bukan kita saja yang mahu hidup di dalam dunia ini dan bukan kita seorang juga yang menghuni dunia ini.

Betul, setiap daripada kita melalui jalan hidup dan ujian yang berbeza. Maka, ada waktunya kita dilihat begitu sukar untuk memahami kesusahan orang lain, selain hanya mahu orang lain faham apa yang kita lalui.

Tanpa disedari, itu menjadikan kita hanya memen­tingkan diri sendiri tetapi kita akan beria-ia menafikannya atau marah apabila dikata begitu.

Justeru yang tidak faham atau tidak mahu cuba faham kesusahan orang lain, sebenarnya senang saja mencari kata-kata mudah. Kena positif, bersabar atau reda. Tetapi bila kena pada diri sendiri, hilang semua kata-kata hikmah kena positif, sabar dan reda itu. Menggelabahnya berlebih-lebih pula.

Bercakap perkara-perkara yang positif atau mengeluarkan kata-kata motivasi, selalunya memang mudah, tapi tak semudah untuk melaksanakannya, apa lagi ketika melalui waktu-waktu sukar.

Saya katakan semua ini berdasarkan apa yang berlaku sekeliling kita. Hari-hari kita melalui dan melihat macam-macam hal.

Tidak kira di tempat kerja, di rumah, hubungan dengan majikan, keluarga, kawan-kawan atau dalam masyarakat sekali pun, boleh saja menjadi konflik jika kita tidak ada sikap untuk cuba memahami kesusahan atau masalah orang lain.

Bila kita tahu, ada keluarga yang susah, hendak beri makan anak-anak pun payah sehinggakan hari-hari terpaksa beri makan nasi dengan kicap, ada antara kita yang sanggup berkata: “Itulah dulu tidak belajar tinggi-tinggi atau dah tahu susah beranak ramai juga atau duit gaji tu jimatlah kalau dah tahu susah.”

Ini adalah antara kata-kata yang saya sering dengar atau baca apabila kesusahan atau kemiskinan sesebuah keluarga itu dibincangkan di sekeliling saya atau dipaparkan dalam media sosial.

Baru-baru ini saya ada terbaca berita dalam media sosial mengenai sebuah keluarga yang susah. Ada beberapa komen mempertikaikan kenapa dalam gambar keluarga itu ada peti televisyen jika betul-betul susah. “Beli tv mampu pula.” Walhal televisyen itu bukan baharu, jenis lama, televisyen kotak yang kecil.

Begitulah sebahagian daripada kita mentakrifkan kesusahan orang. Asalkan ada televisyen, peti sejuk atau boleh pakai telefon pintar, itu dah dikira orang se­nang apa lagi yang ada kereta sendiri. Walhal orang yang termasuk dalam kategori kemiskinan bandar, punya semua itu.

Terfikir dalam kepala saya ramai sebenarnya yang mengambil sikap tidak peduli kerana yang susah itu bukan dia, keluarga atau saudara mara dia.

Yang lebih difikirkan hanya masalah atau isu-isu berbangkit yang membabitkan diri sendiri dan hal-hal orang lain, pandai-pandailah selesaikan dan bawa diri sendiri.

Inilah konflik yang sering berlaku yang mana yang susah semakin hidup tertekan dan yang senang pula hanya mengharapkan pengertian dan sokongan daripada orang sekeliling apabila dia berada dalam masalah.

Kadang-kadang yang susah itu bukannya mengharap­kan pertolongan sangat pun, cukup dengan memahami, itu pun boleh melegakan fikiran yang berserabut! Kenapa susah sangat hendak faham?

Oleh : Fauziah Arof

Monday, August 22, 2016

Ini Tandanya Suami sudah 'Puas' di Ranjang

Sebagai seorang isteri, perempuan pasti kerap bertanya-tanya, 'Apakah saya sudah melayani suami dengan baik di ranjang? "

Untuk mengetahuinya sekaligus menjadi muhasabah diri, berikut adalah tanda-tanda bahawa suami bahagia atau sudah merasa puas bercinta dengan anda.

1. Ia mengepalkan kaki dan tangannya.
Bentuk fizikal bila lelaki merasa puas yakni ia biasanya akan mengepalan tangan dan kakinya. Jika anda melihat suami melakukannya, itu bererti tindakan anda di ranjang sudah membuatnya senang.

2. Ia ingin melakukannya lagi
Bila anda memang telah membuatnya terbuai, lelaki pasti akan merasa ketagihan. Hanya dengan membayangkan aksi anda, ia sudah merasa tidak sabar dan ingin merasakannya kembali.

3. Ia jadi genit
Tanda lain, suami tidak boleh berhenti memikirkan seks sehingga ia kerap kali berkelakuan genit terhadap anda. Hal itu tidak lain kerana mereka ingin merasakannya lagi.

4. Ia sering menyentuh anda
Lelaki yang jatuh pada belaian anda biasanya akan mengekspresikan perasaannya melalui sentuhan. Ia akan sering menyentuh bahkan membelai anda.

5. Ia akan mendedahkan kekaguman pada anda
Lelaki memang lebih terus terang. Maka itu, mereka tidak akan segan-segan menyatakan kekaguman beliau terhadap tindakan anda. Dengan kata lain, ia ingin anda mempertahankannya untuk hubungan seks selanjutnya.

6. Ia ingin mencuba gaya baru
Secara semula jadi, lelaki adalah peribadi yang kompetitif. Jika anda berjaya membuatnya melayang, ia tidak akan mau kalah. Lelaki biasanya akan merasa tercabar dan ingin mendalami dengan gaya baru. Meski begitu, itu bermakna suami ingin memuaskan anda juga.

Anonymous

Friday, August 19, 2016

Kegagalan UMNO....!

Agenda negara yang bercelaru
Semakin negara bergerak maju, semakin kuat warganya berpegang kepada agenda negara, agar semangat patriotisme semakin tinggi bagi menghadapi ancaman luar. Ini tidak, makin bercelaru, perkara berkaitan agenda dan identiti negara mahu dicairkan. Kalau boleh, mahu ditiadakan langsung, hanya kerana ia berkaitan bahasa dan agama negara iaitu Melayu dan Islam.

Sepatutnya kedua agenda negara ini mesti difahami dan dihayati oleh semua, tanpa berkecuali. Peliknya, sudahlah ia tidak dikuasai, malah diperlekehkan dan dipersendakan. Ke manakah arah tuju kita? atau sekadar mahu mengekalkan kedudukan dan kuasa?

Lihat RUU355, ultra kiasu amat bersatu, mahu mengumpulkan sejuta tandatangan, walaupun jawapan telah diberikan oleh pihak kerajaan bahawa ia hanya bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah, bukannya hudud. Tetapi terus ditentang. Kenapa? Kerana mereka takut perniagaan haram mereka terjejas.

Dalam bidang seni pula, ada segelintir anak seni mempertikaikan keputusan Festival Filem Malaysia ke 28 untuk mengkategorikan Filem berasaskan bahasa iaitu kategori Melayu dan Bukan Melayu. Ultra kiasu mengambil kesempatan ini, bersatu menentang, akhirnya kerajaan tunduk.

Lebih pelik lagi, Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA), mahukan Kementerian Pendidikan mewujudkan subjek ‘interfaith understanding’ bagi membolehkan para pelajar sekolah lebih memahami dan menghormati pelbagai fahaman agama di negara ini. Siapa yang patut memahami siapa? Minoriti memahami majoriti atau majoriti memahami minoriti?

Sangat memeranjatkan apabila Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan mencadangkan agar Sekolah Kebangsaan (SK) dicairkan identiti Melayu dan Islam bagi menarik perhatian pelajar bukan Melayu. SK pada hari ini dikatakan terlalu kemelayuan dan keislaman sehingga pelajar bukan Melayu dan orang Melayu sendiri tidak berminat untuk bersekolah di sana. Peratus pelajar bukan Melayu bagi SK hanya naik 4% manakala pelajar Melayu SJKC meningkat 18%. SJKC menggantikan SK dalam 10 tahun lagi.
Peliknya, SJKC/T tidak pula dinasihatkan untuk dicairkan sedikit kecinaan dan keindiaannya agar lebih menghayati falsafah pendidikan kebangsaan dan agenda negara.

Pendek kata, ultra kiasu ini mahukan identiti kebangsaan dicairkan, manakala identiti mereka semakin mencengkam. Patutkah pemikiran agenda sebegini dibiarkan berleluasa?

Persoalannya, apakah benar SK tidak mendapat perhatian disebabkan oleh kemelayuan dan keislamannya atau ada isu lain yang lebih besar lagi? Ini lah perkara yang gagal difahami oleh majlis ini.

Pertama, jangan berkompromi dalam perkara berkaitan agenda negara kerana ia adalah kedaulatan negara. Hilang daulat, kita akan menjadi bangsat. Agenda negara tidak boleh menjadi bahan ujian trial and error.Ianya mesti dilaksanakan tanpa rasa takut.

Kedua, jika kerajaan terlalu merasakan bahasa Cina itu terlalu penting dalam mengejarkan kemajuan dan kebangkitan kuasa ekonomi China, cadangan saya, binalah sahaja Sekolah Agama aliran Cina bagi memberikan saingan kepada Sekolah Cina. Saya amat yakin ramai anak mualaf dan Melayu lain akan menghantar anak mereka ke sini dan kita boleh bersaing dengan sekolah Cina yang lain. Perkara ini telah saya cadangkan dalam Persidangan Meja Bulat Cina Muslim baru-baru ini.

Selain itu, kerajaan mesti membuka SBP seperti SMKA dan MRSM yang selama ini dikhususkan kepada Melayu dan Bumiputera, kepada anak mualaf, bagi membolehkan anak Melayu bersaing secara sihat dengan anak Cina ini. Anak Melayu mesti dikeluarkan daripada zon selesa.

Kedua, adalah tidak adil jika SK sahaja minta diliberalkan manakala SJKC/T terus dengan perkaumannya. Justeru, BM mesti didaulatkan. Masa pembelajaran dan pengajaran BM mesti ditambah. Guru-guru BM dan BI tidak perlu disyaratkan mesti mempunyai kredit dalam bahasa Cina. Ringkasnya, kerajaan yang tentukan dasar bukan mereka.

Ketiga, silibus BM dan peperiksaan BM mesti diseragamkan mengikut BM SK. Kementerian Pendidikan tidak perlu membuang masa menyediakan dua (2) kertas BM yang berbeza antara SK dengan SJKC/T. Lebihan wang tersebut boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin. Percayalah, jika kertas BM diseragamkan pasti lebih ramai pelajar SJKC/T yang akan gagal BM dan tercicir disebabkan penguasaan BM mereka yang rendah.

Akhirnya, tidak ada sesiapapun menolak kemajuan dan kebangkitan kuasa ekonomi Cina masa akan datang. Malah, semua mengakui akan kepentingan mempelajari bahasa asing seperti BI dan bahasa Cina sebagai persediaan.

Tetapi biarlah kita maju dengan adanya identiti. Tidak ada erti sebuah kemajuan, jika pada akhirnya nanti, negara maju, tetapi identiti nasional hancur ditelan zaman arus sekular yang akan menghaiwankan manusia. Ingatlah, pemimpin datang dan pergi, tetapi keputusan yang dibuat akan kekal dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Setiap kali Menteri membuat lawatan keluar negara, apakah mereka tidak belajar dan mengambil pengajaran bagaimana negara lain mengakari agenda negara. New Zealand walaupun diperintah kulit putih, tetapi identiti bangsa Maori amat dihormati, dan dipertahankan. Jangan dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, China, Jepun dan dunia lain. Kita bagaimana?

Thursday, August 18, 2016

Pertahankan Budaya Dan Warisan Bangsa

HASRAT untuk menjadi sebuah negara maju bukanlah bermaksud kita hanya perlu memandang ke hadapan, sebaliknya melihat kekuatan sejarah yang dimiliki. Dalam usaha kita mengisi nikmat kemerdekaan dengan pembangunan dan kemajuan, budaya dan warisan bangsa adalah sesuatu yang signifikan. Ini adalah amalan, tradisi dan peninggalan zaman berzaman. Ia bukan sahaja mempunyai nilai estetik sosial yang besar dan amat bermakna.

Malah lebih penting, segala warisan dan khazanah budaya ini berupaya menjadi petunjuk dan rujukan kepada salasilah kita. ­Justeru, sekalipun kita asyik dengan segala pemodenan dan kemajuan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesejah­teraan, kita tidak seharusnya melupakan aspek nilai budaya dan khazanah warisan bangsa.

Budaya dan warisan bangsa tidak seharusnya dilihat sebagai satu perkara remeh, kecil dan boleh dikesampingkan. Sebalik­nya, ia adalah perkara yang mengisi jiwa anak bangsa. Ini mewujudkan satu ikatan yang merapatkan rasa kebersamaan dan menjadi citra yang menimbulkan rasa cinta dan setia kepada bangsa dan negara.

Melihat kepentingan ini, kerajaan negeri Johor memutuskan perlu ada sistem dan tempat khusus yang dapat merekodkan segala kekayaan budaya bangsa ini. Tempat khusus untuk segala dokumen dan peninggalan bertulis tentang budaya dan khazanah warisan kita dapat disimpan dan dipelihara dengan cara yang terbaik.

Baru-baru ini, saya melancarkan Pusat Dokumentasi Johor. Ini adalah satu usaha dan inisiatif yang bertujuan memastikan budaya dan warisan bangsa Johor kekal, seiring dan terus berkembang. Malahan, berupaya menjadi sebuah identiti bangsa yang terus dibanggakan. Sewaktu menyampaikan ucapan, saya menjelaskan bahawa hasil peninggalan budaya dan warisan bangsa adalah sesuatu yang amat berharga.

Berharga kerana, melalui pe­ninggalan ini, ia bukanlah sesuatu yang tercipta sehari dua. Ia bukanlah yang boleh diubah dan ditukar sesuatu hati. Dan yang lebih ­penting, ia berharga kerana sarat dengan makna dan mewakili banyak perkara besar dalam masyarakat kita. Misalnya, warisan tarian, bentuk persalinan, lenggok dan langgam bahasa. Kesemua ini adalah sesuatu yang menggambarkan kekayaan epistemologi sosial dan sejarahnya yang panjang dan unik. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita selaku generasi hari ini untuk memeliharanya.
 Kedua, merealisasikan konsep Johor Berkemajuan secara komited, menyeluruh dan serius. Perkara ini kita zahirkan selari dengan usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bukan sahaja berjaya dan maju dalam aspek pembangunan dan pemikiran, namun masih berpegang kuat pada akar budaya bangsanya. Kita tidak mahu bangsa kita membesar dan berkembang sekadar menjadi bangsa yang berjaya secara fizikal dan pencapaiannya. Akan tetapi, jauh dan hilang keintiman dengan identiti bangsanya. Lupa pada perkara yang mendefinisikan keturunannya.

Maka, sebagai sebuah bangsa yang berkemajuan, kita harus mencari ikhtiar untuk mewujudkan keseimbangan ini. Keseimbangan dalam mengejar pencapaian pada masa sekarang dan masa hadapan tanpa membiarkan kekayaan khazanah masa lalu terkubur dan dilupakan kerana kita percaya bahawa kedua-dua elemen ini saling melengkapi dan berupaya mendukung antara satu sama lain.

Ketiga, mewariskan kelangsungan identiti pada generasi masa hadapan. Sebagai generasi hari ini yang bertanggungjawab, kita bukan sahaja mesti mewariskan kepada anak-anak kita dan semua generasi akan datang segala kecanggihan infrastruktur yang lengkap dan bertaraf dunia, alam sekitar yang sihat, pendidikan yang berkesan dan sistem sosial yang baik.

Malah, lebih jauh dari itu, kita harus memastikan yang kita turut menyediakan ruang dan peluang kepada mereka untuk kembali menyelidik, mengkaji, dan me­nyusur asal usul mereka.

Ruang dan peluang untuk mereka kembali mengetahui tentang kekayaan budaya bangsanya dan untuk memahami mengapa sesuatu amalan dan tradisi itu muncul dalam masyarakat dan mesti dipertahankan. Dengan melakukan perkara ini, kita harap akan wujudlah satu bentuk kesinambungan terhadap identiti dan budaya bangsa. Dan kita tidak akan ‘berhutang’ dengan generasi masa hadapan.

Selain itu, bagi memper­kukuhkan lagi usaha memartabatkan budaya dan warisan bangsa Johor, pejabat pentadbiran Yayasan Warisan Johor (YWJ) telah dipindahkan dari Jalan Mariamah ke kompleks di Jalan Sungai Chat. Secara khusus, langkah ini bertujuan agar YWJ mempunyai kedudukan yang lebih terlihat dan strategik. Lebih-lebih lagi kita merancang agar pusat ini menjadi salah satu daripada destinasi ‘wajib pergi’ kepada pengunjung ke Johor. Malah, kita mahu ia menjadi pusat yang menawarkan segala maklumat dan simpanan rekod yang mampu menarik kedatangan pengkaji dan ahli akademik serta pencinta budaya dari rantau ini dan seluruh dunia.

Di sinilah nanti pelancong, pengkaji dan pencinta budaya serta ahli akademik dari dalam negara dan serata dunia akan dihidangkan dengan pelbagai persembahan budaya negeri Johor. Di sinilah akan dipamerkan segala hasil budaya bangsa kita yang rencam dan unik. Malah di sinilah kita akan menonjol dan mempromosikan pelbagai aneka pilihan makanan Johor.

Kita mahu kompleks ini muncul sebagai satu lagi mercu tanda baharu kepada bandar raya Johor Bahru dan Johor. Sempena kedatangan bulan kemerdekaan pada tahun ini, marilah kita menghayati semangat dan roh kemerdekaan dengan mempertahankan budaya dan warisan bangsa kita. Pastinya kemajuan yang kita hasratkan akan lebih sempurna jika disepadukan dengan jati diri dan identiti bangsa yang terus dipertahankan sekali gus menjadi negara yang bermaruah.

Oleh : DATUK SERI Mohamed Khaled Nordin ialah Menteri Besar Johor

Monday, August 15, 2016

Lagi Buta Sejarah Lagi Sesuai

Sempena bulan kemerdekaan ini apa kata anda uji tahap pengetahuan anda dalam matapelajaran sejarah peringkat SPM.

1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Pramugara Terlampau
d. Parameswara
e. Vell Pari

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?

a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Lighter
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. A Galak
e. Tok Ki

6. Pahlawan Melayu menentang Inggeris di Pahang?
a. Mat Sabu
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Kilau
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk Maharajalela?

a. Jason Bourne
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. JW Marriot
e. Jawa Rangers

8. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Melaka?

a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang asam kering
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

9. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Jane Abdullah
b. Tan Tak Tahu Eja
c. Tun Sanbanthan
d. Tun Teja
e. Tun Mahathir

10. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Opah Hang
c. Puteri Tun Tan Siew Sin
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Lim Goh Tong

11. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan Kekek Mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

12. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. Botak Chin
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Banyak sangat salah ke?

Tak mengapa. Lagi tidak tahu sejarah lagi baik.

Sejarah orang tua-tua ini banyak sangat kelahi sesama sendiri dan tidak habis-habis.

Sudah tidak patut dilayan lagi. Tidak perlu dipanjangkan lagi. Lagi buta sejarah lagi boleh maju ke depan.

Wow! Peluang baik untuk orang muda

Sumber : Husin Lempoyang

Sunday, August 14, 2016

Mengenali Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir Mohamed

Sekiranya anda seorang rakyat yang prihatin dan sayangkan pemimpin anda, anda akan dapat membezakan watak setiap Perdana Menteri kita dari Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Dato Sri Najib Abdul Razak. Tidak perlu kempen PR, tak perlu puluhan strategis media, penasihat dan pengaruh blogger upahan, kita sendiri boleh menilai jenis pemimpin yang kita ada hari ini.

Perhatikan gerak tubuh Tun Mahathir. Sekiranya anda berpeluang bersalaman dengan Tun Mahathir, anda akan rasai tentangan mata Tun cuba untuk mengenali anda. Semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun hinggalah sekarang selepas 13 tahun bersara, profail diri Tun Mahathir tidak pernah berubah. Dalam akhbar dan TV, Tun kelihatan begitu mesra, menyayangi rakyat dan orang sekeliling beliau. Beliau menatap muka setiap orang yang bersalaman sambil tersenyum tanda menghormati orang tersebut. Bezakan Tun Mahathir dengan beberapa pemimpin sekarang yang kelihatan tidak mengindahkan orang yang disalami sebaliknya memerhati tempat lain dan ada yang tersengeh-sengeh. Saya maksudkan ketika bersalaman dengan rakyat jelata bukan bersalaman dengan pembesar dan menteri.

Berbanding etika bekerja dalam bilik mesyuarat, Tun Mahathir sangat digeruni. Setiap rakan kabinet beliau perlu bersedia dengan lapuran kementerian masing-masing setiap mesyuarat. Setiap tindakan perlu diperincikan. 

Itu lah sifat seorang pemimpin yang hebat: bertanggungjawab, berpandangan jauh dan sayangkan rakyatnya. Rakyat yang mengenali Tun Mahathir akan jatuh sayang, kasih dan hormat pada kehebatan dan aura pemimpin ini, tidak kira apa bangsa, keturunan dan negara sekalipun. Saya banyak melihat tangisan airmata rakyat negara asing yang begitu hormat dan kasihkan Tun Mahathir. Oleh kerana profail diri yang tidak pernah berubah, jadi, jangan lah kita risau yang Tun telah nyanyok atau lupa. Dia tetap Tun Dr Mahathir yang kita kenal, yang sentiasa mendahulukan kepentingan bumiputera, ketuanan Melayu dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

Ketika berucap Tun Mahathir lazimnya tidak memerlukan teks, kecuali ketika membentangkan laporan penting negara, Rancangan 5 tahun Malaysia, budget tahunan dan membentang kertaskerja persidangan.Tetapi ketika menanda tangani Deklarasi Rakyat yang lepas, Tun Mahathir telah merujuk kepada teks dan hanya membacakan teks yang telah disediakan tanpa mengulas lanjut. Jawapan-jawapan yang diberi kepada pertanyaan pemberita sangat spesifik dan pendek. Ini menunjukkan bahawa Tun Mahathir sangat fokus kepada satu objektif Deklarasi Rakyat tersebut demi menyelamatkan Malaysia, tanpa mahu menimbulkan isu-isu remeh yang lain. 

Oleh yang demikian, janganlah kita khuatir bahawa Tun Mahathir telah berubah dan menyokong DAP atau pengamal LGBT apabila duduk semeja dengan pemimpin pembangkang. TIDAK SAMA SEKALI. Nabi Muhammad S.A.W juga duduk bersama penentang dan pembangkang baginda di bawah Piagam Madinah. Bersyukurlah kita kerana Tun Mahathir mengikut sunnah Nabi. Yang penting ialah pemimpin Islam kita masih lagi dan akan terus memimpin negara ini. Itulah yang mahu Tun Mahathir lakukan sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan kedaulatan negara agar rakyatnya tidak hidup dalam keperitan. Tentunya kita masih mahu terus dihormati oleh negara jiran yang lain.

Profail diri, prinsip dan kepercayaan Tun Mahathir tetap teguh dulu, kini dan selamanya. Percayalah kepada kematangan Tun Mahathir berpolitik. Percayalah pada integriti dan jatidiri Tun Mahathir yang kita kenal dan sayang. Ketika di penghujung umurnya ini, seorang pemimpin agung Islam yang amat dihormati oleh dunia Islam, negara Selatan-Selatan dan Negara Dunia ke3 dan digeruni oleh negara barat, Tun Mahathir tidak akan sekali-kali mengecewakan kita, umat islam dan bumiputera di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Tun Mahathir tentunya mahu meninggalkan dunia ini dengan tenang dan aman ketika mengadap Penciptanya. 

Malulah kita yang masih muda dan bertenaga kalau kita telah berpaling dan kecewa melihat keadaan negara kita ini dan menghina cerca Tun Mahathir pemimpin yang berpuluh tahun berbakti untuk negara. Bangkitlah bangsa ku, bukalah mata, lihatlah sekelilingmu. Apakah kita gembira dengan keadaan kita sekarang berbanding dahulu? 

Marilah kita yakinkan diri dan mengajak saudara-mara dan handai taulan kita di kampung supaya yakin kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh negarawan ulung kita, Tun Mahathir. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadrat Allah Taala supaya usaha-usaha Tun Mahathir dalam wadah perjuangan parti baru diberkati Allah demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara kita. Amin Ya Rabbul Alamin. - scriptersnews

Saturday, August 13, 2016

Tun M Senaraikan Kegagalan Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai ‘kegagalan’ pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

“Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

“Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

“Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

“Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

“Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

“Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

“Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya,” katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

“Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
“Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis ‘I Love PM’ malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan,” tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

“Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

“Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

“Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

“Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang,” katanya. - www.sinarharian.com.my

Tuesday, August 9, 2016

Orang Melayu Penduduk Asal

KUALA LUMPUR – Orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian Benua Sunda yang tenggelam pada akhir zaman ais, kira-kira 50,000 tahun lalu.

Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof. Datuk Seri Dr. Salleh Yaapar berkata, orang Melayu yang berhijrah ke daerah lain di kawasan Benua Sunda merupakan seorang perantau dan bukan pendatang kerana mereka bergerak dalam lingkungan kawasan sendiri.

Salleh yang merupakan Pensyarah Kesusasteraan Bandingan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu merupakan kaum pendatang adalah tidak benar.

“Sebagai contoh, apabila Parameswara bergerak dari wilayah Palembang ke Singapura dan kemudian ke Melaka untuk membina empayar baharu, beliau bukan pendatang yang datang ke Melaka atau Semenanjung, sebaliknya seorang perantau yang bergerak di dalam wilayahnya sendiri.

“Malah, berdasarkan sejarah, orang Melayu di Tanah Melayu adalah mereka yang berasal dari zaman kerajaan Sriwijaya iaitu semua daerah di bawah empayar itu mengakui diri mereka adalah orang Melayu, dan apabila orang Melayu ketika itu bergerak ke daerah lain, mereka bergerak di dalam kawasan rantaunya sendiri yang dikenali sebagai Benua Sunda,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan syarahan bertajuk Melayu: Asal Usul, Migrasi dan Pengembaraan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Salleh berkata, masyarakat di negara ini begitu terikut-ikut dengan dasar Kerajaan Singapura yang menganggap masyarakat mereka sebagai pendatang.

“Kerajaan Singapura menjadikannya sebagai satu dasar untuk semua orang mengaku diri mereka sebagai pendatang, tetapi mereka lupa sebelum Singapura tertubuh sebagai negara bangsa, negara itu adalah kepunyaan Sultan Johor.

“Singapura mengambil ketetapan yang tidak betul, dan malangnya orang di sini terikut-ikut dengan turut menganggap kita juga sebagai pendatang kerana Parameswara dahulu datang dari Palembang,” katanya.

Menurutnya, selepas berlaku banjir besar yang menenggelamkan Benua Sunda, keadaan geografi mula berubah seperti yang dapat dilihat di Tanah Melayu, Sumatera dan Borneo sekarang.

“Ketika itu, orang Melayu yang tinggal di sini mula berhijrah ke luar menuju New Zealand ke selatan, Taiwan di utara dan Madagascar,” katanya. - utusan malaysia

Monday, August 8, 2016

3 Tanda Isteri Puaskan Suami di Ranjang

BERIKAN peluang kepada isteri untuk memuaskan suami di ranjang. Tapi ada tanda-tandanya yang harus dikenali berdasarkan ulasan berikut.

Ungkapkan kalimat nakal
Ghairah seks wanita cepat meningkat jika ia bakal terus mengungkapkan kalimat-kalimat nakal. Sebagai suami, anda perlu peka dan cepat-cepat merangsang sang istri untuk berhubungan intim.

Tunjuk isyarat seksi
Seorang wanita berahi akan menunjukkan isyarat tertentu. Misalnya dia bakal memainkan rambutnya, menggigit bibirnya atau langsung menggunakan pakaian dalam seksi ketika di ranjang.

Menyentuh P-Spot suami
Isteri yang sedang ghairah berahi akan memegang bahagian P-Spot suami dengan sendirinya. Kerana hanya cara inilah yang membuat ghairah seksnya semakin menggebu dan meminta segera diajak bercinta.

Thursday, August 4, 2016

Peringatan Yang Amat Bagus Buat Kita Sekalian

Soalan  Maut
Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan.

Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;
1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkan jawatan istana dan lain2 yang dimiliki hingga tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?
MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1. Apakah Dunia?
Maka jawab orang tua , *Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)*

2. Soalan 2, Apa itu akhirat?
Jawab orang tua tersebut, *Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)*

Soalan 3, Apa itu iman?
Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari. Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:
"Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya."

Anonymous

Tuesday, August 2, 2016

Apabila Nyawa Di Hujung Jari...

KESELAMATAN di tempat awam adalah satu isu yang sangat utama kepada masyarakat dan tanggungjawab utama bagi pihak kerajaan. Menyediakan suasana aman dan harmoni dalam sebuah negara yang merdeka adalah kewajipan pemerintah. Keamanan sosial, ekonomi dan politik adalah asas dalam sesebuah negara bagi melahirkan rasa selamat dan tenteram kepada rakyat untuk menjalani kehidupan seharian.

Namun lewat kebelakangan ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan beberapa siri pembunuhan yang me­libatkan penggunaan senjata api berlaku dalam tempoh yang amat kerap. Perkara ini diburukkan lagi apabila ada kejadian yang berlaku di tempat awam dan di khalayak ramai.

Hal ini menunjukkan pertamanya bahawa pemilikan senjata api secara haram begitu mudah diperoleh daripada pasaran gelap. Keduanya, adalah bagaimana pengawasan dan pencegahan jenayah oleh pasukan keselamatan terhadap kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dilihat semakin berani melawan undang-undang.

Perkara ini jika tidak dibendung dengan serius dan dicegah dengan segera mungkin akan menjadi lebih ­teruk serta menggugat keamanan sosial terutamanya kese­lamatan rakyat yang sepatutnya tidak perlu risau untuk berasa selamat ketika berada di tempat awam.

Namun dengan berlakunya jenayah di tempat awam secara berleluasa kebelakangan ini seperti di jalan ­Genting Klang tempoh hari, tidak mustahil akan ada kejadian berbalas tembakan di kawasan terbuka antara kumpulan kongsi gelap dan perkara ini boleh membahayakan nyawa masyarakat awam selain meninggalkan trauma kepada mereka yang menyaksikan kejadian tersebut.

Justeru pihak pasukan keselamatan yang selama ini berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan dalam negara perlu meneruskan tugas cemerlang dengan membanteras dan membendung jenayah ini serta meningkatkan usaha dalam menjejaki seterusnya menghapuskan kumpulan kongsi gelap yang menjadikan undang-undang negara sebagai peraturan picisan mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia masih yakin dengan pasukan keselamatan negara dalam menjaga keamanan namun jika ada isu ketirisan dalam menjalankan amanah dan menegakkan undang-undang juga patut diambil serius oleh pihak kerajaan dan pegawai tertinggi pasukan ke­selamatan. Rakyat tidak mahu dinodai oleh imej luaran yang dilihat berintegriti tetapi sebaliknya berlaku.

Oleh yang demikian, semak semula segala peranca­ngan yang dibuat oleh pasukan keselamatan adalah amat penting bagi melihat apakah strategi dan gerak kerja yang dilakukan selama ini berhasil atau hanya melengkapkan laporan bulanan jabatan.

Tidak dinafikan pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pasukan keselamatan seperti Rakan Cop dalam strategi membanteras dan mengurangkan jenayah. Namun apakah segala strategi dan perancangan yang dilaksanakan selama ini masih relevan dengan teknologi terkini yang semakin canggih dan sentiasa berkembang dengan begitu pantas?

Pasukan keselamatan negara perlu menggandakan usa­ha mereka bagi memberi jaminan kepada rakyat bahawa tugas untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan dalam negara masih berjaya dilaksanakan dengan membuktikan ketangkasan mereka menyelesaikan isu-isu jenayah yang melibatkan kumpulan kongsi gelap bersenjata api dapat ditumpaskan.

Sememangnya jasa dan pengorbanan anggota keselamatan tidak terbalas dengan harga gaji di hujung bulan kerana merekalah barisan hadapan yang menggadaikan nyawa serta mengorbankan masa semata-mata mahu memastikan keamanan dan kedaulatan undang-undang dalam negara terus terpelihara

Monday, August 1, 2016

Menilai Taraf Hidup Rakyat Malaysia

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini banyak kenyataan dan komen mendakwa hidup rakyat semakin susah sehinggakan ke tahap kais pagi makan tengah hari, kais petang makan malam.

Bagi saya, itu semua retorik politik individu dan kumpulan yang taksub kepada pemimpin mahupun parti politik tertentu semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Namun, niat jahat kenyataan retorik itu juga tidak bermakna negara ini sudah tiada orang susah ataupun berpendapatan rendah.

Inilah sebabnya kita diajar mengenai sejarah di sekolah rendah dan menengah khususnya sejarah Malaysia sendiri supaya generasi muda dapat menilai apa sebenarnya maksud ‘hidup susah’.

Nenek moyang kita hidup beratus tahun lamanya di bawah cengkaman penjajah di samping menjadi mangsa peperangan di tangan tentera Jepun sekitar 1940-an dan juga komunis sehingga lewat 1980-an.

Mereka hidup dengan makan ubi kayu sebagai makanan ruji, daging sangat jarang menyentuh lidah malahan pada satu ketika nasi bercampur garam sudah cukup mewah.

Oleh itu, bagaimana sewajarnya kita menilai taraf hidup seseorang secara khusus dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Pendekatan sesetengah pihak mengambil purata pendapatan umum untuk dibandingkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai rujukan kemampuan rakyat khususnya dalam mengejar status negara maju jelas tidak tepat dan hanya cantik dilihat atas kertas.

Pihak berwajib sepatutnya menilai kuasa membeli rakyat khususnya kemampuan membeli barang asas, membayar bil-bil kemudahan asas, memiliki kenderaan peribadi (sejajar dengan pendapatan) dan kemampuan membeli atau menyewa kediaman.

Jika kemudahan paling asas seperti makanan, rumah dan pengangkutan pun sukar dimiliki, maka golongan itu boleh dianggap hidup susah tetapi jika semuanya ada dan cukup maka boleh dikira sebagai hidup ‘selesa’.

Perubatan tidak dimasukkan memandangkan telah disediakan hampir percuma sepenuhnya oleh kerajaan tetapi pengangkutan peribadi perlu diambil kira memandangkan pengangkutan awam sedia ada masih tidak mampu memenuhi keperluan pengguna.

Jika kemudahan asas semuanya ada, lihat pula kepada kuasa membeli atau mengumpul barang sampingan khususnya yang mahal dan berjenama (termasuk pelaburan dan simpanan), kemampuan membeli makanan atau makan di luar serta mempunyai kelapangan masa dan kemampuan untuk riadah berkeluarga ataupun melancong.

Kumpulan ini boleh dianggap sebagai hidup cukup mewah tetapi perlu juga dilihat kadar hutang berbanding aset mereka bagi menilai sama ada golongan ini hidup mengikut kadar kemampuan sebenar atau ‘tidak berpijak di bumi nyata’.

Begitu juga dengan aktiviti mencari pendapatan sampingan. Jika di zaman sebelum dan awal kemerdekaan dahulu, kerja sampingan ataupun menjalankan beberapa pekerjaan secara serentak kebiasaannya dalam kalangan mereka yang hidup susah dan miskin.

Bagaimanapun, mencari pendapatan sampingan kini lebih menjadi amalan dalam kalangan orang yang mahu hidup mewah dengan mengejar kebendaan sejajar dengan globalisasi dunia.

Tidak wajar sekiranya seseorang yang sudah mempunyai semua kemudahan asas hidup tetapi mendakwa kehidupan mereka susah kerana terpaksa mencari pendapatan sampingan sedangkan dia sendiri mengejar kebendaan dan sebenarnya iri hati terhadap rezeki orang lain.

Niat mencari pendapatan sampingan untuk menambah baik hidup yang benar-benar susah ataupun bagi mengekalkan taraf hidup selesa sangat digalakkan tetapi jika kemewahan menjadi sasaran, tidak wajar menyalahkan cabaran kehidupan ke atas orang lain.

Mengejar keselesaan hidup itu niat murni yang wajar dimiliki semua orang tetapi mengejar kemewahan itu akan membawa kepada rasuah dan salah guna kuasa.

Saya akhiri tulisan ini dengan aduan trafik sesak ketika Hari Raya Aidilfitri ini disebabkan jumlah kenderaan yang terlalu banyak.

Cuba bandingkan situasi di lebuh raya Malaysia sepanjang 10, 20 atau 30 tahun lalu dan ulang semula ayat ‘rakyat Malaysia semakin susah’!

Oleh : Hashim Ismail