nuffnang

Thursday, January 31, 2013

Tertawa Tingkatkan Ghairah Seksual Anda

TERTAWA tidak hanya boleh membuat hati senang dan hidup lebih ceria, namun dengan ketawa juga boleh meningkatkan ghairah seksual anda.
Berkongsi keceriaan bersama pasangan di atas ranjang merupakan aktiviti harmonisasi yang boleh dilakukan untuk menguatkan hubungan percintaan mereka. Dan untuk meningkatkan ghairah seks tidak hanya melalui tindakan dan gerakan seksi saja, melainkan dengan canda tawa juga boleh menghidupkannya kembali.

Berikut beberapa cara untuk meningkatkan ghairah seks melalui canda tawa, sebagaimana yang dipetik dari Mid Day.

Hidupkan gurauan lucu
Dengan jenis ketegangan sehari-hari tentu membuat anda semua menderita. Sebuah kesantaian sangat diperlukan oleh pasangan agar mereka merasa selesa apabila sedang bersama anda. Utarakan gurauan yang boleh menimbulkan gelak ketawa dengan begitu akan hidup suasana menyenangkan dan mencetuskan fantasi liar pasangan untuk melepaskan hormon bahagia dalam tubuhnya yang disebut oksitosin, sehingga membuat anda menjadi mesra satu sama lain.

Aktiviti gerakan
Cubalah untuk memulakan sebuah permainan yang bertujuan agar anda bersama pasangan dapat menghadirkan sebuah aktiviti melucukan di dalamnya. Dengan kegiatan tersebut, boleh membuat anda bersama pasangan melontarkan tertawa hebat dan menimbulkan perasaan senang kerana anda berdua saling jatuh cinta.

"Sangat penting untuk meringankan hal-hal tak berguna dan menikmati setiap sesi kelucuan dengan cara menggelitik dan menggoda untuk membuka serta merasakan keintiman yang lebih besar," tegas seorang ahli terapi seks dan perkahwinan. "Kerana itu ketawa dan seks saling melengkapi satu sama lain dalam memberikan kenikmatan keintiman yang pernah dapat dirasakan."

Anonymous

Cara Dapatkan Respons Suami

UNTUK memberikan nafas baharu dalam perhubungan suami isteri pada jangka masa yang panjang memerlukan kesungguhan daripada kedua-dua pihak atau mungkin sedikit lebih kepada isteri.

Bayangkan setelah hanya sebulan dari tarikh bulan madu pertama anda, pastinya anda perasan suasana magis dan romantik dalam hubungan telah mula memudar sedikit demi sedikit.

Bukankah anda pernah menyedari, suami tidak perasan pun setiap kali anda masuk ke bilik kerana pada waktu itu dia terlalu sibuk menonton perlawanan bola sepak kegemarannya.

Jika ini berlaku, anda sudah pasti tahu ini adalah masanya untuk anda bertindak menyelamatkan keadaan.

Langkah pertama:
Cuba lihat ke dalam cermin, perhatikan diri anda. Apa yang membezakan anda dahulu dan sekarang. Bila kali terakhir anda memotong rambut untuk membuatkan penampilan anda menarik.

Pergi ke salon, buat manicure dan padicure, mandi susu atau spa dan lakukan urutan.

Apabila diri anda sudah terasa bersih cantik dan sihat, maju ke langkah seterusnya.

Langkah kedua:
Manjakan diri anda, belanjakan duit yang anda simpan untuk membeli baju yang cantik untuk anda atau yang seksi untuk suami anda ketika dipakai pada malam hari.

Apabila balik membeli-belah, letakkan bungkusan pembelian anda itu di tempat yang boleh dilihat. Apabila suami anda balik ke rumah pastinya dia akan membelek-belek barangan belian anda itu dengan penuh rasa tanda tanya.

Langkah ketiga:
Keluar dengan rakan-rakan anda dan dapatkan pandangan yang berbeza tentang hubungan anda dan permainan cinta serta rumah tangga mereka.

Perbincangan sesama rakan boleh menjadi idea yang penting bagaimana anda boleh mendapatkan respons suami anda.

Bila balik beritahu suami yang anda berasa gembira dengan kehadirannya ke dalam hidup dan anda mampu berdikari sekiranya dia tiada masa untuk anda.

Langkah keempat:
Hari yang penting pun tiba. Lakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan agar respons suami terhadap anda semakin bertambah.

Siapkan hidangan makan malam dengan kadar yang amat romantis dan anda bersedia memakai pakaian yang baru dibeli, lengkap dengan haruman. Tenung dalam-dalam matanya sebelum anda menjamah makanan.

Langkah kelima:
Rapatkan badan anda ke tubuhnya dengan cara yang amat erat, buat dakapan dan kucup bibirnya.

Pastinya suami anda terperanjat dengan perlakuan anda. Biarpun pada mulanya dia akan tertanya-tanya, namun kesudahannya dia pasti akan tahu anda mendambakan respons daripadanya yang telah lama hilang.

Waima apa pun, sekiranya anda memang benar-benar mencintai suami anda, luahkannya dari hati ke hati.

Lelaki ingin rasa diperlukan dan amat dihargai dalam hidup oleh isterinya dan sekiranya anda boleh membuatkan diri sebagai seorang yang berpengaruh kepada suami, menyayanginya sepenuh hati dan mengambil berat, maka tiada sebab untuk suami meninggalkan anda.

sumber : utusan@Keluarga

Wednesday, January 30, 2013

Cara Mudah Tahan Lama di Ranjang

DI luar manfaat kesihatan fizikal, sukan juga mampu meningkatkan ghairah seksual lelaki dan wanita. Bahkan, tempoh seks pun jadi lebih lama dengan rutin bersenam.

Bagi lelaki, sukan mempunyai kesan positif pada dorongan seksual laki-laki. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam Archives of Sexual Behavior mendedahkan bahawa orang yang mengambil bahagian dalam sukan 60 minit per hari, tiga hingga lima hari dalam seminggu, dengan intensiti puncak berterusan dari 75 peratus menjadi 80 peratus, mengembangkan tambahan seksual secara signifikan lebih besar. Misalnya kekerapan aktiviti intim, kebolehpercayaan fungsi yang mencukupi saat berhubungan seks, dan peratusan orgasma memuaskan, demikian yang dilaporkan Livestrong.

Sementara bagi wanita, sukan boleh memberikan kesan pada ghairah seks wanita. Sebuah kajian pada tahun 2008 yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine, mendedahkan bahawa mendedah pendek tempoh latihan (20 minit dengan denyut jantung 70 peratus) secara signifikan meningkatkan ghairah seksual fisiologi wanita (iaitu stimulasi genital). Sebuah kajian tambahan termasuk hubungan antara kesedaran tubuh dan persepsi peningkatan ghairah. Para penyelidik menyimpulkan, sukan boleh meningkatkan kesedaran tubuh melalui sensasi tubuh yang meningkat (contohnya, detak jantung yang meningkat dan ketegangan otot).

Sumbangan positif bahawa sukan mempunyai terhadap ghairah seks lelaki dan wanita dapat menjadi motivator bagi anda. Meningkatkan ghairah seks boleh menjadi salah satu destinasi dari sukan. Tetapi akan bijaksana jika anda memasukkan gol tambahan, misalnya stamina, kekuatan, keseimbangan dan pelepasan tekanan. Sehingga program latihan tetap relevan dan tepat pada masanya.

Pasangan dalam hubungan yang sihat boleh mempertimbangkan menggunakan sukan sebagai alat untuk meningkatkan aspek seksual daripada hubungan mereka. Hal ini boleh menyebabkan peningkatan motivasi dan pematuhan dengan program latihan. Sukan juga boleh berfungsi sebagai peningkatan pertemuan intim, dan seks boleh berfungsi sebagai aktiviti kardiovaskular termasuk dalam program kecergasan.

Anonymous

Tuesday, January 29, 2013

Bila Akan Kita Kembali Kesiuman Kita

Di negara-negara di mana terdapat kereta bermotor, undang-undang diadakan untuk menentu had laju kereta. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kemalangan di jalanraya kerana memandu terlalu laju.

Tidak ada sesiapa yang membantah terhadap penentuan had laju.

Malangnya ada pemandu yang tidak menghormati undang-undang. Mereka pandu dengan kelajuan yang kerterlaluan. Dan berlakulah kemalangan dengan kehilangan nyawa.

Undang-undang sahaja tidak mencukupi. Penguatkuasaan undang-undang diperlukan. Dan, polis pun ditugas untuk mengesan kelajuan yang berlebihan kereta bermotor di jalan-jalan raya.

Apabila jumlah kereta bertambah dengan banyaknya, polis tidak dapat menjalankan tugas-tugas lain selain dari mengesan pencabulan had laju kereta di jalanraya.

Lagipun agak sukar menentukan kelajuan dan kereta yang terlibat.

Berbagai jenis alatan dicipta untuk membantu polis. Tetapi jumlah kereta terus meningkat dan kemalangan dijalanraya turut meningkat. Maka diciptalah alat elektronik yang dapat bukan sahaja mengukur kelajuan tetapi mengenalpasti kereta yang terlibat.

Alatan canggih ini lebih berkesan. Tidak ada siapa dimana-mana di dunia yang menentang kegunaan alat kesan laju ini.

Tetapi pihak berkuasa tidak sedar bahawa ini Malaysia. Malaysia bukan sebarang negara. Malaysia adalah negara politik; negara demokrasi. Politik demokrasi bermakna apa sahaja yang dilakukan pemerintah mesti ditentang.

Justeru, usaha pemerintah untuk menyelamat nyawa, mengurangkan kemalangan di jalanraya, menurun angka kematian kerana kemalangan kebawah dari 6,000 setahun, mesti ditentang.

Bukankah kemalangan ini adalah hak asasi manusia, hak asasi kita semua? Kenapakah pemerintah cuba rampas hak kami?

Sesungguhnya politik demokrasi negara tercinta ini sudah sampai ke peringkat yang cukup tinggi. Usaha untuk menyelamat nyawa pun boleh jadi isu untuk ditentang.

Bilakah akan kita kembali kesiuman kita. Apakah segala-galanya perlu dipolitikan, ditentang kerana kita berhak menentang.

Sebenarnya pemandu kereta di Malaysia adalah diantara yang berbahaya sekali. Tanpa undang-undang yang menyekat kelajuan tiap tahun beribu akan mati.

Apakah ini yang kita mahu? Apakah kita ingin tunggu sehingga semua kita akan kehilangan ahli keluarga di jalan raya baharulah kita akan terima AES ini?

* Dipetik dari blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Monday, January 28, 2013

Kalimah Allah: DAP Sudah Pun Memulakan Langkah

Dalam umat Islam sedang berperang sesama sendiri ada yang mempertahankan Kalimah Allah dan ada yang mahu Kalimah Allah dipergunakan oleh penganut Agama Kristian dalam gerejanya dan juga didalam biblenya.

Pas pula sanggup mempertahankan DAP demi kepentingan politik supaya mereka dapat menggunakan kalimah Allah dimana yang mereka suka.

Yang paling kita takuti mereka mahu cetak bible dalam bahasa Malaysia agar senang dibaca oleh umat Islam di Malaysia.

Dalam keadaan kelam-kabut DAP Perak terus memainkan peranannya membawa wanita Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat memasuki gereja untuk diberi kaunseling.

Mereka memberi alasan kononnya wanita-wanita Melayu ini wajar diberikan kaunseling dalam Program Sentuhan Hati Serta Kasih Sayang.

Ini merupakan langkah awal pihak Gereja untuk menarik minat lebih ramai orang Melayu memasuki Agama Kristian.

Gambar di atas adalah satu sesi ceramah sentuhan hati yang dianjurkan oleh sebuah gereja di daerah Ipoh. Gereja ini juga pernah digemparkan bahawa pernah mahu membaptiskan orang Melayu pada tahun 2008. Apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani dapat tahu maka Tan Sri Harussani terus membuat kenyataan, malangnya kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Harussani telah dikatakan tidak benar oleh kerajaan rejim DAP 11 bulan. Lalu beberapa pemimpin Pas dan DAP membuat laporan Polis terhadap Mufti Perak kononnya sengaja mengada-adakan cerita yang boleh berlaku rusuhan.

Dengan bukti gambar ini maka rakyat boleh menilai kenyataan Mufti Perak yang dipersendakan oleh pemimpin Pas dan DAP adalah benar dan pemimpin Pas dan DAP Perak juga tahu kejadian ini tetapi demi menjaga hati cina DAP mereka terus menyerang Tan Sri Harussani.

Sumber : http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Apabila Islam, Perlembagaan Terus Dipersenda

Kena tegas tangani kes jejas keharmonian
Dalam tempoh seminggu dua ini, orang Melayu dan Islam negara ini dikejutkan dengan perlakuan beberapa pihak tertentu yang jelas bertujuan menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, selain menggugat kesuciannya.

Kurang pasti apa sebenarnya tujuan sikap provokasi mereka tetapi nampaknya ia sengaja dilakukan untuk menimbulkan perasaan resah dalam kalangan orang Melayu dan Islam sehingga boleh mengancam keharmonian beragama dalam negara.

"Ramai pula tertanya-tanya kenapa satu perkara yang sudah pun diputuskan dengan begitu jelas oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam, boleh pula ditimbulkan kembali dan ada pula pemimpin Islam merestui desakan itu."

Orang yang memulakan hasutan ini iaitu pemimpin DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang sudah berjaya bukan saja menimbulkan kegelisahan orang Melayu/Islam tetapi juga mencetuskan polemik antara pimpinan PAS (sebuah parti yang kononnya berjuang untuk menegakkan kehendak Islam) dengan rakannya dalam pakatan pembangkang.

Selepas bersekongkol dengan DAP, ia boleh pula mencemari pendirian awal, termasuk perjuangan mahu menjadikan negara ini sebuah negara Islam lengkap melaksanakan hukum syariah, termasuk hudud. Jadi perjuangan asalnya ini boleh pula bertukar menjadi usaha menubuhkan sebuah negara berkebajikan.

Berikutan itu, pucuk pimpinan pakatan pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), termasuk juga Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semuanya menyokong gesaan Guan Eng itu.

Impian hati Guan Eng tercapai
Ini bukan saja menimbulkan kegelisahan umat Islam keseluruhannya, tetapi memusykilkan perasaan seorang lagi ulama terkemuka PAS, Datuk Dr Haron Din hingga Dewan Syuranya terpaksa bermesyuarat untuk memutuskan bahawa kalimah itu sememangnya tidak boleh digunakan dalam Bible yang dialih bahasa ke bahasa Melayu.

Malah, Haron dalam ceramah khasnya mengenai isu itu di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, minggu lalu, berkata orang Islam yang meredakan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai kufur. Reda dengan perkara kufur boleh menjadikan kita turut kufur, tambah beliau.

Ramai pula tertanya-tanya kenapa satu perkara yang sudah pun diputuskan dengan begitu jelas oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam, boleh pula ditimbulkan kembali dan ada pula pemimpin Islam merestui desakan itu.

Natijahnya, usaha itu mencapai apa yang mungkin tersirat dalam hati Guan Eng, iaitu mahu menimbulkan semula polemik antara ulama Islam dengan ulama politik.

Sengaja perkecilkan agama Islam
Tidak beberapa hari kemudian tersebar pula berita bagaimana dua orang pastor Kristian sudah mengedarkan Bible kepada murid Islam di Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang.

Sebelum itu seorang juruhebah radio yang terkenal bermulut ‘capoi’ yang bersimpati dengan DAP dan pernah dengan angkuhnya mendabik dirinya sebagai seorang selebriti sudah mempersendakan dan mencemuh orang Islam yang sembahyang lima kali sehari dan wanita Islam yang memakai tudung.

Oleh kerana tidak senang dengan peraturan ditetapkan kerajaan PAS Kedah mengenai pertunjukan sempena Tahun Baru Cina bulan depan, Patrick Teoh bukan saja mempersendakan peraturan itu, pada masa sama mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama suci Islam dan penganutnya.

Walaupun tulisan dalam Facebooknya itu dipadamkan dan memohon maaf tetapi ia masih boleh dibaca orang ramai melalui laman The Mole.

Beliau sebelum ini memang dianggap ramai sebagai amat tidak senang dengan kedudukan Melayu dan Islam tetapi pandai menyoroknya, namun mungkin kerana begitu berang terhadap peraturan kerajaan PAS itu apa yang dapat disoroknya begitu lama akhirnya terdedah juga.

Perlakuan melampau demikian memberi gambaran seolah-olah ada usaha sengaja mahu memperkecilkan agama Islam dalam negara ini hingga tidak mahu menghormati kedudukannya sebagai agama rasmi negara.

Pengedaran Bible kepada murid sekolah, termasuk murid Islam jelas suatu usaha pihak Kristian tertentu persendakan Perlembagaan negara yang melarang sebarang usaha memurtadkan orang Islam.

Pihak berkuasa tutup mata
Sekalipun ada peruntukan itu, usaha pihak tertentu Kristian memurtadkan orang Islam berterusan dilakukan secara licik. Malangnya, tidak pula ada usaha berkesan menghalang atau mengheret mereka terutama gereja bersangkutan ke pengadilan.

Selagi tidak ada tindakan berkesan kerajaan terhadap pihak yang jelas tidak mahu menghormati Perlembagaan Persekutuan, selagi itulah mereka akan terus melakukan kegiatan yang boleh menjejas keharmonian beragama dalam negara ini.

Ia seolah-olah mahu mencabar orang Islam mengenai kedudukan rasminya itu. Orang Islam sendiri di sini tidak pula pernah perkecil atau persendakan agama lain kerana menghormati agama itu dan tidak mahu menyinggung keharmonian antara kaum.

Tetapi nampaknya ada pihak tertentu agama lain berterusan menggugat kesabaran orang Islam. Persoalannya, sampai bila pihak berkuasa mahu menutup mata tanpa mahu bertindak tegas terhadap mereka yang berterusan menggugat keharmonian kaum, selain mempersendakan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh : Rejal Arbee

Sunday, January 27, 2013

Punca Amerika Dan Britain Bencikan Dr. Mahathir

Punca Amerika Dan Britain Bencikan Dr. Mahathir, Keberanian Yang Tidak Ada Pada Anwar Ibrahim

Kalau dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.

Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.

Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?

Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.

Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.

Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang tidak hebat berfikir dan mengatur strategi.

Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.

Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.

Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.

Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.

Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.

Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.

Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.

Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.

Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.

 Sumber : http://sel13.com

Mengeksport Kehebatan Malaysia

Tahun 2014 diisytiharkan Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai program sudah dan sedang disusun rapi bagi menantikan kedatangan pelancong. Pelancongan antara sektor yang banyak menyumbang kepada pendapatan negara. Malahan, sektor ini juga memberi impak besar terhadap peluang pekerjaan untuk rakyat negara ini.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kelebihan. Bermula dengan hutan-hutan belantara yang masih tidak diterokai, kaya dengan flora dan fauna, pulau-pulau yang cantik dan menakjubkan sehinggalah bangunan pencakar langit selari dengan pembangunan pesat di negara ini. Tidak terkecuali, rakyatnya yang berbilang kaum dengan pelbagai budaya, adat resam serta pelbagai jenis makanan membuatkan pelancong berasa sesuatu yang amat unik boleh diperoleh di Malaysia.

Yang menariknya, Malaysia masih mampu mengekalkan kesan-kesan sejarah dan alam semulajadi meskipun pembangunan pesat boleh dilihat di sekelilingnya. Tidak mustahil sasaran kedatangan 36 juta pelancong ke Malaysia pada tahun 2020 mampu dicapai dengan mengambil kira kelebihan-kelebihan ini.

Bagi sesiapa yang pernah melancong ke luar negara, pastinya berasa bersyukur dengan segala nikmat yang diperoleh di Malaysia. Aspek-aspek ini sewajarnya dieksport ke luar negara. Sebagaimana kita boleh lihat bagaimana Korea Selatan telah dan sedang mengeksport produk-produknya ke seluruh dunia.

Dari produk-produk barangan elektrik seperti Samsung, kenderaan seperti Kia dan Hyundai sehinggakan produk-produk seni seperti filem dan drama seperti Winter Sonata dan lagu seperti Gangnam Style dan k-pop menjadi ikutan seluruh warga dunia. Mana pernah berlaku dalam sejarah dunia Barat menyanjungi lagu-lagu Asia tetapi fenomena Gangnam Style menyaksikan penerimaan dunia Barat ke atas produk Asia.

Tidak cukup dengan itu, Korea Selatan berjaya mengeksport bahasanya ke seluruh dunia. Ramai yang berminat untuk belajar bahasa Korea seolah-olah bahasa negara itu menjadi bahasa utama di dunia.

Bahasa Korea juga mula diminati dan dipelajari oleh orang Barat. Selama ini mereka berasakan bahasa Inggeris terlalu hebat dan mereka sahaja yang berwibawa untuk mengeluarkan produk-produk yang dikatakan cukup hebat dan berkualiti tinggi. Dengan penerimaan produk-produk Asia, ia memberi seribu satu makna bahawa Barat tidak boleh lagi memandang rendah ke atas negara-negara Asia.

Ketika negara-negara Barat semakin memandang tinggi ke atas negara-negara Asia, malangnya di Malaysia ada segelintir rakyat yang bersikap sebaliknya dengan terlalu mendambakan Barat. Ideologi liberalisme dan pluralisme menandakan betapa mereka ini tidak mempunyai jati diri.

Lebih teruk lagi, mengamalkannya sebagai sebahagian cara hidup, kononnya inilah cara hidup moden. Maka, natijahnya agenda Barat yang sejak dahulu lagi cuba menjajah Malaysia secara halus semakin mudah. Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menjadi amalan.

Sedangkan Malaysia bertunjangkan agama Islam yang terang-terangan menolak amalan LGBT dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang terlalu taksub dengan LGBT sanggup membuat apa sahaja demi memperluaskan agenda LGBT dalam masyarakat Malaysia.

Dahulu mereka ini bimbang sekiranya masyarakat mengetahui mereka mengamalkan LGBT tetapi kini mereka sudah tidak gentar dengan sokongan pelbagai pihak terutamanya orang luar. Dibimbangi masyarakat kita menjadi terlalu rosak apabila sanggup menerima amalan LGBT sebagai salah satu cara hidup masyarakat Malaysia.

Itu belum termasuk segelintir golongan yang menyokong penukaran agama terutamanya penukaran agama Islam ke agama lain. Apa yang boleh kita harapkan apabila adanya bukan Islam yang begitu berani secara terang-terangan menghina agama Islam jika kita sendiri alpa dengan kesucian agama Islam.

Sedar atau tidak mereka ini sebenarnya sudah dijajah oleh Barat. Bagi mereka hak asasi manusia mengatasi hak-hak lain termasuklah apa yang dinyatakan dengan jelas dalam agama Islam. Itu belum termasuk kononnya hak-hak asasi manusia dengan mengimport budaya berdemonstrasi sehinggakan terlupa hak-hak orang lain yang inginkan urusan seharian berjalan baik.

Kita mengimport hak bersuara keterlaluan kononnya inilah kebebasan bersuara sehingga menenggelamkan adab sopan santun ketika menyuarakan pendapat. Mungkin mereka ini mengambil kekuatan daripada Arab Spring yang mana tidak ramai cuba memahami kenapakah Arab Spring terjadi.

Seperti biasa, terdapat segelintir golongan yang suka mengimport budaya luar dan fenomena asing yang tidak langsung mencerminkan asal usul masyarakat Malaysia. Tidak salah mengimport budaya luar yang baik, yang salahnya mengimport budaya yang merosakkan masyarakat.

Untuk berjaya, kita tidak perlu menjadi seperti Barat dan kita juga tidak perlu terlalu taksub dengan Korea. Di Malaysia terlalu banyak produk yang cukup berkualiti tinggi. Justeru, apa yang ada di Malaysia terlalu berharga untuk diperjudikan dan sewajarnya diperluaskan ke seantero dunia, barulah negara kita benar-benar dihormati manakala rakyatnya disanjung tinggi oleh rakyat negara lain.

Oleh : Rohami Shafie

Friday, January 25, 2013

Mata Terkawal, Hidup Bahagia

MATA jendela hati. Kesan menjaga mata sangat besar dalam menjaga hati. Mata yang tidak terjaga akan membuat hati keruh dan minda kotor. Mata yang terkawal akan memudahkan seseorang dalam mengawal rasa hatinya.

Oleh itu, semua ulama daripada kalangan salafus soleh sangat mengambil berat dalam menjaga mata. Salah seorangnya adalah Hassan bin Abi Sinan dari kota Basrah di Iraq. Beliau seorang ulama, sekali gus peniaga terkenal. Meski selalu berjumpa dengan ramai orang, beliau selalu menjaga matanya daripada yang haram.

Suatu hari, Hassan keluar untuk melaksanakan solat hari raya. Apabila tiba di rumah kembali, isterinya yang cemburu berkata: "Berapa banyak wanita cantik yang engkau lihat hari ini?"

Hassan menjawab: "Demi Allah, Aku tidak melihat apa-apa selain ibu jari kakiku sejak keluar rumah hingga pulang kembali."

Panah beracun
Menjaga pandangan suatu kewajipan. Setiap Mukmin laki-laki dan perempuan wajib melakukannya. Tujuannya agar mereka terselamat daripada tali-tali syaitan yang akan menjeratnya ke lembah maksiat.

Allah SWT berfirman: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat. (al-Nur: 30)

Pandangan yang tidak terkawal ibarat panah beracun yang menembus ke dalam dada. Jika tidak segera diubati, racun itu akan merosak minda dan hati kita. Dosa zina yang sangat dibenci selalu bermula daripada lirikan mata.

Daripada Huzaifah, Rasulullah SAW bersabda: "Pandangan adalah salah satu anak panah beracun daripada iblis. Barang siapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan memberinya keimanan yang manisnya terasa di dalam hati. (diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Bukan hanya aurat
Menjaga mata bukan hanya daripada aurat yang terdedah. Malah, mata juga mesti dijaga daripada harta yang berada di tangan orang lain. Sebab seringkali penyakit hati bersarang di hati selepas melihat benda-benda milik orang lain. Penyakit hati itu antaranya hasad dengki, iri hati bahkan dendam.

Para ulama berkata: "Siapa yang melepas matanya mengikuti apa yang berada di tangan orang, maka tidak akan habis kesedihannya."

Yahya bin Yaman bercerita: Suatu hari, aku berjalan bersama Sufyan Al-Thauri. Apabila melalui sebuah rumah yang mewah, aku mengangkat kepalaku untuk melihatnya. Sufyan melarangku dan berkata: "Janganlah engkau melihat ke rumah ini. Sebab ia sengaja dibuat agar dilihat oleh orang-orang sepertimu." Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Abi Dunia dalam kitab warak.

Mata juga mesti dijaga daripada melihat orang lain yang tengah melakukan maksiat. Dikhuatiri timbul keinginan untuk meniru atau mencuba maksiat tersebut. Terlalu banyak kes ketagihan rokok dan dadah di kalangan anak muda asalnya daripada keinginan untuk mencuba-cuba sahaja.

Itu sebabnya Islam mengingatkan untuk berhati-hati memilih kawan. Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk seperti penjual minyak wangi dan peniup api. Daripada penjual minyak wangi, engkau akan mendapatkan minyak itu atau mendapatkan wanginya. Adapun daripada peniup api, maka baju engkau akan terbakar atau mendapatkan bau busuknya. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mata kita, pilihan kita
Mata adalah anugerah Allah yang tak ternilai harganya. Ia diberikan kepada manusia agar digunakan untuk membantunya melakukan ketaatan.

Gunakan ia dalam kebaikan, nescaya ia akan tetap sihat terjaga hingga ke akhir usia. Seandainya, kita menggunakan ia dalam keburukan, maka kesusahan dan kegagalan hati yang akan ia hasilkan.

Pilihan terpulang kepada kita. Mana yang kita pilih, itu yang akan kita dapatkan. Wallahu a'lam.

Sumber : utusan@Bicara_Agama

Wednesday, January 23, 2013

Keinginan Lelaki dari Isteri Selain Hubungan Seks

DALAM kehidupan rumah tangga, pengertian satu sama lain diperlukan guna untuk membina keluarga yang harmoni dan sejahtera. Anda perlu ingat bahawa tidak hanya wanita yang ingin difahami, tapi lelaki pun demikian.

Banyak wanita mengatakan sukar untuk memahami keinginan seorang lelaki. Tapi anda tidak perlu bimbang, ada rahsia yang perlu anda ketahui apa yang diingin seorang lelaki dalam menjalani sebuah hubungan.

Pada dasarnya, mereka tidak menginginkan harta ataupun kemewahan dari seorang wanita, serta tidak pula sekadar seksual semata. Yang mereka inginkan ialah apresiasi, pengakuan, kasih saying, dan ruang untuk diri sendiri.

Apresiasi
Semua lelaki ingin dihargai, kadang-kadang bahkan melebihi dari seorang wanita. Dan penghargaan ini sayangnya tidak berakhir di ruang tamu atau meja makan. Mereka ingin dihargai untuk prestasi mereka di tempat tidur juga.

Mengakui apa yang telah mereka lakukan untuk anda
Hal ini sebenarnya adalah lanjutan dari yang pertama. Namun, mengakui hal-hal kecil yang mereka lakukan untuk anda memberikan semangat dan ego yang besar untuk mereka. Jika dia membuat kopi ketika anda menyiapkan sarapan atau membersihkan meja selepas makan malam, berterima kasih padanya dan akui perbuatannya.

Lelaki juga haus kasih sayang
Cara mereka boleh berbeza dari wanita. Meski mereka tidak terlalu menunjukkan ketika ingin disayang, tapi mereka memerlukan kasih sayang dan kemanjaan dari anda. Mereka ingin tahu apakah anda peduli dengan mereka. Anda boleh menunjukkannya dengan cara yang halus seperti membuatkan minuman hangat untuknya sebelum menuju tidur.

Ruang privasi atau sendiri
Ini mempunyai peranan penting dalam kehidupan seorang lelaki walaupun dia sudah berkahwin. Semua lelaki menghargai ruang mereka sendiri. Waktu mereka sendiri, baik itu membaca, menonton televisyen, atau apabila bersama teman-teman lelakinya. Berikan pasangan anda ruang untuk dirinya sendiri, dengan begitu dia akan menyayangi anda seumur hidup kerana telah mengerti dirinya dengan baik.

Anonymous

Menyuburkan Bahasa, Menyemarakkan Pemikiran

BANYAK bahasa di dunia yang kini sudah tiada. Termasuklah bahasa-bahasa besar seperti Latin dan Sanskrit.

Kini banyak perkataan Latin terdapat dalam bahasa Itali, Sepanyol, malah juga Inggeris.

Begitu juga dengan Sanskrit. Perkataan-perkataan dari bahasa itu turut diwarisi bukan saja ke dalam Hindi tetapi juga ke dalam bahasa Melayu, Thai dan Khmer.

Ini kerana Sanskrit pernah menjadi bahasa pemikiran di Nusantara ketika wilayah ini menganut Hindu dan Buddha. Setelah datangnya Islam, maka pemikiran wilayah ini kuat dipengaruhi bahasa Arab.

Tetapi apabila Belanda menjajah Hindia Timur dan Inggeris di Malaya, bahasa Melayu tidak lagi menjadi bahasa pemikiran. Bahasa ilmu adalah Belanda dan Inggeris.
Cuba bayangkan jika penjajah Belanda memaksa bahasanya ke atas semua penduduk Hindia Timur maka apabila Indonesia berjuang untuk kemerdekaan, maka para nasionalis di situ mungkin mengambil Belanda sebagai bahasa penyatuan seperti mana India yang merdeka mengambil bahasa Inggeris.

Sementara di Malaya pula, andai kata Malayan Union berjaya ditubuhkan, maka besar kemungkinan bahasa rasmi negeri ini adalah bahasa Inggeris.

Jika perkara ini tidak menimbulkan perasaan peka di kalangan orang Melayu, maka setelah beberapa generasi, bahasa ini juga pupus. Seperti mana juga kini tulisan jawi telah pupus, maka begitu jugalah bahasa Melayu jika orang dahulu tidak mempertahankan untuk menjadikannya bahasa kebangsaan bagi Malaysia.

Itulah realitinya. Tanpa usaha menyuburkan Melayu sebagai Bahasa Malaysia, bahasa ini boleh hilang seperti terpupusnya banyak bahasa lain di dunia. Jika rakyat Malaysia tidak mahukan bahasa Melayu, maka ia akan hilang selepas beberapa generasi saja. Dengan kehilangannya, pemikiran dalam warisan Melayu juga akan turut hilang.

Rabu lalu, agensi berita Associated Press ada menyiarkan satu laporan mengenai satu bahasa yang sedang terpupus.

Bahasa itu bernama Kanakanavu yang kini hanya boleh dituturkan oleh sepuluh orang di kampung Dakanua di Taiwan. Apabila orang ini tiada kelak, pastinya bahasa ini juga pupus.

Kanakanavu adalah salah satu daripada banyak bahasa orang asli di Taiwan. Hanya dua peratus daripada 23 juta penduduk Taiwan terdiri daripada orang asli.

Kerajaan Taipei mengiktiraf 14 bahasa orang asli. Empat daripadanya masih dituturkan oleh ribuan orang. Kanakanavu pula adalah antara yang sedang pupus.

Seorang ahli bahasa di Universiti Kebangsaan Taiwan, Sung Li-may sedang berusaha untuk menyelamatkan bahasa ini daripada kepupusan.

Banyak orang asli Taiwan meninggalkan bahasa ibundanya dan mengambil bahasa China yang dominan di pulau itu untuk survival.

Dalam laporan itu, Sung memberitahu bahawa Kanakanavu ini adalah salah satu bahasa yang terdapat dalam rumpun Astronesia.

Katanya rumpun bahasa ini bermula dari Taiwan 4,000 tahun lalu. Daripadanya ia berkembang hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik hingga ke Madagascar di Afrika.

Ada satu perkataan dalam bahasa lama orang asli Taiwan, iaitu galinga. Dalam dialek bahasa orang asli moden Taiwan, ia menjadi calinga. Dalam bahasa Tagalog, ia menjadi tainga. Dalam bahasa Fiji ialah dalinga. Samoa pula talinga dan di Papua New Guniea, ia adalah taringa.

Dalam bahasa Melayu, perkataan itu ialah telinga.

Ada orang asli Taiwan yang berkunjung ke New Zealand mendapati bahawa bahasa Maori mempunyai banyak perkataan sama dengan mereka, terutama nama angka.

Ahli arkeologi Peter Bellwood dan ahli bahasa Robert Blust menampilkan teori bahawa orang purba Taiwan mempunyai kemahiran laut yang hebat hingga mereka belayar dan berhijrah ke Asia Tenggara di selatan dan pulau-pulau Pasifik di timur. Juga ke Madagascar di Afrika dengan membawa bahasa mereka.

Rumpun bahasa inilah yang disebut Astronesia atau kepulauan selatan termasuklah Nusantara.

Ibu negara Madagascar bernama Antananarivo. Ada pengkaji menyatakan bahawa ia bermaksud tanah seribu. Dalam bahasa mereka, Malagasy, pokok kelapa dipanggil nyior.

Rumah tradisi mereka juga mempunyai tiang dan reka bentuknya tidak berbeza daripada rumah Melayu di Sumatera. Sementara cara mereka menanam padi secara bertingkat-tingkat adalah seperti yang dilakukan di Jawa dan Filipina.

Haiwan pada lambang negara Madagascar ialah kerbau. Kerbau, seladang dan banteng sememangnya haiwan tradisi di Nusantara. Menurut kisah purba, negeri Minangkabau itu adalah hasil daripada menang dalam perlawanan laga kerbau. Haiwan ini juga muncul dalam lambang negara Indonesia. Di Filipina, ada jenama pakaian Carabao dengan lambang kerbau.

Dalam rumpun bahasa dan bangsa yang luas ini, muncullah bahasa Melayu yang kini menjadi bahasa kebangsaan Indonesia dan Malaysia.

Tetapi bahasa hanyalah alat untuk mengungkapkan pemikiran. Ia akan menjadi besar jika penutur menggunakannya secara meluas dan mendalam. Mendalam, bermaksud pemikiran.

Pemikiran pula adalah hasil daripada perbahasan. Bahas menjadi bahasa. Kalau tidak ada perbahasan, tidak muncul bahasa. Sementara untuk berbahas, pemikiran perlu diasah dan dicerahkan.

Melihat buku-buku yang diterbitkan di Indonesia, seseorang akan mendapati banyak tajuk yang dibahaskan di sana. Kesusasteraan memperkayakan bahasa. Tetapi buku-buku bukan fiksyen pelbagai tajuk juga adalah penting untuk tamadun bangsa.

Pengguna Bahasa Malaysia tidak wajar memencilkan diri daripada Bahasa Indonesia. Itulah sebabnya ejaan bagi kedua bahasa disamakan pada tahun 1972.

Oleh : Zin Mahmud

Tuesday, January 22, 2013

Pelukan, Hangatnya Jadikan Keintiman Membara

Berpelukan tidak saja menautkan keintiman satu sama lain. Dari pelukan, hubungan seks pun tak sekadar ghairah tapi juga membara.

Keintiman dapat datang melalui pelukan yang dapat membantu meningkatkan aktiviti-aktiviti di dalam bilik tidur anda. Sebuah kajian menunjukkan, mereka yang paling sering melakukan pelukan dipercayai mempunyai kehidupan seks yang lebih baik.

Kajian yang dilaporkan dalam jurnal Archives of Sexual Behavior mencari beberapa pelukan khas, sekurang-kurangnya lapan kali dalam seminggu yang berlangsung selama lebih dari 45 minit akan menghasilkan sensasi seksual. Dan lokasi pelukan paling popular ditemui di kawasan sofa, kerusi dan tempat tidur, serta wanita cenderung lebih menikmatinya daripada lelaki.

Untuk kajian ini, penyelidik Universiti Michigan meminta lebih dari 500 lelaki dan wanita tentang kekerapan hubungan dan jangka berapa lama mereka Berpelukan. Para peserta juga ditanya tentang apa yang mereka lakukan ketika mereka sedang berpelukan.

Dan para saintis mendapati, rata-rata berpelukan berlangsung 47 minit dan 36 saat yang berlaku di malam hari di mana menjadi masa yang paling popular untuk mendapatkan keselesaan. Mereka juga mendapati, pasangan sering berpelukan sambil menonton filem atau televisyen, diikuti dengan berbicara, sentuhan urutan, mendengar muzik atau membaca, serta hanya satu daripada enam responden yang mengatakan pelukan dapat mengiringi mereka pada aktiviti seksual.

"Lelaki dan wanita berpelukan berdasarkan pada saat mereka berbicara tentang cinta, keintiman, keakraban dan kemesraan, sehingga pelukan juga boleh mengakibatkan pada arah aktiviti seksual," ungkap penyelidik Dr Sari van Other, seperti yang dikutip Mid Day

Monday, January 21, 2013

Perjuangan Bahasa Melayu Di Nusantara

FENOMENA Melayu, demikian tajuk siri rencana oleh Dr. H. Tabrani Rab yang disiarkan dalam beberapa akhbar Indonesia dan kemudian diterbitkan dalam buku oleh Lembaga Studi Sosial Budaya Riau pada tahun 1990.
Lalu beliau menulis antara lainnya: “Melakalah yang sebenarnya telah meletakkan asas transformasi bahasa Melayu daripada suatu bahasa kecil menjadi bahasa komunikasi perdagangan, ilmu dan diplomatik yang besar dan dengan itu memberikan tiang-tiang besar untuk perkembangannya menjadi bahasa Melayu seperti yang kita kenal hari ini.”

Terbit kini ialah buku yang mengisahkan pelbagai aspek sejarah Singapura, termasuk mengenai perkembangan bahasa Melayu, berjudul Paths Not Taken (terbitan National University of Singapore). Antara makalah ialah Malay Cosmopolitan Activism in Post-War Singapore.

Pada peringkat awal dicatat: Tidak lama selepas wujudnya koloni Singapura pada tahun 1819, orang Melayu menjadi golongan minoriti di pelabuhan yang dikuasai oleh Inggeris. Walaupun pada peringkat minoriti, peratus Melayu kekal pada peringkat global 15 peratus sejak abad ke-19, Singapura melaksanakan peranan penting dalam perkembangan intelek Melayu dan kecergasannya.

Menurut kedua penulis makalah berkenaan, keduanya sarjana bukan Melayu Timothy P. Barnard dan Jan van der Putten - punca kecergasan masyarakat Melayu itu ialah kewartawanan. Pelbagai kedai sepanjang jalan-jalan di Kampung Glam berupa tempat-tempat percetakan akhbar-akhbar dan majalah sejak 1870-an, demikian disebut.

Isu Bahasa Melayu menjadi alat dalam perjuangan terhadap feudalisme golongan elit, pihak-pihak penjajah dan majoriti golongan asing dalam masyarakat serta berkaitan dengan rakyat di Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia, kerana, bahasa Melayu bakal menjadi bahasa utama Malaya yang merdeka.

Para wartawan dan pelbagai golongan dari bidang-bidang lain sepakat dalam keyakinan mereka kepada bahasa dan kesenian Melayu bagi mengisi kemerdekaan. Walau pun ramai pihak membicarakan isu-isu pokok di Singapura dan Malaysia, tumpuan utama mereka ialah bahasa dan budaya.

Diwarisi dari pelbagai debat di antara para wartawan Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura ialah kedudukan bahasa Melayu yang begitu penting sekali “seperti kesan halilintar yang menyedarkan orang Melayu selama-lamanya.”

Menurut kedua penulis, gerakan sastera dan nasionalisme Melayu muncul di Singapura pada tahun 1950-an yang berasal dari pelbagai perkembangan di Indonesia dan politik Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dan selamanya.

Di Indonesia gerakan anti-penjajahan mempunyai talian dengan hala tuju sastera pada tahun 1930-an. Lalu muncul gerakan Pujangga Baru oleh para penulis muda seperti Sutan Takdir Al Syahbana, Armin Pane dan Amir Hamzah. Karya dan ideologi para penulis Pujangga Baru itu mempengaruhi para penulis di Semenanjung Tanah Melayu, termasuk para guru pelatih Sultan Idris Training College (STTC).

Aktivis
Ramai guru-guru menjadi aktivis politik budaya di Singapura dari 1930-an hingga 1950-an. Kegiatan-kegiatan sastera dari Indonesia itu menyeberangi Selat Melaka. Antara yang aktif ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad dan Burhanuddin al-Helmy. Mereka menganggap Tenggara Asia sebagai Melayu Raya yang telah dibelah bagi oleh penjajah Inggeris dan Belanda.

Ibrahim Yaakob kemudian menguasai akhbar Warta Melayu dan apabila Jepun menyerang, maka antara yang mengalukan mereka ialah Ibrahim. Bersama Dr. Burhanuddin adanya, beliau mengharapkan penyatuan antara Indonesia dan Malaya.

Dunia kewartawanan di Singapura selepas tamat perang menyaksikan penerbitan pelbagai akhbar. Yang utama ialah kumpulan Utusan Melayu yang juga menerbitkan majalah Mastika dan Utusan Zaman. Antara penulis-penulisnya ialah Abdul Rahim Kajai, Samad Ismail, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan Keris Mas.

Satu lagi kumpulan diketuai oleh Harun Aminurrashid dari STTC yang dibuang ke Brunei kerana kegiatan nasionalisnya. Kumpulan ketiga diketuai oleh Syed Abdullah bin Abdul Hamid al-Edrus yang sebelumnya wartawan Utusan Melayu.

Menjelang 1950, menurut kedua penulis lagi, para penulis muda kian meningkat keinginan mereka untuk melakukan modernisasi dari segi bahasa dan kandungannya. Antara mereka ialah Asraf, Rohaizad, Roomai Noor dan Jamil Sulong. Mereka berpendapat bahasa pihak penjajah telah menganiayai dan menindas orang Melayu. Maka lahir kemudiannya ialah ASAS 50.

Pada Kongres Pertama Bahasa dan Sastera Melayu tahun 1952, tumpuan perbincangan ialah penulisan yang mencerminkan keinginan untuk menggunakan politik, masyarakat dan budaya bagi memupuk keyakinan pada diri sendiri dan semangat kebangsaan.

Antara cara untuk mencapai matlamat ialah mengutamakan tulisan rumi, iaitu cadangan para penulis muda ASAS 50. Menurut yang empunya cerita Samad Ismail diperintah oleh ayahnya supaya membaca akhbar-akhbar Melayu, bukan buku-buku cerita detektif yang dibeli olehnya setiap minggu. Kajai pula dikatakan lebih senang bercakap dalam bahasa Inggeris.

Turut disebut dalam makalah ialah nama-nama Jamil Sulong, Omar Rojik, Abdullah Hussain dan P. Ramlee dengan filemnya Penarik Becha. Populariti filem-filem Melayu dianggap meningkatkan bilangan penulis-penulis skrip dan pengarah-pengarah Melayu menggantikan pengarah-pengarah dari Calcutta dan Bombay.

Kongres Bahasa Melayu ketiga pada tahun 1956 memperteguh cita-cita dan aspirasi para aktivis Melayu. Antara para peserta ialah Zubir Said yang kemudian menggubah lagu kebangsaan, Majulah Singapura. Ia diperdengarkan secara rasmi pada 3 Disember 1959 ketika pertabalan Yusof Ishak sebagai Yang Di Pertua Negara.

Ia dinyanyikan oleh kumpulan dari pelbagai bangsa. Bahawa mereka menyanyi lagu Melayu untuk menyambut pengasas akhbar Utusan Melayu menjadi ketua negara dianggap sebagai sesuatu yang simbolik kerana memenuhi matlamat penting para wartawan Melayu dari tahun 1950-an.

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan yang rasmi, dan rakyat mempelajarinya di sekolah-sekolah serta menyanyikannya sebagai lagu kebangsaan demikian dicatat. Sebagaimana disebut oleh Profesor Ismail Hussein: Bahasa Melayu selepas perang menjadi bahasa kebangsaan Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

Oleh : Mazlan Nordin

Sunday, January 20, 2013

Cantik Pada Nilaian Lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum lelaki terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Seorang yang mahu memilih perhiasan rumah, pasti akan dicari yang cantik. Pakaian juga begitu, nilainya pada cantik. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

Tetapi awas.
Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.

Kalau sebelum berkahwin, rengekan manjanya sudah cukup menjadikan si lelaki mengalah, selepas berkahwin mungkin tidak lagi. Kalau sebelum berkahwin, berlagak comel itu dilihat sebagai comel, selepas berkahwin ia mungkin lebih ditafsirkan sebagai mengada-ngada.

Jangan salah faham. Ia sama sekali bukan disebabkan oleh faktor bosan, jemu dan yang sewaktu dengannya.

Ia soal praktikal. Soal realiti. Soal tindakan, bukan teori.
Selepas berkahwin, cantik pada nilaian seorang lelaki bukan pada kecantikan fizikal atau luaran seorang isteri. Anda berdandanlah sehebat mana sekalipun, jika anda gagal menyelami perasaan sang suami, pada dia anda tiada erti.

Semburlah perfume sebanyak mana sekalipun ke tubuh anda, jika anda tidak pandai mengurus atur rumah dan memastikan rumah anda kemas, bersih dan tersusun setiap masa, maka pada suami, anda seolah tiada erti.

Kerana apa?
Kerana mereka menganggap isteri mereka sebagai teman, kawan dan orang yang sama-sama berperanan. Bukan model. Bukan ratu. Bukan permaisuri.

Tetapi anda mungkin beruntung jika takdirnya anda bersuamikan lelaki yang tahap sabarnya luar biasa. Mungkin pada satu tilikan, ia kelihatan seperti ‘kesabaran’ yang luar biasa. Tetapi pada tilikan yang lain, dia sebenarnya mungkin malas melayan sikap negatif anda, atau sentiasa mengalah walaupun tidak suka dengan perangai anda. Mungkin untuk jangka masa pendek, ia kelihatan ok. Tetapi untuk jangka masa panjang, perlu juga disedari bahawa pasangan anda itu manusia dan bukannya malaikat.

CANTIK
Saya bercakap tentang segelintir wanita yang suka menjadikan kecantikan mereka sebagai modal untuk bahagia. Maka saya katakan tidak.

Besar mana sangatlah nilai cantik itu dalam rumahtangga?

Malanglah kalau seorang gadis tidak kisah dengan kekemasan dirinya, kekemasan tempat tinggalnya, kemahiran membuat kerja rumahnya, kemalasan yang berakar umbi dalam dirinya dan segala perangai negatif yang lain, dengan beranggapan bahawa dia cantik, dan dia akan bahagia. Dia akan beroleh suami yang sayangkan dia dan tidak kisah dengan sikap negatif yang ada padanya.

Saya katakan bahawa wanita sedemikian adalah wanita yang malang.

Cuba anda lihat contoh. Seorang suami yang pulang dari kerja dalam kepenatan, dia bukan hanya mahukan senyuman anda di muka pintu, atau segelas air yang anda hulurkan. Dia mahukan anda memahami dirinya. Ada banyak cara lelaki minta difahami. Antaranya adalah dengan tidak menambahkan kepenatannya dengan soalan-soalan bodoh atau kerenah-kerenah yang menyakitkan hati.

Tetapi bayangkan, kalau seorang isteri yang hanya cantik tetapi tidak cerdik dan tidak matang. Suami pulang disambut dengan senyuman menawan, pakaian cantik dan wangi semerbak. Tetapi belumpun sempat suami duduk di sofa, mulutnya sudah berceloteh itu dan ini. Katakan sebelum suami pulang tadi, ada berita buruk yang diterima atau ada masalah yang berlaku. Masa itu juga lah semuanya diluahkan pada sang suami, yang masih terkial-kial menghilangkan penat.

Dalam situasi tersebut, pertengkaran mungkin terjadi. Waktu itu, dia tidak kisah pun walau anda secantik bidadari.

Situasi yang lain. Suami seorang yang aktif, suka berfikir, banyak idea dan gemar berhujah. Suami sukakan percambahan idea dan mahukan teman berfikir yang matang. Bagaimana jika isteri hanya cantik, tetapi setiap lontaran suami tidak bersambut? Suami bercakap tentang perancangan keluarga, isteri hanya mengangguk dan mengiyakan. Suami bercakap tentang strategi kewangan keluarga, isteri hanya mengikut dan mengiyakan.

Lama kelamaan, pertengkaran boleh berlaku. Dan waktu itu juga, cantik tiada makna.

MATANG
Percayalah, seorang suami memang mahukan yang cantik sebagai pasangan, tetapi hakikatnya dia LEBIH perlukan yang matang sebagai teman.

Maka pokoknya di sini bukanlah pada anda itu cantik atau tidak cantik. Apa yang lebih utama adalah pembentukan diri, sifat dan sikap anda dalam menuju ke alam rumahtangga. Buanglah sifat negatif yang anda dan berusahalah membentuk kematangan dalam diri.

Cuba belajar bertolak ansur dengan housemate atau roomate anda, kerana itu suatu latihan untuk anda bertolak ansur dengan pasangan anda nanti. Cuba belajar mengurus diri dengan teratur dan mengurus rumah atau bilik anda dengan konsisten, kerana itu juga suatu latihan untuk melengkapi kebahagiaan anda suatu hari nanti.

Belajar dan terus belajar. Jangan selesa dengan kecantikan dan paras rupa, sehingga anda bodoh sombong untuk belajar dan terus ego untuk berubah. Kelak, anda sukar untuk bahagia.

Justeru, artikel ini mengajak anda yang mungkin berada dalam situasi di atas, atau mengenali rakan-rakan yang sedang berada dalam kemelut di atas, supaya sama-sama kita sedar. Lebih-lebih lagi wanita, kebersihan diri dan tempat tinggal sebelum berkahwin perlu dititikberatkan.

Ingat, anda akan beralih kepada sebuah kehidupan yang sungguh praktikal, bukan teori yang mengasyikkan!
  
Sumber : MalaysiaRia

Islam dan Politik

Islam untuk kuatkan politik atau politik untuk kuatkan Islam?
- oleh : Zaini Hassan

SAYA mewakili jutaan lagi umat Islam di tanah Melayu ini mahu melihat janji-janji Parti Islam SeMalaysia (Pas) ditepati. Janji mesti ditepati, seperti janji-janji kerajaan Barisan Nasional (BN).

Janji Pas supaya hukum hudud dilaksanakan, yang merupakan perjuangan mutlak Pas wajib dikotakan.

Sebenarnya Pas dan Hudud tidak boleh dipisahkan. Seruan Ustaz Nasharudin Mat Isa kelmarin kepada Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat amat tepat sekali. Nik Aziz yang telah memperjuangkan hudud sejak lebih 22 tahun lalu hendaklah menunaikannya. Pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.

Nik Aziz sudah memerintah Kelantan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Saya ditugaskan ke Kelantan sebagai pemberita sebaik-baik sahaja Nik Aziz menduduki kerusi MB Kelantan. Siang malam dia bercakap pasal hudud. Naik jemu kami, para pemberita ketika itu mendengar mengenai hudud.

Tapi sehingga kini habuk pun tak ada. Saya hairan mengapa Nik Aziz mempermain-main hukum Allah seperti yang diterangkan di dalam al-Quran dan Hadis?

Hukum Allah ialah perintah. Sama ada suka atau tidak kita kena ikut. Jika itu cadangan yang dilontarkan Pas, maka laksanakanlah.

Jangan letak tanggungjawab itu kepada orang lain.

Rakyat Kelantan yang memberi undi kepada Pas kerana mahu melihat pelaksanaan hukum itu dijalankan selama ini masih tertunggu-tunggu.

Jika bukan kerana janji hukum hudud sudah pasti rakyat Kelantan tidak akan memberi undi kepada Pas dan Nik Aziz.

Nik Aziz patut memberitahu tempoh selewat-lewatnya bila pelaksanaan hudud boleh dilakukan di Kelantan. Jangan asyik mengatakan UMNO yang menolak hudud.

Kuasa sudah ada dalam tangan Nik Aziz selama 22 tahun. Sudah empat kali PRU berlalu (selepas 1990) dan setiap kali kempen PRU itu lagu-lagu hudud diputarkan balik dengan menggunakan radio lama, namun janji itu masih belum dikotakan.

Yang hairannya rakyat Kelantan terus percaya dan menunggu-tunggu bilakah hukum Allah itu boleh dilaksanakan.

Nik Aziz kena jujur dengan rakyat Kelantan dan berusaha bersungguh-sungguh semasa dia masih hidup dan memegang kuasa.

Jika mereka bercita-cita untuk ke Putrajaya, maka prinsip perjuangan hudud ini hendaklah dipegang kuat, waima tentangan daripada Karpal Singh sekali pun. Ini kerana sepanjang pengetahuan kita, Karpal sendiri belum menarik balik kata-katanya "langkah mayat aku dulu".

Nik Aziz kena berani menyatakan pendirian Pas kepada konco-konconya dalam DAP dan PKR. Sebagai mengaku dirinya ulama dan pemimpin politik Islam, Nik Aziz tidak wajar berdolak-dalik dan meletakkan kegagalan hudud itu kepada UMNO.

Saya hairan selepas 22 tahun janji ini dilontarkan, kajian mengenai pelaksanaan hukum ini masih belum selesai dijalankan oleh pihak kerajaan Pas negeri Kelantan.

Baru-baru ini kerajaan Pas Kelantan menubuhkan satu jawatankuasa kecil dan yang peliknya jawatankuasa kecil itu hendak menubuhkan satu lagi jawatankuasa kecil bagi mengkaji hal-hal teknikal mengenai pelaksanaan hukum itu.

Ini menunjukkan kerajaan Pas Nik Aziz tidak membuat persiapan awal. Lagu hukum hudud telah mula diputarkan sejak menjelang PRU 1990, tapi jawatankuasa kecil hanya ditubuhkan baru-baru ini saja.

Kesimpulan saya senang saja: Perjuangan Pas ialah menggunakan agama Islam untuk kekuatan politiknya; manakala UMNO menggunakan politik untuk menguatkan Islam.

Kekuatan Pas hanya ceramah, ceramah, ceramah selama 365 hari atau tahun lompat 366 hari setahun, termasuk di atas mimbar khutbah Jumaat dan khutbah raya.

UMNO sebaliknya menggunakan politik untuk membina masjid-masjid, perbankan Islam, universiti-universiti Islam, Darul Quran dinaikkan taraf kepada kolej universiti, di Terengganu, misalnya kerajaan UMNO sejak sekian lama telah menubuhkan pusat pengajian al-Quran pelbagai qiraat dan lain-lain yang tak mampu ditulis di ruangan ini.

Ketahuilah rakyat Melayu Islam Malaysia bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh pemimpin UMNO telah banyak menggubal undang-undang menepati hukum Islam yang bukan atas nama hukum hudud Pas.

Fikir-fikirkanlah... Wasalam. 

Saturday, January 19, 2013

'Kebenaran' Dalam Pas Selalu Berubah

APAKAH 'kebenaran' sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan keadaan? Apakah 'kebenaran' itu harus dihitung dari segi untung dan rugi dari segi kepentingan politik semasa semata-mata?

Jawapannya tampak begitu jelas apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini seakan-akan mempersetankan pandangan pelbagai pihak termasuk kalangan ulama yang bimbang dengan pendiriannya dan Pas apabila merestui penggunaan kalimah Allah dalam amalan penganut agama lain.

Persoalan yang melingkungi isu kalimah menyentuh perkara paling besar dalam Islam yang membezakan akidah umatnya dengan penganut agama lain itu seolah-olah cuba disesuaikan dengan pandangan para pemimpin parti-parti dalam pakatan pembangkang.

Pada 8 Januari lalu, Abdul Hadi dalam satu kenyataan menegaskan Pas mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini kerana Islam tidak menghalang penganut agama lain mengggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

Abdul Hadi dalam kenyataannya berkata, al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah." Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran:64)

Malah Abdul Hadi menyalahkan UMNO yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebas-bebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Pendirian Abdul Hadi dan Pas ini disokong seketika oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bagaikan tanpa mengambil kira kemaslahatan umum dalam senario rakyat di negara ini.

Namun Majlis Syura Ulama Pas malam kelmarin mengembalikan rasional dan membuat keputusan mengejutkan - bertentangan sama sekali dengan keputusan dan hujah Abdul Hadi dalam sidang akhbar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang sebelum ini.

Entah apa sebabnya Nik Abdul Aziz menjadi kendur apabila beliau bersama timbalannya, Datuk Dr. Haron Din yang mengetuai Majlis Syura Ulama Pas, memutuskan kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar daripada kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata," ujar Majlis Syura Ulama dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Abdul Hadi sendiri menyedari bahawa "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Malah katanya kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu umat Islam pelbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Sememangnya ia mudah mengelirukan dan terbuka untuk disalahgunakan apabila penggunaan Allah seoalh-olah mahu disamakan dengan konsep Trinity dalam Kristian.

Sebenarnya isu ini berbangkit semula apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan Krismas pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu dimuatkan dalam bible Bahasa Melayu.

Tidakkah ini menimbulkan syak wasangka atau keraguan yang sangat berasas tentang agenda di sebaliknya dalam hubungan agama kerana kalimah itu mahu digunakan dalam bible edisi bahasa Melayu dan tidak dalam bahasa-bahasa lain.

Jika penerimaan Pas pada awalnya ini cuba dikaitkan dengan suatu dakwah apabila kalimah Allah dimuatkan dalam kitab lain, mengapa tidak Pas membantu menyebarluaskan penggunaan terjemahan al-Quran dalam Bahasa Melayu.

Justeru kali ini ayat mana pula nantinya Abdul Hadi akan bacakan untuk mengukuhkan hujahnya 'membenarkan' pendirian baru yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama Pas.

Apakah yang menyebabkan Pas mengubah pendirian dalam situasi sekarang? Mungkinkah kerana pilihan raya semakin hampir dan merasakan penerimaan bukan Melayu terhadap parti itu tidak banyak memberi makna berbanding membiarkan keresahan yang berombak menjadi gelombang penolakan umat Islam terhadapnya?

Oleh : Wan Zulkifli Wan Yaacob

Friday, January 18, 2013

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus

DUA minggu lalu saya menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka. Rupa-rupanya isu ini masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini. Ada yang dengan nada sinis menyuruh menutup mulut orang bukan Islam daripada menyebut kalimah mulia tersebut.

Sebenarnya mereka ini tidak memahami isu sebenar. Perkara yang perlu ditegah bukanlah kepada bukan Islam menyebut kalimah Allah tersebut tetapi menyebut kalimah mulia itu bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Pada minggu ini, saya merasa terpanggil untuk meneruskan tulisan saya dalam isu ini bagi menzahirkan apakah sebenarnya yang perlu dilakukan berdasarkan isu yang ditimbulkan ini.

Ada juga yang mempertikai lagu-lagu rasmi negeri juga menampilkan lirik yang menyebut kalimah Allah dan perlu juga dipinda. Ini juga merupakan pandangan yang menyongsang daripada apa yang diperkatakan.

Dalam lirik lagu rasmi kebanyakan negeri disebut kalimah Allah itu sebenarnya bagi merujuk kepada Allah yang Maha Esa. Tiada salahnya lirik tersebut walaupun ia dinyanyikan oleh orang bukan Islam. Ini adalah disebabkan Islam adalah agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan di kesemua negeri di Malaysia, melainkan Sarawak, Islam juga merupakan agama negeri.

Persoalan di sini bukanlah bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah tetapi polemik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Bukan juga menghalang orang bukan Islam membaca dan mengkaji al-Quran yang penuh dengan nama-nama Allah tetapi menyebut Allah dalam erti kata yang sebenar.

Adalah mustahil dengan hanya nyanyian lagu-lagu tersebut orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Persoalan ini sebenarnya tidak pernah timbul dan sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Penulis amat bersyukur apabila Majlis Syura PAS pada 13 Januari lepas telah membuat keputusan sebulat suara bahawa kalimah Allah adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Oleh yang demikian, menterjemah kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Keputusan ini juga sebenarnya menguatkan lagi saranan Sultan Selangor berkaitan dengan perkara yang sama. Penulis juga menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang begitu proaktif di dalam isu ini dan lantang menitahkan sedemikian bagi menjaga akidah umat Islam.

Majlis-Majlis Agama Negeri-Negeri dan para Mufti juga telah memainkan peranan aktif di dalam segala tindakan berkaitan dengan isu ini. Begitu juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh beberapa NGO seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muafakat, ISMA, Pembina dan banyak lagi.

Keputusan Majlis Syura itu juga sebenarnya menyanggah tohmahan segelintir golongan yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk populariti pihak tertentu. Isu ini adalah isu akidah dan umat Islam tidak kira daripada kelompok manapun perlu bersatu menanganinya bersama.

Penulis amat berharap isu ini tidak dijadikan agenda politik mana-mana pihak tetapi bersama-sama memperjuangkan isu ini agar tindakan dapat diambil sewajarnya.

Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar

Thursday, January 17, 2013

Keinginan Wanita dari Lelaki Dari Jalinan Cinta

SAAT menjalin hubungan cinta dengan lelaki, wanita menginginkan beberapa hal dari pasangannya tersebut. Selain pengertian, beberapa keinginan ini sangat diidamkannya.Lelaki selalu bertanya-tanya apa yang wanita inginkan darinya.Rasa ingin tahu itu pun melingkari untuk mencari tahu apa sahaja yang mereka inginkan. Nah, berbanding dihantui rasa ingin tahu, ulasan dibawah ini tentu saja boleh membantu anda.....

Keselamatan
Wanita ingin merasa aman di sisi lelaki apalagi realitinya dunia sering tak bersahabat pada keselamatan wanita. Oleh itu, dengan keberadaaan lelaki di sisinya, mereka berharap keselamatan bukan jadi masalah bagi mereka.

Kesenangan
Wanita ingin merasakan rangsangan sensual yang murni. Lelaki biasanya membincangkan perniagaan, sukan dan wanita. Sementara wanita biasa membicarakan seks, lelaki, seks, hubungan dan seks.

Cabaran
Wanita ingin merasakan kenikmatan dan percaturan. Mereka mempunyai keinginan kuat untuk percaya pada seseorang yang boleh membawa mereka pada pengalaman emosional yang mencabar di mana mereka tak mempunyai keberanian untuk melakukannya sendiri.

Anonymous

Wednesday, January 16, 2013

Tidak Pernah Mengerang

Adam pulang dari pejabat disambut tangisan isterinya. "Aku tahu kamu berselingkuh dengan kawan sekantormu. Apa sih kekuranganku? Aku cantik, setia, pandai memasak dan ibu yang baik buat anak-anak kamu. Apa yang belum aku lakukan untuk membuatmu bahagia?" berondong isteri Adam

"Iya, aku tahu kamu isteri yang sangat sempurna. Hanya satu kekuranganmu, kamu tidak pernah mengerang ketika kita bercinta," kata Adam.

"Oh, jadi itu masalahnya. Ayuh kita bercinta sekarang dan aku tunjukkan aku pun pandai mengerang," kata si isteri sambil menarik tangan Adam menuju tempat tidur.

Mereka lalu berkucupan dengan penuh ghairah.

"Sudah boleh mengerang belum?" tanya si isteri.

"Belum, nanti aku beritahu deh kapan waktunya mengerang," jawab Adam.

Mereka lalu membuka pakaian dan saling membelai.

"Mengerangnya sekarang ya?" tanya si isteri.

"Belum, nanti," kata Adam.

Akhirnya apabila Adam berada di atas tubuh isterinya dan hampir sampai ke puncak asmara, ia berseru, "Ya sekarang, ayo sekarang!"

"Ahhhhh... Betapa capeknya aku seharian ngurus rumaaaaah ...."

Anonymous

Isyarat Lelaki Bosan Berhubungan Intim


LELAKI tidak seperti wanita yang mudah mengungkapkan perasaan yang sedang mereka alami. Khususnya untuk urusan seks, ada baiknya anda mengetahui beberapa isyarat ketika mereka sedang tidak berghairah untuk melakukannya.

Tidak selamanya seorang lelaki selalu ingin berhubungan seks jika bersama pasangannya, dan tidak dalam setiap waktu di fikiran mereka selalu memikirkan hal tersebut. Ada saatnya lelaki merasa jenuh dan tidak ghairah untuk urusan seks. Anda boleh menandakan kebosanannya tersebut dari sikap yang diperlihatkannya. Perhatikan pemerhatian dibawah ini.

1. Tanpa disedari, dia akan berubah menjadi orang lain. Ketika anda menyedari ada beberapa perubahan sifat dan perilaku padanya, hal itu secara harfiah menunjukkan dirinya sedang tidak berghairah untuk berhubungan seks.

2. Dia akan cuba untuk mengatakan tidak pada anda untuk tetap berorientasi pada aktiviti lain. Meski mereka tidak boleh mengatakannya secara langsung, namun dengan ekspresi dan bahasa tubuh anda tentu akan mengetahuinya.
3. Saat anda menggodanya secara sensual, namun tidak ada reaksi yang diingini, hal tersebut membuktikan dirinya sedang tak berghairah. Dan dengan cara tersebut, diharapkan anda mengetahuinya.

Anonymous

Tuesday, January 15, 2013

Warga Asing Ambil Alih Hak Rakyat

SEMASA era penghujung tahun 1980-an, warga asing mula berhijrah ke Malaysia untuk bekerja sepenuh masa. Ketika itu, kebanyakan pekerja asing terdiri daripada rakyat Indonesia sahaja. Kedatangan mereka disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana mereka telah banyak membantu membangunkan ekonomi negara.

Tahun 1990-an, Malaysia telah beralih sepenuhnya daripada sebuah negara berpaksikan pertanian kepada negara berteraskan industri. Banyak kilang dibina, maka, mahu tidak mahu Malaysia terpaksa mengimport warga asing. Rakyat kita tidak terkecuali mula bekerja di kilang terutamanya wanita muda.

Pekerjaan sebagai pembantu rumah atau amah sudah tidak digemari oleh wanita muda tempatan. Bagi mereka, bekerja sebagai pekerja kilang lebih bebas. Trend perindustrian di Malaysia berterusan dengan pesatnya telah membawa warga asing datang bekerja ke Malaysia. Mereka ini bukan sekadar bekerja sebagai pekerja perindustrian, malahan kedatangan wanita warga asing sebagai pembantu rumah mengambil alih peranan wanita Malaysia.

Kemajuan perindustrian di Malaysia telah meningkatkan ekonomi negara. Lebih banyak bangunan-bangunan baru dibina dan sekali lagi kita terpaksa mengimport buruh asing. Meskipun negara kita pernah mengalami kemelesetan ekonomi 15 tahun yang lalu, namun demikian jumlah warga asing yang datang bekerja ke Malaysia tidak pernah berkurangan.

Jumlah mereka semakin bertambah sehinggakan mereka semakin berani dalam banyak segi. Pertama, jumlah kadar jenayah seperti merompak, pelacuran, menipu, merogol dan pecah rumah semakin bertambah dalam kalangan warga asing.

Kedua, mereka bermaharajalela berniaga di negara kita tanpa langsung rasa gentar dikenakan tindakan. Ketiga, mereka berani mengganggu penduduk tempatan terutamanya gadis-gadis tempatan. Keempat, mereka semakin berani membuat kacau seperti bergaduh sesama sendiri sehingga menakutkan penduduk tempatan.

Kelima, mereka semakin berani mengimport budaya buruk kehidupan mereka ke negara kita seperti mengemis di jalan raya yang sesak dengan kenderaan dan minum minuman keras di khalayak ramai.

Jumlah mereka yang semakin ramai menyebabkan keselamatan negara kita boleh tergugat pada bila-bila masa sahaja. Bayangkan apa yang akan terjadi jika mereka melakukan rusuhan secara besaran-besaran. Mampukah pihak penguatkuasa menangani mereka ketika rusuhan berlaku?

Tidak terkecuali mereka ini jugalah boleh dibayar untuk berarak di jalanan dengan mengadakan pelbagai demonstrasi yang ditaja oleh pihak tertentu. Amat menghairankan, pihak penguat kuasa tidak mengambil satu tindakan secara holistik menangani pendatang asing.

Yang ada, tindakan-tindakan kecil yang tidak langsung menakutkan mereka, jauh sekali membanteras kegiatan jenayah mereka. Mereka tidak gentar mengulangi kegiatan mereka. Umpamanya, acap kali kita dengar serbuan dibuat terhadap kelab-kelab malam yang menjadi sarang pelacuran warga asing. Meskipun diserbu berpuluh-puluh kali sekali pun, warga asing tetap bermaharajalela melakukan kegiatan terkutuk tersebut.

Satu lagi yang amat membingungkan penulis apabila mereka ini terang-terangan berniaga. Bukan sekadar berniaga di gerai-gerai tepi jalan, tetapi ada dalam kalangan mereka berniaga menggunakan premis. Tidak cukup dengan itu, bahasa yang digunakan pula bahasa ibunda mereka.

Jenguk-jenguklah di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dan Taman Tanming Jaya, Balakong. Premis di Jalan TAR terang-terangan menggunakan bahasa Indonesia manakala sebuah premis perniagaan di Taman Tanming Jaya pula tertera bahasa Myanmar. Di manakah pihak berkuasa tempatan (PBT)?

Cukup membinggungkan kerana kita sendiri sebagai warga Malaysia tidak berani dengan mereka sedangkan mereka pula saban hari semakin berani dan bermaharajalela. PBT sepatutnya membantu pihak penguat kuasa yang lain terutamanya imigresen untuk membanteras kegiatan warga asing.

Sebaik-baiknya mereka ini tidak langsung diberi muka untuk berniaga. Bagi warga negara Malaysia yang menjual premis atau menyewa premis perniagaan kepada warga asing, mereka ini perlu diambil tindakan paling tegas. Mereka inilah antara faktor penyebab warga asing semakin berani dan menidakkan hak rakyat tempatan.

Malahan, tidak keterlaluan dikatakan mereka ini jugalah yang menyebabkan rakyat Malaysia sendiri berada dalam keadaan ketakutan kerana semakin ramai warga asing datang ke Malaysia. Bagi mereka, Malaysia tempat yang mudah untuk berniaga.

Di negara asal mereka, mereka bukan sahaja tidak dibenarkan berniaga, malahan mereka ditindas dengan teruknya. Di Malaysia, kita terlalu memberi muka terhadap warga asing sampaikan nasib rakyat Malaysia dipinggirkan.

Warga asing yang datang ke Malaysia kini terdiri dari pelbagai negara. Warga asing dari negara Afrika pula semakin bertambah dari semasa ke semasa. Mereka ini cerdik untuk menipu warga tempatan. Sudah begitu banyak kerugian wang ringgit yang melibatkan warga tempatan. Tetapi mana perginya tindakan ke atas mereka?

Amat membimbangkan jika keadaan ini tidak ditangani dengan baik, suatu hari nanti, warga asing akan menguasai Malaysia dengan penguasaan ekonomi negara.

Jika ini berlaku, kita sudah tidak bebas dari erti kata sebenar. Ini tidak mustahil berlaku kerana sudah nampak petanda mereka semakin menguasai perniagaan dan ekonomi. Tangani segera sebelum terlambat demi anak cucu cicit kita. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Oleh : Rohami Shafie