nuffnang

Thursday, February 28, 2013

Masihkah Dia Cintai anda? Lihat Tanda-Tandanya

PERASAAN cinta dalam sebuah hubungan memang perlu dijaga. Bila tidak, jangan hairan apabila anda berada dalam hubungan hampa tanpa cinta.

Menjalani hubungan yang lama, terutama dalam perkahwinan, tentu tidaklah mudah. Pelbagai ujian siap menghadang anda, tak terkecuali hilangnya perasaan cinta. Padahal, hilangnya rasa cinta ini dapat menjauhkan rasa bahagia dalam perkahwinan. Oleh kerana itu, jangan biarkan hal ini terjadi dan merosakkan hubungan anda.


Ini adalah isyarat anda tak lagi cinta pada pasangan anda....

Anda sering menangis
Hal ini mungkin terdengar aneh, namun anda tak menangis kerana sesuatu yang sedih, tetapi kerana anda sudah tak lagi merasakan cinta. Kesedihan anda bukanlah kerana suatu masalah tertentu, anda hanya berasa bosan.

Anda tak lagi mahu berkorban demi dia
Tak ada yang lebih menyedihkan dari perasaan sedar bahawa anda tidak lagi mahu berjuang demi orang yang selama ini anda cintai. Saat hal ini terjadi, anda tidak lagi ingin untuk sekadar perhatian apatah lagi berkorban untuknya. Anda tahu, semua telah berubah.

Anda menyedari layak dapat yang lebih baik
Hal ini bukanlah mengenai siapa yang lebih baik atau buruk. Namun, ada suatu masa ketika anda lebih mencintai diri sendiri daripada orang yang anda cintai. Hal ini bukanlah egois, namun anda hanya menyedari layak untuk mendapat yang lebih baik darinya.

Anonymous

Monday, February 25, 2013

Siapa Berkuasa?

Sedih mengenangkan nasib bangsa teras yang satu masa tidak lama dahulu gagah sekarang seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemis sokongan kaum minoriti yang bersatu padu! Kita sekarang bagai political paupers akibat perpecahan: satu pihak mempertahankan kuasa, satu puak lain keterlaluan ingin merebut kuasa itu. Melayu/Islam memang mudah lupa.

Perebutan kuasa dua kabilah sebangsa, seagama, sebahasa, sebudaya dan sewatan makin sengit, makin ngeri akan menjamin kehakisan segera kuasa politik bangsa teras itu. Kerana mengikut ramalan yang bertanggungjawab - dalam dan luar negara - BN akan menang PRU13 lagilah bengis, bersengat dan bisa oposisi dari pihak yang mahu menguasai Putrajaya.

Umno akan mempertahankan kuasanya (semenjak 1955 lagi) apa jadi pun – biar putih tulang asal jangan putih mata. Pas amat sangat kepingin setelah menikmati kuasa di Kelantan (semenjak 1959 hingga sekarang kecuali 12 tahun 1978 – 1990) dan Kedah (semenjak 2008) menumpang duduk di Putrajaya melalui tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Pas sanggup, mengikut Karpal Singh, asal dapat peluang berkongsi kuasa walaupun Anwar Ibrahim dari PKR, parti terkecil dalam triliga politik itu, dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Pas berkeras kononnya mahu presidennya Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dua lawan satu: DAP dijangka muncul sebagai parti perdana di antara Pakatan Rakyat dan mungkin parti terbesar selepas Umno dalam PRU13. Umno diramal memenangi kerusi terbanyak antara semua parti. Kedua puak Melayu sekarang berhempas pulas memancing undi Cina dan India. Dakwa Hadi kalaupun DAP menang kesemua 50 kerusi Cina yang diperuntukkan dan ditandinginya (saya rasa tidak mungkin; majoriti daripada 50 itu tidak mustahil) DAP tidak juga dapat berkuasa. Dalam perlembagaan persekutuan perdana menteri boleh datang dari apa bangsa dan agama pun bukan seperti lnegeri yang mewajibkan menteri besarnya terdiri dari Melayu yang beragama Islam seperti di Perak dan Selangor juga Kelantan.

Kaum minoriti bersatu padu. Kompas paduan mereka memetik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, adalah pujangga besar mereka, Confucious yang bermadah: “Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan (sungai) mempunyai sampan yang banyak asalkan semua sampan itu menuju haluan yang sama… Orang Cina atau bukan Melayu meskipun mereka berada dalam kabilah berlainan tetapi dalam perkara asas – bahasa, kebudayaan, pendidikan dan bisnes - bersatu suara, bersatu tindakan. Mereka nampak berselisih dari segi pendekatan tetapi matlamat perjuangan mereka adalah sama. Kepentingan mereka tidak berbelah bahagi, tidak pernah terjejas walaupun kabilah politik mana yang menang atau kalah dalam pilihan raya. Kabilah politik bukan Melayu memiliki kebijaksanaan strategi, mengambil posisi sayap kanan, sayap kiri dan sama-sama melambung bola ke petak penalti untuk menjaring gol kemenangan.”

Itulah perbezaan antara peribumi, Melayu, orang Islam dan bukan Islam. Kenapa kita orang Melayu/Islam suka bercerai-berai, berpecah-belah padahal kita semua mengaji Quran dan membaca surah Al-Hujurat, ayat 9-10? Ayat ini penunjuk kepada kita.

Apabila perpecahan berlaku sesama kita sekiranya satu pihak berdegil, keterlaluan ghairah bersengketa tidak mahu berdamai, atasilah hal ini walaupun terpaksa menggunakan kekerasan atas golongan yang keras kepala itu.

Masakan tidak ada titik pertemuan antara Umno dan Pas? Bertindak sebelum kaca berderai, sebelum puak minoriti merampas kuasa! Mengikut Raja Nazrin, Majlis Raja-raja Melayu adalah Majlis Syura yang tertinggi. Tidak bolehkah The Conference of Rulers mengambil inisiatif terpenting ini untuk meleraikan konflik ini?

Saya amat yakin Umno/BN akan menang. Saya telah bercakap di luar dan di dalam negara ad nauseam tentang ini. Walaupun menang nanti saya dengan rendah hati memohon Najib menggunakan kebijaksanaannya demi kelangsungan kuasa politik peribumi/ummah di watannya yang satu ini. Sambil melindungi orang Melayu dan Islam kita wajib pula kerana kita kerajaan yang adil dan saksama memelihara kepentingan yang sah kaum minoriti.

Pagi Selasa lepas saya bertuah mendengar titah ucapan Raja Nazrin bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran.” Saya suka memetik sedikit ucapannya, “Akhir-akhir ini, bangsa (Melayu) bagaikan berhadapan pantang larangan sehingga silu untuk menyebut perkataan Melayu, di bumi dan di tanah air warisan bangsa yang terletak di tengah-tengah Nusantara Melayu. Bumi dan tanah air pusaka bangsa, pada satu ketika dahulu tersohor dengan kemakmuran berperanan sebagai pusat pertemuan budaya Timur – budaya Barat, dilimpahkan sejahtera, di bawah naungan kerajaan berpayungkan Raja Melayu dan Kerajaan Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan berteraskan Islam. Jika tidak segera diperbetulkan rasa janggal untuk menyebut perkataan Melayu, dibimbangkan ia akan menjadi titik mula kepada pelupusan sejarah dan tamadun bangsa, lantas melarat kepada penghakisan bahasa dan identiti bangsa. Malah, telah turut kedengaran pengumuman oleh saluran media rasmi negara yang merujuk Raja Melayu sebagai Raja Malaysia. Ketika bangsa bagaikan mabuk dilambung ombak globalisasi, amatlah perlu untuk bangsa diperingatkan kepada fakta sejarah, agar Melayu kekal dijadikan konsep yang hidup, tidak dihanyutkan oleh arus globalisasi. Konsep Melayu hendaklah kekal diaktifkan dengan menghormati bangsa Melayu, menghargai budaya Melayu, menghayati ajaran Islam, mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja.”

Dengan lain perkataan negara Malaysia adalah berteraskan pada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu… faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia. Baginda telah memetik secara pendek ucapan ayahandanya yang dibuat di Universiti Malaya pada 30 Jun 1979 waktu masih lagi menjadi seorang hakim.

Kalau selepas ini pun orang Melayu/Islam terus bercerai berai, “then only God can help them.” tegas Speaking. Kalau ada lagi Melayu masih malu jadi Melayu, pergilah ke Singapura. Minggu lepas tiga ribu rakyat republik itu telah berdemonstrasi menegakkan “Singapore is for Singaporeans”. Mereka sudah bosan dan muak dengan kehadiran terlampau ramai imigran, pendatang asing, yang sah atau tidak sah.

Kita sentiasa melihat kononnya, ”The grass is always greener on the other side of the fence.” Walhal kita lebih selesa, selamat, makmur, bebas berbanding dengan banyak negara jiran. Sudah ramai orang Malaysia termasuk orang Melayu pun berhijrah atau migrate. Penghijrahan tidak dihalang oleh agama kita.

Oleh : Tan Sri Abdullah Ahmad

Sunday, February 24, 2013

Lelaki Paling Suka Ini Saat Bersama

RAMAI wanita merasa kesulitan berkreasi di tempat tidur bagi memuaskan pasangannya. Padahal, ada banyak cara yang boleh dilakukan. Salah satunya, menyajikan aksi nakal di hadapannya.

Berbanding wanita, mungkin lelaki merupakan sosok yang lebih mudah dirangsang. Anda hanya menghidangkan aksi tak biasa untuk menghidupkan suasana bercinta dengannya. Jika anda berkesulitan cuba lihat rahsia ini...

Bersikap terbuka
Hiburlah lelaki dengan cuba sesuatu yang anda anggap berbeza atau aneh. Jangan terus mengatakan tidak atau menolak keinginan yang ditawarkan pasangan. Lelaki selalu diterpa rasa ingin tahu untuk mencuba hal-hal baru. Untuk itu, mainkan pelbagai aksi nakal untuk memenangi ghairahnya.

Jangan ragu mendominasinya
Lelaki paling senang ketika kemudi bercinta ada di tangan wanita. Untuk itu, jangan ragu mendominasinya ketika di ranjang. Jika anda ingin berada di atas, segera ambil alih peranan tersebut dan biarkan lelaki menikmati aksi panas anda....Anonymous
  
 

Saturday, February 23, 2013

Bangsa Asing Cuba Menghilangkan Sejarah Bangsa Melayu

FAKTA tidak boleh dibahaskan… Itulah sanggahan daripada salah seorang peserta yang menegaskan bahawa sesuatu fakta sejarah tidak boleh dibahaskan. Ia sudah menjadi fakta, dari itu kita kena terima seadanya. Ini kerana topik yang dibahaskan adalah suatu yang sensitif dan diperakui sebagai sejarah.

Menarik penghujahan yang dilontarkan oleh peserta berkenaan. Bertambah menariknya apabila beliau mengakui telah mengajar subjek sejarah sejak 10 tahun lalu dan sekarang mengajar subjek kenegaraan pula.

Bagi menjawab persoalan itu, saya meletakkan sebotol air mineral di atas rostrum dengan labelnya mengadap saya lalu bertanya, apakah objek tersebut. Beliau menjawab, botol air minuman.

Apabila ditanya apa yang tertera di belakang botol tersebut, jawapannya tidak tahu kerana tidak nampak. Saya bertanya pada peserta yang berada di hujung kiri dan kanan dewan apa yang mereka lihat? Jawapannya berbeza antara satu sama lain. Masing-masing mendakwa apa yang dilihat itulah bahagian hadapan. Apabila ditanya perkataan apa yang tertulis di bahagian belakang yang mengadap saya? Mereka menjawab tidak tahu kerana tidak nampak.

Maka saya pusingkan botol dan bertanya adakah para hadirin nampak keseluruhan perkataan serta gambar yang tertera pada botol itu, jawapannya Ya.

Begitu juga sejarah, ia perlu dilihat dari pelbagai sudut barulah kita dapati perkara yang sebenarnya berlaku.

Bagaimanapun, peserta yang menggesa supaya fakta sejarah tidak dibahaskan masih bertegas dengan pendiriannya dengan mendakwa saya mengelirukan para hadirin. Keliru! Tiada niat sama sekali tetapi peserta itulah yang mengelirukan pemikiran dan bersifat tertutup untuk menerima sesuatu yang baru, kerana persepsi awalnya mendakwa saya yang berkelulusan jurutera tidak layak untuk membicarakan mengenai sejarah negara dan kenegaraan.

Sebagai seorang yang berkelulusan teknikal dan dilatih untuk melihat sesuatu itu dari pelbagai aspek, begitu juga apabila mengkaji sejarah negara, kita tidak boleh melihat ia dari satu sudut sahaja, sebaliknya ia perlu dilakukan secara menyeluruh, barulah mendapat gambaran yang sebenarnya.

Perdebatan ini berlaku dalam satu wacana ilmu mengenai sejarah penubuhan Malaysia yang dihadiri oleh golongan pendidik. Ia bermula apabila seorang peserta bukan Melayu menyatakan bahawa orang Melayu di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah masyarakat tertutup dan ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Beliau mendakwa, Melaka maju hanya disebabkan kehadiran pedagang Cina dan India. Jika kedua-dua bangsa tidak membantu, orang Melayu Melaka akan terus berada dalam keadaan daif dan tidak bertamadun.

Tersentak saya dengan dakwaan tersebut. Saya bertanya jika Melaka tidak maju mana mungkin, pelabuhan Melaka yang dikendalikan oleh orang Melayu Melaka didatangi oleh pedagang-pedagang dari seluruh pelusuk dunia? Seperti yang ditulis sejarawan Portugis, Tome Pires di dalam bukunya Suma Oriental, antara negara yang datang berdagang di Melaka selain Portugis ialah Kaherah, Mekah, Aden, Malindi, Ormuz, Parsi, Rom, Turki, Turkomans, Armenia, Gujarat, Malabar, Klings, Ceylon, Bengala, Arakan, Pegu, Siam, Patani, Kambodia, Champa, China, Brunei, Lucoes, Laue, Banka, Linga, Banda, Bima, Timor, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Indragiri, Minangkabau, Siak, Arqua, Aru, Bata,Tomjano, Pase, Pedir, Maldives dan banyak lagi.

Di dalam buku berkenaan juga mencatatkan terdapat 84 bahasa yang dipertuturkan sehari di pelabuhan Melaka, tetapi jika tidak tahu berbahasa Melayu mereka tidak dibenarkan berdagang. Ini menunjukkan sistem pentadbiran Melaka diterima pakai oleh masyarakat pedagang ketika itu.

Maknanya, pedagang Cina dan India sama peranannya seperti pedagang negara lain, cuma pedagang Cina dan India diberikan sedikit keistimewaan berbanding yang lain. Ini kerana berdasarkan sejarah, Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan maharaja Ming telah memperakui Melaka sebagai sebuah negara di bawah naungannya.

Berdasarkan hubungan itu, orang Melayu Melaka telah 'mempelawa' orang Cina untuk bersama-sama memajukan ekonomi Melaka. Manakala India, antaranya berdasarkan pengembangan agama Islam dan percayanya orang Melayu ketika itu, turut meletakkan orang India di dalam sistem pentadbiran Istana Melaka. Mulia sungguh hati orang Melayu!

Adakah dengan alasan ini, bermakna orang Melayu tidak 'cerdik' dalam mengurus ekonomi dan pentadbiran negara, atau orang Melayu sebenarnya 'mengajar' pedagang-pedagang asing bagaimana untuk menjadi seorang pedagang dan pentadbir yang cemerlang termasuk kepada pedagang Cina dan India.

Cuba lihat kenyataan Damio de Geos di dalam bukunya Bibilotheca de Classicos Portuguezes, bab 1, m.s 117, perenggan 14; "Bandar Melaka terletak di tepi lautan Siam, di muara sebatang sungai yang kecil. Ia merentangi sepanjang pesisir pantai dan sempit. Terdapat dusun yang sangat subur dan air tawar yang begitu banyak. Sumber-sumber bekalan dibawa dari luar."

Begitu juga dalam Bab 1, m.s 117, Perenggan 13, Damio de Geos mencatatkan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia memandangkan bahawa pedagang-pedagang yang menduduki bandar tersebut adalah sangat kaya.

Kekayaan mereka dinilai dari segi jumlah emas yang dimilikinya. Emas ditukar dalam bahar - satu bahar adalah sama dengan 4 quintaes (satu quintaes adalah sama dengan 100 kilogram). Terdapat pedagang di Melaka yang memiliki emas dan permata antara 10 hingga 12 bahar"

Jika dikaji kenyataan di atas, ia menyatakan bahawa Melaka dikenali sebagai bandar yang terkaya di dunia. Tiada perkataan 'antara' diletakkan. Ini bermakna Melaka adalah negara yang terkaya di dunia ketika itu, mengatasi negara-negara maju di Eropah. Tidak cerdikkah orang Melayu?

Damio de Geos, turut menyatakan "Terdapat rumah-rumah berbatu yang kelihatan indah dan terdapat istana-istana yang indah."

Juga seperti mana yang dikatakan oleh M.B. Lewis, pensyarah Bahasa Melayu Universiti London dalam A Handbook of Malay Script dicetak pada tahun 1954.

"Kalakian maka datang sebuah kapal Feringgi dari Goa maka ia berniaga di Melaka. Maka dilihat oleh Feringgi itu negeri Melaka terlalu baiknya dan bandarnya pun terlalu ramai,"

Secara logik apabila Melaka maju, bermakna orang Melayu ketika itu bukan sahaja bangsa yang kaya malahan bijak dari segi pentadbiran, ekonomi termasuklah hubungan antarabangsa. Itu sebab wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.

Persoalannya, apabila ada dakwaan menyatakan bahawa orang Melayu tidak mampu berdikari tanpa bantuan orang bukan Melayu dari segi ekonomi, pendidikan mahupun pentadbiran, sejarah membuktikan sebaliknya. Adakah penanya berkenaan cuba memanipulasi fakta sejarah, supaya berpihak kepadanya?

Dilihat masa era penjajahan yang bermula pada 24 Ogos 1511 iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, sistem atau ketamadunan Bangsa Melayu telah dimusnahkan. Dalam tempoh 446 tahun dijajah, siapa sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penjajahan tersebut? Adakah orang Melayu atau bukan Melayu yang menerima 'laba' daripada penjajah?

Apabila dihujah sedemikian, para peserta berkata, mereka tidak tahu. Mereka tidak diajar di sekolah. Apa yang diajar sekarang? Pelik! Saya memperoleh fakta ini semua di dalam buku sejarah yang dibaca di peringkat sekolah, cuma saya kembangkan untuk mendapatkan fakta tambahan bagi mengesahkan apa yang sebenarnya berlaku.

Adakah benar fakta Sejarah tidak boleh dibahaskan? Adakah fakta yang disogokkan sekarang perlu dipertahankan, atau kebenaran perlu dicari! Fakta tetap fakta, yang perlu dicari ialah kaitan antara satu sama lain sehingga memberikan satu gambaran yang jelas berhubung sesuatu peristiwa itu.

Malangnya, terdapat segelintir mereka yang mempunyai kuasa, tidak membenarkan perkara-perkara sedemikian dibahaskan secara ilmiah dan yang lebih menyedihkan dengan kuasa yang mereka ada mengarahkan apa-apa yang melibatkan orang Melayu terutama konsep Ketuanan Melayu tidak boleh dibahaskan. Alasannya takut akan dianggap bersifat perkauman.

Jawapan saya mudah, mereka tiada roh Melayu Ultra. Jika benar mereka bangsa Melayu, fakta sejarah bangsa Melayu tidak harus 'disembunyikan'. Golongan inilah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan nenek moyang mereka yang terkorban demi mempertahankan kewujudan bangsa iaitu bangsa Melayu. Sedarlah bangsa Melayu.

Sumber : Utusan malaysia

Friday, February 22, 2013

Perlembagaan Kita Masih Berteras Nilai Tempatan

Kita pernah mendengar hujah bahawa Perlembagaan adalah satu idea atau sistem yang disogok oleh British kepada kita. Ini bagi memastikan kita sentiasa berada di bawah telunjuk kuasa koloni itu walaupun secara fizikalnya kita sudah bebas.

Mungkin ada sedikit kebenaran mengenai hujah ini kerana itulah cara kuasa koloni untuk terus menerus menjajah dunia, bukan secara fizikal, tetapi juga secara halus iaitu melalui sistem pentadbiran. Namun, adakalanya juga hujah ini dijadikan api dalam ucapan politik, terutama ketika menghadapi pilihan raya. Kita perlu mengambil perhatian serius mengenai perkara ini supaya tiada manipulasi politik dalam isu berkaitan Perlembagaan walaupun kita tahu tiada pemisahan total antara politik dan Perlembagaan.

Perkara berkaitan Perlembagaan tidak harus dimanipulasi dan dicampur aduk dengan politik. Pendekatan sebegini boleh mengelirukan rakyat. Kita sedar rakyat adalah pengguna sebenar Perlembagaan dan kita mengambil perhatian bahawa khalayak sudah membuka minda untuk mengenali Perlembagaan dengan lebih dekat. Pendekatan politik yang sebegini boleh menggugat kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan luhur dan seterusnya mengurangkan keyakinan rakyat kepada Perlembagaan.

Adalah tidak benar jika dikatakan apa yang dimuatkan dalam Perlembagaan itu adalah semata-mata kehendak British. Beberapa perkara yang perlu kita lihat dan menilai mengenai teori, prinsip dan undang-undang Perlembagaan sebelum kita membuat andaian begitu. Benar, legasi British wujud menerusi Perlembagaan, tetapi inti pati Perlembagaan bukan sesuatu yang jatuh dari langit, tetapi ia tumbuh dari bumi.

Pengisian Perlembagaan
Maksudnya, pengisian Perlembagaan bukanlah yang tidak dikenali atau terlalu asing daripada kita, tetapi ia berasal daripada tanah dan amalan kita. Ia tumbuh daripada sejarah, nilai dan budaya yang membumi dalam negara kita sendiri.

Oleh itu teori, prinsip dan undang-undang Perlembagaan yang kita ada ini bukan semata-mata legasi British, tetapi juga mengandungi perkara atau falsafah yang begitu hampir, bahkan sinonim dengan kita. Sebelum pergi lebih jauh, perlu diperjelaskan maksud teori, prinsip dan undang-undang Perlembagaan.

Teori Perlembagaan merujuk kepada persoalan berkaitan tadbir urus sesebuah negara dan pembentukan sesebuah negara. Prinsip perlembagaan pula merujuk kepada pentadbiran, pertalian dan perhubungan antara institusi yang membentuk negara. Undang-undang Perlembagaan pula berkaitan peraturan dan tetapan yang boleh, atau tidak boleh, atau mesti dipatuhi oleh kuasa politik.

Berdasarkan maksud ini, dapat dirumuskan bahawa, teori, prinsip dan undang-undang Perlembagaan tidak boleh tidak hendaklah mengandungi inti pati yang sinonim dengan negara. Ia tidak boleh mengandungi perkara asing.

Elemen tradisi
Namun, sekiranya perlu dirujuk atau diambil kira perkara yang asing itu, ia hendaklah hanya setakat mana bersesuaian dengan kehendak negara itu sendiri.

Dalam konteks ini Perlembagaan kita mengandungi elemen yang tidak asing kepada kita, iaitu apa yang dinamakan oleh penulis undang-undang Perlembagaan sebagai elemen tradisi dan atau warisan.

Maka dengan itu, sistem pentadbiran kita tidak serupa dengan negara lain walaupun teori asas, seumpama sistem Perlembagaan itu sendiri ditemui dan digunakan secara sejagat. Dengan kata lain, kita mempunyai prinsip yang sejagat, tetapi nilai kepada prinsip tersebut hendaklah bukan sesuatu yang asing dan tidak dapat diterima. Seumpama sistem Raja Berperlembagaan, walaupun sistem ini ditemui di banyak negara lain, teori dan prinsip yang dipakai secara perinciannya mungkin berbeza.

Bagi melestarikan peruntukan Perlembagaan, maka ayat-ayat Perlembagaan digubah dalam bentuk yang luas dan kompleks. Dalam kebanyakan keadaan, tiada perincian atau ilustrasi. Ia bertujuan melebarkan ruang teroka atau tafsir bagi kesesuaian masyarakat. Ini juga bagi membolehkan Perlembagaan itu bersifat sejagat, tetapi perinciannya tidak semestinya sejagat atau serupa antara satu sama lain. Kita boleh menerima teori dan prinsip perlembagaan dari luar setakat mana ia bersesuaian dengan sifat yang membumi di sini.

Sumber :  www.bharian.com.my

Thursday, February 21, 2013

Penggodam Website Kerajaan Didedah

Perbuatan menggodam laman web Jabatan Penerangan semalam, dipercayai didalangi individu dikenali sebagai `Sofea Hana’ yang dikatakan seorang wanita berusia 20-an dengan agenda anti-kerajaan kerana kecenderungannya yang sering menggodam laman kerajaan sejak awal tahun lalu.

Penggodam yang juga dikatakan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu dikatakan pernah menceroboh laman seperti Jabatan Kehakiman, Parlimen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kegiatan Sofea ini didedahkan oleh seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro.

Menurut Prince Zoro, Sofea telah menggodam lebih 10 laman kerajaan setakat ini dan dijangka akan meneruskan perbuatannya jika pihak kerajaan tidak meningkatkan tahap keselamatan siber.

“Di kalangan komuniti penggodam tempatan, Sofea sememangnya dikenali kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, dia akan meneruskan perbuatannya selagi tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, lebih membimbangkan hampir kesemua laman agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.

“Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan untuk menceroboh laman terbabit menggunakan akaun pentadbir dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan jika dia mahu,” jelasnya.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Saya jamin polis akan dapat mengesan suspek walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP) kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, dua kenyataan palsu disiarkan dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan'.  MyMetro

Wednesday, February 20, 2013

Kenapa Kalimah Allah Jadi Isu Besar?

BANYAK yang sudah diperkatakan mengenai isu kalimah Allah ini. Namun sebenarnya banyak yang sudah diulas di luar konteks sehingga isu sebenar sudah tersasar dan semakin teruk apabila ia terlerai menjadi elemen yang dicampur dengan sentimen yang tidak perlu. Akhirnya, kecelaruan mengenainya menjadi semakin panas dan semakin gagal dilihat secara lebih fokus dan rasional.

Adalah diharapkan semua pembaca harus berlapang dada dan jauh daripada emosi melulu, dengan hasrat untuk mencari penyelesaian terbaik bagi mengekalkan keharmonian negara khususnya. Amat malang apabila negara yang sudah menjadi model dan tanda aras kepada kehidupan rukun masyarakat majmuk terbaik di dunia mula goyah dengan isu yang dipermainkan secara berbahaya untuk mereka yang berkepentingan.

Fakta jelas menunjukkan bahawa Allah adalah kata nama khusus merujuk kepada Tuhan yang Esa yang diangkat oleh Agama Samawi (agama langit yang empat) atau digelar sebagai ahli kitab. Kesemua agama ini mempunyai kitab masing-masing dan dipanggil kitabullah yakni kitab Allah yang mengandungi wahyu yang diturunkan daripada Allah.

Ini akan dihuraikan kelak secara khusus supaya tidak menyentuh sebarang sensitiviti beragama mana-mana pihak. Isu sebenar yang ingin disentuh ialah kenapa penggunaan kalimah Allah ini baru timbul sekarang dan tidak pula puluhan tahun lepas?

Ada dua perkara yang perlu diberi perhatian, adakah isu ini sengaja ditimbulkan bagi mewujudkan satu situasi yang boleh diambil kesempatan oleh mana-mana pihak untuk keuntungan peribadi mereka sendiri. Ataupun, ia hanya sebagai permintaan daripada mereka yang menganut agama berkaitan secara khusus demi memudahkan mereka melaksanakan ibadat mereka?

Duduk perkara sebenar selepas itu lebih mudah untuk ditafsir sekiranya kita boleh merungkai punca kepada timbulnya persoalan berkaitan. Kita sudah melihat dengan jelas mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sudah diamalkan puluhan tahun lalu.

Malah sebelum zaman merdeka lagi sehingga kadangkala masyarakat luar sendiri tidak percaya melihat rumah-rumah ibadat pelbagai agama wujud di negara ini yang sebahagiannya lebih hebat daripada milik agama rasminya sendiri.

Seterusnya kita tahu dan sedia maklum bahawa di Malaysia, selama ini penganut agama Kristian sudah tentulah bukan orang Melayu kerana orang Melayu di negara ini ditetapkan oleh Perlembagaan Negara adalah beragama Islam. Kerana itu, kitab milik orang Kristian yang ingin dibaca oleh orang Kristian bukanlah menggunakan bahasa Melayu secara berleluasa juga.

Dengan mengambil kira penduduk bumiputera lain termasuk Orang Asli dan masyakarat pribumi di Sabah dan Sarawak, kita sudah lama bertolak ansur dan tidak mempersoalkannya selama ini dan ia tidak pernah pun menjadi isu.

Malah Kementerian Dalam Negeri juga sangat bekerjasama dalam memberikan permit percetakan kitab berkaitan dalam bahasa Melayu dan diedarkan dengan begitu meluas hatta di semua bilik hotel terutamanya di Sabah dan Sarawak tanpa sebarang sekatan.

Selepas sekian lama berlalu, apa yang sudah menjadi kebiasaan dan berjalan dengan lancar menjadi sesuatu yang luar biasa dan sudah panas dengan pelbagai spekulasi yang tidak berasas dan disebut di luar konteks.

Ia digambarkan seolah-olah Malaysia sebuah negara yang tidak mengamalkan kebebasan beragama dan menyekat penganut agama selain daripada agama rasminya dan tidak mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan bebas.

Kepada mereka di luar sana cubalah renung kembali dengan akal yang waras, apakah petikan di atas benar dan apakah itu yang kita boleh saksikan menjadi praktis negara ini sejak sekian lama.

Sebenarnya, apabila kita meneliti secara mendalam kita akan melihat bahawa berlakunya bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah itu daripada umat Islam di negara ini semata-mata bagi mempertahankan akidah umat Islam itu sendiri. Ia sejajar dengan apa yang sudah diperuntukan dalam Perlembagaan Negara kita yang menghalang pengkaderan, perluasan ataupun pendakwahan agama lain kepada umat Islam Melayu.

Kita tahu, selama ini memang sebut sahaja perkataan Allah, semua bangsa di negara ini tahu, faham dan mengerti Allah adalah Tuhan orang Islam. Jangan nafikan fakta ini dengan niat tersendiri dan mahu memanipulasi. Pokok pangkalnya ia sudah menjadi standard praktis, menjadi tanggapan dan sudah diterima semua pihak tanpa sebarang persoalan.
Kenapa pula perlu guna perkataan Allah dalam kitab lain dan mahu Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam di negara ini. Malah kalau ditanya sama ada perkataan Allah ini mahu turut digunakan dalam versi-versi bahasa lain juga sebenarnya tidak dapat mereka sendiri jelaskan atau sengaja tidak mahu terperangkap oleh jerat yang dibina oleh mereka sendiri.

Kalau isu pengamalan agama yang ingin disentuh maka ia perlu satu penyelesaian yang berbentuk keseluruhan dan tidak berpilih-pilih. Kini tentunya ia semakin jelas dan nyata bahawa kalimah Allah bukannya isu agama tetapi lebih mirip kepada isu peribadi dan agenda sendiri. Atau dengan mudah kita katakan ada kumpulan yang mahu menangguk di air keruh bagi menjadi hero atau menagih simpati demi mencapai matlamat tanpa mengambil kira kesan dan akibat daripada permainan berbahaya ini.

Kita juga sebenarnya boleh samakan taktik dan strategi yang dijalankan oleh kumpulan ini sama bahayanya dengan taktik dan strategi komunis satu ketika dahulu. Mungkinkah mereka ini memang sebahagian daripada kumpulan serpihan yang sudah ditumpaskan satu ketika dahulu?

Sesudah sekian lama mengamalkan kepercayaan masing-masing dan sudah wujud norma-norma khusus termasuk nama-nama khusus penyembahan, tiba-tiba meledak isu Allah tanpa sebarang tanda kenapa ia perlu dirombak. Maka, bagaikan sudah terang lagikan bersuluh sebenarnya ini bukanlah seperti yang dikehendaki oleh kebanyakan penganut Kristian yang sudah kita anggap sebagai saudara kita sendiri di negara ini. Tetapi ia lebih kepada mereka yang ingin mengambil kesempatan hatta sanggup melagakan dan menimbulkan huru-hara asalkan berjaya mencapai agenda.

Untuk menghuraikan duduk perkara penggunaan kalimah ini tanpa merujuk kepada kitab suci al-Quran, bagaimana toleransinya umat Islam kepada amalan beragama ini, hayati petikan surah yang berkaitan dengan isu di atas: (Surah Ali'Imran 3:64-71):

Secara ikhlasnya, dengan tulisan di atas sudah menjelaskan dengan terang dan terperinci duduk perkara berkaitan dengan kekeliruan dan pengalihan fokus yang berkaitan dengannya. Semoga ia dapat membantu mereka yang ikhlas dan rasional bagi merungkai kekusutan dan akhirnya kembali ke pangkal jalan untuk mencari kebaikan.

Oleh : Dr. Ahmad Zaki Ismail

Tuesday, February 19, 2013

Dua Kunci Ciptakan Cinta Membara

BERCINTA tidak hanya melibatkan keperluan satu pihak, tetapi kedua-dua pihak. Agar sama-sama puas, memerhatikan keperluan masing-masing perlu menjadi keutamaan agar keintiman cinta kian membara.

Tanpa diungkapkan, keinginan seksual anda tak akan terbaca oleh pasangan. Untuk itu, jangan ragu memberitahunya agar dia mengerti apa yang anda inginkan. Sebelum keintiman menjadi hambar kerana dilanda kejemuan, hal-hal ini patut diperhatikan....

Komunikasi
Anda mungkin merasa sudah begitu lama bersama dengan pasangan anda sehingga anda tidak boleh memberitahu mereka apa yang benar-benar anda rasakan ketika bercinta. Namun itu adalah cara pandang yang keliru. Tentunya pasangan anda ingin menyenangkan anda, seperti yang anda lakukan kepada pasangan anda. Jadi beritahu mereka apa yang anda suka dan tidak suka ketika bercinta.

Jika pasangan anda melakukan sesuatu yang benar-benar anda suka, beritahu mereka akan hal itu. Dan jika mereka melakukan sesuatu yang anda tidak suka, beri dia cadangan untuk memperbaikinya. Bimbing dia untuk melakukan apa yang anda suka dan dia akan merasa dihargai lebih ketika anda menikmati apa yang dia lakukan. Lakukan juga hal yang sama untuk dirinya.
  
Posisi
Jika anda hanya melakukan posisi itu-itu saja ketika bercinta, sudah saatnya anda cuba sesuatu yang baru. Ada begitu banyak posisi bercinta untuk dicuba dan yang perlu anda lakukan hanyalah dengan mencarinya. Bincangkan apa yang anda berdua sukai dan mana yang anda ingin dicuba.

Anonymous

Monday, February 18, 2013

Kolam Renang Terbesar Di Dunia

San Alfonso del Mar adalah sebuah resort yang terletak di pantai tengah Chile, sering diperhatikan kerana mempunyai kolam seluas 1.013m (3.324 kaki) panjang, kolam renang luaran 19-ekar dengan 250 juta liter air dan memegang Guinness world record. Kolam besar di resort ini menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Chile Crystal Lagoons, yang menggunakan air yang dipam dari Lautan Pasifik, yang kemudian ditapis dan dirawat untuk bekalan kolam.

Selain dari saiz yang besar, lagun ini mempunyai satu lagi ciri yang menakjubkan: perairannya mempunyai ketelusan dan warna biru laut tropika yang asli. Ini telah dibuat sebaik mungkin, terima kasih kepada teknologi canggih yang dibangunkan oleh syarikat Crystal Lagoons, yang mampu untuk mengumpul air laut dan memastikan ia dalam keadaan sempurna.
Semasa musim panas, lagun ini mampu mengekalkan suhu menyenangkan yang bersempadan 26 º C, sembilan darjah lebih daripada suhu laut berdekatan.

Untuk bergerak dari A ke B disediakan sailboats kecil untuk dikendalikan.




 Sumber : MalaysiaRia

Sunday, February 17, 2013

10 Senibina Paling Menggemparkan Dunia

10 Senibina Paling Menggemparkan Dunia Yang Terdapat Di Timur Tengah
United Arab Emirates (UAE) contohnya, industri pembinaannya dianggarkan bernilai kira-kira 28.4 billion US Dollar pada tahun 2011.

1. Ferrari World, Abu Dhabi, United Arab Emirates

Ferrari World adalah taman tema Ferrari yang terletak di Yas Island, Abu Dhabi. Merupakan taman tema terbesar di dunia, ianya dibina dengan bumbung yang berkeluasan 200, 000 meter persegi dan menelan belanja sebanyak 40 billion US Dollar. Mula dibina pada tahun 2008 dan siap dalam masa dua tahun, taman tema ini menempatkan Formula Rossa, roller coaster terpantas di dunia.

2. Museum of Islamic Art, Doha, Qatar

Dengan rekaan seperti kiub-kiub yang disusun antara satu sama lain, Muzium Kesenian Islam di Qatar ini mengumpulkan antara koleksi seni Islam yang terbesar di dunia. Bangunan yang berkeluasan 46,450 meter persegi ini mula dibina pada tahun 2005 dan siap pada 2008. Arkitek yang bertanggungjawab mereka bangunan ini, I.M Pei, menjelajah seluruh Timur Tengah selama 6 bulan untuk mendapatkan inspirasi. Kos keseluruhan projek ini bernilai 47.7 juta US Dollar.

3. Burj Khalifa, Dubai, United Arab Emirates

Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, menara tertinggi di dunia ini merupakan tarikan pelancong paling popular di Dubai. Menara 163 tingkat dengan ketinggian 830 meter ini bernilai 1.5 billion US Dollar dan mula dibuka pada tahun 2010 lalu, setelah tergendala buat seketika akibat krisis kewangan.

4. Infinity Tower, Dubai, United Arab Emirates
Dalam kebanyakan projek mega di Dubai yang dirancang sebelum krisis kewangan 2008, menara ini merupakan antara projek yang berjaya disiapkan walaupun tergendala buat seketika. Menara setinggi 80 tingkat ini merupakan menara lingkaran tertinggi di dunia (330 meter tinggi) dan antara ciri menarik padanya ialah ianya dibina tanpa menggunakan tiang pada mana-mana bahagian dalam menara ini. Bernilai 190.5 juta US Dollar, ianya mula dibina pada 2006 dan dijangka siap akhir tahun ini.

5. World Trade Center, Bahrain

Dibina dengan dua buah menara yang disambungkan melalui tiga jejantas (sky bridge), World Trade Center di Bahrain ini merupakan menara pertama di dunia yang menampilkan turbin angin pada reka bentuknya. Menara yang berbentuk seperti layar ini mampu menjana elektrik dengan menggunakan kuasa angin. Mula dibina pada 2004 dan mengambil masa empat tahun untuk siap, kos keseluruhan projek ini bernilai 150 juta US Dollar.

6. Abraj Al-Bait Towers, Mekah, Arab Saudi

Menara yang juga dikenali sebagai Mecca Royal Hotel Clock Tower ini dibina berhadapan dengan Kaabah. Menara utamanya lebih besar berbanding Elizabeth Tower yang menempatkan Big Ben di London dan dilengkapi dengan dek pemerhati di bawah jam besar di samping ruang solat yang mampu memuatkan 10,000 jemaah. Menara berketinggian 600 meter dengan 120 tingkat ini mula dibina pada 2004 dan siap pada tahun lalu. Keseluruhan projek bernilai 15 billion US Dollar.

7. The Chedi Muscat, Muscat, Oman

Berbanding dengan projek-projek mega lain di Timur Tengah yang kelihatan megah dan mengagumkan, Chedi Muscat ini menarik perhatian dengan senibinanya yang kelihatan sangat serasi dengan suasana persekitarannya. Hotel di tepi pantai ini dibina dengan beberapa buah bangunan yang turut menempatkan taman-taman mewah. Pada bahagian pusat hotel ini terdapat lobi dilengkapi khemah setinggi 12 meter yang mendapat inspirasi daripada khemah orang Badwi di tengah gurun. Hotel 160 bilik ini menelan belanja sebanyak 25 juta US Dollar dan siap pada tahun 2010 lalu.

8. Bank Muscat, Muscat, Oman

Bank terbesar di Oman ini menampilkan senibina yang diinspirasi daripada gabungan senibina Islam dan moden. Antara ciri menariknya ialah hiasan skrin putih yang dibina pada bahagian facade bangunan. Corak bunga geometri yang terdapat padanya membenarkan pencahayaan semulajadi sambil menyejukkan bahagian dalam bangunan. Bangunan pejabat berkeluasan 32,500 meter persegi ini menelan belanja sebanyak 57.2 juta US Dollar dan siap dibina dalam jangka masa dua tahun.

9. King Abdullah Petroleum Studies and Research Center, Riyadh, Arab Saudi


Kompleks moden dan futuristik ini direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid. Apa yang menariknya tentang projek ini adalah konsep rekaannya yang dinamik di mana ianya mampu untuk dikembangkan dan diubah suai pada bila-bila masa apabila perlu. Di bawah bumbung keluli yang besar tersebut terdapat courtyard yang memberikan perlindungan daripada haba matahari. Projek ini dianggarkan bernilai 11.5 billion US Dollar dan mula dibina pada tahun 2009. Struktur berkeluasan 65,000 meter persegi ini dibangunkan oleh Aramco, syarikat tenaga terbesar di dunia

10. Aldar Headquarters, Abu Dhabi

Bangunan berbentuk seperti duit syiling yang terletak di Abu Dhabi ini merupakan bangunan berbentuk bulat pertama yang dibina di Timur Tengah. Mendapat anugerah "Best Futuristic Design" di persidangan The Building Exchange (BEX) di Sepanyol, rekaannya dibina menggunakan grid keluli berpenjuru yang membolehkannya dibentuk sedemikian rupa. Bangunan ini siap dibina Januari 2010 yang lalu.

Sumber : MalaysiaRia

Keamanan Nikmat Paling Besar

Islam anjur umat sentiasa buat penambahbaikan terhadap sistem keselamatan
Memelihara keamanan adalah kewajipan setiap individu, sementara menyusun dan menguruskan sistem keselamatan dengan baik adalah satu tuntutan yang dianjurkan Allah SWT. Ia bertujuan memastikan keselamatan, kestabilan dan kesejahteraan sesebuah negara sentiasa terjamin.

Sementara mencipta permusuhan adalah perkara yang dilarang. Sabda Baginda SAW: “Sesungguhnya lelaki yang paling dibenci Allah ialah yang paling gigih dalam mencetuskan permusuhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Baginda SAW: “Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredaan Allah Taala.” (Riwayat Ibnu Majah)

Oleh itu, Islam menganjurkan umatnya sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap sistem keselamatan terutama dalam sebuah negara aman sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan.

Institusi yang menjaga keamanan mestilah peka kepada setiap situasi dan sentiasa mengemaskini sistem mengikut teknologi semasa. Institusi keamanan sudah wujud sejak zaman sahabat lagi.

Pasukan jaga keamanan awam
Saidina Umar mengadakan penyusunan semula pentadbiran beliau dengan mewujudkan sebuah pasukan untuk menjaga keamanan awam. Saidina Umar juga terbabit secara langsung apabila sentiasa berjalan pada waktu malam bagi memastikan penduduk awam berada dalam keadaan baik.

Begitu juga pada masa kerajaan Umayyah dan Abbasiah yang membentuk satu pasukan disebut ‘sahibus syurtah’ (kepolisan). Kerajaan Sepanyol pada masa itu menubuhkan ‘Sahibul Madinah’ atau pengawal bandar.

Kerajaan Melayu Melaka menjadikan Temenggong sebagai ketua keselamatan dengan bantuan hulubalang. Menunjukkan bahawa pasukan keselamatan bukan sesuatu yang asing dalam sesebuah negara yang dahagakan keamanan.

Ia bertepatan tujuan syariat bagi menjaga dan memelihara agama, akal, keturunan, nyawa dan harta. Mengutamakan keamanan adalah amalan mulia yang disifatkan oleh Allah sebagai satu nikmat sangat besar.

Firman Allah SWT: “Dan ingatlah nikmat Allah terhadapmu tatkala Allah menyatukan kamu selepas bermusuhan, lalu ditautkan hati kamu sehingga kamu bersaudara.” (Surah al-Imran, ayat 103)

Kita juga tidak dibenarkan bertemu musuh walaupun sekadar impian dan cita-cita. Sabda Baginda SAW: “Janganlah kamu bercita-cita untuk bertemu musuh. Mohonkanlah kesejahteraan. Jika ditakdirkan demikian, maka hendaklah kamu tetap dan bersabar. Ketahuilah syurga berada di bawah kilatan pedang.

Menunjukkan Islam tidak pernah menggalakkan permusuhan serta peperangan kerana sejarah membuktikan pertumpahan darah bukan pilihan utama. Hatta mengucapkan perkara yang mencetuskan provokasi juga dilarang.

Daripada Abu Hurairah, katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang berkata, ‘Celakalah mereka!’ maka orang itu yang paling celaka.” (Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, kemungkinan berlakunya pertembungan atau peperangan adalah tidak mustahil disebabkan terhakisnya sifat sabar dalam kalangan manusia. Jika peperangan atau kekacauan tidak dapat dielakkan, maka pilihan kedua ialah memilih jalan mengecilkan ruang peperangan atau sesuatu kekacauan.

Ilmu usul fikah menganjurkan kita memilih mudarat yang lebih kecil berbanding mudarat yang besar seperti istilah ‘memilih yang ringan antara dua darurat’. Bagi menyediakan diri terhadap kemungkinan tadi, umat Islam disarankan bersedia dengan segala kekuatan bagi menghadapinya.

Pamer kekuatan
Mempamerkan kekuatan dengan tujuan mencetuskan kegerunan terhadap musuh seterusnya dapat mengelakkan peperangan dan pertumpahan darah.

Firman Allah SWT: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan persenjataan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan musuh kamu serta musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedang Allah mengetahuinya dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Surah al-Anfaal, ayat 60)

Menunjukkan persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan terhadap keselamatan negara adalah satu daripada perintah Allah SWT.

Sabda Baginda SAW: “Tiada seorang pun yang meneguk satu tegukan yang lebih agung pahalanya daripada tegukan berupa kemarahan yang ditahannya semata-mata mengharapkan keredaan Allah Taala.” (Riwayat Ibnu Majah)

Jika wasiat Baginda SAW ini dapat dipraktikkan, maka peratus kerosakan dan kehancuran akan dapat dikurangkan. Mencipta dan mencari permusuhan adalah bertentangan dengan agama Islam.

Oleh : Zamanuddin Jusoh 

Saturday, February 16, 2013

Cinta atau Nafsu

SAAT mabuk cinta, seseorang kadang-kadang tak dapat membezakan perasaannya. Agar tak terjebak, ada baiknya anda memerhatikan beberapa isyarat ini.

Kata orang, cinta memang gila. Sedemikian gilanya, sehingga seringkali membuat penikmatnya tak dapat membezakan perasaannya sendiri.

Cinta juga boleh membuat seseorang bertingkah tidak rasional, hingga melupakan akal sihatnya. Sayangnya dalam pengaruh cinta yang besar, anda kerap tak boleh membezakan cinta dengan nafsu.

Dalam membina sebuah hubungan yang kuat, tentu nafsu saja tak cukup. Anda memerlukan cinta dan pengorbanan yang besar untuk menjaganya.

Anda bingung, apakah dirinya benar cinta atau sekadar nafsu? Cuba perhatikan petanda dibawah ini...

- Jika dia ingin bersama anda untuk berhubungan seks, itu adalah ghairah.

- Kalau dia cuba menjelaskan / mengenalkan diri anda kepada seorang temannya, dan dia hanya boleh membincangkan bahagian-bahagian tubuh anda dan penampilan anda, itu bererti ghairah.

- Bila hanya mahu menelefon atau bercakap-cakap dengan anda apabila dia menginginkan kenikmatan jasmaniah, itulah ghairah.

- Jika dia membohongi anda hanya agar boleh tidur seranjang dengan anda, itu nafsu namanya.

Tetapi, mungkinkah hubungan yang berdasar ghairah berkembang menjadi hubungan yang sihat berdasarkan cinta? Apa kata anda...

Anonymous

Friday, February 15, 2013

Tanda-Tanda Lelaki Jatuh Cinta

Mengukur berapa besar kadar cinta si dia kepada anda memang benar-benar susah. Boleh jadi dia sangat cinta walaupun di depan anda si dia hanya bersahaja. Tapi, boleh jadi dia menyimpan dusta walau setiap hari menghantar bunga sebagai lambang cinta. Ada cara mudah untuk mengesan cinta dia. Tak perlu bertanya, lihat saja sikapnya kepada anda.

Merindukan kehadiran anda
Ungkapan rindu merupakan salah satu bukti bahawa kehadiran anda begitu bererti bagi si dia. Tapi, setiap lelaki mempunyai cara berbeza. Jika si dia tak pernah bilang "I miss you", jangan langsung menganggap kalau ia tak rindu. Hal kecil seperti sapaan ringan, telefon, menanyakan khabar, atau mengajak bertemu, juga termasuk dalam ungkapan rindu.

Mengambil berat dan mahu tahu
Keingintahuan terhadap keadaan anda adalah tanda kalau ia ingin menjadi sebahagian dalam hidup anda. Rasa bimbang jika tak mendapat khabar ialah salah satu bukti kalau ia mengambil berat.

Cemburu
Banyak yang bilang kalau cemburu itu tanda cinta. Ya, ini memang tak diragukan lagi. Perasaan ini timbul saat si dia takut kehilangan perhatian anda. Jadi, berbahagialah apabila melihat si dia cemburu, tapi segera selesaikan permasalahannya. Jika tidak, bisa-bisa ia kehilangan kepercayaan atau malah menjadi posesif.

Kompromi
Si dia tak ragu-ragu untuk mencari jalan keluar atas segala masalah yang berlaku dalam hubungan anda dengannya. Ini menandakan kalau ia cukup menghargai pendapat atau keinginan anda kerana tak selalu mengedepankan egonya.

Meminta maaf dan memaafkan
Meminta maaf saat ia berbuat salah atau memaafkan selepas anda melukai hatinya merupakan satu bukti kalau ia tak ingin ada masalah dalam hubungan anda berdua. Memaafkan juga merupakan wujud pengorbanan yang tulus.

Motivator yang baik
Wujud cinta yang besar boleh dilihat dari seberapa besar pasangan ingin melihat anda bahagia, salah satunya dengan memberikan sokongan positif. Saat pekerjaan pejabat terkumpul atau anda sedang risau dilanda masaalah, ia tak ragu untuk memberikan semangat dan bantuan.

Memberi pujian
Rasa terima kasih atas perhatian, pengorbanan, atau cinta anda padanya merupakan bentuk penghargaan. Menjaga segala bentuk pemberian yang baik, termasuk kepercayaan, membuktikan kadar cintanya yang cukup tinggi.
  ---jiran
Memikirkan langkah ke depan bersama anda
Ini merupakan bentuk keyakinan si dia untuk menjalani hubungan yang serius dengan anda, seperti perbincangan untuk membina hubungan yang lebih harmoni sampai dengan perkahwinan. Jika sudah sampai tahap ini, bererti ia cukup yakin kalau anda adalah calon pendamping hidupnya.

Anonymous