nuffnang

Monday, April 28, 2014

For The Rakyat....Ini Bahasa Apa?

Semakin Kurang Cintai Bahasa Melayu
Sejak Pidato Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri diperkenalkan pada 2007, saya cuma membaca beritanya. Tetapi Khamis lalu saya berpeluang menonton pusingan separuh akhir PABM 2014 di Pusat Kesenian Dan Kebudayaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia secara langsung.

Walaupun bukan bahasa ibunda mereka, tetapi 12 peserta kategori antarabangsa yang membentangkan hujah dalam bahasa Melayu, dengan gaya persembahan yang menarik, sungguh mengagumkan saya.

Peserta-peserta pidato menguasai bahasa Melayu dengan baik. Idea mereka juga menarik malah ada isi pidatonya mantap.

Pada saya, bukan soal kemenangan jadi topik minggu ini. Tetapi mesej tersirat daripada beberapa peserta PABM 2014 dalam hujah mereka.

Saya terkedu apabila peserta dari Korea Selatan, Kim Woo Jung berdiri di pentas pidato lalu meluahkan rasa kecewa dengan sikap pelajar warga Malaysia.
 
Dia telah mempelajari bahasa Melayu hampir tiga tahun di negaranya. Dan di Malaysia, dia ingin belajar bahasa ini dengan warga Malaysia sendiri. Dia tertarik bagaimana rakyat di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan berlainan agama dapat bersatu melalui bahasa Melayu.

Tetapi dia rasa kecewa apabila bertemu dengan seorang pelajar universiti di negara ini. Dia meminta bantuan supaya pelajar itu mengajarnya mempelajari bahasa Melayu.

Bukan dengan rasa megah diterima oleh pelajar universiti itu, sebaliknya dibangkitkan pula pertanyaan balas kepadanya.

Kata Woo Jung, pelajar itu bercakap dalam bahasa Inggeris mempersoalkan apa faedah dia belajar bahasa Melayu. Alangkah terkejut Woo Jung dengan semangat pelajar warga Malaysia itu terhadap bahasa kebangsaan.

Mendengar hujah pidato Woo Jung itu, saya dan mungkin anda juga terkedu dibuatnya. Tapi di sudut hati saya berkata, dia bertanya kepada orang yang salah.

Orang yang Woo Jung bertanya dan minta bantuan itu barangkali pelajar berketurunan Cina, atau India, atau Sikh, atau Serani yang tidak mahir berbahasa Melayu.

Kalau dia bertanya kepada pelajar berbangsa Melayu, tak mungkin hasratnya ditolak kecuali pelajar Melayu itu sudah hilang semangat bangsa Melayunya.

Kisah yang dibangkitkan pelajar Korea Selatan itu menunjukkan ada kalangan pelajar Malaysia yang langsung tidak mempedulikan usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Bagi mereka subjek itu hanya untuk mendapatkan sijil atau ijazah dan bukan sebagai alat komunikasi.

Begitu juga hujah daripada peserta dari Ghana, Abdul Hamid Abdul Wahab dan peserta Amerika Syarikat, Briget Johnson. Saya rumuskan hujah kedua-duanya yang melemparkan persoalan, jika ingin melihat bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan antarabangsa, maka rakyat negara ini harus menghargai bahasanya sendiri.

Rakyat Malaysia harus berfikir dan bercakap dalam bahasa Melayu. Kalau tidak digunakan, bahasa Melayu akan hilang dan tidak mungkin dapat menjadi bahasa ilmu.

Soalnya, adakah rakyat Malaysia sekarang menganggap bahasa Melayu itu bahasa ilmu dan ‘bahasa mereka’? Rasanya tidak. Mereka lebih utamakan bahasa ibunda masing-masing. Kalau tidak pun mereka lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam semua urusan harian. klik disini

Benarkah orang Malaysia sudah tidak peduli apatah lagi mencintai bahasa kebangsaannya?
Beginilah nasib bahasa Melayu. Semakin banyak kita bangkitkan usaha dan kempen kesedaran tentang penggunaan bahasa Melayu, semakin kuat pula cabarannya. Kita sendiri dapat lihat di sekeliling, seolah-olah bahasa Inggeris pula menjadi bahasa utama negara ini.

Dewan Bahasa dan Pustaka yang diberi amanah mendaulatkan bahasa kebangsaan ini kena aktif mempergiatkan kempen seperti kempen Cintailah Bahasa Kita ketika zaman Datuk Hassan Ahmad.
DBP kena berani ke tengah untuk menegur dan memastikan semua rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu dalam apa juga urusan. Banyak yang kita lihat, baca dan dengar sekarang menyalahi penggunaan bahasa Melayu yang betul, tapi tak siapa yang berani tegur!

Oleh : Azman Anuar

Sunday, April 27, 2014

Perasaan Seorang Pengantin....Panggilan Hangit Hot FM

Perbualan antara Fizi Hot FM dengan seorang guru tari yang dikenali sebagai Encik Izzuddin ini telah dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Hot FM.

"What the fish!!! What the fish!!! 
What the fish!!! What the fish!!!

Sehingga saat ini, ia telah mendapat lebih 5,000 ‘likes’ dan dikongsikan hampir 9,000 pengguna akaun Facebook.

Ia berkisarkan pinjaman peribadi Izzuddin yang kononnya tidak diluluskan sehingga dia tidak dapat mengawal perasaan dan mengamuk sepanjang perbualan.

"You tau tak perasaan seorang pengantin!!!....

 aaaaaawwwwwww!!!! yaaa aaaaawwww!!!

Tuesday, April 22, 2014

Suara Rakyat Johor....Syor 'Jambatan Persahabatan' Di Tambak Johor

DALAM pertemuan antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, PM Najib mengemukakan cadangan kepada Singapura untuk membina sebuah jambatan baharu yang dapat menghubungkan kedua-dua negara berjiran itu.

 Jambatan baharu ini diberi nama "Jambatan Persahabatan".

Pada Disember tahun lalu, Najib bersama Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei telah merasmikan pembukaan Jambatan Persahabatan sepanjang 60m merintasi Sungai Pandaruan dan Limbang Sarawak. Ini merupakan jambatan pertama antara kedua-dua buah negara.

Pada masa ini antara Malaysia dan Singapura kita telah mempunyai dua jambatan. Sebelah utara Singapura, adanya Tambak Johor dan barat Singapura, Tuas Second Link. Persoalannya apakah perlu jambatan ketiga antara negara pulau itu dengan Malaysia? Apa keperluannya?

Apa yang harus diberikan perhatian oleh kedua buah negara adalah bagaimana untuk memberikan kelesaan kepada orang ramai yang keluar masuk antara Singapura dan Johor.

Tambak Johor yang menghubungi kedua-dua buah negara itu sudah terlalu lama, malah terlalu sempit sehingga menyebabkan kesesakan teruk berlaku setiap hari. Ini masih berlaku walaupun adanya jambatan kedua, di Tuas. Second Link (Tuas) tidak mendapat sambutan kerana tempatnya yang jauh terutama sekali rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan rakyat Singapura yang tinggal di Johor.

Apakah dengan terbinanya jambatan persahabatan itu nanti dapat memberikan jaminan laluan yang selesa bagi rakyat kedua-dua buah negara? Atau hanya simbol simbolik perhubungan pemimpin kedua-dua buah negara yang dilihat tidak memberikan faedah kepada rakyat kedua-dua buah negara?

Saya merasakan Singapura juga mempunyai sedikit masalah bagi pembinaan jambatan ketiga. Ini kerana negara pulau itu masih meneliti tiga lokasi untuk pembinaan terminal Projek Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) serta Rapid Transit System (RTS). Dunia mengetahui ruang tanah yang sangat terhad di Singapura.

Dalam soal ini, saya ingin mencadangkan agar di hidupkan semula idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggantikan jambatan ketiga yang dicadangkan itu. Kerajaan Malaysia harus meneruskan idea Tun Mahathir membina jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands di Singapura bagi menggantikan jambatan usang Tambak Johor.

Idea itu dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir ketika di peringkat akhir kepimpinannya tetapi dibatalkan oleh pengganti beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jambatan bengkok ini juga dilihat akan merangsangkan ekonomi Malaysia (terutama sekali dengan adanya Iskandar Malaysia) apabila rakyat Singapura tidak perlu bersesak-sesak untuk berbelanja di Negeri Johor setiap hari. Ini akan menguntungkan ekonomi rakyat Johor sekali gus memberikan kebaikkan kepada Malaysia apabila puluhan rakyat Singapura keluar berbelanja di Malaysia setiap hari.

Perlu di ingat jambatan bengkok atau boleh diberi nama "Jambatan Persahabatan" dengan ketinggian 25 meter dari aras tanah dilihat akan menarik kapal-kapal dagang kecil untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang Johor, tanpa perlu melakukan perjalanan yang jauh melewati Republik Singapura.

* Mohamed Mansor Abdul Rahman

Monday, April 21, 2014

Suara Rakyat Johor....Robohkan Tambak Johor

SAYA amat tertarik dengan tajuk itu dan amat setuju pandangan jauh dengan penuh ikhlas Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan cadangan Friendship Bridge Jambatan Persahabatan semasa lawatan singkat Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong baru-baru ini.

Saya masih ingat kisah jambatan yang dicadangkan oleh Datuk Yahya Ab. Jalil, syarikat Merung Mahawangsa kepada kerajaan di zaman Tun Dr. Mahathir. Secara tak langsung, saya tahu banyak halnya dari awal. Kami amat berbangga dengan adanya anak Johor yang berani mengambil risiko dengan galakan Tun Dr. Mahathir. Amat dinanti-nanti terbinanya ‘Jambatan Iskandar’ menggantikan Tambak Johor.

Ramai pemerhati dalam dan luar negara dapat melihat pelancaran besar-besaran dibuat di tapak kompleks CIQ sekarang oleh Dr. Mahathir. Tanpa persetujuan Singapura ia dibatalkan.

Tanpa patah semangat dengan sokongan Dr. Mahathir cadangan membina "Jambatan Bengkok" dilancarkan. Sedihnya Jambatan bengkok dibatalkan di era Tun Abdullah Badawi selaku PM. Di mana silapnya saya kurang pasti.

Hal Tambak Johor bermain di fikiran saya sejak zaman persekolahan. Setiap tahun cuti hujung tahun, pakaian sekolah dibeli di Woodlands. Ke Woodlands menaiki bas balik dengan pakaian serba baru dengan kasut, berjalan kaki ikut Tambak Johor.

Anak Johor zaman saya mengalami semua ini, seronok juga. Selepas setiap tahun berulang alik ke Woodlands, terlintas di hati bila agaknya Tambak Johor akan digantikan dengan jambatan yang lebih moden dengan kapal yang dapat menggunakan Selat Johor sepenuhnya, hilanglah bau busuk Sungai Sengget itu.

Masih teringat Dr. Mahathir pernah melawat kawasan itu pada awal 90-an apabila Tun menjadi PM. Waktu itu saya berfikir bila agaknya, Tambak Johor akan digantikan. Haram tak berlaku!

Selalunya niat yang baik susah berlaku, ada sahaja halangannya.

Almarhum Tuanku Sultan Johor pernah bersuara ‘Robohkan Tambak Johor’. Sekarang ini ia disambut pula oleh Tuanku Sultan Ibrahim dengan suara ‘Robohkan Tambak Johor’. Dengan pesatnya pembangunan Bandar Raya Johor Bahru, tepat pada masanya Tambak Johor dirobohkan -- barulah boleh bernafas jalan raya yang sempit dan sesak setiap hari.

Saya merasa pemimpin-pemimpin masyarakat Johor akan bersuara lagi. Kedua-dua pihak Johor/Singapura akan dapat manfaatnya dengan ‘Jambatan Persahabatan’ dibina menggantikan Tambak Johor.

Mungkin itu yang dimaksudkan oleh PM kita baru-baru ini. Semoga reaksi Singapura baik dan dipersetujui dalam masa terdekat.

Jangan tunggu 2020 lama sangat. Kosnya akan melambung pada masa itu.

Adalah harapan semua pihak terutama anak Johor yang ingin melihat terbinanya ‘Jambatan Iskandar’ menggantikan Tambak Johor, hasil sumbangan Alharhum Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Amin.

Shah De Bunt JP
Anak Muor.

Thursday, April 17, 2014

Beranikah Malaysia Merobohkan Tambak Johor ?

Dr Mahathir cadang Tambak Johor dirobohkan untuk bina ‘Jambatan Persahabatan’

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" yang dicadangkan kerajaan.

Beliau berkata Tambak Johor menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

"Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor.
"Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk "Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward" di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak, hari ini.

Beliau berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

"Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan," katanya.

Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan "Jambatan Bengkok" di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor  menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan pembinaan "Jambatan Persahabatan" semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Bernama, 16 April, 2014.

Wednesday, April 16, 2014

Cantik Di Usia 40-an

Memasuki usia 40-an segala usaha untuk kekal muda terasa semakin sukar.
 
Bukan setakat kedut dan garis-garis halus di muka bertambah, usaha untuk mengekalkan berat badan agar kekal langsing juga semakin mencabar.

Leka sedikit mudah sahaja angka pada penimbang berat badan naik mendadak.

Sebelum keadaan bertambah teruk, ikuti beberapa tip mudah yang tidak memerlukan belanja besar atau peruntukan masa tambahan bagi mengurangkan berat badan dan kekal kelihatan (dan berasa) seksi seperti dahulu.

1 Timbang berat badan setiap hari.
Sentiasa perhatikan berat badan sendiri dengan sekurang-kurangnya memiliki alat timbang di bilik tidur anda. Ia mungkin nampak keterlaluan tetapi ini membantu anda agar tidak hilang tumpuan. Pastikan berat turun naik secara puratanya tidak melebihi dua kilogram.

2Air adalah kunci utama.
Semakin banyak anda minum air, semakin baik tubuh berfungsi (jika anda tidak gemar minum air kosong, campurkan sedikit jus buah-buahan yang anda sukai untuk memberi rasa).

3Elak makanan proses.
Peraturan asasnya, semua makanan proses dan berpek adalah tidak sihat kerana mengandungi bahan-bahan seperti perasa tiruan, pengawet dan sebagainya. Seboleh mungkin elakkan makanan ini. Memang tidak mudah tetapi berbaloi untuk mencubanya.

4Elak minuman bergula dan makanan segera.
Jangan mudah terpengaruh dengan dakwaan ia rendah lemak atau untuk diet. Makanan serta minuman seperti ini hanya membuatkan anda bertambah gemuk.

5Dapatkan tidur berkualiti yang cukup sekurang-kurangnya tujuh jam.
Kekal sihat adalah perkara asas dan untuk memperolehnya minum banyak air dan tidur yang cukup. Kedua-duanya membantu tubuh berfungsi dengan baik. Tidak percaya, boleh cuba.
6Aktifkan diri jangan biarkan terpersuk di sofa.
Sentiasa lekatkan dalam minda bahawa menurunkan berat badan adalah 33 peratus berkaitan makanan, 33 peratus memberi tubuh apa yang diperlukan untuk ia berfungsi (rehat, air dan sebagainya) dan 33 berkaitan pergerakan fizikal (sama ada bersenam, melakukan kerja rumah dan sebagainya). Menghadap televisyen hanya membuang masa terutama apabila duduk di sofa sambil mengunyah kerepek atau bertih jagung. Cuba elakkan menonton televisyen hingga lewat malam, sangat tidak bagus.

7Sayur-sayuran atau salad sangat penting dalam diet makanan.
Memang ramai yang tidak suka sayur, tetapi tubuh ternyata amat menyukainya dan memainkan peranan besar dalam usaha untuk mengurangkan berat badan.

8Sebolehnya ambil ikan, sayur dan buah-buahan dalam diet pemakanan harian.
Ketiga-tiga kategori makanan ini membuatkan anda lebih sihat dan bertenaga, selain sememangnya lebih berkhasiat serta kurang kalori.

Sumber : utusan@Kesihatan

Monday, April 7, 2014

Hormati Suami Anda

Sebenarnya, siapapun anda dengan jawatan yang tinggi di pejabat, mahupun tegas dan garang di tempat kerja, sebagai isteri apabila berada di rumah, anda mesti mempunyai sifat dan tingkah laku yang taat dan setia kepada suami.

Sentiasalah mengetahui keinginan suami yang mahu mendapat tempat di dalam hati, meminta agar anda menghormati dirinya dan sentiasa rasa diperlukan. Usah melakukan sesuatu perkara itu tanpa mendapatkan nasihatnya terlebih dahulu.

Apa yang paling penting jangan sesekali membelakangkan suami, terutama bagi wanita yang pendapatannya jauh melebihi suami sendiri.

Ungkapan wanita hari ini maju ke hadapan dan pandai melakukan apa sahaja memang kena dengan gaya golongan ini, kerana mereka sentiasa berdikari, namun dalam urusan rumah tangga perlunya ada perbincangan antara anda berdua.

Selalulah meminta nasihat daripadanya biarpun anda mempunyai pengetahuan untuk mengelolakan situasi berkenaan, namun pertimbangkan jua nasihat daripadanya selaku ketua keluarga.

Sudah tentu pada waktu itu dia akan menjadi insan yang sangat bangga untuk meluahkan ideanya berdasarkan pengalaman yang dia ada.

Jangan terlalu nampak ‘berdikari’ sehinggakan suami anda merasakan dia tidak pernah dihargai dalam hidup anda.

Ini tentunya menimbulkan sedikit kesukaran kepada isteri terutama yang terlalu sibuk dengan kerjaya, tetapi sesekali apa kata ingatkan permintaan suami anda.

Mungkin dia mahukan sesuatu yang mengujakan dirinya seperti masakan daripada hasil tangan anda sendiri.
Cuba juga puji suami anda ketika berada di khalayak teman-teman agar dia merasa sangat terhibur dan berbesar hati. Pujian juga boleh dilakukan di hadapan anak-anak agar mereka sentiasa menghormati suami anda yang juga ayah mereka.

Selalulah memahami kerjayanya dan mengambil berat mengenai kerjanya dan memberikan segala perhatian kepada dirinya. Nyatakan kepadanya semua pekerjaan di dunia ini amat berguna untuk mencari rezeki buat keluarga. Ini merupakan sebagai satu sokongan buat dirinya.

Sebagai isteri, jadilah seorang yang berfikiran terbuka terutama kepada keputusan yang telah dinyatakan oleh suami.

Rela dan reda dengan keputusannya dan hormatilah sikap kepimpinannya.

Ikhlas
Apa yang penting, ikhlas dengan apa yang anda ingin perkatakan dan jangan sesekali berahsia atau berselindung dalam apa jua keadaan agar tidak memudaratkan hubungan anda dan suami sehingga dia mengesyaki sesuatu.

Anda juga dinasihatkan untuk menyokong apa jua yang ingin dicapai ke arah matlamatnya kerana dia berhak untuk melakukannya (dengan tujuan yang baik).

Biarpun anda tidak begitu menggemarinya sebagai contoh kegiatan suami anda dalam bidang sukan, namun dengan sokongan, mungkin memberikan dia kecemerlangan dalam bidang berkenaan.

Mintalah keampunannya selalu kerana apa jua yang anda lakukan perlulah mendapat restu daripada suami.
Mungkin kadangkala kita akan berasa sukar untuk menyatakan kesalahan kita, tetapi ayat ‘maafkan saya’ itu sebenarnya amatlah bernilai.

Sumber: utusan@Keluarga

Thursday, April 3, 2014

Tips Untuk Bau Minyak Wangi Tahan Lama

Hampir kebanyakan wanita sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi merupakan salah satu ciri-ciri daya tarikan feminin yang boleh meningkatkan keyakinan diri serta menampilkan diri kita lebih menarik. Tetapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat pelbagai petua dan cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut seperti berikut:

Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Terdapat beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika anda menggunakan minyak wangi anda secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi anda kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Semburkan minyak wangi anda, bukannya menggosok
Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi anda kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian anda, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi anda, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan anda dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama.

Di mana saya perlu menyembur minyak wangi saya?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi anda adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana anda boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, anda disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit anda sebelum menggunakan minyak wangi
Tahukan anda bahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Semburkan sedikit minyak wangi pada sikat rambut
Jika anda mahukan bau minyak wangi anda bertahan lebih lama, semburkan sedikit pada sikat rambut anda dan gunakannya dengan menyikat rambut anda secara lembut. Dengan cara ini, setiap kali anda bergerak atau berjalan melepasi seseorang, bauan yang indah dna wangi turut disebarkan.

Simpan wangian anda di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi anda daripada musuh seperti kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, anda digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.

Anonymous

Wednesday, April 2, 2014

Seks Bermasalah, Buat Kesepakatan dengan Pasangan

HUBUNGAN seks merupakan salah satu kenikmatan manusia yang paling besar, tapi di sebalik itu sejuta masalah pun menghantui. Lalu, bagaimana cara anda mengatasinya?

Soal seks, jarang ada keseimbangan yang sempurna antara suami dan isteri. Yang satu biasanya menginginkan lebih banyak hubungan seks daripada yang lain. Sementara di lain pihak, seseorang merasa pasangannya menginginkan lebih sedikit hubungan seks daripada yang ia inginkan.

Menurut buku Panduan Kesihatan Keluarga, karangan Dr. Miriam Stoppard, biasanya masing-masing pasangan berfikir pasangannya mempunyai kelainan atau kecelaruan terhadap masalah seksual. Mereka sukar sekali untuk memahami pandangan masing-masing dan bersetuju untuk sesuatu.

Hubungan seks, lebih dari jenis komunikasi yang lain, menuntut pengertian, pengorbanan, dan kasih sayang. Oleh itu, jika kedua-dua rakan kongsi boleh mengatasi hal ini, ganjaran yang diperolehi tentunya jauh lebih besar daripada bentuk interaksi manusia yang lain. Jadi, pengorbanan itu layak dilakukan untuk mendapatkan hubungan seksual yang diharapkan oleh pasangan.

Anonymous