nuffnang

Thursday, October 28, 2010

.Cara Mengetahui Wanita Menemukan Kepuasan


Tidak boleh dinafikan, wanita cenderung lebih suka pada lelaki yang mampu memuaskan hasrat seksualnya, walaupun dalam masa yang singkat. Jadi, bagaimana untuk mengetahui apakah isteri itu telah menemui kepuasan atau tidak, boleh dilihat dari tidurnya sesuai berhubungan intim.
Perihal kejantanan agaknya sudah menjadi mitos dan perbezaan pandangan antara lelaki dan wanita. Mitos di kalangan lelaki, siapa pun juga yang boleh berlama-lama melakukan hubungan intim, maka disebut lelaki perkasa. Tak heran kalau lelaki yang mengalami gangguan ejakulasi awal akan merasa tersiksa dan resah jika berbicara tentang seks.

Celakanya, para lelaki menyangka wanita lebih suka pada lelaki yang mampu berjam-jam bermain di ranjang. Padahal sebenarnya wanita justeru menganggap lelaki yang perkasa adalah yang mampu membuat mereka puas dalam permainan ranjang.

Umumnya wanita (isteri) tidak memerlukan perlakuan seks lama-lama di ranjang, tetapi juga tak ingin lelaki pasangannya (suami) punya gangguan ejakulasi awal. Pasalnya, di saat mereka belum terangsang, si lelaki sudah keluar terlebih dahulu.

Ini juga payah. Di mata wanita, bukan lelaki yang boleh berlama-lama di ranjang yang mereka perlukan, meski sebentar tetapi cukup bisa memuaskan hasrat mereka dan membuat kaum wanita ini merasakan orgasme. Untuk melihat seorang wanita merasa puas dalam hubungan seks sangat mudah. Setelah hubungan seks lihatlah cara tidurnya. Jika si wanita tampak tidur gelisah, umumnya hal itu disebabkan ketidakpuasan mereka. Namun, wanita yang tidur lena setelah melakukan hubungan seks, biasanya mereka sudah merasakan orgasme ketika berhubungan intim.

Jika boleh dikata, anggapan lelaki perkasa itu, adalah yang mampu berkaitan seks berlama-lama, tidak sepenuhnya benar. Inilah perbezaan pemahaman masalah seks antara lelaki dan wanita. Kaum lelaki lebih menekankan pada kuantiti lamanya hubungan intim, sementara wanita cenderung memilih kepuasan dari hubungan seks. Mengapa demikian?

Dalam sebuah hubungan seksual pihak wanita lebih cenderung akan merasa kesakitan jika bermain seks terlalu lama. Justeru wanita akan merasakan nikmatnya seks, ketika mereka orgasme. Namun apabila mereka orgasme, yang muncul bukan lagi orgasme. Kaum wanita cenderung mulai merasakan kesakitan.

**Multi Orgasme
Ada juga wanita yang boleh melakukan orgasme sampai beberapa kali. Tetapi untuk bisa mendapatkan orgasme kedua dan ketiga kalinya, biasanya memerlukan waktu yang cukup lama. Sementara pada kaum lelaki, orgasme hanya boleh satu kali. Kalaupun ada yang beberapa kali, itu terdapat pada beberapa lelaki saja.

Sedangkan untuk bisa mendapatkan orgasme, si lelaki memerlukan waktu paling tidak setengah jam untuk siap kembali bertempur. Rata-rata hubungan seks yang normal yang boleh dilakukan lelaki antara 10 hingga 15 minit. Hal yang paling penting dilakukan dalam hubungan seks ini adalah membahagiakan pasangannya.

Jadi, terlalu lama hubungan seks malah menimbulkan penderitaan bagi pasangan. Hal ini disampaikan oleh ahli psikologi seks Amerika. Itu bisa dibuktikan dari sejumlah kajian dengan beberapa poling menggambarkan bahawa seks yang dilakukan dalam masa yang singkat, tapi sanggup memuaskan pasangannya akan berdampak pada keharmonisan rumah tangganya.

Ertinya, baik lelaki mahupun wanita, tidak akan merasakan kesakitan dalam berhubungan seks. Keduanya, sangat menikmati hubungan intim ini, walaupun waktunya sangat singkat. Dalam hal ini, hendaknya si lelaki lebih memikirkan high berkaitan seks daripada lamanya hubungan intim.
**Ghairah Wanita
Masih tentang gambaran ketidakselesaan wanita saat berhubungan intim, jika seseorang wanita dipaksakan bercinta dalam kedudukan menurut kemahuan lelaki. Padahal kaum wanita tersebut tidak merasakan kenikmatan, maka yang timbul hanya rasa sakitnya. Ini akan mengakibatkan, kalau gairah wanita yang sejak semula berkobar-kobar malah akan jadi padam.

Dan saat ghairah tersebut menurun, maka seorang lelaki selayaknya tidak boleh dikatakan kembali ke titik sifar, justeru yang harus dilakukan adalah harus kembali melakukan pemanasan lagi, memancing ghairah pasangannya untuk tetap tinggi.

Oleh kerana itu, jika wanita sudah merasakan kesakitan ketika berhubungan intim dalam posisi tertentu, maka sebaiknya tidak diteruskan kerana pada prinsipnya hubungan intim semata-mata bertujuan untuk mendapatkan kepuasan dari kedua-dua belah pihak, baik lelaki mahupun wanita.
https://youtu.be/mB0lmFWfAgs
...malaysiaria

Sunday, October 24, 2010

Betulkah Lelaki Nakal Ghairahkan Wanita?


People want to feel true friends death will spark controversy in this space. The women actually prefer men naughty than good even when asked about the choice of men, the standard answer is "I want a boyfriend who can guide me to the right path". Before the sisters, an old lady who read this article do not agree and looking for ideas to make a comment deadly, challenge friends akak-akak all talk out loud, "I'm not interested naughty man!" And ... be careful, do not lie yourself.

Male delinquency trigger naughty fantasies in a woman's mind and interesting images, and this secretion of adrenaline into their bodies causing great excitement. It does not matter whether naughty fantasy in the mind of women is realized by the man or not, the perception exists is more important than reality. It all starts in the mind! Because women love men rich, handsome guy and the next guy naughty.

Perception .. 1:
Mengurat clever and mischievous man not afraid to approach women! Their approach is bolder and if rejected once they cool sake only. At least they dare to tell and the woman already know that they are interested. The other one is up to the owner himself. Brave and cool properties that exist in this naughty man-man tempting! Even if they are actually afraid to approach women, women's perceptions of men naughty is the opposite.

Perception .. 2:
Appointment or dating with naughty man never boring because they know looking for interesting and unusual activities to entertain your girlfriend. That pasallah rockers or those who know how to play the guitar is always the way with a girlfriend. Even if it was just gone to a movie, 'wayang'nya look more attractive than men poyo and good.

Perception .. 3:
Naughty man not desperate. They came from the man who does not panic, no fuss and no act, all delicious medium. The nature of man is so voluptuous women.

Perception .. 4:
Vehicle naughty common man. Where there naughty boys ride mediocre, at best there was a tire rim or do a bit modification. Typical sedan does not apply to such persons. Naughty men never just up the standard motor. Less-less you had to kapcaikan little motor. Then sexy, busty then come on!

Perception .. 5:
Naughty Men often clever play musical instruments and there are two opinions about them that is. First, they know how to use your hands and fingers. Second, they can play with the melody to melt the heart. Women will indeed be weaker with this skill.

Perception .. 6:
Naughty Men often the choice or dream of many women! The nature of women is like making other girls jealous. And when women are able to create their naughty man, jealous of other women to rate more than doubled. The perfect combination!

Perception .. 7:
They are clever style. Generally women love fashionable and if paired with a stylish pair, they will look more stylish. And please go back to the perception of women menbuatkan 6 will be more than happy.

For ataslah reasons why many men want to be rockers although age is the cut and why women terliur with naughty boys! Of course men naughty or bad boys is not an ideal candidate for marriage but the idea of ​​dating a nice guy is boring, let alone to experience it.

So,'m ready to comment companion statement that women are actually more men prefer naughty? Please!

...malaysiaria

Saturday, October 23, 2010

Wanita Lemah Syahwat


SEBUT saja masalah ereksi disfungsi atau ED pastinya ramai segera menuding jari ke arah lelaki. Tidak ramai yang membicarakan masalah lemah syahwat di kalangan wanita kerana ia kurang diperkatakan. Jika lelaki lebih terbuka membicarakan kehebatan mereka di ranjang, wanita sebaliknya lebih berpegang kepada persepsi ‘masalah di ranjang seharusnya ditinggalkan dalam bilik tidur juga.’

Tidak hairanlah masalah wanita ini hanya berani diperkatakan secara terbuka sejak lima tahun kebelakangan ini berbanding isu ED di kalangan lelaki yang kerap dicanangkan.

Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian Kelantan, Prof Dr Shah Reza Johan, berkata jika dilihat proses embriologi (pembentukan janin) dan jaringan penyaluran darah ke sistem reproduksi wanita dan lelaki, wanita juga boleh mengalami masalah ED seperti lelaki.

Keadaan lebih sukar apabila wanita itu sendiri yang rata-ratanya tidak menyedari mereka berhadapan dengan masalah ini kerana ia tidak dapat dilihat secara fizikal seperti mana lelaki.

“Ereksi sistem reproduksi semasa hubungan kelamin sudah pun dibuktikan secara saintifik. Pengaliran darah ke sistem pembiakan seperti yang berlaku kepada golongan lelaki juga penting untuk syahwat dan fungsi fizikal. Bagaimanapun, di kalangan wanita isu ini tidak diperkatakan secara terbuka,” katanya.
Malah, kata Dr Shah Reza, masalah ED wanita tidak begitu menjejaskan emosi seperti mana lelaki.
“Lazimnya isteri yang berusaha supaya suami yang mengalami ED mendapatkan rawatan supaya langkah itu dapat mengeratkan lagi hubungan intim serta komunikasi di antara mereka. Inilah kelebihan pada wanita kerana bagi mereka hubungan kelamin adalah satu dari komponen perhubungan suami isteri dan bukannya perkara pokok dalam perhubungan,” katanya.

Dr Shah Reza berkata, masalah seksual itu di kalangan wanita berbeza dengan yang dialami lelaki. Biasanya kes ED membabitkan lelaki meningkat selari peningkatan usia, namun untuk bagi wanita pula sukar untuk memastikan dengan jelas apabila ia terjadi.

ED di kalangan wanita sebaliknya berlaku apabila usia makin matang dan berhadapan masalah lubrikasi dinding faraj serta vulva.

Pada 2007, kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mendapati wanita yang berusia 45 tahun ke atas, berkahwin dengan lelaki yang lebih tua dan tidak kerap melakukan hubungan seksual lebih cenderung mengalami masalah itu berbanding wanita muda yang berkahwin dengan lelaki sebaya dan kerap melakukan hubungan intim.

Bagaimanapun, jelas Dr Shah Reza, mengaitkan masalah itu sebahagian simptom wanita putus haid mungkin tidak tepat. Namun, peningkatan serta kematangan umur berkait rapat dengan kekurangan lubrikasi (mudah kering atau sukar basah) pada faraj, dingin pada hubungan intim dan juga kegagalan mencapai puncak semasa hubungan kelamin.

“Sukar untuk menentukan simptom masalah ini bagi wanita disebabkan struktur sistem reproduksinya di dalam berbanding lelaki yang mana kegagalan itu jelas kelihatan. Lazimnya fasa-fasa seksual wanita seperti fasa terangsang, fasa mendatar, fasa kemuncak dan akhir sekali fasa resolusi akan terencat. Hasilnya wanita menjalani hubungan kelamin dengan tidak memuaskan,” katanya.

Seperti mana isu ED yang kurang dibicarakan, begitulah juga kaedah rawatannya. Namun, Dr Shah Reza berkata mungkin ubat-ubatan ED untuk lelaki boleh membantu wanita yang mengalami masalah itu. Ini kerana, penggunaan ubat itu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian sulit dan juga rahim seperti sifat semula jadi semasa rangsangan seksual berlaku.

“Masalahnya dalam kajian yang dilakukan terhadap kesan ubat itu terhadap wanita, wujud masalah seperti tiada pengukuran fisiologi, kesukaran berbentuk objektif serta kuantitatif dalam pengukuran kerangsangan secara klinikal.
“Banyak terbitan kajian-kajian di jurnal seksologi mendapati fungsi seksual wanita bertambah baik dari segi kualiti serta kuantiti dengan perawatan fungsi fizikal organ seksual pada suaminya. Kesimpulannya, wanita beroleh kebaikan sekiranya suami dapat dirawat sempurna,” katanya.

Info ED wanita
**Masih dianggap ‘rahsia’ di kalangan wanita berbanding ED dihidapi lelaki.
**ED wanita bukan sebahagian perkara biasa penuaan.
**Masalah ini juga boleh dirawat.
**Hampir 70 peratus pasangan berhadapan dengan isu kesihatan seksual. Biasanya lemah syahwat menjejaskan wanita menyebabkan mereka dingin dalam hubungan intim dan berasa sakit ketika bersama suami.

...bharian

Friday, October 22, 2010

SPRM Kecewa Banyak Kes Gagal


'Jerung' sering terlepas kerana alasan remeh sedangkan bukti lebih daripada memadai

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam melahirkan rasa kecewa kerana kebanyakan kes berprofil tinggi yang dibawanya ke mahkamah menemui kegagalan apabila tertuduh dibebaskan hanya atas alasan teknikal yang remeh sedangkan bukti dikemukakan lebih daripada memadai untuk menjatuhkan hukuman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata kerjasama semua pihak, terutama hakim, amat penting bagi membendung amalan rasuah kerana ketegasan mahkamah dalam menjatuhkan hukuman boleh menjadi faktor mengekang perbuatan itu.

“Kadang-kadang saya pun hairan, orang yang beri rasuah mengaku, masa duit bertukar tangan kita tangkap 'red handed', ada pegawai SPRM menyaksikan transaksi, malah ada rakaman video, ada gambar... tapi masih tak boleh dapatkan pendakwaan di mahkamah. Nak apa lagi.

“Saya akui keterangan amat penting dalam sesuatu kes tetapi janganlah buang kes hanya atas alasan teknikal yang remeh-temeh seperti kesilapan kenal pasti tangan mana menerima wang atau poket mana wang dimasukkan. Hakim wajar mengutamakan pertimbangan sama ada rasuah berlaku atau tidak.

“Jika SPRM asyik kalah di mahkamah, orang tidak akan takut mengamalkan rasuah kerana yakin boleh menang di mahkamah, sekali gus menyebabkan gejala ini semakin berleluasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat SPRM di sini, semalam.

Beliau juga pelik kerana kebanyakan kes SPRM yang kalah di Mahkamah Sesyen pada kebiasaannya menang apabila rayuan dibuat di Mahkamah Tinggi, sekali gus menimbulkan persoalan apa sebenarnya bukti yang diharapkan di peringkat Mahkamah Sesyen.
Terbaru, bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada tuduhan menerima rasuah RM60,000 sebagai upah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh.

Shukri berkata, dalam masa setahun, SPRM terima purata 10,000 maklumat dan daripada jumlah itu, selepas ditapis dan diteliti, separuh tidak ada unsur rasuah, sebaliknya ia berkaitan hal pentadbiran.

Daripada 5,000 kes itu, saringan seterusnya menyenarai pendek hanya 1,000 kes saja sebagai cukup berasas untuk buka buka kertas siasatan.

“Daripada 1,000 kes itu dan akhirnya hanya sekitar 200 kes saja yang dianggap layak di bawa ke mahkamah. Justeru, hanya sekitar 200 kes saja, tidak kira kecil, besar, membabitkan swasta atau kerajaan, sampai ke mahkamah setiap tahun.

“Sebelum 200 kertas siasatan dikeluarkan izin untuk dimulakan pendakwaan di mahkamah, ia perlu melalui beberapa peringkat daripada pegawai penyiasat kepada pegawai penyiasat kanan dan diteliti pula oleh ketua cawangan, kemudian pengarah negeri atau bahagian dan barulah sampai kepada pendakwa raya.

"Timbalan Pendakwa Raya (DPP) menetapkan setiap kes perlu ada bukti lebih 90 peratus sebelum dipertimbangkan untuk pendakwaan. Justeru, kes yang dikeluarkan izin untuk pendakwaan adalah yang betul-betul kuat dan sekurang-kurangnya ada prima facie dan tertuduh pasti dipanggil bela diri.

“Hasil perbincangan dengan rakan sejawat dari Singapura, Indonesia, China dan Hong Kong mendapati kertas siasatan SPRM sudah cukup bagi memastikan pendakwaan itu berjaya jika kes terbabit berlaku di negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, kejayaan pendakwaan di Singapura dan Hong Kong ialah 90 peratus, manakala di Indonesia dan China hampir 100 peratus tetapi di Malaysia hanya 68.1 peratus walaupun modul yang diguna pakai mirip kepada apa yang digunakan di Hong Kong.

Shukri berkata, mencari bukti kes rasuah sememangnya amat sukar dan hakim perlu lihat pada keterangan hakiki (bukti keadaan) bagi mengesahkan sama ada wujud rasuah atau tidak tanpa tidak tegar berpegang kepada undang-undang.





...Bharian

Thursday, October 21, 2010

Pesanan Buat Suami


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari kamu juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila merasa tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11.
Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri kamu yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri kamu kena tolerate kalau kamu buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau kamu sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga kamu? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah kamu?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

...malaysiaria

Mencari Idealisme Yang Hilang


"SELAMAT datang ke 'Pesta Puji Memuji UMNO' yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia satu pesta yang pasti terus melemahkan parti keramat orang Melayu yang sememangnya sudah semakin lemah. Pesta ini lebih membimbangkan daripada pesta muda-mudi yang kononnya telah lupa diri.

Hakikatnya, muda-mudi yang lupa diri masih boleh diselamatkan oleh pemimpin yang kuat jati dirinya. Tetapi kalau pemimpin sudah lupa diri, jangan kata muda-mudi, bangsa pun tidak dapat diselamatkan, bahkan negara juga boleh tergadai.

Wahai perwakilan ke 'Pesta Puji Memuji UMNO' ini… insaflah. Bangsamu semakin dihina. Agamamu telah dinodai kesuciannya. Tanah pertiwimu juga hampir tergadai. Fikir-fikirlah… tegurlah pemimpinmu dengan berani. Berani kerana benar. Berani kerana agamamu, bangsamu dan tanah pertiwimu!"

Mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima daripada seorang rakan ini pasti akan menimbulkan pelbagai reaksi andainya dijadikan tangkal azimat yang dikalungkan ke leher dan melabuh di dada setiap perwakilan dan pemerhati ke Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 ini.

Dalam menghadapi realiti politik semasa dan ditambah dengan ikrar dan iltizam untuk memastikan UMNO berubah, SMS yang cukup sinikal ini perlu diterima sebagai cabaran untuk memartabatkan Perhimpunan Agung UMNO sebagai platform perjuangan yang paling tinggi dan berpengaruh serta mampu melahirkan gagasan, rumusan dan keputusan-keputusan besar yang memberikan impak langsung kepada bangsa, rakyat dan negara.

Perhimpunan Agung UMNO bukanlah pentas kerajaan di mana pemimpin parti datang dengan baju Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri-Menteri Besar dan sebagainya. Ia juga pastinya bukan pentas untuk suka-suka, pantun memantun, sajak menyajak, seloka dan gurindam, puji memuji, ampu mengampu dan lawak melawak semata-mata.

Perhimpunan Agung UMNO adalah dewan tertinggi parti untuk perwakilan membawa suara akar umbi, melontarkan pandangan, cadangan, teguran dan kritikan serta kemudiannya mencapai konsensus yang perlu dijadikan dasar dan keutamaan parti. Ia perlu dihadam oleh pemimpin kerana itulah martabat sebuah perhimpunan agung.

Melihat beberapa siri Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU Ke-12), kita masih ternanti-nanti apakah 'perubahan' yang dijanjikan itu akan benar-benar berlaku.

Perwakilan dan pemerhati rata-ratanya masih datang dengan 'gaya dan perwatakan' yang sama seperti mana ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) begitu gagah di persada politik tanah air. Baju Melayu dan kemeja linen mereka sentiasa segak dan baru walaupun isi dan gaya perbahasan masih mendatar dan tidak banyak berubah.

Perhimpunan Agung UMNO mutakhir ini tidak lagi mampu menghasilkan keputusan-keputusan besar, gagasan-gagasan yang menyerlah ataupun agenda-agenda yang serius dan meyakinkan. Jika pun ada pembahas agak berani, ia masih berada pada dasar yang dangkal dan tidak mampu diangkat menjadi cetusan atau ledakan besar.

Kita dapat menjangkakan bahawa agenda transformasi akan mendominasi perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 ini. Tidak mengapa. Berbahaslah habis-habisan tentang transformasi yang ingin dilakukan agar parti sentiasa terkehadapan dan sentiasa bersiap siaga menghadapi tuntutan zaman.

Sambil Dewan Merdeka dighairahkan dengan agenda transformasi, kita juga perlu berani mengajak pemimpin UMNO untuk merenung sedalam-dalamnya bagi memahami akar kepada masalah yang menyebabkan UMNO dan BN tidak lagi mendapat sokongan padu rakyat. Apakah semuanya kerana UMNO ini adalah parti yang jumud, beku dan kaku serta enggan berubah? Lalu jawapan kepadanya adalah dengan melakukan transformasi!

Sambil menerima bahawa telah tiba masanya untuk UMNO melakukan transformasi ataupun ditransformasikan, UMNO sebenarnya amat perlu mencari kembali idealismenya yang hilang. Kehilangan idealisme inilah yang menjadikan parti ini tidak lagi mahu dan mampu menjuarai isu-isu agama, bangsa dan rakyat di peringkat akar umbi dan nasional.

Kecelaruan idealisme ini juga menyebabkan kepincangan dan kelemahan kerajaan tidak mampu diperbetulkan sehingga menggelisahkan rakyat dan menjadikan pemimpin yang diangkat di atas kelihatannya cukup angkuh dan lupa diri.

Kini, kedangkalan idealisme telah menjadikan sebilangan pemimpin muda UMNO memberikan keutamaan yang salah kepada program-program syok sendiri yang kesannya tidak sampai ke mana. Sementara kedangkalan idealisme tetap memberikan laba politik yang besar yang ditandai oleh gelaran Datuk dan Datuk Seri, kereta besar dan motosikal berkuasa tinggi, baju linen putih dan berwarna-warni.

Rata-rata pemimpin muda UMNO masih mencari definisi tentang apa itu perjuangan dan apa itu yang perlu diperjuangkan. Lihat sajalah wawancara bersama Ketua Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di dalam Mingguan Malaysia. Pelurunya hanyalah peluru kapur yang sipi dan tidak mengenai sasaran.

UMNO juga telah kehilangan warnanya yang asli kerana idealisme perjuangannya sudah dicemari oleh ketamakan, kerakusan dan keangkuhan kuasa. Kerana itu, sebilangan pemimpin kanan UMNO hanya mesra bermusim yakni semasa musim pemilihan parti serta semasa Perhimpunan Agung UMNO dan Pilihan Raya Umum.

Di luar dari musim-musim ini, mereka kembali menyarung baju rasmi yang terlalu formal dan autoritatif serta enggan turun ke padang. Justeru, agenda perjuangan bangsa terus terperangkap dengan cerita tidak pernah tamat ataupun the never ending story.

Persis seorang doktor yang tidak langsung mahu memeriksa sendiri masalah pesakit, pemimpin yang liat mendekati rakyat pasti tidak akan menjadi pemimpin yang berkesan dan mampu melahirkan tindakan-tindakan yang tepat dalam merawat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Selepas pemimpin-pemimpin UMNO dan pejuang-pejuang bangsa masa lalu mencetuskan idea-idea besar yang melahirkan Felda, Felcra, Rida-Mara, Tabung Haji, Amanah Saham Nasional dan sebagainya yang ternyata telah memberikan impak yang amat besar terhadap rakyat dan bumiputera, kita sesungguhnya ternanti-nanti apakah Perhimpunan Agung UMNO ini mampu melahirkan idea-idea besar seperti itu.

...Datuk Hashim Suboh-utusan malaysia

Wednesday, October 20, 2010

Menanti Kebangkitan Semula Semangat Pemuda Melayu


SEJAK bertahun-tahun lalu, Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sangat ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik. Ini kerana, selalunya di pentas tersebutlah dizahirkan banyak kenyataan tegas, kritis dan berani daripada para pemimpin generasi muda Melayu.

Dari dulu, seorang demi seorang pemimpin muda yang lantang membela nasib Melayu dilahirkan di pentas perhimpunan pergerakan itu. Suara mereka tidak terhenti selepas berakhirnya perhimpunan itu, malah ditiupkan pula ke seluruh negara supaya keberanian itu dikongsi generasi muda lainnya.

Namun, kini semarak perjuangan Melayu seperti tidak lagi dirasai dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Sebaliknya pergerakan itu pada masa ini seolah-olah tidak lagi meletakkan perjuangan Melayu di tempat teratas sebaliknya toleransi tidak bertempat telah mengambil alih.

Sepanjang lebih 60 tahun sayap Pemuda ditubuhkan oleh UMNO, pergerakan itu sentiasa terkehadapan memperjuangkan isu-isu Melayu dan berani mempertahankan hak bangsanya yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Namun selama tempoh itu tidak pernah pula mana-mana pihak menganggap Pemuda mahupun UMNO sebagai sebuah parti rasis seperti mana sekarang ini.

Bukannya mempersoalkan jiwa kemelayuan Pemuda UMNO ketika ini, sebaliknya berkongsi persepsi sama dengan banyak pihak termasuk di kalangan pimpinan UMNO malah dari dalam pergerakan itu sendiri.

Seorang bekas pemimpin Pemuda yang kini masih dekat dengan pergerakan itu, mengakui bahawa ketika ini Pemuda di mata umum tidak lagi segarang dulu, tidak seberani dulu dan tidak setegas dulu apabila berdepan dengan isu membabitkan kebajikan dan pembelaan nasib orang Melayu.

"Sekarang Pemuda bukan saja lesu dari segi aktivitinya, malah tidak lagi menjadi perhatian seperti dulu. Kalau dulu pendirian dan kenyataan Pemuda ditunggu-tunggu kerana ia juga akan memberi pengaruh besar kepada pendirian UMNO.

"Saya nampak ada orang dalam Pemuda yang tidak faham maksud gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, sehingga orang ini takut untuk mengangkat isu-isu Melayu kerana bimbang digelar sebagai rasis.

"Kenapa perlu takut? Sudah lebih 60 tahun kita membela orang Melayu dan sentiasa berani perjuangkan orang Melayu. Itu memang pun perjuangan UMNO, jadi tiada sebab sekarang hendak kata Pemuda atau UMNO rasis kalau perjuangkan bangsa sendiri," katanya.

Beliau menyimpulkan bahawa Pemuda UMNO kini sebenarnya dalam keadaan sangat lemah sehingga menyebabkan bukan saja pihak luar berani memberi tekanan kepada Pemuda malah pimpinan Pemuda sendiri tidak mampu untuk menepis tindakan pihak-pihak tersebut.

Sebab itulah, apabila pintu Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibuka pada pagi ini, hampir 800 orang perwakilan Pemuda UMNO yang melangkah masuk sepatutnya membawa bersama suara-suara keramat perjuangan Melayu daripada sayap utama UMNO itu ke perhimpunan kali.

Sudah tiba masanya untuk melihat kebangkitan semula semangat Melayu dalam UMNO. Dan, ia bukan sesuatu yang pelik atau mengganggu gugat pihak lain kerana itu telah pun dilakukan oleh Pemuda dan juga UMNO sejak lebih separuh abad lalu.

Seorang lagi bekas pemimpin Pemuda berkata, perhimpunan tahun ini sepatutnya menjadi medan untuk pergerakan itu membuktikan kepada rakyat bahawa bahawa ia masih relevan malah sangat berperanan dalam perjuangan Melayu di negara ini.

"Saya akui bahawa Pemuda ada buat perubahan terutama dari segi pendekatan melaksanakan aktivitinya dengan mengambil kira perkembangan teknologi dan juga pembangunan pesat bidang lain di samping penyertaan lebih banyak pembinaan modal insan serta kebajikan.

"Namun, dalam soal Melayu, soal memperjuangkan hak Melayu dan soal kelangsungan parti Melayu ini, Pemuda UMNO bukan saja kurang bermaya malah hilang arah sehinggakan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kelihatan lebih aktif membela nasib Melayu," ujarnya.

Dalam pada itu, kelewatan Pemuda UMNO untuk tiba ke penghujung proses 'biduk lalu kiambang bertaut' akibat pemilihan pucuk pimpinannya juga mempengaruhi kedinginan Pemuda.

Di mana-mana masih kedengaran suara-suara tidak berpuas hati dengan kepimpinan sedangkan pemilihan sudah pun berlalu dua tahun lalu. Kata-kata 'marilah kita kembali rapatkan saf Pemuda' rupa-rupanya sekadar menjadi pemanis ucapan di atas pentas, sejurus berakhirnya pemilihan lalu.

Sepatutnya, jika semua pimpinan Pemuda dari peringkat atasan sehingga ke akar umbi memahami tuntutan penyatuan semula dan juga menghormati serta memberi taat setia kepada pemimpin yang terpilih, maka tidak akan berlaku perpecahan dalam pergerakan itu seperti sekarang.

Kedua-dua isu tersebut, iaitu tuntutan untuk membangkitkan semula semangat perjuangan Melayu dalam Pemuda dan perlunya perpaduan jitu di kalangan pimpinan dan ahli-ahli pergerakan itu, sepatutnya menjadi keutamaan untuk dibahaskan dalam perhimpunan kali ini.

Kepada semua pimpinan dan perwakilan Pemuda UMNO, mahu tidak mahu, anda semua sebenarnya penentu hala tuju UMNO dan pelaksana Model Baru Politik yang diumumkan Presiden parti baru-baru ini.

...utusan malaysia

Monday, October 18, 2010

10 Ciri Suami Mithali


Jarang kita fikirkan dan ungkitkan ciri – ciri seorang suami mithali, selalu pula kita bincang pasal apa seorang isteri yang patut lakukan kepada suami dan keluarganya. Bukan sedikit tetapi banyak perkara yang menjadi tanggungjawab isteri di rumah seperti mengurus rumah, mengajar dan menjaga anak – anak, memasak, mengemas, mencuci baju juga apa yang kita suruh, si isteri akan lakukannya. Berbalik kepada suami, apa yang kita lakukan ?

...1. Berpakaian kemas, bersih dan wangi untuk isteri anda.
Bilakah kali terakhir anda beli baju tidur yang mahal ? Seperti juga kita mahukan isteri kita berpakaian cantik untuk kita, mereka juga mahukan suami mereka lakukan perkara yang sama juga. Ingat bahawa Rasullullah S.A.W. akan sentiasa menggunakan miswak (kayu sugi) apabila balik rumah dan sentiasa gemarkan bau – bauan yang wangi.

...2. Menggunakan nama yang baik untuk isteri anda.
Gunalah nama yang terbaik untuk panggil isteri anda dan elakkan guna nama yang boleh buatkan hati dia terguris. Panggilan yang manja akan membuat hubungan anda sentiasa mesra.

...3. Jangan layan dia seperti ‘lalat’.
Kita tidak pernah fikirkan pasal lalat setiap hari kita kecuali bila dia datang mengganggu kita. Sama juga seperti isteri, dia telah lakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri setiap hari tetapi kita tidak pernah menghargainya sehingga dia terbuat silap dan menyusahkan kita. Janganlah kita layan isteri seperti ini, selalulah kita ingat apa kebaikan yang isteri kita lakukan dan fokuskan tentang itu.

...4. Elakkan terlampau banyak komplain.
Jika anda terlihat kesalahan yang isteri anda lakukan, cubalah berdiam sahaja dan tidak memberi komen. Ini adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W. gunakan apabila baginda melihat sesuatu yang tidak elok dari isterinya. Ini merupakan salah satu ciri yang amat jarang si suami amalkan.

...5. Sentiasa senyum dan peluk isteri anda.
Senyum merupakan satu sedekah dan sentiasalah senyum dengan isteri anda. Bayangkan hidup dengan isteri anda sentiasa melihat anda tersenyum. Ingat bahawa terdapat hadith dimana Rasulullah S.A.W. akan mencium isterinya sebelum pergi sembahyang, juga semasa baginda sedang berpuasa.

...6. Berterima kasih dengan apa yang telah isteri lakukan kepada anda.
Dan sentiasalah mengucapkan terima kasih. Ambil contoh dimana isteri anda masakkan makanan yang sedap, mengemas rumah dan pelbagai lagi. Kadang – kadang apa yang dia dapat adalah komen dari si suami bahawa sup yang dia masak itu kekurangan garam. Janganlah bersikap begini, berterima kasihlah dengan apa yang dia telah usahakan itu.

...7. Mintalah dia tuliskan 10 perkara yang anda telah lakukan membuat dia gembira.
Kemudian lakukan lah perkara itu lagi. Mungkin sukar untuk tahu apa yang dapat membuat isteri anda gembira dan anda tidak perlu untuk teka, tanyalah dia dan ulangkan perkara tersebut sepanjang hidup anda dengan dia.

...8. Jangan merendahkan keinginan dia.
Pujuklah dia. Kadang – kala si suami akan mengambil ringan perkara yang diinginkan oleh si isteri. Rasulullah S.A.W. telah memberi contoh apabila insiden dimana Safiyyah binti Hujaj R.A. menangis kerana baginda telah meletakkan dia diatas unta yang perlahan. Baginda membersihkan air mata dan menenangkan dia, kemudian baginda menukarkan dengan unta yang lain.

...9. Yang sentiasa berjenaka dan bergurau.
Jadilah seorang suami yang berjenaka dan sentiasa bergurau senda dengan isteri anda.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W. berlumba dengan isteri baginda Aisyah R.A. di padang pasir. Bilakah kali terakhir kita lakukan perkara demikian ?

...10. Pesanan Rasulullah S.A.W.
Sentiasa ingat apa yang Rasulullah S.A.W. pesan, “orang yang terbaik dikalangan kamu adalah mereka yang melayan keluarga dia dengan terbaik. Dan akulah orang yang terbaik dikalangan kamu bagi keluarga aku”. Maka dengan hadith ini, anda lakukan lah yang terbaik, insyaAllah akan bahagia dunia dan akhirat.

Kesimpulannya, jangan anda lupa untuk sentiasa berdoa dengan Allah memina supaya perkahwinan anda bahagia dunia dan akhirat, sesungguhnya Allah maha mengetahui.

...malaysiaria

Thursday, October 14, 2010

Nasihat Imam Syafie Tentang Sahabat


...1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

...2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya, Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

...3.Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

...4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

...5.Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

...6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

...7.Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

...8.Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


...9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tujukkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku zahirkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

...10.Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

...11.Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

...12.Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika diatasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

...malaysiaria

Tuesday, October 12, 2010

Mengurat Dan Bercinta Menurut Pandangan Islam


Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

...sale_ehs gerrard

Sunday, October 10, 2010

Hikmah Melihat Orang Yang Disayangi Ketika Tidur


Pernahkah anda menatap wajah orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap disaat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, rambut-rambut mulai putih,kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya dan rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah.. Lihatlah ibu anda... kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Ibulah yang setiap hari menguruskan keperluan kita dan paling rajin mengingatkan semata-mata kerana rasa kasih dan sayang yang kadangkala sering kita disalah ertikan. Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya... Rasakanlah betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kala tertutup oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah KITA... Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa bahagia dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok"orang-orang kita kasihi itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya.

Friday, October 8, 2010

Mensyukuri nikmat sihat


Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.

Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit. Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.

Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu. Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.

Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.

Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, ‘Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin.” (Hadis riwayat Tirmizi) Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.

Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda: “Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?” Sesungguhnya tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah dan pada waktu yang sama tidak digunakan untuk mentaati Allah dengan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Badan sihat jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan untuk kebaikan dan kebahagiaan di akhirat kelak, di samping dapatkan juga kebaikan dan kebahagiaan di dunia.

Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh sebagai bekalan di hari kemudian.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sebagai khalifah Allah di dunia ini, orang yang sihat tubuh badannya juga akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan dan musibah. Semua itu untuk menguji tahap kesabaran kita sejauh mana tebalnya iman kita kepada Allah. Hanya mereka yang sabar berjaya melepasi ujian ini.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud: “Allah menyukai orang-orang yang sabar.” Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud: “Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.’ Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.” (Al-Baqarah ayat 155-157).

Masa sihat adalah sebaik-baik masa memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, puasa sunat dan jika berkemampuan di segi kewangan segeralah pergi mengerjakan umrah dan haji. Kita tidak mahu apabila sakit dan tidak berupaya untuk bergerak, saat itu baru ada kesedaran untuk membuat amal ibadat sebanyak mungkin, tetapi sudah terlewat.

Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.

Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah
..peluang masa mudamu sebelum datang tuamu,
..peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu,
..peluang masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu,
..peluang masa sihatmu sebelum datang sakitmu dan
..peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.

...hmetro

Tuesday, October 5, 2010

Lelaki Mempunyai Keinginan Seks Waktu Pagi


Salah satu kebanyakan perbezaan antara lelaki dan wanita adalah lelaki suka melakukan seks diwaktu pagi, sementara wanita suka menyimpannya untuk waktu malam. Ini adalah disebabkan lelaki mengalami ‘nocturnal penile tumescence’ (NPT).

Maknanya ialah, lelaki semasa waktu tidurnya, mengalami tiga ke lima kali eraksi terpacak (Mr. P). Kami menggelarnya sebagai “kemegahan pagi”. Apa jua gelaran yang diberi, bangun pagi dalam keadaan terpacak adalah alasan yang bagus untuk untuk memulakan tindakan waktu pagi. Yang kurang bernasib baiknya, keinginan seks adalah kurang bagi wanita pada saat membuka matanya. Tetapi, jika anda pandai memujuk sidia, kemungkinan besar sidia akan merelakannya.

....Bersiap sedia pada malam sebelumnya
Jika anda ada merancang tidak mahu untuk bangun pagi selagi tidak melakukan seks, anda perlu buat persediaan awal sebelum masuk tidur pada malam tersebut. Simpan sedikit ‘mint’ penyegar bau mulut berdekatan dengan anda supaya anda boleh mengelakkan “bau naga” dari mulut anda pada waktu pagi J. Juga pastikan anda pergi ke tandas sebelum tidur supaya pada keesokkan paginya anda tidak merosakkan sendiri rancangan anda kerana anda terpaksa juga bangun dari tempat tidur.
....Setkan Alarm untuk anda seorang
Ia adalah penting untuk bangun awal sebelum ada antara anda berdua bergegas untuk bekerja. Oleh itu, set alarm anda untuk membangunkan diri anda, dengan ini anda mempunyai masa yang cukup untuk memulakan hari anda. Adalah lebih bagus jika anda bangun lebih awal dari sidia, supaya anda boleh melakukan pergerakan merangsang secara perlahan-lahan semasa sidia tidur.

....Secara perlahan kejut sidia
Sidia memang tidak mahu dikejutkan secara tergesa-gesa dengan lambaian Mr.P anda yang terpacak dimukanya. Jadi anda perlu rileks, sentuhnya dengan lembut dan perlahan. Berikan ciuman disekitar muka dan tubuh sidia. Biarkan jari anda bermain dengan rambutnya. Tindakan ini boleh memastikan sidia bangun dalam keadaan posotif, ‘mood’ yang baik dan gambaran sidia gembira melakukannya.

....Buatkan sidia rasa seksi
Wanita anda mungkin berasa tidak seksi ketika dia bangun dari tidur, jadi untuk membuatkan sidia dalam ‘mood’, pastikan anda memuji kecantikannya – walaupun dia dalam keadaan berserabut pada ketika itu. Abaikan kesusutan rambut, kesan bantal pada muka, bau mulutnya, dan beritahu betapa anda mahukan dia. Jika sukar untuk memuji sidia dalam keadaan bersemuka pada waktu itu, cuba gunakan posisi yang baik untuk menyatakan kata-kata itu tanpa bersemuka. Berbisik dibelakangnya adalah dianggap romantik, di mana ia juga menghindarkan anda dari kesengsaraan bau nafas pagi.

...malaysiaria

Sunday, October 3, 2010

Antara Kasih, Sayang Dan Cinta


Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.



....Kasih
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT
mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak
mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.

...Sayang
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.

Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya.
Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.

....Cinta
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.

Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.

Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

...malaysiaria

Friday, October 1, 2010

Apabila Proses Penyiasatan Polis Cuba Diganggu Gugat


Dari sudut kaca mata seorang perunding penyiasatan bebas serta bekas pegawai penyiasat kanan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), saya terpanggil untuk memberi pendapat apabila melihat satu slot berita TV baru-baru ini menunjukkan gelagat Ahli Parlimen dari Kapar menjemput P. Usharani, warga India dari KLIA.

Kemudian menyusul pula adegan beliau dan konco-konconya membawa isteri ahli perniagaan dari India yang hilang itu untuk melawat lokasi kejadian kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Banting, Selangor.
Saya amat bersimpati kepada pasukan penyiasat polis yang dalam keadaan tertekan terpaksa bertungkus lumus mengumpul bukti dan menyiapkan kertas siasatan dalam jangka masa yang amat terhad.

Ekoran daripada tindakan melampau Ahli Parlimen Kapar tersebut, petikan akhbar menyebut pihak Polis Selangor telah memberi amaran kepada beliau supaya jangan memandai-mandai mencampuri hal siasatan polis.

Dari sudut pandangan pakar penyiasatan dan undang-undang jenayah, saya berpendapat tindakan memandai-mandai membawa saksi ke lokasi jenayah tanpa kebenaran polis oleh Ahli Parlimen Kapar dan konco-konconya, apatah lagi kawasan tersebut masih menjadi kawasan larangan polis, ia boleh menjejaskan kredibiliti hasil siasatan polis.
Seterusnya, ia sedikit sebanyak boleh mengganggu gugat kelancaran prosiding pengumpulan rangkaian bukti yang mungkin boleh terputus akibat gangguan foreign elements ini, terutama pada sesuatu kes yang berlandaskan keterangan keadaan semasa.
Jelas tindakan luar batasan wakil rakyat ini telah mengundang implikasi negatif pada kewibawaan penyiasatan polis serta membelakangi undang-undang dan boleh ditafsirkan sebagai cubaan mengganggu proses penyiasatan polis.

Walaupun beliau boleh memberi seribu satu alasan kononnya untuk memberi bantuan hak asasi kemanusiaan kepada saksi tersebut di atas kapasiti beliau sebagai the good Samaritan, tetapi tindakan beliau itu dilakukan pada 'keadaan, tempat dan waktu yang salah.' Bak kata pepatah, Ignorance of the law is no excuse.

Persoalannya, adegan slot ini yang persis filem Tamil ala gengterisme jika diulang tayang untuk siaran luar, jelas boleh mengundang persepsi negatif dan disalah tafsir oleh orang luar bahawa golongan 'wakil rakyat' di Malaysia ini dilihat sebagai power supreme, bermakna boleh bertindak dan mempunyai kuasa mengambil alih tugas polis.
Hakikatnya, insiden ini telah pun dipamerkan untuk tontonan umum dan jika ia dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan susulan mengikut merit undang-undang, pasti isu ini akan terpalit dalam sejarah kepolisan negara sebagai satu precedence yang amat berbahaya.

Mana mungkin orang awam boleh sesuka hati mengambil alih tugas penyiasatan polis? Apatah lagi mengganggu proses siasatan polis dengan sesuatu tindakan tanpa locus standi?

Adakah Akta Polis dan Undang-Undang Berkanun boleh dicabul begitu saja? Janganlah mereka ini terlalu ghairah dan berlagak sebagai the protector (salah satu elemen gengsterisme) untuk mendapat publisiti murahan demi kepentingan peribadi atau political mileage serta berlagak memandai-mandai dengan sengaja membelakangi undang-undang?

Tugas wakil rakyat atau sesiapa saja dalam konteks kes ini sepatutnya dilaksanakan sebagai pemberi maklumat sahaja, bukannya mengambil alih tugas polis dan kemudiannya membuat publisiti murahan di atas kepayahan dan kesengsaraan orang lain?

Kita khuatir, jika di peringkat kes masih dalam siasatan polis boleh diganggu gugat oleh pihak-pihak luar yang tidak bertanggungjawab, kononnya atas faktor hak asasi kemanusiaan dan demokrasi kebebasan bersuara, maka undang-undang dan penguatkuasaan boleh diperlecehkan begitu saja, dan fungsi keadilan untuk orang yang teraniaya boleh hilang begitu saja.

Ini bermakna orang yang suka mengambil kesempatan dan suka menangguk di air yang keruh akan lebih bermaharajalela. Kita khuatir juga isu gangguan siasatan sebegini akan dieksploit sepenuh-penuhnya oleh pihak lawan bagi tujuan melemahkan kes pendakwaan jika berlaku kes dibicarakan di mahkamah.

Di mana letaknya nanti keadilan sebenar? Tibalah masanya polis harus bertegas. Kita tunggu dan lihat.

...AB. RASHID YAAKOB
Penganalisis Bebas Jenayah dan Sosial