nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Budi Bahasa Makin Hilang?

APABILA bercakap tentang budi bahasa ramai akan berkata bahawa rakyat Malaysia terutama orang Melayu cukup kaya dengan nilai-nilai tersebut.

Lebih ekstrem lagi ada yang akan menjawab budi bahasa dan sopan-santun tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat timur terutama rakyat negara ini.

Tetapi adakah realitinya sama seperti yang diperkatakan itu. Adakah masyarakat kita mengotakan apa yang mereka kata apabila membabitkan budi bahasa?

Jika masyarakat kita mendakwa mereka menjadikan budi bahasa sebagai amalan apakah ukurannya?

Budi merupakan perbuatan atau akhlak yang baik terutama sesama manusia. Ia termasuk membabitkan tingkah laku, pertuturan dan perangai.

Termasuk juga dalam kategori budi itu ialah mereka yang jujur, ikhlas, pemurah, suka tolong orang, ada belah ihsan dan saling bantu membantu.

Tetapi apabila seseorang itu dikatakan berbudi bahasa maka ia bermaksud perbuatan, tingkah laku dan perangai yang baik termasuk pertuturannya sekali. Sebabnya, bahasa juga melambangkan sama ada seseorang itu berbudi atau tidak.

Apabila bercakap soal budi bahasa ia mencakupi aspek yang sangat luas. Ia membabitkan nilai dan norma hidup masyarakat kita.

Masyarakat yang berbudi bahasa adalah masyarakat yang terdiri daripada individu yang jujur, ikhlas, sopan, pemurah, saling tolong menolong, berakhlak mulia, menggunakan bahasa yang baik, hormat, menghargai orang lain, berterima kasih dan faham akan kedudukan orang lain.

Berbudi bahasa akan memberikan kesan yang baik kepada masyarakat. Ia merapatkan silaturahim, saling percaya-mempercayai dalam dalam konteks Malaysia dapat meningkatkan perpaduan antara kaum.

Budi bahasa sepatutnya dijadikan asas dalam proses membina masyarakat yang beradab dan bertamadun. Bagi orang Islam pula ia selari dengan ajaran agama.

Bukankah orang Islam apabila bertemu perlu mengucapkan salam? Tetapi adakah ia menjadi amalan dalam kehidupan seharian?

Adab mengenai salam juga sudah disusun dengan cantik. Yang baru sampai memberi salam kepada yang sudah lama sampai. Tetamu memberi salam kepada tuan rumah dan yang muda memberi salam kepada yang tua.

Semua itu merupakan perbuatan yang mempunyai kaitan dengan budi bahasa.

Berbudi bahasa pula bukan sekadar melayan orang yang bertanding ke rumah atau orang yang kita kenali dengan baik.

Tetapi untuk sesuatu masyarakat itu dianggap berbudi bahasa ia melibatkan pelbagai aspek.

Satu ketika rakyat negara ini melenting apabila satu laporan media barat mengatakan penduduk negara ini tidak atau kurang berbudi bahasa.

Kenapa kita perlu melenting sekiranya dalam kehidupan seharian budi bahasa memang tidak menjadi amalan kita terutama apabila berada di tempat awam.

Pernah kita meminta maaf apabila terlanggar bahu orang lain ketika di pasar raya atau di tempat yang agak sesak? Pernahkah kita mengucapkan terima kasih kepad pelayan yang menghantar air kepada kita? Atau hanya memandangnya dengan pandangan sinis kerana menganggap itu memang tugasnya.

Itu belum mengambil kira perbuatan membantu orang kurang upaya, orang tua, wanita mengandung mereka yang dalam kesusahan dan sebagainya.

Malah budi bahasa juga dinilai melalui kata-kata. Jika di lihat kepada bahasa yang digunakan oleh generasi muda hari ini, nilai-nilai budi bahasa itu semakin terhakis.

Orang yang berbudi bahasa akan melafazkan kata-kata yang mengandungi maksud yang baik dengan nada yang elok dan tidak menyakitkan perasaan orang lain.

Bahasa-bahas kasar yang kian berleluasa dan dilafazkan secara terpekik-pekik serta ditambah pula dengan kata-kata lucah tidak mencerminkan masyarakat yang berbudi bahasa.

Tetapi jangan pula apabila dengan berbudi bahasa itu kita akan menjadi menjadi masyarakat yang lemah. Sebaliknya ia akan menjadikan sesuatu bangsa itu lebih disegani dan dihormati.

Sebagai masyarakat timur terutamanya penduduk Melayu yang beragama Islam, mereka sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Budi bahasa juga akan membawa kepada masyarakat yang saling hormat menghormati tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

Tetapi jika dilihat kepada senario hari ini ia seolah-olah menggambarkan nilai-nilai murni dan budi bahasa semakin terhakis di kalangan masyarakat kita terutama generasi muda.
Perbuatan merosakkan harta benda awam, menconteng, tidak mematuhi peraturan, melawan guru dan sebagainya adalah contoh keadaan masyarakat kita yang semakin terpesong daripada landasan budi bahasa.

Malah kemalangan maut yang meragut ribuan nyawa setiap tahun juga sedikit sebanyak mempunyai kaitan dengan amalan budi bahasa.

Jika kita berbudi bahasa di jalan raya kamalangan tentunya dalam dielakkan.

Di mana silapnya? Adakah ibu bapa yang gagal berperanan atau guru-guru gagal memberikan didikan?

Jika dilihat kepada sistem kekeluargaan hari ini yang lebih bersifat materialistik ia sedikit sebanyak menyumbang kepada penghakisan budi bahasa di kalangan masyarakat.

Kerana sibuk anak-anak dan ibu bapa semakin jarang bertegur sapa. Kerana terlalu biasa duduk bersendirian tanpa pemantauan anak-anak menjadi tidak endah. Sikap itu tentunya akan dibawa pula ke sekolah. Pantang ditegur guru-guru pula menjadi mangsa.

Perkara ini jika tidak dibendung akan melahirkan masyarakat yang berjaya tetapi tidak ada jiwa.

Sebab itu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengambil inisiatif melancarkan Adab Sopan dan Nilai-nilai Murni bagi membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu, bertoleransi, saling memahami dan bekerjasama serta cintakan negara.
Tidak ada maknanya jika Malaysia mencapai status negara maju tetapi rakyatnya langsung tidak berbudi bahasa.

Rakyat berkemahiran tinggi memang penting untuk negara. Tetapi pada masa sama ia juga memerlukan rakyat yang berbudi bahasa.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak empayar atau negara yang maju telah runtuh lantaran generasi yang mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah.

Sumber : Utusan Malaysia

Thursday, December 29, 2011

Kisah Wanita Cantik, Ceria, Cergas, Cerdik

WANITA dan kecantikan bagaikan aur dengan tebing, memang tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan, pincanglah lagu, pincanglah irama.

Begitulah perumpamaan yang mengaitkan wanita dengan kecantikan. Laporan yang mengatakan wanita menghabiskan sebahagian besar gaji untuk membeli kosmetik dan memberi fokus yang istimewa terhadap diri untuk kelihatan cantik bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Sebagai wanita, kita akan lebih terkejut jika ada wanita yang tidak memberikan perhatian terhadap kecantikan mereka dan sangat terkejut jika ada wanita yang langsung tidak tahu bagaimana hendak mencantikkan diri.

Kecantikan adalah salah satu antara kuasa wanita selain kelembutan dan sifat keibuan wanita. Lelaki mana yang tidak tertarik dengan wanita cantik, tanyalah mana-mana lelaki, sudah pasti jawapannya jelas dan spesifik, mereka sukakan wanita yang memiliki 4C iaitu CANTIK, CERIA, CERGAS DAN CERDIK, kerana itulah sebenarnya yang dikatakan cantik luar dan cantik dalam yang merangkumi aspek mental, fizikal, sosial dan spiritual.

Mengapa wanita obses dan sukakan kecantikan sampai sanggup berhabis duit untuk cantik.

Ada yang hendak cantik dengan sanggup melakukan pelbagai cara 7S: Susuk yang dimasukkan ke dalam badan; Suntik pada bahagian-bahagian yang boleh mempertingkatkan keyakinan diri wanita iaitu kawasan 5P, pinggang, punggung, perut, pipi dan payu dara; Senam habis-habisan; Sekat makan hingga kurang makan; Sapu krim putih muka dan kawal jeragat, jerawat; Sental badan untuk buang daki badan dan cerah kulit dan Surgeri kosmetik pada muka dan seluruh badan.

Semua usaha 7S sanggup dilakukan bagi wanita yang obses untuk cantik dan ada akses untuk jayakannya, tapi soal fulusnya perlulah difikirkan dengan tulus!

Kerana nak cantik, kosnya juga bukan sedikit, duit yang membukit, lama-lama jadi sikit, badan sihat cari duit, lama-lama jadi sakit kerana kuat cari duit, tapi semuanya wanita sanggup lakukan hanya kerana hendak Cantik dan Menarik, untuk menjadi perhatian dan anganan serta igauan kaum lelaki khususnya dan kecemburuan wanita lain yang menjadikan wanita cantik idola kerana kecantikan tubuh badan macam biola!

Mengapa wanita obses dan sanggup melakukan apa saja untuk cantik? Jawapannya terletak kepada perkataan Cantik itu sendiri. Cuba kita fahami satu persatu:

C - Cemerlangnya wanita itu sering dikaitkan dengan cantik dan intelek yang memiliki semua sifat wanita cemerlang iaitu Cantik, Ceria, Cergas dan Cerdik.

A - Aspirasi kepada kaum lelaki apabila berdampingan dan memiliki wanita cantik yang akan mempertingkatkan lagi semangat dan jati diri lelaki.

N - Nilai-nilai positif wanita yang disenangi seperti sikap kemanjaan, kemesraan dan keibuan banyak dikaitkan dengan wanita cantik.

T - Takluk dunia dengan kecantikan dan sejarah telah membuktikannya dengan kecantikan Cleopatra telah melemahkan pahlawan ternama Mark Anthony, bagaimana Majnun menjadi gila kerana kecantikan Laila!

I - Inspirasi wanita cantik juga menjadi dambaan lelaki dan tidak dinafikan bahawa cantik itu sebagai penyalur idea dan ilham yang memberi inspirasi kepada lelaki. Wanita-wanita Malaysia yang cantik antaranya Siti Norhaliza, Norfazura menjadi sumber inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk kekal cantik dan menarik.

K - Kejayaan juga dikaitkan dengan kecantikan kerana wanita-wanita yang ternama dan berjaya ramai terdiri daripada wanita-wanita cantik, menarik dan bergaya.

Dengan tagline beauty is the sign of success menjadikan wanita sanggup beratur inline dan online untuk membeli kosmetik untuk cantik! Hingga wang merekapun offline!

Oleh : Prof. Madya Dr. Rusinah Siron
           Kolej Pengajian Siswazah UNITEN, Kampus Putrajaya.

Wednesday, December 28, 2011

12 Perkara Untuk Buatkan Suami Terkulai

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasan kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

Berani Berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya. Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jangan sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yang baik akan menambah semangat suami dalam bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yang bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum. Contoh pakaian adalah seperti ini.

Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yang tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dengan yang baru dan bersih. Jangan lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tempat tidur yang rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami untuk bercinta dengan anda.

Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dengan hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau isteri, kedua-duanya dituntut untuk aktif.. Sayangnya, dalam perkara ini yang aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

Penuhi Kehendaknya
Dalam bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yang diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dengan berbagai gaya.

Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jangan sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yang sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami untuk bercinta.

Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jangan sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yang agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

Tidak Mengeluh
Jangan terlalu banyak mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yang suka berbual. tetapi perkara ini jangan diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dalam menikmati percintaan.
Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemestian dalam bercinta, katalah isteri tidak suka apa yang dilakukan oleh suami, jangan sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yang seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yang begini akan menambah semangat suami dalam bercinta.

Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jangan lupa untuk memberikan pujian atas kehebatan suami. dengan pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jangan dicela. dengan cara yang baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

Sumber : MalaysiaRia

Tuesday, December 27, 2011

Marsum Panjang Kala Purnama Mengambang

21 Rabi'ul Akhir 1022 Hijrah.
MERAFAK sembah ke bawah Duli Tuanku yang menaungi pemerintahan di semenanjung emas yang bertuah ini. Adapun, marsum panjang ini patik nukilkan kala purnama sedang mengambang penuh di tangkai langit dipagari gugusan bintang kejora bergemerlapan sambil patik ditemani limpahan damar seput meliuk bersama baur rencaman perasaan.

Tuanku,
Marsum ini padanya telah patik tukangi apakala usai menghimpunkan beberapa cetera berupa alkisah segala lakon sejarah meski seusai menghimpunkannya patik dihimpit bermacam gundah dan beraneka rasa jiwa nan resah. Adapun himpunan ini sesempurnanya telah patik titiskan sedari pengkisahan awal pembinaan dirgahayu kerajaan Melayu Melaka yang masyhurnya semerbak sebuana sehinggalah apakala episod suka berkalih sedih sesudah Melaka jatuh ke tangan soldadu Feringgi digelar jelata Benggali Putih lantaran cuai membeza dan mentafsir kasih.

Arakian, padanya telah patik himpunkan sesempurnanya rantaian cetera yang panjang dan penuh bermakna buat bangsa budiman ini untuk membukti luhur taat setia, mencurah bakti dan jasa, juga berupa suatu rakaman peri sebuah tamadun bangsa agar bisa dijadikan pedoman dan direnungi bersama kelak di hari kemudian nanti anak cucu kita bisa menjadi bangsa yang ampuh berdikari, tabah menangkis cabaran mendepani serta menjadi nakhoda di samudera pertiwi juga khalifah armada yang bijak bestari.

Apakala Duli Tuanku mengkehendaki patik menghimpunkan hikayat pada titah yang disampaikan oleh Orang Kaya Paduka Bendahara , mencatat peristiwa dan pertuturan segala raja-raja, dengan segala kebesaran istiadat bangsawannya supaya diketahui kelak oleh segala anak cucu kita yang kemudian hari, tahulah juga patik pada hikayat agung ini juga kelak kita akan diingati, syahdan sentana segalanya diiktibari beroleh faedahlah watan kita daripadanya nanti.

Marsum ini sekudusnya telah patik karang seusai ripuh menyusun hikayat yang patik namai selayak dan sesempurnanya Sulalatus Salatin yang telah Duli Tuanku pinta patik perbuatkan lalu patik pun telah menyediakan sembilan ratus lima puluh tujuh Katun timah Johor sebagai tukaran untuk mendapatkan naskhah tua kita yang telah Orang Kaya Sogoh bawa pulang dari negeri Goa. Arakian, patik juga telah beramah mesra sambil mengait seloka dengan segenap lapisan rakyat jelata serenta menghimpun segala rangkai bicara juga azimat mutiara kata, serenta menyempurnakan sebuah hikayat besar dinamai dari sabda pertuturan segala raja-raja dengan daulat kuasanya, juga dirgahayu keadilan yang menjadi paksi dan kebesaran lembayung kerajaannya.

Duli Tuanku,
Kala purnama mengambang begini, telah patik tuliskan marsum panjang nan luhur dan suci terbit di nubari yang tiada pernah menghasad iri pada bangsa Melayu yang bijak bestari. Bukankah Melayu itu digelar orang berketurunan Zulkarnain sang penakluk bumi yang tekal berjuang? Melayu itu khabarnya melayut jurai keturunan Raja Suran yang memiliki hikmat sakti serta keberanian sejati lalu dengan kesegalaannya ini dapatlah Raja Suran mendirikan seagam kerajaan di dasar lautan pertiwi.

Bukankah Melayu itu pemimpinnya telah menonjol bukti laksana Sultan Muhammad Syah yang bijak bestari lantas kerajaan Melayu yang hebat didiri serta memiliki paksi dengan kebijaksanaan Paduka Bendahara Tun Perak yang pintar bestari serta Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang arif mengada-adakan helah muslihat mendepani musuh yang sentiasa berhasad dengki?

Kesegalaan yang bangsa ini miliki adalah bermula dengan wibawa pemimpin yang disegani langsung menjadi urat dan nadi kepada pembinaan empayar dan peradaban yang maha tinggi. Dirgahayu Duli Tuanku, berkat kecekapan pemikiran Raja-Raja Melayu dan sida-sida sebagai pembantu menjadikan peradaban ini sebagai landasan penyatu agar keutuhan kerajaan terus dipacu. Lantas moyang-poyang kita menceritakan dahulu, pada kemuncak kegemilangan Melaka yang dilembayungi dirgahayu, menoleh kebelakang tiadalah mahu merendah hati tetap bersatu dengan Sultan Mansur Syah khalifah disegani ulung sebagai teraju.

Duli Tuanku, penaung kerajaan Melayu, Kala purnama mengambang, telah patik coretkan marsum panjang tanpa segesit perasaan bimbang. Bukankah Melayu itu diajar untuk mudah bertoleransi sesama sendiri? Hal ini jelas apakala patik menyoroti sikap Sultan Muzaffar Syah pada riwayat sejarah yang tersurat. Sebagai penaung yang bijaksana baginda rela berkorban kepentingan diri demi negara bertuah ini. Ingatkah Tuanku pada kisah Tun Kudu yang terceraikan oleh Baginda Sultan Muzaffar Syah saat menikmati manisnya madu hanya kerana mahu dikahwinkan permaisurinya itu dengan Bendahara Seri Nara Diraja Tun Ali yang terbuai dengan kecantikan kekanda Tun Perak itu sepenuh hati?

Adapun, tiada siapa yang akan beroleh untung jika pembesar-pembesar mengait telingkah dan raja sendiri tergamak disanggah kerana berebut sekuntum bunga yang mekar merekah, selain negara sendiri yang kelak akan ditimpa musibah. Adapun toleransi Baginda Sultan Muzaffar Syah ini adalah satu pengorbanan tiada terperi, kerana menggari cinta sendiri demi kemuafakatan negeri di kemudian hari. Namun, tiadalah molek jika sikap sebegini diamalkan sesuka hati, lantaran perkara ini jualah kanun yang sangat dibenci oleh Illahi. Telingkah sesama sendiri hanya menghumban kemasyhuran yang dimiliki ke gaung perpecahan yang dalam di dasar iri. Kelak musababnya hanya menggoyahkan peradaban yang dibina selama ini lalu mudahlah para musuh menyelinap mengkucar-kacirkan negeri dan rakyat di semenanjung bertuah ini. Sesungguhnya, peradaban agung ini tidak dibina dalam sehari sebaliknya diiringi peristiwa meluluh hati selain diperjudikan maruah tradisi juga tumpahnya darah dan air mata ke bumi.

Monday, December 26, 2011

Siapakah Mahasiswa Ini?

MELOYAKAN dan menjijikkan atau lebih tepat sekali mereka ini telah tersasar daripada identiti diri sebagai bangsa Melayu yang penuh dengan adab dan sopan-santun.

Itulah gambaran sebenar gelagat segelintir pelajar yang mengaku bergelar mahasiswa. Mereka mengenalkan diri mereka sebagai 'Solidariti Mahasiswa Malaysia'.

Mereka merasakan diri mereka golongan cerdik pandai. Namun, benarkah seperti yang didakwa mereka? Adakah keputusan peperiksaan mereka yang lalu iaitu SPM mendapat keputusan yang cemerlang?

Jawapannya pasti tidak, jika mereka merupakan pelajar yang cemerlang, sudah pasti sekarang ini mereka menuntut di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan mahupun swasta kerana pelajar cemerlang ini merupakan aset negara yang begitu berharga.

Kumpulan ini perlu sedar diri dan bersyukur. Bagaimana pula keputusan peperiksaan yang bakal mereka peroleh kelak, setelah memegang segulung ijazah. Ijazah kelas ke berapa? Atau sama seperti keputusan SPM yang mereka peroleh iaitu sekadar lulus 'cukup makan' sahaja. Benarlah seperti nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, mahasiswa perlu fokus pada pelajaran kerana itulah matlamat sebenarnya.

Agak mengecewakan dan juga menggelikan hati apabila diamati kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Syukri Abdul Razab (Pengerusi SMM) di YouTube 'tuntutan SMM kepada Perdana Menteri Malaysia' dan 'Isu turun bendera, SMM: Kami buat cara beradab', cara beliau bercakap sama seperti lenggok 'Anwar Ibrahim' sedang berceramah, mungkin Anwar adalah idola Ahmad Syukri.

Beliau bercakap seperti mewakili suara sebuah parti politik ditambah pula dengan kenyataan yang bongkak juga terlalu sombong dari Adam Adli yang merupakan seorang penuntut UPSI yang menegaskan bahawa beliau tidak akan memohon maaf atas tindakan menurunkan bendera termasuklah kepada Perdana Menteri.

Satu siasatan dan tindakan tegas oleh pihak yang berwajib perlu dilakukan dalam kadar segera atas tindakan biadap dan kurang ajar mereka ini.

Adakah mereka ini alat perkakas mana-mana parti politik? Siapakah dalang yang sebenarnya di belakang mereka? Perlukah mereka ini terus belajar di IPTA?

Mereka ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil dan bukanlah mewakili kumpulan majoriti dalam kalangan mahasiswa IPTA seluruh negara. Perlu diingat, walaupun mereka ini merupakan kumpulan yang terlalu kecil tetapi mereka membawa satu virus yang amat bahaya kerana kesannya akan mempengaruhi mahasiswa lain dan akhirnya virus ini akan merebak dalam skala yang lebih besar.

Besar kemungkinan juga kumpulan virus ini mempunyai dana khas yang dibiayai oleh kumpulan tertentu untuk menjayakan agenda jahat lagi tersembunyi.

Kepada semua bangsa Melayu perlu bersama-sama dalam membenteras gejala ini.

Cukupkah kita hanya sekadar melihat tanpa membantu menghentikan budaya songsang ini?

Jangan kita biarkan gejala ini berleluasa cukuplah dengan perpecahan yang telah terhidang di depan mata dalam kalangan orang Melayu angkara fahaman politik masing-masing.

Jangan kita biarkan IPTA yang dibina oleh kerajaan dan hasil usaha perjuangan orang kita terdahulu untuk membantu anak-anak kita menimba ilmu dijadikan gelanggang politik yang bakal menimbulkan perpecahan dalam kalangan pelajar dan akhirnya anak-anak kita terkebelakang dari segi pencapaian akademiknya daripada bangsa lain bak kata perpatah 'yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran'

Oleh : Jamal Lulkhir Jaludin
          Pasir Salak
Lihat juga....Pejuang Revolusi Atau Hanya Alat

Saturday, December 24, 2011

Gangguan Seksual Dan Makan Pisang...!

APAKAH takrif gangguan seksual? Apakah ia merangkumi aspek fizikal semata-mata? Andai itulah yang disangka, hakikatnya takrifan itu sudah tersasar. Ini disebabkan aspek lisan, komen, jelingan, menjilat bibir, memakan dengan cara menggoda, termasuk makan pisang yang membawa unsur seksual saja sudah cukup menepati definisi gangguan seksual.

Tingkah laku mengurat dan sudah cukup menepati definisi gangguan seksual. Tidak ketinggalan, gangguan visual pula seperti merakam gambar atau video, menjadi aliran kepada pasangan bercinta dengan mengambil gambar pasangan dalam keadaan tidak sepatutnya turut menjadi gangguan apabila imej itu dijadikan ‘senjata’ mengugut atau disebarkan kepada pihak ketiga.

Malah, 90 peratus kes gangguan seksual babitkan mereka berusia 18 tahun ke atas.

Kenali ciri-ciri gangguan seksual dan cabaran pihak berkuasa mendakwa pelaku gangguan ini...

Padah cakap lucah, raba
MENANGANI masalah gangguan seksual dan mensabitkan pelaku ke muka pengadilan sehingga dijatuhi hukuman setimpal menjadi cabaran terbesar dihadapi pihak berkuasa berikutan pelbagai kekangan sepanjang siasatan, mengumpul bukti dan kesediaan pelaku mendedahkan kes.

Lebih sukar lagi, jika mangsa sendiri tidak pasti sama ada dirinya menjadi mangsa. Ada ketikanya pula, keterangan diberikan sering saja tidak konsisten dan berubah-ubah sehingga boleh menjejaskan siasatan serta menyukarkan pendakwaan.
Supritenden Ong Chin Lan dari Jabatan Siasatan Keganasan, Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan Rumah Tangga, berkata mangsa sukar untuk memberikan keterangan yang jelas kerana berasa malu atau segan, selain berada dalam keadaan trauma dan enggan bercakap.

Keadaan itu, akhirnya, boleh mengganggu siasatan dan tidak dapat diteruskan, lantaran pelaku pula terus bebas walaupun melakukan kesalahan, akibat kurang bukti.

“Masalah dalam siasatan yang menyukarkan polis mendapat keterangan dan bukti antara sebab kes gangguan seksual tidak dapat dibuat pendakwaan. Selain itu polis juga menghadapi masalah memanggil saksi kerana ada yang enggan memberi kerjasama. Ketiadaan saksi, pendakwaan tidak begitu kukuh,” katanya.

Ong berkata, gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu lisan, bukan lisan atau isyarat, gangguan fizikal dan visual. Bagi bentuk lisan ia boleh merangkumi kata-kata, komen, gurauan, lisan bunyi dan juga soalan yang berbentuk ancaman atau pun cadangan seksual manakala; gangguan bukan lisan adalah seperti pandangan, jelingan, menjilat bibir, memakan atau makan dengan cara menggoda, isyarat tangan dan tingkah laku mengurat.

“Makan pisang yang membawa unsur bermaksud seksual boleh dianggap gangguan seksual. Begitu juga jika ada lelaki memuji seorang wanita yang memakai pakaian seksi, bukan niatnya memuji cantik tetapi dengan maksud menjurus seksual.

Jika kedua-dua perbuatan itu tidak disenangi dan mengaibkan kehormatan serta menjatuhkan maruah, mangsa perlu nyatakan pendirian kepada pelaku dan boleh buat laporan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja, Peranan Polis Diraja Malaysia Dalam Mengekalkan Keselamatan dan Persekitaran Kehidupan Kondusif Untuk Orang Awam pada Seminar Gangguan Seksual & Produktiviti; Peranan Anda Sebagai Individu, Organisasi dan Komuniti anjuran BG Capital Holdings Sdn Bhd & Berani Guard Sdn Bhd di Konvensyen Shah Alam (SACC) di Shah Alam, baru-baru ini.

Ong berkata, gangguan visual pula seperti merakam gambar atau video, menjadi aliran kepada pasangan bercinta dengan mengambil gambar pasangan dalam keadaan tidak sepatutnya.

Pada awalnya gambar itu diambil ketika masing-masing suka sama suka, tetapi masalahnya apabila bergaduh gambar imej itu digunakan untuk mengugut dan mungkin disebarkan kepada orang lain.

Menjelas lanjut, katanya, gangguan fizikal merangkumi sentuhan tidak diingini, mencubit, memeluk dan sebagainya, justeru jika sesiapa yang tidak suka dengan perbuatan seumpama itu haruslah tegas menyatakan pendirian dan jangan biarkan ia berterusan.

“Pelaku perlu ingat, sentuhan mudah itu bukan ‘murah’ kerana ia boleh menyebabkan kekesalan sepanjang kehidupannya. Gangguan seksual dilihat sebagai satu kesalahan jenayah dan pelaku boleh didakwa, didenda dan dipenjara. Tiga peruntukan berhubung kesalahan gangguan seksual meliputi, Kanun Keseksaan ialah seksyen 509 Kanun Keseksaan, seksyen 354 Kanun Keseksaan dan seksyen 355 Kanun Keseksaan,” katanya turut percaya kebanyakan kes gangguan seksual tidak dilaporkan.

Ong memberitahu, 90 peratus kes gangguan seksual membabitkan individu berusia 18 tahun ke atas.

Gangguan seksual, antaranya pelaku sememangnya mencari sasaran, mangsa kurang berhati-hati, mangsa tidak tahu haknya, mangsa kurang matang dalam pemikiran dan kurang pengetahuan.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, Ong menasihatkan setiap individu supaya tingkatkan kepekaan dengan menjaga keselamatan diri dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.

Sementara itu, Pegawai Psikologi Jabatan Pembangunan Kementerian, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Fenny Yap Lai Keng, yang membincangkan tajuk, “Polisi Kebangsaan Wanita - Memahami Peranan dan Inisiatif Kementerian Dalam Membasmi Isu Gangguan Seksual dan Keganasan Wanita”, berkata bagi meningkatkan kualiti kehidupan wanita, antara matlamat utama kementerian ialah menjadi titik fokus dalam mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang sebagai asas untuk pembentukan ke arah negara maju.

“Misi kementerian ialah untuk mengintegrasikan wanita dan masyarakat dalam arus perdana, proses pembangunan negara dan memperkukuhkan institusi keluarga ke arah meningkatkan kesejahteraan sosial.
   
“Oleh itu, segala bentuk keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita cuba ditangani kerana ia boleh merencatkan misi ingin dicapai. Bagi memastikan misi tercapai strategi turut dirangka antaranya ialah merumus, melaksana dan memantau hal berkaitan golongan itu,” katanya.

Tambahnya lagi, setiap tahun kementerian mengadakan pelbagai program di setiap negeri seperti kempen dan seminar bertujuan menyampaikan maklumat serta pengetahuan kepada semua wanita.

Selain itu, kementerian juga menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan kepada wanita seperti khidmat nasihat dan kaunseling serta menyediakan pusat perlindungan kepada mangsa yang memerlukan bantuan seumpama itu.

“Wanita berusia 18 hingga 40 tahun amat digalakkan membabitkan diri secara langsung dengan program yang kementerian adakan. Pembabitan mereka penting bagi meningkatkan keprihatinan dan pengetahuan mengenai hak mereka dan cara untuk membasmi keganasan terhadap wanita. Malah, talian hotline Nur 15999 juga diperkenalkan bagi membolehkan sesiapa saja membuat aduan,” katanya.

INFO:
Antara cabaran menangani kes gangguan seksual:

Masalah Dalam Siasatan
* Memanggil saksi
* Rakam percakapan
* Geledah
* Tangkapan
* Percakapan suspek
* Tuduh/dakwa

Memanggil saksi
* Enggan beri kerjasama (membabitkan ahli keluarga/kenalan)
* Ketiadaan saksi
* Sikap tidak mahu jaga tepi kain
* Enggan buat pengecaman

Rakam percakapan mangsa
* Segan / malu
* Masih dalam keadaan trauma
* Enggan bercakap
* Tidak konsisten
* Cacat / terencat akal
* Tutur kata tidak boleh difahami (terlalu muda)
* Terlalu ringkas

Saksi
* Geledah (barang kes)
* Kejadian sudah lama berlaku
* Bahan bukti sudah hilang
* Kurang menggunakan bantuan teknik

Oleh : Nor Affizar Ibrahim

Friday, December 23, 2011

Pemimpin PAS Ketepi Akar Umbi

PERANG politik antara beberapa pemimpin PAS terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Isa yang dikatakan tidak sehaluan dengan dasar baru parti PAS iaitu ketepikan negara Islam sebaliknya daulatkan negara kebajikan.

Saya masih ingat sewaktu era dasar Negara Islam PAS ketika zaman sekolah menengah dan universiti dulu. Penceramah PAS amat lantang mengutuk UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC. Malah mereka dianggap sebagai kafir.

Sehinggalah keluar fatwa politik Haji Hadi yang menyebabkan umat Islam memandang rendah terhadap keIslaman orang UMNO. Kini, dasar baru PAS terbalik. Negara Islam diketepikan. Negara kebajikan pula disanjung dan dipuja. Amat pelik kenapa negara Islam diketepikan oleh PAS. Saya berpendapat, pemimpin PAS sekarang tidak mempunyai ilmu dan kepakaran mendirikan negara Islam. Itulah sebabnya mereka dengan sewenangnya buang negara Islam.

Pada pendapat saya, PAS kini memilih negara berkebajikan ialah bukan kerana pemimpin PAS berilmu dan mahir dengan kebajikan sebaliknya dasar ini satu cubaan menipu rakyat khususnya kaum bukan Melayu. Saya katakan demikian kerana sasaran mereka untuk meraih undi semata-mata.

Samalah seperti mereka memperkenalkan negara Islam dulu. Pengundi Kelantan amat tertarik. Setelah menang satu hukum hudud pun di Kelantan tak mampu mereka laksanakan. Sebaliknya menyalahkan pula orang lain akibat kedayusan diri mereka sendiri.

Saya berpendapat, apa yang berlaku di dalam PAS sekarang ialah akibat pemimpin mereka membelakangkan kehendak akar umbi. Akar umbi PAS masih mahu negara Islam. Akar umbi juga tidak diberi peluang menyatakan sokongan terhadap kerjasama PAS dengan DAP dan PKR selama ini. Malah setahu saya, PAS tidak pernah bermuzakarah dengan seluruh ahli akar umbinya tentang kebaikan dan keburukan bekerjasama dengan DAP dan PKR.

Semua maklum bahawa DAP adalah pelampau Cina yang tegas dengan perkauman mereka sehinggakan mayat mereka dijadikan taruhan. Manakala PKR pula lebih condong membela Anwar Ibrahim. Sebab itulah pendapat akar umbi PAS wajar diambil kira.

PAS sewajarnya mengadakan referendum atau pungutan suara seluruh ahlinya. Adakah mereka bersetuju PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR ataupun tidak.

Saya yakin, perlembagaan PAS sendiri sudah tidak lagi dihormati oleh pemimpin baru PAS. Sebelum bercakap negara kebajikan, PAS wajar meminda perlembagaan tubuh mereka terlebih dulu.

Oleh : Cheredza BN
          Sik, Kedah.

Melayu Ramai Homoseksual?

KOTA BHARU 22 Dis. – Semakin ramai golongan muda lelaki Melayu dikesan menjadi pengamal homoseksual sekalipun mengetahui perkara itu ditegah agama dan mendedahkan mereka kepada jangkitan virus HIV.

Presiden Majlis AIDS Malaysia, Tan Sri Mohd. Zaman Khan berkata, penularan seks luar tabii semakin serius dan tidak tertumpu kepada negeri-negeri di pantai Barat sahaja tetapi berlaku di negeri-negeri lain termasuk Kelantan.

Beliau menambah, jika dahulu pengamalnya melakukannya secara sembunyi tetapi kini mereka semakin berani menonjolkan diri sehingga menubuhkan kelab-kelab gay.

Perkara itu ujarnya, sangat membimbangkan lebih-lebih lagi trend jangkitan HIV dan AIDS dalam negara telah berubah daripada jangkitan akibat perkongsian jarum suntikan kepada transmisi aktiviti seks tidak selamat.

“Pada tahun 2010, jangkitan melalui hubungan seks secara heteroseksual, homoseksual dan biseksual mencatatkan jumlah 48.7 peratus melebihi jangkitan melalui penggunaan dadah suntikan iaitu 47.7 peratus.

“Nisbah jangkitan baru HIV di kalangan wanita juga telah naik tiga kali ganda apabila ia meningkat daripada 1.2 peratus pada 1990 menjadi 9.4 peratus pada 2000 dan 18.3 peratus pada 2010.

“Namun kita dapati, selain bilangan semakin meningkat di kalangan wanita yang menjadi isteri dan pasangan kepada penghidap HIV, golongan lelaki yang mengadakan hubungan seks sesama lelaki juga semakin ramai terdedah kepada epidemik ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Wanita Menangani HIV dan AIDS peringkat negeri di sini hari ini.

Mohd. Zaman berkata, pada tahun lalu sahaja, sebanyak 3,652 kes baru jangkitan HIV telah dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 91,362 penghidap, sejak virus ini mula dilaporkan di negara ini pada 1986.

Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 16,532 orang telah ‘naik’ ke peringkat fasa AIDS di mana 14,298 orang daripada mereka meninggal dunia akibat kurang daya tahan kepada pelbagai jenis penyakit termasuk demam selesema.

Beliau berkata, pergaulan dan pengaruh rakan serta sokongan padu dari kelab mereka menjadi punca utama budaya songsang ini merebak dan menyebabkan golongan ini semakin berani mengamalkan cara hidup sedemikian.

Beliau tidak menolak penularan gaya hidup songsang itu dipercayai kesan daripada tindakan pihak-pihak tertentu yang giat memperjuangkan amalan berkenaan atas nama hak asasi dan kebebasan.

“Kita lihat kes pemuda Melayu yang berkahwin dengan pasangan gay di Dublin, Ireland baru-baru ini dengan lengkap bertanjak dan berbaju Melayu. Apa maknanya ini? Bagi saya ini sengaja hendak memalukan bangsa Melayu sahaja,” katanya

Sumber : utusan malaysia

Thursday, December 22, 2011

Empat Rangsangan Bakal Digilai Wanita

TAK sukar untuk mengetahui prestasi seks yang akan membuat isteri terangsang.Kalau anda tahu kuncinya, siri bercinta selanjutnya akan semakin menyenangkan.

Ini, empat rangsangan yang bakal disukai isteri…..

Menggigit leher
Kulit dari bawah telinga hingga tulang selangka telinga tergolong sensitif terhadap sentuhan. Mulakan menyentuhnya menggunakan lidah anda. Lalu, bergeraklah lebih agresif dengan membuat gigitan di bahagian bawah leher.

Menyentuh klitoris
Sebahagian besar wanita tidak boleh mencapai orgasme tanpa stimulasi pada klitoris. Kerana, ketika melakukan penetrasi, usahakan untuk mampu meraih bahagian ini.

Anda mungkin perlu membenarkan kedudukan hingga tangan anda mampu menyentuhnya. Soal teknik, masing-masing wanita punya selera yang berbeza.

Mulakan menggosok dengan perlahan dan lembut, lalu berlanjut pada tekanan yang lebih keras dan cepat. Erangannya akan memberitahu anda apakah yang anda lakukan sudah tepat.

Menciumnya saat penetrasi
Kebanyakan orang justeru berhenti mencium saat penetrasi. Itu adalah langkah yang buruk. Mencium boleh membuat hubungan seks terasa lebih intim bagi wanita.

Pilih kedudukan yang membolehkan anda berdua bertatap muka, atau membiarkan dia duduk di pangkuan anda. Berilah ciuman sesuai ritme penetrasi anda. Buatlah ciuman yang dalam dan tegas apabila anda akan meraih klimaks. Lalu berikan ciuman yang lebih ghairah saat ritme penetrasi perlahan dilakukan.

Menjadi lebih agresif
Perkara pertama yang diingini wanita dari anda adalah menjadi lebih agresif diranjang. Itu ertinya, ia bersetuju aksi erotis yang lebih gila. Jangan ragu-ragu untuk membuat gerakan yang menunjukkan dominasi anda terhadapnya.

Anonymous

Wednesday, December 21, 2011

Malbatt 4 Urus Kem Itali

BATALION Malaysia (Malbatt 4) di Lubnan bakal mengambilalih kawasan di bawah tanggungjawab Itali apabila pasukan negara itu menamatkan khidmat dengan UNIFIL.

Lebih membanggakan, kerajaan Itali secara khusus menamakan Malbatt 4 sebagai pasukan yang layak diberi tanggungjawab mengambilalih operasi di sektor tanggungjawab mereka iaitu Marakah seluas 64 kilometer persegi.

Selain itu Malbatt 4 juga telah diberikan kepercayaan oleh kerajaan Itali untuk menduduki Kem Marakah (UMP 2-1) yang telah dibina dengan kos empat juta euro.

Kepercayaan kerajaan Itali itu merupakan antara beberapa siri pengiktirafan daripada masyarakat antarabangsa ke atas kontinjen Malaysia yang berkhidmat di bumi Lubnan itu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Ketua Misi dan Komander Medan UNIFIL, Mej. Jen. Alberto Asarta Cuevas dalam lawatannya ke markas Malbatt 4 di Tibnin baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, kontinjen Malbatt 4 telah dipilih oleh kerajaan Itali sebagai pasukan pengaman yang akan mengambilalih kawasan sektor tanggungjawab negara itu.

"Ini merupakan pasukan pengaman negara asing pertama yang diberikan kepercayaan oleh kerajaan Itali untuk menjaga kepentingan kem mereka dan juga mengambilalih sektor tanggungjawab yang pernah dikuasai oleh mereka," kata Cuevas.

Beliau yakin kepercayaan diberikan kepada Malbatt 4 berbanding pasukan disebabkan keupayaan dan prestasi tugas yang telah dilaksanakan Malbatt 4 yang sering dipandang tinggi oleh pasukan pengaman Itali.

Lawatan Cuevas ke markas Malbatt 4 itu adalah yang pertama sejak pasukan itu mengambilalih tugas daripada Malbatt 3, Oktober lalu.

Pada lawatan itu, beliau jelas amat tertarik dan berpuas hati dengan semua perlaksanaan tugas operasi UNIFIL yang telah dilaksanakan oleh Malbatt 4 di kawasan sektor tanggungjawab mereka.

Pada lawatan itu Cuevas telah diberikan taklimat, melawat kawasan kem dan juga penerangan mengenai kenderaan dan peralatan yang dimiliki Malbatt 4 pada misi kali ini.

Di sepanjang tempoh lawatan, beliau telah menyatakan rasa bangga dan berpuas hati dengan setiap aktiviti dan perancangan operasi yang telah dilaksanakan serta pencapaian yang dicapai oleh Malbatt 4 dalam tempoh yang singkat iaitu sejak 20 Oktober lalu.

Sebaik selesai lawatan yang dilaksanakan, beliau turut mengakui Malbatt 4 adalah sebuah kontinjen yang cukup hebat dan patut diakui kehebatannya oleh negara lain.

Beliau secara jujur mengakui, keupayaan pasukan MALBATT4 melaksanakan tugas dengan cemerlang disebabkan oleh mutu kepimpinan, latihan yang jitu dan komitmen yang tinggi oleh semua anggota kontinjen.

Mengulas tentang kepercayaan dan pemilihan menduduki Kem Marakah, Komander MALBATT 4, Kol Badrul Hisham Mohamed berkata, semua itu hasil daripada persembahan dan komitmen pasukan MALBATT 4 dalam perlaksanaan tugas di dalam sektor tanggungjawab di mana ia sering mendapat perhatian oleh pihak atasan UNIFIL.

Sementara itu, Timbalan Komander MALBATT 4 iaitu Lt. Kol. E.D. Mustafa Bakar pula menjelaskan semua kepercayaan dan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Itali itu merupakan pengiktirafan yang besar kepada pasukan MALBATT 4 khasnya dan Angkatan Tentera amnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Tuesday, December 20, 2011

Adegan Ranjang Penting?

MINGGU lepas Siti ada tulis fasal adegan ranjang. Siti menganggap adegan ini hanya dibuat oleh pengarah yang malas untuk menyampaikan maksud adegan itu dengan cara lain.

Minggu ini ( klik disini ) pengarah filem Ombak Rindu, Osman Ali kata, adegan ranjang dalam filem itu penting untuk mengekalkan keaslian cerita yang diadaptasi dari novel. Maknanya nak tak nak kena buat juga. Macam orang terjatuh dalam sungai, nak tak nak kena kuak juga, kalau tidak lemas. Begitulah pentingnya adegan ranjang dalam Ombak Rindu.

Siti bukan pengarah filem, bukan penulis skrip jauh sekali penulis novel. Tapi Siti fikir seseorang yang berkarya mesti kenal dirinya dan tahu lingkungannya. Lingkungan bermakna sosiobudaya masyarakatnya. Tapi yang penting kena kenal diri. Kalau tak kenal diri, kita akan tiru orang lain.

Kalau pengarah Hollywood yang membuat adegan ranjang, orang tak kisah pun. Sebab orang tahu itu adalah budaya fikir pengarah Hollywood. Tapi bila Osman Ali buat, orang kisah sebab dia orang kita. Orang kita tak macam Hollywood.

Tapi kekangan itu bukan bermakna kita jumud, kolot, konservatif dan macam-macam lagi yang membawa maksud tidak moden. Tak moden mana pun kalau setakat kreatif nak buat adegan ranjang.
Ada orang kata, dunia filem kita telah diresapi oleh pengaruh sekular dan liberal kononnya untuk maju macam filem Hollywood. Siti tidak pasti tapi itulah keluh kesah yang kedengaran di sana sini. Cuma Siti lihat macam ada agenda terancang. Mula-mula perjuangkan hak asasi manusia (kononnya), lepas itu perjuangkan seks bebas, perjuangkan perkahwinan sejenis dan sekarang filem kita pun dengan selamba buat adegan ranjang. Adakah semua ini ada kaitan antara satu dengan lain? Oleh : Siti Jarum

Monday, December 19, 2011

Pas Dan Perjuangan Islam

TERNYATA isu kenyataan Datuk Dr. Hasan Ali berhubung tindakan untuk terus memperjuangkan kepentingan Melayu dan mempertahankan Islam biar pun digugurkan sebagai calon Pas dalam pilihan raya umum nanti tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti itu.

Mereka melihat tindakan Hasan telah menimbulkan gejolak baru dalam Pas kerana selama ini biar pun sudah menukar haluan perjuangannya daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan namun Pas tetap menyatakan mereka memperjuangkan Islam.

Keadaan itu sedikit sebanyak mewujudkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong Pas sendiri berhubung hala tuju parti berkenaan.

Dari satu segi Pas mendakwa, matlamat mereka kini ialah mewujudkan negara berkebajikan dan salah satu segi lain pula pemimpin mereka melenting apabila dikatakan tidak lagi memperjuangkan Islam.

Tetapi yang anehnya, Pas sendiri sudah mencapai kata sepakat untuk tidak lagi memperkatakan soal negara Islam bagi menghormati kesepakatan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Cuba kita teliti apa yang termaktub di dalam Perlembagaan Pas, khususnya dalam sebahagian yang tertulis pada Fasal 5 dan Fasal 6.

Fasal 5 menyatakan: Tujuan Pas ialah:
(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

(2) Memperjuangkan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6: Usaha-usaha:
(1) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah SAW melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

(2) Memperjuangkan lslam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah lslamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang- orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup lslam.

Soalnya, apakah Pas sekarang berada di landasan seperti mana dinyatakan dalam perlembagaannya itu?

Kita tidak mahu membuat kesimpulan apa- apa tetapi apa yang jelas di peringkat akar umbi perdebatan mengenai hala tuju Pas semakin banyak diperbincangkan di kalangan ahli dan penyokongnya.

Mereka seolah-olah tidak mempunyai jawapan pada soalan mengenai perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Kesepakatan politik dengan PKR dan DAP telah memungkinkan soal perjuangan Islam semakin reda dalam kamus politik Pas.

Atas sebab itulah ketika mengulas perkara ini, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin secara terbuka menyatakan bahawa Pas telah meninggalkan perjuangan Islam sebaik sahaja parti itu bersahabat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Mungkin atas persahabatan itu jugalah pemimpin-pemimpin Pas tidak berpuas hati dengan Hasan, biar pun beliau mengatakan sesuatu yang benar.

''Pas lebih mementingkan nilai keduniaan iaitu kemenangan pada pilihan raya daripada meneruskan agenda perjuangan Islam sedangkan inilah perjuangan yang sepatutnya mereka utamakan.

''Akhirnya pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam seperti Dr. Hasan Ali akan diketepikan kerana tidak selari dengan perjuangan Pas walaupun apa yang dilakukan oleh Exco Selangor itu adalah perjuangan asal Pas,'' kata Mohamed Hafiz.

Sebab itulah Pas dikatakan 'pening kepala' berhadapan dengan isu Hasan, ini kerana mereka merasa 'terperangkap' akibat mainan politik sendiri.

Percaturan politik yang dilakukan oleh Pas kini meletakkan parti itu dalam situasi akan terjerumus dalam perangkap 'yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran', 'menang sorak prinsip tergadai'.

Keadaan itu berlaku kerana Pas bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada orang Melayu atas pagar yang melihat parti tersebut hanya menjadi alat politik kepada PKR dan DAP tetapi juga di kalangan sesetengah penyokong mereka sendiri.

Ia disebabkan di kalangan penyokong Pas, mereka merasakan tiada apa-apa keuntungan jika mengundi parti berkenaan dalam pilihan raya kerana akhirnya yang untung ialah PKR dan DAP.

Justeru adalah lebih baik jika pilihan raya umum akan datang, ia dijadikan medan bagi mereka memberi isyarat kepada kepimpinan Pas untuk kembali kepada perjuangan asal dan bukan terlalu mengejar kuasa politik bersama sekutunya.

Sebab itulah, kerjasama Pas dengan PKR dan DAP tidak menguntungkan parti tersebut, sebaliknya mereka hanya berasa 'bertuah' kerana dapat sepentas memaki hamun kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO sahaja tetapi dari sudut kuasa politik percayalah Pas tidak akan ke mana.

Pas hanya dibawa bekerjasama dengan PKR dan DAP demi untuk menumbangkan BN, itu sahaja matlamatnya.

Kalau mereka benar-benar menghormati Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sudah pasti mereka akan mencari jalan supaya Pas tidak harus dipaksa mengorbankan perjuangan Islamnya.

Tetapi itu tidak berlaku, sebaliknya PKR dan DAP secara tersurat dan tersirat sering 'menghalang' Pas untuk meneruskan perjuangan berkenaan.

Dalam keadaan Pas begitu percaya bahawa mereka tidak akan dianiaya apatah lagi menjadi mangsa manipulasi politik PKR dan DAP, tanpa disedari ia sudah pun berlaku.

Sebab itulah Mohamed Hafiz mengingatkan, selagi Pas tidak keluar daripada pakatan pembangkang selagi itu parti tersebut akan gagal dalam agendanya memperjuangkan Islam.

Oleh itu, untuk kesimpulannya dalam soal kita memperkatakan mengenai hala tuju perjuangan Pas berikutan keghairahannya memburu kuasa politik bersama PKR dan DAP, cuba renungi lirik lagu tema Pas, apakah ia masih sesuai jika dibandingkan dengan apa yang berlaku kepada parti itu sekarang:

Antara lain lirik berkenaan berbunyi: Berjuanglah wahai Ansorullah, Dengan matlamat daulah islamiah, Berkorbanlah wahai yang beriman, Dengan harta dan segenap kepunyaan.

Bergeraklah ke gerbang jasa, Kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat di hati,
Hingga nyata benarnya janji Rabbi.

Dan dalam soal ini, Mohamed Hafiz secara tegas menyatakan, ''Saya yakin dan cukup percaya Pas sedar yang mereka tidak akan berjaya menegakkan syiar Islam walaupun pakatan pembangkang menang pada pilihan raya. Realitinya PKR dan DAP tidak mahu syiar Islam ditegakkan,'' ujarnya.

Sama ada kenyataan Mohamed Hafiz betul atau tidak terserahlah kepada kita untuk memikirkannya yang pasti ramai yang mendoakan agar lebih ramai lagi pejuang seperti Hasan Ali akan muncul bagi menyedarkan Pas.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Sunday, December 18, 2011

Asabiahkah Mencintai Bangsaku?

BAPA saya namanya Mat Jahya bin Hussin. Ibu saya Naimah binti Jaafar. Jelas Melayu kedua-duanya. Sementara itu walaupun saya dinamakan sempena sebuah kitab agung karya Al Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) iaitu Fathul Bari Syarh Shahih al-Bukhari, kemudian saya telah menyambung pengajian di Madinah dan kemudian ke Jordan; saya berguru dengan puluhan ulama Islam, sering mengenakan jubah, berjanggut, memakai kopiah, membaca kitab-kitab tulisan Arab dan boleh berbahasa Arab; itu tidak menjadikan saya sebagai Bangsa Islam. Malah wujudkah istilah Bangsa Islam?

Fathul Bari Bin Mat Jahya tetap Melayu walaupun saya melakukan pembedahan plastik!

Lantas apakah perasaan saya untuk mencintai bangsa saya, upaya membantu bangsa ini agar maju dan berjaya, menyedarkan kaum saya yang terlupa, mempertahankan hak mereka sebagai empunya tanah pusaka; segala usaha saya ini dikatakan sebagai asabiah?

Sekiranya apa yang saya usahakan ini dikatakan haram dan berdosa, bawakanlah dalilnya. Persoalan yang ingin ditanya adalah: Apakah mencintai bangsa sendiri itu haram? Apakah berusaha untuk memajukan bangsa sendiri itu keji? Apakah mempertahankan harta pusaka bangsa sendiri itu sebuah dosa?

Kalam Allah atau hadis mana yang dijadikan sandaran untuk mengharamkan perbuatan ini? Atau orang yang mengharamkannya hanya sekadar membawa ayat al-Quran secara umum tetapi dipusingkan maknanya agar bersesuaian dengan selera mereka?

Sekiranya semua itu haram, kenapakah Allah SWT mewujudkan kita dalam rupa dan warna yang berbeza sehingga menamakan sahabat Nabi SAW sebagai Muhajirin dan Ansar di dalam al Quran? Juga sehingga Rasulullah sering menyandarkan nama bangsa kepada para sahabatnya.

Rasulullah SAW bersabda: "Suku Quraisy, Suku Ansar, Muzainah, Juhainah, Aslam, Ghifar dan Asyja'; mereka ialah para penolongku dan tidak ada seorang penolong pun bagi mereka selain Allah dan Rasul-Nya". (riwayat Muslim).

Ironinya para sahabat tidaklah memandang panggilan suku itu sebagai asabiah seperti yang kita fahami hari ini. Makanya apakah kita lebih alim daripada sahabat, dan apakah kita lebih mulia daripada Rasulullah SAW untuk mengelak mencintai suku sendiri?

Rasulullah SAW mencintai Bani Hasyim. Bahkan Rasulullah sendiri berbangga dan mencintai sukunya.

Dalam sebuah hadis sahih, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Ismail iaitu suku Kinanah dan daripada Bani Kinanah, iaitu suku Quraisy, daripada suku Quraisy, terpilih Bani Hasyim. Dan Allah memilihku daripada Bani Hasyim" (riwayat Muslim).

Apakah Rasulullah SAW asabiah? Lantas Rasulullah menyuruh umat Islam untuk mencintai Bani Hasyim dan Ahlul Bait dengan berkata: "Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, mereka tidak beriman sehingga mereka mencintai kalian (Bani Hasyim) kerana Allah dan kerana mereka itu (Bani Hasyim) ialah kaum kerabatku."

Apa yang saya tuturkan di atas adalah kecintaan Rasulullah SAW kepada sukunya dan perintah beliau untuk mencintai Ahlul Bait yang beriman. Namun hadis yang akan saya nukilkan di bawah, sekali pandang seperti Rasulullah SAW seorang "rasis". Baginda seperti merendahkan martabat Bangsa Habsyah dalam hadis mentaati pemimpin:

"Dengar dan taatilah, walaupun yang menjadi pemimpin kamu adalah hamba berbangsa Habsyi..." (riwayat al-Bukhari).

Kalau mengikut pemahaman umum yang selalu digembar-gemburkan maka kita akan berkata bahawa Rasulullah SAW melakukan asabiah kerana mengagungkan Bani Hasyim dan menghinakan Bangsa Habsyah!

Namun apakah benar pemahaman seperti ini? Pasti pemahaman seperti ini adalah batil kerana kita - Muslim - beriman bahawa manusia yang paling adil ialah Rasulullah SAW. Rasulullah adil kepada Bani Hasyim dan adil kepada Bangsa Habsyah.

Makna Asabiah
Lanjutan daripada itu, apakah makna sebenar asabiah jika mencintai bangsa sendiri, menolong memajukan bangsa sendiri, mempertahankan hak bangsa sebagai waris tanah pusaka; dihitung sebagai hal yang dibolehkan?

Jawapannya telah Rasulullah SAW rungkaikan ketika seorang sahabat bertanya soalan yang hampir serupa. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: "Adakah termasuk perbuatan asabiah apabila seseorang itu mencintai bangsanya? Rasulullah menjawab: Tidak, tetapi asabiah itu ialah orang yang menyokong (menolong) kaumnya melakukan kezaliman". (riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Fahamlah kita bahawa dikatakan asabiah adalah apabila kita bersekongkol dalam melakukan kejahatan yang dilakukan oleh kaum kita. Kita membela mereka ketika kita mengetahui kaum kita melakukan penindasan. Juga kita mendiamkan atau enggan menjadi saksi ketika kaum kita diadili dan didakwa atas sesuatu kesalahan. Inilah asabiah yang sebenarnya.

Kerana bagi siapa yang cerdik dan bijak, pasti mereka mengetahui bahawa bangsa Arab yang menghuni di dunia pada tahun kenabian sangatlah mencintai bangsanya dan sangat kuat ikatan kesukuan. Malah para ilmuan sosiologi dan antropologi akan mendapati bahawa mereka saling membantu untuk memajukan bangsa mereka.

Hal ini cukuplah kita nyatakan bahawa Uthman r.a. melantik para pembesarnya daripada Bani Umayyah sehinggakan kaum Khawarij dan kaum sesat menghina malah menggerakkan massa agar membunuh beliau atas fitnah kononnya melakukan nepotisme.

Malah Uthman r.a. dikatakan melakukan korupsi apabila memberikan khumus (1/5 harta rampasan perang) kepada Abdullah Bin Sa'ad Bin Abu Sarah, Mirwan bin Al Hakkam dan Al Harits Bin Al Hakam yang merupakan Bani Umayyah dan saudara beliau.

Namun Uthman r.a. terlalu jauh daripada tuduhan keji tersebut. Murrah bin Ka'ab ra berkata:" Aku mendengar daripada Rasulullah SAW ketika baginda menyebut tentang fitnah yang akan terjadi di tengah-tengah umat Islam.

Pada ketika menyebut tentang fitnah ini, berlalu seorang lelaki yang bertutup kepalanya dengan kain. Baginda lantas bersabda: "Pada hari tersebut orang ini berada di atas petunjuk" … sambil menunjuk ke arah lelaki yang bertutup itu. (Murrah menyambung) Maka aku pergi kepada lelaki bertutup itu, ternyata beliau ialah 'Uthman bin 'Affan. Kemudian ketika wajah 'Uthman aku perlihatkan kepada Rasulullah, aku bertanya: "Orang inikah anda maksudkan?" Rasulullah SAW menjawab: "Ya." (riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

Cuba kita fikirkan, sekiranya menantu Rasulullah SAW yang dijamin syurga juga dituduh asabiah, nepotisme dan korupsi kerana melantik beberapa pembesar yang berkebolehan daripada Bani Umayah, pasti usaha kerajaan untuk membangunkan bangsa Melayu dan mempertahankan hak mereka akan dikatakan sebagai "kerja dosa".

Wallahua'lam.

Pas Lemah Kerana Tindakan Sendiri

KITA tidak perlu terkejut atau merasa kecewa apabila sekali lagi nama UMNO dikaitkan berikutan berlaku pergolakan dalam Pas.

Ia memandangkan begitulah sikap pemimpin-pemimpin Pas, mereka sentiasa melihat UMNO sahaja yang sentiasa berusaha melemahkan mereka.

Sebenarnya, Pas tidak sedar selama ini, parti itu lemah bukan kerana UMNO tetapi akibat tindakan mereka sendiri yang terlalu menjaga hubungan politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Begitulah juga dalam isu melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali yang kini hangat diperkatakan. UMNO tidak semena-mena dikaitkan apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengatakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terperangkap dengan agenda UMNO untuk melemahkan Pas.

Soalnya, apa kaitan UMNO dalam isu Hasan? Siapa sebenarnya yang membuat kenyataan bahawa Hasan digugurkan daripada menjadi calon Pas dalam pilihan raya umum nanti? Pemimpin Pas atau pemimpin UMNO?

Kenapa pula UMNO hendak menentukan nasib Hasan? Beliau bukannya wakil rakyat UMNO tetapi wakil rakyat Pas?

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nasharudin amalan politik 'pelik' yang berlaku dalam Pas, apabila UMNO diseret bersama bagi menutupi pergolakan dalam Pas.

Sebenarnya kepimpinan Pas semakin resah apabila tidak mampu membendung isu pengguguran Hasan kerana ia mula menjadi topik yang paling merimaskan penyokong-penyokong Pas.

Mereka tertanya-tanya kenapakah seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan kepentingan orang Melayu mahu 'disingkirkan' hanya semata-mata beliau lantang dalam isu berkenaan.

''Ana nak sampaikan pesan ahli di peringkat bawah, Hasan Ali ini bukan kecil anak. Di kalangan ahli Pas pun masih ramai yang sayangkan dia.... Pada ana bukan soal Hasan Ali rapat dengan UMNO atau tidak. Kalau UMNO yang lebih menghormati dia, apakah kita masih mahu salahkan Hasan Ali? Beliau pun manusia biasa.''

Demikian luahan salah seorang penyokong Pas yang ternyata kecewa dengan isu Hasan. Pandangan penyokong Pas ini dilihat 'lebih matang' berbanding sesetengah pemimpin Pas yang terus menyalahkan UMNO.

Inilah masalah Pas sejak dulu, kini dan selamanya, apa juga kemelut yang berlaku dalam parti itu segala-galanya ditunding jari kepada UMNO.

Kita masih ingat bagaimana setiap kali muktamar Pas atau Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin Pas akan membuat kenyataan bahawa ahli-ahli Pas lebih terbuka mengkritik parti itu berbanding pemimpin dan ahli UMNO.

Tetapi apa yang berlaku kepada Hasan jelas menunjukkan seolah-olah di dalam Pas tidak boleh ada pejuang atau sebarang usaha untuk menegur kesilapan kepimpinan, jika itu berlaku pemimpin yang terlibat akan dikaitkan dengan UMNO.

Akibat pandangan dangkal inilah yang menyebabkan usaha menyatukan orang Melayu gagal apabila Pas menolak pelawaan UMNO bagi tujuan berkenaan dengan alasan pemimpin Pas yang melaksanakan usaha tersebut adalah boneka UMNO.

Pemimpin-pemimpin Pas perlu faham bahawa Pas bukanlah parti yang sempurna, kenyataan Hasan tidak ada kaitan dengan UMNO, beliau membuat kenyataan berkenaan sebagai tindak balas terhadap politik dalaman Pas.

Oleh itu kenapakah UMNO hendak dipersalahkan? Apakah Pas fikir UMNO merancang segala-galanya yang berlaku dalam parti itu bagi melemahkan Pas menjelang pilihan raya?

Kalau itulah tafsiran pemimpin-pemimpin Pas, ternyatalah mereka salah. Ia memandangkan apa yang berlaku kepada Pas adalah salah parti itu sendiri.

Pas lemah bukan kerana UMNO tetapi Pas lemah kerana kegelojohan mereka berpolitik dan terlalu ghairah mencapai impian untuk menawan Putrajaya bersama PKR dan DAP.

Cuba fikirkan, apakah UMNO yang mendesak Pas mengubah hala tujunya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara kebajikan? Bukankah Pas berbuat demikian kerana tidak mahu perjuangan negara Islam menggugat hubungan dengan PKR dan DAP.

Kalau Pas benar-benar konsisten dan percaya bahawa perjuangan mereka menegakkan Islam akan diberkati Allah SWT, kenapakah menggugurkan perjuangan negara Islam?

Apabila tindakan itu dilihat mula menimbulkan konflik di kalangan penyokong-penyokongnya maka UMNO dipersalahkan kerana dikatakan memutar belitkan tindakan berkenaan? Bijakkah tindakan ini?

Pas perlu faham UMNO tidak perlu berbuat apa-apa untuk melemahkan Pas kerana Pas sendiri pun sudah cukup lemah sebaik sahaja berkawan dengan PKR dan DAP.

Ia memandangkan mereka tidak berupaya melawan kehendak pemimpin-pemimpin PKR dan DAP yang dilihat jauh lebih konsisten dalam mempertahankan prinsip perjuangan mereka, jadi jangan salahkan UMNO akibat kejahilan' sendiri.

Oleh : Zulkiflee Bakar

Saturday, December 17, 2011

Seks Bagi Pasangan Sibuk

RASA lebih sopan bagi mendefinisikan hubungan seks juga disebut sebagai hubungan intim. Mengapa 'intim' - kerana hubungan seks tersebut sudah pasti membuatkan anda semakin intim dengan pasangan anda.

Frekuensi hubungan seks yang ideal akan memberi pengaruh yang positif bukan sekadar untuk kesihatan fizikal bahkan mental juga.

Ia akan memberi kedamaian jiwa, ketenteraman diri dan yang paling utama menjauhkan diri daripada zina serta maksiat.

Sayang sekali apabila kesibukan karier dan tuntutan hidup seharian menjadikan pasangan suami isteri mengabaikan hubungan intim yang sepatutnya.

Lebih menyedihkan apabila pasangan suami isteri di kota mula renggang dan tidak lagi menuturkan kata-kata manis seperti awal bercinta tatkala sibuk mengejar karier dan perkara sampingan lain.

Faktor stres dan keletihan adalah antara puncanya. Tekanan kerja serta pelbagai masalah lain seperti kesesakan jalan raya membuatkan suami atau isteri bertambah tertekan, hinggakan ada yang mengambil keputusan untuk pulang lewat supaya dapat mengelak daripada bertembung dengan kesesakan pada waktu puncak.

Mengambil contoh pasangan Yati, 30, dan Yazid 31, (keduanya bukan nama sebenar) yang tiba di rumah pada pukul 10 malam setiap hari dan jika tiba pada pukul 8 itulah yang boleh dikategorikan paling awal.

Bilalah masanya untuk mereka mengadakan komunikasi romantik seterusnya hubungan intim?

Kadangkala, Yazid menginginkan hubungan intim tersebut namun Yati tidak berminat.

Biasanya Yatilah yang harus mengalah untuk menuruti keinginan si suaminya. Hubungan seks yang tidak dinikmati kedua belah pihak itu semakin menurunkan minat Yati dan Yazid untuk mengadakan hubungan seks.

Frekuensi Ideal
Sebenarnya berapa kali dalam seminggu idealnya berhubungan seks?

Menurut pakar seks dari Indonesia, Dr. Boyke Dian Nugraha, frekuensi hubungan seks paling ideal ialah sebanyak satu hingga empat kali seminggu.

"Bila anda melakukan seks dua kali dalam seminggu, atau tiga kali dalam seminggu, masih dalam batas normal.

"Frekuensi hubungan seks yang jarang akan mengakibatkan komunikasi non verbal semakin berkurang dan akhirnya mengancam keharmonian rumah tangga anda berdua," ujarnya yang turut mempersetujui bahawa seks yang jarang mendorong terjadinya maksiat.

Dr. Boyke mengakui banyak menerima kes pasangan sibuk dan pihak isteri yang sering mengeluh kerana minat untuk melakukan hubungan seks semakin berkurangan.

"Mereka rasa bersalah ketika suami meminta, namun tak mampu melaksanakannya sepenuh hati dan adakalanya terpaksa menolak dengan perasaan bersalah kerana terlalu penat," jelasnya.

Spontan atau mengikut jadual?
Sebaiknya pasangan yang sibuk boleh memilih untuk melakukan hubungan seks secara spontan atau sudah dirancang.

Hubungan seks terancang boleh diaturkan pada seminggu dua kali, sebagai contoh iaitu hari Rabu dan Sabtu. Dengan cara itu, pasangan telah menyiapkan minda untuk 'menyambut' hari yang ditentukan.

"Dengan ini, pasangan boleh bersiap untuk tidak melakukan kerja lebih masa pada hari yang telah ditetapkan," ujar Dr. Boyke.

Dr. Boyke menegaskan, sebaiknya kedua belah pihak baik suami atau isteri perlu siap sedia untuk melakukan hubungan intim itu.

Persoalannya, seks spontan diperlukan secara rutin, kenikmatan hubungan seks akan berkurangan dan pasangan mudah menjadi bosan.

Oleh sebab itu, hubungan seks yang baik tidak semestinya mengikut jadual namun kombinasi daripada spontan dan berjadual.

Friday, December 16, 2011

Unik! Kampung Yang Tiada Jalan Raya

Sebuah kampung bernama Giethoorn di Belanda adalah tempat yang sangat indah untuk dikunjungi dan terdapat lebih kurang 50 jambatan kayu kecil ada di kampung itu. Ia di dirikan sekitar 1230 oleh pelarian yang berasal dari daerah mediterranian yang menetap di sana. Kampung ini juga sangat unik kerana tidak ada sistem jalan raya di sini.

Semua pengangkutan menggunakan sistem perairan sungai. Pengangkutan utama yang digunakan oleh penduduk setempat adalah bot dan sampan. Sampan-sampan hanya dikayuh perlahan manakala sampan dan bot yang menggunakan enjin diwajibkan berbunyi perlahan supaya tidak mengganggu kedamaian dan ketenangan di desa yang indah ini. Tiada pencemaran asap, tiada pencemaran bunyi dan tiada speed trap.

Walaupun perkampungan tersebut tidak mempunyai jalan raya yang boleh menghubungi antara satu sama lain, tetapi perkampungan tersebut dikunjungi oleh ribuan pelancong yang datang dari seluruh pelosok dunia. Dengan itu, mari kita lihat beberapa foto mengenai suasana kampung tersebut.




  












 











Gale Lag Ja - De Dana Dan - FULL HD- 1080p... oleh favouritetv



                                                     Sumber : MalaysiaRia