nuffnang

Thursday, March 31, 2016

Ini Rahsia Buatkan Lelaki Sangat Berghairah

AGAR kegiatan bercinta anda dengan suami tidak terhenti dan selalu melakukan hal yang sama, Lakukanlah beberapa perkara berikut ini. Nescaya, anda akan mengalami pengalaman cinta yang berbeza dari biasanya.

Biarkan jari-jari anda menjelajah
Ada banyak bahagian di tubuh manusia yang tak terduga bila terkena sentuhan akan terasa luar biasa. Mereka akan sangat menyukai bila pasangannya memainkan bahagian-bahagian tersebut. Oleh kerana itu, teruslah menjelajah dengan jari-jari anda sehingga mencari 'titik lemah' pasangan.

Berbicara kotor
Anda tidak perlu memaksakan melakukan ini, cukup dengan mendedahkan kepuasan atau fantasi anda agar pasangan semakin terangsang.

Sentuh diri sendiri
Gerakan ini yang sangat disukai lelaki sepanjang masa. Apabila anda menyentuh bahagian-bahagian tubuh vital anda sendiri sambil menggerakkan badan dengan sensual. Ini akan sangat mengghairahkan pasangan, cubalah! - okezone

Saturday, March 26, 2016

Berbincang Untuk Tidak Melaksanakannya...?

Malaysia-Singapura bakal bincang ganti Tambak Johor Mei ini
JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berharap hasrat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk menggantikan Tambak Johor dapat direalisasikan menerusi rundingan antara Kerajaan Malaysia dan Singapura.


Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata beliau menjangkakan perkara itu akan dibincangkan ketika pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Putrajaya, pada Mei ini.

Katanya, Sultan Ibrahim berhasrat menggantikan Tambak Johor bagi memastikan pengaliran air laut di Selat Tebrau berjalan lancar. "Perbincangan ini membabitkan dua negara dan kita di peringkat kerajaan negeri berharap pada pertemuan antara dua pemimpin tertinggi negara Mei ini, perkara ini akan dibincangkan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Lexus Johor di sini, sebentar tadi.

Sultan Ibrahim bertitah melahirkan hasrat itu dalam temu bual baginda bersama sebuah akhbar berbahasa Inggeris sempena Hari Keputeraan baginda, baru-baru ini. - www.bharian.com.my

Thursday, March 24, 2016

Titah Sultan Yang Belum Terlaksana.....

Replace the Causeway - Sultan
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar has urged stakeholders to consider replacing the Johor Causeway with a bridge in a bid to improve traffic flow between the state and their neighbour, Singapore.

The Sultan of Johor said he felt sorry for the “thousands of Malaysians and Singaporeans” who were stuck in traffic at the Causeway daily due to the congestion.

The situation, he noted, was worse during holidays and festive seasons, resulting in many commuters preferring instead to walk into Singapore daily rather than endure the traffic.

“I am sure if you work with Singapore, they will accept (the proposal) as it will be a win-win situation for both countries, but you will have to give a good reason to replace the Causeway,” English daily The Star quoted the Sultan as saying.

Apart from the worsening traffic situation along the Causeway, the Sultan talked about a variety of other issues affecting his state and said both Malaysia and Singapore should put aside their differences and “come up with solutions to improve mobility.”

He spoke of the need for the rapid transit system (RTS) from Singapore to Johor Baru to improve connectivity and urged the Malaysian Immigration Department to keep booths open at all times.

Touching on education, a subject close to his heart, the Sultan called for more international schools to be opened in his state so more Malaysians could study locally.

He said this in response to reports that Malaysians were travelling across the Causeway for “better education”, and added that it was both “worrying and alarming” that these days, a child’s father spoke better English than his own children.

On the issue of the rapid development in the state, Sultan Ibrahim said Johor needed better infrastructure projects to cope and cited Pontian where he felt an airport and seaport should be constructed.

Planning of such projects, he added, should be done carefully and “without those with political agendas” participating in the projects. - justread

Wednesday, March 16, 2016

Menyokong Najib Itu Melemahkan UMNO Sebenarnya

Pemimpin-pemimpin UMNO sepatutnya mencari pemimpin gantian kepada kepimpinan Najib dan jalan yang terbaik ialah dengan memberikan sokongan kepada Deklarasi Rakyat yang di umumkan pada 4hb yang lepas. Kita bukan tidak tahu yang ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sekarang amat susah untuk mempertahankan Najib kerana Najib sekarang berada dalam keadaan yang tidak boleh dipulihkan lagi imej dan kredibilitinya sebagai pemimpin utama negara.

Mahu tidak mahu Najib wajar bersara untuk menyelamatkan Malaysia dan memilih untuk menentang Deklarasi Rakyat itu adalah penentang terhadap UMNO itu sendiri. Mereka yang menyokong Deklarasi Rakyat itu merupakan kumpulan yang berusaha hanya untuk menggulingkan Najib dan bukannya untuk menjatuhkan kerajaan seperti tuduhan ramai ahli-ahli kabinet dan pemimpin pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi.

Tentulah jika berjaya Deklarasi Rakyat itu dan Najib dapat diketepikan tentulah penggantinya dari pemimpin UMNO yang berwibawa dan bukankah itu memudahkan UMNO untuk memulihkan imejnya dimata rakyat. UMNO itu tidak sepatutnya dipandang rendah tetapi oleh kerana parti itu dipimpin oleh seorang yang tidak boleh dipercayai maka UMNO itu sendiri menanggung beban keyakinan dimata rakyat.

Kita faham dalam kabinet itu sendiri ramai yang tidak berkeyakinan dengan Najib tetapi oleh kerana takut usaha untuk menumbangkan Najib itu tidak berjaya mereka merasakan yang mereka akan terkorban dan hilang mata pencarian mereka, kerana memegang jawatan dalam kerajaan dan kabinet itu mereka anggap sebagai tempat mencari makan.

Dalam situasi sekarang sesiapa yang berani menentang Najib itulah yang akan menjadi pemimpin masa depan negara. Telah dibuktikan oleh sejarah pemimpin yang berani sahaja yang akan menjadi pemimpin yang baik dimasa depan sesebuah negara. Jika tidak mereka akan menjadi yang lemah fikiran seperti Najib Razak yang kita ada sekarang ini.

Tidak sepatutnya sesiapa menafikan yang kita wajar mempunyai politik baru dan pentadbiran yang baru dengan dasar-dasar yang baru yang realistik dan praktikal untuk rakyat dan negara. Pemimpin itu wajar mempunyai kualiti teknokrat dan telah menunjukkan bukti tentang kemampuan pemimpin itu. Memilih pemimpin yang tepat dan betul adalah lebih penting dari menumbangkan Najib kerana jika pilihan tidak betul menumbangkan Najib itu tidak akan membawa apa-apa faedah.

Menggugurkan Mahathir dari jawatan penasihat Petronas tidak sepatutnya berlaku kerana jika perjuangan Mahathir dan penyokongnya berjaya yang akan beruntung ialah UMNO itu sendiri. Maka pada hakikatnya Mahathir dan sesiapa yang menyokong dan bersimpati dengan perjuangan beliau itu, ialah UMNO itu sendiri. Lain-lain perkataan Mahathir sebenarnya adalah dalam usaha menumbang untuk memperkuatkan UMNO dan menjadikan parti itu menjadi parti yang selayaknya memimpin negara.

Menyokong Najib itu merupakan tindakan meruntuhkan UMNO dan kerajaan. Maka hakikat disebaliknya menyokong dan mempertahankan Najib itu adalah adalah tindakan melemahkan UMNO.

Deklarasi Rakyat itu nampak jelas yang UMNO hanya boleh dipulihkan dan diperkuatkan dengan sokongan pihak-pihak lain seperti pihak pembangkang dan NGO-NGO yang sedar betapa pentingnya pimpinan UMNO itu di juarai oleh orang UMNO yang lain. -

Oleh :  Aspan Alias

Tuesday, March 15, 2016

(Video) Tun Mathathir Sebak Ketika Ditemubual TV Indonesia

Indonesia: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kelihatan sebak ketika ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV One Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indoensia, Suharto sewaktu memegang jawatan nombor satu negara pada satu ketiga dahulu.

"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir yang kelihatan sebak.

Perkara ini jarang sekali berlaku kepada Dr. Mahathir ketika dalam wawancara ataupun temubual.

Selain itu, Dr. Mahathir juga berkata setiap manusia harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal di dalam dunia ini.

"Kita semua akan pergi, akhirnya.

"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sebagaimana lapor Astro Awani.

Temubual selama 30 minit oleh TV One Indonesia itu dimuat naik di laman Youtube. -

Kuda Pakai Kot Harris Tweed

Cheltenham  – Sempena acara lumba kuda Festival Cheltenham yang berlangsung minggu ini, seorang pereka fesyen tampil mereka sepasang kot khas untuk kuda di bawah jenama buatan ta­ngan, Harris Tweed.

Menurut Mail Online, pereka fesyen, Emma Sandham-King menggunakan sebanyak 18 meter kain untuk menghasilkan kot berkenaan, tiga kali lebih banyak berbanding kain diperlukan untuk membuat kot biasa.

Kot itu dihasilkan lengkap de­ngan seluar, tali leher serta topi.

“Saya menggunakan kain jenama Harris Tweed. Ini merupakan kali pertama saya mereka kot untuk kuda.

“Ini juga adalah cabaran terbesar saya sepanjang bergelar pereka fesyen,” katanya.

Sandham-King berkata, dia berjaya menyiapkan rekaan tersebut dalam masa empat minggu untuk digayakan seekor bekas kuda lumba Morestead.

Beberapa keping gambar disiarkan Mail Online, merakamkan gelagat kuda berkenaan yang tidak ubah seperti model ketika ‘memperagakan’ kot itu di padang rumput.

“Ada model berlagak seperti diva, tetapi kuda Morestead sangat tenang, membuatkan saya senang bekerjasama dengannya,” kata pereka fesyen itu. - utusan

Monday, March 14, 2016

Hati-Hati Dengan Projek Bernafsu Tinggi

Projek hartanah Forest City di Johor yang baru dirasmikan dikatakan bakal mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjelang 2035. Jika dihitung bermula tahun 2016 ini, iaitu 19 tahun ke hadapan, purata bagi setahun peluang pekerjaan yang bakal wujud itu sebanyak 11,579 peluang.

Peluang ini dikatakan muncul dalam sektor industri di bidang pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelancongan. Projek ini berkonsep atau bercirikan mesra alam.

Ini satu angka yang agak besar dan fakta yang menarik, yang seharusnya akan menggembirakan rakyat Johor.

Namun, pertama sekali kita wajar berhati-hati dengan ramalan angka-angka ini kerana realitinya, belum tentu mengikut perkiraan yang dijangkakan. Keadaan mata wang ringgit dan harga pasaran minyak mentah sedunia hari ini sudah menceritakan pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku.

Kedua, kita perlu melihat anatomi bagaimana projek-projek ini direncanakan dalam aspek proses dan pelaksanaannya termasuk dalam aspek pemantauannya.

Ramalan peluang kerja
Ramalan ini amat mudah dibuat kerana kebiasaan bagi setiap projek pembangunan yang dibuat, pastinya ia berdasarkan input dan output.
Contoh langsung yang sangat jelas iaitu, setiap premis bangunan atau premis fizikal (jalan atau taman), pastinya memerlukan penyelenggaraan. Maka peluang pekerjaan pertama itu muncul disini.

Kita ambil contoh projek yang telah selesai dibangunkan. Pusat Janakuasa Tanjung Bin di Tanjung Piai. Antara banyak peluang pekerjaan yang wujud disitu, yang ditawarkan kepada buruh tempatan adalah pekerjaan dalam aspek pembersihan, yakni pekerjaan dalam kategori buruh kurang atau tidak mahir.

Begitu juga dengan kontraktor tempatan, peluang kerja atau tender yang wujud kebanyakannya dalam aspek keselamatan, pemantauan dan juga kebersihan. Yang mana, kerja-kerja ini bukan berasaskan kemahiran dan pengetahuan (teknologi).

Soalnya, daripada pengalaman ini, adakah prospek seperti ini yang dimaksudkan (akan wujud) peluang pekerjaan untuk warga tempatan dalam jumlah 220,000 peluang pekerjaan, dari tiga bidang utama itu?

Ini belum kita tinjau projek di Pengerang yang sedang berjalan. Setakat yang kita tahu, projek-projek di Pengerang, banyak menggunakan tenaga kerja mahir yang pakar dari luar yang dikatakan ia tidak dapat dibekalkan oleh tenaga tempatan, baik kontraktornya mahupun juruteranya.

Projek Forest City yang sedang berjalan ini juga menggunakan sumber tenaga daripada luar khususnya China termasuk subkontraktor dan buruhnya.

Proses
Jika kita tinjau aspek pelaksanaan projek-projek mega di Johor ini, ada beberapa perkara fundamental yang mendatangkan persoalan yang sehingga kini, masih tidak jelas kedudukannya.

Sebagai contoh, bagaimana Country Garden dipilih sebagai pemaju dalam projek Forest City ini? Adakah memang tidak perlu tender terbuka untuk projek seperti ini yang boleh disertai oleh pemaju-pemaju tempatan yang berkebolehan?

Begitu juga dengan proses penambakan laut yang luas itu. Bagaimana projek yang tidak wujud dalam perancangan Wilayah Iskandar sebelumnya, tetapi hari ini ada? Bagaimana ia boleh berlaku sedemikian rupa?

Contoh-contoh ini mendorong satu persoalan, adakah kerajaan telah mengkaji sehalus-halus prospek dan kesan pelbagai aspek daripada projek ini?

Proses-proses ini amat penting dalam apa jua jenis pembangunan yang melibatkan kos yang besar dan kesan jangka masa yang panjang khususnya yang melibatkan sosioekonomi rakyat tempatan.

Merobohkan sesuatu tidak sesukar membinanya, membina sesuatu tidak sesukar mengekalkannya. Maka kemapanan projek-projek mega di Johor ini harus diberi perhatian yang lebih oleh semua pihak.

Berkaitan dengan projek di Wilayah Iskandar. Keghairahan projek perumahan di Wilayah Iskandar ini telah diberi amaran agar berhati-hati oleh sekumpulan penganalisis dari Maybank bahawa kemungkinan terdapat lebihan bekalan rumah yang akan memburukkan keadaan dan boleh berlaku perang harga hartanah dan perumahan di kawasan Selatan Johor.

Ini tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang di negeri Johor khususnya. Malah, semua projek-projek ini dimonopoli oleh syarikat dari China. Keadaan di Selatan Johor menjadi sangat sukar dan terhad dalam persaingan ekonomi.

Landasan keretapi berkembar
Projek bernafsu tinggi dalam bentuk landasan keretapi berkembar di Johor juga menimbulkan banyak persoalan. Kontrak ini juga telah diberikan kepada syarikat China yang tidak pernah ada pengalaman atau reputasi membuat apa-apa projek pembinaan di Malaysia. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tanpa ada tender terbuka? Apakah justifikasinya?

Kita juga tidak dibekalkan dengan maklumat sama ada syarikat ini akan mengimport ribuan pekerja asing untuk bekerja di sini sepertimana Country Garden lakukan di Johor Bahru, atau akan menggunakan tenaga tempatan.

Kita tidak menolak pembangunan, malah kita mahu ekonomi negeri dan negara berkembang maju. Namun, kita mahu pihak kerajaan berhati-hati dengan projek berskala besar agar ia tidak membebankan generasi akan datang. – Roketkini.com

Sunday, March 13, 2016

Nilai-Nilai Lee Kuan Yew Sedang Terhakis




















Gambar ini dirakamkan di hadapan Pasar Geylang Serai di Joo Chiat Road Singapura pada kira-kira jam 9 pagi 6 Mac 2016. Orang yang lalu lalang tidak mempedulikan seorang manusia terbaring samaada dia tertidur,pengsan atau telah mati atau disinilah tempat rehatnya pada setiap hari maka dia tidak dipedulikan lagi.

Jika anda telah jalani sejarah Singapura pimpinan Lee Kuan Yew (LKY)dari sejak awal yang bersiri tindakan dramatik, keras, tegas, pintar dan berani untuk membentuk masyarakat dan negara Singapura yang maju, kuat, bersih, berdisplin, setia, moden dan terpelajar maka sekarang anda akan dapat mengenali hakisan nilai-nilainya samaada dengan disedari oleh pemerintah atau pemerintah tidak lagi dapat mengawalnya seperti dahulu.

Rakyat Singapura keturunan Cina sendiri merasa tidak senang kerana keruntuhan ini yang berlaku kerana pendatang asing dari negara besar China telah menjejaskan maruah Cina tempatan.

Pendatang asing dari China bekerja sebagai pembantu kedai dan lain-lain kerja bertaraf rendah, tidak sahaja pelayan di restoran-restoran orang Cina tetapi juga di restoran- restoran mamak dan di kedai-kedai makan Melayu, umpamanya di Zam Zam Restoran di Arab Street atau di kedai-kedai makan Melayu di Geylang Serai.

Majoriti rakyat keturunan Cina Singapura dikenali sebagai pekerja kolar biru atau golongan profesional. Mereka hanya mahu menjadi "Taukeh" atau" Tuan".

Orang-orang Malaysia seolah-olah tidak percaya apabila pembawa makanan kepada mereka di restoran Melayu atau mamak di Singapura terdiri dari orang Cina.

Seperti anak-anak Melayu di Malaysia tidak mahu menjadi pekerja atau pelayan di kedai mamak atau Cina maka demikianlah juga Cina rakyat Singapura.

Bagaimanapun mereka terpaksa menerima keadaan ini seperti kita terpaksa menerima pekerja-pekerja dari Indonesia kerana kita mahu menjadi "Raja"

Kita mudah mengenali pendatang asing dari Cina di Singapura. Kebanyakan mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, berbasikal sehingga tiga orang, membawa anak dan isteri melintas jalan tanpa mengikut peraturan.

Sekarang di tepi-tepi jalan di Singapura juga terdapat peniaga-peniaga haram yang menjual berbagai barangan dan juga pakaian murah. Mereka akan lari bila diserbu polis tetapi datang kembali ke tempat yang sama bila polis tiada. Ini saya lihat sendiri dalam perjalanan dengan teksi di jalan menuju ke Geylang Serai.

Kedai-kedai mamak juga bebas meletakkan kerusi meja makan di luar restoran, di lorong-lorang atau laman penjalan kaki seperti kedai-kedai mamak di Malaysia.

Tidak ramai perkerja Indonesia atau Bangladhesi di Singapura. Tentunya kepimpinan negaranya mempunyai pertimbangan dari segi keselamatan, ekonomi dan juga motif politik dalam mengutamakan pengambilan pekerja asing dari India dan China. Mereka akhirnya akan diberikan permastautin tetap dalam proses menjadi rakyat Singapura. Jumlahnya telah berjuta.

LKY sering mengingatkan rakyat Singapura bahawa mereka berada di tengah-tengah Nusantara Melayu.

Kajian dan rujukan secara terperinci perlu dibuat untuk memperkatakan pekara ini tetapi tulisan ini sekadarkan untuk memberitahu apa yang saya lihat bahawa kemasukan pendatang asing dari China ke Singapura sedang menghakiskan beberapa kualiti yang mahu dijadikan keagungan imej Singapura oleh LKY.

Bagaimanapun harus diingatkan LKY sendiri pun sebelum meninggal telah ber sikap pragmatik, bertolak ansur dengan nilai-nilai yang mahu ditegakkannya demi untuk survival Singapura walaupun beliau telah menyatakan akan bangun dari kuburnya kiranya dasar-dasar asas yang diletakkannya diganggu gugat.

Beliau telah membenarkan perjudian dan kebudayaan kuning (pelacuran dan sebagainya) di Singapura.

Beliau telah membangunkan Singapura dengan tangan besi dari pekara kecil hingga sebesar-besarnya termasuklah tidak mahu budaya Cina mendominasikan Singapura. Beliau mengharamkan pembakaran gaharu dan perarakan mayat, menghukum keras mereka yang berludah dan membuang sampah di merata tempat, menyebat orang asing yang menconteng Singapura (Grafitty) dan mengotorkannya dengan chewing gum.

Demikian hakikat dunia, pengalaman menjadikan manusia pragmatik dan bertolak ansur tetapi yang terpenting kepimpinan negara berjaya meletakkan negara dan majoriti besar rakyatnya mengenali dan berpegang terus kepada nilai-nilai yang baik yang telah membawa perubahan besar dalam membahagiakan kehidupan mereka sebagai bangsa yang maju, makmur dan bermaruah.

Betapa pun cuba dibangkitkan kesilapan LKY tetapi Singapura tetap lebih menonjol sebagai sebuah negara maju yang terbina kejayaan atas nilai dan asas-asas yang teruji dan terbukti benar. - zamkata.blogspot.my

Thursday, March 10, 2016

Hak Malaysia Disana Bagaimana?

China berhak ke atas Laut China Selatan kerana nenek moyang
BEIJING – Menteri Luar China, Wang Yi semalam menegaskan bahawa Laut China Selatan merupakan antara laluan perkapalan paling bebas dan selamat di dunia, manakala kawalan Beijing ke atas perairan itu adalah berasas.

Wang Yi berkata, China merupakan negara pertama yang ‘me­nemui’ pulau dan terumbu karang di laut itu.

Beijing sebelum ini dikecam Washington dan sekutu-sekutunya kerana melakukan aktiviti menambak laut di Laut China Selatan yang menjadi laluan maritim utama dengan nilai dagangan mencecah AS$5 trilion (RM20.5 trilion) setahun.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) juga melakukan misi kebebasan navigasi dengan kapal-kapal perangnya berlayar hampir dengan beberapa pulau tuntutan bertindih untuk menegaskan hak AS beroperasi di Laut China Selatan.

“Sebenarnya, berdasarkan usaha sama China dan negara-negara lain di rantau ini, Laut China Selatan kini menjadi laluan perkapalan pa­ling bebas dan selamat di dunia.

“China merupakan yang terawal meneroka, menamakan, membangun dan menguruskan pulau-pulau di perairan ini (Laut China Selatan). Nenek moyang kami bekerja keras di sini sejak sekian lama, sejarah akan buktikan siapa pelawat dan siapa tuan yang sebenar,” katanya.

Tambahnya, China akan mempertimbangkan untuk menjemput wartawan asing ke pulau-pulau di bawah kawalannya apabila keadaan mengizinkan.

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter pernah memberi amaran akibat buruk akan berlaku jika China mengambil tindakan agresif di Laut China Selatan . – Reuters

Wednesday, March 9, 2016

Arkitek Reka Pencakar 
Langit Bercorak Ular Tedung

MOSCOW – Seorang arkitek Rusia berjaya mereka sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai corak seperti seekor ular tedung dan meramalkan menara ciptaannya itu akan dibangunkan di sebuah bandar terkenal di Asia Barat.


















Reka bentuk memukau itu mempunyai corak bulat pada bahagian asas bangunan yang menya-mai badan seekor ular, manakala bahagian puncak struktur ber-kenaan mempunyai bentuk seperti kepala reptilia tersebut sedang menganga, yang akan menempatkan restoran atau kelab malam di situ.

Mail Online melaporkan, bangunan yang akan diberi nama ‘Asian Cobra Tower’ itu direkabentuk oleh arkitek yang berpangkalan di Monaco, Vasily Klyukin dari Moscow.
Ahli perniagaan dan bekas pekerja bank itu mendakwa karya yang dihasilkannya ‘meramalkan masa depan’.

Arkitek itu sebelum ini turut dikenali dengan karyanya dengan rekaan kapal layar dan jet yang boleh dipisahkan.

Jurubina itu percaya, menara ular ciptaannya besar kemungkinan akan menarik minat pemaju-pemaju di bandar Asia Barat dan Asia, kawasan yang dilapor menganggap ular sebagai simbol kebijaksanaan.

“Di Jepun jika seseorang memberitahu dia adalah seekor ular bermakna satu pujian, manakala di China, ular dan naga sering membawa maksud yang sama,” kata Klyukin.

Antara ciri lain yang dimasukkan dalam rekaan bangunan berwarna emas dan hitam itu adalah cahaya yang boleh bertukar warna dengan reka bentuk berlian pada bahagian belakang struktur itu yang melambangkan simbol Yin dan Yang.

Klyukin berkata, pembinaan menara itu juga akan mengubah pandangan bandar di seluruh dunia dan menjadi gambaran paling jelas akan perkembangan kebudayaan dan ekonomi dalam abad ke-20.

“Pada masa sama, struktur itu merupakan bangunan pencakar langit yang menentukan corak kawasan perniagaan dan keseluruhan bandar,” katanya.- utusan

Friday, March 4, 2016

Islam Dan Orang Melayu

Persamaan lebih banyak daripada perbezaan
ORANG Melayu terkenal dengan budi bahasa dan sopan santun. Mereka juga sinonim dengan amalan bergotong-royong, saling membantu dan bekerjasama dalam apa jua keadaan. Ditambah pula dengan nilai ajaran Islam yang memang mahukan umatnya bersatu padu membina kekuatan dalam menegakkan syiar agama.

Masyarakat Melayu berbeza dengan masyarakat Arab jahiliah yang gemar berperang dan bermusuhan atas alasan kecil yang tidak munasabah. Bahkan orang Melayu, sejak dahulu lagi hidup bermasyarakat dengan harmoni tanpa perpecahan yang menghuru-harakan keadaan. Ini semua adalah kerana orang Melayu Islam mempunyai banyak persamaan yang mengatasi perbezaan.

SATU MATLAMAT SATU TUJUAN
Ia ibarat sebuah kapal yang menuju destinasi yang sama. Orang Melayu yang hebat akal fikiran dan mantap imannya sudah tentu meletakkan matlamat akhir kehidupannya untuk mencapai reda Allah.

Untuk mencapai keredaan-Nya, semua aspek kehidupan telah disusun atur agar selari dengan hukum syarak termasuklah dalam isu rumah tangga, kemasyarakatan bahkan dalam isu pentadbiran dan politik negara.

Dengan matlamat yang jelas, setiap orang Melayu berperanan melaksanakan apa yang termampu dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak tanpa mengira nama kumpulan mahupun warna bendera.

Menyentuh isu agenda umat Islam dan Melayu secara keseluruhan, ia tidak mampu dilaksanakan oleh satu-satu pihak tanpa sokongan orang lain. Tanggungjawab besar ini memerlukan kekuatan dan usaha bertali arus yang terhasil daripada semangat kerjasama sesama umat Islam dan orang Melayu.

Agenda ini yang sepatutnya menyatukan seluruh orang Melayu di negara ini kerana jika agenda ini tidak dibangunkan, kepada siapa lagi yang diharapkan kalau bukan orang Melayu itu sendiri.

IDENTITI DAN SEMANGAT KEMELAYUAN
Menelusuri sejarah tamadun Melayu di rantau ini, seharusnya akan melahirkan rasa kebanggaan dengan kegemilangan sejarahnya tanpa ada rasa sedikit pun memandang kaum lain dengan pandangan hina.

Ia adalah perasaan fitrah dalam diri manusia yang mengetahui asal usul keturunannya dan identiti ini perlu disemai agar lebih membuahkan rasa cinta kepada bangsa sendiri seterusnya menyemarakkan semangat perjuangan bangsa.

Bersatu padu di bawah identiti dan semangat ini tidak menjadikan orang Melayu bersikap rasis dan menindas kaum lain, sebaliknya menjadikan mereka lebih menghargai fitrah kejadian dan berusaha meneruskan survival bangsanya yang pernah mendaulatkan agama Islam satu ketika dahulu.

TANAH WATAN YANG DIWARISI
Negara ini menjadi tanah tumpah darah kita dan ia mesti dipertahankan. Kehilangan Pulau Temasik perlu dijadikan pengajaran agar umat ini perlu membentuk kuasa politik yang kuat, satu suara dalam menjaga tanah air daripada diceroboh dan terlepas ke tangan-tangan tidak bertanggungjawab.

Tanah inilah yang bakal kita wariskan kepada generasi anak cucu selepas kita. Tiada lagi tanah lain yang diperuntukkan khusus untuk bangsa Melayu selain daripada negara Malaysia. Tanah inilah yang menyatukan kita. Kita berjuang kerananya seperti mana datuk nenek kita berjuang untuk kita hari ini.

ANCAMAN YANG SENTIASA MENGINTAI
Realiti hari ini menunjukkan banyak ancaman yang dihadapi oleh agama, bangsa dan negara kita. Semuanya mengintai-intai peluang untuk menyusup dan menyebarkan racun merosakkan anak bangsa kita.

Arus hedonisme, hiburan melampau, penularan ideologi-ideologi celupan Barat seperti liberalisme, pluralisme dan humanisme dan banyak lagi virus lain amat membimbangkan kita.

Musuh-musuh yang kita hadapi adalah sama. Meskipun mereka dilihat nampak tersusun dan strategik, hakikatnya Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bahawa mereka sebenarnya lemah.

Mereka berjaya melaksanakan impian jahat mereka adalah disebabkan kelemahan kita dan kewujudan kita yang terpisah-pisah dan tidak bersatu padu.

Bayangkan jika umat Islam tegas sebulat suara mempertahankan hak dalam apa-apa isu, nescaya tiada lagi suara sumbang yang berani menghina dan memperlekehkan maruah agama, bangsa dan negara.

KESATUAN ADALAH PENYELESAIAN

Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menghadapinya, adakah dengan cara yang terbaik atau dengan cara lama yang sudah terbukti tidak memberi kesan sebaiknya.

Antara jalan keluar bagi permasalahan umat Islam khususnya bangsa Melayu di Malaysia hari ini ialah duduk semeja, berbincang dan bekerjasama sesama umat Islam.

Jika kita berterusan memberikan alasan perbezaan sebagai penghalang, cuba kita senaraikan apakah perbezaan yang ada di antara kita. Agama, budaya, tanah air, cara hidup, identiti dan bahasa antara perkara besar dalam kehidupan kita. Menariknya kita berkongsi agama, budaya, tanah air, cara hidup, identiti dan bahasa yang sama.

Namun, tidak dinafikan perbezaan itu tetap ada. Nama, paras rupa, warna kulit, warna bendera sudah tentu berbeza, tapi apakah perbezaan itu lebih utama sehingga mengatasi persamaan yang disenaraikan di atas?

Sudah tentu tidak. Bersatulah, membentuk kekuatan demi menjayakan agenda perjuangan agama, bangsa dan negara tercinta. - utusan

Thursday, March 3, 2016

Pengkhianatan Pulau Batu Puteh

Pasukan khas perlu dibentuk siasat kes Batu Puteh
KUALA LUMPUR  – Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan pasukan khas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditubuhkan bagi membongkar status pemilikan Pulau Batu Puteh yang kini menjadi hak milik Singapura.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, kedua-dua pasukan itu perlu meneliti beberapa perkara penting yang tidak dikemukakan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sehingga menyebabkan persempadanan pulau tersebut ‘terlepas’ kepada negara jiran.

“Mereka perlu menyiasat akuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim berkaitan pulau berkenaan di samping beberapa maklumat yang diperoleh pasukan polis Johor tentang kes jenayah yang berlaku di sana.

“Ini berikutan, sekiranya pihak polis pernah menjalankan siasatan di Pulau Batu Puteh, ia sekali gus membuktikan bahawa pulau itu adalah milik Johor,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Menurut Zakwanhafiz(dua dari kiri), pihaknya turut menerima maklumat berkaitan penugasan dan rondaan pihak berkuasa antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Kastam Diraja Malaysia serta Jabatan Imigresen, namun jadual tugasan telah hilang.

Jelasnya, struktur bangunan di atas pulau berkenaan juga perlu dikaji dan diselidik bagi mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam perancangan pembinaannya.

Ujarnya, siasatan lanjut berkaitan perpindahan sejumlah wang yang banyak di Hong Kong juga dipercayai berkaitan dengan pertukaran persempadanan pulau itu yang terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa siasatan dilakukan ke atas semua ahli panel dari Jabatan Peguam Negara dan agensi berkaitan yang mewakili negara dalam prosiding tuntutan Pulau Batu Puteh di ICJ, Belanda.

Katanya, ia berikutan terdapat wakil yang kurang berpengalaman dihantar untuk menyertai prosi­ding perundangan terbabit.

Pada 23 Mei 2008 ICJ yang berpusat di Hague, Belanda memutuskan Pulau Batu Puteh atau dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura adalah milik sah negara berkenaan dan hanya Terumbu Karang Tengah (Middle Rock ) serta Terumbu Karang Selatan (South Ledge) milik Malaysia.

Keputusan itu dimuktamadkan dengan selepas 12 daripada 16 panel hakim menyebelahi Si­ngapura. - utusan