nuffnang

Thursday, October 30, 2014

Cara Bertani Banjar Malaysia Beda Dari Banua


Banjarmasin - Cara bertani sawah warga Suku Banjar yang berada di beberapa wilayah negeri di Negara Malaysia sudah jauh berbeda bila dibandingkan cara tradisional bersawah khas Banjar di Banua atau Kalimantan Selatan, Indonesia.

"Mereka warga Banjar Malaysia sudah menggunakan sistem modern, semua sudah menggunakan mekanik," kata Abdussamad Thalib, Pembantu Dekan Dua, Fakultas pertanian Universitas Lambung Mangkurat (Unlam) Banjarmasin, Kamis.

Hal tersebut dikemukakan Abdussamad Thalib setelah pulang dalam perjalanan mengikuti perjalanan titian muhibah 17-26 Oktober 2014 ke beberapa lokasi pemukiman suku Banjar yang tinggal ratusan tahun di negeri jiran tersebut.

Saat di Malaysia, rombongan dari Forum Silaturahmi Kulaan Banua (FSKB) yang dikoordinir oleh Ikatan Keluarga Alumni (IKA) Universitas Lambung Mangkurat (Unlam) Banjarmasin tersebut sempat melihat cara bertani di Bagan Serai dan Sungai Manik, negeri Perak Malaysia.

Di sana rombongan berjumlah 19 orang berbincang dengan seorang tokoh masyarakat Banjar Bagan Serai, Haji Sulaiman yang kala itu menceritakan bahwa cara bertani atau yang disebut bandang warga setempat sudah tak memanfaatkan lagi cara lama masyarakat Banjar seperti layaknya di Banua (Kalimantan Selatan).

Menurut Haji Sulaiman yang mengakui nenek moyangnya dari Kelua Kabupaten Tabalong Kalsel Indonesia tersebut, petani di sana tak lagi "merincah" (menyiapkan lahan) dengan alat tajak, tak lagi "menanjang" (nanam padi) dengan alat tanjang, serta "mengatam" (panen padi) dengan ranggaman (ani-ani) seperti layaknya di Banua.

Tetapi cara kerja bandang di sana sudah semuanya pakai mekanik atau alat mesin pertanian (Alsistan), mereka hanya main perintah atau tunjuk, tak lagi bekerja sebagaimana cara bersawah tradisional.

"Badan kami tak lagi kotor untuk berjebur ke bandang, kami cukup perintahkan kepada pemakai Alsintan untuk mengerjakan semuanya, tinggal membayar upah," tuturnya.

Mulai menyiapkan lahan sampai panen selama tiga bulan semuanya pakai mekanik, maka petani tinggal menerima jumlah padi yang dihasilkan dari alat-alat mesin tersebut.

Bahkan bertani di sini banyak memperoleh bantuan pemerintah (kerajaan) termasuk penyediaan pupuk, bahkan bila sudah panen setiap panen oleh kerajaan diberikan intensif lagi, setiap ton diperhitungkan sekitar 200 ringgit.

"Jika hasil sawah atau bandang 10 ton per hektare-nya, maka bonus kerajaan setiap ton 200 ringgit Malaysia, maka setiap ton petani akan memperoleh sekitar 2000 ringgit, jika setiap petani mengelola 10 hektare bandang maka akan memperoleh bonus kerajaan 20000 ringgit," katanya.

Karena itu petani setempat, selain memperoleh hasil sawah untuk diri sendiri hasil itupun diperhitungkan oleh kerajaan untuk diberikan bonus, maksudnya agar petani giat bekerja untuk menghasilkan pangan bagi kemakmuran masyarakat.

Wilayah pemukiman suku Banjar yang banyak mengelola sawah tersebut, adalah wilayah Bagan Serai dan Sungai Manik ini karena wilayahnya dataran rendah yang berair dan sistem irigasinya di bantu oleh kerajaan.

Dengan cara bertani demikian maka sudah dipastikan setiap petani tampak lebih sejahtera bila dibandingkan dengan petani banua, maka jangan heran jika setiap petani sudah memiliki mobil atau yang disebut warga setempat kereta.

Kunjungan FSKB tersebut bertujuan untuk mempererat hubungan persaudaraan tersebut antara warga Banjar di Malaysia yang ditaksir sekitar dua juta jiwa dengan warga Banjar yang ada di Banua.

Selain saling mengunjungi satu sama lain, cara lain mempererat persaudaraan tersebut melalui pertemanan dan komunikasi melalui jejaring sosial, katanya seperti Facebook ada grup kulaan banjar se-dunia yang sudah beranggotakan 14 ribu orang lebih.

Kaitan saling mengunjungi tersebut sudah pernah dilakukan baik oleh kulaan Banjar Malaysia ke Banua (Kalsel) maupun kulaan Banjar Banua ke Malaysia, dan saling kunjung mengunjungi tersebut akan terus dilakukan, apalagi dari kedua belah pihak ada yang berkaitan berkeluarga.

Untuk kunjungan balasan kedua kulaan Banjar Banua yang dikoordinir Ika Unlam selain silaturahmi, wisata, serta buat dokumenter orang Banjar madam ke Malaysia.

Banyak lokasi yang dikunjungi antara lain ke Kampong Bukit Melintang yang 80 persen penduduknya orang Banjar, mengikuti kegiatan "Mini Karnival Kulaan" kegiatannya berupa demonstrasi membuat wadai (kue) Banjar, kegiatan membaca berjanji, ada penjualan produk2 usaha orang Banjar Malaysia, silaturrahmi, demonstrasi pukong (bapukung).

Ke Universitas Islam Azlan Shah bertemu dengan rektor Nordin Kurdi serta Prof Jamil Hasim yang keturunan Banjar, di Kuala Kangsar.

Rombongan juga Johor Bahru, singgah di Kantor PBM dan Koperasi Kulaan (Ko-Kulaan) di Bangi, pusat wisata negeri Melaka, mengunjungi objek wisata berupa situs warisan (heritage) yang diakui UNESCO, antara lain Pelabuhan Lama dimana terdapat Museum kapal Portugis, Benteng Portugis, Pasar Seni dan Kerajinan cendera mata.

Sumber : Antaranews.com

Wednesday, October 29, 2014

Kempen Sentuh Anjing Ada Maksud Terselindung

KETUA Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha khuatir kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat cubaan mencipta budaya baharu sekali gus membawa kepada perbuatan menghina Islam.

Tambah beliau, kempen itu telah menimbulkan keresahan awam khususnya dalam kalangan umat Islam kerana jelas bercanggah dengan pegangan mazhab dan adat di negara ini. Mazhab Shafie melarang umat Islam menyentuh anjing secara sengaja kerana ‘menajiskan’ diri tanpa tujuan munasabah adalah haram.

Perbuatan tersebut samalah seperti orang yang se­ngaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudian, katanya.

Analogi ini sangat menarik kerana dalam Islam mengikut mazhab Shafie kedudukan perkara ini adalah jelas. Tidak perlu fatwa baharu untuk membolehkan ia berlaku. Umat Islam di Malaysia sudah dididik sejak kecil lagi dengan hukum-hakam ini.

Tiba-tiba ia terjadi. Sudah tentu ada maksud terselin­dung di sebalik kejadian ini. Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin cuba membuat justifikasi. Ia mudah difahami kerana tokoh ini suka mengambil pendirian kontroversi atas banyak perkara.

Nurul Izzah Anwar, seorang ahli politik yang cukup kontroversi dengan tafsirannya sendiri suatu ketika dulu, melihat lunak akan kempen ini dan membuat kenyataan seolah-olah membolehkan ia berlaku.

Kenyataan-kenyataan tersebut secara halus mempertajamkan hubungan penganut mazhab Shafie yang menjadi anutan rasmi di Malaysia dengan yang bukan penganut mazhab Shafie yang telah sekian lama terjadi.

Bagi yang tidak faham kedudukan hukum-hakam ke­nyataan yang dibuat semacam ada elemen liberal melihat semua perkara boleh atas nama kasih sayang kepada haiwan dan nilai kemanusiaan yang tinggi.

Islam tidak mengajar kita membenci anjing. Islam meletakkan batasan boleh dan tidak boleh mengenai hal-hal berkaitan anjing terutama air liur dan najisnya yang dile­takkan dalam kategori mughallazah iaitu najis berat yang perlu disamak.

Tidak pernah berlaku kempen membunuh anjing di Malaysia melainkan pihak yang berwajib menangkap anjing liar dan anjing gila.

Kalau begitu apakah isu mengenai anjing ini? Apakah kerana orang lain boleh memeluk dan mencium anjing maka umat Islam dikatakan tidak mempunyai nilai kemanusiaan maka harus diadakan kempen sentuh anjing?

Tidak mustahil akan datang sekiranya hal ini dibenarkan maka kempen menyentuh khinzir akan terjadi.

Yang peliknya, orang Islam turut sama menaja dan menjayakan kempen kontroversi ini malah kelihatan bangga memeluk anjing seolah-olah sejak dari kecil lagi mereka tidak dididik bagaimana caranya menyantuni anjing.

Pada hemat penulis perkara ini bukan isu baik dari segi agama apa lagi budaya. Ia sudah diterima sebagai pegangan yang berbeza. Bila pihak penaja menjadikan ia suatu isu dan tidak dipantau pelaksanaannya oleh Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) banyak pihak yang ditipu dan tertipu.

Apabila pihak penganjur mempunyai muslihat yang tersembunyi kejujuran pihak penganjur sudah tidak ada. Perkara seperti ini tidak harus dibiarkan begitu. Jakim dan JAIS harus bertindak sewajarnya kerana mempermainkan hukum-hakam Islam tidak harus dibiarkan berlaku dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.

Akhir-akhir ini kian banyak tindakan menghina Islam terjadi. Islam sering menjadi agama yang disalah faham dan yang peliknya sesetengah tokoh Islam turut me­nyumbang seolah-olah tidak dapat membezakan hal-hal yang usul (pokok) dengan hal-hal yang furu’ atau ranting.

Kalau ia tidak dibendung pengaruh liberalisme agama seperti yang sedang berlaku di lndonesia dan fahaman pluralisme agama (semua agama sama) akan menjadi-jadi di Malaysia dan ia bahaya bagi kesatuan umat (wahdah) di negara ini.

Dari Jendela Tok Ki

Monday, October 27, 2014

Pulau Pisang: Singapura Boleh Tuntut Hak

SHAH ALAM - Singapura boleh menuntut Pulau Pisang sekiranya republik itu mengamalkan ‘pendudukan efektif’ di pulau berkenaan untuk satu tempoh yang lama mengikut Undang-undang Laut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS).

Pemerhati undang-undang, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata, jika Malaysia mengakui sebagai pemilik bagi sesebuah kawasan maka perkara itu perlu dibuktikan kepada negara-negara lain dan juga seluruh dunia.

“Dari sudut UNCLOS, cara sesuatu tempat boleh dituntut oleh negara lain ialah dipanggil ‘effective occipation’ (pendudukan efektif). Maknanya kawasan itu diduduki atau diuruskan oleh negara berkenaan.

“Saya tidak pasti situasi sebenar di Pulau Pisang tetapi sekiranya pulau itu juga ditadbir oleh Singapura bagi tempoh masa yang panjang dan kita tidak ambil apa-apa tindakan untuk menunjukkan bahawa kita adalah tuan punya pulau itu, maka Singapura boleh buat tuntutan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang Pulau Pisang senasib Pulau Batu Puteh

Beliau turut mengingatkan bahawa Pulau Batu Puteh telah diuruskan oleh Singapura dan perkara itu menjadi asas tuntutan republik tersebut.

Beliau yang juga seorang peguam itu menyarankan agar Malaysia segera mengambil langkah berwaspada dengan mentadbir pulau yang terletak kira-kira 8 kilometer di luar perairan Pontian itu.

Sekiranya Malaysia melakukan pendudukan efektif ke atas pulau tersebut seperti mentadbirnya, kita mungkin tidak akan hilang kelayakan untuk mengatakan pulau itu adalah hak milik kita.

“Setakat ini Singapura memang tidak membuat sebarang tuntutan lagi tapi kita perlu berwaspada. Pulau Batu Puteh itu satu isu yang sangat sedih buat sejarah Malaysia,” katanya.

Menurutnya, pulau itu perlu didiami warga Malaysia meskipun hanya dalam bilangan yang kecil.

“Kerajaan perlu sentiasa menunjukkan kepada Singapura dan dunia bahawa kita melakukan pentadbiran kesemua pulau di Malaysia.

“Cara terbaik adalah Malaysia menempatkan kem tentera dan juga penduduk yang menetap di pulau itu.

“Walaupun jumlahnya kecil tapi penduduk itu mestilah warganegara Malaysia dan mentadbir urus pulau tersebut,” katanya.

Tambahnya, “kita mesti ambil langkah-langkah untuk membangunkan apa saja yang kita boleh buat. Mungkin bangunkan sektor pelancongan di sana.”

1 Julai 2008 lalu, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, isu kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Pisang tidak perlu timbul ekoran pulau itu sudah diwartakan dalam mukim Pontian dan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Majlis Daerah Pontian.

Pulau Pisang terletak 5 kilometer dari bandar Benut itu mempunyai kedudukan strategik iaitu di bahagian selatan laluan perkapalan yang sibuk di Selat Melaka.

Terdapat sebuah rumah api setinggi 53 meter yang dikendalikan oleh Kakitangan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Di kawasan sekitarnya pula terdapat tiga buah pulau lain iaitu Pulau Sauh, Pulau Kemudi dan Pulau Tunda.

Sumber : sinarharian

Wednesday, October 22, 2014

7 Faktor Utama Berkurangnya Keindahan Bentuk Payudara

Berapapun usia seorang perempuan, keindahan bentuk payudara harus selalu dijaga. Hal ini tentu bukan tanpa alasan, sebab kita semua tahu bahawa payudara tak hanya menjadi organ ruang tubuh, tetapi juga sekaligus menjadi organ seks sekunder bagi para perempuan. Bentuk payudara yang indah mampu membuat peremuan kelihatan lebih cantik dan meningkatkan kepercayaan dirinya.

Malangnya, keindahan bentuk payudara boleh saja berkurang kerana banyak faktor, berikut beberapa di antaranya:

1 Melahirkan dan Menyusui 
Tak dapat dinafikan, fasa kehamilan, melahirkan, dan menyusui menjadi salah satu faktor terbanyak penyebab bentuk payudara berubah. Di masa kehamilan, massa payudara akan mengalami kenaikan secara semula jadi, seiring dengan semakin aktifnya kelenjar susu berproduksi.

Kenaikan massa tersebut tentunya berimbas pada semakin kuatnya kesan gaya graviti pada payudara, sehingga berpotensi membuatnya kendur dan turun.

2 Sering Mengalami Guncangan
Pelbagai aktiviti fizikal seperti sukan dan rutin harian dengan intensiti gerakan yang tinggi secara tak sedar seringkali membuat payudara mengalami kejutan-kejutan, mulai dari kejutan ringan hingga berat.

Kejutan-kejutan sebagai akibat dari aktiviti harian ini menjadi salah satu faktor yang akan membuat bentuk payudara berubah mengikut masa, terlebih jika payudara terbilang berisi.

3 Perawatan yang Salah 
Yang dimaksudkan dengan perawatan yang salah di sini adalah perlakuan yang kasar pada payudara selama melakukan aktiviti seksual. Meremas terlalu kuat, misalnya.

4 Perubahan Berat Badan 
Bagaimanapun, selain terdiri daripada kelenjar susu, payudara juga terdiri dari kelenjar lemak. Hal inilah yang menjadi alasan mengapa bentuk payudara ikut berubah seiring dengan naik atau turunnya berat badan seorang perempuan.

5 Tidak Tersangga dalam Masa yang Cukup Lama 
Seperti yang telah dibincangkan pada mata sebelumnya, gaya graviti mempunyai kesan tarikan yang cukup kuat pada payudara. Kesan tarikan ini berbanding lurus dengan massa dari payudara itu sendiri, di mana hal ini bermakna pengaruh gaya graviti akan semakin besar seiring dengan besarnya payudara.

Oleh kerananya, untuk mengurangkan kesan buruk gaya graviti, payudara perlu disangga dengan baik dan benar.

6 Penurunan hormon estrogen 
Pada perempuan, hormon estrogen menurun seiring dengan bertambahnya usia. Penurunan hormon estrogen dalam jumlah yang signifikan umumnya terjadi menjelang dan pasca menopause. Penurunan hormon estrogen berimbas langsung pada kelenjar susu sehingga mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap bentuk payudara.

7 Kesalahan Memilih Bra 
Sebagai alat bantu penyangga payudara, bra adalah item penting bagi kaum hawa yang pemilihannya tentu tak boleh dilakukan secara asal. Pemilihan bra yang tepat, baik dari segi saiz lilitan dada dan cup pelindung payudara, akan secara signifikan membantu bentuk payudara tetap indah dan selalu kelihatan sesuai.

Penting untuk diperhatikan, mengingat pertumbuhan payudara pada perempuan berbeza-beza mengikut peringkat usianya, maka pemilihan bra juga haruslah disesuaikan dengan cabaran penuaan yang dihadapi payudara sesuai tahap yang sedang dilalui.

Sumber asal : perempuan.com

Tuesday, October 14, 2014

Mitos Mengenai Cinta Sejati

Sebaik dilamun cinta, ramai yang percaya mereka telah berjumpa dengan cinta yang sejati. Mereka percaya, sekali mereka jatuh cinta, semua dilema dan masalah yang akan timbul dalam hubungan berkenaan akan hilang dan pudar dengan sendiri.


Padahal, semua kebimbangan dan tekanan yang bakal dihadapi di dunia nyata akan memenuhi ruang lingkup pasangan berkenaan kerana sebenarnya semua masalah tidak akan hilang sebaik sahaja pasangan jatuh cinta.

Mereka masih perlu berfikir mengenai tanggungjawab masing-masing, kerja dan meluangkan masa dengan anak-anak.

Asalkan anda mengetahui realiti kebenaran mengenai mitos cinta yang sejati, anda perlu mengambil masa untuk mengenali siapakah sebearnya pasangan anda, menjadi sahabat karibnya dan jangan sesekali berhenti bekerjasama sebagai sebuah pasukan dalam rumah tangga.

Sebagai pasangan adalah penting untuk mengetahui yang mana adalah cinta sebenar dan yang mana adalah cinta yang hanya memberikan anda kesudahan yang dangkal pada penghujung usia cinta anda.

Carilah insan yang menghormati anda kerana dengan hanya menghormati anda, dia akan merasakan cinta itu sedalam-dalamnya.

Mitos 1
Bersedia lakukan apa sahaja
   
Jika awak mencintai saya, awak perlu lakukan sesuatu untuk saya atau jika anda sayang saya awak perlu... Ini adalah satu persoalan yang klise semata-mata untuk membuktikan cinta anda kepadanya. Kata-kata ini seumpama perangkap maut kepada hubungan anda. Cinta yang sejati bukannya mengharapkan kepada balasan atau bukti, secara hakikinya ia adalah satu noktah kejujuran bagi perhubungan yang tidak memerlukan ia dibina berdasarkan permintaan untuk membuktikan cinta anda.

Sekiranya diminta untuk membuktikan sesuatu demi cinta, anda seolah-olah dimanipulasi dalam hubungan berkenaan, demi kepentingan orang lain. Jangan letakkan pagar di dalam hubungan untuk memastikan si dia mencintai anda kerana cinta memerlukan kejujuran.

Mitos 2
Cinta tidak perlukan kawalan


Apabila orang percaya dia sudah jatuh cinta, mereka automatik percaya apabila sebarang masalah berlaku ia pastinya akan pudar perlahan-lahan sebaik sahaja perasaan cinta sudah mula menguasai. Ini sebenarnya adalah mitos. Dengan hanya satu perkataan, saya cintakan awak, tidak membuatkan masalah hilang dari dalam diri anda semudahnya apatah lagi sekiranya anda mengalami kongkongan daripada pasangan.
Mitos 3
Cinta sudah mencukupi

Sudah semestinya cinta adalah satu komponen yang terpenting dalam hubungan. Tapi sebenarnya untuk menjalinkan hubungan, pasangan itu perlu memasukkan rasa hormat, nilai-nilai murni, setia kawan, berkomunikasi dan kerjasama yang memerlukan umbangan terbesar dalam setiap masa.

Biarpun anda menyayangi pasangan anda namun dengan tiadanya nilai-nilai yang disebutkan tadi, hubungan anda tidak akan ke mana.

Mitos 4
Setakat cukup beri komitmen

Tidak cukup dengan hanya memberi komitmen dalam hubungan cinta sahaja kepada pasangan. Apa yang penting ialah sejauh mana berakhirnya hubungan berkenaan apda masa depan.

Ramai yang percaya sebaik mereka berpasangan dan melafazskan ikrar cinta hubungan ini perlu dibaja dan disemai selalu agar sentiasa mekar berbunga atau tidak hubungan akan cepat bosan dan layu.

Itu sebab sebelum cinta semakin pudar, tindakan-tindakan untuk membajai cinta perlu selalu dilakukan agar tidak terasa tawar dan akhirnya bosan.

Sumber : utusan@Keluarga

Sunday, October 12, 2014

Kemenangan Tahaluf Siyasi PAS

'Tahniah' pesta arak
Walaupun mendapat bantahan banyak pihak, penganjuran pesta arak Oktoberfest selama tiga hari yang bermula kelmarin diteruskan di tempat letak kereta pusat beli-belah 1 Utama dekat Petaling Jaya, Selangor, malam semalam.

Awang tertanya-tanya mengapa penganjur berdegil dengan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat. Meskipun Oktoberfest bukan baharu tetapi kali ini, ia dibuat secara besar-besaran dengan promosi yang gah sehingga mengundang kontroversi. Oktoberfest asalnya terhad diadakan di kelab-kelab tetapi kini secara terbuka di luar kelab.

Lalu tercetus persoalan mengapa ghairah mahu mempromosi budaya meminum minuman keras seolah-olah Malaysia adalah negara Barat dan pengeluar utama minuman keras?

Awang melihat ia sebagai cubaan untuk menguji sejauh mana reaksi pihak berkuasa dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan pencerobohan besar (termasuk ancaman budaya) yang bermula dengan pencerobohan kecil. Jika didiamkan begitu sahaja, ia akan memberikan isyarat bahawa pesta arak seumpama itu sesuatu yang bukan sahaja diterima malah boleh diraikan secara besar-besaran di negara ini yang majoritinya beragama Islam. Tidak mengejutkan jika lebih banyak pesta seumpama itu akan diadakan dengan lebih hebat lagi.

Berdasarkan komen pemimpin DAP menerusi laman sosial, lebih 5, 000 hadir pada hari pertama. Mesej yang mahu disampaikan Oktoberfest berjaya biarpun mendapat kecaman banyak pihak. Sebagai tanda sokongan kepada penganjur, beberapa pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam PKR hadir memeriahkan pesta arak itu. Malah ada pemimpin parti itu yang bangga dengan kehadiran mereka serta mengeluarkan komen sinikal menerusi laman sosial sebagai provokasi halus ke atas pihak berkuasa.

Maka lebih mudah untuk membuat rumusan mengapa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali tidak berani bertindak. DAP lebih berkuasa di Selangor, PKR cuma pak turut. Apa pun, Awang ucapkan 'tahniah' atas kemenangan moral pihak penganjur dan pakatan pembangkang kerana mengangkat budaya minuman keras di tanah air ini. Memang mereka menang, menang pula secara mudah. Itulah hakikatnya.
'Tahniah' pesta arak

Walaupun mendapat bantahan banyak pihak, penganjuran pesta arak Oktoberfest selama tiga hari yang bermula kelmarin diteruskan di tempat letak kereta pusat beli-belah 1 Utama dekat Petaling Jaya, Selangor, malam semalam.

Awang tertanya-tanya mengapa penganjur berdegil dengan tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat. Meskipun Oktoberfest bukan baharu tetapi kali ini, ia dibuat secara besar-besaran dengan promosi yang gah sehingga mengundang kontroversi. Oktoberfest asalnya terhad diadakan di kelab-kelab tetapi kini secara terbuka di luar kelab.

Lalu tercetus persoalan mengapa ghairah mahu mempromosi budaya meminum minuman keras seolah-olah Malaysia adalah negara Barat dan pengeluar utama minuman keras?

Awang melihat ia sebagai cubaan untuk menguji sejauh mana reaksi pihak berkuasa dan masyarakat. Inilah apa yang dikatakan pencerobohan besar (termasuk ancaman budaya) yang bermula dengan pencerobohan kecil. Jika didiamkan begitu sahaja, ia akan memberikan isyarat bahawa pesta arak seumpama itu sesuatu yang bukan sahaja diterima malah boleh diraikan secara besar-besaran di negara ini yang majoritinya beragama Islam. Tidak mengejutkan jika lebih banyak pesta seumpama itu akan diadakan dengan lebih hebat lagi.

Berdasarkan komen pemimpin DAP menerusi laman sosial, lebih 5, 000 hadir pada hari pertama. Mesej yang mahu disampaikan Oktoberfest berjaya biarpun mendapat kecaman banyak pihak. Sebagai tanda sokongan kepada penganjur, beberapa pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam PKR hadir memeriahkan pesta arak itu. Malah ada pemimpin parti itu yang bangga dengan kehadiran mereka serta mengeluarkan komen sinikal menerusi laman sosial sebagai provokasi halus ke atas pihak berkuasa.

Maka lebih mudah untuk membuat rumusan mengapa Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Azmin Ali tidak berani bertindak. DAP lebih berkuasa di Selangor, PKR cuma pak turut. Apa pun, Awang ucapkan 'tahniah' atas kemenangan moral pihak penganjur dan pakatan pembangkang kerana mengangkat budaya minuman keras di tanah air ini. Memang mereka menang, menang pula secara mudah. Itulah hakikatnya.

Oleh : Awang Selamat

Saturday, October 11, 2014

Tahaluf Siyasi PAS yang Munafik

Tahaluf Siyasi
1. Dalam usaha PAS untuk mengurangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO, PAS mendakwa bahawa orang UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam, khususnya orang Cina yang beragama Buddha atau Taoist dan orang India yang beragama Hindu

2. PAS mendakwa bahawa orang Islam tidak dibenar oleh agama Islam bekerjasama dengan orang bukan Islam. Mereka akan menjadi kafir jika berbuat demikian. Oleh itu, orang Melayu dalam UMNO dan penyokong mereka sudah menjadi kafir.

3. Tuduhan ini dibuat dengan begitu serius sehingga orang PAS benar- benar percaya orang UMNO kafir. Susulan daripada itu, orang PAS tidak lagi sembahyang berjemaah dengan orang UMNO. Mereka sembahyang berasingan dibelakang imam mereka sendiri.

4. Mereka tidak membenar anak mereka berkahwin dengan anak orang UMNO. Ada yang dikahwin sekali lagi kononnya untuk menghalalkan perkahwinan mereka sebelum menyertai PAS.

5. Kubur orang PAS juga diasingkan dari kubur orang UMNO. Ada juga perpecahan dalam keluarga kerana anak mengkafir ayah dan ibu kerana menyokong UMNO.

6. Sesungguhnya dakwaan bahawa orang UMNO kafir dipercayai tanpa diragu oleh orang PAS.


7. Dalam pilihanraya sehingga 1986, PAS meletak calon-calonnya melawan bukan sahaja BN tetapi juga parti-parti bukan Islam yang lain. Kerana tidak disokong selain dari ahli PAS dan Melayu yang terima hujah PAS, kemenangan PAS amat tipis. Jelas sekali selain dari Kelantan dan Terengganu tidak mungkin PAS menang dan mendiri Kerajaan dinegeri lain. Sudah tentu PAS tidak mungkin mendiri Kerajaan di peringkat Pusat.

8. Walaupun Tengku Razaleigh dengan Semangat 46-nya berjaya memujuk PAS bekerjasama dengan partinya dan DAP tetapi kemenangan bagi PAS tidak banyak meningkat.

9. Tetapi Anwar Ibrahim lebih berjaya mempengaruhi PAS supaya bekerjasama bukan sahaja dengan PKR tetapi juga dengan DAP, parti bukan Islam yang terbesar yang menolak agenda Islam, PAS.

10. PAS terpaksa akui bahawa tanpa sokongan orang bukan Islam, tak mungkin PAS berkuasa di peringkat pusat. PAS berada dalam keadaan serba salah. Mereka sudah kafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir. Tetapi hakikatnya PAS perlu bekerjasama dengan orang kafir jika PAS ingin jayakan hasrat untuk berkuasa di peringkat Pusat dan melaksanakan hukum hudud PAS dalam negara Islam kononnya.


11. Sementara rakan UMNO yang bukan Islam tidak pernah menentang UMNO dan Islam, bahkan mereka tidak menolak dakwaan UMNO bahawa Malaysia adalah Negara Islam, tetapi DAP yang PAS berhasrat bekerjasama secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS yang kononya diperjuang oleh PAS. Pemimpin DAP begitu keras menolak Negara Islam PAS sehingga menyatakan langkah mayat mereka sebelum Malaysia dijadikan Negara Islam. Tentangan DAP terhadap Islam dan Negara Islam menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka. Sesungguh mereka tidak bersetuju dan anggap PAS sebagai musuh terutama berkenaan cadangan memperkenalkan hukum hudud.

12. Namun PAS tidak dapat menolak hakikat bahawa tanpa kerjasama dan sokongan orang bukan Islam, iaitu DAP, PAS tak mungkin berkuasa di peringkat pusat.

13. Akhirnya PAS lupakan sahaja dakwaan mereka bahawa bekerjasama dengan orang kafir menjadikan orang Islam kafir. Untuk meyakinkan ahli dan penyokong PAS bahawa PAS boleh kerjasama dengan orang kafir tanpa menjadi kafir PAS perkenalkan perkataan Arab “tahaluf siyasi” bagi kerjasama PAS dengan orang kafir.

14. Orang Melayu anggap bahasa Arab adalah bahasa agama dan apa sahaja yang disebut dalam bahasa Arab tentulah dari agama Islam. Dan perkataan Arab lebih mudah diterima.

15. Dengan itu kerjasama PAS dengan orang kafir DAP diperkenal dengan perkataan ‘tahaluf siyasi’ yang maksudnya sama dengan kerjasama. Selesai masalah. Bahawa ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama ini tidak berbeza sedikit pun dengan kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC tidak disebut dan tidak dijelaskan. Bahawa DAP secara terang-terangan menolak Negara Islam dan hudud PAS, tidak seperti MCA dan MIC tidak menentang perjuangan Islam UMNO juga tidak disebut. Kerana kerjasama ini disebut sebagai ‘tahaluf siyasi’ dalam bahasa Arab maka kerjasama ini tidak menjadikan PAS kafir. Jangan sebut kerjasama, sebut ‘tahaluf siyasi’ sahaja dan kerjasama dengan kafir menjadi halal.

16. Maka berpeluk-peluklah pemimpin PAS dengan pemimpin kafir. Dan di masa yang sama permusuhan dengan orang UMNO diteruskan kerana kerjasama UMNO dengan orang bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam tidak diberi nama Arab iaitu Tahaluf Siyasi.

17. PAS amat pintar dengan penggunaan Islam dan Bahasa Arab untuk menghalalkan yang haram apabila dilakukan oleh mereka dan mengharamkan perbuatan yang sama apabila dilakukan oleh UMNO. Saya tidak dapat mengenalpasti dari mana datangnya ‘tahaluf siyasi’ ini dan bila orang Islam dihalalkan apabila melakukannya.

18. Tetapi PAS masih tidak berjaya menjadi kerajaan di peringkat pusat. Dalam PRU 13 yang dapat kerusi terbanyak dalam Pakatan ialah DAP dengan 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi. Sementara Pulau Pinang kekal ditangan DAP dan Selangor ditangan PKR, PAS hilang negeri Kedah.

19. Sesungguhnya PAS telah ditipu oleh DAP.

20. Saya yakin ahli PAS tidak akan baca blog ini. Mereka taksub dengan pemimpin mereka, sehingga apabila pemimpin mereka menghina Allah SWT dengan mendakwa Allah mencarut pun, kesetiaan mereka kepada PAS tidak terjejas. Sesungguhnya parti PAS adalah parti assabiah.


Oleh : chedet

Thursday, October 9, 2014

Bukit Bintang Heat...!

Apakah Ini Kerana Cinta Buta Kita Kepada Presiden Obama?
Seorang tebunuh dalam letupan yang mencederakan 14 orang di hadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang yang merupakan kawasan hiburan malam paling panas di Kuala Lumpur yang juga popular dengan kunjungan gay dan lesbian

Untuk memadamkan berbagai spekulasi liar yang boleh mencemarkan imej baik negara , Timbalan CID Kuala Lumpur AC Khairi Ahrasa segera menyatakan bahawa kejadian itu mungkin berpunca dari persengeketaan kongsi gelap dan siasatan sedang dijalankan dari semua sudut.

Jika secepat itu di ketahui puncanya maka tidak pula polis secepat itu menciumi rancangan mereka sekalipun kenyataan itu memberikan gambaran sebagai ada penetrasi polis di kalangan mereka itu. Artinya mereka lebih cekap dan cepat betindak dari polis.

Walaupun kenyataan itu betujuan mematahkan spekulasi tetapi tidak dapat menghalang orang ramai untuk mengaitkan apa yang selama ini berlaku di Selatan Thailand dan Indonesia telah tercetus dalam negara kita.Keyakinan ramai tegugat terhadap keupayaan keselamatan .

Juga tidak dapat dihalang aliran pemikiran rakyat bahawa hal itu berlaku kerana Pedana Menteri Malaysia mahu menjadi wira kepada Obama dalam meletakan demokrasi dan liberalisme Malaysia setaraf dengan nilai Globalisasi wacana Barat sehingga sanggup menghapuskan ISA yang selama ini menjadi payung keselamatan negara.

Dan ini menimbulkan kemarahan di kalangan puak pelampau yang selama ini dapat dibendung oleh negara dengan menunjukan perimbangan dan kebijaksanaan kita bertindak dan menjalankan policy negara walaupun anti extemisme.

Kesanggupannya menghapuskan ISA tanpa berunding dengan rakyat yang menyokongnya adalah menjadi bukti sah dalam pekara ini.Hal ini juga telah mematahkan kuasa polis untuk melakukan tindakan preventive yang berkesan walaupun kuasa baru diberikan.

Walaupun Tun Dr.Mahathir juga semasa pemerentahannya menyedari bahawa kita tidak mungkin terlepas dari mulut buaya dalam menghadapi new colonialisme Barat tetapi kita tidak sampai terlihat menjilat punggong buaya untuk selamat dari naga.

Najib telah telah menghancurkan pagar yang dibina dengan darah dan air mata oleh ayahnya.

Oleh : zamkata

Saturday, October 4, 2014

BR1M Akan Disebut Berulang-Ulang Kali...!

Menangani Kegelisahan Rakyat
PADA Rabu lalu, sekali lagi stesen minyak diserbu. Sebaik sahaja berita rasionalisasi subsidi petrol dan diesel akan bermula pukul 12.01 tengah malam Khamis, berderet-deret kenderaan membuat barisan menunggu giliran seawal pukul 6 petang hari tersebut. Menjelang tengah malam, khabarnya barisan masih panjang.

Begitulah keadaannya setiap kali ada ‘pengumuman’ ini. Masing-masing berlumba-lumba mahu memenuhkan tangki petrol dan diesel kenderaan buat kali terakhir dengan harga lama sebelum harga baru berkuat kuasa.

Namakan apa sahaja, rasionalisasi subsidi, pengurangan subsidi, penyelarasan harga atau istilah-istilah ekonomi dan perdagangan lain, hakikatnya langkah ini bukan sesuatu yang menggembirakan. Walaupun ‘dirasional’ dan disokong dengan fakta-fakta ekonomi semasa, tidak semua terpikat. Jika dilihat dari sudut ekonomi langkah itu memberi banyak manfaat dan faedah kepada ekonomi dan pembangunan negara dalam tempoh jangka panjang, namun tidak ramai yang berminat.

Berita ‘rasionalisasi subsidi’ yang diumumkan itu disambut dengan keluhan. Reaksi tidak perlu ditulis di sini. Tengok sahaja WhatsApp, Facebook, Twitter, Telegram dan blog. Macam-macam ada. Ada gambar, ada rajah, ada infografik, ada parodi, ada pantun, seloka, gurindam dan ada skrip. Bermacam-macam nada. Marah, kecewa, geram, lucu dan sinis.
Tiada siapa yang suka dengan berita ‘kenaikan’ ini. Lainlah kalau yang naik itu gaji atau pangkat. Walaupun pengumuman itu disusuli dengan jaminan insentif-insentif lain bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana, berita sedemikian masih belum mampu ‘meredakan’ perasaan ramai orang.

Golongan yang bergaji kecil, sederhana dan kelas pertengahan sudah pasti menerima kesan besar. Apatah lagi dalam keadaan kos sara hidup yang tidak turun-turun ini. Harga barang keperluan dan kos perkhidmatan terus meningkat dari sehari ke sehari.

Secara mudahnya apabila berlaku rasionalisasi subsidi bahan api ini maka berlakulah juga ‘rasionalisasi’ kepada harga barang dan perkhidmatan lain. Barang basah, barang kering, barang makanan, minuman, produk-produk pengguna, kos pengangkutan seperti van dan bas sekolah dan pelbagai lagi sudah pasti akan terkena tempias rasionalisasi subsidi tersebut.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas persatuan bas dan van sekolah awal-awal lagi akan menuntut mahu menaikkan tambang masing-masing. Itu belum masuk perkhidmatan lain, lori, bas, teksi, kereta sewa dan pelbagai lagi.

Sehari dua ini mungkin tidak nampak lagi. Maklumlah pasukan penguat kuasa tengah bersemangat memantau. Tengoklah sebulan dua selepas ini, akan ada restoran dan kedai makan menaikkan harga makanan dan minuman secara diam-diam. Harga produk-produk pengguna di pasar-pasar raya pun akan naik.

Kebanyakan pengguna tidak sedar atau perasan pun. Tetapi ramai juga yang prihatin dan ambil berat bab-bab membayar ini. Mereka akan minta bil setiap kali membayar di kaunter. Di situlah nanti mereka semak harga air atau roti canai yang dimakan. Naik atau tidak.

Sesetengah restoran dan kedai makan tidak tergamak menaikkan harga. Mereka menggunakan cara lain. Harga makanan dan minuman kekal macam biasa, hanya isi padu sepinggan makanan ‘dirasionalisasikan.’ Pengguna hanya menyedarinya apabila makan makanan yang sama tetapi tidak sekenyang dulu atau makanan cepat habis!

Bila timbul isu-isu kenaikan harga, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa agensi yang terlibat sekali lagi berhadapan dengan satu lagi cabaran besar. Beberapa bulan lalu kementerian itu ‘berperang’ dengan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi. Itu pun selepas akhbar Utusan Malaysia membongkar sindiket berkenaan. Hampir setiap hari ada sahaja tangkapan. Ramai ahli sindiket sudah didakwa di mahkamah.

Kali ini cabarannya lagi besar. Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap harga barangan pengguna perlu dilakukan secara menyeluruh dan sepanjang tahun. Bukan secara berkala atau setelah menerima aduan atau selepas ‘dicuit’ pihak tertentu. Biarlah aktiviti ini ‘hangat’ sepanjang masa dan bukan sekadar ‘hangat-hangat najis ayam.’

Lakukanlah secara diam-diam. Bila sudah berjaya baru umumkan. Jangan sekadar mengumumkan jumlah pemantauan dan berapa banyak operasi yang sudah dijalankan. Itu tidak penting. Yang lagi mustahak harga produk pengguna tidak dinaikkan sesuka hati oleh peniaga, penjual dan pemborong menggunakan alasan ‘pengurangan subsidi petrol dan diesel.’

Oleh kerana pengurangan subsidi dua bahan api itu memberi kesan langsung kepada semua orang, kita sebagai pengguna pun perlu bertindak. Jangan lagi berdiam diri dan mengeluh sahaja. Jika merasakan harga barangan pengguna tiba-tiba naik sehingga ke tahap tidak masuk akal, jangan bertangguh lagi.

Contohnya kalau sekotak susu rendah lemak naik sampai RM2 berbanding harga pada bulan lalu, ini sudah melampau. Laporkan sahaja kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa pula kena bertindak cepat menyiasat. Pengguna mahu melihat kesungguhan penguatkuasaan. Ramai juga berharap kerajaan mengumumkan sesuatu yang menggembirakan hati kumpulan yang terkena kesan besar pengurangan subsidi ini dalam pembentangan Bajet 2015 minggu depan.

Sekurang-kurangnya rasa gelisah rakyat terhadap segala macam kenaikan ini sedikit sebanyak dapat ‘dirasionalisasikan.’

Oleh : Rozaman Ismail

Friday, October 3, 2014

Warisan Patani Yang Gemilang

Cermin Sejarah, Warisan Melayu
PERSIDANGAN Antarabangsa Warisan Patani di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang 23 September lalu menarik perhatian ramai. Isu-isu sejarah, bahasa, seni dan budaya di samping peranan media sosial dalam tamadun Melayu memberi kesan yang mendalam. Persidangan itu memusatkan soal-soal budaya dalam zaman moden yang begitu banyak dicorakkan media sosial serta komunikasi olahan baru yang perlukan dokongan dunia Melayu.

Seminar juga meneliti penggunaan media sosial dalam kerja-kerja promosi bahasa Melayu, sastera dan puisi; Pengajian Melayu dan peradaban Islam di Patani yang memerlukan sentuhan di peringkat antarabangsa dan wilayah; juga dianalisis ialah soal cadangan agar Patani sebagai wilayah Melayu purba tidak terus terapit dalam kancah pergolakan politik fizikal seperti yang dialami pada masa ini.

Prof. Dr. Md Salleh Yaapar, pengerusi persidangan menonjolkan 21 kertas kerja dalam bidang-bidang menarik mengenai capaian warisan dan seni budaya Melayu di samping potensi yang perlu dicapai melalui media sosial. Sentimen kebersamaan pada sidang antarabangsa itu amat jelas. Kedudukan sejarah purba Patani (Fotani - lihat cebisan foto) sebagai kerajaan Melayu merupakan bahan tarikan terkuat. Misalnya aspek sejarah Patani Raya di zaman Langkasuka dan Srivijaya (650-1370) penuh dengan ciri-ciri gemilang. Narathiwat dengan nama Melayunya - Menara; Singgoranama bagi Songkhla. Pulau Phuket dulunya dipanggil Bukit. Nakon Si Thammarat dulu dipanggil Ligor dan Lingga ialah kawasan dekat Surat Thani sekarang. Penelitian sejarah selanjutnya menyingkap kesultanan Patani 1767 yang merdeka dan bebas susulan selesainya Perang Siam-Burma tetapi dijajah semula oleh Raja Rama I bila kemenangan memihak kepada Siam. Patani (dahulu kala dibunyikan Fotani Darussalam) seterusnya berada dalam genggaman Siam. Namun demikian keislaman Pattani tidak luntur dan unsur inilah yang terus memberi kegagahan kepada Patani.

Dalam tempoh abad 6 hingga 7, Patani berada di bawah pengaruh gemilang Srivijaya yang bertalian pemerintahan Langkasuka, satu-satunya kerajaan yang amat disegani lantaran tamadunnya. Di dalamnya termasuk Kedah dan Perlis serta beberapa pelabuhan. Orang Melayu yang beragama Hindu pada abad ke-2 di Lembah Bujang telah menempa zaman tamadun baru dengan kebolehan melebur logam termasuk besi dan emas; membuat alat-alat perhiasan dan senjata sambil mengasaskan perniagaan terus-menerus dengan benua Hindi.

Dengan persekitaran begini Patani berada dalam keadaan selesa untuk meneruskan tamadunnya yang juga diberi sebutan khas oleh beberapa orang pencatat sejarah dari China.Antara nama-nama yang diberi ialah Pan-Pan untuk Patani. Budaya Khmer, Siam dan Melayu berterusan mempengaru-hi kehidupan di Patani di samping budaya Melayu mirip cara hidup Kelantan merebak terus. Di bawah Perjanjian Bangkok 1909, Siam beroleh Patani, Inggeris mendapatkan Kelantan untuk Semenanjung Tanah Melayu.

Penghormatan
Tulisan Sheikh Daud Al-Pattani tahun 1880-an mendapat perhatian antarabangsa apabila Orientalis tersohor Belanda, Snouck Hurgonje memberi penghormatan khas kepadanya di Mekah. Hurgonje menyatakan bahawa tulisan Sheikh Daud merupakan karier bersifat kitabiah tulisan Jawi yang paling produktif bagi abad ke-19. Karier Sheikh Daud yang juga dikenali dengan nama Daud bin Abdullah, mutakhir diberi sanjungan oleh pengkaji tamadun Melayu tersohor masa kini, Virginia Matheson Hooker di dalam bukunya Jawi Literature in Patani: The Maintenance of of An Islamic Tradition.

Terdahulu lagi, Hikayat Patani yang mengandungi pelbagai kisah- legenda bagi tempoh 1690-1730 menjadi masyhur khasnya apabila disunting sendiri oleh orientalis Belanda tersohor, Prof. A Teeuw. Kemudian, sarjana Abdullah Munshi melaksanakan transkripsi khas hikayat tersebut pada tahun 1839. Pusat pengumpul bahan tamadun Amerika, Library of Congress mendapatkannya, lantas disimpan karier tersebut hingga kini. Hikayat Patani juga mengandungi penceritaan Dinasti Kelantan yang khas bagi Raja Bakal dan Alung Yunus. Bagi orang Patani bab tentang Bendahara-Bendahara Patani amat memberi makna kepurbaan yang khusus kerana ia dikatakan menjangkau ke abad 1400 M.

Kajian tentang hal Patani tentunya membawa perasaan nostalgia. Penilaian orang Melayu terhadap kebesaran Patani harus setimpal dengan atau mungkin lebih daripada kerajaan-kerajaan Melayu purba tersohor seperti Srivijaya, Majapahit, Dharmasraya, Aceh, Bugis, Minangkabau, Melaka dan lain-lain pemerintahan 'Malayo' dalam sejarah silam.

Pengkaji dan peneliti anak bangsa seharusnya berasa kagum dan insaf. Di sinilah pentingnya ilmu sejarah dan kajian Melayu senusantara ditingkatkan. Sekurang-kurangnya harus ada anak bangsa yang bercita-cita tinggi untuk jadi pengkaji terbilang, sejarawan terkenal, arkeologis ternama. Jangan biarkan hanya mereka seperti George Coedes (warga Perancis pakar pengaruh budaya India di Tenggara Asia), GDE Hall (sejarawan Tenggara Asia), Parr & Mackray (hal ehwal adat), Josselin de Jong (adat di Minangkabau), MB dan Matheson Hooker (undang-undang adat dan kesusasteraan Melayu lama di Indonesia dan Malaysia), S. Hurgonje (Islam dan Adat), W. Oppenheimer (asal usul dunia Melayu di Sundaland) dan lain-lain pengkaji dunia Melayu yang bertaraf tinggi.

Kumpulan di atas tidak termasuk lagi R. Winstedt, RJ Wilkinson, F. Swettenham dan Gerard Moussey yang gemar mengkaji hal ehwal Melayu dan budaya mereka di Nusantara. Kita mesti adakan kembali nama-nama besar seperti L. Andaya, Taib Osman, Sutan Takdir Alishahbana, Hamka, Naquib Al-Atas, Umar Yunus, Asmah Hj Omar, AB Shamsul dan angkatan pengkaji dunia Melayu yang berjiwa serta berkebolehan besar.

Satu cara ialah memperkasakan pusat kajian dunia Melayu Nusantara di dalam dan di luar negara. Merangkul kerjasama Indonesia dalam hal ehwal bahasa Melayu-bahasa Indonesia perlu berada pada tahap tertinggi supaya bahasa serumpun mendapat pengiktirafan dunia. Kita mesti menggalakkan terus wujudnya pusat-pusat pengajian Melayu dan Malaysia di beberapa negara maju demi mensohorkan identiti negara bangsa. Pusat Islam seperti yang diadakan di Universiti Oxford dan Pusat Ottoman-Melayu di Istanbul amat menggalakkan kerana melalui pemusatan akademik seperti itu seribu bahasa akan dapat menjelmakan erti dalaman bagi dunia sebelah sini.

Begitu juga pentingnya kerjasama sedemikian dengan China, Eropah, Jepun dan Korea. Kini ada pusat-pusat dan kerusi pengajian Melayu yang hidup segan mati tak mahu. Siswa kurang tarikan untuk menjadi tokoh besar dalam pengajian dalam hal bangsa dan budaya mereka. Ini disebabkan tiadanya dorongan atau insentif memperhebat kajian tamadun sendiri. Pada masa sama di Korea, Cina, Jepun, Perancis dan lain-lain industri kreatif bangsa masing-masing sedang bercambah dan mengisi poket mereka.

Dengan bersumberkan budaya dan sejarah, dengan mengekspoitasi hikayat, intisari legenda silam, pengajian alam Melayu tersedia dengan elemen tarikan industri budaya. Sejarah kita cukup genap dengan adegan menarik sekalipun kena diokestrasikan sedikit sebanyak oleh cerdik pandai animasi dan historiografi kita.

Memang, ini semua melibatkan kewangan. Tapi amaunnya tidaklah sebanyak mana berbanding tajuk belanjawan kebajikan lain. Kita sedikit akan alah membeli tapi akan menang memakai. Anak bangsa akan celik sejarah, celik budaya di samping berpotensi menang di arena tamadun dan industri budaya sendiri.

Seperti Budi dan Silat, pengetahuan dan amalan tentangnya kian lama kian luntur sedangkan budi dan silat ialah cerminan tamadun Melayu yang menulangi kehidupan bersantun dan kepahlawanan yang hebat semenjak zaman Wan Empuk, Wan Malini di Bukit Siguntang lagi.

Ayuh kita insafi gelutan zaman di Patani sebagai perbandingan kajian dengan kaca mata digital dunia moden. Memang, Melayu tak akan hilang di dunia. Tapi perlu ditanya, budaya dan identiti kita duduk di mana pada tahun 2020? Memperkukuh tamadun sendiri tidak pernah ditakrif sebagai satu kesilapan.

Oleh : Dr Rais Yatim

Thursday, October 2, 2014

Aku Seorang Pekerja !

Sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan balik!
MINGGU lalu, akhbar Utusan Malaysia melalui ruangan Forum menyiarkan satu aduan mengenai kelewatan pengadu berurusan dengan pejabat kerajaan kerana kakitangan awam yang dipertanggungjawabkan untuk urusan berkenaan keluar minum pagi. Dia diminta datang semula ke pejabat tersebut pukul 10.30 pagi. Waktu dia datang ketika itu dalam sekitar 9.30 pagi.

Sedangkan tiada pun waktu khusus untuk minum pagi atau minum petang untuk kakitangan awam dan begitu juga kebanyakan sektor swasta. Pekerja-pekerja hanya diberi waktu rehat pada pukul 1 tengah hari. Pukul 2 petang perlu menyambung semula kerja, kalau lewat sedikit dimaafkan kerana menunaikan solat Zuhur.

Sebenarnya, akhbar ini sudah banyak menerima aduan seperti ini. Bukan setakat aduan melalui e-mel atau surat, ada yang menelefon pejabat ini marah-marah. Marahkan mutu perkhidmatan terutamanya di kaunter-kaunter.

Dalam banyak keadaan, selalunya ketua jabatan mungkin memberi kelonggaran untuk kakitangan keluar sebentar minum pagi atau petang.

Tetapi itu tidak bermakna memang sudah ditetapkan pada sekian-sekian waktu adalah waktu minum pagi atau petang dan tidak juga bermakna mereka boleh keluar beramai-ramai macam keluar rombongan!
Bagi yang melibatkan kerja yang berurusan dengan orang ramai, mengambil waktu kerja untuk keluar minum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ia hanya menyusahkan orang ramai yang hendak berurusan kerana terpaksa menunggu lama sedangkan masa juga amatberharga kepada mereka, banyak perkara-perkara lain lagi yang perlu mereka selesaikan.

Ada yang datang bukan dekat-dekat. Ada yang datang dari luar kawasan Lembah Klang dan dari kampung-kampung sejak awal-awal pagi lagi dengan mengendong anak kecil. Mereka pun belum lagi sempat bersarapan pagi tetapi terpaksa menunggu lama dengan melayan kerenah anak yang dibawa dan dengan perut yang berbunyi kerana kakitangan yang ditugaskan keluar pergi makan.

Perbuatan seperti ini selain menyusahkan orang ramai, sudah tentu menjejaskan imej atau mutu perkhidmatan sesuatu jabatan tersebut. Yang dapat nama buruknya adalah sektor perkhidmatan awam.
Mereka lupa bahawa pentadbiran awam ini adalah cermin kerajaan. Sekiranya nampak buruk atau hodoh perkhidmatan mereka, maka yang yang akan nampak buruknya pada pandangan rakyat, kerajaanlah, bukan individu terbabit.

Sedangkan bukan semua pun yang terlibat. Ramai juga kakitangan awam yang masuk awal dan pulang lewat malam kerana menyiapkan kerja, ada juga yang pada hari Sabtu dan Ahad juga datang menyiapkan kerja tetapi disebabkan beberapa kumpulan kecil yang suka bersidai di kantin atau restoran ini, habis semua dikata curi tulang.

Maka timbullah cakap-cakap, asyik minta naik gaji, bonus dan dapat imbuhan macam-macam tetapi kerja tak seberapa pun. Masuk kerja awal, pagi dan petang hilang, cukup masa balik. Tak boleh kerja lebih masa pun walau seminit. Waktu tutup, tetap tutup.

Bagi sektor swasta pun begitu juga. Apabila kita mahu berurusan melalui kaunter, banyak kaunter tutup terutamanya pada waktu pagi. Sebabnya, mereka ini juga keluar minum pagi.

Kakitangan yang melayan pun ada yang buat acuh tak acuh saja. Kadang-kadang kita boleh dengar dia membebel sendiri atau dengan rakan sekerja sebelah, bila agaknya kawan yang seorang lagi mahu balik dari makan, dia pun lapar hendak makan juga.

Maka terdengarlah kita, cerita-cerita pasal nasi lemak, kuih popiah, roti canai dan banyak lagi bab-bab makan-makan ini disebut-sebut dalam perbualan mereka.

Hal-hal sebegini sebenarnya, tidak eloklah dibualkan ketika melayan pelanggan di kaunter. Fokuslah pada orang yang sedang berurusan dengan kita.

Dan apabila perut kosong, mulalah ada yang buat muka 'kelat'. Suara pun mula meninggi dan hilang sabar apabila pelanggan bertanyakan macam-macam.

Sesuatu yang perlu diingat, orang ramai ini pun bukan suka-suka mahu beratur, mahu ambil angka giliran dan bertanyakan macam-macam di situ. Ini adalah perkhidmatan awam yang ditawarkan. Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu. Bukan berurusan secara on-line. Jadi, janganlah mengharapkan kaunter akan kosong dan tidak banyak kerja pada hari itu.

Lebih memburukkan keadaan, kaunter yang dibuka hanya satu atau dua pada waktu puncak terutamanya pada waktu makan tengah hari, yang selebihnya kosong atau ada petugas duduk di situ, tetapi dia leka di depan komputer bermain 'games' atau melayari Facebook. Yang ini pun ada. Bila ditanya sesuatu, dia akan terus menunjukkan kepada rakannya yang sedang sibuk melayan pelanggan pada kaunter yang dibuka itu. Tidak mahu mengambil tahu langsung apa yang ingin ditanya oleh pelanggan!

Sebenarnya, apa jua yang kita hasilkan dan tunjukkan dalam pekerjaan kita, ia juga mencerminkan keperibadian kita. Apabila kita menganggap kerja itu sebagai 'maruah' kita, apa yang dibuat dan dihasilkan mestilah yang terbaik kerana itu adalah maruah kita . Tidak sesekali dengan membuat kerja sambil lewa atau cincai-boncai.

Dan apabila ada yang cuba membandingkan budi bahasa dan kesungguhan pekerja-pekerja asing di negara ini apabila berhadapan dengan pelanggan di restoran atau stesen minyak dengan orang kita yang bekerja di kaunter, kita pun naik marah kononnya tidak mencapai standard kita. Standard yang macam mana tu?

Oleh : Fauziah Arof

Wednesday, October 1, 2014

Prejudis Kaum Di Sektor Swasta

SATU kajian empiris menunjukkan wanita di Malaysia umumnya adalah 18 peratus lebih kaya daripada lelaki. Satu sebab ialah wanita lebih pandai menyimpan duit atau pendapatan berbanding lelaki.

Mungkin ada yang mempertikai, tapi inilah hasil kajian Dr Muhammed Abdul Khalid yang dicetak dalam buku The Colour of Inequality: Ethnicity, Class, Income and Wealth in Malaysia.

Beliau memperoleh doktor falsafah (magna cum laude) dari Institute d’etudes Politiques de Paris dan ijazah sarjana ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau juga mendapati pasangan berkahwin secara purata memiliki 37 peratus lebih banyak harta berbanding perseorangan.

Logiknya, gabungan pendapatan suami dan isteri meningkatkan kemampuan mereka untuk memiliki harta atau aset berbanding individu. Tapi tidak semua orang yang berkahwin adalah kaya. Dalam kalangan pasangan berkahwin kategori miskin, mereka secara purata adalah 41 peratus lebih miskin daripada yang tidak berkahwin.

Tanggungan keluarga, kekangan kewangan dan tanggungjawab yang lebih mengehadkan keupayaan mereka untuk mengumpul harta. Menariknya, kajian beliau menunjukkan mereka yang telah bercerai (janda atau duda) masih memiliki 25 peratus lebih banyak harta berbanding orang bujang.

Kajian Dr Muhammed, mantan felo penyelidik di UKM dan penganalisis kanan di ISIS, mendapati 90 peratus penduduk negara ini tidak mempunyai sebarang simpanan, manakala 60 peratus tidak memiliki apa-apa aset pelaburan. Kemiskinan dan kekangan kewangan adalah puncanya.

Tidak seperti golongan kelas pertengahan dan tinggi: kajian menunjukkan kenaikan satu peratus pendapatan boleh meningkatkan kekayaan isi rumah pada kadar lapan peratus. Perbandingan kekayaan berdasarkan etnik menunjukkan kaum Cina dan India umumnya adalah masing-masing 45 peratus dan 39 peratus lebih kaya daripada kaum Melayu.

Kajian Dr Muhammed, kini pengarah penyelidik di sebuah organisasi pemikir, mendapati orang Cina pada 2009, secara purata, sudah memiliki 2.5 kali ganda lebih banyak harta menjelang umur 25 tahun berbanding Melayu, kemungkinan besar melalui pewarisan harta pusaka.

Walaupun ini tidak meliputi semua orang Cina, kajian menunjukkan antara 52 dan 81 peratus kekayaan terkumpul orang Cina yang dikaji adalah berpunca daripada pemindahan harta daripada ibu bapa mereka.

Satu lagi faktor ialah diskriminasi terhadap kaum Melayu dalam sektor swasta. Perkara ini mempunyai kesan besar ke atas pendapatan (sekali gus, kekayaan dan kemampuan memiliki harta) Melayu kerana 90 peratus pekerjaan adalah di sektor swasta yang dikuasai kaum Cina.

Tindakan majikan Cina menetapkan kefasihan berbahasa Mandarin sebagai syarat kerja dalam negara yang mana bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dianggap prejudis. Bagi majikan Cina, faktor kaum lebih penting daripada faktor kelayakan.

Kajian Lee Hwok Aun dan Muhammed Abdul Khalid mendapati: “Overall, Chinese are 5.3 times more likely than Malays to be called for an interview despite both having the same characteristics such as CGPA, education level etc meaning that, while grade or academic qualifications matter, race matters more.

Interestingly, (we) also find that even crucial skills such as proficiency in Chinese dialects only marginally increase the chances of Malay applicants in securing a job interview. (It cannot be discounted that) racial prejudice is a motivating factor.” (Kertas kerja dibentang di Universiti Malaya pada 2 November 2012).

Pemerhatian dan konklusi Lee dan Muhammed memperkukuhkan kenyataan Branco Milanovic yang mendapati “being Chinese, with all other attributes the same, resulted in almost 23% wage premium compared to being a Malay.” (Dalam Inequality and Determinants of Earnings in Malaysia 1984-1997, Asian Economic Journal, Jun 2006 hal 19). Ini adalah satu keadaan yang tidak adil dan perlu diberi perhatian berat oleh semua pihak berkaitan.

Teori baharu mengenai pertumbuhan berhujah bahawa pendapatan (dan pemilikan aset) juga bergantung pada tahap pendidikan, pengalaman, kemahiran dan teknologi. Jika ini diambil kira, jelas kaum Cina tetap memiliki kelebihan berbanding kaum lain di negara ini kerana kekayaan dan penguasaan sumber ekonomi meningkatkan peluang dan keupayaan mereka untuk mendapat pendidikan, kemudahan dan peluang perniagaan yang lebih baik.

Disebabkan majoriti masyarakat Cina tinggal di bandar, mereka mempunyai akses yang lebih luas kepada teknologi, infrastruktur, jaringan perdagangan dan pelbagai kemudahan.

Oleh : Dr Mashitah Ibrahim