nuffnang

Monday, October 31, 2011

Wanita Yang Bersuamikan Lelaki Kacak Cepat ‘PUAS’ ?

Kajian ahli antropologi dan psikologi merumuskan bahawa wanita yang mempunyai teman lelaki kacak lebih ‘cepat’ dan ‘kerap’ mencapai kepuasan ketika berasmara, lapor berita Agensi.

Penyelidik juga merumuskan bahawa faktor mencapai kepuasan itu ada kena-mengena dengan kemahuan melahirkan zuriat lebih bermutu kerana ada bukti menunjukkan bahawa wanita mahu berasmara untuk hamil.

Kajian terbabit dijalankan di Universiti Pennsylvania State memfokuskan kepada kehidupan seksual 110 pasangan heteroseksual, yang melaporkan siapa yang mencapai kepuasan dan kekerapannya.

Responden lelaki diukur berdasarkan wajah maskulin, pandangan orang lain mengenainya, penampilan maskulin yang berasaskan pendapat pasangan dan siapa yang lebih agresif di tempat tidur. Responden lelaki juga diminta mengukur sejauh mana tarikan mereka kepada wanita.

Wanita yang menganggap pasangan mereka sebagai maskulin dan dominan dilaporkan lebih kerap dan lebih awal mencapai kepuasan berbanding dengan pasangan yang kurang kacak.

Wanita yang pasangan mereka menarik juga lebih kerap mencapai kepuasan ketika atau selepas ejakulasi lelaki.

Kekerapan wanita mencapai kepuasan seks disebabkan masturbasi pula tidak disebabkan rupa paras pasangan mereka. “Oleh itu, kehamilan dikaitkan dengan orgasm wanita mungkin efektif atau mungkin apabila persetubuhan berlaku dengan lelaki maskulin,” kata penulis dalam kajian yang disiarkan Jurnal Evolution and Human Behaviour.

Martabatkan Semula Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu kelapan yang berakhir hari ini mahu bahasa Melayu dimartabat dan digunakan sepenuhnya termasuk dalam bidang ekonomi, kewangan serta perundangan.

Pada masa sama, kongres mengumumkan penubuhan Majlis Pemantauan dan Tindakan Bahasa Kebangsaan yang berperanan sebagai badan pemantau usaha-usaha memartabat dan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selain itu, kerajaan didesak menggunakan istilah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti diperuntukkan di dalam Perlembagaan dan bukannya bahasa Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Resolusi Kongres, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling ketika membentangkan resolusi tersebut berkata, kongres juga menggesa semua kementerian, agensi kerajaan dan pihak swasta segera menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di negara ini.

Sebanyak lapan ketetapan diputuskan iaitu;

Sistem pendidikan - Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran hendaklah bertegas iaitu dengan berlandaskan Perlembagaan serta akta berkaitan menegakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Sebarang dasar yang melanggar undang-undang seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) hendaklah dilarang.

Kerajaan Tempatan - Kerajaan negeri dikehendaki menyeragamkan peruntukan undang-undang berkaitan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan nama jalan, bangunan dan iklan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu dan begitu juga urusan meluluskan permit dan lesen hendaklah selaras dengan kedudukan bahasa kebangsaan.

Ekonomi dan kewangan - Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan Bank Negara hendaklah melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua urusan ekonomi dan perniagaan serta menjadikan bahasa itu sebagai penggerak utama sistem ekonomi negara.

Pengajian tinggi - Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi hendaklah melaksanakan sepenuhnya sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua tahap pendidikan selain berusaha menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang keilmuan.

Perkhidmatan awam - Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hendaklah sentiasa memperkasakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua tadbiran negara dan menjadikan JPA sebagai pelindung bahasa kebangsaan.

Media, komunikasi dan penyiaran - Kerajaan melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam penyiaran berita dan pengucapan pemimpin negara sebagai kaedah penyampaian maklumat kepada seluruh rakyat.

Perlembagaan - Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri hendaklah sentiasa memastikan penghakiman dan penulisan penghakiman di semua tahap mahkamah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan demi menegakkan keadilan berasaskan undang-undang.

Pemasyarakatan Persuratan Melayu : Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan jabatan hendaklah sentiasa berusaha memperbanyakkan penerbitan dalam bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam semua bidang ilmu.

Sementara itu, Pengerusi Kongres, Profesor Datuk Dr. Abdul Latif Abu Bakar dalam ucapan penangguhan meminta semua pihak khususnya golongan pemimpin supaya menjadi peneraju utama dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Utusan Malaysia

Sunday, October 30, 2011

Siapa Yang Berani Sila Baca Komik Ini


Siapa Yang Berani Sila Baca Komik Ini......klik disini comicnaver


Mana Peserta Bukan Melayu?

Siti kerap juga menonton program kanak-kanak Tom Tom Bak hos oleh Aznil Nawawi. Bagi Siti program ini menarik dan tidak hairan kalau popular kalangan kanak-kanak serta ibubapa. Ini program berbahasa Melayu dan kita boleh berbangga dengan kejayaan yang dicatatkan oleh Tom Tom Bak.

Tapi Siti tertanya-tanya kenapa semua kanak-kanak dalam program ini terdiri daripada Melayu? Memang benar ini program bahasa Melayu. Tapi adakah mustahil sebuah program Melayu turut disertai oleh Cina dan India misalnya? Adakah bukan Melayu tidak mahu menyertai program ini atau pihak stesen televisyen tidak terfikir untuk berbuat demikian?

Siti fikir mustahil keluarga bukan Melayu memulaukan program ini. Tapi mungkin pihak stesen televisyen tidak proaktif mencari keluarga bukan Melayu yang mempunyai anak berbakat dan dibawa dalam program itu.

Apabila penonton di studio hanya keluarga Melayu, peserta kanak-kanak juga Melayu, Siti mengandaikan program ini hanya untuk orang Melayu. Dalam lain perkataan program bahasa Melayu hanya untuk Melayu. Tapi adakah benar bahasa Melayu hanya untuk orang Melayu?

Ini adalah satu yang tidak benar sama sekali. Berapa banyak orang bukan Melayu menguasai bahasa Melayu dengan baik, malah lebih baik daripada orang Melayu sendiri. Tapi kalau program popular seperti ini dijadikan rujukan, seolah-olah benarlah tanggapan bahasa Melayu hanya untuk Melayu.

Populariti program ini boleh dimanfaatkan sebagai menyuburkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kepada semua orang. Kalau ada peserta bukan Melayu, tentu keluarga bukan Melayu di studio. Bukanlah ini realitinya di luar studio?

Tidak menyelitkan orang bukan Melayu dalam program ini dengan sendirinya telah mengecil atau merendahkan bahasa Melayu. Ia seolah-olah hanya diterima oleh orang Melayu. Adakah memang dirancang supaya bahasa Melayu kelihatan mundur dan untuk orang Melayu sahaja?

Amatlah memalukan kalau kesan daripada program ini menimbulkan tanggapan negatif tentang bahasa Melayu. Siti fikir tidak terlalu sukar untuk mengajak keluarga bukan Melayu menyertainya. Malah kita tidak boleh merendahkan tahap penguasaan bahasa Melayu mereka.

Kalau stesen televisyen melihat selangkah ke depan, tidak perlulah ada kempen bahasa Melayu atau Bulan Bahasa Kebangsaan pada Oktober setiap tahun. Mengajak secara halus orang bukan Melayu menyintai bahasa Melayu seperti dalam program ini tentu lebih berkesan.

Dalam menjalankan peranan serampang dua mata seperti ini, pihak televisyen perlu melihat kesan yang lebih besar dari keuntungan dalam jangka pendek. Kerana itu Siti sangat kecewa kerana selepas setengah abad merdeka, kita masih memaparkan seolah-olah orang bukan Melayu tidak tahu atau tidak mahu berbahasa Melayu. Harap-harap ini tidak ada agenda memperendah atau mengecilkan ruang litup bahasa Melayu di negara ini.

SITI JARUM: Melihat yang tersurat dan tersirat.

Saturday, October 29, 2011

Wujudkan Bahagian Audit Dalaman

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu mewujudkan bahagian audit dalaman dan kumpulan pemantau bagi memastikan tiada unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku dalam menguruskan kewangan negara.

Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, bahagian itu akan bertindak lebih awal sekiranya berlaku perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mana-mana kakitangan sebelum kegiatan itu dikesan Jabatan Audit Negara.

"Kes seumpama ini sentiasa berulang setiap tahun seolah-olah tidak ada tindakan serius diambil.

"Justeru, satu bentuk mekanisme terbaik perlu difikirkan untuk menangani masalah ini supaya kita dapat mengenal pasti kegiatan tidak beramanah itu di peringkat awal sebelum ia menjadi lebih parah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini

Beliau mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua pihak yang berkenaan memandang serius teguran yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 dengan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah yang timbul.

Dalam pada itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, setiap pegawai tertinggi termasuk kakitangan peringkat bawahan perlu dikenakan tindakan sewajarnya jika terbukti mereka bersalah menyalahguna kuasa melibatkan lebihan perbelanjaan di kementerian masing-masing.

Katanya, langkah itu bagi memastikan tiada unsur berat sebelah sebagaimana yang diamalkan sebelum ini apabila kakitangan bawahan sahaja dikenakan tindakan disiplin, manakala pegawai tertinggi terlepas daripada hukuman.

"Perkara seperti ini (lebihan perbelanjaan) tidak boleh sama sekali berlaku kerana pihak kami selalu mendapat aduan bahawa beberapa kementerian tidak ada peruntukan untuk membelanjakan soal kebajikan pekerja.

"Tetapi apabila berlaku lebihan perbelanjaan, timbul pula tanda tanya ke mana sebenarnya wang dibelanjakan? Perkara ini sangat serius kerana ia menjejaskan nama baik semua warga kementerian biarpun segelintir mereka di peringkat tertinggi melakukan perkara itu," katanya.

Friday, October 28, 2011

Perjuangan Muslim Patani

Perjuangan Muslim Patani – antara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Buku kecil ini sangat berharga pada saya kerana telah membuka mata dan menyedarkan saya akan penderitaan yang telah dan sedang dirasakan oleh saudara-saudara kita di Patani. Apabila membicarakan penindasan ummat Islam, fikiran saya selalu terbayang akan ummat Islam yang tinggal di Palestine, Afghanistan, India , China, Bosnia dan Chehnya, sedangkan saudara-saudara yang tinggal bersebelahan dengan kita selalu kita lupakan. Mengapa jadi begitu? Kerana maklumat mengenai saudara-saudara kita di selatan Thailand tidak terdapat di media massa. Pemerintah Thailand tidak membenarkan gerakan kemanusiaan antarabangsa memasuki negara itu kerana pada mereka masalah selatan Thailand adalah masalah dalaman dan boleh di atasi sendiri.

Mengikut fakta sejarah, penderitaan ummat Islam Patani bermula pada awal abad ke 20. Sejak itu, mereka berhadapan pelbagai peristiwa yang menyayat hati dan menyedihkan. Pada awal abad ke 21, ketika pemerintahan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, penindasan ke atas ummat Islam meningkat dengan drastik. Tragedi berdarah terjadi secara berturut-turut dan angka korban pula dalam skalar yang besar. Peristiwa Masjid Grisek pada April 2004 dan tragedi Tak Bai pada Oktober 2004 menyebabkan puluhan jiwa terkorban. Angka ini tidak termasuk korban pembunuhan misteri arahan PM ke atas penduduk-penduduk Islam di selatan Thailand. Sistem pendidikan Islam juga menjadi target pemerintah Thailand. Semasa pemerintahan Thaksin, sebanyak 166 buah sekolah Islam telah dibakar sehingga musnah. Ramai guru diculik dan dibunuh. Mengikut statistik, jumlah kematian adalah 1,908 orang sementara yang cedera pula sebanyak 2,920 orang.

Buku ini juga telah menyingkap kehebatan beberapa tokoh Patani yang telah membela dan memberikan sumbangan yang amat berharga dalam perjuangan ummat Islam di Patani. Salah seorang tokoh itu adalah Haji Sulong Abdul Kadir. Dilahirkan pada tahun 1895 dalam keluarga ulamak di mana datuknya, Haji Zainal Abidin b Ahmad adalah ulamak besar yang menulis kitab Kashyf al Litham. Beliau mendapat didikan awal di rumah dari ayahnya dalam bidang sejarah dan peradaban Islam. Kemudian bersama ayahnya mengerjakan ibadah Haji dan terus menetap di Mekah untuk menuntut ilmu dari ulamak-ulamak di sana. Kembali ke Patani pada tahun 1924 dan terus membuka sekolah Islam bernama Madrasah al Maarif al-Wataniah. Madrasah ini telah melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas minda dan tangkas fizikalnya dan telah mendapat sambutan yang amat baik di kalangan masyarakat Islam. Madrasah ini telah diarahkan tutup oleh pemerintah Thailand. Haji Sulong kemudian menumpukan perhatian kepada pengajaran kelas-kelas tafsir yang memberikan kesan yang mendalam terutama perbincangan tentang jihad. Pada tahun 1939, beliau membentuk satu organisasi – al hay’ah al tanfiziah li al ahkam syariat, yang dianggotai oleh 11 ulamak -ulamak besar Patani. Seterusnya, Haji Sulong sebagai Ketua Majlis Agama Islam Patani telah memimpin ummat Islam melawan ketidakadilan dan penindasan. Beliau telah menghantar 7 tuntutan kepada Perdana Menteri Thailand yang mengandungi tuntutan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, pendidikan, kepimpinan dan mahkamah syariah. Selang beberapa bulan selepas itu, beliau ditangkap. Tangkapan beliau telah mencetuskan pemberontakan pada tahun 1948 hingga mendapat simpati dari ummat Islam Malaysia. Dibebaskan pada tahun 1952 dan terus aktif sebagai pengajar / penceramah. Pengikutnya bertambah berlipat kali ganda sehingga setiap kali beliau berceramah, lokasi ceramah itu menjadi seolah pasar malam. Di samping mengajar , beliau telah menyusun satu gerakan pemuda-pemuda Islam melawan pemerintah Thailand. Pada suatu hari di bulan Ogos 1954 Haji Sulong , anaknya dan dua orang rakan beliau telah mengadap ketua keselamatan Thailand. Setelah itu, tiada khabar berita lagi mengenai Haji Sulong sehingga lah ke hari ini. Dari keterangan yang dihimpun, mereka telah dibunuh dan mayat mereka dibuang ke laut. Walaupun jasad Haji Sulong ghaib dan tidak pernah ditemui tapi perjuangan yang diwariskannya tetap bertahan hingga sekarang.

Buku ini juga telah menyerlahkan seorang tokoh wanita yang bernama Angkhanna Neelaphaijit. Dia telah kehilangan suami, Somchai yang merupakan aktivis yang telah memprotes penahanan 5 orang pemuda Muslim dan menuduh pihak polis berkonspirasi dalam kejadian rompakan dan kebakaran ke atas sekolah-sekolah di Narathiwat, selatan Thailand. Somchai telah diculik pada 12 Mac 2004 dan hingga kini tidak kembali lagi. Sebagai isteri, Angkhanna telah berusaha mencari suami dan pencariannya telah membawa dirinya ke persidangan PBB di Geneva pada pertengahan 2005 yang lalu. Dia berkata dengan lantang mewakili rakyat Patani yang menderita, ” Jika kami tidak berhadapan dengan masalah yang besar, saya tidak akan datang ke sini”. Angkhanna, ibu yang berusia 49 tahun membiayai dirinya sendiri untuk sampai ke Geneva. Dia tidur di hotel yang sangat murah dan terpaksa menahan lapar dengan hanya meminum air paip. Dia bukan hanya berusaha mencari penculik suaminya tapi yang lebih penting keadilan bagi ummat Islam di Patani.

Moga ulasan ini mengingatkan kita agar lebih prihatin akan penderitaan ummat Islam Patani. Marilah kita memperbanyakkan doa buat mereka agar mereka diberi kekuatan untuk terus berjuang.

Tajuk Buku: Perjuangan Muslim Patani – antara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Penulis : Herry Nurdi
Penerbit: Sabili Publishing
Cetakan pertama: Februari 2010
No ISBN: 978-979-17228-2-7

Ulasan buku oleh: Asmahan Zaidon

Remaja Dan Kebebasan

KEBEBASAN adalah suatu konsep yang diimpikan oleh setiap manusia. Kebebasan adalah cara hidup yang sedang dicari oleh remaja. Kebebasan berfikir, kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku selalunya menjadi idaman setiap remaja.

Namun, kebebasan harus difahami dengan betul dan digunakan dengan bijaksana. Jika tidak, kebebasan akan memakan diri sendiri.

Memang fitrah kejadian manusia sukakan kebebasan. Jika boleh, bebas seperti burung yang terbang ke sana ke mari tanpa halangan. Jiwa bebas sentiasa menjadi naluri manusia dan remaja.

Dalam Islam kebebasan dipandu oleh pedoman. Pedoman daripada al-Quran menggariskan kebebasan berasaskan syariat. Syariat mengaturkan makna kebebasan iaitu boleh dan tidak boleh.

Apabila remaja mengetahui sempadan kebebasan, maka kehidupan menjadi teratur dan tertib, tetapi kebebasan yang tidak ada batasan boleh menyebabkan tingkah laku remaja melampaui batas.

Kebebasan menuntut ilmu bagi remaja adalah terbuka luas. Bagi remaja Islam, sebelum mempelajari ilmu-ilmu dari tamadun lain, ia harus terlebih dahulu memahami ilmu-ilmu Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah, syariah dan akhlak.

Menguasai ilmu-ilmu asas ini adalah penting bagi remaja kerana ilmu-ilmu Barat dan Timur dapat difahami dengan pedoman agama. Bayangkan kalau para remaja arif tentang ilmu Barat dan kerdil memahami ilmu-ilmu Islam, ia menyebabkan jalan berfikir yang tidak seimbang.

Tidak salah para remaja mempelajari ilmu Barat dan Timur dalam segala bidang, tetapi kefahaman ilmu-ilmu Islam boleh menjadi pedoman yang terbaik bagi remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan ilmu-ilmu yang merosakkan.

Begitu juga dalam pergaulan. Para remaja Islam tidak boleh bergaul secara lepas bebas. Kadangkala berlaku pergaulan yang melanggar batasan syarak.

Ia menyebabkan para remaja terjebak dengan perlakuan zina, menyalahgunakan dadah dan hidup berpoya-poya. Pergaulan sesama remaja perlu ada batasnya. Dengan adanya batasan dapat mencegah remaja melakukan kemungkaran. Itulah maksud syariat dalam pergaulan.

Oleh kerana remaja mempunyai nafsu, kadang-kadang nafsu tidak boleh dikawal. Ia menyebabkan remaja terdedah dengan dosa. Tetapi dengan kawalan dan pedoman, para remaja dapat hidup dengan terkawal dan tertib. Ia amat perlu bagi remaja supaya potensi dirinya tidak dirosakkan oleh keadaan dan suasana.

Kebebasan memberi makna yang sangat berharga bagi remaja tetapi kebebasan yang disalahgunakan boleh membawa kerosakan terhadap potensi remaja.

Remaja bakal menjadi ibu dan bapa yang memiliki amanah sebagai sumber contoh untuk membentuk anak-anak. sekiranya zaman remaja lagi kawalan diri tidak berlaku, amalan mungkar menjadi kelaziman pada remaja, tidak mungkin bila berumah tangga nanti tabiat itu tidak diwarisi.

Remaja juga bakal menjadi ahli ilmu dan pemikir. Ilmu yang diperolehi dan fikiran yang berkembang mestilah mempunyai etika dan nilai. Ilmu yang beretika dan pemikiran yang berasaskan nilai bakat membentuk manusia yang dewasa dan matang.

Remaja juga bakal menjadi pemimpin. Pemimpin yang baik adalah yang tangkas dan cergas dan yang paling penting pemimpin contoh yang menjadi contoh sumber ikutan.

Watak seperti ini hanya berlaku sekiranya para remaja dapat membangunkan potensi diri dengan memahami batas boleh dan tidak boleh dan batas dosa dan pahala.

Oleh itu, amat penting bagi remaja memiliki watak yang stabil supaya para remaja memiliki kekuatan untuk mengharungi hidup.

Hidup remaja di zaman globalisasi amat terdedah dengan pelbagai pengaruh. Pengaruh siber umpamanya menjadi suatu kegemaran yang amat diminati remaja.

Oleh : Nurul Izzah Sidek

Thursday, October 27, 2011

Jadilah Lelaki Romantis!

SETIAP wanita selalu mendambakan sosok lelaki romantis dan penuh perhatian. Oleh itu, lelaki pun dituntut mempunyai kepakaran dalam mengeluarkan setiap saat agar kelihatan luar biasa.

Ingin menjadi romantik untuk si dia? Inilah rahsianya....

Cuba memahami lebih dalam sisi wanita
Tidak selamanya lelaki boleh memahami dengan jelas apa yang diinginkan seorang wanita. Oleh itu, belajarlah memperlakukannya semanis mungkin, terutama saat si dia sedang datang bulan. Automatik dengan hal seperti itu, pasangan semakin mengerti bahawa anda memerhatikanya.

Tahan emosi anda dan gantilah dengan sikap pengertian
Kaum Adam cenderung tak cukup pintar dalam urusan menahan emosi. Tapi jika anda benar-benar menyayangi pasangan, sudah tiba masanya menukar sifat itu dan menggantinya dengan sikap pengertian. Lakukanlah dengan sepenuh hati, nescaya pasangan semakin jatuh hati pada anda.

Candle light dinner di kafe kegemaran
Kejutan manis boleh membuat anda kelihatan seperti lelaki romantis. Atur waktu yang tepat dan berikan setangkai mawar merah sebelum memulakan candle light dinner. Hal itu menjadi sesuatu yang sangat romantik di mata kekasih. Apalagi jika anda menikmatiya di bawah cahaya rembulan.
 Ungkapkan perasaan melalui puisi-puisi cinta
Anda mungkin tak perlu melakukan hal ini setiap hari. Tapi anda boleh mendedahkan isi hati apabila merindukan kekasih atau semasa momen tertentu melalui sebuah puisi. Ini menjadi pengalaman menyenangkan baginya, sekaligus mempermanis kisah cinta berdua.

Peluk dan sentuhlah dia
Sentuhan dan pelukan sering menorehkan kenangan yang tak terlupa dalam kisah asmara. Jika anda ingin meraih perhatian si dia, tak ada salahnya memberikan sebuah pelukan hangat dan menyentuh jemari tangannya dengan lembut. Buat pasangan senyaman mungkin dengan perlakuan anda yang istimewa. Selamat mencuba!

Anonymous

Audit Dan Niat Transformasi

PERTEMUAN penulis dengan rakan-rakan terdiri golongan profesional muda pagi semalam lebih rancak daripada biasa. Topik yang paling hangat adalah mengenai Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang disifatkan memaparkan banyak lagi kelemahan pelaksanaan dan kecekapan jentera kerajaan.

Tahun demi tahun, laporan yang sama masih mengemukakan 'jumlah' kerugian yang luar biasa tinggi, disebabkan perbelanjaan sesetengah jabatan dan agensi kerajaan yang tidak berhemah dan berhati-hati.

Kalangan profesional muda pantas menggelengkan kepala, membayangkan betapa mudahnya proses pembelian dilaksanakan tanpa sebarang garis tentu perbelanjaan yang lebih berhemah.

Menurut seorang rakan yang bertugas di sebuah syarikat ternama, semua ini tidak dapat diterima oleh golongan muda yang pantas menyifatkan jentera kerajaan sememangnya gemar menghabiskan dana awam secara sesuka hati.

Suasana sama tidak akan dapat dilihat di sebuah organisasi yang mengamalkan prinsip perbelanjaan telus dan punya integriti yang tinggi. Memang benar, tidak semuanya dalam laporan audit yang baru dikeluarkan itu negatif.

Banyak juga perkara yang menunjukkan perubahan dan perkembangan positif. Perkembangan baik jangan pula kita sorok dan lupakan. Ia wajar dipuji dan diangkat sebagai perubahan yang mampu memberikan kekuatan kepada sistem pentadbiran awam.

Soalnya, apakah laporan ini akan diambil sebagai sesuatu yang serius dan menjadi penggalak perubahan pada sistem sedia ada? Laporan audit yang mendedahkan 'penyakit sama' tahun demi tahun, akan mendatangkan perspektif curiga yang semakin mendalam di kalangan minda rakyat.

Laporan sama yang turut mengemukakan petanda positif prestasi kewangan wajar dipuji. Sebanyak 17 kementerian berada pada tahap sangat baik berbanding 10 kementerian pada 2009, empat kementerian (2008) dan satu (2007).

Secara kasar, ini menunjukkan perubahan positif. Saat kepimpinan memperkatakan mengenai rentak transformasi dan perubahan, seluruh jentera kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu menyantuni laporan audit dengan lebih serius.

Memang benar, wujud kementerian yang mula memperkatakan mengenai 'belanjawan berimpak tinggi namun sejauh mana ia dilaksanakan dengan bersungguh adalah sesuatu yang berbeza. Laporan yang bersifat kewangan hanyalah satu segmen. Bagaimana dengan audit tentang kecekapan organisasi? Terdapat agensi yang melanggar piagam organisasi secara semborono. Tidak ada sebarang rasa bersalah dan semuanya akan 'berjalan seperti biasa' usai Laporan Ketua Audit Negara dilaksanakan.

Inilah sebenarnya yang boleh mendatangkan rasa kecewa di kalangan rakyat. Sementara rakyat diterap dengan semangat berbelanja secara berhemah, bersesuaian dengan suasana ekonomi yang menduga - sesetengah ketua jabatan/agensi mempunyai kuasa penuh untuk berbelanja dana awam dengan sesuka hati.

Apa rasional untuk melakukan tugasan yang boleh dilaksanakan dalam tempoh sehari - namun dilaksanakan dalam tempoh 700 hari? Ia mengundang pelbagai persepsi negatif yang tidak membantu pembinaan imej dan wibawa jentera kerajaan. Lebih merosakkan, sekiranya tiada sebarang usaha dibuat untuk memberikan 'pengajaran setimpal' kepada yang terbukti gagal melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

Semua ini akan hanya merencatkan niat 'transformasi' yang diperkatakan oleh kepimpinan. Malahan, dalam kes tertentu, ia bukan sahaja merencatkan - malahan sama sekali boleh diibaratkan sebagai suatu bentuk 'sabotaj' kepada niat perubahan yang diinginkan.

Kita harus sedar, banyak kelemahan pengurusan, baik kewangan mahupun khidmat - akan memberikan impak langsung kepada rakyat. Ambil sahaja contoh bagaimana anak-anak kecil Tabika Kemas yang sebenarnya tidak dihidangkan dengan menu yang digariskan oleh pihak kementerian. Apakah ini bukan suatu bentuk kecurangan pengurusan yang nyata? Apakah kita pernah terfikir bahawa amanah bagi menjaga generasi baru seperti itupun sanggup kita persiakan?

Jika kecurangan kewangan dan organisasi dibiarkan berterusan, adalah sesuatu yang tidak mustahil segala program transformasi yang diniatkan akan hanya menjadi hebat di atas kertas, sekali gus kurang memberi makna kepada rakyat. Ini adalah cabaran dan dugaan paling besar yang perlu dilaksanakan oleh kakitangan awam, tidak kira di peringkat mana sekalipun.

Laporan Ketua Audit Negara yang tidak mempunyai elemen 'mengenakan hukuman', kepada agensi dan jabatan berkenaan akan kekal menjadi laporan pasif dan menzahirkan simptom 'penyakit berulang'.

Tahun depan, tidak mustahil kita akan menerima lagi laporan sama, namun dalam amaun yang berbeza. Jabatan dan agensi yang merasakan ketiadaan sebarang tindak balas administratif mahupun denda, akan pantas melaksanakan program seperti biasa. Kesemuanya akan kembali kepada suasana asal.

Kelemahan-kelemahan yang dikemukakan oleh Laporan Ketua Audit Negara mesti diangkat sebagai dokumen khusus untuk memperbaiki amalan tadbir urus yang longgar di sesetengah agensi. Kalangan ketua jabatan/agensi yang gagal mengurus peruntukan dengan baik, perlu memberikan penjelasan yang tuntas atau berdepan dengan kemungkinan tindakan dikenakan. Sifat, selesa dan mudah puas hati inilah yang mendatangkan penyakit yang lebih besar di dalam sistem pentadbiran.

Banyak negara yang lebih maju sudah mula memperkenalkan sistem pentadbiran kewangan awam yang lebih baik dan berhemah. Di United Kingdom misalnya, komitmen ke arah pentadbiran kewangan berhemah dan bertanggungjawab dilaksanakan di bawah kempen menyeluruh Jabatan Perbendaharaan, 'Managing taxpayers money wisely: Commitment of Action'. Sedar bahawa suasana ekonomi dunia dan tekanan fiskal yang dihadapi oleh negara tersebut - tidak ada jalan singkat dan mudah, kecuali untuk membenihkan semangat berbelanja yang lebih berintegriti.

Malahan, kerajaan negara tersebut sudahpun mengumumkan inisiatif khusus Program Transformasi Kewangan di kalangan jabatan kerajaan. Semua ini dilakukan di atas niat yang luhur untuk mengurus dana awam dengan lebih berintegirti dan bertanggungjawab.

Penelitian umum kepada beberapa Laporan Ketua Audit Negara lain, turut mencatatkan banyak kelemahan. Kesempurnaan mungkin bukanlah sesuatu yang boleh kita harapkan melalui mana-mana laporan audit sekalipun, namun itu bukan alasan kita berbelanja secara sesuka hati.

Prinsip pertanggungjawaban tidak boleh diketepikan dalam pada kita mengejar kecekapan organisasi yang diinginkan. Namun, kesalahan-kesalahan yang dinyatakan tidaklah bersifat sangat 'asas' seperti yang berlaku di negara kita.

Rakyat mengharapkan sektor awam lebih mampu meresapi niat transformasi yang selalu diungkapkan oleh Perdana Menteri.

Laporan audit yang terus mencucuk rasional dan mengkompromi asas kebertanggungjawaban akan mengecewakan rakyat dan pembayar cukai. Suasana dan lanskap pentadbiran tidak boleh kekal berada dalam zon selesa - ketika mana negara berdepan dengan dugaan ekonomi yang semakin menyulitkan.

Kita pasti boleh menzahirkan pentadbiran kewangan yang lebih cekap, efisien dan wibawa; sekiranya semua penjawat awam menjiwai semangat belanjawan yang lebih hemah dan bertanggungjawab.

Majoriti rakyat amat mengharapkan agar Laporan Ketua Audit Negara 2011 akan menzahirkan elemen 'transformasi' pentadbiran kewangan di segenap kementerian dan agensi kerajaan.

Jika ini berlaku, rakyat akan pastinya melihat sektor awam dengan wajah yang lebih positif dan nilai wibawanya yang lebih tinggi.

Oleh : Khairuddin Mohd Zain 
Penulis ialah pemerhati sosioekonomi

Wednesday, October 26, 2011

Harga Binokular Marin Lebih Mahal



KUALA LUMPUR 25 Okt. — Harga kontrak pembelian sebuah binokular marin (penglihatan malam) oleh Jabatan Taman Laut Malaysia didapati 2,805 peratus lebih mahal berbanding harga pasaran.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan barangan itu yang harga pasarannya RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350 sebuah.

Sementara itu, Binokular Bushnell (penglihatan malam) yang berharga RM2,827 di pasaran, dibeli pada harga RM56,350 sebuah, iaitu 1,893 peratus lebih tinggi.

Ini adalah antara perbezaan harga barangan yang dibeli jabatan itu, yang dikenal pasti Jabatan Audit Negara melebihi antara 177 peratus hingga 2,805 peratus berbanding harga pasaran.

"Mengikut perkiraan Audit, perbezaan harga sejumlah RM172,501 sepatutnya boleh dijimatkan dalam menguruskan perolehan ini dan semakan Audit mendapati tiada bukti jabatan itu membuat kajian pasaran sewajarnya untuk membeli barangan tersebut," demikian menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut, hasil maklum balas jabatan itu, kajian pasaran hanya dibuat berdasarkan pertanyaan lisan kepada Jabatan Perikanan Malaysia kerana pegawai yang menguruskan perolehan berkenaan tidak mempunyai kepakaran serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Selain itu, Jabatan Taman Laut Malaysia didapati membuat pembayaran penuh bagi beberapa peralatan yang dibekalkan kontraktor tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam kontrak.

Ini menyebabkan kerajaan terlebih bayar RM100,517 kepada kontraktor, bagaimanapun bayaran itu tidak termasuk enjin utama dan kotak gear.

Antara barangan yang tidak mengikut spesifikasi ialah TV LCD dan pemain DVD jenama toshina yang harga kontraknya RM16,100, namun dibekalkan dengan barangan jenama Philips bernilai RM195.

Selain itu, sistem CCTV berjenama Paradox pada harga kontrak RM5,750 tetapi dibekalkan jenama Belco bernilai RM640.

Laporan itu juga menyatakan bayaran denda ke atas Syarikat Kejuruteraan Kapal Masai Sdn. Bhd. yang diberikan tanggungjawab membina bot aluminium semua cuaca kerana gagal menyiapkan bot itu mengikut perjanjian adalah lebih rendah daripada yang sepatutnya.

Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 sebagai denda, namun hanya mengutip RM23,792.56 iaitu kurang RM28,801.52.

Oleh itu, Audit berpendapat jabatan tersebut perlu mengutip balik baki denda daripada kontraktor berkenaan dengan segera.

Jabatan Audit juga mencadangkan agar Jabatan Taman Laut Malaysia menilai setiap tender dengan teliti bagi memastikan harga yang ditawarkan dapat memberi nilai berbaloi dengan apa yang dibelanjakan kerajaan.

"Jabatan itu juga perlu menjalankan pemeriksaan semula terhadap semua syarat yang ditetapkan dalam kontrak serta melaraskan pembayaran yang terlebih bayar bagi peralatan yang tidak dibekalkan, atau pembekalan tidak mengikut spesifikasi," kata laporan itu. — BERNAMA

Tuesday, October 25, 2011

Hidu 'Bau' Curang Pasangan

KECURANGAN dalam sebuah rumah tangga tidak kiralah berpunca daripada si suami atau isteri memang boleh 'dihidu' sebenarnya.
Hanya mungkin individu yang mengalaminya berada dalam situasi penafian untuk menerima kenyataan bahawa pasangan mereka telah melakukan sesuatu yang buruk di belakang mereka. Siapalah yang mahu rumah tangga yang dibina menjadi mangsa orang ketiga bukan?

Tapi apa yang anda mampu buat bila ikatan murni itu terputus di tengah jalan kerana pasangan anda sudah mula curang.

Siapa yang mampu menafikan mangsa dari kecurangan ini pasti menghadapi tekanan yang begitu meluap-luap akibat pasangan yang curang ini.

Bagi si suami atau isteri yang sudah mula berteka teki tentang kejujuran pasangan masing-masing boleh mengawasi tanda seperti di bawah, jika ada, maknanya pasti si dia telah curang terhadap anda.

Tanda yang pertama yang boleh dikesan ialah apabila pasangan anda itu begitu berhati-hati dengan aktiviti komputernya. Kalau dulu dia tidak pernah log keluar pada aktiviti laman sosial yang dikunjunginya namun kebelakangan ini dia begitu berhati-hati dengan aktiviti Internetnya. Kadang-kadang jika anda perhati dia akan memadamkan semua 'history' aktiviti di komputer supaya anda tidak akan dapat mengesan apa yang dibuatnya. Namun anda pasti boleh berfikir sendiri, jika sekali pun dia memadamkannya, kenapa dia perlu berbuat begitu? pasti ada sesuatu yang tak kena sedang berlaku.

Tanda yang kedua ialah perubahan dalam rutin atau jadual hariannya. Kalau dulu rutinnya sama saja, anda pun sudah masak dengan segala aktiviti hariannya. Mungkin bangun pagi, pergi ke pejabat dan pulang. Kadangkala dia pulang lambat itu pun kerana menyiapkan kerja yang bertimbun di pejabat. Ermm... tapi kali ini dia memberitahu anda bahawa kerjanya terlalu banyak sehingga dia perlu pulang lewat. Atau mungkin juga dia membohongi anda dengan mengatakan bahawa jadual kerjanya telah berubah. Memanglah untuk mendapatkan pangkat atau kredit dari majikan kita perlu rajin bekerja namun apa kaitannya dengan memberitahu anda semua ini, pasti sesuatu yang pelik telah berlaku, fikirkanlah.

Tanda yang ketiga ialah berkaitan dengan emosi yang anda berdua sedang alami. Pada satu peringkat dalam rumah tangga anda akan mengalami saat di mana rumah tangga itu akan menjadi agak hambar kerana kurangnya masa diperuntukkan untuk berdua-duaan. Lihat perubahan pada pasangan anda, adakah dia semakin kurang bercakap, kurang ketawa? dan kurang memberi perhatian kepada apa yang anda tuturkan padanya? Jadi berikan perhatian apabila pasangan anda hanya ada 'jasad' di sebelah anda dan fikirannya menerawang entah ke mana.

Tanda seterusnya dan sekali gus satu tanda yang amat perlu diberi perhatian ialah gerak hati. Bukan mahu bersangka buruk tapi apabila kita tergerak untuk dapat mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku memang kita tidak mampu menafikannya.

Tapi awas, jangan bertindak melulu, gunakan juga kewarasan anda untuk bertindak secara berhemah dalam menangani isu ini.

Walau apa pun dugaan yang berlaku dalam perhubungan anda berdua, persoalannya berbaloikah anda untuk mempertahankan hubungan tersebut? Tepuk dada tanya selera.

Oleh : Noor Fazrina Kamal 

Malaysia Diambang Kemusnahan.

Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

Sukar untuk menelah apa sebenarnya yang bakal berlaku. Namun angin bertiup menjadi semakin kencang dan panas di negara hutan hujan tropika ini. Malaysia terselamat dari bencana alam yang dahsyat. Tiada gunung berapi ataupun lingkaran gempa bumi. Namun, bencana lain yang bakal melanda. Malah ia lebih bersifat kemusnahan "kemanusiaan". Bencana yang akan mengalirkan air mata berbaur darah. Sukar dimengerti sehinggalah ia benar-benar terjadi kelak. Bangsa yang hidup harmoni dan diperakui sebagai bangsa yang paling lembut bertoleransi ini bakal diregut dengan ganas atas kerakusan pengikut Dajjal. Malangnya ia didalangi oleh pengkhianat dari bangsa ini juga.

Kita toleh ke arah negara Arab seketika untuk cuba memahami situasi tersebut. Arab didorong untuk berbunuhan sesama sendiri, begitu juga Melayu akan dihasut untuk berbunuhan sesama Melayu. Fakta terbaik, kita boleh renungkan peristiwa Libya. Kesudahannya hampir pasti. Apa perasaan anda? Mungkin ada yang tidak pernah ambil peduli kerana ia masalah negara Arab. Ada sedikit yang rasa gembira kerana tumbangnya seorang pemimpin zalim (adakah benar?). Pendokong sekular bersorak kerana demokrasi sekular bakal menerajui Libya. Ada pula telah melupakannya atau menganggap ia hanyalah krisis biasa. Namun saya mengajak semua memikirkannya kembali sebagai iktibar.

LIBYA SEBENAR bukanlah seperti yang dilaporkan oleh media. Tangan Hitam telah menjadikan Gaddafi sebagai sasaran melalui perancangan yang cukup rapi. Membangunkan emosi orang Arab untuk membenci pemimpin mereka. Media antara bangsa dikerah untuk membuat liputan berat sebelah. Seluruh negara Arab bergolak (digolakkan) untuk memudahkan penipuan atau menyembunyikan "Hakikat Sebenar" matlamat mereka dari diketahui dunia. Perencanaan mereka untuk menghapus dua lagi musuh yang sangat menyusahkan mereka. Pemimpin Libya dan Syria. Musuh pertama telah pun dikuburkan iaitu Saddam Hussein.

Untuk mengelabui mata dunia, perancangan ini tidak menjurus terus kepada Libya dan Syria sebaliknya mengucar kacirkan beberapa negara lain terlebih dahulu termasuk juga kerajaan beraja. Ia sengaja diatur supaya kelihatan seperti gerakan revolusi rakyat menuntut kebebasan. Namun tindakan terhadap negara selain dari Libya dan Syria kelihatan amatlah berbeza. Kerajaan beraja Arab telah diselamatkan melalui beberapa kaedah yang pelik diterajui oleh kerajaan Wahhabiah Saud Arabia.

Setelah Tunisia, kekacauan meletus di Mesir pula. Semua ini adalah gimik dan Hosni Mubarak dijadikan "kambing Hitam" untuk menutup niat mereka sebenar. Tak perlu NATO atau boss mereka USA membuat serangan tentera menjatuhkan Hosni Mubarak. Cukup dengan peranan beberapa proksi sahaja.

Dalam waktu yang sama rakyat Libya dihasut melalui sentimen dan keghairahan untuk menukar kerajaan. Peristiwa di Mesir dijadikan contoh dan ikutan. Mereka dipacu oleh agen-agen rahsia CIA dan MOSSAD meniupkan sentimen anti pemerintah.

Kaedah yang digunakan seiras dengan apa yang telah digariskan dalam protokol zionis dan perancangan rahsia Illuminati. Malangnya rakyat Libya telah dikeliru malah begitu mudah dihasut melalui pelbagai maklumat palsu yang dibangunkan secara sistematik supaya membenci Gaddafi. Peranan Facebook dan media alternatif dipergunakan secara maksimum sebagai alat propaganda terbaik bagi menutup suara kerajaan. Media lain telah dilabel sebagai alat kerajaan dan hanya memuatkan berita yang memihak pemerintah atau alat propaganda pemerintah. Rakyat Libya disaran supaya mengabaikannya. Hal yang sama sedang menular di negara ini.

Senjata utama siri kejatuhan negara Islam ini ialah "PEMBOHONGAN". Pembohongan bermaksud "Dusta" itu adalah gelaran yang senonim dengan Dajjal Laknatullah. Fitnahnya berpaksikan pendustaan yang hebat sehingga orang beriman pun akan hilang kewarasannya.

Apabila terpengaruh dengan janji manis untuk hidup bebas (tanpa had) seperti masyarakat Barat, Demokrasi dimomokkan sebagai sesuatu yang amat indah, untuk itu rakyat Libya sanggup mengorbankan segalanya.

Seperti mana Iraq. Barat membina helah, membantu mempercepatkan kemusnahan dengan pelbagai sekatan dan ugutan. Bertujuan untuk melemahkan Gaddafi. Akibatnya rakyat menjadi mangsa. Hidup menderita dan mengalami kesusahan. Pada waktu ini terhamburlah janji "Gunung Roti" bakal dinikamati dan ia ditawarkan sebagai ganjaran jika membuang pemerintah sedia ada. Ingatlah mereka mencipta masalah diikuti tawaran penyelesaian. Bagi sesiapa yang sudah memahami perancangan zionis " The Protocols of the Elders of Zion" perkara ini bukanlan sesuatu yang ganjil.

Itulah keadaan sebenar yang berlaku yang tidak disedari oleh kebanyakan orang. Nasib yang sama bakal dilalui oleh semua negara Islam. Tidak terkecuali Malaysia dan Indonesia. Dajjal tidak akan membenarkan Islam dan segala sistemnya diketengahkan. Para pemimpin negara Islam yang degil haruslah bersedia untuk mati atau hidup dalam penjara kerana dunia kini milik Dajjal.

Sumber : MalaysiaRia

Monday, October 24, 2011

Ada Cubaan Hapus Status Bangsa, Agama Dalam MyKad

PUTRAJAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman, semalam, mendedahkan terdapat usaha secara halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin atau Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang.

Malah, Abdullah berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin atau Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.

Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat.

 “Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama.

“Penghapusan Bin dan Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan.

“Namun, kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keluarga Melayu Muslim 2011 anjuran bersama ISMA dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdullah menyatakan keyakinannya idea kesamarataan dan persamaan yang cuba diterapkan Barat di kalangan masyarakat Malaysia adalah satu bentuk penjajahan baru, kerana ia adalah satu pembohongan bertujuan menghancurkan identiti rakyat negara ini.

Katanya, dengan leburnya identiti bangsa, keturunan dan agama, rakyat Malaysia termasuk beragama Islam akan hilang semangat, perasaan, jati diri dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara daripada dijajah sama ada dari aspek pemikiran, ekonomi atau secara fizikal oleh Barat.

“Umpamanya apabila sistem ekonomi Malaysia sekarang dikuasai tauke besar (syarikat multinasional) dari Barat atau kaum bukan Melayu memegang tampuk pemerintahan Malaysia adakah umat Islam di negara kita berasa sensitif atau tidak kisah?” katanya.

"Justeru, saya beranggapan idea persamaan ini adalah satu bentuk penjajahan bukan kemajuan. Jika Amerika Syarikat atau Barat mahu menegakkan keadilan sudah tentu tiada siapa yang dilanda masalah kelaparan atau kebuluran seperti di Somalia sekarang ini.

"Kenapa sekarang semua harta benda dan kekayaan di dunia termasuk bekalan minyak mentah di negara Arab mahu dibolot dan dibawa pulang sepenuhnya ke Barat sedangkan banyak negara lain masih miskin. Sebenarnya mereka mahu menjaya agenda menjajah dan menguasai negara lain termasuk Malaysia," katanya.

Sumber : Bharian

Sunday, October 23, 2011

Deklarasi 10 Perkara Perhimpunan Sejuta Umat



Deklarasi yang dibacakan di penghujung Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) menyebut:


* "Bahawasanya, Islam adalah Risalah Ilahi yang dengan RahmatNya telah mengangkat bangsa Melayu dan semua bangsa yang lain dengan mesej 'rahmatan lil 'alamin'. Lantaran itu hanya dengan menghayati dan mengamalkan Islam sepenuhnya sahaja merupakan satu-satunya jalan untuk menjamin kemuliaan, keselamatan, kejayaan dan kehormatan bangsa Melayu mahupun mana-mana bangsa yang lain di negara ini.
* "Menginsafi bahawa asas pegangan umat Islam adalah akidah tauhid yang menjadi tunjang kepada seluruh pegangan hidup umat Islam dan prinsip ini tidak boleh diganggu oleh mana-mana pihak.
* "Bahawa kedudukan istimewa dan status khas agama Islam sebagai agama Persekutuan telah ditetapkan sejak dari kemerdekaan negara ini dan ia wajib dipertahankan oleh setiap warga Muslim dan dihormati oleh semua warga Malaysia.
* "Bahawa penyebaran agama lain daripada Islam kepada orang Islam dengan tujuan memurtadkan orang Islam adalah dilarang sama sekali berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Islam berpendirian tegas terhadap gejala murtad dan pemurtadan dianggap jenayah berat yang perlu diperangi habis-habisan.
* "Pelanggaran terhadap peruntukan ini boleh mengundang kepada tergugatnya keselamatan nasional dan mengundang ketegangan agama di negara ini.
* "Bahawa kami, pada hari ini, 24 Zulkaedah 1432H bersamaan 22 Oktober 2011 di Stadium Shah Alam di dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun), bersepakat mengambil ketetapan untuk;

Pertama: Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

Kedua: Kerajaan yang memerintah baik di peringkat Pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi dalam Islam dan Perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi dalam negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

Ketiga: Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam Perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.

Keempat: Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala murtad dan kegiatan memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kelima: Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan akidah. Kami mengesa Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada akidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.
Keenam: Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.

Ketujuh: Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.

Kelapan: Menyeru semua institusi dalam masyarakat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman Islam yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.

Kesembilan: Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media sama ada cetak, elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut undang-undang yang ada.

Kesepuluh: Menyeru umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbezaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama-sama bersatu menyonsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan akidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

Saturday, October 22, 2011

Amaran Dr. Mahathir Tidak Boleh Diabaikan


HAIRAN juga tiada reaksi terhadap kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamed tentang Melayu akan hilang kuasa dalam 10 tahun lagi. Tiada menteri, timbalan menteri, individu atau NGO yang bersetuju atau menyangkal kenyataan bekas perdana menteri tersebut.

Apakah orang Melayu sudah menerima hakikat yang ia akan hilang kuasa dalam 10 tahun. Kebetulan pula 10 tahun lagi ialah 2020, tahun yang kita patut mencapai taraf negara maju dan berpendapatan tinggi.

Apakah ini maknanya bila kita mencapai taraf negara pendapatan tinggi, orang Melayu sudah terpinggir dan angka tersebut tercapai melalui bukan Melayu?

Apakah Dr. Mahathir menggunakan psikologi untuk melontarkan sesuatu yang boleh menyedarkan orang Melayu tentang perlunya melakukan sesuatu sebelum terlambat? Apakah yang boleh menyedarkan orang Melayu hari ini? Bersatu antara UMNO, Pas dan PKR tidak mungkin.

Kelemahan dalam bidang ekonomi sudah jelas masih tidak boleh menyedarkan orang Melayu. Ramai yang mengatakan bukan semua orang Melayu yang papa kedana, ramai yang kaya raya. Lihat saja bila Perhimpunan Agung UMNO betapa banyak BMW, Mercedes, Alphard, Cayenne dan pelbagai jenama kereta yang mahal.

Ada juga orang Melayu yang sorok kereta Ferrari mereka dengan dibalutkan dengan canvassupaya orang tak tahu yang dia ada Ferrari. Orang Melayu yang kaya raya ini tidak peduli siapa berkuasa 10 tahun lagi kerana kedudukan mereka sudah kukuh.

Orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik begitu juga. Kalau hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang seperti yang kita lihat dalam program televisyen Bersamamu setiap minggu, mereka pun tidak akan kisah siapa yang memerintah dan majoritinya orang Melayu dan mungkin orang Melayu akan lebih susah hidup mereka.

Ada beberapa perkara yang bakal berlaku sekiranya bukan Melayu memerintah. Kemungkinan besar yang boleh memerintah ini ialah DAP. Dan DAP telah berjanji akan mengubah beberapa perkara dalam Perlembagaan sekiranya mereka berkuasa.

Pertama mereka akan tukar agama rasmi daripada agama Islam kepada yang lain, kedua bahasa rasmi juga akan ditukarkan daripada bahasa Melayu kepada lain bahasa dan ketiga segala keistimewaan dan hak orang Melayu di bawah Perlembagaan akan dimansuhkan.

Kemungkinan parti politik bangsa Cina ini bergabung dengan MCA dan Gerakan sesuatu yang tidak mustahil. Lebih teruk lagi kalau PAP dari Singapura pula diajak bersama. Itu baru betul.
Kehilangan kuasa orang Melayu dalam negara ini bermakna negara ini akan terjual.

Dalam kita hendak berkuasa, kita beri lebih perhatian kepada bukan Melayu, kononnya menyepikan mereka menyebabkan kita kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12. Kini mereka dah pandai minta macam-macam dan dapat pula apa yang diminta.

Golongan orang Melayu yang diberikan perhatian ialah golongan tertentu sahaja, mereka yang sudah ada entiti mereka dan hanya perlu diperbaiki berlipat ganda lagi. Yang lain tidak akan merasai usaha lipat ganda entiti ini. Seperkara yang perlu pihak memerintah sedar ialah terdapat 3.9 juta pemilih yang belum mendaftar untuk mengundi.

Kalau kita andaikan 60 peratus daripada jumlah ini terdiri daripada belia dan remaja dan mereka ini lebih terikut dengan dunia siber, gosip dan fitnah yang tersebar merata dalam dunia blog, mereka tidak menerima perhatian media arus perdana.

Mesej yang ingin disampaikan kepada mereka tidak sampai dan mereka bakal membuat keputusan yang mungkin akan merugikan pihak yang sedang memerintah.

Hakikatnya orang Melayu sudah lemah dalam bidang ekonomi dan yang sedikit kuasa ekonomi yang ada ini kalau hilang juga dan kuasa memerintah pula hilang, orang Melayu akan jadi ibarat Red Indian di Amerika Syarikat tinggal di penempatan tertentu sahaja.

Kita sedar juga ada usaha gigih sedang dilakukan oleh parti pembangkang untuk menarik orang Melayu dalam usaha untuk mengubah pandangan masyarakat terhadap parti mereka. Mereka berpendirian inilah 1Malaysia yang sebenarnya.

Tidak ada keharmonian dalam mana-mana masyarakat yang majoritinya sesuatu bangsa jika kedudukannya lemah dalam ekonomi dan politik.

Ramai orang Melayu yang menyangka diri mereka cukup cekap dalam politik. Sebaliknya politik orang Melayulah yang memecah belahkan orang Melayu. Mungkin kalau tidak ada politik, orang Melayu hari ini tidak berpecah belah.

Walau apa pun amaran Dr. Mahathir tidak boleh diabaikan begitu saja. Pihak yang sayangkan negara ini dan tidak mahu ia jatuh ke tangan orang lain - walaupun mereka mungkin rakyat negara ini juga - perlu mengorak langkah mengatur strategi, jangan heboh-heboh, bangunkan langkah yang konkrit dan suntikan semangat kepada orang Melayu keseluruhannya.

Oleh : Dato' Salleh Majid

Friday, October 21, 2011

Kendalikan Lelaki dengan Aksi Woman on Top

APAKAH anda penat atau jemu beraksi di ranjang dengan kedudukan yang biasa-biasa saja? Jika ya, kenapa tak menjadikan woman on top sebagai pilihan? Ini dia panduan untuk anda.

Mengganti kedudukan seksual secara rutin tak sekadar menghindarkan kebosanan di ranjang, tapi juga mencipta sensasi kenikmatan dalam agenda seksual anda. Jika enggan mencuba pelbagai posisi ekstrem yang terkesan aneh, cuba saja kedudukan woman on top. Selain boleh mengambil kawalan sementara di ranjang, anda pun dapat menunjukkan padanya bagaimana anda ingin dicintai dan dibelai. Ini dia yang perlu anda lakukan.......

Beri dia petunjuk
Tunjukkan bahagian tubuh anda pada pasangan dan berikan petunjuk padanya tentang tubuh anda tersebut. Katakan padanya bahawa anda ingin disentuh di bahagian tertentu dan tahan tangannya apabila anda memimpin. Bergeraklah perlahan dan kejutkan dia. Sesi ini akan membuatnya makin tak tahan untuk segera melakukan serangan.
Tanyakan padanya apa yang dia suka
Tanyakan pada pasangan apa yang dia sukai saat di ranjang. Cubalah variasi dari kedudukan yang sama begitu anda mengetahui kedudukan terbaik yang dia sukai.Jika anda kurang selesa, maka temukan penyelesaian untuk menengahinya sehingga anda dan dia pun dapat menggapai kenikmatan yang seimbang.

Lakukan dengan lembut
Anda harus menyedari bahawa jumlah tekanan fizikal anda akan menyeksanya. Kerananya, jangan bergerak terlalu keras kerana akan menyakitinya. Tanyakan padanya di bahagian mana dia selesa dengan kedudukan tersebut, apakah sedikit menyerong atau langsung di pangkuannya? Apakah dia lebih suka melakukannya dengan posisi duduk atau telentang? Dengan soalan tersebut dia pun akan merasa dihargai dan tersanjung dengan perhatian anda.

Bergeraklah membentuk lingkaran
Untuk mendapatkan penetrasi lebih dalam, gerakkan pinggul anda membentuk lingkaran, bukan bergerak ke atas dan ke bawah. Dengan kedudukan tersebut akan membolehkan penetrasi bekerja lebih dalam dan bahkan mencapai G-spot dengan lebih mudah serta tidak meninggalkan rasa sakit.
Jangan malu melakukannya
Adakah anda berfikir dengan berada di atasnya membuat dia tersedar dengan bentuk tubuh anda? Jangan fikirkan hal tersebut yang membuat anda terbeban dan merasa tidak percaya diri. Akan tarik bahunya lebih dekat dengan anda sehingga dapat mengurangkan jarak antara anda dan dia. Elakkan pula menatapnya terlalu lama dan alihkan tumpuan anda pada tubuhnya.

Anonymous

Polisi DAP Lonjak Harga Rumah?

PULAU PINANG 20 Okt. - Polisi yang diperkenalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dikatakan menjadi punca harga rumah di negeri ini melonjak sehingga penduduknya tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Pengerusi Biro Kerajaan Tempatan Gerakan negeri, Teh Leong Meng berkata, kerajaan negeri menetapkan syarat-syarat antaranya mengenakan pelbagai caj kepada pemaju.

Akibatnya, jelas beliau, pemaju terpaksa menaikkan harga rumah sehingga berlipat kali ganda bagi memastikan mereka tidak menanggung kerugian.

"Selain itu, sejak mentadbir tiga tahun lalu, kerajaan negeri langsung tidak membina perumahan kos rendah dan ini menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau menambah, program Malaysia Rumah Keduaku yang menarik ramai warga asing membeli rumah di negeri ini turut menyebabkan pemaju berlumba-lumba membina kediaman mewah.

Leong Meng memberitahu, kira-kira 70 hingga 80 peratus isi rumah di negeri ini berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan mereka memang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi.

"Kerajaan negeri sepatutnya menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk menolong golongan memerlukan rumah sendiri," katanya.
Oleh : Lee Hooi Boon

Konsep Bina, Jual Permainkan Pembeli?
KONSEP pemilikan rumah secara 'bina dan jual' merupakan satu konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu para pembeli memiliki rumah pertama.

Tujuan konsep ini adalah untuk membela nasib pembeli rumah di samping dapat mengelakkan projek terbengkalai yang boleh merugikan pembeli.

Namun sejauh manakah konsep ini memihak kepada pembeli?

Dewasa ini, peningkatan harga rumah dan tiada kawalan harga oleh kerajaan telah menyebabkan para pemaju menaikkan harga rumah dengan sewenang-wenangnya.

Laporan khas Utusan Malaysia bertarikh 7 Oktober 2011 berkaitan harga rumah yang semakin mahal di Lembah Klang dan pemaju amalkan taktik 'kotor' menarik perhatian saya dalam mengetengahkan isu ini.

Pada 20 Jun 2010, saya telah membuat tempahan sebuah rumah teres dua tingkat berukuran 20x65 kaki berharga RM237,000 di Bandar Teknologi Kajang dengan wang pendahuluan tempahan sebanyak RM1,000.

Semasa membuat tempahan, eksekutif pemasarannya memberitahu hanya unit yang berkonsepkan bina dan jual sahaja yang masih ada ketika itu.

Terdapat kira-kira 40 unit rumah berukuran 20x65 kaki menggunakan konsep ini. Unit-unit rumah yang dijual itu berharga antara RM228,000 hingga RM237,000.

Menurutnya lagi, harga rumah yang dijual kepada pembeli adalah mengikut harga semasa dan tiada perubahan dari segi harga bermula dari tarikh tempahan dibuat sehinggalah rumah siap.

Memandangkan pemaju merupakan antara senarai pemaju perumahan yang stabil di Kajang, saya tidak teragak-agak untuk menempahnya.

Selang dua atau tiga bulan dari tarikh membayar tempahan untuk rumah tersebut, saya kerap menelefon eksekutif pemasarannya untuk mengetahui tentang perkembangan projek berkenaan.

Menurutnya, konsep bina dan jual tidak memerlukan pembeli dan pemaju menandatangani perjanjian jual beli rumah semasa pembinaan.

Perjanjian jual beli hanya akan dimeterai apabila pinjaman perumahan telah dipohon oleh pembeli dan diluluskan oleh pihak bank.

Oleh itu, hanya resit pembayaran tempahan sahaja yang membuktikan wujudnya tempahan dan pembelian rumah tersebut.

Menurut pemaju, rumah tersebut dijangka siap pada Februari 2012 dan pihak peguam akan memaklumkan para pembeli bilakah tarikh permohonan pinjaman perumahan boleh dibuat.

Tambahnya lagi, anggaran tarikh pinjaman perlu dibuat adalah pada Oktober atau November 2011.

Untuk memastikan pembinaan rumah ini berjalan lancar, saya bersama keluarga telah beberapa kali mengunjungi kawasan perumahan yang sedang dibina ini dari semasa ke semasa untuk melihat perkembangan projek.

Hasil tinjauan tersebut, saya mendapati projek perumahan tersebut hampir siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, selepas setahun menunggu, baru-baru ini ini saya menerima panggilan dari pihak peguam tersebut dan memaklumkan projek perumahan yang hampir siap itu tidak akan dijual kepada pembeli sedia ada termasuklah saya.

Pemaju memberi alasan projek perumahan fasa tersebut akan disewakan kepada institusi pendidikan swasta yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

Bagi saya, alasan yang diberikan oleh pemaju tersebut adalah tidak logik langsung.

Adakah ini hanya alasan untuk pihak pemaju dan peguam menaikkan harga rumah tersebut dan menjualkannya pada pembeli lain mengikut harga pasaran terkini?

Saya merasakan ini adalah satu helah dan penipuan daripada pihak pemaju untuk menjual semula unit-unit rumah tersebut mengikut harga pasaran terkini dan ia sudah pasti akan lebih menguntungkan pemaju berbanding meneruskan konsep 'bina dan jual' seperti yang telah dipersetujui.

Oleh kerana tiada perjanjian jual dan beli dimeterai dan hanya perjanjian 'mulut' dan sehelai resit wang pendahuluan tempahan beli rumah, maka pemaju dengan sewenang-wenangnya menukar konsep 'bina dan jual' ini dan membuat pembatalan tempahan pembeli sebelum ini pada saat pembinaan rumah akan siap sepenuhnya.

Selain itu, Fasa 2 bagi projek Hillpark ini telah dibuka untuk tempahan. Perbezaaan harga bagi projek yang dijalankan antara Fasa 1 dan Fasa 2 dianggarkan bernilai RM100,000.

Tindakan pemaju membatalkan penjualan rumah yang kononnya berkonsepkan bina dan jual ini saya rasakan hanyalah untuk mempermainkan pembeli.

Membuang masa pembeli selama setahun lebih menyebabkan pembeli terpaksa menanggung kerugian dari segi masa dan menyebabkan harga rumah semakin meningkat dalam tempoh tersebut.

Pihak pemaju dengan rasa tidak bersalah dan tanpa rasa tanggungjawabnya telah membuatkan pembeli mengalami kerugian.

Saya memanjangkan kes ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Menurut pegawai di bahagian aduannya, laporan dan tindakan tidak dapat dikenakan ke atas pemaju yang tidak bertanggungjawab ini disebabkan tiada perjanjian jual beli ditandatangani dan dimeterai antara kedua-dua pihak sama ada di pihak pembeli mahupun pemaju.

Di manakah hak pembeli jika masalah ini berlaku?

PEMBELI TERANIAYA,
Seri Kembangan, Selangor

Thursday, October 20, 2011

Lelaki Ingin Dengar 5 Kalimat Ini Dari Anda

LELAKI cenderung tertutup untuk mengutarakan isi hatinya. Padahal, dia pun mahukan beberapa perkara terlontar dari mulut anda untuknya.

Ingin mengetahuinya? Kami memberikan bocorannya untuk anda.

"Tiada masalah, aku mengerti"
Lelaki cenderung menangani kejadian-kejadian tak terduga, seperti orang dewasa sementara wanita lebih perasa dengan memasang muka masam dan mungkin memberikan pasangannya dengan serbuan makian. Jadi, sesekali dia pun ingin sekali difahami oleh anda untuk tidak menuntut penjelasan sebarang perubahan sikapnya tersebut.

"Itu adalah hal yang luar biasa!"
Hal ini memang tidak terlalu menakjubkan. Tapi ketika anda memberitahunya tentu membuat dirinya kian bersemangat ketika di tempat tidur. Jika anda tidak mahu berlebihan, maka buatlah kalimat pujian selayaknya sehingga dia merasa dihargai atas perlakuannya terhadap anda.

"Oh, betapa pintarnya dirimu"
Apapun yang dia lakukan ketika di rumah, berikanlah apresiasi atas aktivitinya tersebut. Biarkan dia mengetahui bahawa kemampuannya dihargai dan anda merasa terkesan dengannya. Jadi, berikan apresiasi tersebut sebagai bentuk penghargaan untuk pasangan.

"Kamu begitu seksi ..."
Tidak kira berapa lama masa hubungan yang anda lewatkan, namun menganggap bahawa pasangan selalu mempunyai sisi menarik di mata anda adalah amat penting. Salah satu alasan lelaki berselingkuh adalah mereka merasa diingini sementara sang wanita tidak berusaha mengisi rehat tersebut. Jadi, biarkan orang-orang tahu bahawa anda melihatnya sebagai seorang yang begitu seksi dan menarik. Utarakanlah kalimat tersebut kerana mereka memang ingin mendengarnya.

"Apa yang kamu fikirkan untuk saya lakukan ...?"
Jika anda meminta seseorang untuk membantu menyelesaikan masalah, maka katakan padanya bahawa anda begitu memerlukannya. Katakan padanya bahawa anda sangat mempercayai nasihatnya. Hal ini menjadi sebuah dorongan besar baginya kerana dia merasa dihormati. Mungkin anda memang tidak perlu menggunakan nasihatnya, tapi sekurang-kurangnya anda melibatkan diri dengan menawarkan diri atas sesuatu langkah yang boleh anda lakukan untuk meringankan masalahnya.

Anonymous

Ilusi Gambar Senget "Tilt Photography"

Romain Laurent, seorang photographer dari France yang berbakat besar adalah seorang yang famous bagi agensi-agensi pengiklanan dan fashion houses. Ini adalah salah satu projek terbaru beliau yang dikenali sebagai "Tilt" yang menunjukkan ilusi photo secara senget.








 

 

 

Sumber : MalaysiaRia

Wednesday, October 19, 2011

Mitos Perceraian

TERLALU banyak kes perceraian yang dilaporkan sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada rumah tangga yang sememangnya sedang dalam masalah.

Bila pasangan suami isteri bergaduh, pasti akan ada salah seorang daripada mereka akan mengaitkannya dengan kisah perceraian yang dilaporkan di dada akhbar.

Ini memang tidak patut terjadi kerana perkahwinan bukanlah sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Stigma yang kurang tepat ini akhirnya mencetuskan mitos yang sering dikaitkan dengan perceraian.

* Jalan Keluar
Antara mitos yang sudah sebati dengan kehidupan kita ialah apabila perceraian dikatakan sebagai jalan keluar.

Padahal jika difikir secara mendalam bercerai itu sebenarnya bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini ditegaskan sendiri oleh seorang penulis buku yang juga pakar tentang hal ehwal selepas bercerai, Lee Block, yang menyatakan: “Aku tidak menyokong perceraian, tapi jika anda tidak bahagia dalam perkahwinan tersebut dan mengambil keputusan untuk bercerai, percayalah bahawa perceraian itu akan menjadi satu pilihan yang paling menyusahkan anda.”

* Cerai perkara biasa
Mitos kedua tentang perceraian ialah apabila anda menganggapnya sebagai perkara biasa.

“Kalau sudah tak sayang bercerai sajalah!” Senang saja bibir mengungkap kalimah ‘cerai’.

Memang lumrah rumah tangga ada pasang surutnya. Bak pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Bercerai sepatutnya menjadi agenda paling akhir bagi pasangan suami isteri yang tidak lagi mampu mempertahankan keutuhan rumah tangga mereka daripada terus menanggung sakit fizikal (akibat didera) atau mental (tekanan perasaan).

* Berpunca daripada satu pihak
Mitos ketiga tentang perceraian ialah ia berpunca dari salah satu pihak iaitu suami atau isteri. Jangan kata begini: “Awaklah yang bersalah! Semua ini disebabkan awak.” Padahal penyebab perceraian sebenarnya banyak punca.

Jadi tindakan tuduh menuduh dan mempersalahkan antara satu sama lain adalah satu tindakan yang tidak begitu bijak. Sebaiknya berlapang dada dan menerima dengan baik ketentuan yang telah berlaku.

* Jadi semakin baik lepas cerai
Satu lagi mitos tentang perceraian ialah anggapan bahawa setelah bercerai keadaan akan menjadi semakin baik.

Tidak ada maknanya ia akan menjadi semakin baik. Benarkah anda akan lebih bahagia selepas bercerai.

Lee Block menjelaskan jika satu pasangan itu bercerai, suami isteri masing-masing akan menghadapi dimensi kehidupan yang berbeza. Yang mana mereka harus mula membiasakan diri dengan kehidupan baru pasca perceraian.

* Anak-anak jadi lebih baik lepas bercerai
Mitos terakhir tentang perceraian ialah dengan mengatakan bahawa anak-anak akan menjadi lebih baik selepas ibu bapa bercerai.

Anak-anak terutamanya yang di bawah umur sebenarnya yang paling tidak bertuah apabila ibu bapa mengambil keputusan untuk bercerai. Kemungkinan besar anak-anak akan mengalami kesan psikologi akibat perceraian tersebut.

Bukan itu sahaja, tumbesaran mereka juga akan terganggu.

Kesimpulannya jangan menganggap perceraian itu satu tindakan yang baik, kerana Allah menjadikan perkahwinan itu satu ikatan suci untuk ketenangan lelaki dan wanita, bukan untuk bercerai.

Susunan Noor Fazrina Kamal