nuffnang

Tuesday, September 28, 2010

Tanggungjawab peguam tegakkan keadilan


Kecemerlangan bukan sekadar memenangi kes, tetapi lebih penting berikan hak sebenar

PERDEBATAN mengenai profesion peguam hangat diperkatakan apabila suspek pembunuhan kes Datuk Sosilawati Lawiya, juga seorang peguam. Salah seorang mangsa juga adalah peguam. Majlis Peguam turut diheret dalam kemelut ini kerana dikatakan tidak bertindak sewajarnya menangani disiplin peguam. Umum mengetahui dalam setiap tindakan di mahkamah sama ada Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil, peguam adalah pihak tidak kurang pentingnya membantu perjalanan sesuatu kes. Peguam adalah ‘alat’ bagi mencapai keadilan di mahkamah. Malah, peranan peguam tidak terhad di mahkamah saja kerana saranan dan nasihat peguam biasanya diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan di luar mahkamah. Apatah lagi jika membabitkan hal ehwal perundangan.

Umumnya, profesion kepeguaman berpaksikan kepada minat, kesungguhan dan kecintaan kepada bidang guaman itu sendiri. Seorang peguam wajar berusaha memiliki kualiti seperti berintegriti, sabar, suka mencari ilmu, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran untuk membantu pihak memerlukan.

Wang buka ganjaran dan matlamat utama sebaliknya, perlu menjadikan peluang berkhidmat dan membantu pihak teraniaya sebagai keutamaan. Antara ciri yang perlu ada pada peguam ialah:

...Mempunyai sikap positif dalam menjalankan tugasan.
Peguam wajib menjalankan tugasan dengan penuh integriti, bersikap jujur, amanah terhadap pelanggan, menjalankan tanggungjawab penuh kesungguhan tanpa menolak nilai profesional tinggi peguam. Peguam mesti bertindak dengan penuh keyakinan, menghormati orang lain sama ada pelanggan, peguam lain dan mahkamah dalam menegakkan keadilan.

...Mengambil berat dan sabar dalam berurusan.
Sikap ini menghendaki peguam untuk sentiasa menghormati dan melayan semua pihak sama ada pihak lawan dan peguam mereka dengan adil, baik serta menjauhi daripada bertindak tidak adil atau prejudis terhadap mana-mana pihak sepanjang proses undang-undang dilaksanakan. Ia bermakna, walaupun peguam mewakili pelanggannya, pada masa sama peguam di pihak lawan tetap dianggap kawan dan boleh berbincang dengan sebaiknya demi kesejahteraan kes serta pihak yang diwakili.

...Cintakan ilmu dan sentiasa berusaha menambah ilmu.
Peguam perlu sentiasa berusaha menambah ilmu menggunakan pelbagai kaedah seperti menghadiri seminar undang-undang, membaca buku atau bertanya kepada peguam lebih berpengalaman perkara yang belum difahami. Dengan bekerjasama, kita akan lebih cepat memahami dan menyelesaikan sesuatu kekusutan yang belum diketahui. Peguam berpengalaman juga perlu terbuka untuk mendidik peguam baru sebagai pelapis profesion ini.

...Bersikap baik dan mengambil berat.
Peguam yang menjaga profesion akan mengambil berat serta menghormati bukan saja mahkamah dan rakan sekerja, tetapi juga seluruh manusia yang digaulinya. Menghormati mereka memerlukan kita menepati setiap mesyuarat diputuskan, temu janji dibuat, mengambil berat jadual tugasan dan memberi komitmen tinggi kepada apa perlu dilaksanakan.

Peguam mesti mewakili pelanggan dengan penuh kesetiaan dan kesungguhan, komited serta menghormati kepercayaan diberikan. Pada masa sama, kesungguhan dan kesetiaan kepada pelanggan tidak menyebabkan dia melakukan tindakan tidak benar, kasar dan biadab apatah lagi menzalimi lawannya. Setiap peguam perlu menjadi contoh kepada kebaikan, kepatuhan undang-undang dan menjaga sistem keadilan syariah yang diperjuangkan.

Bersungguh dan teliti. Peguam perlu sanggup berkorban masa, tenaga, kepakaran untuk memahami dan menguasai setiap fakta kes serta peruntukan undang-undang yang dibentangkan di hadapannya.

...Suka berkhidmat dengan hati yang luhur dan ikhlas.
Peguam tidak wajar terbabit dalam urusan undang-undang saja, tetapi turut sama memberi kebajikan kepada masyarakat, membantu dalam soal membabitkan perundangan, pendidikan, khidmat sosial dan kebajikan.

Peguam yang beramal di Mahkamah Syariah perlu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan buruk, menjatuhkan nama baik Mahkamah Syariah, sistem perundangan syariah atau menyebabkan keyakinan masyarakat terhadap perundangan syariah terhakis.

Apa yang menjadi matlamat adalah mencari kebenaran, menamatkan perselisihan secara baik dan memberi hak kepada yang berhak dengan penuh keadilan seperti diperuntukkan hukum syarak.

Sebelum memilih untuk membawa sesuatu kes ke muka pengadilan dan meneruskan perbicaraan, peguam wajar mencari jalan, mencadangkan kepada pelanggan alternatif untuk menyelesaikan pertelingkahan seperti menggunakan kaedah sulh dan mediasi.

Berbalik kepada peranan peguam syarie di Mahkamah Syariah, sudah tentu mereka perlu merujuk sumber asal perundangan syariah iaitu al-Quran dan Sunnah, bukan sekadar merujuk kepada sumber terjemahan saja.

Diriwayatkan Abu Dawud yang bermaksud: “Hakim itu ada tiga jenis. Satu dalam syurga dan dua lagi akan ke neraka…”

Jika kita mengkaji hadis itu kita akan dapati ia memberi penekanan mengenai konsep integriti. Hadis itu bukan ditujukan kepada hakim saja, juga peguam kerana hakim yang akan ke neraka itu sudah pasti mengheret peguam yang berhujah secara palsu di depannya bersama mereka.

Oleh itu, peguam hendaklah menjadi pembantu kepada kebenaran bukan kebatilan. Peranan peguam sangat besar sebagai pembantu mahkamah menegakkan keadilan demi meletakkan hak kepada mereka yang berhak.

Bukanlah ukuran seorang peguam cemerlang itu memenangi kesemua kes diwakilinya tetapi lebih penting ialah dapat memberikan keadilan kepada yang berhak menerimanya. Jika peguam memberikan hak kepada yang tidak berhak menerimanya, seolah-olah dia memberikan sepotong api neraka kepada mereka.

Persoalan yang timbul ialah jika penegak keadilan ini sendiri terbabit dalam perlakuan jenayah, adakah masyarakat akan masih menghormati profesion guaman?

...Zinul Rijal Abu Bakar
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

Sunday, September 26, 2010

Tiga Perkara Yang Mesti Dijauhi


Dalam hidup ini kita sentiasa diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. Sebagai seorang hamba yang taat kepada tuhannya ujian yang diterima hendaklah ditempuhi dengan penuh kesabaran. Ini kerana setiap orang akan diuji dengan pelbagai jenis ujian dalam hidup mereka.


Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.”

...Bersungut kerana kesusahan hidup
Salah satu ujian yang diterima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.

...Bersedih kerana perkara-perkara dunia
Kita mungkin pernah menangis dalam hidup ini. Tapi adakah tangisan air mata yang keluar itu kerana takutkan Allah atau menangis kerana perkara-perkara dunia? Contoh menangis kerana dunia adalah sedih apabila putus cinta. Ada orang yang bersedih kerana terlalu kecewa dengan putus cinta ini. Itu adalah salah satu contoh bersedih kerana perkara dunia. Ketahuilah yang dunia ini adalah bersifat sementara dan akhirat jualah yang bersifat kekal. Bersabarlah dengan ujian yang diterima dan hendaklah kita tenang menghadapinya.

...Merendahkan diri kepada orang kaya
Pada zaman sekarang ni orang yang kaya dipandang mulia. Ini kerana golongan yang kaya mempunyai nama dan sangat dikenali hingga membuatkan orang lain hormat kepadanya. Kalau golongan miskin pulak akan dipandang rendah oleh masyarakat. Begitulah perbezaan status dalam kehidupan pada zaman sekarang ni. Sebenarnya kita tidak boleh terlalu mengagungkan golongan yang kaya ni. Cukuplah sekadar menghormatinya sebagai saudara kita tapi jangan sampai boleh merasa rendah diri kerana kekayaan yang dimilikinya.

Peringatan yang serba ringkas ini adalah peringatan untuk diri saya sendiri dan berkongsi dengan pembaca-pembaca blog ini. Apa yang baik itu datang dari Allah. Dan apa yang kurang itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga kita semua mendapat manfaat bersama.

...malaysiaria

Friday, September 24, 2010

Saintis buktikan Nabi Musa belah laut

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) 'berpusing' dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

...Agensi

Wednesday, September 22, 2010

Adil Atau Tidak Hukuman Tuan Hakim...!


Tersebut Al -kisah. Seorang lelaki bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah kedai menjual barangan kemas. Suatu hari selepas pulang dari kerja dia mendapati ada sebuah kereta di parkir rumahnya. Dia mula berasa gelisah. Namun dia terus masuk ke dalam rumah. Selepas menguak pintu biliknya dia bagaikan dipanah halilintar apabila mendapati isterinya sedang melakukan hubungan seks dengan lelaki lain.

Tanpa sepatah perkataan pun, dia melepaskan tembakan kepada pasangan tersebut. Tembakan dari senapang ‘pumpgun’ pengawal keselamatan itu menembusi kepala pasangan tersebut dan mereka mati di tempat kejadian. Selepas itu pengawal keselamatan tersebut pun menyerah diri di balai polis.

Di akhir perbicaraan kes ini:

Hakim: Kamu di jatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh dengan niat. Kamu ada apa- apa permintaan terakhir?

Tertuduh: Ada Tuan Hakim. Saya ada satu permintaan.

Hakim: Silakan. Saya bersedia mendengarnya.

Tertuduh: Sebelum hukuman dijalankan saya ingin meminta izin dari Tuan Hakim untuk tidur bersama isteri Tuan Hakim. Itupun kalau….

Belum sempat si tertuduh menghabiskan kata- katanya tukul kayu milik Tuan Hakim sampai ke mukanya, walaubagaimanapun dia sempat mengelak lalu terkena pegawai polis yang menjaga kandang tertuduh. Lebamlah mata kanan pegawai polis tersebut. Tercengang seluruh hadirin di mahkamah tersebut.

Hakim: Mengapa kamu begitu biadap?

Tertuduh: Itulah Tuan Hakim saya belum pun tidur dengan isteri Tuan Hakim, Tuan Hakim dah baling saya dengan tukul kayu. Baru nak mintak izin. Cuba Tuan hakim bayangkan situasi dimana isteri Tuan Hakim sedang digomol lelaki lain. Begitulah perasaan saya pada ketika itu. Malangnya yang ada di tangan saya ialah selaras ‘pumpgun’. Terima Kasih kerana sudi mendengar permintaan saya.

Muka Tuan Hakim pada ketika itu pun bertukar kebiru – biruan….

Persoalannya: Adilkah hukuman yang dijatuhkan oleh Tuan Hakim?
Adil atau tidak? Sila berikan pendapat anda.

...malaysiaria

Monday, September 20, 2010

Tips Bila Cinta Tidak Direstui


Kita sering dengar tentang kisah cinta yang tidak kesampaian akibat ketiadaan restu orang tua. Bertahun-tahun menjalinkan hubungan namun akhirnya tetap tak dapat bersatu lantaran tentangan dari ibu bapa. Memanglah ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka tapi tak kurang juga tentangan akibat hal remeh-temeh seperti asal usul pasangan anda contohnya pasangan anda berasal dari negeri-negeri yang ibu bapa anda tidak suka seperti Utara ataupun Pantai Timur. Malah ada juga calon pasangan anak-anak yang ditolak sebab penampilan mereka. Contohnya tidak bertudung. Memanglah orang tua inginkan pasangan anak mereka baik disisi agama tetapi harus diingat tidak bertudung sekarang, tidak bermakna selamanya begitu. Dan harus faham, tidak bertudung tidak bermakna tidak baik dan bertudung bukan bermakna baik kerana zaman sekarang tudung ni lebih kepada fesyen. Jika ini berlaku kepada anda, bagaimana untuk mengatasinya?

Yang pertama, tunjukkan fakta dan buktikan bahawa pilihan anda tepat. Bila ibu bapa bantah pilihan anda secara terang ataupun kiasan, jangan pula anda naik angin. Bincanglah dengan kepala yang dingin dan penuh kekeluargaan. Mungkin selama ini mereka salah faham sikap pasangan anda. Tunjukkan bukti bahawa pilihan anda tepat.

Yang kedua, tunjukkan bahawa kasih sayang anda terhadap ibu bapa tidak akan berubah. Ada ibu bapa yang taknak restu niat anak mereka yang ingin mendirikan rumah tangga kerana bimbang mereka akan diabaikan oleh si anak lepas berkahwin. Tidak kurang juga ibu bapa yang tidak merestui kerana cemburu memikirkan kasih sayang anda terhadap mereka akan berkurangan kerana akan dilebihkan kepada pasangan. So, pandai-pandailah tunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa. Yakinkan mereka bahawa anda akan memperoleh kebahagiaan yang tak ternilai sekiranya mereka dapat menerima dan menyayangi pasangan anda sebagaimana mereka menerima dan menyayangi diri anda.

Yang ketiga, pandai baca situasi. Ketika anda ingin menyuarakan hasrat untuk berumah tangga, pastikan masa yang anda pilih itu tepat. Janganlah anda suarakan niat anda di kala ibu bapa tengah tension, sah-sah niat anda akan dapat jawapan negatif. Sebaiknya pilihlah waktu mereka sedang bergembira meraikan sesuatu.

Yang keempat, usahakan untuk lebih mengenali. Sebagai anak, pasti kita dapat 'baca' reaksi ibu dapa sama ada mereka suka atau tidak pasangan kita melalui cara dan mimik muka mereka. So, kalau pasangan datang rumah dan ibu bapa buat derk aje, paham-paham la apa maknanya. Buatlah sesuatu seperti mendekatkan pasangan dengan orang tua supaya dapat saling lebih mengenali agar dapat mengubah persepsi orang tua kita terhadap pasangan kita. Saya pasti orang tua anda tidak kenal pasangan anda. Paling bagus tahu nama pasangan anda, apa pekerjaannya dan asal orang mana. Mungkin 3 perkara itu sahaja yang orang tua anda tahu tentang pasangan anda. Jadi anda perlu mendekatkan mereka supaya boleh saling mengenali dengan lebih dekat.

Yang terakhir dan yang paling penting, saling memberi sokongan. Apa jua yang terjadi, berpegang teguhlah kepada komitmen anda dan pasangan. Komitmen anda, rasa saling menghormati serta berkomunikasi akan membantu anda dalam mengatasi persoalan dalam keluarga. Jangan terbelenggu dengan tekanan perasaan atau stress sehingga mampu menggoyahkan hubungan anda berdua. Apabila wujud masalah begini, kerjasama anda amat diperlukan kerana jika 1 pihak sahaja yang berusaha, tak akan menjadi. Rendahkan ego dan selamat mencuba.

...apayangpanas

Friday, September 17, 2010

12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim


Anda memang sudah pakar dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika bercinta, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu memuaskan suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

4) Bersifat Aktif

Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

8) Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.

Selamat mencuba!

...malaysiaria

Wednesday, September 15, 2010

Cerpen: Mimpi rekayasa Melayu


(i) INTRO mimpi
Aduh, sukarnya jika harus memaksa mimpi. Tambahan pula jika mimpi ini mimpi ngeri. Malah menyeramkan. Sesiapapun akan menyanggah jika mimpi yang kupaksa ini kuceritakan.

Mimpi hanya mainan tidur. Aku tahu akan ungkapan klise itu. Akan tetapi mimpi ini memang kupaksa. Telah lama ini aku ingin bermimpi seperti ini. Dan akhirnya mimpi yang kupaksa ini terjadi juga. Mimpi ini menyiksakan. Terlalu menyiksakan jiwaku. Terlalu memaksa jiwa Melayuku.

Aduh! Aku tidak mahu mimpi begini sebenarnya. Terlalu berat. Bagaimanakah akan kuceritakan mimpiku nanti. Tapi, aku tidak mampu. Pagar mimpiku ampuh. Tidurku terlalu nyedar untuk bangun. Dingin dan selesa amat. Aku tidur dalam damai dan nyaman. Dan mimpiku berlangsung terus. Terus dan terus.

(ii) Latar mimpi
Latar mimpi ini tidak jauh dan tidak dekat. Sekitarku dan sekitar siapa-siapa. Sekitar orang Melayu. Sekitar aku kerana aku dan Melayu itu bersinonim. Dan silogismenya begini;

Aku bermimpi

Aku Melayu

Melayu bermimpi!

Aduhh..! Latar masa mimpiku panjang amat. Sejak zaman prasejarah, zaman kegemilangan Melayu, zaman Islam, zaman penjajahan, zaman ini, dan zaman akan datang. Melayu tidak hilang di dunia, kata Laksamana Hang Tuah. Kata orang ungkapan itu bukan kata Hang Tuah. Akan tetapi kata pengarang Hikayat Hang Tuah. Selama manapun, Melayu tetap ada, tetap wujud. Akan tetapi kewujudan itu tidak pasti. Benarkah? Atau mimpi sahaja yang berkata begitu?

Ruang lingkup mimpiku amat luas. Seluruh kepulauan Melayu dan seluruh ketamadunan Melayu. Seluruh orang Melayu, seluruh jiwa Melayu. Meliputi tanah semenanjung, kepulauan Indonesia, Mindanao, Madagascar, Sri Lanka, malah semua bumi yang pernah dikenali sebagai bumi Melayu. Sementelah orang Melayu telah memenuhi dunia Melayu ini. Semenjak 2500 sebelum masihi, telah datang orang Melayu. Kemudian datang satu gerombolan lagi, juga orang Melayu, membentuk bangsa Melayu, Banjar, Minangkabau, dan macam-macam lagi. Semuanya Melayu. Malah ada orang yang mendakwa bahawa Melayu juga pendatang seperti mereka. Jadi apa istimewanya Melayu? Melayu juga pendatang ke tanah bertuah ini, cuma Melayu datang jauh lebih awal.

Perjalanan mimpi di semua latar tempat dan masa amat pantas. Sekelip fikir. Semakin lama aku semakin pantas, meneroka setiap latar, merasai perbezaan, membuat perbandingan, menilai kewajaran, menolak dakwaan, menangkis tohmahan, menelan kebenaran, dan macam-macam lagi. Sehingga aku menjadi penat. Aduh, bangunkan aku segara dari mimpi ini. Aku penat. Aku tidak mahu bermimpi terus! Tapi mimpi ini berlarutan, berjela-jela!

(iii) Watak mimpi
Watak mimpiku satu tetapi banyak. Yang kukenal pasti ialah watak Melayu. Satu dan banyak. Satu tapi banyak. Banyak tapi satu. Banyak dan kurang. Satu dan kurang. Kurang daripada satu. Maknanya watak Melayu semakin kurang Melayunya. Jika kekurangan ini berterusan watak Melayu akan terus kurang. Kurang Melayu atau Melayu kurang. Aku cuma kaget dalam mimpi ini, apabila Melayu menjadi kurang dan kurang dan tiada lagi. Tiada!! Melayu tiada, Melayu hilang. Lupus. Jati diri Melayu lupus. Minda Melayu lupus. Bahasa Melayu lupus. Tanah Melayu...??! Aduh, jika benar semua yang Melayu miliki itu akan hilang, ke manakah arah Melayu, ke manakah arah aku kerana aku Melayu. Ya aku Melayu.

Watak-watak mimpi juga bersilih ganti. Akan tetapi semuanya watak Melayu. Adakala ada watak asing, bukan berkulit sawo matang tetapi cerah dan gelap. Gelap dan cerah. Semuanya bercampur-baur mewarna mimpi Melayuku. Yang cerah dengan mimpi cerahnya. Yang gelap dengan mimpi gelapnya. Tapi ini tetap mimpiku, mimpi Melayu.

(iv) Tema mimpi
Tema mimpiku tetap sama. Sejak dulu, kini, dan selama-lamanya. Tema Melayu. Akan tetapi aku takut untuk menghebahkan tema Melayu ini. Aku ingin mengubah Melayu. Aku ingin mengubah istilah Melayu! Aduh, aku sudah menceritakan. Maafkan aku kerana mimpi tidak tertakluk kepada akta, kepada undang-undang tubuh, kepada perlembagaan. Mimpiku memang bertemakan Melayu. Asal-usulnya Melayu itu berbagai-bagai teori yang ada. Katanya sempena Sungai Melayu di Jambi, yang airnya berlari deras dan selari pula dengan kata melayu dalam bahasa Jawa. Makna Melayu itu adalah berlari. Akan tetapi aku tidak pernah lari. Aku tetap di bumi Melayu ini. Tanah Melayu. Pantang sekali Melayu lari, walaupun jiwa mereka sudah mula lari.

“Mana Tanah Melayu?”

“Tanah Melayu telah tiada. Namanya sudah ditukar!”

“Kenapa ditukar nama Tanah Melayu itu?”

“Tanah Melayu sudah merdeka. Kemerdekaan menjadikan semuanya bebas. Tukarlah apa-apa sahaja, kerana kita semua merdeka…!! Kita semua sudah bebas! Orang merdeka dan bebas tidak memerlukan nama Melayu lagi. Sudah lebih setengah abad nama Tanah Melayu ditukar. Mana ada tanah Melayu lagi?”

Wah! Mimpiku kembali meladeni sejarah. Mengikut sejarah Tanah Melayu yang menerima kemasukan sesiapa sahaja kerana kemewahan Tanah Melayu. Datanglah! Datanglah ke Tanah Melayu. Kami orang Melayu tidak pernah ambil kisah. Datanglahh!!

Aku menangis dalam mimpi ini kerana Tanah Melayu tiada lagi. Tanah untuk orang Melayu tiada lagi. Kami bukan orang Tanah Melayu lagi. Kami sudah jadi orang Malaya! Sedap juga nama negara baharu kami. Malaya!! Ya, Malaya! Malaya pasti merdeka seperti kata Pak Afrini Adham. Merdeka!!!

Dan akhirnya Malaya memang merdeka. Tanah Melayu sudah tiada. Melayu semakin tiada. Semangatnya tiada. Kalau nama Tanah Melayu kekal, semangat Melayu sudah tentu berkobar-kobar. Orang Melayu pasti lebih sayang akan tanah mereka. Mereka tentu tidak akan menjualnya untuk mendapatkan wang, beras, pangkat, kedudukan, dan politik. Orang Melayu sudah pandai main politik, sebab itu negeri kita menjadi Malaya. Penjajahan mindakah itu? Bukan!! Inilah kemerdekaan.. Kita telah merdeka.

Akhirnya Malaya merdeka! Wahhh, seronok hidup dalam kancah kemerdekaan. Bebas! Bebas sampai ke bulu-bulunya, seperti kata sasterawan negara. Dan merdeka menjadikan Melayu terus berlari seperti arus Sungai Jambi. Ke mana arah?

Malaya sudah tidak enak lagi. Mari kita tukar nama Malaya! Mari kita tukar. Wah mimpi ini semakin menerawang jauh dan jauh. Maka suatu ketika dalam mimpi itu Malaya ditukarkan pula. Malaysia! Yehhhh..., kita ada nama baharu. Akan tetapi apakah makna Malaysia kepada orang Melayu. Bagus! Apakah makna Malaysia kepada orang atas angin? Bagus! Apakah makna Malaysia kepada orang bawah angin? Malay si a! Malay si a! Bagus! Bagus! Bagus! Semuanya bagus!

Waduh, jauh sudah destinasi mimpiku. Bermula dengan kedatangan Melayu Proto, Melayu Deutro, dan Melayu moden yang sudah hilang Melayunya. Kini aku orang Malaysia. 1 Malaysia, semuanya Malaysia. Bahasaku bahasa Malaysia. Bahasa Malaysia bahasa untuk semua. Walaupun tidak semua yang tahu bercakap dalam bahasa Malaysia. Masuk kandang mahkamah kena ada jurubahasa. Tulisan jawi sudah tidak ada. Yang ada tulis berjuring tajam tercacak-cacak, berpuntal-puntal. Bukan tulisan Rencong atau huruf Ka Ga Nga warisan persuratan Melayu dahulu. Asing tetapi menguasai. Wah.. semakin gawat mimpiku ini. Gawat mimpi Melayuku ini!

“Mana bahasa Melayu?”

“Bahasa Melayu telah mati…!”

“Mana tahu mati?”

“Kerandanya telah diusung sekian lama?”

“Di mana pusaranya?”

“Di mana-mana sahaja!”

“Kamu melampau. Sekarang orang sedang mengutamakan bahasa Melayu di sekolah!"

“Tapi pemimpin kita lebih senang cakap orang putih. Artis kita sangat fasih bercakap orang putih. Mereka Melayu tetapi cakap orang putih dalam majlis Melayu. Melayu sudah putih. Atau Melayu sudah putih mata.”

Mimpiku sudah mula melalut. Bahasa mana boleh mati! Verba volen scripta manent. Maknanya bahasa pertuturan akan terbang, bahasa tulisan akan kekal. Maksudnya bahasa Melayu yang tercatat pada naskhah lama akan kekal. Masalahnya naskhah lama Melayu juga sudah hilang, dibawa orang berkulit putih dan berkulit merah dalam era penjelajahan dan penjajahan. Semuanya dibawa pergi. Yang tinggal hanya bahasa pertuturan yang akan terbang. Verba volen scripta manent.

(v) Kemuncak Mimpi
Dalam binaan plot mesti ada kemuncak mimpi. Mimpiku sudah sampai ke kemuncaknya. Bukan kemuncak mimpi berahi. Kemuncak mimpi tentang jati diri, tentang bangsa sendiri.

“Aku mahu merekayasa bangsaku! Melayu perlu direkayasa! Melayu mesti direkayasa!”

“Engkau bermimpi…?”

“Ya, aku bermimpi ingin merekayasa bangsaku!”

“Bangsa tidak boleh direkayasa! Hanya orang politik yang boleh mengubah bangsa. Mereka telah mengubah bangsa kita dengan banyaknya. Mereka telah mengubah negeri kita dengan besarnya. Nama negeri kita berubah-ubah. Nama bahasa kita berubah-ubah. Dan mereka akan terus merubah. Kita hanya melopong menelan perubahan itu. Dan jauh sekali kita akan menentang. Kita orang baik. Pantang orang Melayu menderhaka. Pantang sampai dipijak kepala.

“Aku akan mengubah nama bangsaku!”

“Kerja gila!”

“Dalam mimpi tidak ada yang waras, tidak ada yang gila!”

“Ikut suka engkaulah! Selepas terjaga nanti, mimpi kau akan hilang juga.”

“Kadang-kadang mimpi akan menjadi kenyataan.”

“Kau melalut...!”

Mimpi semakin pekat dan hitam. Awan bergumpal memenuhi langit bumi Melayu ini. Tiba-tiba hujan turun. Lebat dan menghanyutkan kelodak di muka bumi Melayu ini.

Ketika aku menggigil kesejukan dalam mimpi itu, aku disapa oleh seseorang. Riak wajahnya dia seorang berbangsa sepertiku. Bercakap sebahasa denganku. Barangkali dia itu aku. Dia Melayu. Aku Melayu. Dia ialah aku.

“Siapa Tuan yang muncul selepas hujan?”

“Asal-usulku sama seperti kamu! Akan tetapi aku sudah bertukar nama bangsaku,” jawab orang itu jelas. Adakah dia itu aku?

“Tuan pastinya orang Melayu sepertiku! Tuan berbahasa Melayu,”

“Tidak! Aku mahu mengubah Melayuku..!!”

“Kalau tidak Melayu, kamu jadi apa?” tanyaku kepadanya, kepadaku.

“Apa-apa sahaja yang tidak melayu!”

“Melalut?!” Diam.

“Melatah?!” Diam.

“Melarat?!” Diam.

“Mela… yang?!” Diam.

“Mela… cur?!” Jegil tapi terus diam. Tetap diam kerana Melayu sekarang semakin pendiam.

Barangkali dia marah kerana cadanganku untuk menggantikan melayunya itu secara negatif, yang kotor-kotor. Buruk sekali fikiranku terhadap bangsanya. Bangsaku juga!

“Maafkan saya, Tuan..!” Masih takut aku. Masih terasa bersalah aku.

“Aku tidak mahu bangsaku dikaitkan dengan perkara yang buruk-buruk,” tegas orang itu dengan suara yang menggetarkan latar mimpiku. Aku terdiam, menyesali keceluparan. Ahhh… jika aku berbangsa Melayu begitu buruk tanggapan terhadap bangsaku, apatah lagi bangsa lain. Akan tetapi bahasa Melayu telah ditukar namanya. Adakah itu tidak bersalah? Sedangkan dalam perlembagaan, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan. Ahhh….

Perlembagaan itu ciptaan manusia. Sedangkan kalam Tuhan juga sudah banyak yang mentafsirkan sesuka hati.

“Apakah nama yang Tuan cadangkan untuk menggantikan nama Melayu?” Tanyaku semakin berani. Aku memang berani sebab aku bermimpi. Dunia mimpi tidak ada gangguan, tidak ada undang-undang, tidak ada perlembagaan. Tidak ada mahkamah dalam mimpi. Tidak! Perlu apa aku berasa takut? Sedangkan di alam realiti orang sudah mula melanggar undang-undang, mempermainkan perlembagaan, dan mengeksploitasi agama. Semuanya untuk kepentingan sendiri. Aku hanya melakukannya dalam mimpi. Aku pasti. Aku hanya bermimpi.

“Menyegarrrr….!!!” Jawabnya pantas lagi yakin. Lancar sekali sebutannya.

“Menyegarrr…??!!” Kaget amat aku.

“Setiap kali kita menyebut nama bangsa, kita seperti mendoakan bangsa kita. Jika kita terus mendoakan bangsa supaya layu, maka akan layulah bangsa kita,” hujahnya. Dan aku tidak berkata apa-apa. Itu pandangannya, yang dilontarkan dalam mimpiku.

“Jadi, bangsa kita akan segar jika kita sebut Menyegar?!” tanyaku kelinglongan. Gawat. Nama bangsaku sudah termaktub dalam perlembagaan sebagai bangsa Melayu. Mana boleh ditukar-tukar. Jika ditukar, barangkali ada pihak yang akan menyaman RM100 juta orang yang berdiri di depanku ini. Dia itu sama denganku. Barangkali dia itu aku. Saman menyaman sekarang sudah menjadi budaya Melayu, terutama politikus-politikus Melayu.

“Apa bangsa kamu?” tiba-tiba orang itu bertanya.

“Mela… err, Menyegar…!!” jawabku terketar-ketar. Lantas orang itu ketawa berdekah-dekah. Mimpi yang kupaksa itu berkecai, menjadi puing-puing, dan hilang. Aku terbangun. Aku melompat untuk melihat wajah pada cermin. Aku melihat warna kulitku. Aku melihat mataku, melihat rambutku. Ternyata aku masih Melayu walaupun tidak ada nama bangsa dicatatkan pada wajahku. Aku berbahasa Melayu. Aku tetap Melayu. Aku menarik nafas lega kerana aku masih Melayu, yang sebenarnya Melayu.

(vi) Denouemen mimpi
Di luar, malam masih gelap, masih jauh dari sinar fajar yang pasti akan menyerlah jua. Aku ingin tidur kembali. Aku ingin memaksa mimpi datang lagi. Sekali lagi mimpi rekayasa Melayu, dalam versi yang lain pula, barangkali versi politik orang Melayu; kerana akhir-akhir ini politik Melayu penuh dengan igauan mimpi ngeri.

...Ghazali Lateh

Sunday, September 5, 2010

Persiapan Raya di Kampung Banjar


Seminggu sebelum raya, ibu sibuk membuat kuih.

‘Halua kastila, bahulu, kuih baqaq, talinga kaling, kambang guyang awan kuih galang’…Halua betik, baulu, kuih bangkit, kuih deram, kuih ros dan kuih gelang.

Yang mula-mula dibuat ialah halua betik. Beranika bentuk direka (Bentuk cili, labah-labah dan bunga) sebelum betik-betik itu dicelur, tus dan masukan dalam bekas berisi air gula.

Kuih yang paling aku gemari pula ialah baulu. Sampai hari ini, aku tak boleh miss kuih baulu…pilihan pertama.

Sebelum ada telur ‘inject’, kami menggunakan telor ayam kampung yang jauh lebih kecil dari telur ayam bandar. Bila dah siap memang sedap dimakan tapi nak membuatnya, kus semangat.

Pagi-pagi lagi aku sudah kena perintah ‘kujak hintalo di gadur’ (pukul telor dalam bekas ala tempayan kecil). Memukul telur ni satu kerja remeh. Zaman dulu mana ada blender atau cake mixer. Semua kerja perlu dilangsaikan secara manual.

Ibu akan pecahkan telur dan masukkan dalam ‘gadur’. Tugasku hanya ‘mangujak’ (memukul) dengan besi ala spring bulat dengan lingkaran besar di bawah dan menirus kecil di atas. Di hujungnya ada pemegang kayu. Kalau ada yang mengambil profession sebagai tukang kujak, tak payah angkat besi, bahu dan lengan pasti berotot.

Bila tangan dah lenguh, terbuka juga mulut “Mak, dah cukup naik belum telur ni?” Jawapan diterima selalunya negatif. Cuba bayangkan satu jam non-stop ‘mangujak hintalo dalam gadur’. Bila telur dah cukup naik, ibu akan masukkan tepung berayak dan gula bertumbuk. Zaman dulu, tepung kena di ayak dulu kerana selalu terdapat ulat halus di dalam.

Bab membakar satu hal lagi. Merah biji mata kena asap meniup bara. Bara api di bawah dan di atas acuan tak boleh besar sangat dan tak boleh terlalu kecil nanti masaknya tak rata…separuh gelap (hangit) dan separuh putih kuning (belum masak).

Kuih baulu nampak mudah pembuatannya tapi kalau tak betul adunan, tu yang jadi keras macam jambu batu (terlebih gula) atau rasa hanyir telur (tak cukup kujak).

Kuih ‘baqaq’ satu lagi keistimewaan ibu dan masyarakat Banjar di kampung kami. Ada orang buat kuih bangkit baling ke dinding pun kuih tak pecah tapi kuih bangkit buatan ibu, masuk dalam mulut saja dah boleh ‘lanah’ (cair) tak payah kunyah kuat-kuat.

Kuih ‘talinga kaling’ (kuih penderam), ‘kambang guyang’ (kuih ros), semuanya memerlukan kepakaran dan tidak memerlukan bahan dari majerine.

Biasanya kuih muih yang dibuat ibu, belum raya dah separuh langsai. Raya pertama dan kedua, kuih tolak ke tepi kerana masih ada ketupat, kuah lodeh, sambal kacang dan rendang. Masuk minggu kedua, ‘saradaknya gin nyaman’ (serdaknya pun sedap).

Sehari atau dua hari sebelum raya, kakak sibuk menganyam ketupat - ketupat bawang dan ketupat sate. Ibu basuh dulu beras dan toskan sebelum dimasukkan ke dalam bekas yang sudah siap dianyam. Cara mengisi juga bukan sembarangan. Kalau terlebih beras, ketupat jadi keras dan peroi sebelah dalam, kalau terkurang, ketupat jadi benyek dan cepat basi. Ibu beri petua yang aku guna sampai hari ini…isi satu pertiga dan Insyaallah, ketupat jadi ‘just nice’.

Hari ini orang beli ketupat dalam plastik dan sudah pastinya, beras tidak berbasuh.

Hari terakhir puasa Abah (tiri) sibuk menangkap ayam peliharaan. Ayam ni pula macam ada feeling aje nak kena sembelih. Kalau biasanya jinak, tapi bila sampai masa untuk dikorbankan, punyalah liar. Ayam yang liar beginilah selalunya yang terpaksa ku kejar keliling rumah. Ayam kampung walaupun nampak tegap tapi stamina tak ada. Sekejap aje ayam-ayam tu dah termengah-mengah.

Selalunya, sebelum ayam disembelih, air seperiuk besar sudah siap dididihkan untuk mencelur ayam supaya bulunya mudah dicabut.

Sebut menyiang ayam, aku teringat masa mula-mula kahwin makan ayam di rumah mertua. ‘Asa manjalujuk rakungan’ (tekak loya) melihat bulu halus yang masih melekat di kulit. Cara menyiang orang Jawa berbeza dengan orang Banjar.

‘Tunu, haling’atau`parong’ (Tak tau apa perkataan dalam Bahasa Melayu) ayam atas api untuk membuang saki baki bulu halus yang masih melekat adalah satu kemestian. Sebab itulah, tak akan terdapat bulu halus pada kulit ayam yang dimasak oleh orang Banjar.

Seperti juga cempedak, kulitnya tidak dibuang (dibuat mandai) maka begitulah cermatnya orang Banjar dengan rezeki yang tak seberapa. Usus ayam dibelah dan dibersihkan untuk ditumis dengan kacang panjang atau ‘kacang duduk’. Apa bendanya kacang duduk tu? Entah, aku boleh tunjuk tapi tak tau nak sebut dalam Bahasa Melayu.

Mujurlah menyediakan lemang dan dodol tidak diamalkan di kampung kami, kalau tidak, boleh terseliuh pinggang dibuatnya.

...utuhpaloi.com

Friday, September 3, 2010

6 Perkara Allah S.W.T Sembunyikan


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 3000 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung didalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

...malaysiaria

Wednesday, September 1, 2010

Mencari...Bukan Menanti Malam Al Qadar!


Setelah begitu resah, bimbang dan sedih atas kerosakan kaumnya, Rasulullah SAW pergi menyendiri (bertahannuth) di gua Hira’. Baginda nekad. Tidak mahu “kotoran” jahiliyah hinggap pada hati dan dirinya. Hatinya meronta-meronta inginkan kebaikan buat kaumnya, tetapi apa kan daya, baginda tidak punya “senjata” dan “penawar” untuk menghadapi dan mengubatinya.

Sejak berbulan-bulan baginda di situ. Menyendiri, terasing seketika, untuk tidak terjebak dalam kejahilan dan kemusyrikan. Bukan mengalah, tetapi berundur seketika mengatur langkah. Walaupun belum nampak cara tetapi kemahuan sudah ada. Hatinya sebagai wadah itu sentiasa menganga untuk mendapat pimpinan dan bimbingan.

Dan tiba-tiba pada satu malam yang penuh barakah, cahaya dan petunjuk, turunlah malaikat Jibrail membawa wahyu yang pertama. Saat itulah, baginda mula mendapat kekuatan, tenaga dan dorongan yang sangat luar biasa. Segala yang dinanti telah tiba. Segala yang “kosong” telah terisi.

Baginda menjadi Rasul sejak itu… mula dibebankan misi yang amat besar yakni berdakwah, mendidik dan memimpin kaumnya menuju Allah. Kembali ke fitrah. Malam yang bersejarah itu dikenali sebagai malam Al Qadar!

Mulai saat itu, selamat tinggal Hira’. Tidak ada pengasingan diri lagi selepas itu. “Rahib” sudah bertukar menjadi mujahid. Cahaya yang bermula dari dalam gua itu terlalu hebat, terlalu terang… bukan itu gelanggangnya, tetapi semesta alam. Roh iqra’ yang hebat itu disusuli kemudiannya oleh gerak Al Mudathir, lalu baginda pun menguak “selimut” uzlahnya lalu dibesarkan Tuhannya dengan sinar akidah di relung samar Jahiliah.

Apakah malam Al Qadar 1431 H ini akan ditunggu oleh hati seputih Rasulullah saw? Atau hanya diintai dan diramal oleh kebanyakan umat dengan hati yang kotor dan nafsu liar. Apakah al Qadar akan sudi bertamu di wadah hati yang begitu? Padahal hati Rasululah ketika menantinya sudah dikosongkan demi bertamu sebuah hidayah? Berapa lamakah kita telah membenci kemungkaran seperti Rasul membencinya hingga tiba saatnya baginda layak menemui malam yang agung dan hebat itu?

Apabila bercakap tentang Lailatul Qadar, terdapat berbagai-bagai pendapat tentang tanda-tanda berlakunya malam tersebut. Ada yang mengatakan apabila berlaku Lailatul Qadar, semua pokok menunduk rukuk dan semua sungai membeku dalam kadar waktu yang singkat. Ada pula yang mengatakan cuaca pada siang hari menjadi tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk bahana Lailatul Qadar pada malamnya. Pendek kata, ada berbagai-bagai pandangan dan tanggapan. Apakah ianya benar? Pada hal di dalam Al-Quran atau hadis-hadis Rasulullah saw malam Al Qadar masih kekal tersembunyi dan misteri untuk ditentukan secara pasti.

Terdapat sikap sesetengah kalangan yang suka menunggu-nunggu tanda-tanda berlaku Lailatul Qadar untuk beribadah semaksima mungkin. Hanya pada malam yang dimaksudkan itu! Apakah cara ini betul? Sedangkan, Islam tidak mengajar demikian. Memburu satu malam bernama Al Qadar memerlukan ribuan malam sebelumnya yang dipenuhi dengan aktiviti dan usaha membersihkan hati secara konsisten. Ia bagaikan atlet 100 meter yang berlari beribu-ribu kilometer dalam tempoh beribu-ribu jam sebagai persediaannya untuk menghadapi hari perlumbaan yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 minit dengan jarak 100 meter.

Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?

Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.

Allah swt tidak memberitahu kita rupa bentuk atau tanda-tanda Lailatul Qadar. Kita juga tidak diberitahu bilakah masanya malam itu? Namun apa yang Allah swt beritahu kita dalam surah Al-Qadr ialah tentang keutamaan Lailatul Qadar. “Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.” Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”

Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walau pun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.

Menurut pandangan kebanyakan ulama tafsir, angka 1000 bulan ini tidak harus diertikan dengan bilangan antara 999 dan 1001. Sebaliknya ia dinisbahkan kepada nilai atau keutamaannya malam itu berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.

Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?

Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.

Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.

Siapakah mereka yang layak menerima tetamu daripada malaikat yang diutuskan Allah ini? Apa yang pasti, jiwa-jiwa yang kotor sudah tentu tidak layak mendapat kunjungan mereka. Malaikat Jibrail diperintahkan turun bertemu dengan Nabi saw pada Lailatul Qadar. Semenjak malam itu, Jibril a.s sentiasa diutuskan kepada baginda untuk menyampaikan wahyu.

Bermula pada malam itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah saw semuanya mendapat bimbingan daripada Allah swt. Apa sahaja yang diucapkan oleh baginda semuanya berpandukan wahyu. Ini berbeza dengan keadaan sebelum baginda menjadi nabi. Rasulullah saw terpaksa juga berperang atau berjuang antara keinginan negatif dengan tuntutan fitrahnya, antara bisikan malaikat dengan bisikan syaitan. Hanya setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan tuntutan fitrah sentiasa dapat mengalahkan bisikan nafsu dan syaitan.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.

Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.

Orang-orang yang layak mendapat Lailatul Qadar termasuk mereka yang istiqamah berpegang teguh kepada aqidah tauhid dan tidak mencampurkannya dengan syirik walau sedikit pun sedari kecil. Mereka ini sentiasa memelihara keimanan khususnya sepanjang bulan Ramadan, bahkan semakin bersemangat terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadan.

Mereka inilah orang-orang mendapat tetamu daripada malaikat yang turun pada malam Qadar. Malaikat akan membisikkan sesuatu kepada roh, jiwa dan fitrah mereka sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al- Fussilat ayat 30:
“Janganlah kamu takut, janganlah kamu bersedih.”

Bencana hidup penuh dengan ketakutan dan kesedihan merupakan dua perkara yang sering disebutkan dalam Al-Quran. Namun bagi orang mukmin, Allah swt janjikan bagi mereka tiada ketakutan dan tiada kesedihan atau dalam istilah lain mereka telah mendapat ketenangan.

Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Bayangkan apabila hidup sentiasa dikawal oleh malaikat. Jika hendak berbuat sesuatu yang tidak baik sentiasa ada malaikat yang mengingatkan. Oleh itu beruntunglah mereka yang mendapat Lailatul Qadar.
Nilai umur seseorang selepas mendapat Lailatul Qadar adalah lebih baik sekalipun ianya singkat. Katalah ada seorang tua berumur 70 tahun telah mendapat Lailatul Qadar pada malam ini. Bermula pada malam ini, hidupnya menjadi lebih terarah kepada kebaikan. Katakanlah di Luh Mahfuz pula telah tercatat umurnya akan berakhir pada 72 tahun. Jadi nilai umurnya yang dua tahun berbaki lagi itu (yakni setelah mendapat bimbingan malaikat dengan izin Allah) adalah jauh lebih baik daripada 70 tahun hidup sebelumnya!

Sejarah pernah memaparkan kisah Firaun yang sangat membenci Nabi Musa a.s dan ingin memalukannya. Dia pun mengatur satu majlis besar-besaran dihadiri pembesar-pembesar dan rakyat Masir. Ahli-ahli sihir diraja dikumpulkan untuk berlawan dengan Nabi Musa. Namun sihir-sihir diraja itu dapat dikalahkan oleh mukjizat Nabi yang berupa ular besar.

Ular besar itu telah menelan semua ular ahli-ahli sihir itu. Rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Nabi menyebabkan ahli-ahli sihir ini sujud kepada Allah. Mengapa mereka terus sujud menyembah Allah? Ahli-ahli sihir ini tahu membezakan yang mana ular sihir dan ular yang betul. Mereka yakin ular besar yang muncul di hadapan mereka bukanlah ular sembarangan atau ciptaan manusia.

Melihat sahaja ahli-ahli sihir telah beriman kepada Allah swt, Firaun menjadi terlalu marah. Firaun mengugut akan menyalib dan mengerat-ngerat badan mereka jika memeluk agama Nabi Musa. Namun ahli-ahli sihir itu teguh pendirian kerana lebih sayangkan iman daripada nyawa mereka sendiri. Akhirnya Firaun menyalib dan mengerat-ngerat tangan mereka dan dibiarkan sehingga mati.

Katakanlah selepas lima hari barulah mereka mati. Jadi nilai umur ahli-ahli sihir selama lima hari dalam keadaan beriman itu adalah lebih baik daripada umur mereka yang sebelumnya penuh dengan kejahatan.

Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi saw mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah swt sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.

Enam bulan sebelum Lailatul Qadar, baginda mengasingkan dirinya secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara waktu untuk menumpukan hati kepada Allah di gua Hira’. Itulah persediaan jiwa nabi sebelum menghadapi Lailatul Qadar.

Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar.

Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.

Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan).

Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya!

...malaysiaria