nuffnang

Sunday, January 30, 2011

10 Perkara Memeranjatkan Dalam Perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan pengalamannya selepas berkahwin.


1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.
“Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan.”

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.
“Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai.” Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.
“Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan mata.”

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.
“Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar… kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal.”

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.
“Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir.”

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.
Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.
Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.
Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah “soulmate” masing-masing.

video
9. Hubungan seks ada turun naiknya.
Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada “mood” dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.
Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan berubah hati.

Sumber : sex-melayu.net

Saturday, January 29, 2011

Abai Pertanian, Derita Kemudian

KUNTA Kinte dah dua, tiga kali tulis pasal pertanian dan harga makanan. Kunta Kinte risau dengan hala tuju pengeluaran dan harga barang makanan sekarang.

Jadi Kunta Kinte nak bincang sekali lagi. Manalah tahu dengan kita bincang hal ini, lebih ramai orang dan lebih banyak pihak akan tambah faham dan cari jalan hadapi masalah ini.

Kunta Kinte rasa tak cukup lagi dengan kerajaan bagi alasan harga barang makanan di negara kita lebih murah daripada di negara jiran atau kita salahkan orang lain bila bekalan kurang dan harga naik.

Yang lebih Kunta Kinte takut adalah kita tak cukup faham atau tak cukup ambil berat untuk faham keadaan bekalan dan harga makanan dunia.

Misalnya, bila harga gula naik atau bekalan hilang dari pasaran, kita tuduh peniaga sorok. Kita salahkan penyeludupan dan orang kita beli berlebihan.

Atau kita kata kurangkan makan gula bagus untuk kesihatan. Kunta Kinte tak kata kurang makan gula tak baik untuk kesihatan. Memang itu betul. Kepada Kunta Kinte tak jadi hal pasal Kunta Kinte memang tak makan gula pasir dah berpuluh tahun. Ada tak adapun bila minum teh masala (teh berempah) susu lembu. Kena bubuh dalam satu sudu kecil.

Ini semua adalah alasan sementara saja. Dalam jangka masa panjang, kita kena faham dan akui memang dunia akan kekurangan gula dan harga gula di negara kita mesti naik.

Kita ambil bencana banjir yang landa timur Australia dan Brazil sekarang. Dua negara itu adalah pengeluar gula tebu terbesar di dunia. Banyak ladang tebu musnah. Brazil juga antara pengeluar kacang soya utama dunia.

Memang dah sah bekalan gula dan kacang soya akan jatuh dalam masa setahun dua ini. Tambah pula musim sejuk yang sangat teruk di hemisfera Utara yang babitkan China, Amerika Utara dan Eropah.

Ceritanya mudah saja. Bila cuaca buruk, pengeluaran kurang. Bila pengeluaran kurang tapi permintaan tetap sama, harga mesti naik. Itulah kesan bekalan dan permintaan ke atas harga barangan.

Kita akan rasa kesannya pasal banyak juga import gula kita adalah dari Australia. Bukan itu saja. Dari semasa ke semasa, kita buat perjanjian jangka panjang beli gula dari negara itu.

Jadi, ada masa apabila harga gula dunia naik, harga kita kekal. Kalau naik pun sikit saja sebab bawah perjanjian jangka panjang itu, kita bayar harga yang lebih rendah daripada harga semasa di pasaran dunia. Kemudian dalam negara, harga gula dikawal kerana kerajaan bagi subsidi.

Tapi dalam suasana perdagangan baru dan permintaan yang makin bertambah, nak buat perjanjian macam tu dah tak mudah lagi. Dari apa yang Kunta Kinte selidik, perjanjian terakhir dengan Australia adalah antara 2006 dan 2008.

Dulu kita cuba tanam tebu untuk buat gula tapi tak berjaya pasal cuaca kurang sesuai dan harga pun tinggi. Jadi sekarang ini boleh kata 99 peratus gula yang kita makan kita import. Kita beli 509,630 tan dari Brazil, 447,480 tan dari Australia, 174,000 tan dari Thailand, 99,400 tan dari Nicaragua dan 12,430 tan dari Guatemala. Yang kita keluar sendiri hanya 17,000 tan.

Sekarang kita taulah pasal apa ‘Raja Gula’ Robert Kuok tiba-tiba keluar daripada perniagaan gula di Malaysia. Sebab dia tahu lambat laun bekalan gula murah dan subsidi gula akan tamat. Jadi Kunta Kinte hairan sikitlah macam mana FELDA boleh pergi beli semua aset gula Robert Kuok di Malaysia.

Robert Kuok ni dia licik. Dia jual monopoli gula dia di Malaysia kepada FELDA dan guna duit itu untuk beli syarikat CSR Limited, pengeluar gula terbesar di Australia. Sekarang kalau FELDA nak import gula dari Australia, ia kena beli dari syarikat milik Robert Kuok.

Itulah hebatnya tauke Cina yang bermastautin di Hong Kong itu. Dia buat untung berbilion ringgit pegang monopoli gula di Malaysia sejak zaman bapa dia, Kuok Keng Kang.

Bila harapan buat untung besar berniaga runcit di Malaysia dah kurang, dia cepat-cepat pergi berniaga borong di Australia. Jadi Kunta Kinte pening sikitlah bila FELDA beli aset gula yang Robert Kuok dah tak berapa minat tu.

Bukan apa, Kunta Kinte takut lepas ni bila harga gula naik atau bekalan gula kurang, orang akan kutuk FELDA. Wallahualam.

Berbalik kepada isu bekalan dan harga makanan, Kunta Kinte risau kalau kita tak tingkatkan pengeluaran makanan dalam negara atau kita pergi ke luar negara untuk hasilkan makanan macam China buat, kita mungkin hadapi krisis makanan.

Dengan cuaca alam yang tambah tak menentu dan bilangan penduduk dunia yang tambah ramai, perebutan sumber semula jadi dan makanan akan jadi lebih sengit. Kalau kita tak bersedia, tak mustahil kita akan alami kekurangan makanan dan inflasi yang teruk.

Jadi janganlah kita abai pertanian dan pandang rendah sumbangan petani kita semata-mata kerana kita nak jadi negara perindustrian teknologi tinggi dan negara perkhidmatan taraf dunia.

Ingatlah, kalau tak ada benda nak makan, duit bertimbun tak guna satu sen pun.

 bharian - Kunta Kinte

Friday, January 28, 2011

Waktu-Waktu Yang Dilarang Masuk Bilik Ibubapa

Antara adab-adab tersebut iaitu adab meminta izin masuk ke bilik tidur ibu bapa. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum solat subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah solat isyak.


Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An-Nur: 58-59)

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa rumah dan segala isinya merupakan 'harta' yang menjadi benteng maruah kepada sesebuah keluarga. Bilik tidur pula menjadi benteng terakhir yang harus dijaga adab-adabnya. Oleh itu anak-anak yang masih kecil mahu pun yang telah dewasa harus dididik menghargai dan menghormati tempat tidur ibubapa, terutama waktu-waktu ibubapa beristirehat. Justeru itu anak-anak apabila mahu berbicara dan meminta sesuatu, mereka dikehendaki memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu. Allah s.w.t. menjelaskan bahawa tempoh tiga waktu yang wajib dijaga ini disebabkan ruang untuk mereka mendedahkan aurat agak tinggi. Tiga waktu yang dimaksudkan di atas ialah :

1. Sebelum solat Subuh
Waktu ini ialah waktu ketika ibubapa kemungkinan sedang tidur. Atau ketika ini juga kemungkinan adalah waktu ibubapa sedang bangun dari tidur. Justeru anak-anak harus diajar agar mengetuk pintu bilik ibubapa sebelum masuk. Waktu inilah waktu 'persendirian' bagi ibubapa. Mungkin ketika itu peratusan aurat mereka terdedah sangat tinggi. Oleh itu anak-anak dilarang mengganggu ibubapa.

2. Sekitar sebelum waktu Zuhur
Waktu Zuhur ini juga disebut sebagai waktu 'Qailulah' iaitu antara waktu yang disunatkan untuk tidur sebentar. Ketika ini kemungkinan ibu bapa sedang berehat, sedang tidur atau bersiap-siap untuk menunaikan solat Zuhur. Anak-anak sewajarnya meminta izin sebelum masuk ke dalam bilik ibubapa demi mengelakkan aurat ibu bapa terdedah kepada anak-anak.

3. Selepas Isyak
Waktu seperti ini biasanya ibu bapa sedang bersiap-siap untuk tidur. Atau kemungkinan salah seorang daripada mereka sedang berehat, bersantai atau tidur di dalam bilik. Anak-anak sewajarnya diajar supaya meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk supaya kehormatan ibu bapa terpelihara.

Islam sangat menitikberatkan pendidikan atau latihan yang bersifat dalaman melalui pembentukan akhlak dan peribadi anak-anak sebelum mereka berhadapan dengan masyarakat luar. Ia sebenarnya merangkumi etika kejiranan yang melibatkan komuniti di luar rumah kita.

Ibubapa juga seharusnya menjaga penampilan diri mereka melalui etika pakaian yang bersesuaian agar lebih bersopan dan menepati syarak terutama di hadapan anak-anak. Berpakaian secara sopan ini merupakan suatu disiplin yang cukup penting dalam Islam yg boleh menghindari sesebuah keluarga itu daripada berlakunya insiden yang tidak baik.

Memisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. untuk memelihara aurat anak-anak dan membentuk adab mereka dengan akhlak yang sempurna. Di dalam sebuah hadis Baginda s.a.w. yang bermaksud: Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)

Untuk mengelak rumah menjadi punca kepada berputiknya unsur-unsur maksiat dan gejala negatif, Islam telah menutup ruang-ruang yang boleh membawa gejala tersebut. Rumah yang baik sekurang-kurangnya mengandungi tiga buah bilik tidur secara berasingan, iaitu sebuah bilik untuk ibu bapa dan dua buah bilik yang memisahkan antara anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan.

Ia berhubung-kait dengan faktor perkembangan seksologi anak-anak yg bermula apabila mereka mencapai tahap kematangan kemudian berlakunya beberapa perubahan terutama dari segi fizikal mereka. Ia biasanya bermula dalam lingkungan umur 10 tahun yang membabitkan beberapa perubahan hormon dalam tubuh badan seseorang.

Perkembangan peringkat umur baligh biasanya akan memberi kesan kepada emosi dan ragam mereka sehingga mendorong sikap dan tindakan 'ingin tahu' mereka. Di sinilah letaknya hikmah di sebalik gesaan Rasulullah s.a.w. supaya ibu bapa memisahkan bilik tidur anak-anak lelaki dan anak perempuan ketika umur mereka 10 tahun supaya aurat mereka terpelihara dan tidak timbul sebarang masalah yang boleh mencemarkan kesucian agama dan keturunan mereka.

Di dalam firmanNya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya) mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (At-Tahrim: 6)

MalaysiaRia

Wednesday, January 26, 2011

Apa Itu Selaput Dara?

Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.

APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan seks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan seksual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan seksual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan seksual buat kali pertama.

Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan seksual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.
  
Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan seks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.
 
Sumber : rahsiaperkahwinan.com                                       elite weight loss package

Tuesday, January 25, 2011

Pemikiran Sinis Lee Kuan Yew

MENTERI Mentor Singapura, Lee Kuan Yew kelmarin dilaporkan menggesa umat Islam di republik berkenaan supaya 'tidak terlalu kuat berpegang pada ajaran Islam' bagi membantu proses intergrasi dan pembangunan negara itu.

''Saya fikir penduduk Islam tidak menimbulkan masalah dalam masyarakat tetapi mereka berbeza dan berlainan," katanya dalam buku bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going yang dilancarkan minggu lalu.

Buku berkenaan adalah berdasarkan 16 wawancara dengan Kuan Yew yang disifatkan sebagai lelaki paling berpengaruh dalam sejarah republik berkenaan.

Wawancara yang keseluruhannya mencatatkan 32 jam itu dijalankan dari Disember 2008 hingga Oktober 2009 dan melibatkan tujuh wartawan The Straits Times Singapura.

Dengan 458 halaman dan 11 bab, buku tersebut mengupas secara mendalam pemikiran Kuan Yew dalam beberapa topik termasuklah sistem politik Singapura, perubahan iklim dan perhubungan antarabangsa.

Topik-topik ringan yang dibincangkan Kuan Yew dalam buku berkenaan adalah mengenai cinta pandang pertama, tattoo, fengshui dan filem. Ia ditulis dalam format soal jawab.

Kenyataan Kuan Yew dalam buku tersebut iaitu supaya masyarakat Islam menjadi lebih liberal menarik perhatian dunia berbanding buku yang baru dilancarkan itu sendiri.

Masyarakat dan pemimpin Melayu di Malaysia pastinya tidak hairan langsung dengan kenyataan sedemikian oleh Kuan Yew. Ini kerana mereka sudah cukup kenal dengan pemimpin veteran Singapura berkenaan sejak negara itu menjadi sebahagian daripada Malaysia sebelum berpisah pada 1965.

Kenyataan Kuan Yew itu turut dilaporkan dalam banyak portal berita di seluruh dunia. Portal Indonesia www.kompas.com melaporkan kenyataan tersebut di bawah tajuk 'Kuan Yew Desak Muslim Lebih Moden.'

Sebuah portal Islam, World Future Online mempersoalkan kenyataan Kuan Yew yang mahukan umat Islam Singapura supaya tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam.

''Kenyataan Kuan Yew seolah-olah mengakui bahawa nilai Islam amat sukar dikikis daripada umat Islam republik tersebut. Sehingga kini beliau masih gagal untuk mengintergrasikan masyarakat Islam dalam masyarakat Singapura seperti mana yang beliau idamkan," kata portal tersebut.

Portal yang sama mendakwa pemerintahan Kuan Yew bersikap zalim terhadap masyarakat Melayu dengan menghapuskan kampung-kampung Melayu bagi mendirikan rumah pangsa untuk dijual kepada masyarakat bukan Islam.

Penduduk kampung Melayu kemudiannya diasing-asingkan di beberapa daerah dan penduduk bukan Islam dibawa untuk tinggal di tempat-tempat yang dulunya penduduk Islam adalah golongan majoriti.

Bagaimanapun, langkah ini gagal untuk menyerapkan penduduk Islam ke dalam komuniti bukan Islam Singapura. Sebaliknya, tambah World Future Online, masyarakat Melayu menolak parti pemerintah People's Action Party (PAP) dalam beberapa pilihan raya.

Ketika Kuan Yew memerintah, PAP mewujudkan Pusat Komuniti Setempat bertujuan menjadi platform aktiviti setiap kawasan perumahan. Pusat ini juga gagal menarik masyarakat Islam terutamanya golongan wanita yang lebih gemar mengadakan aktiviti kemasyarakatan di masjid-masjid.

''Sehingga kini PAP mencari sebab sebenar masyarakat Islam tidak tertarik pada Pusat Komuniti Setempat. Parti pemerintah gagal memahami bahawa masyarakat Islam lebih gemar menjalankan aktiviti kemasyarakatan secara berasingan jika mereka merupakan kumpulan minoriti dalam sesebuah persekitaran sosial.

''Dan kini Kuan Yew menggesa masyarakat Islam untuk bergaul dan kahwin campur. Ini berkemungkinan menjauhkan masyarakat Melayu dari menyokong PAP. Dan jika pembangkang di Singapura cukup bijak untuk memahami dan menerima semua ciri-ciri masyarakat Islam, undi masyarakat Melayu akan berpihak kepada mereka," tambah portal tersebut.

Bilangan masyarakat Melayu Singapura yang memilih untuk berhijrah ke negara lain juga semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Berita Harian Singapura dalam satu laporan pada penghujung 2009 mengatakan bilangan penduduk Melayu Singapura yang berhijrah ke Australia menunjukkan trend peningkatan dengan 30 peratus daripada penduduk Singapura yang berhijrah ke negara tersebut merupakan orang Melayu.

Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima kritikan pedas daripada masyarakat Melayu Singapura apabila beliau menyentuh mengenai nasib orang Melayu di republik tersebut.

''Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan," begitulah reaksi yang diberikan kepada kenyataan Dr. Mahathir mengenai nasib Melayu di Singapura.

Salah satu reaksi kepada kenyataan Dr. Mahathir mendakwa orang Melayu Singapura maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam terpelihara di republik berkenaan walaupun bukan sebagai agama rasmi.

Bagaimanapun, melihat kepada kenyataan terkini Kuan Yew supaya masyarakat Islam Singapura tidak terlalu kuat kepada ajaran Islam, mungkinkah agama Islam akan terus terpelihara di Singapura?

Semua ini terpulang kepada masyarakat Melayu di republik tersebut untuk terus akur kepada pemimpin veteran mereka atau sebaliknya.
 
Utusan Malaysia

Friday, January 21, 2011

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

sumber : ILUVISLAM.COM                                               Elite Weight Loss Package

Thursday, January 20, 2011

Bertaubatlah Anwar

KUALA LUMPUR 19 Jan. - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya.

Sambil mengakui perubahan yang berlaku pada Anwar pada masa ini amat memeranjatkannya, beliau berkata, antara perbuatan itu ialah pengiktirafannya terhadap gerakan pluralisme yang jelas amat bertentangan dengan Islam.

Tegasnya, walau apa alasan sekalipun Anwar sebagai seorang Islam haram mengiktiraf gerakan tersebut kerana kesannya boleh membawa seseorang itu menjadi murtad.

''Hanya Islam agama di sisi Allah dan ini jelas termaktub di dalam al-Quran iaitu dalam surah Ali Imran ayat 19: 'Sesungguhnya Din (agama) di sisi Allah hanya Islam'.

''Bagi saya apa yang dilakukan oleh Anwar ini hanya mengikut nafsu. Anwar sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Sebagai seorang sahabat saya menasihat supaya Anwar kembali ke pangkal jalan dan segera bertaubat kepada Allah SWT,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap perjuangan Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mengulas lanjut Harussani berkata, sekiranya dikatakan semua agama sama, itu sebenarnya merupakan tindakan yang jelas melawan Allah kerana agama di sisi-Nya hanya Islam.

''Murtad dibuatnya. Pluralisme hanyalah merupakan pendapat John Hick bagi memecahbelahkan orang Kristian pada kurun ke-16,'' katanya.

Justeru Anwar, ujar beliau, harus sedar bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan setiap manusia akan dipertanggungjawabkan apabila berhadapan dengan Allah ketika di akhirat kelak.

Dalam perkembangan sama, beliau mengakui amat terperanjat dengan perubahan yang berlaku kepada Anwar jika dibanding pada zaman dahulu terutama semasa menjadi pemimpin utama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

''Saya akui pada masa itu saya melihat Anwar merupakan seorang pemimpin Islam yang cukup hebat. Saya juga yakin terhadap kemampuannya membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih islamik.

''Bayangkan melalui pengaruh Anwar kebanyakan mahasiswi yang berada di universiti tidak lagi memakai skirt tetapi berbaju kurung. Perubahan itu hasil daripada pengaruh Anwar sendiri,'' katanya.

Namun beliau berkata, harapan yang disandarkan kepada Anwar itu tidak lagi berpanjangan kerana Penasihat PKR tersebut berubah 360 darjah.

''Anwar sekarang bukan Anwar yang dahulu. Anwar sekarang sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamatnya. Anwar sekarang bertindak hanya mengikut nafsunya demi untuk berkuasa,'' katanya lagi.

Dalam pada itu ketika ditanya sejauh mana hubungannya dengan Anwar, Harussani berkata, beliau merupakan individu awal yang bersama-sama berusaha menubuhkan ABIM.

''Saya bukan tidak kenal Anwar. Mula-mula berceramah pasal (penubuhan) ABIM di Pulau Pinang), saya yang pertama buat perhimpunan. Majistret pun saya panggil, ketua polis, semua hadir, saya himpun.

''Apabila diluluskan penubuhannya saya tidak menjadi ahli ABIM. Puncanya, Anwar ketika itu mahu ABIM ke istana. Saya kata, Anwar, sekarang kita baru jadi 'tauge'. Tauge ini, pukul orang, dia patah, orang pukul (pun), dia patah. Biarlah kita jadi batang kacang orang langgar, dia bercalar, kita sebat, dia bercalar,'' katanya.

Ekoran kenyataannya itu, Anwar berkata kepadanya yang beliau telah mati semangat jihadnya.

''Anwar kata, sudah mati, pada kami, Harussani sudah mati, tidak ada lagi (semangat) jihad, jadi saya tidak masuk ABIM,'' ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, Harussani juga mengakui yang beliau turut terlibat dalam pernikahan Anwar dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika bertugas sebagai Kadi Besar di Pulau Pinang.

Harussani berkata, berdasarkan kuasa yang ada padanya pada masa itu, beliau telah membenarkan Anwar dan Wan Azizah dinikahkan atas wali hakim setelah bapa Wan Azizah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

''Bukan saya yang nikahkan tetapi oleh seorang ustaz lain. Saya hanya beri kebenaran sahaja. Akibat kebenaran yang saya berikan itu sepasukan anggota polis datang menemui saya untuk disiasat. Pasukan itu diketuai oleh seorang Asisten Supritendan (ASP).

''Saya tanya sebab apa mereka masuk ke pejabat saya. Pasal kahwinkan (Anwar dan Wan Azizah). Itu hak dia (Anwar) nak kahwin. Pasal apa (awak) datang? Saya yang berkuasa dalam perkara ini. Tunjuk mana undang-undang (yang) salah,'' katanya.

Akhirnya beliau berkata, pasukan polis terbabit tidak ambil apa-apa tindakan.

Sementara itu dalam satu majlis keraian selepas berlangsungnya perkahwinan itu Harussani pernah bertanyakan kepada Anwar mengenai tahap penerimaan bapa Wan Azizah.

''Pada masa itu Anwar sudah menjadi timbalan menteri. Beliau kata pada saya sekarang ini bapa mertua sayanglah,'' katanya lagi.

Oleh : Saifulizam Mohamad

Tuesday, January 18, 2011

Benarkah Pas Perjuangkan Islam?

PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan negara Islam, hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Itu asas kepada penyertaan ramai ahli Pas kerana mereka percaya Pas menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. Pas sahaja yang benar dan UMNO sahaja yang salah.

Jika hujan, banjir, tanah runtuh, taufan dan segalanya kerana kemurkaan Allah pada UMNO dan jika terjadi pada Pas itu adalah ujian Allah, jika ahli UMNO mati, sakit, menderita, ditangkap dan segalanya kerana dosa mereka dan jika ahli Pas pula kerana syaitan dengki melihat mereka senang.

Jika kilang arak dibuka UMNO dituduh menghalalkan yang haram, jika Pas pula dikatakan itulah Islam sebenar bertolak ansur dengan agama lain sehingga mahu dibina kilang arak lagi, jika UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam, ditangkap basah, maksiat, judi dan segalanya, UMNO dihukum kafir, jika Pas yang melakukan semua itu dikatakan Allah sudah ampunkan dosa, tidak mengapa dan macam-macam lagi.

Dipendekkan cerita, Pas semua betul dan UMNO semua salah. Kita memahami akan Dasar Penubuhan Negara yang dipersetujui semua wakil kaum dan agama, tetapi mereka yang bermanfaat sering memainkan isu ini untuk meraih sokongan dengan mendorong rakyat kepada penentangan.

Sedangkan pemanupulasi ini sedar, cara untuk merubah Dasar Penubuhan Negara adalah melalui undian 2/3 Ahli Parlimen (MP).

Ini kerana keikhlasan merubah Kedaulatan Undang-Undang Negara bukanlah di jalanan, di pembesar suara, di mana-mana tetapi di Dewan Tertinggi Negara. Para pemimpin Islam yang berjumlah 130 orang di Dewan Parlimen (23 Pas, 16 PKR, 4 Bebas, 87 BN) hanya perlu bekerja keras meyakinkan 15 lagi MP yang bukan beragama Islam untuk menegakkan hukum Islam sebagai undang-undang negara.

Islam adalah agama yang benar. Asas kepada penubuhan negara Islam adalah menegakkan kebenaran dan meruntuhkan penipuan. Benarkah ahli Pas perjuangkan Islam? Jika benar, mengapa mereka tidak mendesak Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang untuk mendesak menafikan tuduhan Ummi Hafilda ke atas Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Shamsidar dan anak yang dikatakan anak Anwar?

Lakukan ujian DNA ke atas keempat-empat mereka dan lihat DNA anak tersebut sama dengan Azmin atau Anwar? Maka tertegaklah kebenaran dan hancurlah penipuan. Jika tidak cukup Islamik, Datuk Seri Anwar, Azmin dan Shamsidar perlu bersumpah. Jika tidak cukup juga, Datuk Seri Anwar dan Azmin perlu bersumpah di atas mimbar Khutbah Jumaat menafikan perkara itu.

Bukankah itu harapan kita semua untuk menegakkan Islam? Malahan, jika benar anak gadis itu anak Anwar maka adalah haram bersentuhan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Haram duduk serumah berduaan dengan Azmin dan saudaranya yang lain. Jika anak itu berkahwin dan diwalikan bukan bapa sebenar, maka perkahwinan tidak sah dan ramai lagi anak haram akan lahir. Jika tidak benar dan anak gadis itu anak Azmin yang sah maka terbelalah maruah beliau, Azmin, Shamsidar dan Datuk Seri Anwar yang sering "dituduh" rendah moralnya.

Bangunlah ahli Pas, kita cegah kemungkaran dan mengelakkan kemurkaan Allah. Percaya pada janji Allah, kebenaran akan tertegak dan penipuan akan tersungkur. Jihadlah, selamatkanlah masa depan dan syurga anak gadis yang tidak berdosa itu.

Jika anda tidak menyahut cabaran ini, maka perjuangan anda menegakkan Islam dalam Pas hanyalah palsu dan menipu diri sendiri tapi tidak mampu menipu Allah.

MUSTAQIM ABDUL RAHMAN
Batu Caves, Selangor

Monday, January 17, 2011

10 Tip Menambah Air Mani Lelaki

Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani,antaranya :-

1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair.Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani akan lebih mantap.

2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3) Lakukan senaman secara berkala, lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7) Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu, telur ayam kampung dan buah badam. Kekacang juga membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati di kedai jamu, pasaraya dan farmasi.

10) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.

Sumber : MalaysiaRia

Sunday, January 16, 2011

Suami Miang, Isteri Dingin

ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan.

Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan ’saham mula menurun’.

Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya.

Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat!

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda ‘keriangan’ luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri me nyekat suami bermain mata dengan wanita lain.

Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh mem bangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan.

Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.

Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin.

Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil.

Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.

Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam pe nunggu pohon beringin.

Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan ha ruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.
     
Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi.

Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin.

Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

Sumber : www.rahsiaperkahwinan.com

Friday, January 14, 2011

Usah Emosional Fakta Sejarah

NEGARA kita ni tak pernah sunyi daripada perselisihan. Apa lagilah dalam bidang politik. Dalam politik, berbeza pendapat dan berbahas adalah asas kejayaan.

Kalau tak berbeza pendapat dan tak pandai bahas, macam mana orang ramai nak bezakan dan nak pilih antara sebuah parti dengan parti yang lain.

Kerana kita dari awal lagi negara berbilang bangsa dan agama, maka hal-hal yang bersangkut paut dengan bangsa dan agama sangat penting dijaga dan dipertahankan.

Alhamdulillah, kita boleh kata berjaya. Kalau pun berlaku perselisihan kaum, ia tidaklah besar atau berpanjangan. Peristiwa 13 Mei 1969 itu pun kecil kalau kita banding dengan tumpah darah etnik dan agama yang berlaku di Afrika, Balkan dan India.

Ini bukan apa, tapi pasal kita saling hormat antara satu sama lain dan kita ada undang-undang yang cegah orang buat benda-benda atau kata hal-hal yang tak baik dan tak patut mengenai mana-mana bangsa dan agama.

Tapi janganlah pula kita guna alasan sensitif ini sampai benda-benda asas, benda-benda yang bersangkut paut dengan sejarah dan benda-benda dah kita terima pun kita tak boleh sebut dan tak boleh bincang.

Di mana pun dalam dunia bila orang dari banyak bangsa dan agama bergaul, tentu ada perkara-perkara yang tidak baik atau kurang positif timbul. Masa Kunta Kinte mula pergi ke Amerika Syarikat pada awal 1980-an, istilah Negro yang bererti hitam dalam bahasa Sepanyol masih luas digunakan. Orang kulit hitam pun tak kisah sangat.
Malah, dalam perbualan harian, orang Negro panggil satu sama lain ‘Nigger’. Tapi kalau orang putih yang panggil orang Negro ‘Nigger’ dia mungkin kena belasah.

Masa Kunta Kinte muda-muda dulu, bila balik kampung dan jumpa kawan-kawan lama, dari jauh lagi mereka teriak: “Ooi anak haram jadah, bila hang balik?” Itulah bahasa basahan yang kita guna di kalangan kawan-kawan akrab pada masa itu.

Sekarang dah tak guna lagi sebab ramai dah mati manakala yang masih hidup, Alhamdulillah, dan jadi haji dan tok wan.

Tapi ada benda yang bunyi tak sedap atau tak positif yang dah jadi bahan sejarah. Macamlah di Amerika Syarikat. Istilah Negro, Nigger, Black dan sebagainya adalah fakta sejarah.

Dalam pertuturan dan dalam penulisan, istilah-istilah ini wujud dan pernah digunakan. Walaupun hari ini tak dipakai lagi secara rasmi kerana dah diganti dengan istilah ‘African American,’ tapi kalau seseorang menulis atau bercakap mengenai asal usul orang Amerika keturunan Afrika dan merujuk kepada fakta sejarah, mahu tidak mahu dia terpaksa menyebut istilah-istilah seperti Negro, Nigger dan Black.

Macamlah kalau kita bercakap atau menulis berpandukan sejarah mengenai asal usul bangsa yang ada di negara kita ini.

Contohnya ada istilah Jawa Kontrak iaitu orang Jawa yang datang ke Singapura dan Malaya pada tahun 1920-an dan 1930-an jadi buruh binaan dan ladang.

Hari ini cucu cicit mereka tak jadi buruh kontrak lagi. Ada yang jadi peniaga, kakitangan awam, ahli profesional dan ahli politik. Boleh jadi ada antara mereka yang tak suka dikaitkan dengan istilah Jawa Kontrak, tapi Jawa Kontrak adalah hakikat sejarah negara kita.

Macam itu juga dengan orang Cina yang berhijrah ke Malaya. Ada yang datang sebagai ‘singkeh’ dan ada yang datang sebagai ‘tauke’. Singkeh adalah orang Cina yang tak ada pelajaran dan selalunya jadi buruh. Cina tauke ada pelajaran atau kaya. Mereka berniaga dan jadi tuan.

Pada zaman Kunta Kinte, kita guna istilah ini dalam konteks kita sendiri. Bila kita tak ada duit dan mahu kawan belanja, kita kata, kita singkeh (atau sengkek). Jadi yang belanja kita tu, kita panggil tauke.

Hakikat bahawa dalam masyarakat Hindu ada kasta tak boleh nafikan. Kita pun tak boleh nafi yang kerana kasta ini, ramai orang Hindu yang miskin dan susah berhijrah ke merata tempat di dunia untuk cari kehidupan yang lebih baik. Kalau mereka terus menetap di India, mereka susah nak keluar daripada belenggu ekonomi kasta.

Dalam hal ini, orang India dari kasta paria adalah antara yang paling ramai datang ke Malaya. Orang dari kasta ini banyak tinggal di negeri Tamil Nadu.

Ikut kamus The Free Dictionary, paria atau dalam bahasa Inggeris dieja pariah dan disebut pa-ra-yah, adalah daripada perkataan Tamil ‘pa’aiyar’ yang bermaksud pesta gendang atau pemalu dendang. Boleh jadi asal usulnya anggota kasta ini adalah pemalu dendang atau pemuzik.

Jadi, kita janganlah emosi sangat sampai bakar buku atau haramkan buku bila Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, guna istilah kasta paria dalam novel dia Interlok.

Baca dan kajilah dulu konteks yang dia guna istilah itu dalam penceritaannya mengenai pendatang dari negeri India.

Sepanjang yang Kunta Kinte tahu, intelek dari generasi Abdullah adalah paling terbuka kepada kepelbagaian kaum, agama dan budaya. Yang jadi sensitif tak tentu hala ni sebenarnya orang yang tak bergaul antara kaum dan agama. Mereka hanya hidup dalam kelompok kecil mereka.

Mungkin mereka ini tak pun tahu yang kerajaan India akui secara rasmi adanya masalah sosial akibat sistem kasta. Tahun lalu Parlimen India ambil keputusan masukkan soal selidik mengenai kasta dalam bancian penduduk bermula pertengahan tahun ini.
Tentulah bukan kesalahan Abdullah atau Interlok kalau masih wujud isu dan sensitiviti mengenai kasta dalam masyarakat Hindu Malaysia. Masalahnya masyarakat dan parti politik India/Hindu sendiri.

Jadi Kunta Kinte harap kita janganlah emosional tak tentu hala dan Pak-Pak dan Mak-Mak Menteri kita pun janganlah melatah tak tentu arah sampai nak kaji atau nak haramkan penggunaan Interlok sebagai buku teks.

Kalau mereka buat, mereka pun samalah dengan beberapa kerat penunjuk perasaan dan pembakar buku itu. Wallahualam.
 
Oleh :  Kunta Kinte

Thursday, January 13, 2011

Bahtera Nuh, Kini Terapong Di Rusia


Bahtera Nuh baru, dikreatif dan dikembangkan oleh jurutera berasal dari Rusia. Di bahteranya diwujudkan hotel, dinamai "Ark Hotel". Bahtera berkonsep hotel ini, dibangunkan untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan pemukaan air laut.


Ketika bencana banjir terjadi, hotel ini dapat melayang di air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam kondisi tersebut, hotel berbentuk cangkang ini juga dapat menyediakan energi bagi penghuninya sebab bahagian dalamnya ditanami pohon.

Selain mengatasi banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gempa. Menurut juruteranya rangka dan rekabentuk hotel itu mampu menyebarkan berat secara merata sehingga dapat menanggung penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi. Hotel ini juga memiliki panel suria dan penampung air hujan yang akan memberikan energi dan air secara alami.

Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan vegetasi tumbuhan yang selain memberikan kualiti udara yang baik juga dapat menjadi sumber bahan pangan. Eksterior hotel dibuat dari bahan transparan yang memastikan cukup cahaya. Kontrol intensif cahaya dilakukan dengan adanya filter di bahagian dalam ruangan. Sementara, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ruangan. Hotel ini dibangun oleh firma kejuruteraan Remistudio Rusia dan International Union of Architect.

Alexander Remizow dari Remistudio mengatakan, "Hotel ini dibangun untuk menjawab cabaran masa kini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang independen."

Cabaran, diantaranya adalah keperluan pengamanan dan perlindungan dari efek perubahan iklim serta kondisi lingkungan yang ekstrim. Juga akan terjawab keperluan perlindungan dari aktiviti kerosakan manusia. Untuk membangun sistem kehidupan yang independen, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, efisiensi dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam memproduksi oksigen. Atap yang transparan mebuat tanaman dapatkan cahaya yang cukup."

Ada kalangan menyebutkan, itulah ilham dari bahtera Nabi Nuh AS.

Sumber : dailymail.co.uk

Isteri Anugerah Tuhan

SEPANJANG melayari hidup bersama suami, pasti ada hati terluka. Bahkan, ada isteri menjeruk rasa dengan perlakuan suami yang ada kalanya menyakitkan.


Dalam melayari hidup berdua, tidak hanya menemui yang indah saja. Hakikatnya, perjalanan hidup berdua sering menemukan pelbagai rencah kehidupan - suka, duka, pahit, manis, keliru, persengketaan, berbaik semula, pujuk rayu dan pelbagai.

Mencari suami terbaik selain mengakui hakikat yang jodoh anda dengannya, harus diteliti beberapa perkara supaya bersiap sedia menempuh apa saja cabaran mendatang. Ibarat kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam, sebenarnya rumah tangga bagaikan satu percaturan dalam menguji kekuatan cinta anda berdua.

Sebagai isteri, anda perlu bersikap terbuka dan tidak mengharapkan hanya suami yang memacu perjalanannya sedangkan anda juga ada tanggungjawab sendiri untuk memastikan semuanya berjalan bagaikan dirancang.

Apapun, berikut adalah tanggungjawab yang seharusnya dipikul mereka yang bergelar suami:
# Sangat bertanggungjawab ke atas isteri, anak dan orang di bawah jagaannya termasuk ibu bapa yang sudah tua serta orang gaji, jika ada.

Tanggungjawab dengan takutkan Tuhan adalah lazim melazimi. Orang yang takutkan Tuhan sangat bertanggungjawab. Orang yang benar-benar bertanggungjawab adalah kerana takutkan Tuhan.

# Memberi ilmu dan didikan agama kepada isteri dan anak dengan sempurna.

# Menyediakan nafkah zahir seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kesihatan kepada isteri serta anak. Namun, dalam nafkah yang asasi itu, jika suami cuai ia boleh dituntut. Begitupun, adanya tolak ansur adalah lebih baik dan lebih utama.

# Suami tidak berkasar terhadap isteri dan anak. Selaku ketua keluarga, suami lebih utama menonjolkan sikap kasih sayang dan prihatin. Suami selaku pendidik, pendidikan hanya berjaya dengan kasih sayang dan sabar.

# Sekiranya isteri atau anak membuat salah, hendaklah diberi tunjuk ajar. Secara fitrahnya anak isteri tentulah tidak suka berbuat salah. Jika ia berlaku, ayah atau suami perlu memberi tunjuk ajar kerana kemungkinan mereka membuat salah kerana kecetekan ilmu, kurang bimbingan, terleka, terlupa serta dorongan perasaan dan nafsu.

# Suami hendaklah bertimbang rasa kepada isteri. Amat jarang, tetapi bukan tiada langsung wanita yang kuat jiwa dan akal melainkan mereka lebih didorong perasaan. Sebab itu wanita amat mudah marah, merungut, merajuk serta membebel dan situasi mereka itulah yang memerlukan suami bertimbang rasa.

# Ketika isteri kesedihan, suami hendaklah menghiburkannya. Tumpang simpati memang disuruh, tetapi jangan turut terbawa-bawa dengan kesedihan isteri.

Akibatnya akan bertambah menjadi-jadi dan berpanjangan kesedihan isteri. Kesedihan yang berpanjangan sedikit sebanyak boleh menjejaskan urusan rumah tangga. Suami perlu menghiburkan isteri dengan pelbagai cara, umpamanya bawa berjalan, makan angin dan ziarah kawan.

# Suami sentiasa memberi kerjasama terhadap isteri. Ertinya dalam urusan rumah tangga, karier dan anak, perlu mendapat kerjasama yang baik daripada suami. Jangan dibebankan sepenuhnya kepada isteri.

Secara automatik berlaku perkongsian dalam kehidupan berumah tangga.

# Suami tidak memandang kepada wanita lain. Memandang di sini ada dua maksud iaitu memandang dengan mata kasar secara lahiriah dan memandang dalam erti kata memberi perhatian atau perasaan terhadap wanita lain.

Antara hikmah larangan ini ialah supaya hati suami tertumpah kepada isterinya saja sekali gus suami tidak membandingkan wajah dan perangai isteri sendiri dengan wanita lain.

Isteri itu adalah anugerah Tuhan yang sudah menjadi ketetapan sejak azali lagi, terimalah seadanya.

# Berbincang bersama. Dalam soal masalah atau perancangan keluarga, elok dibincangkan bersama supaya terjamin memperoleh penyelesaian tepat dan memuaskan. Setiap aspek difahami bersama supaya sama-sama dapat menerimanya.

# Kejahatan, kelemahan dan kesilapan isteri tidak didedahkan kepada orang lain. Dalam kes hendak membuat aduan sekalipun, ia harus dibatasi tidak sampai mencemarkan maruah isteri.

# Sentiasa merendah diri kepada isteri atau dengan istilah lain, tawaduk. Merendah diri bukan bererti meletakkan diri hingga boleh dihina isteri. Tawaduk ertinya tidak ego, sombong dan berasa diri segala-galanya.

Perlu diingat, tiada manusia yang benar-benar sempurna dalam segala hal. Sebab itu perlu tawaduk kepada isteri kerana dalam banyak aspek, seorang suami memerlukan isteri. Banyak perkara suami tidak upaya berbuat dan bersabar seperti yang dilakukan isteri.

Tawaduk juga bermaksud berlapang dada serta boleh bahkan bersedia menerima teguran, nasihat dan ingatan daripada isteri.

# Suami perlu bertolak ansur dengan isteri dalam pelbagai aspek untuk kehidupan berdua bersama anak-anak.

# Suami sentiasa kasih kepada isteri. Fitrah semula jadi manusia lebih mudah mengasihi orang yang ada pertalian dan orang yang berjasa.

Contohnya ibu bapa mengasihi anak dan sebaliknya. Antara kedua-duanya ada pertalian. Pengikut lebih mudah mengasihi ketua atau pemimpinnya kerana pemimpin banyak berjasa, begitulah sebaliknya.

# Suami sentiasa belas kasihan terhadap isteri. Dalam kehidupan wanita moden, mereka mendakwa ada segala-galanya yang mereka perlukan. Bahkan apa saja yang mereka mahu, mereka mampu memikirkannya.

Namun sebenarnya, mereka tidak boleh menafikan fitrah semula jadi iaitu memerlukan suami sebagai tempat berlindung, mengadu, berkongsi perasaan, tempat merintih dan tempat memperoleh serta menumpahkan kasih sayang.

Ketiadaan suami dalam hidup seorang wanita, kekosongan tetap dirasai terutama perasaan kerana ia fitrah semula jadi.

Sumber : MalaysiaRia

Wednesday, January 12, 2011

Perlu Ada Stok Penimbal

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba orang ramai dilanda panik apabila minyak masak yang selama ini memenuhi rak-rak barang di pasar-pasar raya, pasar mini dan kedai runcit sudah tiada lagi.

Masakan tidak, barang keperluan utama itu kini kehabisan sedangkan ia bahan keperluan. Tanpanya tidak berasaplah dapur dan kurang enaklah masakan.

Meskipun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi jaminan harga minyak itu tidak akan naik tetapi ia bukan isunya.

Percaturannya mudah, sekiranya bekalan minyak itu mencukupi tentu harga akan kekal. Tetapi adakah jaminan pengekalan harga boleh menjamin bekalannya cukup? Isu utama yang perlu dijawab adalah kenapa minyak masak tiba-tiba kehabisan bekalan.

Timbul pula persoalan mengapa Malaysia sahaja yang mengalami terputus bekalan, ia tidak berlaku di Thailand, Indonesia dan Singapura. Lebih pelik lagi, Malaysia merupakan negara pengeluar kedua terbesar minyak itu selepas Indonesia.

Pasar raya tidak boleh dipersalahkan sekiranya mereka berkira-kira untuk memasarkan bekalan yang ada kerana sebagai peniaga mereka juga terikat kepada perancangan harian. Itu strategi dalam perniagaan pasar raya besar.

Pihak berkuasa mungkin perlu mengambil tindakan terhadap 'jerung-jerung besar' dan konco-konco mereka yang memegang lesen pemborong bahan berkenaan daripada kerajaan.

Bilangan lesen borong yang diberikan oleh kerajaan tidak banyak, maka tidaklah sukar untuk mengetahui mengapa bekalan minyak masak berkurangan.

Tidak menghairankan jika perkembangan ini merupakan satu cara untuk mendapatkan kekayaan dengan cepat dan mudah. Ini kerana minyak sawit mentah dijangka mencecah RM4,000 setiap tan dalam tempoh terdekat ini. Harga semasa MSM kini adalah dalam lingkungan RM3,800 setan.

Tambahan pula, cuaca dunia yang tidak menentu mengakibatkan eksport minyak sawit melonjak secara mendadak, juga menjadi merupakan faktor utama kepada masalah ini. Apa yang berlaku ini, bolehlah diumpamakan seperti persediaan membeli dan menyimpan makanan menjelang bencana alam. Sudah tentulah banyak.

Bersandarkan hakikat ini, nampaknya awal-awal lagi pihak-pihak tertentu dalam sektor komoditi itu sudah membuat pengiraan keuntungan yang bakal diraih dengan menyekat bekalan minyak masak.

Bayangkanlah, berapakah keuntungan yang diperoleh jika dengan tindakan ini menyebabkan harga minyak masak dapat dinaikkan?

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harga sekilo RM2.50.

Justeru sudah sampai masanya kerajaan menyelesaikan masalah ini menggunakan mekanisme penimbal stok bagi menangani masalah menyekat bekalan makanan pada masa depan.

Ini menjadi penting kerana isu menyekat bekalan makanan ini adalah isu lapuk tetapi sehingga kini masih berlaku dan terus berlaku pada tahun-tahun akan datang jika tiada kesungguhan menanganinya.

sumber :  utusan malaysia

Tuesday, January 11, 2011

Kebun Kelapa Akan Pupus?

Kebelakangan ini negara berhadapan dengan isu kekurangan bekalan kelapa sehingga memaksa negara mengimport kelapa dari negara jiran.

Jika dahulu isu kekurangan kelapa hanya kedengaran pada masa perayaan seperti Hari Raya lantaran permintaan yang meningkat, kini kekurangan kelapa berlaku tanpa mengira musim dan waktu.

Agak mengecewakan kerana suatu ketika dahulu Malaysia dikenali sebagai salah sebuah negara pengeluar kelapa terbesar di dunia, tetapi kini perlu mengimport akibat bekalan dalam negara semakin berkurangan.

Pada pandangan saya, ada beberapa sebab kenapa bekalan kelapa negara ini kian merosot, malah akhirnya boleh menyebabkan negara kepupusan terus hasil pertanian tersebut dan bergantung sepenuhnya kepada import.

Sektor pertanian yang pernah menjadi sumber utama ekonomi negara menyaksikan produk pertanian diberi keutamaan, seperti getah, padi dan kelapa khususnya, selain tanaman lain seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga perikanan.

Namun peredaran masa bukan sahaja menyaksikan sektor pertanian semakin diambil alih oleh sektor perindustrian sebagai sumber ekonomi negara, malah sektor pertanian itu sendiri melalui perubahan ketara.

Antara yang paling jelas dalam konteks ini ialah tanaman kelapa sawit semakin lama semakin berkembang pesat di seluruh negara. Ini kerana harga sawit jauh lebih tinggi daripada harga kelapa. Akibatnya kita bukan sahaja menyaksikan estet-estet menebang pokok-pokok kelapa dan menggantikannya dengan kelapa sawit, malah pekebun-pekebun kecil pun turut berbuat demikian.

Contohnya di kawasan Bagan Datoh, Perak, yang suatu ketika dikenali sebagai sebuah kawasan tenaman kelapa terbesar di dalam negara. Tetapi kini estet-estet kelapa digantikan dengan kelapa sawit.

Kebun-kebun kecil juga kini bertukar menjadi kebun kelapa sawit walaupun masih ada juga yang meneruskan tanaman kelapa.

Fenomena ini sukar dihalang kerana pekebun didorong keinginan untuk menambah pendapatan. Harga kelapa sawit bukan sahaja tinggi, malah hasilnya boleh dikutip tiga minggu sekali. Ini berbanding dengan kelapa yang harganya lebih rendah dan biasanya dikutip dua bulan sekali.

Saya percaya penanaman kelapa sawit secara besar-besaran dengan mengorbankan pokok kelapa menjadi antara punca bekalan kelapa negara semakin berkurangan sedangkan permintaan tinggi.

Sudahlah bekalan sedikit, banyak buah kelapa dipetik ketika masih muda untuk dijual sebagai kelapa muda. Inilah natijah kempen 'makan kelapa muda' dan 'minum air kelapa muda' yang dilancarkan beberapa tahun lalu sebagai usaha meingkatkan harga kelapa yang ketika itu rendah.

Jelas kempen ini berjaya. Kelapa muda dan air kelapa muda laris, baik dari warung tepi jalan hinggalah ke hotel-hotel besar. Namun akibat yang terpaksa kita tanggung ialah bekalan kelapa tua berkurangan.

Saya tidak pasti apakah yang wajar dilakukan oleh kerajaan dalam usaha menangangi masalah kekurangan bekalan kelapa ini.

Mungkinkah kerajaan hendak memperhebatkan lagi tanaman kelapa bersaing dengan kelapa sawit? Atau adakah keadaan yang wujud sekarang dibiarkan berterusan dan kita memenuhi keperluan melalui import?

Cuma yang perlu kita ingat ialah jika trend tanaman kelapa sawit semakin berterusan dengan mengorbankan kebun-kebun kelapa, akhirnya tidak akan ada lagi kebun kelapa, semuanya pupus.

Akhirnya bukan sahaja pengguna akan bergantung sepenuhnya kepada kelapa import, malah industri berkaitan kelapa seperti santan, juga akan menghadapi fenomena sama.

Anak Pekebun Kelapa
Kuala Lumpur

Monday, January 10, 2011

Ustaz Bukan Penghalau Hantu

Tanggungjawab sebenar pendakwah dalam filem seram perlu diperbetul


KUALA LUMPUR: Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin.

Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.

“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata. “Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA.

Beliau juga menegur elemen jampi serapah yang disebut watak bomoh atau dukun dalam sesebuah filem atau drama, yang bercampur baur antara nama Allah dengan ungkapan bidaah dalam babak bagi tujuan mencuit hati penonton, yang sepatutnya tidak perlu diton-jolkan sebegitu.

Bagi pendakwah bebas, Daud Che Ngah, watak ustaz yang disempitkan kepada sekadar penghalahantudan penggunaan ayat suci al-Quran sekadar mantera membunuh hantu sebenarnya adalah satu bentuk penghinaan kepada agama Islam.

“Pada pandangan peribadi saya, pengusaha filem seram membohongi masyarakat bahawa hantu yang dikaitkan sebagai jin yang mempunyai kuasa tetapi sebaliknya dijelaskan dalam kitab suci al-Quran bahawa jin bukanlah makhluk yang perlu ditakuti oleh manusia.

“Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hantu daripada Allah dan perkara itu tidak sewajarnya berlaku kerana ia melemahkan minda umat Islam,” katanya
 
sumber : Bharian

Sunday, January 9, 2011

Insafi Kesilapan Dan Kealpaan Lampau

TAHUN 2010 masihi telah melabuhkan tirainya menandakan bermulanya lembaran baru dalam fasa kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT. Rata-rata di kalangan kita menyedari bahawa semakin bertambahnya hari bererti semakin meningkatnya usia. Oleh yang demikian, saya mengajak diri saya dan para pembaca agar bersama-sama menginsafi tentang kesilapan dan kealpaan kita yang lampau dan memacu usaha agar dapat meningkatkan gerak kerja semaksima mungkin bagi memartabatkan agama Allah SWT.
Azam menjadi mukmin yang Muhsin
Firman Allah di dalam surah al-Anfal : 2 :“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

Imam al-Qurtubi menyatakan ayat ini menggambarkan sifat orang-orang mukmin yang takut dan gementar hatinya ketika mendengar nama Allah SWT. Ini hasil dari kekuatan iman dan sikap mereka yang sangat berhati-hati dan menjaga segala perintah Allah SWT. Seolah-olah Allah berada di hadapan mereka. Namun keimanan mereka turut dizahirkan dalam bentuk ibadah seperti yang disebutkan di dalam surah al-Anfal : 3: “Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka”. Iman dan amal yang sudah berada pada martabat inilah sebenarnya yang Imam al-Qurtubi sebutkan sebagai manusia arif billah iaitu manusia yang benar-benar mengenali Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Anfal :4: “Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).”

Iman itu dengan hati, lisan dan anggota
Tentu kita hari ini biasa mendengar bahawa ada sebahagian masyarakat Islam yang meninggalkan solat, berzina malah mengamalkan homoseksual atau lesbian, tidak menutup aurat atau bergelumang dengan maksiat namun menyatakan hatinya masih tetap beriman dengan Allah SWT. Takrif iman seperti yang disepakati oleh para ulama termasuk Imam Syafie ialah “kepercayaan kepada perkara-perkara ghaib, mengucapkannya dengan lidah dan beramal dengan perbuatan”.

Muslim secara zahirnya adalah seseorang yang mengucapkan dan mengakui kalimah syahadah. Jika selama mana hidupnya dia tidak pernah melafazkan atau melakukan perbuatan syirik, maka tetaplah dia muslim. Namun muslim secara zahirnya hanyalah pintu masuk utama dalam perjalanan sebenar seorang yang beragama Islam. Iman bukan sekadar percaya kepada Allah, tetapi lidah mengucapkan kalimah syirik. Iman bukan juga semata lidah berkata beriman tetapi anggotanya menyembah berhala. Iman juga bukan dengan amalan anggota semata-mata, tapi hati menolak Allah SWT.

Seorang muslim sepatutnya berusaha menjadi seorang mukmin iaitu apa yang dipercayai di dalam hati, dizahirkan dalam bentuk lisan dan perbuatan. Setelah itu barulah datang martabat muhsin yang bukan sekadar percaya tapi merasai kehadiran Allah dan diterjemahkan dalam ibadah yang khusyuk dan akhlak yang mahmudah.

Maka dalam hal ini manusia yang menyembah berhala, mensyirikkan Allah walaupun dengan para Nabi dan Rasul, mahupun mereka yang menolak mengucapkan syahadah adalah kufur. Itulah asas antara iman dan kufur.

Kufur dan maksiat tapi menyalahkan takdir?
Jika seorang pencuri ditanyakan kepadanya mengapa kamu mencuri? Jawabnya : ‘Kerana Allah telah takdirkan aku mencuri.’ Jika seorang pembunuh, memberi alasan jenayah bunuhnya, kerana itulah takdirnya. Jika seseorang mengetuk kepala anda, lalu menyatakan bahawa Allah SWT telah mentakdirkan dia mengetuk kepala anda! Perkataan begini betul dari neraca hakikat, namun ia ditolak dari neraca syariat. Mereka wajib dihukum.


Logiknya pencuri tidak akan mencuri atau pembunuh tidak akan membunuh jika dia sedar kehendaknya untuk mencuri atau membunuh bererti menzalimi, menganiayai dan berlaku jahat kepada orang lain. Seorang pencuri, pembunuh malah si pengetuk tadi sebenarnya mempunyai pilihan untuk meneruskan perbuatan itu atau tidak. Namun kesedarannya saja belum pasti mampu mengawal kehendaknya. Ketika itulah manusia memerlukan hidayah bagi menjana kekuatan bagi menolak kemungkaran. Syarat hidayah pula ialah keikhlasan.

Lihatlah, berapa ramai orientalis yang mengkaji Islam dan sedar kebenaran Islam namun mereka bukanlah ikhlas, maka kajian hanya tinggal kajian. Namun bagi mereka yang ikhlas mencari kebenaran, ketika bertemu kebenaran, hatinya seolah tanaman layu yang disirami air, kembali hidup segar. Ingati kisah Salman al-Farisi yang mengembara dari Iran dalam mencari kebenaran iman. Kisah Abu Zar al-Ghifari mencari bermalam-malam kebenaran Rasul SAW. Namun dengan keikhlasan akhirnya Allah SWT ketemukan mereka.

Islam di luar negara lebih terbuka.
Ada orang menyatakan amalan Islam di Malaysia ini terlalu rigid dan sempit berbanding negara-negara lain. Islam yang dipraktikkan oleh masyarakat sama ada di dalam dan luar negara bukanlah ukuran ia tepat atau tidak seperti yang dikehendaki syarak. Malah kadang-kadang ada beberapa uruf (kebiasaan) yang di ambil menjadi hukum juga mempengaruhi aplikasi hukum di satu tempat. Namun asasnya semua itu kena dilihat dari kaca mata nas.

Namun mengapa disuruh Islam saja lebih terbuka dalam menerima agama lain. Mengapa agama-agama lain tidak di suruh menerima dengan lebih terbuka kehadiran Islam. Lihatlah bagaimana Islam di adili di peringkat antarabangsa contohnya di negara-negara yang mengakui tunjang demokrasi. Pembinaan masjid di tapak World Trade Centre tidak dibenarkan atas asas sensitiviti, di Perancis pemakaian purdah diharamkan atas alasan yang tidak langsung munasabah, sementara di beberapa negara lain ummah Islam diberikan layanan yang jauh lebih buruk dari masyarakat bukan muslim di Malaysia.

Akhirnya saya mengharapkan tahun 1432 H dan 2011 M ini bakal membawa kefahaman yang lebih mendalam dalam diri saya dan masyarakat tentang Islam seluruh. Namun saya juga mengharapkan agar masyarakat bukan Islam dapat mendekati Islam dan memahami Islam. Islam adalah agama rasmi bagi Persekutuan, kerana itu wajarlah untuk satu pendekatan khusus di ambil oleh kerajaan dalam menerangkan Islam kepada umum khususnya masyarakat bukan Islam.

Pluralisme agama
Isu pluralisme agama akhir-akhir ini kembali dibahaskan oleh masyarakat. Bahkan saya menerima banyak aduan tentang isu ini dan terbaru berkaitan tulisan seorang penulis wanita di akhbar berbahasa Inggeris. Ingin saya nyatakan di sini bahawa pluralisme agama yang selalu saya sebutkan ialah pandangan yang menyatakan semua agama secara relatif adalah sama, dan tidak ada satu pun agama yang berhak mendakwa diri “uniqueness of truth and salvation” (sebagai satu-satunya kebenaran atau satu-satunya jalan menuju keselamatan).

Tidak dinafikan pada hari ini, bahawa dalam dunia hari ini Islam hidup bersama-sama dengan agama-agama lain yang pelbagai. Namun bagi umat Islam menganggap semua agama itu memiliki kebenaran yang sama saja, adalah salah. Kita umat Islam wajib berpegang teguh dengan firman Allah SWT dalam surah al-Imran : 19: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” Umat Islam wajib berpegang, hanya Islam yang dapat membawa manusia ke jalan yang benar dan lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Datuk Harussan Zakaria
Mufti Perak